31 October 2010

UMNO tak perlu sokongan bukan Melayu?

Samy Velu, Presiden MIC sekarang marah-marah dengan pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Johari Abd Ghani yang menyatakan UMNO Bahagiannya tidak perlu sokongan bukan Melayu kerana Titiwangsa mempunyai 70 peratus pengundi Melayu. Orang ramai yang mendengar kata-kata Johari ini tentunya akan menggeleng kepala kerana Johari masih ingat UMNO itu masih kuat tanpa menyedari yang pengundi-pengundi Titiwangsa telah memberikan mandat kepada PAS untuk mewakili mereka diDewan Parlimen Malaysia.

Samy Velu memberikan reaksi dengan marah-marah dan berkata UMNO akan menghadapi risiko untuk dikalahkan oleh pembangkang di70 kawasan jika bukan Melayu mengambil keputusan untuk tidak menyokong UMNO dalam pilihanraya yang akan datang. Walaupun Johari berucap didalam ‘function’ yang ‘private’ kata-kata ini melambangkan yang beliau tidak mempunyai ‘sensitivity’ yang betul dalam politik tanah air.

Dr Mahathir pernah mengalami kekalahan dikwasan Kota Setar pada 1969 apabila pengundi-pengundi Cina mengambil keputusan untuk mengundi PAS yang diwakili oleh Mursyidul Am PAS semasa itu Tuan Hj Yusuf Rawa. Orang Cina telah mengambil keputusan untuk membelakangkan Dr Mahathir kerana Dr M membayangkan yang beliau tidak perlukan sokongan kaum Cina disana untuk menang.

Perbilangan orang Melayu ada berkata, ‘telajak perahu boleh berundur, telajak kata binasa badan’. Adalah lebih molek untuk parti jika Johari memberikan kepimpinan itu kepada orang lain kalau kehadziran beliau boleh membawa padah kepada UMNO.

Kata-kata yang bodoh sombong itu dirakamkan didalam U-Tube dan ianya ditonton oleh ratusan ribu manusia dinegara ini. Johari lupa yang rakyat kita bukan lagi buta huruf; semuanya boleh membaca dan menulis. Saya sendiri sudah boleh membaca dan menulis sikit-sikit.

Dalam isu ini saya tidak menyalahkan Samy Velu.Beliau mengatakan semua ahli parti-parti dalam komponen mesti menyokong diantara satu dengan yang lain dan beliau mengakui yang kehadziran beliau dalam parlimen selama ini adalah diatas sokongan semua pihak. Apabila beliau tidak mendapat sokongan itu lagi didalam pilihanraya yang lalu beliau telah tewas dan kawasan itu diambil alih oleh PR.

Jika benar Titiwangsa tidak perlukan undi kaum lain kenapa pula UMNO telah tersungkur dibahagian itu didalam pilihanraya yang lalu. Apa gunanya mempunyai 70 peratus mengundi Melayu jika orang Melayu sendiri tidak menyokong UMNO dalam pilihanraya yang lalu? Nampaknya jika begini sikap pemimpin utama UMNO Bahagian ini bercakap maka PAS sudah tidak payah bersusah payah lagi untuk mengekalkan kerusi resebut didalam pilihanraya yang akan datang.

Kita tidak faham apa sebenarnya penyakit yang menghidapi penyakit pemimpin-pemimpin kita sekarang ini.saya berpendapat pemimpin seperti Johari ini patut diberikan tarbiah oleh pucuk pimpinan supaya berhati-hati bila berbicara. Tetapi masalahnya pemimpin-pemimpin tertinggi kita pun perlukan tarbiah juga.

Sesungguhnya UMNO perlukan sokongan semua kaum terutamanya kaum Cina. Terimalah hakikat itu.

20 comments:

airman_1 said...

aku setuju orang melayu umno tak perlu sokongan bukan melayu malah tak perlu risau utk jadi pembangkang fikir diluar kotak

Anonymous said...

Tn Aspan
Titiwangsa tu sama je dengan lain-lain Bahagian AM. MENO. Masing-masing rasa tak perlu sokongan drp kaum lain. Jawapan kaum lain (Melayu, Cina, India & dll) kau tak hendak, kami lagi lah tak hingin. he3..

Anonymous said...

kepada Johari,

kepala hotak kamu. Yang terseksa nak bantu UMNO nanti adalah orang macam aku.

