UMNO dan PERKASA sedang berkelahi untuk mendapatkan sokongan dan kasih sayang orang Melayu. Masing-masing menuduh diantara satu dengan lain dengan menyelar diantara satu pihak dengan pihak yang lain. Masing-maing menunjolkan ‘ke-relevanan’ masing-masing dan mengatakan pihak yang lain tidak menjalankan tugas memberikan harapan untuk orang Melayu.
Saya melihat seperti dua orang isteri yang sedang bermadu, menuduh diantara mereka tidak pandai menjaga suami dengan baik. Setakat ini saya belum lagi berhajat untuk memadukan isteri saya tetapi saya belajar dari rakan-rakan saya yang sedang dimadukan oleh suami masing-masing.
Sejak dari dulu orang Melayu memang dimadukan dengan bangsa asing tetapi mereka bermadu dalam keadaan yang baik dan aman. Orang Melayu adalah isteri yang tua tetapi isteri tua ini tidak pernah mengungkit-ngungkit apa yang suami berikan kepada isteri yang muda.
Isteri tua selama ini bukannya hendak bahagian yang samarata, tetapi selama ini isteri tua hanya berkehendakkan pembahagian yang ‘equitable’ bukannya ‘equal’. Tetapi konsep ‘equitability’ ini sudah disalah fahami oleh isteri-isteri yang lain dan adalah menjadi lazim isteri-isteri muda ini berkehendakkan bahagian yang lebih.
Isteri-isteri yang menuntut bahagian yang ‘equal’ atau samarata ini memang tidak patut. Isteri tua berasa hati kerana suami yang dikahwininya begitu lama itu telah hidup bersamanya lebih lama dan telah melalui berbagai dugaan untuk mentadbir keluarga dengan baik.
Tiba-tiba datang isteri-isteri yang baru memadukan mereka menuntut segala harta benda pencarian suaminya dibahagi-bahagikan samarata, maka isteri yang tua pun naik angin dan berang. Isteri tua ini bersedia untuk berbagi-bagi tetapi bukannya pembahagian yang ‘equal’ tetapi secara ‘equitable’.
Penat lelah isteri tua mesti dihormati. Sebahagian besar harta yang ada pada suami itu adalah hasil dokongan dan penat lelah semasa bersama isteri yang tua itu. Pembahagian mestilah ‘equitable’ dan adalah tidak adil jika pembahagian dibuat dengan konsep ‘equal’.
Itulah sebabnya kita telah mendapat fomula yang baik apabila DEB dilancarkan. Orang bukan Melayu telah berkurun berniaga dan mereka telah maju begitu jauh dalam bidang itu. Oleh kerana imbangan kekayaan diantara orang Melayu/Bumiputra tidak seimbang maka terjadi perdaduhan kaum. Justru kerajaan telah mencapaian persetujuan untuk pembahagian harta kekaya negara secara ‘equitable’ dan bukannya merampas hak Bukan Bumiputra untuk diagih-agihkan kepada Bumiputra.
Program ‘economic reengineering’ telah berjaya dan dengan program ini jugalah rakyat bukan bumiputra bersama-sama membesarkan kek ekonomi untuk mencapai matlamat pegangan ekuiti bumiputra ketahap 30 peratus. Dan ini merupakan pembahagian secara ‘equitable’ bagi membolehkan orang Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan dari bukan bumiputra.
Tetapi semua keindahan kesepakatan ini sudah pudar. Oleh kerana kelalaian pihak tertentu maka DEB itu diketepikan walaupun tempoh 20 tahun itu belum lagi tamat semasa itu. Sedikit demi sedikit orang bukan Melayu terutamanya generasi muda sudah mula mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan menganggap itu sebagai ‘zero sum game’ yang hanya akan meletakkan negara kedalam apa yang disebut oleh ahli-ahli ekonomi (kononnya) pada hari ini sebagai negara yang terperangkap dengan kelembapan pembangunan ekonomi.
Pihak ini lupa yang semasa DEB dalam perlaksanaannya negara telah maju dengan kadar yang sangat memberangsangkan. Tidak guna perkembangan ekonomi negara terlingkung didalam angka peratusan yang tinggi jika ada pihak yang masih tercicir yang akhirnya membawa kemudharatan kepada keselamatan politik dan sosial negara.
