23 October 2009

Berfikir Lagi Sejenak

Apakah kesudahan dengan politik negara yang begitu bercelaru ini?

Setiap parti di semenanjung ini menghadapi masalah. MCA begitu berkecamuk dan orang India sudah mempunyai sebuah parti alternatif kepada MIC, iaitu Makkal Sakhti, selain daripada IPF yang ditubuhkan pada tahun 1990 dahulu.

Bermula dengan isu video seks Chua Soi Lek perpecahan dalam MCA sudah melarat dan di peringkat Jawatan Kuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu sudah berpecah-belah dan dugaan terhadap kepimpinan Ong Tee Kiat diibaratkan seperti telur di hujung tanduk.

Parti Keadilan Rakyat kini berhadapan dengan kemelut permainan politik bermuka-muka Anwar dan Azmin manakala PAS pula tidak mempunyai disiplin dengan pemimpin-pemimpin di daerah dan Negeri yang berlainan mempunyai sikap dan penghayatan yang berbeza.

PAS Selangor mempunyai pemimpin seperti Dr Hasan Ali yang begitu berminat untuk membesarkan isu-isu kecil sehinggakan memberi masalah kepada parti komponen yang lain yang mentadbir negeri Selangor.

UMNO pula sedang berusaha untuk mencari formula untuk menarik kembali sokongan orang Melayu terhadapnya dengan membuat tindakan untuk menghilangkan sakit parti ini tetapi penyakitnya tidak juga kunjung sembuh.

Barisan Nasional (BN) sedang begitu kaku kerana masalah yang melanda setiap parti di dalam gagasannya dan Pakatan Rakyat tidak lagi melihat politik sebagai perjuangan yang luhur kerana sudah merasakan sedikit sebanyak kuasa dalam beberapa buah negeri di Semenanjung ini.

Itu merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh parti-parti yang ada. Yang lebih kelakar lagi, yang tidak berparti seperti Ibrahim Ali pun bermasalah. Ibrahim yang menang sebagai calon bebas dengan menggunakan tiket PAS sudah bercerai dengan parti itu.

Sekarang Ibrahim nak rujuk kembali dengan UMNO yang memecat beliau dahulu.

Sebagai ahli politik yang begitu controversial, Ibrahim sedang mencari jalan untuk memberi alasan kenapa beliau bersikap benci terhadap PAS dan memberi pujian kepada UMNO pula.

Kalaulah Ibrahim ini jadi nakhoda kapal, saya percaya kita akan jadi mabuk kerana kapal yang dinakhodakannya asyik menukar hakuan; pagi ke selatan, petang ke timur dan malam ke barat.

Hanya parti DAP sahaja yang belum didengar perbalahan kepimpinan. Ini mungkin oleh kerana parti itu dan kepimpinannya mempunyai perjuangan yang jelas dan tidak begitu banyak pemimpin yang memberi keutamaan kepada politik peribadi.

UMNO yang mempunyai penyakit dalaman hanya diubati dengan meringankan sakit-sakitnya dengan ubat-ubat yang tidak tidak mampu memperbaikinya dalam jangka masa panjang kerana penyakit sebenarnya tidak diubati.

Sakit dan penyakit adalah dua perkara yang berlainan. Maksudnya jika kita baiki penyakit darah tinggi maka hilanglah sakit-sakit seperti sakit kepala, sakit tengkuk dan lain-lainnya.

UMNO selama ini hanya mengubati sakit kepala dan tengkuk tetapi penyakit sebenarnya iaitu darah tinggi tidak diubati.

Ramai orang menganggap krisis dalam MIC adalah disebabkan Samy Vellu yang tidak mahu berundur walaupun telah mengetuai parti itu selama 29 tahun.

Jika Samy memberikan laluan kepada kemahuan ahli tanpa memihak kepada kroninya sahaja, MIC sepatutnya tidak melalui masalah yang mereka hadapi sekarang.

Kata orang "ibarat kita memakan tebu, busuk seruas kita buang seruas". Tidak perlu buang sebatang tebu. Jika MIC tolak Samy seorang, krisis dalam MIC tidak akan sampai ke tahap ini.

