14 July 2011

UMNO - kalau tidak berubah, ia akan tersadai.

Apa yang berlaku di dalam negara kita akhir-akhir ini memang satu keadaan yang saya dan ramai yang lain susah hendak percaya akan berlaku, tetapi ianya berlaku. Hampir 1700 orang di tahan pihak berkuasa kerana berjalan ke Stadium Negara untuk berhimpun secara aman. Perarakan yang aman menuju ke Stadium itu Belum pun peserta rally itu sempat menunjukan bukti yang mereka hanya akan berhimpun secara aman Polis telah menahan mereka termasuk pemimpin-pemimpin parti-parti politik dan penganjur rally itu.

Begitu banyak kenyataan tentang transformasi dalam semua bidang oleh PM Najib tetapi dalam hal ini PM Najib nampaknya hendak memberikan ‘exception’ kepada transformasi dalam sistem pemilihan di dalam pilihanraya umum. Najib sudah mula menjadi seorang emperor yang tidak boleh di usik. di alih dan di anjak.

Dulu tidak tahan dengan warna hijau sekarang tidak boleh tengok warna kuning. Hampir 1700 orang ditahan dan tidak tentu pasal masuk lokap polis kerana memakai baju yang berwarna kuning ini. Selepas ini warna apa pula yang mereka takut untuk orang ramai memakainya? Kalau pemimpin-pemimpin berucap mereka berucap dengan penuh gegaran seolah-olah akan runtuh bukit bukau di sekelilingnya tetapi pada realitinya mereka gerun dengan baju-baju berwarna kuning.

Cara pentadbiran Najib menangani isu rally ini mendapat liputan meluas di seluruh dunia Hanya isu manusia hendak berkumpul di Stadium sahaja sudah gelabah dan bersedia seperti persediaan menghadapi peperangan dunia ke tiga. Seluruh masyarakat antarabangsa telah mengutuk dan membidas terhadap cara pentadbiran kita menghadapi situasi ini.

Ramai akan mengatakan kita mempunyai acuan demokrasi sendiri dan kita tidak perlu pandangan dunia luar. Tetapi dalam nafas yang sama pemimpin kita menuduh yang Bersih telah membinasakan imej negara di luar negara. Dalam isu ini penting pula masyarakat antarabangsa.

Kita mesti ingat sejarah telah banyak mengajar kita tetapi kita sahaja tidak mahu belajar dari sejarah itu. Kita telah belajar satu perkara penting; selalunya kita akan jatuh semasa kita merasakan yang kita kuat. Firaun gugur semasa dia sedang kuat. Firaun dengan tentera nya yang kuat dan raksaksa telah mengejar dan memburu Musa semasa dia dihapuskan oleh air Lautan Merah.

Kejatuhan empire Rome adalah semasa empire itu berkuasa penuh dan terkuat. Empire Islam sendiri telah jatuh semasa Islam menguasai hampir seluruh dunia dari Spain di barat dan China di timur. Banyak tamadun di zaman dahulu kala jatuh semasa mereka sedang berkuasa penuh dan digeruni oleh semua pihak lawan.

Apakah UMNO akan mampu merempuh dugaan reaksi rakyat yang tidak meyakini parti itu lagi? Boleh kah kerajaan teraju BN hari ini mampu mengekalkan kuasa dengan menunjukan kekuasaan melalui tindakan kasar pihak Polis? Kalau sesebuah kampong itu dikuasai oleh samseng yang bertubuh besar begitu lama, selalunya samseng yang bertubuh besar itu akan dikalahkan oleh budak yang berbadan kecil sahaja.

UMNO ini ibarat gajah. Badan sahaja yang besar tetapi takut kepada semut yang halus kecil tubuhnya.

