23 July 2011

Menunggu perubahan yang tak kunjung tiba - AMANAH terpaksa menggerak langkah

Pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) semalam merupakan satu pengisytiharan bagi kita melakukan perubahan kepada susur galur perjalanan kearah mencapai masyarakat dan rakyat yang berpadu, satu-satunya perjuangan yang diusahakan oleh pimpinan kita yang terdahulu khususnya perjuangan YTM Tunku Abdul Rahman dan sahabat-sahabat pemimpin seperti Tun Tan Cheng Lok, Tun Sambanthan dan yang lain-lain yang bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia dari Sabah dan Sarawak.

Bagi sesiapa yang mengamati matlamat AMANAH ianya merupakan perjuangan dan usaha untuk membina hanya satu matlamat iaitu perpaduan di antara semua kaum yang telah berpecah belah kerana dipecah belahkan oleh pemimpin-pemimpin politik yang terdesak untuk mendapat sokongan. Jika kita telek dan kaji dengan serius sebenarnya perjuangan pemimpin kita terdahulu hanyalah satu, iaitu perpaduan kaum yang hakiki.

Jika perpaduan kaum yang hakiki itu tercapai maka mudah bagi siapa yang memimpin untuk membina negara dalam semua bidang, samada politik, ekonomi, sosial dan apa-apa yang diperlukan untuk kehidupan rakyat berbilang kaum. Semuanya ini telah hampir tercapai tetapi sejak hampir 3 dekad dahulu apabila kita dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai nilai sebagai pemimpin yang sesuai dengan keadaan negara kita, maka keadaan beransur-ansur mengalami perpecahan mengikut sentimen perkauman yang menebal.

Kemerdekaan dicapai dengan perpaduan di antara semua kaum. Jika tidak ada perpaduan kemerdekaan berkemungkinan tidak akan tercapai. Tetapi dengan ketelusan dan kejujuran bapa-kemerdekaan kita bersama rakan-rakan seperjuangan dari semua kaum kita telah berjaya membina dengan kukuh asas yang terpenting sebelum negara mengisytiharkan kemerdekaan itu.

Ini sahaja sepatutnya di sedari oleh semua pihak yang perpaduan di antara kaum itu merupakan perkara terpenting dan usaha yang pertama untuk dijayakan sebelum apa-apa perancangan boleh di laksanakan. Kita boleh menggubal apa sahaja dasar yang molek-molek, tetapi jika perpaduan di antara kaum itu tidak wujud segala dasar tidak akan mencapai kejayaan.

Walaupun dasar itu hanya untuk kepentingan pembangunan bagi hanya satu bangsa ianya tidak juga akan berjaya tanpa persetujuan dan restu kaum-kaum yang lain di negara ini. Contohnya DEB yang digubal untuk kepentingan Bumiputra bagi membolehkan kaum Bumiputra berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dahulu pun hanya di lancarkan dengan persetujuan kaum-kaum yang lain di dalam negara kita.

Itulah sebabnya BN telah mencapai kejayaan untuk mendapatkan sokongan bulat dari semua rakyat berbilang kaum. DAN itu pun sebabnya kehadziran wakil-wakil pembangkang di dalam dewan-dewan lagislatif kita boleh di kira sebagai ‘insignificant’. Walaupun dasar itu ialah khas untuk Bumiputra tetapi pimpinan besar kita telah berjaya mendapatkan sokongan dari pimpinan kaum-kaum lain dan mereka bersama-sama memberikan sokongan terhadap dasar yang murni itu.

Semua kaum bersetuju merapatkan jurang berbezaan ekonomi di antara kaum itu akan membawa negara kearah huru-hara dan kepincangan yang akan merugikan negara keseluruhannya pada masa depan. Semuanya ini merupakan ‘wisdom’ yang ketara yang ada kepada pemimpin kita khususnya kapada YTM Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Husein. Nama-nama ini merupakan pemimpin-pemimpin yang berkorban dengan jiwa dan raga mereka tanpa memikirkan kekayaan dan harta yang menimbun untuk keluarga dan sanak saudara mereka.

