21 September 2010

Menteri Besar NS - Giliran Kuala Pilah ?

Posting saya sebelum ini, yang mengisahkan bekalan air yang terputus setiap hari lebaran dikampong mendapat reaksi yang sangat besar dari pembaca khususnya bagi mereka yang tinggal atau berasal dari mukim dan kariah yang sama dengan saya.

Sebenarnya saya terpaksa menulisnya secara terbuka kerana kesiankan orang kampong saya dan kampong-kampong sekitarnya telah merasakan kepayahan dan keresahan sejak beberapa tahun yang lalu kerana kelalaian pihak yang berwajib untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka.

Pemimpin-pemimpin politik tempatan khususnya W/Rakyat yang merupakan ‘Law Makers’ diDewan Undangan Negeri sepatutnya memberikan fokus terhadap isu kemudahan asas untuk rakyat hidup dalam keadaan selesa dan tidak menghadapi masalah air yang merupakan asas seseorang itu untuk hidup.

Mereka sebagai W/Rakyat sepatutnya membuat pemantauan terhadap isu sensitif ini dan mempastikan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh pelaksana (pegawai kerajaan) ini disempurnakan sebagaimana yang telah didasarkan oleh pihak penggubal dasar diNegeri Sembilan.

Itulah sebabnya semasa saya berada dalam barisan pimpinan UMNO diKuala Pilah dahulu saya selalu memberikan pandangan kepada pemimpin-pemimpin ditempat saya supaya mencari pemimpin yang bersedia untuk memberikan tumpuan khusus untuk orang ramai dari memberikan tumpuan kepada bermain politik siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Oleh kerana terlalu ramai yang hendak menjadi pemimpin maka berlakulah budaya mengampu dan diampu dikalangan pimpinan dikawasan ini. Setengah yang tidak ada kepimpinan mengampu kepimpinan peringkat negeri dan mulalah pemainan politik wang yang tidak dapat dikawal sehingga kehari ini.

Menjadi perwakilan cawangan keperwakilan bahagian dalam tahun pemilihan mampu mengumpul wang sogokkan dari pihak yang tidak ada kepimpinan yang ingin menjadi pemimpin yang tidak ‘legitimate’. Sekarang ini menjadi perwakilan cawangan keperwakilan bahagian boleh menambah pendapatan dengan lumayan.

Akhirnya yang timbul itu hanyalah sampah sarap dan yang baik itu tenggelam dan hanyut debawa arus rasuah yang sangat ganas kemuara. Akhirnya yang sengsara adalah rakyat marhin dikampong-kampong seperti apa yang dihadapi oleh kampong-kampong yang saya tulis dalam posting yang lepas.

Ismail Lasim adalah Ketua Bahagian Kuala Pilah yang menjadi Ketua kerana budaya mengampu dan permainan politik wang yang keterlaluan. Ismail merupakan seorang yang hanya bergayut kepada pemimpin perhubungan. Siapa yang menjadi pemimpin perhubungan itulah ketua dan akan taat kepadanya asalkan sahaja beliau diberikan perlindungan politik peribadi beliau. Ismail akan sanggup meninggalkan mentor lamanya yang banyak berjasa dan berbudi kepadanya.

Apabila Ketua Perhubungan itu bertukar maka bertukarlah ketaat setiaannya kepada yang baru. Beliau disenangi oleh Mohammad dan itu yang penting bagi beliau. Kesejahteraan rakyat tidak dipedulikan kerana yang penting baginya ialah kemakmuran politik beliau secara peribadi.

Tetapi apa yang diharapkan oleh Mohammad tidak mampu dipertahankan oleh Ismail. Apabila Mohammad dibelasah oleh pimpinan bahagian-bahagian yang lain diNS Ismail Lasim membisu kerana beliau memang terkenal dengan permainan politik ‘play-safe’. Ismail tidak berani menegaskan pendirian apabila sampai keperingkat ini.

Rupa-rupanya Ismail mempunyai agenda sendiri; iaitu untuk menjadi Menteri Besar bagi menggantikan mentornya Mohammad Hasan. Ismail menggunakan bekas pemimpin Bahagian Kuala Pilah untuk mendapatkan ‘connection’ bagi menjayakan cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar yang merupakan matlamatnya yang ‘ultimate’.