Kepudaran hidup dalam keadaan hormat menghormati diantara puak-puak dan kaum-kaun negara amat jelas dirasakan. Perasaan cemburu diantara satu kaum dengan kaum yang lain sudah sampai ketahap yang membimbangkan.
Bak kata saya awal-awal tadi sikap cemburu diantara orang Melayu dengan bukan Melayu sudah dilihat secara terbuka; ibarat pergaduhan diantara isteri-isteri yang bermadu. Dasar dan fomula ‘equitability’ yang telah membawa banyak kebaikkan selama ini tidak lagi mampu dipertahankan oleh Najib yang dalam anolgy kita sebagai suami yang sudah tidak berlaku adil.
Najib hanya pandai berpura-pura diantara madu-madunya kerana kelemahannya sebagai ketua keluarga. Akhirnya Najib ini akan menjadi seperti Jamil didalam cerita Madu Tiga dalam mana Jamil telah dikejar oleh semua isteri-isterinya yang bermadu dan beliau terpaksa terjun keSungai untuk menyelamatkan diri dari serangan isteri-isterinya.
Kalau kita saksikan filem Tiga Abdul pula Najib yang sepatutnya menjadi Abdul Wahub, nampaknya hanya mampu untuk menjadi Sadik Sigaraga. Sadik Sigaraga akhirnya menjadi bankerap. Segala hartanya dan diri beliau sendiri terlelong kerana mendengar penasihat yang gilakan ‘commission’ dalam segala hal. Terlalu ramai penasihat yang memegang watak sebagai Kasim Pentalon disekeliling Sadik Sigaraga ini.
Dalam plot Tiga Abdul ini kita sedang menanti kedatangan watak Abdul Wahub yang bijaksana akan melakukan pembahagian harta yang adil dan saksama. Kita sudah jemu dengan kelakuan Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang tidak pandai menjaga diri mereka, apatah lagi untuk menjaga harta benda untuk keluarga dan orang ramai.
Kita faham yang plot yang baik seperti kedatangan watak Abdul Wahub itu datangnya diakhir cerita filem itu. Apabila datang watak Abdul Wahub itu nanti akan amanlah keluarga yang besar itu tadi dari dipunah ranahkan oleh watak seperti Abduk Wahab dan Abdul Wahib serta watak Kasim Pentalon dan Sadik Sigara tadi.
Najib sudah tidak berdaya untuk menolak tuntutan isteri tua tadi dan membuatkan iateri muda yang baru hendak mendekati dan berjinak-jinak dengan pembangunan ekonomi sudah mula rasa terasing.
Maka madu-madu yang merasa terasing ini bertindak memperotes dengan menggunakan PERKASA untuk membuat tuntutan keadilan yang kita sama-sama lihat dan dengar sekarang ini.
Sampai bila perkelahian diantara madu-madu ini tidak siapa yang mampu untuk membuat telahan. Kalau pun ada telahan-telahan yang kita dengar ialah keluarga yang besar yang diketuai oleh najib ini akan berpecah belah dan membinasakan segala keutuhan yang kita semua telah merasakn dahulu.
Setakat ini, itulah yang menjadi telahan banyak pihak. Jika telahan ramai itu benar-benar akan berlaku, kita tidak boleh menyalahkan pihak lain. Kemungkinan besarnya kesalahan dan kekhilafan itu berada dipihak kita jika kita mampu melakukan introspeksi terhadap diri kita sendiri dengan jujur.
UMNO tidak boleh memandang PERKASA seperti musuh kerana kewujuddan badan NGO itu adalah kerana kelemahan UMNO itu sendiri. Kepada T Adnan, Khaled Nordin, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin, elok kamu semua berfikir barang sejenak sebelum tidur; berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam. Itu kata agama kita.
Setakad ini hanya PERKASA sahaja yang berani menimbulkan isu Melayu kerana UMNO sudah tidak bermaya lagi untuk memperjuangkannya. Pemimpin yang terlalu kenyang selalunya tidak mampu untuk bekerja secara effektif lagi kerana berat badan yang terlalu berlebihan. Pemimpin UMNO seperti Najib dan Muhyiddin sudah ‘mati pucuk’ dalam perjuangan. Bak kata orang tua-tua dikampong saya, ‘ghoso eh ado, tapi kojo tak sudah’ (feeling horny but with no power).