Tetapi pemimpin selepas era itu tidak berjaya untuk menandingi kesabaran dan pengorbanan mereka , kerana selepas itu pemimpin sudah mula mengendung sekali nafsu untuk membina kekayaan mereka di samping membangunkan negara. Apabila pemimpin sudah ada kepentingan peribadi bermulalah kehilangan kepada nilai dan kualiti kepimpinan kita.

Jika pemimpin seperti Tunku, Razak dan Husein bersara dengan tiada apa-apa kekayaan yang dihimpunkannya pimpinan selepas itu lain pula keadaannya. Pemimpin selepas itu tidak lagi mahu menaiki penerbangan komersial tetapi terbang antara dunia dengan jet-jet eksekutif dan mewarisi kekayaan yang berbillion untuk anak-anak dan menantu mereka.

Di sinilah bermulanya kejatuhan nilai dan moral kepimpinan dan mengasuh rakyat untuk menjadi rakyat yang materialistik dan membiarkan harta kekayaan di kumpulkan dengan apa cara sekalipun waimma dengan rasuah dan salah guna kuasa yang tidak terkawal. Hasilnya kita sedang sama merasakannya sekarang. Politik tidak lagi mampu untuk membina perpaduan rakyat dan pengagihan kekayaan secara ‘equitable’ tetapi telah meruntuhkan segala institusi penting negara kita sehingga memusnahkan segala sistem unggul yang dibina oleh bapa kemerdekaan dan pimpinan kita yang terdahulu.

Rakyat berpecah belah, perhubungan di antara kaum merupakan zaman yang paling rendah, imej negara pada pandangan masyarakat antarabangsa kita merudum dan pelabur-pelabur asing lebih selesa untuk melabur di negara-negara jiran kita. Negara kita ketinggalan di belakang negara Indonesia, Thailand, serta Vietnam. Semuanya berada di dalam keadaan carca marba dan laungan pimpina kita dengan program transformasi politik dan ekonomi itu hanya tinggal sebagai laungan kosong semata-mata. Masalah yang kita sedang hadapi tidak kebah-kebah sehingga hari ini.

Sekarang ini ramai di antara pemimpin telah di letakan di tempat yang tidak sesuai dengan kemampuan masing-masing kerana ketandusan kepimpinan. Pemimpin utama kita tidak dapat penghormatan masyarakat antarabangsa kerana di zaman teknoloji tanpa sempadan ini semua apa yang berlaku di negara kita di ikuti oleh semua pemimpin dan masyarakat antarabangsa.

Keadaan ini semakin hari kian bertambah ketara. Perbalahan di antara kaum semakin meruncing. Keadaan ini telah diperhatikan oleh pihak yang dikatakan sebagai ‘the silent majority’ yang selama ini tidak bertindak apa-apa kerana mengharapkan keadaan akan bertambah baik dengan kecerdasan kepimpinan dan kesejukan jiwa pemimpin yang dipertanggungjawabkan. Tetapi keadaan tidak juga bertambah baik malahan bertambah merbahaya. Kumpulan ini tidak lagi rela melihat perpecahan dan perbalahan ini yang akan membawa keruntuhan kepada semua yang telah di asaskan oleh pemimpin kemerdekaan kita.

Justru tertubuhlah apa yang di namakan AMANAH (Angkatan Amanah Merdeka) dengan matlamat membawa kembali rakyat berbilang kaum untuk bersatu seperti yang pernah kita alami dahulu. Amanah mahu bertindak dan melakukan apa yang telah dipandu dan diperjuangkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan kita dan rakan-rakan pemimpin berbilang kaum yang telah membawa kepada pencapaian kemerdekaan dahulu.

Inilah yang akan diperjuangkan oleh Angkatan Amanah Kemerdekaan (AMANAH), badan NGO yang di lancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah semalam bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang mewakili berbilang kaum di negara ini. AMANAH akan melaksanakan matlamat dan tujuan ini dengan meminta semua kaum yang selama ini berdiam diri untuk keluar menunjukan kemahuan kita yang tidak mahu lagi melihat perpecahan ini berterusan.