Selepas ini kita akan dapat saksikan siapa yang main dan siapa yang kena mainkan. Ismail merupakan pilihan bagi pemimpin yang tidak sebulu dengan Mohammad Hasan. Sesiapa sahaja boleh menafikannya tetapi hakikat tetap hakikat.

Bagi Ismail beliau merasakan beliau telah dapat mengawal kepimpinan diKuala Pilah kerana beliau telah berjaya mengenengahkan pemimpin-pemimpin yang lesu yang akan hanya mengangguk dan mengiyakan segala kehendaknya. Diantara pemimpinan tempelan Ismail termasuklah Razi (ADUN Juasseh) Adnan Abu Hasan (Pilah) serta Abdul Samad (S Menanti).

Dalam pada Ismail berusaha untuk mendapatkan jawatan MB itu saya diberitahu yang Samad Ibrahim (S Menanti) pulak yang sedang bercita-cita untuk menjadi Ketua Bahagian dalam pemilihan tahun hadapan dan beliau pula mengambil giliran untuk duduk rapat dicelah ketiak Mohammad Hasan.

Ismail Lasim nampaknya menggunakan TS Abu Zahar Ujang untuk mendapatkan ‘connection’ dengan DS Najib dan juga mendapat dokongan Rais Yatim untuk tujuan untuk menjadi Menteri Besar. Saya dihujani dengan kedatangan kawan-kawan dari tempat saya memberi tahu cerita-cerita yang sangat ‘interesting’’ ini.

Ismail selain dari minatnya sendiri untuk menjadi MB ini, beliau nampaknya menjadi ‘conduit’ kepada pemimpin NS yang ada dipusat untuk melakukan tekanan terhadap Mohammad Hasan dan Ismail bersedia untuk dipergunakan oleh kumpulan ini. Yang penting beliau mesti menjadi MB.

Seandainya Mohammad Hasan berjaya mengekalkan tempat beliau maka Ismail akan tinggal kesaorangan kerana Rais dan yang lain akan menukar kesetiaannya kepada Mohammad secara ‘instantaneous’.

Kalau kita melakukan kajian terperinci, maka munasabahkah pemimpin-pemimpin ini duduk berbaik-baik untuk berkhidmat kepada rakyat untuk mempastikan keperluan rakyat disediakan?

Mohammad dalam pada itu telah ‘membeli’ beberapa orang diKuala Pilah, Jempol, Jelebu dan Bahagian-bahagian yang lain untuk memecahkan kekuatan musush-musuh yang ada dalam selimut beliau.

Beliau telah berjaya melemahkan ‘base’ Rais diJelebu dengan konspirasi beliau dengan Yunus Rahmat sehinggakan Rais hanya menang dengan 11 undi dalam pemilihan bahagian Jelebu apabila beliau ditentang oleh anak muridnya sendiri Yunus Rahmat.

Kali ini Samad Ibrahim akan menjadi ‘conduit’ beliau diKuala Pilah dan seorang yang benama Salim diJempol untuk melemahkan Lilah Yasin. Masing-masing memperalatkan dan diperalatkan dalam permainan poitik yang sangat getir diNS.

Siapa yang menjadi ‘sikitol’ dan siapa yang di’kitolkan’ sudah mula jelas dilihat dan ini merupakan permainan yang sangat merbahaya bagi kepentingan UMNO dinegeri yang beradat ini.

Dalam pada itu PR sedang menembusi banyak kubu UMNO kerana UMNO bergolak terlalu jelas. Jika pihak PR mampu untuk menunjukkan siapa yang akan menjadi MB yang ‘viable’ maka kemungkinan barisan ‘alternative’ itu akan berjaya menubuhkan kerajaan diNS adalah cerah.

Permainan ‘cah keting’ diKuala Pilah dan NS amat merbahaya ditambah pula dengan ketidak mampuan W/Rakyat pada hari ini berkhidmat kepada rakyat dan berani menentukan pendirian tegas dalam isu kepimpinan ini akan membawa kecelakaan kepada UMNO dan BN.

