20 September 2010

Raya yang tidak Raya - Tiada bekalan air.

Pada petang hari Raya yang kedua (sabtu 11hb) saya mengambil keputusan untuk kembali kekampong asal dimana saya dilahirkan untuk menziarah ibu saudara saya sebelah ibu dan bapa saudara disebelah bapa saya.

Sampai sahaja dirumah ibu saudara saya dikampong Sungei Jelutung saya dapati ibu saudara saya memang tidak sihat dan saya amat merasa sedih melihat kesihatannya yang tidak menentu. Isteri saya terus kedapur untuk membuat minuman teh untuk saya dan anak-anak serta minuman untuk cucu saya, Danny.

Malangnya dirumah itu tidak ada bekalan air sejak sehari sebelum Hari Raya dan kata ibu saudara saya itu merupakan perkara biasa disetiap Hari Raya. Saya tidak dapat membayangkan betapa susahnya ibu saudara saya dan keseluruhan penduduk kampong itu menghadapi hari lebaran setiap tahun.

“Tak taulah, macam mano nak mandi besok! Nak masak susah, nak mandi susah, mak cik tak sihat” kata ibu saudara saya sedih. Hanya tinggal sedikit untuk memasak air untuk membuat teh untuk saya didalam cerek yang tua itu.

Selepas itu, saya pergi menziarahi bapa saudara saya dikampong Bintungan yang tidak beberapa jauh dari kampong saya itu. Disitu juga saya dapati tidak ada bekalan air sejak 3 hari dan sepupu saya mengatakan, “Hari Raya ni mandi sekali sehari sahaja. Air tak cukup! Sebelum tidur, lap lap badan sikit-sikit saja”

Keluarga bapa saudara saya kata keadaan itu berlaku setiap tahun. Tidak pernah cukup air dan ini merupakan fenomena biasa. Dikampong-kampong bersebelahannya pun menghadapi masalah yang sama. Anak-anak dan cucu-cucu yang telah bersedia untuk bercuti raya agak lama kembali keKuala Lumpur , Seremban dan mana-mana kerana tidak cukup air.

Hanya setakat hendak mengingatkan orang-orang dikampong untuk bertanya, “sudah kah berjumpa dengan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kawasan itu yang kebetulan rumahnya hanya tidak sampai satu batu dari rumah saya itu?”

Saya juga hairan kenapa EXCO lantikkan Mohammad Hasan tidak ambil pusing tentang masalah ini sedangkan keadaan ini berlaku setiap hari raya? Jika beliau tidak dapat untuk melaksanakan tugas maka pada tahun hadapan anak-anak kampong tidak payah balek beraya dikampong, sebaleknya membawa ibu bapa, nenek dan saudara mara keKuala Lumpur, Seremban, Melaka dan mana-mana.

Jika tidak ada bekalan air bagaimanalah mereka dikampong itu untuk merayakan hari lebaran dengan anak-anak serta cucu-cucu masing-masing?Kita baru sahaja merayakan hari kemerdekaan yang ke 53 kalinya tetapi keperluan asas pun masih tidak mencukupi untuk rakyat dikampong saya dan kampong bersebelahan untuk menikmati kemakmuran dan kejayaan yang di gembar-gemburkan.

Orang kampong saya bukannya hendak membuat ‘proposal’ untuk membangunkan Tanah Lapangan Terbang Sungei Besi; hanya setakat mahukan bekalan air yang mencukupi untuk memasak dan membasuh sahaja.

Orang kampong saya bukannya hendak membida projek besar-besar seperti projek-projek yang diminta oleh syarikat-syarikat besar untuk membina laluan berkembar keretapi dengan harga melambung sehingga puluhan billion ringgit; hanya setakat bagi mendapatkan bekalan air untuk berwudhuk dan beribadah sahaja.