Sebagai sebuah pertubuhan yang ‘non-political’ AMANAH akan menjelajah ke seluruh negara untuk mengingati kembali amanah kemerdekaan yang telah di tinggalkan oleh pimpinan terdahulu kepada kita semua. Ini negara kita dan ini hak kita untuk hidup tanpa menggunakan isu-isu rasis yang tidak menguntungkan mana-mana pihak malahan membawa kerugian kepada kita semua.

Kita perlu ingat kita telah merdeka dan kita mesti hidup dalam keadaan merdeka, yang tidak terkongkong dengan isu perkauman yang sempit. Kita mempunyai jiran-jiran yang berbilang kaum. Kita tidak rela berperang dengan jiran-jiran kita. Kita hendak hidup dalam harmonis dalam parameter slogan Muhibbah yang pernah menjadi slogan hidup rakyat berbilang kaum.

Dalam ucapan Tengku Razaleigh semalam, beliau telah mengingatkan kembali kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra yang sangat mudah tetapi bertenaga sebagai seorang pemimpin yang penuh dengan ‘magnanimity’ dan ‘finesse’ beliau yang tinggi.

Di antara kata-kata YTM Tunku ialah “kalau kita hendak bersatu dalam satu keluarga yang besar, dan hidup di bawah satu bumbung bernama Malaysia kita mesti jujur di antara satu dengan yang lain – Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Siam dan yang lain – Muslim, Buddha, Hindu Christian dan lain-lain. Kalau kita jujur kita tidak boleh berkata-kata yang akan menyakitkan di antara satu dan yang lain. Kita tidak boleh melakukan perkara yang akan menyentuh perasaan satu dengan lain. Sebagai ahli keluarga yang besar kita mesti membantu di antara satu dengan yang lain. Yang kaya mesti membantu yang miskin dan yang berjaya mesti membantu yang tidak berkesempatan. Barulah kita menjadi rakyat dan negara yang bersatu. Maka kita akan di hormati oleh dunia…”

Elemen ini lah yang menjadikan kita bersatu dahulu dan dengan kehilangan elemen-elemen bernilai ini lah juga sebabnya kenapa kita sudah sampai keperingkat merbahaya di dalam perhubungan ‘intra-kaum’ dan ‘inter-kaum’ di negara ini.

AMANAH lah yang telah menawarkan untuk mengisi ‘vacuum’ yang terlalu luas sekarang ini AMANAH akan membawa seramai mana rakyat berbilang kaum untuk menujukan bukti yang kita serius untuk memberitahu rakyat yang perpaduan semua pihak itu amat penting jika kita mahu melihat negara kita menjadi sebuah negara yang kukuh dalam semua bidang dan dihormati oleh semua pihak di dalam masyarakat antarabangsa.

Seperkara yang hakiki, pihak AMANAH tidak akan memaksa sesiapa untuk menyertainya kerana badan ini yakin yang apa yang kita harapkan selama ini akan secara lojiknya mampu dicapai jika mendapat sambutan dari setiap peringkat rakyat yang cintakan negara.

Penyertaan beramai-ramai itu akan menjadi kaedah yang paling sesuai secara relatifnya bagi melaksanakan amanah merdeka yang kita warisi kini. Kita mesti merobohkan jurang yang memisahkan kita sesama kita yang di cipta dan digalakan oleh pemimpin setengah pihak yang sedang berusaha untuk membina sikap ‘communalistic’ di antara kita.

Kita masih belum terlambat untuk memperbaiki keadaan buruk ini. Bak kata Tengku Razaleigh kita tidak boleh lagi tertunggu-tunggu , maka kita terpaksa melakukan langkah awalnya sekarang.

It’s better late than never.

23 comments:

melayu perancis said...

Asalkan AMANAH tidak kena mengena dengan Ibrahim Ali, silakan Tengku. Kami yakin gerakan pertama Tengku semalam dan menjadi langkah akan diizin tuhan. Saya akan menjadi ahli kepada pertubuhan ini...insyaallah!

boise said...