Jika kita kaji sebab yang membuatkan rakyat selalu mempersoalkan kewibawaan pimpinan kita, ianya boleh dikategorikan kepada tiga perkara besar;

Pertamanya kerajaan telah di persepsikan sebagai sebuah kerajaan yang terlalu ‘impregnated’ dengan rasuah. Rasuah berlaku dengan tidak terkawal disetiap peringkat pentadbiran kerajaan dan jarang-jarang yang tidak terlibat dengan rasuah. Kalau tidak besar kecil. Rasuah tetap wujud. Rakyat sedar yang tidak ada kerajaan akan kekal jika rasuah tidak dapat dikawal.

Rasuah ini merupakan kegiatan yang tertua di dunia ini tetapi tidak ada negara dan sistem yang rasuah tidak jatuh akhirnya. Itulah sebabnya di antara yang membangkang kerajaan bukannya kerana semata-mata untuk membangkang dan menyokong parti pembangkang tetapi kerana menyedari kegiatan rasuah ini merupakan perlakuan yang sangat merbahaya jika tidak ditangani secara serius. Ianya akan membinasakan sistem kehidupan rakyat buat selama-lamanya.

Bagi pemimpin-pemimpin atau sesiapa yang berada di dalam kuasa mereka tidak akan berjaya membuat keputusan dengan betul kerana pengaruh wang dan rasuah itu. Apabila mereka tidak dapat membuat keputusan dengan baik, maka segala sistem dan dasar yang telah diwujudkan itu tidak mungkin terlaksana dengan baik. Itu sebabnya kita terlalu kerap menggubal dasar untuk maksud yang sama tetapi matlamat tidak juga tercapai sehingga ke hari ini.

Masyarakat negara yang rasuah selalunya akan akhirnya membentuk masyarakat yang kaya itu terlalu kaya dan yang miskin itu terlalu miskin dan jurang ini akan terus melebar selagi tidak ada pihak yang lain yang mempunyai kudrat untuk membinasakan kegiatan yang sangat hina ini. Itu sebabnya jika rasuah itu tidak terkawal akan ada manusia yang menjadi kaya tidak terhingga sehinggakan mampu membeli sebentuk cincin permata sehingga US24 juta walaupun mereka itu dahulunya bukanlah datang dari keluarga yang kaya dengan luar biasa.

Rasuah ini tetap hina sehina-hina kegiatan kerana agama kita sendiri telah mengkategorikan perasuah itu sebagai manusia yang memakan daging saudaranya sendiri.Dosa rasuah tidak ada kurangnya dari dosa meliwat kerana perasuah itu seolah-olah meliwat seluruh rakyat yang ada dibawah tadbiran mereka. Apabila rasuah sudah menjadi kegiatan tegar bagi mereka yang sudah ketagih dengan kegiatan ini, ia memerlukan pihak lain untuk mengambil alih untuk memberhentikan kegiatan ini.

Jika negara itu sebuah negara demokrasi maka jalan yang paling baik untuk membanterasnya ialah dengan mengenepikan mereka ini malalui pilihanraya. Jika yang mengambil alih itu juga bersifat demikian maka rakyat boleh kembali ke peti undi untuk memilih pihak yang lain sehinggalah kegiatan ini di anggap oleh rakyat ramai sebagai satu kegiatan yang tidak terkira haramnya. Inilah yang membuatkan UMNO sebagai parti yang rasuah kerana mereka sudah yakin yang UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing; saling memerlukan di antara satu dengan yang lain. Stigma UMNO sebagai parti rasuah sudah begitu tegar dan amat payah untuk menghilangkan persepsi itu.

Masalah yang kedua dalam UMNO yang menyebabkan rakyat sudah hilang keyakinan ialah masalah ‘cah keting’ sesama mereka dalam parti itu. Oleh kerana kepentingan wang ringgit dan pangkat tadi maka perasuah menggunakan wang yang begitu banyak untuk mengenepikan pimpinan yang baik dan boleh dipercayai melalui politik wang dan penyalahgunaan kuasa tadi.

Sejak kepimpinan di gadaikan dengan perasuah maka sedikit demi sedikit dan tanpa disedari perasuah-perasuah telah mengawal parti dan semua mereka yang mempunyai kredibiliti kepimpinan akan beransur-ansur lari dari bergiat dan menyokong parti yang begitu sinonim dengan rasuah itu tadi.