Kalau bodoh jangan main politklah!!

UMNO Titiwangsa

Anonymous said...

hanya sebab Johari sorang kau salahkan semua UMNO...

Azmin pernah panggil seorang MP PKR keturunan India sebagai pariah, tak nampak pulak kau spin PKR tak perlukan undi India...

Berlaku adillah Aspan!

Anonymous said...

kalau ada bolas, buat banner besar-besar kat galas - "umno tak perlu cina, india & dll".

bodoh seperti bodoh cakap

Bibir Jambu said...

Cakap kosong UMNO jangan nak layan lah. Cakap dia persis cakap lepas pekena gam dunlop. Orang waras ni dia tak cakap tapi dia buat. Ah, itu baru gentleman.

UMNO KB, PengundiGalas said...

Kami diKelantan perlukan sokongan UMNO. Biarlah Titiwangsa yang berkata begitu.
Dan rakan kita kaum Cina pun memberikan sokongan kpd kita.
Siapayg kata tak perlu sokongan Cina itu adalah orang sewel seperti Ketua Bhg Titiwangsa itu.

UMNO KB, PengundiGalas

mo said...

Asalam saudara aspan,,,Perbincangan kita melalui blog tuan sudah mungkn terlalu banyak ??? Nampak apa jua lontaran dari pihak tuan, baik komen dari pengikut blog tuan , tidak memberi kesan kepada pemimpin umno, baik yg tertinggi atau yg lain??? Saya agak kurang minat lagi memperbincangkan berkenaan dgn umno baik bn. Mereka ini masih tidak mendapat klue dari kretikan yg rakyat buat ??? Ada kemungkinan memang beginilah sebuah kerajaan yg kuat dahulu, akan tersungkur akhirnya??? Kerajaan yg kuat dan berkuasa akan senantiasa ego dgn kuasa,,, tapi mereka selalu lupa dan alpa, rakyatlah mempastikan mereka ini masih dapat menubuh kerajaan atau tidak??? Biarlah umno cakap apa pun, tak perlu di pedulikan lagi ??? Adalah lebih baik kalau pihak tuan memberi fokus, kepada apa mungkin akan berlaku, sekira umno bn atau pr akan menjadi kerajaan yg di pilih rakyat??? Pm najib dalam pengolongan perhimpunan umno, in all cost petra jaya harus di pertahankan ??? Kalau mengikut intepretasi, secara logik sudah tentu umno akan mempertahan kan kerajaan umno dgn apa jua cara, tidak mustahil mengunakan jalan yg tidak democratic ??? Apakah ini akan berlaku ??? Sedangkan keseluruhan rakyat telah hidup aman dan damai,,,Dengan suara yg sangat perkauman, sperti perkasa ??? Sedikit sebanyak memberi kesan yg kurang baik, jika di teruskan ianya boleh memudaratkan.??? Umno bn yg ada sekarang, di mana2 telah menjadi garang dan sombong, mereka hilang pertimbangan, hingga yg di ucap pun tidak menjadi, bahkan menjadi racun berbisa yg akan memakan diri... Mereka yg hanya tinggal sedikt kuasa masih lagi bongkak,,,mempergunakan polis, dan bandan kerajaan seboleh yg mungkin, demi mempertahankan kuasa... Mereka masih lupa, polis hanya adakan kuasa yg terhad, namun rakyat yg bijak akan mengunakan kuasa yg boleh mengubah sesebuah kerajaan. tq

Quiet Despair said...

In a way he's right.
Samy Vellu and CSL need Malay votes to win. In fact they won on Malay votes.
Very few Chinese voted for BN.
So UMNO including Najib basically won on Malay votes.
The votes from Indians and Chinese are negligible.

Teruna Bugis said...

UMNO adalah sebuah parti politik Melayu. Jadi hanya Melayu perlu sokong UMNO. Bangsa lain hanya perlu sokong PR supaya UMNO cepat jadi pembangkang. Ketika itu barulah orang UMNO perlukan bangsa asing.

Anonymous said...

Quiet Despair, people of yr kind would lead UMNO to its demise.

johnwayne

izham said...

Aspan,

You hit right on the nail. i have just came back from Gua Musang. UMNO is going to win there with the help of the Chinese votes that are on the way back to us.

If Titiwangsa thanks they don't need the Chinese votes, that is a very isolated ill advised leader.