Tetapi semuanya sudah terlambat bagi parti itu. Samy dan konco-konconya telah menguasai MIC secara total dan itulah penyudahnya bagi MIC.

Buat sementara waktu, kita semua rakyat yang berbilang kaum ini disadur dengan penyatuan sementara dalam gagasan 1Malaysia yang diwarwarkan melalui setiap media perdana.

Sementara rakyat sedar bahawa slogan itu adalah slogan semata-mata, UMNO dan BN perlu mencari jalan untuk kekuatan dan penerimaan rakyat yang kekal dalam jangka masa yang panjang.

Slogan itu tidak boleh mengalas perut yang kosong kerana kekurangan peluang untuk mencari rezeki. Rezeki yang banyak telah dikuasai oleh warlord yang besar dan hampir dengan pemimpin yang berkuasa.

Mereka yang tidak mempunyai connection terbiar begitu sahaja dan usaha perlu dibuat untuk membenteras Pegawai Tinggi kerajaan yang menyalahgunakan kuasa dalam pembahagian peluang kepada peniaga-peniaga yang kekurangan kerja.

Jika kerja-kerja dan peluang berkurangan dalam sektor kerajaan apakah tindakan untuk membantu orang Melayu bagi mendapatkan kerja dan perkhidmatan daripada sektor swasta?

Apakah tindakan UMNO untuk memastikan jawatan di peringkat pengurusan syarikat-syarikat serta gedung perniagaan yang besar disertai oleh orang Melayu untuk melambangkan semangat 1Malaysia yang dicipta Perdana Menteri?

Pada pertengahan tahun 70-an, penyertaan orang Melayu dalam sektor ini menggalakkan disebabkan oleh usaha Pergerakan Pemuda UMNO yang cekal dan berterusan untuk mengisi kedudukan orang Melayu dalam pengurusan syarikat-syarikat besar ini.

Semasa Dato' Harun menguasai Pemuda UMNO, syarikat-syarikat gergasi telah masuk ke kampus ITM dan kampus-kampus yang lain untuk memuduga pelajar-pelajar bagi memastikan mereka memenuhi tuntutan Pemuda bagi mengisi jawatan-jawatan dalam syarikat mereka.

Sejak pimpinan Dr Mahathir isu penyertaan Bumiputra tidak lagi menjadi fokus kerajan maka dengan perlahan-lahan penyertaan anak-anak Melayu kita sudah tiada lagi dalam peringkat pengurusan syarikat-syarikat besar di negara ini.

Pemuda di zaman pimpinan Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi dan Hishamuddin dan sehingga hari ini tidak langsung sedar bahawa Bumiputra dalam bidang pengurusan ini sudah tiada lagi.

Padahalnya, pada zaman inilah ramai graduan yang menganggur yang sepatutnya diusahakan untuk mengisi kekosongan ini.

Itulah sebabnya anak-anak muda sudah menjauhkan diri mereka daripada UMNO dan parti-parti yang memerintah kerana mereka merasakan yang mereka sudah terpinggir dan tidak ada peranan dalam membangunkan negara ini.

Bila orang seperti saya membuat teguran melalui tulisan sebegini ramai pula foot soldiers pemimpin yang tak keruan ini mengkritik saya dan menuduh bahawa saya mempunyai agenda peribadi.

Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa apa yang saya katakan ini adalah perkara yang benar.

Jika saranan seperti ini dapat dilaksanakan, bayangkan begitu banyak peluang untuk anak-anak bangsa Melayu kita akan mendapat nikmat dan bersama-sama memajukan negara dan menyempurnakan dasar untuk membangunkan bangsa kita.

Jika Pemuda zaman Dato' Harun Idris telah bertanggungjawab membuat pemantaun secara sepenuh masa kenapa Hishamuddin dan Khairy yang bergegar-gegar dengan menhunuskan keris dan sebagainya tidak terfikir tentang peluang untuk membina anak bangsa yang muda ini.

Itulah sebabnya pengetahuan sejarah itu penting; jangan terus mengenepikan pandangan yang jujur. Janganlah baru jadi ahli UMNO setahun dua sudah tidak mahu menilai pemikiran manusia yang sudah lama hidup ini.