Ini jugalah sebabnya wujudnya puak-puak di dalam parti dari atas sehingga ke bawah. Selalunya mereka di dalam parti pemerintah itu akan jatuh bukannya oleh kerana parti-parti yang membangkang tetapi oleh kerana permainan kotor di antara mereka sesama mereka.

Dalam isu Bersih bukan tidak ada mereka dari dalam UMNO yang memainkan politik kongkalikong kerana mahukan Najib tersungkur kerana mereka ada pemimpin yang sesuai dengan mereka yang sedang menunggu dengan tidak sabar bagi menggantikan Najib. Saya yakin dikalangan ahli-ahli MT UMNO dan Kabinet ada yang mahukan Najib berhenti dan memberikan laluan kepada orang lain dalam masa yang terdekat ini.

Kalau benar-benar ada kesatuan di kalangan pimpinan tertinggi di dalam parti tidak mungkin keadaan seperti yang kita lalui ini akan wujud.

Penyebab yang tidak kurang besarnya kenapa UMNO dan BN tidak lagi parti yang mendapat keyakinan besar dari rakyat ialah kerana rakyat sudah mual dengan isu rasis, Sudah jelas trend yang begitu jelas yang parti-parti yang berlandaskan kepada keahlian yang homogeneous seperti UMNO dengan Melayunya, MCA dengan Cinanya dan MIC dengan Indianya sudah tidak mendapat perhatian yang begitu baik lagi.

Baik Melayu, Cina atau pun India sudah mula mahu melihat parti dan badan siasah yang berbilang kaum menjadi landasan mereka untuk bergiat dan membina kepimpinan mereka. Itu jugalah sebabnya PAS menjadi ‘sanctuary’ yang selesa bagi orang Melayu dan sesiapa yang beragam Islam. DAP pula sedang bergiat untuk memberikan keyakinan kepada semua pihak bahawa parti itu adalah sebuah parti yang ‘multiracial’ yang sebenarnya.

Tetapi sejak berdekad-dekad yang lalu DAP telah dimomokan dengan berbagai-bagai isu untuk menakutkan orang Melayu menyertai dan menyokongnya. DAP sekarang harus menunjukan secara fisikal yang parti itu adalah parti untuk semua kaum dan bukannya hanya untuk kaum cina semata-mata. Jika gagal untuk menunjukan elemen penting ini wujud dalam DAP maka orang ramai akan menganggap ianya seperti MCA dalam mana pemimpin-pemimpin serta ahlinya adalah di kalangan chauvinis Cina semata-mata.

Penglibatan semua kaum merupakan penyebab kenapa NGO-NGO seperti Bersih dan lain-lainnya mendapat tempat dan sokongan ramai. Jika tidak di sekat oleh pihak berkuasa ramai berpendapat rally sabtu lepas sepatutnya dihadziri oleh tidak kurang dari 500,000 peserta.dan ini lah yang pihak pemerintah ingin melindungi dari perhatian rakyat.

Saya tidak menjangka segala transformasi politik khususnya transformasi di dalam UMNO itu sempat dilakukan sebelum pilihanraya ini. Najib terlalu terikat dengan ugutan dari mereka-mereka yang ingin menyambung kedudukan dalam parti dan kerajaan. Mereka seolah-olah memberitahu Najib yang mereka masih diperlukan di kawasan masing-masing dan jika mereka tidak di berikan sambungan untuk menjadi calun dan kedudukan dalam kerajaan rakyat tidak akan menyokong kerajaan lagi.

PM Najib begitu takut untuk membuat perubahan walaupun gegaran transformasi di dalam parti kononnya akan dilakukan. Pada hakikatnya tidak akan banyak berlaku dan transformasi yang di janjikan itu akan tetap tinggal janji. Berucap secara melaung dan bergegar itu sudah tidak laku lagi di zaman ini.

