01 November 2010

Aziz akan menang, insya-Allah

Kita tidak mendahalui Tuhan, tetapi jika kita gunakan hukum akal anugerahNya calon UMNO yang didukung oleh Tengku Razaleigh (TR), Encik Aziz Yusuf akan memenangi PRK DUN Galas pada 4hb. yang akan datang. Jika Tuhan mengizinkan YB Aziz akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil pengundi Galas di Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan sepenuh hati bagi membela nasib rakyat yang tinggal dalam kawasan DUN Galas.

Aziz adalah seorang anak tempatan yang berkhidmat dengan KESEDAR dan beliau merupakan calon yang sangat sesuai untuk mewakili rakyat Galas kerana familiarity beliau dengan keadaan setempat. Sifat beliau sebagai seorang yang merendah diri dan seorang yang masih bertenaga muda, pemilihan Aziz itu merupakan pilihan yang tepat dan secocok dengan cita rasa rakyat tempatan.

Sentuhan TR sangat memberi kesan kepada sokongan pengundi terhadap Aziz dan dibantu pula dengan sifat rendah diri Aziz yang mudah bergaul dengan masyarakat membuatkan pengundi Galas jelas kembali kepada kita dan memberikan dukungan kepada Aziz, insya-Allah. Dalam pilihanraya kali ini TR membuat gerakan kempen yang sangat bersih; tidak mengajak sesiapa berkelahi malahan penyokong PAS tidak pernah mendapat tempelak dari pemimpin ini dalam siri kempen pilihanraya kecil ini.

“It is a friendly game,” kata seorang sahabat saya, seorang peguam berbangsa Cina yang telah pergi ke Gua Musang semata-mata untuk membantu parti TR (maksudnya UMNO) walaupun beliau tidak mengenali TR. Beliau berkata bahawa beliau nampak pertambahan sokongan kaum Cina terhadap Aziz apatah lagi selepas TR berjaya mendapatkan projek perumahan untuk rakyat Galas yang baru-baru ini dilancarkan di Gua Musang. TR telah berusaha untuk mendapatkan projek ini sejak tahun 2008 dan akhirnya TR mendapat kelulusan dari kerajaan pusat.

TR sangat berpuas hati kerana dengan projek ini maka beliau telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang tinggal dalam DUN Galas ini yang kekurangan kemudahan perumahan. Rakyat di sana hanya membayar RM40,000 bagi rumah yang berharga melebihi RM100,000 itu. Komitmen TR untuk rakyat Gua Musang yang beliau bela sejak 40 tahun dahulu tidak pernah berhenti.

Gua Musang, jika mendapat sokongan dari kerajaan pusat dan jika dibantu pula oleh kerajaan negeri merupakan kawasan yang mudah membangun. Kedudukan geografinya yang strategik merupakan elemen terpenting yang boleh membangunkan kawasan ini sejak network jalanraya dan lebuhraya menuju ke Kota Baru melalui Gua Musang ini dipertingkatkan.

Gua Musang boleh dihubungi melalui darat ke Terengganu, Utara Perak dan Selatan Kedah serta mempunyai jalanraya yang baik menghubungi K. Lumpur melalui K. Lipis, Raub dan Bentong. Perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Lumpur hanya memakan masa selama 3 setengah jam sahaja sekarang ini. Kedudukannya yang central menjadikan kawasan ini yang dahulunya jauh terpencil akan menjadi kawasan yang akan maju dan membangun dengan mudah.

Apabila Gua Musang sudah mencapai kemajuan yang pesat tidak berapa lama lagi saya merasakan Gua Musang boleh dijadikan Ibu Negeri Kelantan kerana kedudukannya yang begitu strategik.

Nampaknya TR menggunakan pendekatan yang sangat berbeza dengan PRK yang lain-lain sebelum ini. Dalam siri kempen ini TR mendekati rakyat pengundi dengan meneruskan interaksi manusia dengan manusianya dengan baik. Tidak ada pihak UMNO Bahagian Gua Musang yang menempelak PAS secara terbuka kerana TR percaya dengan demokrasi tulen. Bagi beliau, memenangi pilihanraya dengan cara yang kotor bukan sikapnya. TR menekankan cara kemenangan yang paling unggul ialah dengan bukti kepimpinan dan kerelevanan batang tubuh kepimpinan masing-masing.