Ramai anak-anak muda zaman sekarang ini tidak tahu bahawa ibu bapa mereka telah dapat tempat di syarikat-syarikat swasta dan seterusnya mampu untuk membesar dan memberi pelajaran kepada mereka kerana dasar kerajaan yang terdahulu.

Anak-anak muda dari sekarang perlu berfikir apakah yang mereka dapat untuk memberikan pembangunan kepada peribadi mereka dan seterusnya untuk membangunkan generasi mereka.

Adakah mereka bertanya kepada diri mereka tentang hal ini dan jika sudah ada jawapannya, apakah jawabnya?

Yang muda sekarang tidak lama lagi akan menjadi tua seperti saya; sudahkah masing-masing membuat persediaan?

Itulah sebabnya slogan sudah tidak pakai lagi di zaman ini. Zaman ini ialah zaman untuk melihat apa sebenarnya yang dirancang oleh pemimpin pemimpin kita.

Bagi saya retorik pemimpin kita tentang 1Malaysia ini sudah ketinggalan zaman. Pemimpin-pemimpin yang terdahulu dan pemimpin-pemimpin dinegara-negara lain sudah meninggalkan zaman beretorik ini berdekad yang lalu.

Sudah menjadi hakikat, mana-mana pemimpin yang berucap dan bercakap hingga menggegarkan dewan, selalunya mereka akan membuktikannya sendiri yang kata-kata yang high-charged itu hanya sampai setakat itu sahaja.

Janganlah keghairahan untuk membangunkan negara secara fizikal mengorbankan pula nasib bangsa sendiri.

Jangan pula kita bertindak seperti menanam pokok yang condong; pokoknya tumbuh di dalam pagar kita, tetapi buahnya jatuh di halaman orang.

Atau ibarat pokok jantan yang rimbun dengan daunnya tetapi tidak berbuah.

Akhirnya kita hanya penat membajanya; tiada hasil. Ia akan hanya membuatkan kita sibuk menyapu daun-daun yang berguguran.


Sekian…………………………………………………Aspan Alias.

21 comments:

Anonymous said...

Saya mendengar dengan penuh gembira berita yang mengatakan DUN Perak akan dibubarkan untuk diadakan Pilihanraya Negeri.

Alhamdulillah! Dapatlah kita tentukan siapa yang orang Melayu mahu.

T Kasih

dorisday said...

Bro,

I watched live budget speech today.

I think it won't work bro Aspan.

Let us watch.

ismaildin said...

dorisday, PM's speech was good but questionable impact.

The last 5 minutes was an election campaign speech.

Every minute these days he focuses on campaign.ampaign.tion c

I should have taken my nap instead of watching the elec

Anonymous said...

Rakyat sudah mual dengan ucapan yang bergegar

Anonymous said...

Aspan,

you are thinking like many others.
But how do we Malaysian solve this?

Anonymous said...

Pemikiran rakyat berembang lebih cepat dari pemikiran pemimpinkita.

UMNO begitu resah kerana kerosakkan parti itu begitu ketara.

Budaya politik amalan kepimpinan hari ini tidak 'sustainable' dan kesusahan UMNO akan terus menerus.

UMNO itu adalah party yang terbaik, tetapi dikuasai oleh pemimpin pemimpin yang tidak bermaya dan berkemampuan untuk membina budaya yang luhur dan baik.

Pembinaan semula UMNO mesti dilakukan dan perlu dilaksanakan oleh manusia yang lain dari yang ada.

zul

ibrahimkoyan said...

How was the budg speech in Parliament yesterday bro?

Aspan Alias said...

ibrahimkoyan,
you are asking me a tough question.
I am not an economist but it touches me on some issues which I feel directly.
Anyhow I have no space and time to elaborate.
To answer you briefly as I have commented in some blogs; The budget is just like a thick cosmetics (foundation) applied on the face of an old lady to cover her wrinkles. Once the foundation gives away the wrinkle will reappear.
Thats all bro

Aspan Alias said...
This comment has been removed by the author.
Faizal Tajudin said...