Pendeknya UMNO tidak mahu dan mampu untuk berubah walaupun perubahan itu sudah menjadi kemestian untuk dilakukan. Najib mesti memberhentikan mereka yang menjadi parasite kepada parti yang sedang menghadap penyakit tua ini. Jangan tunggu sehingga kita dihumbankan oleh rakyat ke dalam gaung. Perlu di ingat rakyat ada limitasi terhadap kesabaran yang mereka tanggung selama ini.

Rakyat di zaman serba modern ini amat mudah tersinggung dengan permainan psikologi politik murahan dan sesiapa yang tertangkap memainkan isu untuk menekan parti lawan secara tidak adil akan ditolak dan diketepikan oleh rakyat dalam pilihanraya.

Bagi parti pembangkang pula apa yang dilakukan oleh BN hari ini patut dijadikan pelajaran seandainya diberikan mandat oleh rakyat di dalam pilihanraya nanti. Cara belajar yang terbaik ialah belajar dari kesilapan orang lain. tetapi malangnya UMNO tetap memilih untuk belajar dari kesilapan dan kesalahan mereka sendiri.

Sebenarnya UMNO sudah terbiar oleh pimpinan sejak 30 tahun yang lalu. Ianya dipergunakan oleh pemimpin untuk kepentingan peribadi sampai ke ‘optimum’ tetapi parti itu tidak di baja dan di selenggara dengan sebaiknya. Ia boleh di ibaratkan sebuah kereta yang hanya diperguna untuk memecut dengan laju untuk kepuasan pemandunya tetapi tidak di ‘service’ dengan baik. Lama kelamaan kereta itu tersadai dan tidak boleh dipandu lagi.

Sebelum kereta itu tersadai enjinnya dari senyap akan menjadi bising, kadangkala boleh didengar dari jarak sejauh beratus meter. Mungkin itulah sebabnya pemimpin-pemipin UMNO begitu bising dengan isu rally sabtu lalu.

35 comments:

Braim said...

Nasiblah!!! Bijak Mahathir mengucar kacirkan kita...

singgahsana said...

Aspan,

UMNO ingin berubah, tapi dah tak boleh lagi!

Betul kata sdr. UMNO sudah terbiar terlalu lama....dah tak mungkin akan berubah.

Tetapi takpa. UMNO itu bukan agama. Kalau tinggalkan UMNO kita tidak murtad.

Anonymous said...

braim...(Nasiblah!!! Bijak Mahathir mengucar kacirkan kita...) apa yang dikucar kacirkan....

Lambor kiri said...

singgahsana,

bior teman sambung.....tukar parti hanya mnukar wadah...bukan tukar akidah...

Anonymous said...

persoalan penting disini adalah adakah kuasa yg ada pd mereka itu dikendalikan dgn cara yg betul?
Apabila Rakyat membuat tuntutan,maka rakyat akan disusahkan dgn karenah undang2 yg hanya utk menyukarkan rakyat dari membuat tuntutan itu..
Xbg permit,guna polis hanya utk menggambarkan kononnya undang2 bersama mereka ttp akhirnya tindakan mereka itu boleh pula dicabar dimahkamah...
Inilah bukti bahawa kuasa diguna melampaui bidang kuasa yg ada,modul2 tindakan mereka juga boleh dipersoal sekaligus melondehkan kewibawaan mereka sendiri..

Kekalkan Yang HAK said...

Kesilapan awal Negara ini yang di ajar Penjajah dengan salah satu niat utama menjadi pemimpin adalah untuk ego dengan kuasa yang berlandaskan pelbagai protokol dan rhetorik sistem pengasingan dan pengamalan agama secara salah. Saya maksudkan agama di sini adalah agama rasmi negara. Fenomena ini terbawa sehingga kini.

Lama kelamaan dengan kekuasaan dan kawalan ke atas sistem pengasingan dan pengamalan agama secara salah ini, telah mengakibatkan Pemimpin dan Rakyat sama-sama rosak dan sama-sama menderita.