Orang kampong saya bukannya orang kaya raya yang mampu menghantar sepuluh juta ringgit kekotaraya London untuk simpanan; hanya setakat hendakkan air yang mencukupi untuk beraya dengan anak-anak serta cucu-cucu yang pulang berhari raya setahun sekali.

Tidak dapat dibayangkan jika ada kematian dihari raya itu; bagaimana orang kampong hendak mandikan jenazah? Tidak ke terfikir oleh pihak yang berwajib tentang perkara itu?

Itu sahaja pemintaan orang kampong saya. Saya berharap Mohammad Hasan akan melakukan sesuatu bagi orang kampong saya melalui EXCO lantikkannya yang setakat ini tidak tahu membuat sesuatu untuk saudara mara dikampongnya sendiri.

Bukannya apa. Orang kampong jangan diperlakukan sebagai tempat untuk menaikkan diri dan peribadi sendiri sahaja. Kapada ADUN yang juga EXCO lantikkan Mohammad itu, saya berpesan sebagai orang sekampong, tinggalkanlah nama, jangan tinggalkan belang.

Malu-malulah sikit! Lalu lalang setiap hari dengan berderebar didepan mata orang kampong tetapi bekalan air pun tak mencukupi. Jangan jadi seperti kaduk naik junjung, atau sikudung dapat cincin.

41 comments:

mahaza said...

Mungkin kalau mintak tolong CEO Syabas boleh memberi idea bagaimana nak selesaikan masalah tersebut - cuma kosnya kena kira la.... oleh kerana Selangor asik tangguh mungkin NS boleh cepat sikit - atau memang dah bawah persekutuan?

schenker78 said...

Itu baru Negeri Sembilan, boleh bayangkan apa berlaku di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak???
Saya pun x tau....

mungkin lagi teruk....Ambil air dari perigi kot atau jalan jauh ke Sungai ambil air.

Anonymous said...

Nak buek macamano lagi bang, kalau dah banyak kali pilihanrayo, masalah totap tak solosai,maknanya makan gaji buto ! bori ajo last warning yang terakhir, kalau sebelum Pilihanrayo akan datang, air totap putuih paham2 ajolah, orang nogori akan bori undi protes.Itu ajo caro nya.

Kalau dengan cino, pandai pulak bori dulu baru merayu undi. Eden teraso bonar macam hampeh dibueknya Melayu kito ni.....

Gini ah, rayo tahun dopan, kito pakat kumpul gotah paip banyok2, ese sambung belah nogori, eden belah ganu, minta dato sak sambung belah pahang. Ambil air dari Tasik Konyir. Biar satu dunio tahu betapo prihatinnya pemimpin Melayu kepado orang kampung Melayu !

Berat doh orang ganu cakap nogori :))

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Dimana letaknya Sg Jeutong nie, di Pulau Pinang ataupun di Negeri Sembilan?

Anak Jati Jelutong said...

Salam

Saya adalah anak Sg Jelutong. Saya memang telah terfikir nak masukkan tentang komen ketiadaan air dalam forum di surat khabar. ADAKAH KITA TELAH MERDEKA??? Apa maksud merdeka? Sebab tu saya tidak teruja untuk melaung-laungkan kemerdekaan sebab masalah yang tersangat asas ini pun tak boleh diselesaikan walaupun telah merdeka.

Sebenarnya telah empat puloh tahun lebih saya merayakan Hari Raya di Kg Sg Jelutong. Masalah air ini memang sangat kritikal. Saya dapat merasakan tidak putus bekalan air semasa 3 tahun terakhir perkhidmatan ADUN YB Dato' Hasan Malek. Pada ketika itu tak silap saya paip besar telah ditukar sehingga simpang Sg Jelutong. Selepas kenaikan YB baru yang juga sekampung masalah air ini timbul semula. Bukan tidak ada komplen dari rakyat kampung tapi saya memang tidak tahu kedudukan sebenar masalah air ini. Sepatutnya dengan taraf swasta bekalan air sekarang, masalah ini tidak sepatutnya timbul. Mungkin pihak kerajaan NS perlu memantau masalah yang dihadapai oleh Bekalan Air NS. Harapan saya jika masalah ini masih tidak diselesaikan saya tidak teragak2 untuk memberi laluan pada orang2 yang sepatutnya layak. Mungkin pemimpin sekarang jadi pemimpin untuk glamour dan habuan dan bukannya betul2 untuk memimpin rakyat.

