Semangat untuk kepentingan sesuatu pertubuhan dan negara itu merupakan sikap dan nilai yang tersangat penting jika kepimpinan dan ke’relevanan’ pertubuhan badan siasah itu untuk dipandang tinggi dan dihormati oleh orang ramai. Jika kedapatan banyak elemen untuk menjaga kepentingan diri dan individu masing-masing maka pertubuhan itu akan akhirnya menjadi tidak relevan dalam masa waktu yang panjang.
Dalam isu ini saya nampak sikap buruk yang ada dikalangan kepimpinan UMNO sejak 3 dekad dahulu sudah mula menular didalam PKR dan jika sikap itu sama, maka akhirnya PKR berkemungkinan besar menghadapi masalah yang sama seperti yang dihadapi oleh UMNO sekarang.
Sikap kepimpinan yang tidak ‘magnanimous’ adalah penyebab yang asas dan besar yang menyebabkan sesuatu pertubuhan termasuk pertubuhan politik itu menjadi lemah dan tidak mampu bertahan dalam jangka yang lama. Kekuatan sesuatu parti politik misalnya adalah berdasarkan kepada asas dan landasan penubuhannya.
Penubuhan UMNO (yang asal) adalah kerana untuk menyatukan puluhan pertubuhan orang Melayu sebelum tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 2hb Februari 1948 dahuu. Kesemua perubuhan-pertubuhan orang Melayu yang wujud berkehendakkan penyatuan bagi tujuan mencapai kemerdekaan dari kuasa asing. Lain-lain perkataan UMNO (asal) itu wujud diatas niat dan maudhuk untuk bersatu.
Tetapi penubuhan UMNO (baru) adalah diatas perpecahan ahli dan pemimpin-pemimpinnya. Parti yang bari didaftarkan itu hanya diwujudkan diatas dasar untuk menyambung kerakusan seorang pemimpin yang sudah hampir hilang pengaruhnya untuk terus berkuasa dan tidak mengambil kira etika dan moral dalam melakukan penubuhan parti yang baru dan membiarkan parti yang telah menaikkan beliau secara peribadi ketahap yang tertinggi mati tanpa kubur.
Lain-lain perkataan UMNO (yang baru) itu wujud diatas perpecahan orang Melayu dan bukannya kerana ingin penyatuan umat Melayu. Apabila sesebuah parti seperti UMNO (baru) wujud diatas landasan perpecahan bangsanya maka parti itu sendiri tidak mampu bertahan sebagai parti yang dihormati dan disanjungi rakyat yang ramai.
Contohnya kepentingan peribadi dalam UMNO (baru) it uterus berluas-luasa dan tidak terkejut bagi mereka yang sentiasa berfikir kewujuddan PKR yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim apabila Dr Mahathir bertindak menyingkirkan belaiu dari semua jawatan Kerajaan dan parti pada tahun 1998 dahulu. Anwar disingkirkan dan beliau serta pengikutnya bertindak menubuhkan parti PKR yang sekarang menjadi tunggk utama dalam ‘coalition’ Pakatan Rakyat yang telah menukar wajah dan scenario politik negara sekarang ini.
PKR bersama rakan kongsinya telah sedikit sebanyak merasakan kuasa dan orang ramai beranggapan parti ini bersama PAS merupakan parti bagi orang Melayu untuk berlindung sebagai ganti kepada UMNO (baru) yang semakain hari semakin tenat itu.
Seperti seorang kanak-kanak PKR juga ada sedikit sebanyak mempunyai mirip ibu bapa mereka. Kanak-kanak itu juga melambangkan mirip dan perangai ibu bapa mereka dan itu adalah natural. Bak kata perpatah ‘bapak burik anak rintik’.
‘Bagaimana bentuk tuangnnya begitulah bentuk kuihnya’. Anwar Ibrahim adalah dari UMNO dan sudah biasa dengan cara UMNO mentadbir parti dan perasaan serta nilai yang sebati dalam UMNO. UMNO adalah tuangnya maka cara melaksanakan politiknya didalam PKR juga sudah terbayang jelas cara dan budaya UMNO.
Dalam pemilihan parti Keadilan Rakyat yang beliau menjadi pemimpin de factonya Anwar bertindak semacam beliau didalam UMNO semasa bersama pemimpin lain yang berada diatas dan puncak pimpinan semasa itu.
Anwar mempunyai sifat ‘limau masam sebelah’; memberi sokongan dan dokongan terbuka kepada Azmin dalam pertandingan yang bakal diadakan diperingkat Timbalan Presiden PKR menentang Zaid Ibrahim.