Di pihak pemimpin maupun pihak yang berkuasa menjadi jahil dan terencat akal dengan dikuasai nafsu untuk melakukan pelbagai perbuatan keji. Manakala Rakyat pula leka dengan urusan dunia yang tidak berpenghujung dari generasi ke generasi.

Amalan yang tidak biasa menjadi biasa. Pembolotan kekayaan melalui rasuah, dari ego menjadi bongkak, menyonglap khazanah negara atas nama projek dan pembangunan, sehinggalah ketahap menganiayai manusia sesama manusia tanpa batas.

Pada mata kasar, kebanyakan pemimpin dan rakyat mempunyai jasad yang ampuh, sehat dan kuat tetapi kerohanian dalaman dan hati kebanyakan mereka telah tenat, rosak atau telah mati sama sekali ibarat bangkai berjalan. Inilah klimak kejatuhan ketamadunan manusia dan negara sekiranya tidak diperbetulkan.

Andaikata kalau pemimpin baru lain yang naik tanpa merubah dua perkara diatas dan rakyat silih berganti dari generasi ke generasi, maka sama sahaja Malaysia akan dilanda malapetaka yang berterusan.

Jawapannya, ilmu Quran dan Hadis WAJIB dimartabatkan, dijunjung melebihi Perlembagaan Negara serta menurut peradaban Nabi.

Inilah yang sedang dicari-cari manusia sejagat yang bergelar Pemimpin maupun rakyat sebagai jalan selamat.

"Kekalkan Yang HAK"

Anonymous said...

AA,
nampak tuan yg tidak berubah.
tulisan hanya dari perspektif
UMNO dan Bukan UMNO.
yg bukan UMNO tu pun sebenarnya terbitan UMNO (PAS, PKR etc).
ini cara lama.
buang UMNO dan yg bukan UMNO.
buang politik cari kerusi!

bagaimana caranya AA?...

yy

Anonymous said...

Biarlah umno dengan mabuk kuasanya, sampai masa mereka sendiri akan mengkafankannya.Sepekara yang saya fikir akan dapat merubah pemikiran menuju ke arah "Malaysian" adalah generasi ke tiga selepas merdeka. Generasi ke dua telah dan sedang memnamgunkan asas. Sdr Lim Guan Eng telah merintis satu laluan yang baik bagi pembentikan "Malaysian" jika diimbau kembali tindakan dan pengorbanan yang beliau telah lakukan bagi menegakkan kebenaran dan pentadbiran yang baik... harap kita boleh guna-gunakan...

Anonymous said...

Tuan...kerana rasuah dalam UMNO yg rata-ratanya Islam Melayu menyebabkan saya rasa rela non muslim menjadi pemimpin saya.

Itu lagi bagus. Bagi saya sesiapa pun yg rasuah tak kira siapa kita tentang habis habisan.

Anti Rasuah

Quiet Despair said...

Tuan perlu mempelopori gerakan meninggalkan UMNO dengan serta-merta.
Sudah tentu ramai peminat Tuan akan turut serta.
Kalau yapun prinsip hidup Tuan tidak lagi cocok dengan cara UMNO.
UMNOpun tidak ada yang kena dengan cita-rasa dan ideals Tuan.
Saya rasa Tuan boleh menjadi calon berwibawa PKR untuk menentang MB NS ataupun di Rembau melawan KJ atau penggantinya jika KJ tak bertanding.
Sudah tentu Tuan boleh menjadi MB NS yang baru.
Keadilan Nogori tidak ada pemimpin yang menonjol. Jangan harapkan Ciku Bard yang nampaknya goyah dan mungkin meninggalkan PKR.

Anonymous said...

Belaci-belaci UMNO menghentam habis-habisan PKR dan PAS apabila terdapat sedikit kekecohan dalam pemilihan parti-parti tersebut beberapa ketika dahulu.

