Teruja pula untuk menulis
sambungan kepada posting saya semalam kerana keadaan dan situasi politik negara
terlalu meruncing disebabkan pimpinan masing-masing parti politik tidak
mempunyai keupayaan untuk memimpin secara baik dan berdedikasi dengan
perjuangan parti pimpinan mereka. Baik disebelah kerajaan dan pihak alternative
masing-masing parti dipimpin oleh pemimpin utama yang bermasalah atau parti-parti
itu sendiri yang bertindak tidak menyerupai apa yang mereka sebut dan laungkan
sebagai perjuangan mereka.
Itu sebab acap kali saya menyebut
dalam posting-posting saya yang lalu bahawa perjuangan rakyat sekarang bukan
perjuangan mana-mana parti politik yang mahukan kuasa atau mempertahankan kuasa
tapi perjuangan sekarang adalah perjuangan budaya buruk parti-parti politik
yang lebih besar lagi masalah nya ialah dengan pemimpin utama mereka.
Umno bermasalah dengan pucuk
pimpinannya Mohd Najib yang disertai oleh pimpinan tertinnginya baik dari
Timbalannya, Naib-naibnya serta keseluruhan kepimpinan tertinggi parti itu. PAS
bermasalah dengan pucuk pimpinan Hadi Awang yang amat dicurigai kemampuan untuk
melaksanakan apa yang partinya perjuangkan.
PKR akan lebih mantap lagi jika
Anwar tiada lagi memimpin parti itu dan terus bersara kerana Azmin secara relatifnya
boleh dan berkemampuan untuk memimpin parti itu dengan lebih efektif lagi.
Masing-masing parti terlalu sibuk untuk mempertahankan individu pemimpin dan
pertelagahan yang begitu serius menyebabkan parti-parti tersebut sentiasa
mempunyai masalah dan itu menyebabkan rakyat yang serius dalam membuat pilihan
tidak begitu mudah untuk membuat keputusan.
Kita harus mengakui bahawa imej
sesebuah parti itu bergantung kepada pucuk pimpinannya. Parti-parti politik
dinegara ini terlalu sinonim dengan nama pemimpin utama mereka. Dalam bab ini
setiap parti tanpa ada yang terkecuali mempunyai masalah peribadi yang sangat
besar maka ia menjadikan politik itu menjadi kelam kabut untuk mempertahankan
imej parti masing-masing disamping membuat serangan terhadap parti lawan yang
juga mempunyai masalah dengan pucuk pimpinan masing-masing.
Itu sebabnya saya berulang kali
menyatakan yang pucuk pimpinan mana-mana parti wajar wajar mempunyai imej yang
tidak tercalar dengan rekod buruk dan rekod criminal yang besar bagi memudahkan
rakyat membuat pilihan yang betul. Rakyat sudah jemu memilih pucuk pimpinan
yang mempunyai rekod negative kerana masalah yang telah diselesaikan akan
diganti dengan pemimpin lain yang mempunyai baggage yang besar walaupun baggage
itu dalam bentuk yang berlainan.
Kita wajar mencari pimpinan yang ‘upright’
yang sedikit sebanyak boleh diterima oleh semua pihak bagi membawa situasi
politik negara ini kepada ‘ambience’ dan ‘environment’ yang berlainan agar
rakyat dapat melupakan masalah-masalah yang besar yang lalu.
Merintasi pertelingkahan yang
besar tidak akan menghentikan perpecahan. Jika kita ceduk kata-kata Dr Mahathir
sendiri satu ketika dahulu, ‘yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah
tidak akan kalah semua’ itu membawa kita berfikir yang situasi politik dini
hari wajar mencari calon kompromi untuk menggantikan Najib yang amat wajar
bersara kerana ibu kepada masalah negara sekarang adalah disebabkan oleh beliau
kesalahan ayng beliau lakukan sendiri.
Semua pihak akhirnya akan
keletihan berperang mulut dan kata mengata yang tidak ada penghujungnya. Calon
kompromi amat perlu dalam keadaan sekarang ini. Apa yang rakyat perlukan bagi
meredakan keadaan dan situasi politik sekarang ini ia memerlukan seorang
pemimpin teknokrat dan berpengalaman dalam politik serta mempunyai sifat bertimbang
rasa kepada semua pihak.
Kalau kita mahu mendengar
nasihat orang tua-tua dulu-dulu, ‘kalau tua itu tunjukkan tuanya, kalau muda
tunjukkan mudanya’.
Kita tidak patut menafikan yang
pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit yang kita belum
pernah melalui nya dan ia lebih berbahaya lagi dari pilihanraya 1969 yang telah
membawa pergaduhan antara kaum yang merupakan titik hitam dalam sejarah
merdeka negara kita.
Apabila dua pihak yang berperang
dengan hebat nya tidak ada sesiapa yang menang; yang menang hanyalah nafsu itu
sahaja yang berjaya memporak perandakan kita sesama kita. Yang menang menjadi
arang dan yang kalah menjadi abu, kata perbilangan melayu kita yang tidak
lekang dek panas dan tidak reput dek hujan itu.
Maka mahu tidak mahu negara perlu
mencari seorang pemimpin yang boleh meredakan suhu politik yang terlalu tinggi
hari ini dan ia akan terus tinggi walau siapa dan pihak mana yang menang sekali
pun atau kalah sekali pun.
Jangan ambil ringan dalam hal
perpecahan yang amat meruncing pada hari ini. Slogan ‘untuk bangsa agama dan
negara’ yang dilaungkan oleh pemimpin kita tidak membawa apa-apa makna kerana
bangsa-bangsa di negara ini sudah berpecah, agama sudah hilang kesuciannya oleh kerana politik sempit pemimpin-pemimpin yang berjiwa fakir dan dan membawa negara dalam keadaan yang terumbang
ambing.