Pemimpin-pemimpin UMNO giat membunuh politik mereka sesama meraka ibarat sel-sel kanser yang membunuh diantara satu dengan yang lain yang menyebabkan kanser yang ‘malignant’ yang akhirnya mematikan tubuh UMNO itu sendiri.

Saya amat dibenci oleh ramai pemimpin yang bermain politk secara ini semasa saya bergiat dahulu. Sekarang saya telah berjaya membuktikan apa yang saya katakan itu sudah menjadi kenyataan.

Baru sekarang mereka sedar (jika telah sedar) bahawa politik menggunakan wang itu tidak akan kekal kekuatannya.

Selepas ini kita mungkin dapat melihat apa yang berlaku dikawasan-kawasan lain diNS. Yang kita lihat sekarang ini hanya 10 peratus dari apa yang sebenarnya berlaku.

Persoalannya sekarang, mampukah Ismail mengambil alih jawtan yang dipegang oleh Mohammad Hasan, sedangkan beliau sendiri sudah mengalami sokongan yang begitu merosot diKuala Pilah? Mampu kah Ismail melakukan ‘kona baring’ dan meninggalkan Mohammad?

Sama-sama kita lihat. It’s going to be an interesting political affair in NS. Bet you. Kalau saya boleh bertanya kepada Mohammad; ingat ke tidak saya pernah memberitahu beliau yang Ismail bukan orang yang mempunyi ‘ allegiance’ terhadap sesiapa kecuali pada dirinya sendiri?

Tidak payahlah jawab; jawab kepada diri saudara sendiri. Itu sudah mencukupi.

12 comments:

shah said...

Aspan,

Mail nak jadi MB? Kojo kek Pilah tak solosai nak jadi MB pulak? BNak gilo ko?

shah

Anonymous said...

yang nak jadi monteri bosar hasan malek

Anonymous said...

Ismail is not known at any level. Don't see the potential in him. Giving him the mb's position is like giving the state to a robber.

Anonymous said...

Yang menjadi sikitol itu ialah Ismail Lasim. Upahnya menjadi MB.

zainal joseh

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,

Wakil Rakyat UMNO/BN memang kurang meyakinkan rakyat. Setakat ini, di Bahau, ADUN DAP, setiap kali saya pergi ke lawatan tapak aduan pelanggan, YB turun sama. Perkara yang sama dibuat oleh ADUN DAP Repah, Veerapan. Kalau nak tengok Cikgu Nap (ADUN BN Gemas) atau Shamsul Kahar hmmm Razi Kail .. jangan harap. Cuma ADUN Jeram Padang, VS Mogan agak rajin jaga orang India.
UMNO/BN sibuk perang sesama sendiri, mereka dah tak peduli Pakatan Rakyat mula ambil kesempatan atas perang dalaman UMNO/BN.
'Bia dio meghaso jadi pombangkang', 'bia padan dongan muko eh'.

Maryam said...

Salam Pak Aspan,

Menurut kisah, salah seorang khalifah fil ard yang dilantik sebagai pemimpin selepas Muhammad pernah berkata "lebih rela aku menjadi tanah (orang biasa)dari berada di langit (yang memimpin)" kerana takut tidak dapat melaksanakan tugas dengan adil sebagai pemimpin. Walaupun dialah yang paling layak ketika itu.


Walaubagaimanapun beliau akur dengan pemilihan itu kerana dalam Islam ketika itu "yang dipilih jangan menolak, yang tidak di lantik jangan meminta"

Kisah itu seharusnya menjadi contoh kepada kita.

Kita berebut-rebut meminta di lantik sehingga saling tikam menikam dari belakang, kata mengata keburukan masing-masing. Jadi yang menerajui kita adalah orang-orang yang hasilnya dari punca yang tidak baik?

Seperti kaum Jahiliah?

Anonymous said...