Abu said...

panggil sahaja saya sebagai Abu (bukan nama sebenar). Saya telah balek kerumah isteri saya diSg Jelutong untuk berHarai Raya. Tetapi saya terpaksa balek keKuala Lumpur kerana tidak ada bekalan air.

Saya mengenali Encuik Aspan kerana semua orang mengenalinya diKuala Pilah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas keperihatinan Encik Aspan kepada keadaan ini.

Keluarga mertua saya sangat resah kerana tiada air pada hari raya yg lalu.

Wakil rakyat datangnya dari kg itu sendiri tetapi saya dari dulu lagi melihat beliau sebagao orang yang tidak berguna untik orang kampongnya sendiri.

Kesian. Hari Raya tak dapat mandi. Bayangkan sdr Aspan.

Abu

ichum said...

Embong Aspan,

Ese dah tak balek kampong beraya dah 3 tahun. Air tak ado. Nak mandi tak dapek. Macam mana nak rayou kalau ketiak bau ikan sopek.

ichum

Anonymous said...

di lenggong perak petang raya bergelap!

mo said...

Asalam saudara aspan,,, Kalau kita dengar tv kerajaaN BERBILLION PERUTUKAN, hebat dan nampak ghah. Kerajaan yg kita harap nak selesai perkara asas, pun dah tak mampu ? Apakah rakayat masih sedtia?? Sebenar permasaalah bekalan air, lebih dahsyat di kawasan desa di swak ??? Pipe ada air tak keluar sampai berminggu2, bila kelaur air kotor??? Ini bukan semasa hari raya sahaja, ini menjadi mainan minguuan dan harian. Kali2 org kampong yg menjadi mangsa ??? Ini lah yb yg kita pilih tak prihatin dgn permasaalah kpg. Yg yb tau dan nak ambik tahu berapa besar lagi tanah boleh di ambil dan jual dapat jutaan ringgit. Ini lah akibat rakyat di rasuah dgn berita rtm, tv12, tv3, hari mereka merasuah berita yg best2 dgn org kampong, tapi org kampong selalu dan sering menjadi mangsa mereka...Kampong yg belum lagi mendapatbekalan air lagi banyak di kpg swk.????? Mana duit royalti minyak??/ mana royalti gas ??? Royalti berbillion satu tahun, mana duit???????????????????? TQ

Anonymous said...

Tuan Aspan...

Oleh kerana ada yg citer hal kat Sarawak saya ingin menambah. Raya tadi saya pulang ke Sarawak dan ada satu kampung di Sarawak namanya Pulau Salak.

Ia terletak dalam Dewan Bandaraya Kuching Utara (Bandaraya kata kunci) tetapi bukan saja air tapi letrik pun tak ada. Jarak dengan bandar Kuching 9 kilometer atau dengan kawasan terdekat yg ada api&air 4 km.

Itu belum kira kawasan yg diluar Dewan Bandaraya. Sampai bila pun tak ada api&air.

Depa yg jadi pemerintah ni dok umum billion tapi yg dapat org depa yg dah kaya bertambah tambah kaya tapi org miskin bertambah tambah susah. Mereka ni perlu diajar melalui peti undi.

Sepatutnya rakyat jadi tuan dan bukan mereka jadi tuan rakyat.

Meor

tulangkering said...

Sesungguhnya masalah ketiadaan air di Sungai Jelutong dan kampung sekitarnya memang sudah puluhan tahun berlaku setiap kali tibanya hari raya dan pulih sekejap bila tiba pilihan raya.