Tuan Hj Aspan,

Setelah sekian lama menunggu gerakan dari Ku Li baru sekarang tamat penantian itu. Syabas Ku Li.

UMNO PARTI PENJARA said...

Buah tak gugur








'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/
Undi BN Undi HARAM- Media BN Media Porno. Pemimpin BN mcm PUKIMAK. FUCK Wanita UMNO
http://blog1Malaysia.blogspot.com/

Anonymous said...

Aspan bro,

If Ku Li comes by to rescue the situation i would be delighted to get back to active socially in amanah. He is the only one left with wisdom.

ramli

Anonymous said...

The rakyat nowadays are fed-up with corruption and rampant abuses of power by the BN, that's why people are attracted to PR which vows to stamp out these problems. Unless Amanah can address these problems, it won't be able to attract much interest. If Amanah indeed espouses a clean and accountable government, then it would be acting along the same idea as the PR and might as well merge with PR. Otherwise, empty slogans of perjuangkan/pertahankan perpaduan etc will just be like old wine in a new bottle as dilaungkan by BN all the years. Right now, Amanah still gives the image of "A Club by the BN Drop-outs".

Zul said...

Selepas Perang Dunia ke 2 Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (sebelum Perang Dunia ke 2 dikenali sbg Liga Bangsa), telah mengarahkan semua penjajah membebaskan negara jajahan. Negara yang bersetuju dengan bentuk kemerdekaan yang dirangka penjajah telah merdeka dengan aman (contoh: Malaysia). Negara yang tidak bersetuju dengan bentuk kemerdekaan yang hendak diberi oleh penjajah telah mencapai kemerdekaan dengan darah! (contoh: Indonesia). Malaysia merdeka setelah berjaya membentuk parti (UMNO) yang diyakini dapat menjaga kepentingan mereka (British)dan berjaya menghapuskan parti2 yang pasti akan menentang mereka (API. KMM dll). So, UMNO adalah barua British!

Anonymous said...

AMANAH ingin menyatukan kembali rakyat berbilang kaum dan ugama di negara Malaysia.

Sanggupkah AMANAH menelanjangkan UMNO Baru sebagai dalang dibelakang Perkasa dan Utusan yang kini bergiat memecah belahkan rakyat?

UMNO Baru mengamalkan strategi 'divide and rule' ala penjajah tetapi di'outsourced kepada Perkasa, Utusan dll. Tetapi pemimpin-pemimpin besar UMNO akan bermuka-muka bercakap tentang perpaduan.

Maka adakah AMANAH akan setakat bercakap tentang perpaduan tetapi tidak sanggup berdepan dengan kepura-puraan UMNO Baru ??

Jika setakat cakap tentang perpaduan, Najib lagi hebat dengan 1Malaysia.

Setakat ini kita lihat cakap-cakap Ku Li tentang transformasi dari dalam UMNO tidak mendatangkan hasil; sudah 2 kali Ku Li ditolak oleh ahli UMNO sendiri.

Kita lihatlah samada strategi baru Ku Li ini boleh mendatangkan hasil. Najib memang sudah mengorak langkah; memendekkan 'cuti' nya dan 'turun padang' mendahului AMANAH.

Saya berpendapat AMANAH hanya akan dapat mencapai objektifnya jika ia sanggup berdepan dengan pimpinan UMNO Baru.

Anonymous said...