We are going to be the victor partly because of the Chinese votes bro. I think that is honestly a happy news for you personally.

izham

Anonymous said...

Kata-kata Johari itu benar-benar kata-kata orang tidak siuman politiknya.

We need Malay support bro. Good that you bring this matter up. We shall deal with him in the party election next year.

Kata-katanya itu betul-betul kata-kata jahannam.

Ahli UMNO titiwangsa

Anonymous said...

Tn Aspan
Perhimpunan AMENO cadangkan subject Sejarah dikenalkan semula. Masaalahnya AMENO selalu terlupakan sejarah kejatuhan semua kerajaan hebat di masa dahulu. Raja2 dahulu apabila dipenghujungnya selalu tak dapat maklumat mengenai rakyat. Raja & pembesar kaki bodek hidup dalam kemewahan, rakyat dalam kesusahan yang amat sangat. Nak tau pembesar tu tengok lah yg datang perhimpunan AMENO..

zul said...

Sdr.Johari teruskan perjuangan membela Melayu. Mmng Umno tidak perlukan sokongan bukan Melayu utk memang pilihanraya. Jika kita bergantung kpd sokongan mereka, kita umpama lembu dicucuk hidung. Hidup Johari !

Anonymous said...

Pada pandangan saya, penyakit orang orang UMNO sekarang adalah bodoh dan tidak mau belajar dari pengalaman lalu serta memperbetulkan diri untuk kembali kelandasan asal. Ini adalah disebabkan majoriti pemimpin UMNO sekarang naik dengan rasuah dan mereka menganggapkan mereka berupaya dapat segala galanya dengan wang! Kalau adapun cakap untuk berubah, itu hanyalah retorik saja, buatnya tidak sebab sikap angkuh dan sombong masih menebal dalam diri mereka. Mereka pulaukan penyokong PR, bukannya cuba menjadikan kawan supaya secara halus boleh mereka mentarbiah ahli ahli PR tersebut supaya menyokong UMNO! Umpamanya saya sendiri, dari dulu dan selamanya disish kerana saya adalah ahli PAS. Lagipun Para Pemimpin UMNO banyak yang hilang pertimbangan bila berhadapan dengan wang dan mereka gunakan untuk perbadi dan membelakangi hasrat ramai. Kalau inilah berterusan dan kerajaan PR (seperti laporan berita alternative) lebih berdaya maju, saya rasakan umur UMNO tidak akan panjang lagi dalam pemerintahan Malaysia! Maaf, saya tidak pernah membaca aatau mengikuti berta media perdana keran banyak pembohongan di dalamnya. Saya lebih suka mengikuti seperti blog saudara ini kerana saya kira saudara jujur dalam mengutarakan sesuatu klimaks, walaupun saya tahu saudara adalah seorang anggota UMNO. Juga sekarang saya terasa mual dengan NGO NGO yang bercakap untuk perjuang Melayu kerana mereka sendiri terlebih sudu dari kuah, yangmana sebenarnya mereka berjuang adalah untuk kepentingan populariti pemimpin mereka sendiri.

Anonymous said...

Penyakit pemimpin UMNO jenis ini ialah Penyakit yang sejenis dengan PENYAKIT NYANYOK... Penyakit ini tiada ubat melainkan "tunggu....."

Anonymous said...

Deria bau, rasa, dengar dan lihat pemimpin UMNO disetiap peringkat telah rosak dan tidak berfungsi dengan betul. Deria mereka berfungsi bila ada imbuhan berbentuk duit baru boleh....selain dari duit atau projek mereka akan merapu ikut sukahati sendiri bercakap tanpa sensitif dengan kepentingan organisasi UMNO dan mood rakyat masakini.... sensor mereka sudah rosak.... boleh juga dipangil penyakit GILA... Gila itu ada 99 jenis, tetapi yang sejenis dengan gila Johari ini dipanggil gila yang ke 100......

Anonymous said...

Johari cakap memang betul, itulah sebabnya sekarang PAS bolih berjaya wujudkan PAS supporters club !.

PRU akan datang, orang bukan Melayu akan tunjukkan bahawa orang bukan Melayu tidak perlu UMNO lah !

Hidup PAS !.

Anonymous said...

Thanks :)
--
http://www.miriadafilms.ru/ приобрести кино
для сайта aspanaliasnet.blogspot.com