Penduduk kampung ini yang rata ratanya penyokong UMNO tegar sesungguhnya memerlukan seorang waki rakyat yang dapat merasai denyut nadi penduduk kampung.

Dari segi akademik mungkin wakil rakyat kita ini tinggi, tapi kemampuan akademik yang tinggi sahaja tidak menjamin kepada kepimpinan yang dapat menepati citarasa dan inspirasi masyarakat kampung.

Saya sebenarnya "enggak abis pikir" bagaimana budak yang "terkemut-kemut" ini boleh menjadi wakil rakyat sehingga ke tahap exco kerajaan negeri. Kriteria apakah yang diguna pakai oleh MB Muhammad Hassan.

Keluasan ADUN Juasseh ini tidaklah sebesar mana pun. Sekali lagi saya "enggak abis pikir" bagaimana masalah yang berlaku sejak dari saya bangku sekolah lagi sehingga saya sudah mempunyai anak seusia 20 tahun, tak kunjung selesai.

Disebabkan masalah yang tiada penghujung ini kami sekeluarga hanya balik kampung pagi dan pulang semula ke KL pada sebelah petang.

Sejak kecil kita dinyanyikan lagu "HANYA UMNO SAHAJA PARTI YANG BOLEH MENYELAMATKAN ORANG MELAYU". Lepas ni boleh la pilih lagi.

Soba yo lah Pan.

Anonymous said...

Razi Kali, itulah nama budak 'conduit' Ismail Lassim. Jadi w/Rakyat dek mengampu semata-mata.

Buka dio tahu apo-apo tapi dijadikan pemimpin dek Ismail seboab nak sekat seseorang dikampong itu.

Heran den macam mano dio bulih jadi W/Rakyat. Haa..pilih lagi dio sok.

buih

joe King said...

Yang salahnya MB. oghang tak perform pun diambiknya untuk bertanding sobab politik peribadi dio.

buang Mat Hasan, solosai coghito.!

Anonymous said...

joe King,

sayo bosotuju dongan kau. Mat Hasan tu elok boghonti jo lah. Mudah mudahan keadaan botambah baik.

Kopalo ikan kalau tak elok badan ikan itu pun tak bulih dimasak laie.

kosian oghang Sg Jotutung dapek Razi jadi wakil mereka.

Sany

Anonymous said...

Orang Negeri mat penyabar dan tak mau lawan arus. sebab itulah UMNO terus bongkak di Negeri sembilan. Cubalah satu penggal saja, orang Negri pnagkah PR...biar padan muka BN dan UMNO. InsyaAllah, bekalan air mencukupi. Mana ada maslah air macam ni di kawasan parlimen pembangkang, macam Ipoh, Penang, dan KL. Penyokong tegar UMNO memang dilayan dengan terukkk...

sri hartamas

shariff said...

Mat Hasan memang naikkan orang macam Razi ini sebab dia tidak suka kepada sesiapa yang tidak tunduk dan meniaerap kepadanya. Hanya Razi dan beberapa orang yang sanggup melakukannya, maka dia ambiklah orang semacam ini.

Itulah yg melingkupkan UMNO Nogoghi Sombilan. Bukan sahajo di Pilah, diBahagian lain pun dio buek macam tu. Mampuih!

Anonymous said...

Den balik kojap kat Tengkek jongok omak saudara dan Pak saudara dokek kg Tapak. Memang tak ado air... tapi memang setiap tahun macam tu.. Kesian tengok anak buah belari bawak BENDERA MALAYSIA sambil main bunga api malam raya tu... INI LAH ANTARA NIKMAT KEMERDEKAAN SELAMA 53 TAHUN...Pemimpin BEBAL ...rakyat mesti berkorban mempertahankan Wakil Rakyat BEBAL ni...Pastikan BN menang dalam PRU 13 rakyat mesti berkorban ...Malam raya nak basuk berak pun tak do air....