Kepada ‘warlords-warlords’
politik, jangan meninggalkan dunia ini dengan membawa sekali sifat-sifat dendam
kesumat yang amat kotor itu bersama kamu ke liang lahat.
8 comments:
UMNO itu sendiri yang perlu dikuburkan, selagi UMNO wujud selagi itulah rakyat dan negara terus terusan bermasalah tiada penghujungnya. UMNO telah rosak seperti pernah diungkapkan oleh Tun Mahathir 'rotten to the core' dan begitu jugalah dengan PAS yang telah hilang kompas perjuangannya. Pilihlah asalkan bukan UMNO dan PAS, dua parti haprak inilah sebenarnya yang mengkucar-kacirkan keharmonian rakyat.
ym tengku razaliegh! TR! TR!
Memang benar semua pemimpin parti politik sekarang punyai masaalh peribadi sebabnya yang menang atau yang dilantik jadi pemimpin itu berasal dari kalangan ahli yang tiada warisan kekayaan meterial jadi pabila telah berkuasa mereka mula merasa nikmat kemewahan tidak seperti pemimpin negara-negara maju mereka dilantik selepas atau sememangnya mereka telah kaya dengan harta sendiri yang mereka usaha sebaliknya bagi pemimpin politik kita itulah sebabnya semua yang jadi pemimpin atau kroni disekelilinh pemimpin akan cuba memburukkan lawan masing-masing demi untuk servive parti maka berlakulah fitnah memfitnah hinggakan sudah tidak sedar diri yang berilmu agama pun sanggup memaki hamun sesama agama bagi rakyat orang berpolitik hanya satu matlamat mereka mahu cepat kaya dan mahu hidup mewah kucuali ada segelintir yang benar-benar berjuang untuk rakyat jadi lupakanlah retorik politik yang tidak membuahkan hasil untuk rakyat ,isue rakyat dikesampingkan isue peribadi politik diutamakan oleh orang politik .kita lihat saja aAdun atau MP baru satu penggal jadi YB telah pakai kereta Merz dengan rumah yang besar usah kira parti apa tapi itulah kenyataan yang rakyat hidup melarat dibawah jejambat dan orang politik pula merayu NGo suruh buat kerja sukarela inikah yang diperjuangkan oleh orang politki ilni luahan suara hati rakyat terbanyak.tolong buka mata wahai orang yang berpolitik
Kompas orang politik semua sudah rosak ibaratkan pada kompas juruterbang yang telah dilaraskan untuk menuju destinasi tapi dalam perjalanan ada penumpang telah menggangu ketepatan kompas yang telah dilaras maka juruterbang telah hilang arah maka dua kemungkinan akan berlaku satu arah tuju akan tersasar atau terkeluar dari landasan arah tuju kedua akan tterhempas kebumi dengan malapetaka sama ada semua penumpang itu mati atau ada yang akan sevive untuk menyambung hidup sebelum waktu kematian.Begitulah ibaratnya hidup pemimpin politik dengan penyokong yang hanya mahu ikut hawa nafu kuasa.
Tak guna mengubah pucuk pimpinan parti hanya untuk menggantikan pimpinan baru yang mempunyai imej yang tidak tercalar.
Memang kerja musuh mencalarkan imej pemimpin lawan. Malah dengan kuasa wqang serta patner politik baru, ianya menjadi lebih mudah.
Nabi pun diuji begitu.
Pemimpin kena kerja lebih untuk yakinkan dan ubah mentaliti pengundi bodoh. Sedarkan rakyat yang parti dan pemimpin perlu ditukar(bila tak perform) sekiranya nak berubah macam negara maju.
Rakyat yang sedar dah tak tahan dengan tekanan hidup.
jgn kita cepat berputus asa dan kecewa dgn scenario yg berlaku.
maka akhirnya kita cuba mengecualikan diri dan menolak semua sekali.
dlm setiap krisis mesti dikaji betul2 kerana mungkin ada pihak yg benar dan satu pihak yg zalim. wajib kita menyokong yg benar.
kehidupan manusia tidak dapat lari dr krisis, kita di dunia bukan disyurga. Allah menerangkan bahawa kamu diperintahkan berperang walaupun kamu tak suka, boleh jadi ia lebih kpd kamu tetapi kamu tidak mengetahui. seruan ini ada butirannya dan garispanduan syariat.
namun begitulah resam hidup ini. adakala terpaksa berkrisis utk membela diri dan kebenaran.
contoh mcm ruu355, org yg kecewa dan fed up mungkin akan berkata sokong aje lah jgn bergaduh. bukan gaduh isunya. isunya satu pihak mahu ianya diurus cara betul dan patuhi perlembagaan. satu pihak bull doze saja kunun kerana ia utk kepentingan islam.
kita yg menonton perlu kaji kedua2 pendapat dan buat penilaian dan memilih sokongan. ia tidak mnjadi masalah.
Buat pertama kalinya saya dan keluarga akan memilih parti yg lain dari Umno. Ironi nya yg berkempen untuk memberikan undi itu adalah AJK Bahagian Umno sendiri yg sudah jemu dgn kerenah pemimpin mereka.
Baguslah begitu, saya berdoa biarlah parti lain dari Umno atau tidak mengundi terus jika parti-parti pembangkang tidak sehaluan diantara satu dgn yg lain.
Istiqarah dulu....
Itu puchuk kalau sutak mengkok maa aa ,itu kayu tumbuh pasti mangkok jugak maa aa .
Post a Comment