24 December 2006

16. Balak membawa banjir

Saya tidak pandai hendak membaca hadith-hadith seperti sesetengah pemimpin besar kita, tetapi saya tahu yang banjir besar yang berlaku di Johor, terutamanya Segamat, Gemas dan selatan negeri Pahang adalah kejadian yang diminta-minta berlaku oleh pemimpin-pemimpin kita selama ini. Apa yang diminta sudah dimakbulkan Tuhan. Pemimpin-pemimpin kita di negeri-negeri terutamanya menteri besar tidak berpandangan jauh dan terus sahaja mengeluarkan kayu-kayu balak kepada kroni masing-masing untuk memperkuatkan kedudukan di dalam parti dan kerajaan.

Hasil dari penebangan hutan yang tidak terkawal ini maka inilah hasilnya yang didapati oleh rakyat. Pepatah ada berkata ‘keruh di hulu, keruhlah di hilir’. Yang dapat kekayaan dari penebangan balak ini semuanya membina mahligai di atas kawasan yang tinggi. Yang menerima kesan buruknya adalah rakyat jelata yang dipengaruhi oleh media untuk mengundi mereka. Apabila pilihanraya menjelma maka hutan menjadi mangsa kerana ditebang untuk belanja pilihanraya.

Budaya mengeluarkan kawasan balak ini bermula semasa pertengah tahun 70an, untuk digunakan sebagai punca kewangan menghadapi pilihanraya. umum. BN yang baru dibentuk perlukan perbelanjaan besar ketika itu. Ini adalah disebabkan Perikatan hampir kalah pada pilihanraya 1969 oleh kerana taukeh-taukeh besar dari bangsa lain ketika itu tidak lagi memberi sokongan termasuk kewangan. Tetapi pemimpin-pemimpin di negeri-negeri sudah mengeluarkan balak ini dengan sewenang-wenangnya kepada penyokong- penyokong mereka untuk kepentingan dan kekayaan sendiri. ‘Compartment’ balak yang diluluskan oleh MB terus sahaja dijual kepada taukeh-taukeh tiong hua dan melayu bagi mendapat kekayaan kilat.

Saya memerhatikan dengan dekat suatu ketika dahulu permainan balak ini mampu untuk menaikkan pemimpin yang tidak berguna dan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengan pimpinan negeri. Pendek kata balak ini selain dari menghasilkan banjir besar ianya juga boleh menghasilkan pemimpin yang tidak berguna kepada rakyat jelata.

Hutan serta bukit-bukau ini adalah pasak kepada bumi ini. Ianya perlu dikekalkan dan dipelihara dengan baik untuk kesejahteraan manusia. Dengan kejadian di Johor terutamanya mestilah menjadi pengajaran kepada semua. Memang tidak munasabah hampir setengah negeri Johor ditenggelami air bah. Segamat memang diketahui umum sebagai tempat pengeluaran balak yang terbesar di negeri Johor. Gemas juga kawasan yang paling luas hutan simpan yang ditebang balaknya sejak 1980 hinggalah pada tahun 2003 dahulu. Walau bagaimanapun banyak ‘Compartment’ yang dikeluarkan oleh MB yang lalu telah dibatalkan oleh DSU Mohamad Hasan semasa beliau mengambilalih jawatan tersebut.

Banjir ini akan tiba lagi pada tahun hadapan. Kayu-kayan yang ditebang kalau pun ditanam semula tidak akan membesar dalam setahun. Kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk mengelakkan kejadian buruk ini berulang. Maka ada lagi peluang untuk mengadakan projek besar selepas ini, dan pastinya kita boleh agak siapa yang akan mendapat projek-projek besar tersebut. Untung lagi mereka! Akhirnya rakyat lagi akan dicukai berlipat kali ganda. Kita di bawah hanya mampu melihat. Mereka yakin pilihanraya nanti mereka boleh menang. Kita dipersendakan oleh pemimpin-pemimpin sampai ke tua. Dari saat kita lahir sampai lah sakaratulmaut datang kita dipersendakan. Mereka hidup mewah di atas kesengsaraan rakyat.

WASSALAM.

3 comments:

The Truth said...

BADAWI - THE BLIND,THE MUTE AND THE DEAF.