Dobuih said...

Anon 08;31,

Sayo pulak balik Kg Majau. Den topakso berak dalam somak. Sinki omak den tak do air, jamban den tak do air dan kolah den tak ado air.

Lopeh sombahyang sunat rayo den balek KL. Den tanggalkan bondero kek keto den. Menyampah, hidup macam duduk dalam lokap.

matilah oghang kampong macam ni! Den bawak omak den ko KL supayo dio dapek mandi.

Dobuih

Anonymous said...

Isu air adalah isu besar.... seluruh kawasan yang tak ada air terutama masa perayaan atau keramaian adalah satu yang sangat melukakan perasaan dan hati nurani rakyat. saya harap semua pengundi dikawasan tak ada air bukalah hati dan perasaan supaya undi parti alternatif pada PRU 13 nanti... bukalah fikiran seluas-luasnya dan penuh nekad tolak BN demi untuk mendidik Wakil Rakyat menjadi Wakil Kepada Rakyat...

Anonymous said...

Bro, I am from KL and I am married to someone in Pdg Lebar which is within the constituency mentioned.

I arrived at my in-law's place just after magrib time and I could do my isyak prayer because there was no water supply for my ambulation.

I went back to KL the very next morning bro.

thanks for raising this issue as this has been the norm in the constituency of Jusseh (if I am not wrong).

The ADUN must be a real hopeless kind. Just pray that there will e a change.

i am a voter at Pdg Lebar because my late father-in-law wanted me to vote for BN then.

I don't think I will do that again. I am so sick with this issue faced by my in-law's family and all the kampongs within that vicinity.

Sdr Aspan, you are indeed very quick in grasping this important issue. Congrats bro.

ASDK

Anonymous said...

Aspan,

Teman tahun ni bawak anak isteri beraya dikampong saya diPerak sebab kami tahu kalau balek keKampong Keru mesti tak ada air.

Jadi selamatlah saya. Saya balek keKeru selepas 4 hari raya. Air sudah datang walaupun kecil jumlahnya.

DiPerak kami boleh mandi dan buang air besar dan kecil dengan selesa.

Syukurlah, kerana saya digerakkan untuk beraya diPerak.

BBJ

Anonymous said...

Kawan raya diJB sebab dah tahu setiap kali raya masalah air dekat rumah emak mertua di Kg. Terentang. Batu Kikir Tidak ada air...Sehari sebelum raya hantar Daging dan kueh kat Terentang kemudian tiga hari raya baru balik ke Batu Kikir.Idea En Aspan bawa semua saudara mara beraya di luar kawasan Kg. tu bagus... I try pujuk orang rumah i.. sebab org rumah i ni.. semangat Kampong dia kuat sangat ... selalu bergaduh pasal isu kampung dia...

Jimy said...

Den rayo rumah montuo den kek K Selangor. Lopeh sekso tak ado air kek Pdg Lebar.

Duo ari rayo den junjung uwan dan omak den koKL, pasal tak ado air.
Den toringat bagaimana Siti Hajar berlari-lari mencari air didalam padang pasir untuk memberi Nabi Ismail minum.

Kito oghang Pdg Lebar ni mengalami macam Siti Hajar dulu mencari air.

Manolah tau keluar air zam zam kek kampong pdg lebar atau torontang.

jimy

Anonymous said...

masalah air di kg beting dah solosai maso bro hassan.sekarang masalah lain pulak.masalah razi tak suko turun padang.razi pombongak.maso sobolom pru,suruh wanita kg boting bokompo di rumah ketuo wanita pado pukul 2 potang.pueh lah uwan,makcik,adik kakak nnunggu,tak yo muco2.nak tahu razi datang pukul brapo? pukul 6.30 potang.pueh bosopau.
hampehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.


kelapogomeng

Anonymous said...

aden naik bonci boto balik kg. Jelutong sobab macam2 penyakit ado dari Wakil Rakyat sampailah ko ustaz2 eh. Masalah air dah muak .. cakap pun tak guno. Aden tau balik maso mengundi sok limo undi dari keluargo den poi ke PEMBANGKANG. Pembangkang pun parti berdaftar dan sah dari segi undang2 negara.