Itulah sebabnya pengempen-pengempen dari luar kawasan itu tidak dapat berbuat apa yang selalu mereka lakukan dalam PRK-PRK yang lalu di banyak tempat sebelum ini. TR telah bergelumang sejak awal 60-an lagi di kawasan ini dan untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang relevan bukannya satu usaha yang mudah. Beliau terpaksa mengorbankan segala-galanya bukan sahaja di Gua Musang malahan di seluruh negeri Kelantan kerana semasa itu tidak ada sesiapa yang sanggup menerima cabaran untuk menghidupkan UMNO di Kelantan.

Insya-Allah Aziz akan mendapat mandat kali ini dan saya hanya mengharapkan beliau akan dikurniakan kesihatan tubuh badan dan pemikiran yang baik untuk menjalankan tugas sebagai wakil kepada rakyat Galas di Dewan Undangan Negeri Kelantan selepas 4hb yang akan datang.

Adalah diharapkan beliau akan bekerjasama dengan 2 ADUN yang sedia ada, Dato' Norzula Md Diah dari DUN Paloh dan juga Yusuf Abd Ghani dari DUN Nenggiri. Ketiga-tiga ini jika bekerjasama dengan baik insya-Allah TR akan berusaha tanpa halangan untuk memajukan bukan sahaja DUN Galas malahan juga seluruh kawasan Parlimen Gua Musang keseluruhannya.

Seandainya ada lagi PRK di mana-mana kawasan lain pada masa yang akan berkempenlah cara yang diatur oleh TR di Gua Musang. Gunakanlah model kempen di sana sebagai contoh untuk diikuti pada masa-masa yang akan datang. Selalunya orang yang marah akan kita akan berlembut kalau kita tidak menunjukkan sikap arrogant kita pada pandangan masyarakat. Malahan orang ramai akan lebih menghormati kita.

13 comments:

Quiet Despair said...

Yep. I am rather sure Aziz will win.
Can I guess you went with Sakmongkol to Gua Musang and are now back in KL.

Anonymous said...

Apa yang penting rakyat yang menang...namun jika berjanji mesti ditunaikan janji....dan jika menjadi YB mesti menjadi hamba rakyat bukannya menjadi raja kepada rakyat.

Itu yang orang marah kalau belum jadi YB boleh berperangai baik tapi bila jadi YB perangai rasuah, pecah amanah dan penipu bermula.

Rakyat yang berkuasa dan bukan mana YB atau parti.

Yahya

Anonymous said...

Salam Sdr ASpan,

Syabas dan tahniah diatas ulasan dan ramalan yg menyeluroh dan positif.Perubahan cara dan kaedah berkempen memperlihatkan kebijaksanaan dan kematangan berpolitik TR sebagai pengarah BN bagi PRK DUN Galas.Kita berharap semoga ramalan sdr ini akan benar-benar menjadi kenyataan yg akan membuktikan bahawa pendekatan yg digunapakai olih TR itu benar-benar berkesan dan membawa kejayaan pada 4hb ini nanti.

Jika kejayaan BN akan jadi kenyataan pada hari itu sudah pastinya ia merupakan satu rangsangan dan petenda yg akan membawa perubahan politik diseluroh negeri Kelantan pada PRU akan datang ini.Untuk itu kita berharap semoga TR akan diberi tugas dan tanggungjawab bermula sebaik sahaja PRK Galas selesai untuk merampas balek negeri Kelantan dalam PRU 13 nanti.

Askar Tua

OCPA said...

