09 July 2011

Musuh Najib bukannya Bersih - Musuhnya ada di keliling beliau sendiri.

Kadangkala kita tidak sedar yang dalam pertelingkahan yang berlaku di antara kita dan orang ramai, selalunya ada individu atau pihak yang mengambil kesempatan dan akan meneguk keuntungan. Di dalam politik yang boleh menjatuhkan kita ialah orang yang paling hampir dan pernah bersekutu dengan kita sebegitu lama.

Hampir kesemua sahabat dan rakan Anwar telah menggunakan kerapatan mereka dengan Anwar untuk mendapat keuntungan peribadi dengan mengeluarkan kepada umum apa yang mereka bersama-sama lakukan semasa berbaik dan menikmati keuntungan semasa Anwar menjadi orang penting negara.

Begitu juga Abdullah Badawi telah tersungkur politik beliau kerana sahabat-sahabat dan taulan yang hampir dengan beliau. Sahabat-sahabat yang rapat dengan beliaulah dipergunakan untuk menjunamkan politik Pak Lah dengan berbagai macam cara. Itulah nasib orang politik yang menjadi pemimpin tanpa kekuatan sendiri.

Di dalam isu terkini, iaitu isu kebangkitan rakyat melalui Bersih ini kita lihat secara zahirnya semua yang sedang memimpin bersatu menentang usaha Bersih untuk mewakili jutaan rakyat yang mahukan reformasi dalam sistem pemilihan rakyat di dalam pilihanraya umum dan kecil.

Tetapi begitu ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mahukan kepanasan ini menjadi tinggi kerana mahu melihat Najib mendapat ‘kecederaan’ politik untuk kepentingan seseorang di dalam kepimpinan UMNO itu sendiri. Mereka mahu melihat Najib jatuh bagaimana Pak Lah jatuh dengan permainan Najib dan Muhyiddin sendiri. Itu sebabnya saya selalu menulis yang akan menjatuhkan seseorang pemimpin yang tertinggi bukannya musuh-musuh dari parti politik yang bertentangan, tetapi dari dalam UMNO itu sendiri.

“What goes around comes around’ kata perbidalan Inggeris. Apa yang berlaku dan dilakukan keatas Pak Lah nampaknya akan berlaku dan dilakukan terhadap Najib. Jika berlaku kejatuhan kepada Najib kali ini, ianya akan berlaku dalam keadaan yang sama seperti yang dialami oleh Pak Lah. Malahan ada di kalangan pemimpin UMNO yang selalu berinteraksi dengan saya membayangkan yang Muhyiddin sudah bersedia untuk menerima keuntungan dari gerakan yang di lakukan oleh NGO-NGO seperti Bersih dan penggiat siasah yang lain.

Dalam politik UMNO tidak ada kawan yang berkekalan dan tidak ada musuh yang kekal. Mereka berpolitik seperti resmi air; di mana lekok di situ mereka berhenti. Oleh kerana terlalu rapat di antara mereka boleh menggosok belakang kawan-kawan, bukan kerana hendak menunjukan kemesraan tetapi untuk mencari tempat yang paling lembut untuk ditikam.

Di antara pemimpin-pemimpin yang tertinggi tidak selesa dengan gandingan Najib dan Hisham. Mereka juga hendak berselera untuk menjadi PM dan segala kemungkinan akan berlaku di kalangan pimpinan tertinggi dalam menghadapi PRU nanti. Mereka mengharapkan BN mendapat jumlah kerusi seperti apa yang diperolehi oleh Pak Lah dahulu supaya alasan yang sama boleh dijadikan penyebab untuk Najib mengundurkan diri.

Mulut mereka bersama Najib tetapi hati mereka mahukan apa yang berlaku pada hari ini menjadi langkah awal untuk menunjukan kepada Najib jalan keluar dari kepimpinan negara. Ramai di antara pemimpin UMNO sendiri sedang berselingkuhan dengan pihak pembangkang untuk mempastikan Najib cepat-cepat keluar dan menaikan orang lain yang sedang berada di dalam kabinet pada hari ini.