Anonymous said...

Bro,

Razi ini sebenarnya tidak layak untuk membuat apa-apa pun. Sebelumjadi W/Rakyat dulu diri sendiri pun tak dapat dia selesaikan.

Hanya dia dipergunakan oleh Mail Lasim, Mui dan lain-lain untuk menjatuhkan Bro dan lain-lain dan UMNO bahagian jadikan dia sebagai W/Rakyat untuk menyekat bro dan keluarga.

Saya tau rundingan mereka kerana mereka takut dengan bro adik beradik kerana kalau bro naik mereka akan tidak boleh nak main-main dan rasuah dan sbgnya.

Saya juga adalah AJK Bhg bersama bro dulu. Itu ceritanya, jadi orang Juasseh dapatlah W/Rakyat macam hampeh siRazi itu.


bekas AJK Bahagian/Ketua Cawangan.

Anonymous said...

YB Razi ni, org keliling dio pun banyak merosak an dio. Bukan jadi penasihat dio tapi punahsihat. Kalau Razi sibuk lombap dio yo taknak tengok perangai org bawah dio alamat eh punah lah lopeh ni.

jeffri said...

Ese balik kek pdg lebar 2 hari rayo bagu-baghu ni. Ese donga Razi cakap dio akan botanding laie PRU13 ni. Kato dio Yam Tuan nak kek dio laie. Boto ko ombong?

Kalau dio laie balolah oghang kampong. Elok pulak Aji Kotit dulu laie.


jeffri

ismail botak said...

Sebenarnya begitulah kerosakkan dalam UMNO bro. Saya masih ingat Bro Aspan berucap mengingatkan kami apa yg akan terjadi kalau kita tidak berubah. @0 tahun dulu bro Aspan dah cakap. Sekarang ini sudah berlaku.

Bro pun dah lama tak balek. Saya faham kenapa. Lagi pun dengarnya bro dah bercucu dan bagainya.

Tapi kalau ado masa baleklah. Saya gembira apabila membaca yang bro ada balik sekejab dan menulis perkara yang sebenarnya berlaku.

Inilah sebenarnya komplain saya sekeluarga iaitu pasal tidak ada supply air ini.

Banyak lagi isu bro. Baliklah, saya tunggu bro.

ismail botak

Anonymous said...

Bang Aspan,

Abang dah lamo tak balek. Abang tau tak Ismail Lasim sekarang sedang melobi untuk jadi MB?

Somo W/Rakyat gunakan Abu Zahar untuk lobi Najib sokaghang ni. Mail nak jadi MB untuk ganti Mat Hasan. Mat Hasan memang patut pencen tapi takkanlat Mail Lasim nak gantikan Mat!

Kalau Mail jadi MB tak tau nak cakaplah.

Lagi pun BN monang lagi ke bang?

s/usaha cawangan, srimenanti.

Anonymous said...

Aku memang sakit hati yang teramat sangat dengan keadaan tak ada air masa beraya kat kampung baru2 ni. Aku tahu Air ini PERKARA ASAS atau KEMUDAHAN ASAS kalau hal2 yang dikatogerikan asas ini tak boleh diselesaikan memang layak peminpin kawasan itu samada ADUN atau Ahli Parlimen disumpah seranah kerana tak ambil berat masalah rakyat(MEMANG CILAKA PUNYA PEMIMPIN).Layak disumpah kerana semua aktiviti tergangu termasuk IBADAH nak menyembah Allah Taala tak dapat.Aku pasti undi PKR atau PAS kalau DAP pun bertanding macam Abas Yasin dulu aku undi. Eh.... kalau tak silap Abas Yasin abang Lilah Yasin ... teringat pulak.....