Kepada Ibrahim Ali, teruskan perjuangan sehingga selesai. Jangan pula menjadi lemah apabila disorongkan jawatan besar oleh pihak-pihak yang tertentu dan meninggalkan PERKASA seperti yang saudara lakukan terhadap PAS yang telah memnyambung suara politik saudara sehingga keDewan Parlimen.
Kalau saudara berpindah randah lagi maka orang ramai akan meminta saudara membuka mulut lebar-lebar kerana hendak melihat lidah yang ada didalam mulut saudara itu jenis apa; lidah manusia atau lidah biawak.
Sekarang ini Ibrahim sedang manjadi sebutan ramai. Jangan bertukar haluan lagi. Suarakanlah suara Melayu yang adil dan berwibawa. Ibrahim, tinggalkanlah nama yang baik. Jangan memilih untuk meninggalkan harta dan pangkat yang besar. Kita pun bukannya muda lagi kan?
Kita masih ingat kata-kata ini; harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Ibrahim jangan meninggalkan belang. Tinggalkanlah nama.
13 comments:
Salam Pak Aspan,
Betul ke Ibrahim memperjuangkan hak orang Melayu?
Kurang yakin saya.
Tugas sebenar ialah memperjuangkan hak semua.
Masaalah sebenarnya ialah pentadbiran negara kucar kacir disebabkan oleh kebodohan dan ketamakan.
pilihanraya GE12, rakyat masih memberi kuasa kepada BN walaupun tipis masih menjadi kerajaan. Daripada sibuk berpolitik, tolonglah govern negara ini. Macam masih dalam Autopilot.
Aku x nampak apa sumbangan Najib setakat ini selain sibuk berceramah 1 Malaysia. Semalam, siling Mahkamah Jalan Duta bocor lagi....aduh.
Mana perubahan Najib ??? Apa dia dah buat. Badawi sebut Koridor, habuk pun x nampak...si najib pergi singapore bagi balik tanah KTMB...bagus lah tu....
Sejak zaman tun razak, dah xde idea bagus dari PM lain. Kalau orang kata mahathir bagus, puik....Proton entah brp banyak duit dibalun, Mas berbillion dirugikan oleh Tajuddin R dan Badawi catering.
Najib pulak dengan scandal scorpene dan Sukhoi.
Apa sumbangan mereka semua ini. Tahap pendidikan semua jatuh mampus. Mudin lagi memburukkan keadaan dengan PPSMI.... Bahasa Inggeris ajar lah baik2 kat tadika dan sekolah rendah. Mana akan ada isu. Orang boleh belajar macam2 bahasa kalau dididik dari umur 3 tahun... Bahasa Russia dan Peranchis pun senang jer, X payah panggil Altantuya translate sampai MATI.
Maryam,
I don't blame you for having that impression on Ibrahim Ali if we were to base our opinion on his records being a flirtatious politician.
But I am to some extent feels that one can change with time and age. I have my negative attribute myself which I try to improve as I realize it. Life is always that way.
Thanks Maryam
Bro Aspan,
I don't encourage you to have two wives as it is torturing.
But if you still marry another wife I shall be the first to congratulate you. HEEEEEEEE
Mohd Yusuf
Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga ....!
Inilah akibat permainan politik pemimpin2 yang berpaksikan kuasa semata2. Tidak ada 'hal' jika yang dipertaruhkan adalah nasib bangsa.
Jalan terbaik adalah supaya Melayu disedarkan / diberitahu segala yang terjadi dibelakang tabir. Bogelkan segala perlakuan pemimpin2 bangsat ini, dedahkan segala perlakuan sumbang mereka dan biar melayu sendiri tentukan nasibnya sendiri.
Peperangan saudara sering terjadi akibat salah faham dan permainan politik pemimpin yang berkepentingan sendiri. Pengikut yang tidak tahu cerita penuh, membabibuta menyokong pemimpin mereka.
Teruskan pendedahan abang ! Dedahkan semuanya.. kalau boleh secara lebih direct lagi supaya tidak ada kekeliruan. Sudah tiba masanya Melayu menentukan hala tujunya sendiri ! sebelum terlambat...
saudara aspan,
kalau dalam cerita 'tiga abdul', watak jamil yang digambarkan sebagai seorang sex maniac akhirnya terjun ke sungai, tetapi dia tidak ditenggelami sungai kerana sungai tersebut hanya paras betis sahaja dan akhirnya dia berjaya membuat penggiliran hasil usaha isteri mudanya.
saya bersetuju dengan saudara mengenai watak 'abdul wahub' dalam cerita 'tiga abdul'. saya masih menunggu abdul wahub yang akan datang menyelamatkan senario politik dan ekonomi negara. apakah mungkin 'abdul wahub' itu tengku razaleigh hamzah?