Bro Aspan,

i appreciate your understanding on NS political and I know your tentacle is wide enough and surely it helps you in your good writing which i am one of those avid readers of your writings.

i trust you that what you just wrote is very close to the truth. i am a member of this UMNO for the passed 30 years and i followed your movements in the party close to my chest.

you were the victim of circumstances and i am happy to see you still abreast with the going and comings in UMNO at your division.

I wish to see you back to active in politics as your thinking is crystal clear. You are a Malay bro.

see you when i see you.

Dato hjh

jidun said...

Aspan,

Ismail Lasim layak menjadi MB kerana dia tidak gila dan belum lagi bercakap seorang. Semua org layak boleh jadi MB tapi MB yang macam mana?

Ismail kalau diangkat menjadi MB dia tidak akan ada bezanya dengan Isa Sabu dari Perlis.

Pujuk Mail tu, jangan berangan-angan. Kalau samo macam Mat Hasan, tak payah!!!!!

jidun

Anonymous said...

Aspan den tau le mentor kau Ku Li dan semangat 46...mungkin kalau tak ada Team A dan B dulu anda seorang MB NS tapi nasib tak menyebelahi kau...Kepada UMNO Kuala Pilah has nya pada kontraktor klas F dulu pakai motor scrembler sekarang dah pakai trooper...dulu palaing jauh pergi KL jalan sekarang paling koman ke Medan ( pergi x bawak bini mengaku bujang plak tu )semua keluarga ada lesen dari bapak bawak ke anak cucu...hampir 100% tahun kontraktor klas F....Pelik mana pemimpin yang ada idea dlm UMNO Pilah nak upgrade klas F ke klas A...hampeh...den x nak lawan melayu den nak lawan cino....

Anonymous said...

Atas gagasan Satu malaysia.. satu PM naik satu besar punya tipu, Dua PM naik Dua Punya tipu Tiga PM naik Tiga Punya Tipu Empat PM naik Empat Punya Tipu, Lima PM naik Lima Punya Tipu Enam PM naik Enam punya Tipu... Rakyat Dikemudiankan Pencapaian Dikebelakangkan..... usah fikir sangat siapa penganti MB NS yang penting menangkan Mail Lasim dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah. Pilihan Raya kurang sikit penting sebab rakyat K.Pilah otak maseh berkarat sekitar 60% , UMNO pasti menang(Ini ayat takabur dan riak dari aku). Maksud berkarat ini ialah mereka yang tidak dapat membezakan mana yang baik mana yang jahat, mana yang bijak mana yang bodoh, mana pandai mana yang mada, mana yang benar mana yang salah, hak mana yang batil, mana yang berkelebar mana yang berkakilebar,mana yang berinovasi mana yang beraliur basi, mana yang bersemangat melayu mana yang bermata kuyu, mana yang mampu mana yang kaki ampu,mana yang bersih mana yang sapu bersih,mana yang setia kawan mana yang makan kawan,mana yang berterus terang mana yang tikam belakang,mana yang jujur mana yang sentiasa bulur,mana yang ingat tuhan mana yang kaki Medan,mana yang kuat akidah mana yang dan menang belah,mana yang berintegriti mana yang tengok dahi licin mai,mana yang kuat ibadah mana yang tak kesah, mana yang berbudi bahasa mana yang cabul... semua ini nilai orang melayu dan nilai orang kampung dulu2....malangnya lupus bila duit masuk poket.... maka ... UMNO ibarat rumah yang dah masuk anai2 tunggu rebah...Permaisuri anai2 bentuknya seperti Pemimpin UMNO.

Anonymous said...

salam tok aspan(saya masih kanak-kanak lagi waktu itu)
Kisah Mail nak jadi MB.

1.Bolehkah beristeri lebih dari satu untuk menjadi MB?
2.Adakah pernah Mail bercita-cita untuk menjadi ahli parlimen?Kenapa?Siapa ahli parlimen tersebut.
3.Adakah Hj Salim VS Lilah?Siapakah Hj.Salim yang sebenarnya?
4.Apa agenda tok aspan yang sebenarnya?

Salam aidilfitri maaf zahir batin

antara dendam dan perjuangan said...

salam tok aspan(saya masih salam tok aspan(saya masih kanak-kanak lagi waktu itu)