Anonymous said...

Razi ni dari kocik mano ponah ngaso hidup dan becampo dgn org kg. Sobab tu dio mada.

Abah eh Kaab @ Kail oghang kg cakap YB2 sobab lagak eh mengalahan anak.

Wankoling

Anonymous said...

Kalau nak tahu sibunga raya
Bunga raya kembang malam
kalau nak tahu kampung saya
Padang Lebar masuk ke Dalam.

Kalau nak tahu kampung saya
Padang Lebar masuk Ke Dalam
Amat sengsara dihari Raya
Masalah Air Tak Patut Di Diam

Amat Sengsara dihari raya
Masalah Air Tak Patut Di Diam
Pemimpin berbicara beria-ia
Najis kuning bertukar hitam.

Pemimpin berbicara beria-ia
Najis kuning bertukar Hitam
Saluran Air tidak diselengara
Akibatnya tandas tidak disiram.

Saluran Air tidak diselengara
Akibatnya tandas tidak disiram
Mail Lasim lantiklah kontrekta
Komisen banyak dalam gengam.

Mail Lasim lantiklah Kontrekta
Komisen banyak dalam gengam
Baik pulih Saluran pasti berjuta
Tahun depan musim pemilihan.

Anonymous said...

Razai is responsible but the accountability lies on the MB. Ese ghaso bang, Mat Hasan ni pikir dio bijak kotak oghang bingai macam Razi ni.

I went back to Joseh Ulu on the 3rd raya to see by ailing auntie and as expected kampong people were cursing him at the coffee shop.

Ese poi pulak ko Sg Talan, I heard the same issue against this YB. Actualy I have not met him and I don't know him but I am hearing a lot about his laziness and incapacity as ADUN.

The blame should go to the MB.

kpr, ulu joseh.

Baim said...

Nasib kaulah oghang kawasan Joseh! Tapi nasib kito samo. Kami oghang kawasan Senaling pun soghupo bang. Mail Laim tu sobona eg bang Wakil Rakyat kontraktor kelas F.

Oghang dalam DUN Pilah pun toghok bang. YB Adnan Abu Hasan laie bingai bang.Dio tu kalau dicalunkan lagi pasti kalah!

Anonymous said...

Kalau buleh kau yo Pan jadi YB dokek Juaseh. Tapi susah... satu undi perwakilan ke bahagian sekarang harganya paling kurang RM3,000.Den dah tuo dah tak tedayo nak lasak2 lagi dan peluang nak cari duit rasuah pulak tak ada.

Kengkawan Lamo...... tak payah konakan diri yang ponting maksud den ni.

Aspan Alias said...

Kepada yang mengulas apa yang saya tulis saya akan berikan sebab mengikut ilmiah politik dan realiti yang berlaku diKawasan Kawasan DUN dalam Palimen Kuala Pilah ini.

Kepimpinan diKuala Pilah memang lama sudah hancur sebab diracik-racik oleh orang luar terutamanya dari Seremban.

Kuala Pilah payah hendak mendapat kepimpinan yang kuat kerana pucuk pimpinan diperingkat negeri tidak mahu melihat Kuala Pilah itu menjadi bahagian yang memimpin NS.

Maka orang yang berkuasa diSeremban akan membela mereka yang lemah kepimpinan mereka kerana dengan berbuat demikian maka yang berkuasa diSeremban akan dapat berselesa untuk berpolik peribadai.

Itu sebab diKP pemimpin-pemimpinnya seperti burung balam; mengangguk sahaja.

Puluhan mereka yang berkemampuan sudah melarikan diri kerana tidak tahan dengan perlakuan pemimpin-pemimpin seperti ini.

Yang baik dipandang sebagai tidak baik, dan yang tidak baik dipandang sebagai yang baik.