Melayu said,
Perkasa over UMNO.
Anytime anywhere.
Take it or leave it to PRU13.
Perkasa can be without Najib and the 3000 UMNO representative, can be without Anwar and the PKR asslickers and Nik Aziz and the PAS do nothing assholes.
Perkasa is not necessarily about Ibrahim Ali. Perkasa is about the voice of the Malays except for those "Kacang Lupakan Kulit".
Perkasa will be the voice of the MAJORITY. Racist or not, it will be SUARA MELAYU. Bye bye UMNO, PKR and PAS.
Insyallah.
To those who think Perkasa can govern malaysia, is just like saying the new tea party in the USA capturing the President seat and the Cngress away from the Republican and Democrats.
What is Perkasa? Do they have Economist in it. Do they have diplomats in it? Do they have the brains to negotiate trade deals with foreign countries. Do they have good diplomacy to counter problems and issues with Indonesia.
If I give them Perlis or melaka to govern, can they even do it better than current UMNO government?? I dont think so. Ibrahim Ali as Menter Besar or PM....hahahaha....cant even imagine it. All foreign Investors will pack up and run away.
All Perkasa do is talk SHIT, SHIT, SHIT like one katak said in Al Jazeera, burn flags, burn effigies, talk nonsense about Ketuanan not leadership..., dont talk about real issues like malay social problems and the parents role which make their children even more lazy to read books and be smart. Maybe they only teach their children to watch muzik2, malaysian Idol and all other crap TV3 and media Prima programmes. Stop idolizing singers and movie star and ask your children to study hard.
saudara aspan,
jangan marah dgn tulisan dibawah...walau apa pun saya copy paste dari blog lain....
PAS has challenged the United Malay National Organisation (Umno) to stop using its English name and switch to the Malay version - Pertubahan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar).
According to PAS state deputy commissioner Mohammad Nizar Jamaluddin (left), most rural Malays and even many of the party's members, do not know what the English acronym stands for.
He alleged that Umno was a racist party and was being hypocritical by using an English name to promote the Malay culture and language.
Nizar was speaking at a ceremah recently at Kampung Batu Enam, Selama in Perak.
He also questioned why the learning of the Jawi script was removed from the education system.
"As a result, the majority of Malays especially the younger generation, do not know it. This is a loss as it makes it easier to learn the Quran and other religious scriptures that are in Arabic."
He claimed that Umno even after 53 years is still fighting only for the Malays, whereas PAS fights for the rights of all Muslims and now also for non-Muslims.
PS FELDA, FAMA, UDA, FELCRA etc. All are English acronyms. mana daulatnya bahasa Melayu (opps bahasa malaysia)
United Morons and Nincompoop Organization (UMNO)
sometimes tired of talking politics, so i paste this letter from a Fomca member for Road user safety...
I am enclosing an email that I received trusting and knowing that you are the best person in Malaysia to get to the bottom of the allegations contained therein!
Happy hunting chief!
Dr DB
(Name and Contact withheld)
‘Hi
This is true! I have another friend who works as pavement contractor and he shared his thoughts on it himself.
First of all - All you frequent users of the North-South Expressway?
If so be more cautious when driving on the third lane.
I am a frequent user of our North-South Expressway and I have this IMPORTANT experience to highlight and share:-
I am a building contractor based in Penang with over twenty years of experience and I have been driving my 5 series BMW (latest generation and a dammed solid road-holding car) each time I traveled to KL.
Lately, the new extended 3 lanes highway had been opened up for use and since then, I have also been using it quite often.
HOWEVER, when I used it each time it is WET, I can really ‘feel’ that the new road surface is extremely SLIPPERY!
To share with some of you, my car comes with a built-in traction control mechanism ( skidding prevention
mechanism ) and you can feel it each time it is activated.
Previously, I don’t come across this kind of slippery feel except when I drive over a paddle of water at certain speed.
From my observation as a building contractor, the ‘wearing course’ of the new road surface could be TOO FINE OR TOO SMOOTH and TOTALLY UNSUITABLE for highway use!