Sekarang agak terlalu nyata yang di antara pemimpin-pemimpin UMNO sedang menghulurkan tali yang begitu panjang untuk membelit Najib dalam politik. Ada pihak yang diperguna untuk melakukan ‘insubordination’ terhadap bos besar mereka. Kita perlu ingat orang yang menjolok buahnya selalunya tidak akan dapat menyambutnya. Ada di antara yang berada di dalam kepimpinan tertinggi parti dan kerajaan mahu melihat Najib gagal seperti Najib ingin melihat Pak Lah gagal dahulu.

Di dalam UMNO memang tidak ada ‘accountability’ secara kolektif. Malahan dari dulu lagi keadaan ini berlaku. Jika gerakan Bersih ini gagal dikendalikan dengan baik, yang akan menerima ‘accountability’ nya ialah Najib seorang. Orang lain di dalam barisan kepimpinan itu akan ketawa sendirian dan akan meneguk keuntungan dari kegagalan itu. Sepatutnya tanggungjawab itu dipikul oleh semua barisan kepimpinan yang ada. Bak kata perpatah, gunung sama didaki, lurah sama dituruni.

Nasib seperti ini nampaknya adalah pusaka giliran bagi setiap pemimpin yang menjadi PM. Pimpinan utama negara selalunya terkorban kerana musuh kita yang nyata, tetapi oleh musuh dalam selimut yang sentiasa menghendap untuk merebahkan pimpinan sendiri bagi kepentingan sendiri. Najib terlepas pandang terhadap apa yang sedang berlaku di kalangan ahli-ahli jemaah kabinetnya sendiri.

Saya ingin mengulangi pandangan saya di dalam hal ini. Kalau terlalu leka memandang Bersih, Perkasa dan mana-mana pertubuhan yang berdemonstrasi, takut-takut ada pihak di keliling beliau sendiri yang mengambil kesempatan. Kalau tidak betul pandangan saya itu baguslah. Takut pandangan ini benar.

22 comments:

Anonymous said...

Aspan, itu biasa dan itu betrtambah terang. Tak apa dah setlle hal Bersih nanti kita settle hal ini.

jimmy

Anonymous said...

Betul gitu....yg.jatuhkan UMNO bukan PAS,PKR n DAP tapi MIC,MCA n lain-lain dlm BN.Selain itu ahli-ahli(ketua-ketua Bhgn./Cawangan) UMNO sendiri.Tak percaya cuba siasat dan teliti.

Anonymous said...

Kenapa nak salahkan orang lain kalau yang lemah adalah diri sendiri; Jatuhnya Pak Lah bukan kerana kawan-kawannya tetapi kerana Paklah terlampau lemah hingga senang dipergunakan kawan-kawannya.

Perlu ingat Pak Lah adalah anggota Team B yang cuba menjatuhkan TDM dulu, tapi diberi nafas semula oleh TDM kerana orang Melayu nakkan orang yang nampak alim.

Najib bukan selemah Pak Lah, Najib bijak merancang dan juga bijak melaksanakannya, kalau tidak masakan rating beliau semakin naik berbanding dengan Pak Lah dulu. Saya kira, Najib tidak sebodoh Pak Lah, Najib perlu bertindak sebelum menjadi parah. Sebagaimana 1988 dulu, TDM bertindak berani menangkap ramai orang kerana nak menghalang perbalahan kaum dari terjadi. Akibat tindakan berani beliau, Malaysia kembali aman dan makmur. Sampai bila-bilapun saya akan ingat jasa TDM dalam hal itu.

bat8 said...

Bro Aspan,

1. hahahahahaha........Berahing kita dah kencing pengikut-pengikutnya seperti selalunya. bagi kita yang kenal stail modus operandi berahing sekarang ini sedang tergelak terbahak-bahak membayangkan orang-orang yang kena kencing dengan berahing.....hahahahaha

2. I remebered too well perangai berahing yang lead demo kat Kota Bharu in 1978 yang membawa kepada MAGERAN dan UMNO dapat kuasa memerintah kelantan.