AMANAH ingin menghidupkan semula suara dan pemikiran rasional kpd pembentukan sebuah masyarakat berbilang kaum yg mana ia pernah menemui formula yg terbaik, berkesan dan terbukti sesuai utk masyarakat majmuk spt malaysia.
Formula ini berjaya kerana ia berlaku di atas semangat, keikhlasan dan kesungguhan pejuang kemerdekaan. Hari ini sudah tidak wujud lg perjuangan tersebut. Yg wujud hanya kelongsong perjuangan tapi isi sudah tiada. BN sudah gagal berperanan dan mengikuti landasan yg telah digariskan. PR juga gagal memberi alternatif yg lebih baik dr apa yg sedang dilakukan oleh BN. Malah PR juga sudah membawa suatu pendekatan politik yg tidak punya etika dan moral yg sepatutnya untuk melayakkan PR menggantikan BN. Terlepas dari mulut buaya masuk mulut
naga. Budaya politik PR yg telah mengambil pendekatan fitnah dan pembohongan untuk mendpt sokongan rakyat spt yg dilakukan oleh Mat Sabu dan Anwar Ibrahim terus melenyapkan sama sekali kepercayaan kpd parti alternatif BN ini.
Jika Ku Li benar2 dpt memberi nafas semula kpd formula yg telah dibawa oleh almarhum Tunku, dgn penuh ikhlas dan insaf, insyaallah Amanah boleh menjadi harapan cahaya di hujung terowong buat rakyat malaysia yg cintakan perpaduan yg mengatasi kepentingan etnik dan kepercayaan.
Selamat berjuang YBM Tengku. Saya yakin Tengku boleh membuka semula pintu harapan, toleransi dan perpaduan kebangsaan yg meliputi melayu, cina, india serta etnik sabah dan sarawak.

Suara anak malaysia
rakyat.

nick said...

Pak Aspan,

It just came to my attention that our most "articulate" PM has asserted that Malaysian of christian faith SHOULD respect Islam before gaining the respect of muslim. That statement has left a bad taste in my mouth and in my heart. Here we have people with power who casually used force on peaceful citizen, indulged in corruption and embezzlement, abusing their power and practiced discriminatory policies and worse frequently goes against the rule of law and against the teaching of Islam AND they are TELLING citizen of other faith to RESPECT ISLAM???

UMNO through the leadership of Najib and his cabinet is really, REALLY a disaster wrecked upon Malaysia. In the past I have said the same about TDM but now it would seem that Najib has taken the mantel left by TDM and with vigor, trying to upstage TDM in destroying this country and Islam. This type of leader who are the worse islam could ever produce is trying to portray himself as defender of islam? May ALLAH deliver us from this catastrophe! Someone who is so tainted with corruption, misappropriation of the nation wealth and with family and cronies drunk on power and ill gotten wealth are placing themselves on the higher ground of religious piety and sinless??? It is comparable to the act of the Egyptian pharaoh declaring himself as GOD! Malaysia and islam is truly in peril.

I do hope Ku Li and Amanah are making their move and making it right. We are on the precipice and if we don't stop now, ALL WILL BE LOST!

Nick.

GOD bless Malaysia and its people. Salam.

Anonymous said...

Saya perlu lihat siapa disekeliling Ku Li dan barulah boleh buat keputusan. Jika AMANAH masih membuka ruang kpd pemimpin yg kurop;berilah sahaja apa nama kepada pertubuhannya, hakikatnya "warnanya" tetap sama. Dari sudut ini saya harap Ku Li pandai menilainya.

saji said...

AA

Kita di negara ini jika ada masalah negara atau rakyat yang kita hendak selesaikan seperti masalah perpaduan kaum, kita hanya tahu atau terfikir untuk menubuhkan organisasi baru dengan agenda dan pendekatan baru bagi mengatsi kelemahan organisasi sedia ada yang dianggap bermasalah.

Pada hal, dari sudut konsep dan ciri pengurusan organisasi moden, yang membahagikan pengurusan organisasi kepada ciri aspek kemanusiaan dan teknikal, ciri aspek tekniklanya perlu mencakupi ciri2 lain yang dinamakan kemudahan dan peralatan, sistem dan tata cara.

Asam Pedas said...

Encik Aspan,

From what I gathered from bits and pieces about AMANAH gathering, I yet to see how AMANAH going to put fine words and speeches to real actions. Maybe few days or weeks, AMANAH through KULI will shed more lights on their action plans.

However, I think just merely to use Malaysians founding fathers thoughts will not be sufficient for AMANAH to sustain it's members spirit especially when it needs young and ideological Malaysians to support it's movement. Just criticizing present Govt and UMNO style of leadership will only help so much.