Memang sekarang ni pelbagai isu menyelubungi setiap parti politik.. Masing-masing dengan masalah masing2.. Sebagai rakyat
yang telah memberi mereka kuasa, bagi mereka masa untuk memperbaikinya.. Nak repair rumah amik masa berhari-hari, nak repair party tentunya ambil masa juga.. cara terbaik buang yg keruh dan ambil yang jernih tetapi kena dilakukan dengan cermat.. sikit-sikit.. satu persatu.. slow & steady..

Saya fikir mungkin pd suatu masa nanti perlu diwujudkan satu badan @ pihak ketiga yang diberi kuasa/berperanan (badan bebas)untuk menegur kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang.. Maksudnya disini pandangan mereka perlu didengar.. bukannya seperti sekarang, setiap komen dan idea hanya dibiarkan sahaja diblog-blog contohnya..

Aspan Alias said...

Faizal Tajudin, membentuk lanskap politik baru adalah jawapannya.

Kita perlu ingat dan mengakui penyebab kepada keadaan yang tidak setabil itu tidak mungkin boleh memperbaikkinya.

Bentuk dan disposisi yang baru dan diikhtiarkan serta dilaksanakan oleh pemimpin yang baru sahaja yang boleh menyelamatkan keadaan.

Setiap kaum perlu bersatu tetapi berpaksikan kepada dominan orang Melayu merupakan elemen yang mesti diwujudkan.

Sekian.

osim said...

Your writing is exciting, sometimes I hate it but most of the time I must admit the truth.

Anonymous said...

The quick reading on the text of budget speech made me realize that this is another 'bull'.

Sama sajalah!

danial said...

Very soon the people will realize that he budget speech was nothing more than an annual ritual in Parliament.

Aspan, you are wasting your time to bring people to think.

They won't think because many of them are not used to thinking.

I think you must write on some thing else, like sports, fishing, and history.

These people are just waiting to be deceived...let them Aspan, let them...and are born for that purpose.

Anonymous said...

balek-balek macam tuu aje. Serupa! Pak Lah ke, Najib ke, sama aje.

Aspan Alias said...

Danial, your suggestion is a fair suggestion. I am definitely agreeable with you that soon people will know the truth of every little thing of what is the actual happening.

I shall consider writing about other topics which I may be able to do without much exertion.

But for the time be let me write what I am happy to write.

cheers danial

orangpencen said...

Selamat pagi sdr ku, Lama dah aku tak tengok dan baca blog-blog kerana terlalu banyak cerita dongeng tentang 1Malaysia ni.
Aku ngerilah, tengok kita semua dibuai mimpi indah tetapi semuanya mimpi disianh hari.
Letih aku dengar disana-sini cerita budget yang songsang ini.

mimpi biru said...

unable to think is not a crime of the ignorant masses, rather it is the greatest crime of the enlightened to leave the masses ignorant and uninterested to think.

continue to write, but most importantly, continue to learn for knowledge is the only key to bring dawn upon darkness

we often pray for guidance, yet the irony is when the guidance is there to be used; somehow we choose not to use it. that's the reason for all the problems, when the manual is not used and assumptions are the only way people abide by. funny isn't it...

Aspan Alias said...

mimpi biru,

You gave a piece of valuable advice for everyone and I agree to the point that the greatest crime is for the enlightened to allow the masses to be ignorant and uninterested to think.

The manual of guidance which have been there have not been used, again because of ignorance.

To develop a thinking society is definitely the most obvious occurrence in the country.

Any attempt to change will be pooh pooh by again non thinking individuals.

anakkuching said...

I hope the members in the Legislative Houses must adhere to the need of the people for the change. They should change their attitude by being responsible to the nation and not just to craft their own personal built-ups hence they become parrots of the leaders who are doing nothing than deceiving people. There is a need for total change. OR ELSE we will slip from a high slippery cliff for permanent political disorder.

semarahan

Anonymous said...

Unity is the underlying theme of the 1Malaysia concept. A simple concept to understand.

If we don't understand then we are just simply hopeless! Nothing more to say !! That is the best remark that I can think of to people who are rather too ignorant.


Mona