The wearing course ( top premix layer ) mix design for highways should be of minimum 20mm coarse aggregate mix that will give us the required bond between the surface and our tyres.
Fine wearing course ( 14mm coarse aggregate size and below ) is only suitable for normal road. ( A proper
test need to be carried out to determine the mix design of the wearing course).
Technically, this comment on the size of the coarse aggregate (or “stone” in lay language) for the wearing course (top most layer of the road) is correct in that it should not be too fine for better grip between the tyre and the road surface.
Since the opening of the three lanes highway, I had seen cars skidding in front me or in the opposite direction and approximately 2 weeks ago, one of my friends who is also a frequent user of our NSE, came to share with me about his slippery feeling as well as the many skidded cars he had seen lately.
I am highlighting this to TV3 and The Star with the hope that a thorough investigation could be carried out immediately to find out how or what causes cars and buses to skid.
A proper and independent test need to be carried
out urgently to determine the design mix of the wearing course.
THIS CAN SAVE LIVES.
Concerned Road User
Asalam saudara aspan, Kita di luar sini sekadar memberi pandangan, mungkin ribuan telah memberi pandangan daripada dalam hinggalah bukan ahli umno. DEB dulu di buat setelah membuat perhitungan yg cukup luas, merangumi semua aspek. Kejayaan deb tidak dapat kita nafi kan kebaikan khas nya untuk bumiputra??? Perjalanan deb berjalan dgn baik hingga menampakkan cahaya kegembilangan. Dasar deb itu sebenar baik mencermin kan suara semua kaum, namun perlaksan akhir2 ini menyimpang dari maklamat asal deb. Dengan negara bertambah maju, dengan kedudukan kewangan yg kukuh, dasar deb telah di tukar dgn dasar lain. Dari sinilah mula kerajaan yg di pilih rakyat telah mula berubah, agenda telah berubah, kekayaan dan kekuasaan menjadi keutamaan???? Akibat apa yg kita nampak dan lihat kini. Umno bercalaru dan bn terhumbang ambing. Apakah dgn kausa dan kekayaan yg ada pada pemimpin umno dan bn dapat membeli hati rakyat, sudah tentu boleh, namun hayatnya tidak akan panjang. Di negara kita ini, kita memerlukan pemimpin yg mempunyai penampilan yg telus dan iklas, jujur, terbuka, amanah, misi yg jelas untuk negara???? Apakah kita sebagai anak malaysia masih mengharapkan UMno dan bn dan perkasa???? Mereka mungkin tiap malam mereka bermimpi ngeri???? Itulah akibat bila mana hati telah hilang dari membela rakyat.......... Walaupun umno dan bn sewenang2 mengunakan media yg ada kpd mereka,,, demikian juga perkasa ibrahin ali, rakayat tak akan baca sumber media mereka, sebab pembohongan sudah menjadi budaya umno bn???????,. tq
Ayuk kita tukar kerajaan sekali, baru tengok macam mana ...
jangan takutlah. Pakatan Rakyat bila memerintah akan menjimatkan wang negara, kelantan dan terengganu dapat royalti minyak 20% bersama2 dengan sabah dan sarawak. 4 negeri paling miskin malaysia walaupun kaya dengan minyak....hmmm....salah siapa ??
BN - barang naik.... awak nak hidup susah dengan BN ker atau hidup lebih baik dengan pakatan ??
Ingatlah, Mahathir ini bukannya Melayu tetapi Mamak.
Sudah cukup geng mamak berkuasa di negara ini. mahathir, mukhriz, daim, azeez, shahrizat, kadir, datuk Zam, hassan merican, ..... giliran orang Melayu bila lagi....
ingat pesanan Tunku terhadap mahathir...."Mamak / pakistan itu" dalam parlimen... Ingat penghinaan Mahathir terhadap Bapa kemerdekaan kita.....
Proton rugi, MAS rugi,Bank Negara rugi, siapa curi ??
Jangan tidur lagi.
Jom Ubah.
Aku dah malas.
saya copy paste dari Asim...
R – sabotaged by Mamak Mahathir
A – mati awal
H – sabotaged by Mamak Mahathir
M – Mamak adalah supreme king of Malaysia.
A – sabotaged by Mamak Mahathir
N – sabotaged by Mamak Mahathir
Pemimpin Melayu semua hancur sama sekalian. Kehandalan orang Melayu dimana?
Post a Comment