I humbly believe AMANAH can be a force to recon if it emphasize on new style of politics and new system of government to be put into place in line what our founding fathers have envisioned the future of Malaysia should be. At least it will create new inspirations and add credibility to the AMANAH office bearers that they not merely seeking return to office.

Encik Aspan, I apologize if my comments off target as I was not in it inaugural gathering. I just only wish the best for AMANAH in it fight for better future for Malaysia. Also I would like also to see KuLi and experienced members to support and facilitate in creating new generation of leaders that will be the back-bone of Malaysia The Future.

Anonymous said...

bukan umno baru tp umno baru..ah, apa pun aku sokong usaha Tengku Li yg mungkin tak di sukai oleh umno dan PERKASA, BAGAIMANA PUN AKU BERHARAP SMUGA SINAR BARU AKAN MENYINARI BUMI MALAYSIA YG TERCINTA INI DGN PEMERINTASHAN BARU DARI PR, umno/BN berehat lah udah 53 thn memerintah tp ramai rakyat yg menderita dgn berbagai2 kenaikan sdgkan m'sia byk hasil bumi nak bandingkan dgn s'pore rm 2.60 sern kita dia baru rm 1.00 jd kalau minyak dia mahal sikit pun memang patut sbb pendapat perkapita mrk lebih tinggi dari m'sia.

burn said...

another "ngo"?
will it make a different?
"pakatan" is already consider a multiracial.
the "ngo" may be an independent. yet, which side do they support... "bn" or "pr"?
"pr" and their "ngo" is already doing what "amanah" is trying to do now.
to change "bn", is to change the corrupt ppl in power. "amanah" alone will not be able to change "bn" at all unless they support "pakatan".

salam...

Anonymous said...

AA

Dato Kadir Shikh Fadzil dalam ucapannya timbulkan isu kontrak pembinaan rundingan terus berbilion2 ringgit di bawah pemerinthan DSNajib. Saya nak tanya, ketika beliau menjawat menteri pelancongan di bawah era TDMahathir dulu ada tak projek pelancongan di bawah UPEN ditawar cara rundingan terus?

RDA

Aspan Alias said...

nick,

You are not alone here. I was somewhat taken aback hearing the statement that christian must respect the muslim first before they can earn any respect from the Muslim. AND that statement came from the PM.

The issue of the christian not respecting the Muslim was actually the invention of the narrow minded politician who are desperate of support by it's own kind. Nobody in the right frame of mind believes it.

I thought this politically invented issue would never enter the skull of a PM as he should have automatically knew that was just political...nothing to do with religion.

True, that was s statement taken by many in bad taste. He should have been a bit more mature...I must say.

Thanks nick.

Aspan Alias said...

Asam pedas,
Thanks a lot for your sincere response to my posting and I have noticed you as a person who is serious in deliberating on issues surrounding us.
AMANAH is serious and actually wants to play a role with consequence especially with regard to inter-racial relationship that has decayed over the recent years.
AMANAH also is concerned over the way the economy and politics are handled by leaders who seem to have lost the touch of actual issues facing the people.
I hope you will get close to this NGO if not participating actively in it.

Let us be serious. The stake is too high to warrant us to sit silent and being apathetic.

Asam pedas, do give us more input. I think you are sincere man.

bat8 said...

Bro Aspan,

1. saya juga menghadiri majlis perlancaran Amanah atas jemputan salah seorang naib presidennya.

2. Melihat kepada barisan pimpinannya saya agak impressed kecuali apabila melihat nama Tan Sri Kadiaq turut tersenarai sebagai salah seorang timbalan presiden.

Mendengar ucapan pembukaan beliau, saya tersenyum sendiri apabila meningatkan kembali statements beliau sepanjang menjadi menteri dulu. Timbul persoalan dalam kepala - is this guy for real?

Secara peribadi saya merasakan kehadiran beliau dalam barisan pimpinan Amanah, maaflah nak cakap, agak mencacatkan Amanah.