Ye..Aziz berkemungkinan besar akan menang kerana kerusi dan kawasan tersebut memang kubu kuat UMNO dari dulu lagi. Kemenangan arwah pd PRU 12 yg lepas adalah dikira "bernasib baik" je.
PAS sebenarnye dikira sebagai underdog walaupun PAS pemegang kerusi Galas..
CUMA..yg menjadi persoalan, apakah kemenangan si Aziz kelak akan merubah perangai pimpinan UMNO?
Apakah mereka akan berubah baik atau menjadi lebih sombong dan bongkak??
Mengapa UMNO masih mengamalkan cara kempen yang berbaur "RASUAH"?
Berbagai mcm projek dan pembangunan dijanjikan.. Kalau sewaktu berkempen pun dah tabur rasuah,ianya mencerminkan sikap dan sifat UMNO yg masih tak berubah malah semakin kotor..
Kalau setakat Aziz je yg baik, tapi pimpinan masih bergelumang "taik",maka, entah apalah yg nak diharapkan pd UMNO lagi..ekor baik tapi kepala busuk..
BERUBAH lah..bukankah PAS itu parti yg memperjuangkan ISLAM dan majoriti ahlinya adalah Melayu??

ahliPas said...

Ku Li pemimpin berpengalaman dan beliau berkempen secara orang berpengalaman. Tidak payah menghentam OAS macam memukul ular, kerana Ku Li pun tidak bermusush dgn PAS. Ku Li hanya memaparkan calun beliau dan tidak menghadapi PRK ini untuk bermuusuh dgn sesiapa. Ku Li disayangi juga oleh ahli ahli PAS sebab Ku Li adalah pemimpin yang melebihi pemimpin pemimpin party politik. Ku Li punyai hati yang dekat dgn kami di Gua Musang bro.

ahliPas

Pewaris said...

Salam.

Kalau style Ku Li, memang ahli PAS pun ok dengan dia .. sebenarnya .. parti mana yang benci membenci? Dari dulu lagi saya diasuh dan dididik untuk membenci PAS oleh media kerajaan (parti mana yang kuasai kerjaan?). Media ni tak pernah kena Akta Hasutan pun. Mengata orang dia yang lebih. Sekarang nak mohon perpaduan Melayu .. siapa sombong dan bongkak?

Wasalam

Anonymous said...

If there is transparency Pakatan will win that is for sure.If there is non BN will win

Anonymous said...

"Aziz adalah seorang anak tempatan yang berkhidmat dengan KESEDAR dan beliau merupakan calun yang sangat sesuai untuk mewkili rakyat Galas kerana ‘familiarity’ beliau dengan keadaan setempat. Sifat beliau sebagai seorang yang merendah diri dan seorang yang bertenaga masih muda Aziz pemilihan Aziz itu merupakan pilihan yang tepat dan secocok dengan cita rasa rakyat tempatan".

belabik statement ngo kato ore klate
kalu gitu gak bakpko tok letak abe
aziz ni awal awal lagi maso PRK 12
hari tu kalu dah dia bagus sgt.

kawe buke pembangke
kawe membangke

Anonymous said...

Sungguh benarlah Ku LI "The best PM we never had".

mo said...

Asalam saudara aspan,,, Tidak mustahil aziz mungkin menang ??? KIta akan membokti nya 4 hari bulan ini ? Saya menjangka umno sekali akan kecundang dan akan tersungkur,, rakyat bukan tak mahu dgn aziz, tapi rakyat sudah mual dgn umno dan pemimpin yg kejujuran boleh di pertikaikan oleh semua rakyat ???ketentuan dsan ramalan kita akan di ketahui 4 nov 2010, selamat maju jaya. tq

Quiet Despair said...

Anon 10.46

What kind of logic is that?
Don't be such a sour puss or sore loser.
Accept whoever wins.
It's a peaceful contest without the prescence of Keadilan.

Bibir Jambu said...

Kalau menang cara bersih, kita respek le dengan BN. Tapi menang dengan memberi duit dan sedikit makanan, itu tak aci. Kita nak ketulenan bukan ketumpulan.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

As I see it if BN wins Galas, UMNO may not be pressed to change.

Yes, may Allah SWT wills it. He gives "Victory" to whoever He wishes. To us only He knows what that "Victory" is, isn't it?