Pemimpin yang buta,bisu dan pekak adalah rujukan yang paling tepat untuk dirujukkan kepada imam besar hadhari @ firaun hadhari ini iaitu Abdullah Badawi.

1. BUTA - kerana ia buta terhadap realiti sekelilingnya dimana majoriti rakyat dari segenap lapisan sudah hilang kepercayaan,memandang rendah bahkan malu mempunyai perdana menteri seperti beliau. Rakyat Malaysia sudah menjadi rendah diri,hilang keyakinan dan bangga diri lantaran tingkah laku jelek Badawi ini sebagai PM. Cukup banyak tingkah laku jelek Badawi ini disaksikan oleh rakyat dengan yg terbaru adalah kata-kata penafiannya terhadap pembelian bot mewah di Turkey sebagai “LAPORAN BOHONG DAN MENGARUT SAMASEKALI” beserta dengan muka masam yang mencuka langsung tidak mencermin ciri-ciri pemimpin yang berkeliber dan berjiwa besar.Bukan penafian yang rakyat kesalkan tetapi kata-kata penafian bodoh yang yang terlontar dari mulut dan body language beliau yang memualkan dan memalukan rakyat.

2. BISU – Sikap membisu imam besar hadhari terhadap segala kritikan-kritikan yang membina terhadap dasar pentadbirannya yang merangkumi ekonomi,politik dan dasar luar negara yang pada pandangan mereka-mereka yang pakar adalah merugikan dan meranapkan bahkan ketahap menjual maruah negara tetapi disambut oleh Badawi ini dengan sikap membisu dan membatu dan amat berbangga pula dipanggil sebagai elegence silent yang mana pada hakikatnya adalah sikap hipokrit yang meloyakan.Tapi sikap membisu yang hipokrit ini akhirnya terburai apabila ia mengucapkan kata-kata “ JANGAN MENGUJI KESABARAN SAYA” “SAYA ADALAH PERDANA MENTERI”dan akhirnya terlontarlah perkataan yang terkeluar dari lubuk hatinya yang bersih itu dengan merujuk Mahathir PM Malaysia yang paling cemerlang dan berjaya dan paling dekat dihati rakyat itu sebagai sebagai “IBLIS” dan “ORANG TUA YG TELAH MENABURKAN PASIR KEDALAM PERIUK NASI MENANTUNYA KHAIRY”. Sikap membisunya yang terkini adalah tentang penyiaran gambar meraba seorang tetamu (Michele Teoh?) dalam satu majlis monsoon cup.

3. PEKAK – Pekak badak yang diamalkan oleh Badawi dalam menangani segala macam rintihan dan masalah rakyat jelata telah menyebabkan malapetaka bertimpa kepada kehidupan rakyat marhain.Bermula dengan kenaikan mendadak harga petrol 30 sen (paling tinggi dlm sejarah) dan dinaikkan pula ditengah-tengah malam buta telah menyebabkan inflasi yang melampau ditambah pula dengan ketiadaan pendapatan tambahan atau kenaikan gaji disebabkan oleh kebekuan dan merudumnya aktiviti- aktiviti ekonomi hasil dari dasar ekonomi yang cemerlang,gemilang dan terbilang oleh Badawi dan penasihat-penasihat pintar dari kaum keluarganya.Terbaru adalah kenaikan tol sehingga 60% telah menyebabkan warga KL tercekik. Pekak badak Badawi mencapai ketahap maksimun apabila ia mengambil sikap berdegil terhadap pandangan dan kritikan terhadap idea bodoh dan menjahanamkan negara dan bangsa melayu iaitu penggabungan NST dan Utusan Melayu dan lain-lain idea penggabungan yg merugikan seperti penggabungan syarikat-syarikat perladangan yg dibantah oleh PNB.

Apakah motif Badawi utk bersikap buta,bisu dan pekak terhadap segala kritikan dan rintihan rakyat Malaysia..Jelas Badawi ada agenda tersendiri dan memegang kata-kata pepatah melayu lama ‘ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KEPANGKAL LENGAN”.

Seterusnya…http://thetruthblogspotcom.blogspot.com/

Hydrocodone said...

Ocl0v9 The best blog you have!

JohnBraun said...

5bNO3I write more, thanks.