Penyakit ini sudah berpuluh tahun berlaku dan sekarang ini sudah sampai ketahap yang tidak boleh diperbaikki lagi.

Percayalah, jika dibuang yang tidak baik ini, yang akan menggantikan mereka juga dari set yang sama.

Whoever can amuse that guy in Seremban will be the replacement of the current weak set.

One does not need to be good, but must be able to amuse him.

Kata orang-orang tua dulu, kalau pandai menggoli pundi-pundi dio akan dapek tompek dihatinyo.

Sapa-sapa yang ingin menadpek tompek pilihan rayo ni, mulolah goli pundi-pundi eh.

UMNO leaders in the state are totally disconnected with their constituents. That's it.

ilham & family said...

Do not brood over this YB. Just vote him out and I assure you that would be no mistake.

My family members are still the voters there. We shall all go back just to vote him out.

This fucking boy shouldn't have been put up a a candidate in the first place. You are right Aspan, they are in disconnection with his voters and supporters.

ilham $ family.

zain ismail said...

YB Razi Kaab ni, nak berniago durian pun tak boleh! Tak usahlah dio laie dicalunkan. Buek malu kaum ajo.

zain ismail

Anonymous said...

boto bro aspan cakap.politik kopilah dikotrol oleh mb.maso mb yg datang dr kawasan topi pantai selat melako.yg jadi kudo polojang e muhi & am anak beranak.kak ngah napsiah yg tolong muhi jadi su politik(walaupon tak layak kerana tak lulus spm) disogok dengan tanah,hutan balak dan projek.terus tukar taukeh dan kojokan boss e sampai lunyai.this two brothers are the KITOl KUALA PILAH yang digunokan oleh orang sorombam,yg dikoba oleh bro aspan.
boto kato bro aspan,tokoh kp yg hanyut oleh mainan kitol kp ialah dr.ramli,napsiah,zahar,hasimmudin,
mazibah,bro aspan sendiri,dr noodin selat dan banyak lagi
kitol kp hidup dalam politik kp bilo bahagian kp bogorok.
so tugas rasmi kitol kp memastikan kopilah bogorok.dan lotakkan badut2
di bahagian.so orang soromban solamat.

sigaianau

Anonymous said...

Alhamdullilah, syukur den kek Allah taala den masih dapek Rayo dlm suasana amandamai..Den pun balik rayo kampong ari tu..malah tiap2 taun den akan balik kampung rayo, tak ponah miss sojak nyao dikandung bodan dah 46 taun dah..Topi den raso tak lah setoruk macam apo yang korang cerito kek ateh tu...ado lah dlm 3 jam pagi tu air tak ado tapi lopeh tu adooo cumo kocik lah...tu kek rumah den. kek kampung mungka, blah hilir sikit dari mah aspan..tak tau lah kok mah Aspan langsung tak ado air, mungkin lah agak eh sbb Rumah Agam teh puncak gunung...oh yo den sompek ziarah Aziz Bosir mantan ketua kampong, den nompang teberak jamban eh, masih seleso becebok..dan den agak dio masih bolum terak lam somak laie do...Den bukan balik setaun sekali macam Aspan, bleh di kobaan lat 2 bulan den misti balik..tak ponah plak tak ado air do, malah den ado nonga pak sedaro den bongih kek SAINS sbb bil air eh tingi..takkan air tak do bil tinggi kut..kalau nyiram an bungo tu bah lah laman cam tu lah ragam org kg.( org kg tak bising yg bising cumo org cam Aspan dan yg sewaktu dgn nyo...ok tak po..hal kg sok cerito laie...cumo nak bg tau, samoado dulu @ kendian den pun balik mah bini den kek kelantan, sepanjang2 maso paip eh tak ponah berair tp den tak bising pun....Bersukurlah Pan memanglah kg tak samo dgn Subang Jya dooo..Den duduk Mont Kiara Pan!!!Alhamdulillah.....