On that day, dia kerah orang ramai-ramai, dia bakar semangat orang yang hadir then led a demo dalam bandar Kota Bharu. Banyak kedai-kedai kena baling dengan batu-batu.

Yes, our Berehing led the rowdy crowd initially. Bila crowd dah mula menganas, Berehing tiba-tiba hilang, tak lead lagi.

Last-last kat mana kita orang jumpa dia? kat kedai kopi dok minum air, selamba je.....hahahahaha

kesian...kesian...ramai melayu-melayu UMNO Baru kena kencing dengan Berehing Ali....wakakakakaka ( ketawa terbahak-bahak....geli hati sgt2)


bat8

( ps: buat penyokong berehing ali....berehing tak keluar hari ini sebab bini dia dah warning dan tak benar dia keluar rumah....biasalah orang takut bini. kat luar berdegar-degar samseng, nak tunjuk berani sebab kat rumah kalah dengan bini.....hahahaha

Anonymous said...

Agreed. those goons around and behind him planned to bring him down.

The sad thing is that shoud this happened the successor are also those left much to be desired, tengah kati 8 tahil.Pi Mai Pi mai tang tu. We need a new leader out from that dead circle !!

Personally , We wish he is someone from PAS. God wish !

Anonymous said...

Pak Lah tercundang bukan kerana Pakatan Rakyat tetapi dari orang dalaman yang bersuhabat dengan Pak Kutty. Ternyata diapa sudah tahu negeri mana mana yang akan kalah sebelum itu.

Simpulanya RASUAH adalah musuh Pertama !

Anonymous said...

masalah kedua-dua PM terakhir adalah mereka hendak menjadi Mr Nice Guy yg tiada kekuatan dalaman, tiada visi sendiri kecuali apa yg di suap oleh ahli fikir 'think tank' mereka sprt Islam Hadari dan 1Msia.Sebab itu mereka boleh dipermain oleh orang keliling mereka.
Mereka tidak faham bagaimana hendak memimpin negara. mereka ingat sama sprt memimpin persatuan atau pertubuhan.Mereka ingat kejayaan mereka menembusi hiraki UMNO dgn mengguna nama ayahnda mereka sbg ulama atau PM sudah cukup melayak mereka mentadbir sebuah negara.

sekarang semakin kucar kacir.Terdapat satu hadith " apabila engkau melantik seseorang yg tidak layak utk sesuatu jwtn, maka tunggulah keruntuhannya". Ini sedang berlaku.

Anonymous said...

as usual polis said that there were only 6000 participants in today's rally. i was there ant Maybank Hq and at there place only there tens of thousands of participants. There were huge numbers somewhere else.

Let me give thumbs up for the Bersih rally participants.

alias

Hidzir Md Nor said...

Pak Aspan...mai pi join PR lah...baru sesuai dgn tulisan u. i enjoy reading yours.

Anonymous said...

Pukul 11 pagi tadi Berahim kelihatan membeli belah dengan berseluar pendek seorang diri di pasar kecil Tmn Melawati. Agaknya dia tengah bersedih selepas kena 'snub' oleh YDPA. Bunyi je kuat tapi takut nak turun. Nampaknya dah jadi Datuk Berduka. Wahai ahli Perkasa, anda semua sudah diperkudakan.

Anonymous said...

Anon 21:51,

Mukatembok macam breheng bukan reti malu. Ini kes takut binilah.....haha.Biasanya yang nampak gedebe melampau kat luar rumah ni, yang cakap penuh bongkak ni...selalunya jenia takut kat bini masa dirumah. Kat rumah punyalah takut kat bini, dengar dehem bini pun dah terkencing dalam seluar....haha



bat8

Juraimi Zainal said...

BERSIH tadi lebih 1Msia dari 1Msia Najib.. Congratulations to Bersih, I was there.. Semua bangsa Ada.. Sempat pekena lunch kat kedai Mamak.. Sampai tak menang tangan depa.. Tak merusuh nya.. Tau2 jer la kan saper yg buat provokasi.. Petrotaik pun 500-600 orang jer.. Really shame on Hisham & Najib.. Pekasam & Silat Kentut pun tah mana..