Inilah yang terjadi dalam sejarah pemilihan didalam UMNO dahulu. Presiden UMNO memihak kepada salah seorang yang menawarkan jawatan tertinggi didalam parti dan dengan kuasa yang ada kepada Presiden UMNO kuasa itu dipergunakan untuk menyokong dan berkempen untuk calun-calun tertentu. Akhirnya Perdana Menteri mendapat siapa yang beliau kehendakki tetapi tidak menjamin berkemampuan untuk bertugas dengan baik kepada rakyat dan pengganti kepda beliau.
PKR dengan kepimpinan bekas ahli-ahli UMNO itu nampaknya berpolitik secara UMNO juga. Sebagai pemimpin utama sepatutnya Anwar membiarkan ahli-ahli partinya memilih dengan bebas tanpa permainan politik yang merbahaya bagi parti. Anwar sudah banyak pengalaman yang dirasinya didalam UMNO maka jika beliau melakukan perkara yang sama dalam PKR maka PKR dalam jangka yang singkat akan menjadi UMNO yang terbaru.
Jika Anwar terus terusan memihak maka pemimpin yang naik dalam PKR akan tergulung dari mereka yang ditunjuk oleh pucuk pimpinan dan bukannya yang dipilih oleh rakyat.
Tidak salah jika Anwar ada ‘preferences’ beliau sendiri tetapi janganlah sampai berkempen dan berkumpul untuk menaikkan orang beliau kasihi secara terbuka. Akhirnya PKR akan mendapat pemimpin yang lemau kerana pemimpin yang baik dan berguna kepada parti akan tersisih. Akhirnya nanti parti ini akan mendapat pemimpin-pemimpin cacar marba yang tidak berguna kepada perjuangan seperti yang sedang dialami oleh UMNO.
Lihat sahaja UMNO; ianya sudah menjadi parti yang mudah ditekan oleh pihak lain dan melupakan perkara asas yang sepatut diperjuangan oleh mereka. Untuk mengambil hati semua pihak pemimpin utamanya terpaksa bermuka-muka dengan setiap pihak yang memberikan tekanan dengan tuntutan yang bukan-bukan.
PKR akan menentukan nasib masa depannya setelah berlalunya pemilihannya tidak berapa lama lagi. Jangan pula nanti tertubuh PKR (baru) seperti yang berlaku kepada UMNO.
7 comments:
Salam Pak Aspan,
Nampaknya Malaysia sudah tidak ada kepimpinan yang boleh diharapkan...
Teringat saya kisah zaman jahiliah di Mekah, mereka menunggu kedatangan seorang bernama Ahmad yang akan membawa mereka kejalan keselamatan.
Zaman kita ni siapa agaknya. Ibrahim Ali? Tak mungkin...
Mungkin Imam Mahdi bersama Ashabul Kahfi? Adakah ini dongeng?
Worse case scenario, bubarkan PKR, absorb yang "CLEAN" record into PAS or DAP. Yang mempunyai penyakit UMNO, dumb into garbage bin for good.
Maryam,
Pandangan you benar. All the good leaders sink, while the ones who are taking on the mantle are the floating scum.
sudah gaharu cendana pula; dah tahu bertanya pula..
dah lama orang tahu, parti PKR parti anak-beranak untuk Anwar Ibrahim..
Segala apa keputusan di PKR perlu dirujuk kepada yang satu, dewata Anwar a/l Ibrahim.
Toksahlah yang lain bermimpi..ini l ke parti alternatif untuk UMNO?
sedangkan tubuh badan kita pun bukan milik kita, apa pulak dengan parti politik....
sedarlah wahai manusia, ajal akan datang tak lama lagi....
UMNO tidak tahan lama karana tidak original. UMNO yang baru ini UMNO tiruan. Barang tiruan memang tidak tahan.
PKR jangan pulak meniru UMNO kerana perti ini tidak akan kekal jika nilainya sama sahaja dengan nilai UMNO.
Whatever it is PAS is the best among all parties and this time I choose to support this party.
This party does not have any similarity with UMNO...so we should support it.
kasim abidin
Tahniah la aspan kerana semangat 46 masih kuat menghantui diri kau..tahniah jugak anak jati Negori Sembilan dari Kuala Pilah yang prnah bermaustatin di Kota London..yang pasti blok anda lebih dan bermutu dari blok tukar tiub budak pilah jugak iaitu hisam rais yang pernah jadi pelarian ke kota london...Syabas bro jangan malukan orang Kampong Tongah @ Kuala Pilah NSDK...
Post a Comment