3. Saya reserve komen saya mengenai perjuangan dan halatuju Amanah sehingga mendapat gambaran lebih jelas lagi. hendaknya ia tidak menjadi sebuah NGO yang hanya berseminar, mengeluarkan kenyataan-kenyataan sahaja - tidak ada real action orientated programmes.

Kuli dah 30 tahun dok keluar pelbagai kennyataan, semuanya benar dan inspiring, tetapi ianya hanyalah setakat itu sahaja.


bat8

Aspan Alias said...

bat8

Saya memahami maksud saudar tetapi kita terpaksa bermula dengan langkah pertama.

Dalam isu ini saya hanya menjawab begini;

Selama ini tidak ada yang melakukan apa-apa untuk mencapai matlamat yg kita sama-sama perjuangkan.

Kalau boleh kita terima satu hakikat yang sebatang tebu yang manis itu tidak semuanya yang baik. Kita boleh mengambil sikap seperti kita memakan tebu. Busuk seruas kita buang seruas.

Yang kita hadapi sekarang ini ialah kita di hidangkan dengan tebu yang hampir kesemua ruasnya rosak.

Jadi tebu kita hanya sedikit sahaja ruas yang rosak dan tidak perlu di tanam semula.

kritikan dari segelintir manusia ini memanglah biasa. Saya dan ramai lagi yang sudah berumur sekarang ini masih teringat semasa pemimpin kita sedang berusaha untuk mencapai kemerdekaan dulu. Ramai di antara orang Melayu sendiri tidak yakin dengan usaha pemimpin kita itu. Ramai di antara orang Melayu yang menjadi pegawai kerajaan sebelum merdeka kita tidak layak untuk merdeka kerana mereka kata yang orang Melayu tidak pun mampu untuk mebuat jarum, bagaimana hendak merdeka? mereka adalah sebahagian kecil yang selesa dengan hidup mereka dengan menjadi pegawai kerajaan.

Akhirnya apabila merdeka tercapai orang yang sama jugalah yang mendapat nikmat awal kemerdekaan itu.

Dalam isu AMANAH ini penyertaan ramai yang penting. Barisan yang ada itu merupakan protem sahaja bro.

Kita buat macam orang makan tebu tadi. Insyaalah kita akan mencapai matlamatnya.

T kasih bro.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Melihat bersunnguhnya tuan menyokong AMANAH, saya akan berusaha telan kembali kesangsian saya. Seperti Bat8, saya juga macam tidak selesa dgn bekas menteri yg keluarganya sudah kaya raya. Tapi kehadiran beliau tidak jadi kudis, yg lebih risau adakah Ku Li kotakan janjinya. Saya dah pernah termakan janjinya dulu tuan. Apa pun spt yg saya katakan tadi, melihat kesungguhan tuan.. saya akan tanamkan benih kepercayaan tersebut.

Ibni Ismail said...

Tolong beri info tentang keahlian AMANAH.

Terima kasih.

Anonymous said...

Hidup 46!!!!

MAT NEN said...

AMANAH adalah pertubuhan NGO. biar ia
kekal sampai beberapa ketika. Jangan terlalu gopoh macam SEMANGAT 46 dulu. tak tahan menungkah arus, SEMANGAT 46 pun berkubur. presidennya pun 'balik kepangkal jalan'. ada yang berucap berapi2 hingga diumpamakan telah membakar jambatan yang membawa maksud mustahil boleh kembali semula kepada umno..tapi akhirnya menjadi menteri pula lagi tu...Saya juga teruja dgan barisan pempinan AMANAH yang diantaranya bekas2 menteri. la ni apa nak kisah ...rumah masing2 bagaikan istana atau rumah agam dalam filem2 hindustan. saya ulangi jangan sampai jadi SEMANGAT 46 yang mana ahli2 dibawah ini akhirnya terbiar setelah berjuang dengan penuh semangat dan pemimpin mendapat habuan setelah 'kembali ke pangkal jalan'. ada lebih baik kita memberi sokongan kepada parti politik yang telah menunjukkan kewibawaannya walaupun hanya memerintah negeri beberapa penggal saha. itu pun dengan penuh kesukaran dan tekanan dari parti pemerintah persekutuan..