"Terguris" said...

Kesian rakyat yang sepatutnya dilindungi polis telah menjadi mangsa.

Ingatlah, titik peluh rakyatlah mereka bergaji. Kalau nak mengikut arahan tu agak2lah. Tapi kalau sampai penganiayaan pada rakyat, maka lebih baiklah letak jawatan supaya keturunan tidak rosak, dipandang mulia disisi tuhan dan manusia.

Bayangkan puluhan ribu rakyat menyumpah pada mereka. Apa mereka akan terlepas dari bencana?

Jangan lupa pada anak dan isteri yang rata2 orang awam.

Fikirlah sebelum terlambat.

"Terguris".

MAT NEN said...

kenyataan dan penafian ketua polis negara dan beberapa individu yang memberi komen tentang demontrasi BERSIH menampakkan lagi pembohongan dan kecelaruan pemimpin BN.

ada juga yang menuduh demontrasi tersebut adalah agenda DSAI untuk mengalih perhatian rakyat tentang kes liwatnya. Apalah bengapnya....

Perlu di ingat agenda utama BERSIH 02 ingin menyatakan dan menghantar memorandum mengenai SPR jadi apa yang kerajaan takut sangat sehingga membuat macam-macam halangan yang menyusahkan rakyat. Lepas tu mengatakan perhimpunan tersebut tidak berjaya kerana kehadiran sekitar 6,000 sahaja. Ini pun kenyataan paling bengap juga...

Alloo BN...nampak sangat adaudang disebalik batu ni. kalau tidak masakan kome beria-ia sangat mempertahankan SPR...hehehe..

mns said...

Najib, selalu bermain dgn kata akan memberi wang setiap kali bertemu dgn orang ramai. Kadang2 terasa agahnya raayat kita ni suka di sogok dgn wang, baru boleh ikut cakap kita.

Anonymous said...

I would suggest everyone should not make any noise bro.

Just keep the stand clear...wipe out the UMNO candidates in the election. Keep on whispering everywhere for change.

daud taha

bidin said...

Najib talks too much...and has not come up with results. He thinks we are fools.

Anonymous said...

Realitinya ialah memang hajat PAS nak gantikan UMNO BARU dalam pakatan baru memerintah negara dan bukan sebagai kuda tunggangang PKR atau DAP.

Realitinya ialah PAS memerlukan undi-undi Cina, India, Kadazan, Iban dll juga dan cuma dapat diperolehi malalui parti komponen PR.

Realitinya ialah pengundi Melayu telah disesatkan oleh TDM dan kroni-kroninya dengan perjuangan UMNO BARU yang telah jauh terpesong daripada perjuangan sebenar UMNO lama.

Realitinya ialah pengundi-pengundi Melayu yang penyokong tegar UMNO BARU adalah mereka-mereka yang :

1. Terpaksa bergantung pada UMNO untuk projek-projek dan jawatan.
2. Kakitangan kerajaan yang bergaji lumayan dan hidup senang.
3. Tentera dan Polis yang hidup dan berkampung kat kem-kem dan dibutakan kehidupan diluar.
4. Pengundi-pengundi yang lemah iman mereka semasa pilihanraya apabila disogokkan dengan wang, lakonan dan cakap-cakap mulut manis.

Perjuangan PAS ni dah mengambil masa yang terlalu lama dan semakin lama UMNO BARU ditabalkan sebagai pemerintah, semakin lama itulah rakyat semua tak dapat menikmati kesejahteraan dan kegemilangan pemerintahan bersih yang dapat diberikan oleh PAS.

PAS dah merayu kepada semua bangsa negara ni dan lain-lain bangsa dah nampak keikhlasan PAS semasa pilihanraya yang lepas.

Tau kah anda semua berapa susahnya nak dapat kepercayaan orang-orang yang bukan Melayu dan beragama Islam untuk menyokong PAS kerana PAS sebuah parti Islamik?

Mengapakah lain-lain bangsa dapat melihat kesucian PAS dalam perjuangan ni tetapi orang Melayu sendiri yang beragama sama tak mempercayai seruan jihad PAS ni?

Tau kah anda semua, PR jika memerintah nanti, akan dapat memberikan apa-apa yang dinikmati sekarang seperti subsidi, biasiswa, pembangunan dsbnya malah mungkin lebih dari apa yang disediakan sekarang kerana penjimatan berbilion-bilion dari ketirisan kewangan untuk projek-projek kroni.

Tau kah anda, kebimbangan "Tak akan Melayu hilang di dunia" tak akan terjadi walaupun PAS mengambil alih tempat UMNO.

Tau kah anda, jika UMNO Baru teruskan pemerintahan bagini bukan saja bangsa Melayu yang akan hilang malah rakyat berbilang bangsa dan negara Malaysia akan turut hilang di dunia.

Melayu Berakal

saji said...

Anon Melayu Berakal

Sdr bukan sahaja Melayu berakal malah dipilih oleh Allah SWT memiliki pandangan mata hati yang kebanyakan orang UMNO tidak miliki. Jika diibarat sdr pandang ke laut sdr diberikan pengelihatan apa yang ada didasar laut. Satu cara untuk mendapatkan pandangan mata hati ialah dengan memiliki ilmu2 ukhrawi dan duniawi dan mempunyai kemampuan berfikir dan mengkaji isu2 umat Islam hingga ke tahap apa yang dipanggil "stretch to the limit" demi mencari jalan penyelesaiannya

Anonymous said...

Tulisan tuan amat tepat sekali. Umno masih melaungkan-laungkan jasa pemimpin-pemimpin dulu utk menarik kembali sokongan ahli-ahlinya sendiri dan rakyat. Tapi dalam waktu yg sama gagal mengamalkan kredibliti dan integriti kepimpinan dahulu. Pembesar umno masih melaung-laungkan kepada semua rakyat betapa baik acuan yg diterima pakai dahulu. Pembesar2 umno sendiri takut menerima acuan pembaharuan dan gagal menyelami perkembangan minda rakyat yg lebih terdedah dalam maklumat terkini. Sebab itu umno kelihatan semakin jauh ketinggalan dan di tinggalkan oleh ahli-ahli dan rakyat. Umno tidak lagi dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran rakyay. Umno diibarat sebagai pokok besar yang dah amat tua dgn ranting2 yg rapuh menunggu masa utk menyembah bumi.

Drp; zuki ahmad.

Anonymous said...

Salam saudara Aspan,

UMNO kini sebenarnya takut dgn bayang2. Sudah terang lagikan bersuluh, cuba divert kepada memburuk2kan pihak pembangkang padahal pekung didada & dendam kesumat sesama pemimpin untuk saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain perlu diberi lebih perhatian.

Tidak ada langsung darah politik mengalir dalam tubuh badan saya atau berakar dari mana-mana.Persekitaran menjadikan saya sesak dada dan semakin meluat melihat dan mendengar pemimpin dan 'pengiring2' lebih mempersoalkan dan membincangkan projek, tanpa mengira tanah tergadai. Ini bukan datangnya dari berita atau suratkhabar atau cerita orang, tetapi telinga dan mata ini menjadi saksi, pemimpin dan balachi dan kuli merekalah yang rakus mengumpul harta sebanyak mana boleh. Dan dalam masa yg sama menghentam pembangkang dan berstrategi untuk menggulingkan sesama sendiri dalam parti. Dimana nilai UMNO?

Anonymous said...

I rarely drop remarks, however after reading through a
few of the comments on "Musuh Najib bukannya Bersih - Musuhnya ada di keliling beliau sendiri.".
I do have some questions for you if you do not mind.

Could it be just me or does it give the impression like
some of these comments look as if they are written by brain dead
individuals? :-P And, if you are writing on additional online
sites, I would like to follow everything fresh you have to post.
Could you post a list of the complete urls of all your social sites
like your linkedin profile, Facebook page or twitter feed?


Feel free to surf to my web site; diets that work