Tetapi mereka bodoh sombong dan buta segala-galanya kerana UMNO sendiri masih takut dan gentar untuk mengadakan perhimpunannya untuk memilih ahli-ahli jawatankuasa dari peringkat cawangan hingga ke Majlis Tertinggi.

Kita nak tengok sejauh mana peraturan dan kaedah pemilihan selari dengan pindaan baru kepada Perlembagaan UMNO dapat dilaksanakan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Apakah lebih teruk lagi daripada PKR dan PAS?

Beranikah UMNO ?

mad said...

"...Itu sebabnya jika rasuah itu tidak terkawal akan ada manusia yang menjadi kaya tidak terhingga sehinggakan mampu membeli sebentuk cincin permata sehingga US24 juta walaupun mereka itu dahulunya bukanlah datang dari keluarga yang kaya dengan luar biasa. "

agaknya siapa ya yang mampu membeli cincin begitu mahal dalam keadaan rakyat dihimpit kenaikan harga minyak dan barang disebabkan kerajaan yg pengasih ini begitu prihatin kepada rakyatnya sehingga sanggup menarik balik subsidi utk rakyat tetapi tidak pula menarik subsidi ips yg dimiliki oleh kroni.

dalam blog-blog pembangkang sudah didedah siapa yg empunya cincin, siap dengan bukti sekali. sini contohnya >> http://greenboc.blogspot.com/2011/07/kes-cincin-rm74-juta-laporan-sprm.html

suman said...

UMNO / BN ialah Harimau, PAS / PR ialah Buaya. Keluar mulut Harimau masuk mulut Buaya. Melayu Perlu Bersatu. Kalau anak-anak bergaduh, rotan kedua-duanya. Jadi sebab UMNO & PAS bergaduh kita undi calon BEBAS. Yang penting MELAYU / ISLAM perlu diperjuangkan.

KZSO said...

pas kalau tidah berubah akan terhempas berkecai!

berubahlah kembali atas menegakkan negara islam..bukan negara berkebajikan mengikut telunjuk kehendak anu-arr dan lim kit siang/karpal singh!

x mustahil the silent majority (yg tidak menjadi ahli pas dan umno + pkr atau mereka yg berada dalam pas dan umno + pkr)yg berkehendakkan negara Islam akan berpindah mengundi umno yg kelihatan mempertahankan hak dan kedaulatan negara dan agama Islam dari ambiga (sah menentang kedaulatan Islam - menerusi tuntutan IFC, menyokong murtad di kalangan Islam...); karpal singh (cross my dead body first), lim kit siang/lim guan eng dan ahli dap yg terang-terang menentang Islam dan anu-arr yg secara terus terang benderang mahukan Islam liberal bukan Islam berlandaskan al-quran, sunnah, hadith dan ijtimak ulamak..

pas yang harus..bukan harus tapi mesti berubah! demi kedaulatan Islam!

KZSO said...

Braim : bukan Tun Dr Mahathir lah yg bijak kucar-kacirkan kita..yapi our own pak sheikh laaa...

Anonymous said...

saya percaya umno masih ada cara tersendiri untuk terus memenangi pilihanraya.

Anonymous said...

Masih ada lagi yg bertuhankan tun mahathir kat sini. Tun mahathir adalah bapa segala masalah yg berlaku sekarang. Sebab tu lah dia surender awal sbb dia ni bijak dan dah tahu negara dah teruk. Dapat pu
Ak kat najib yg kena control dgn rosmah bertambah2lah teruk lg ekonomi msia.

Ibni Ismail said...

Salam Tuan Aspan,

Saya sependapat dengan tuan dalam isu ini. Tiada yang berubah tentang parti kita ini. Masih kekal di tahap itu sahaja. Keras, garang dan ego yang tidak bertempat. Terlalu susah untuk berubah. Juga bersetuju ttg pandangan salah seorang anon ttg bertukar parti hanya bertukar wadah bukan akidah. Kita tidak perlu terlalu taksub dan percaya membuta tuli. Akal dan pemikiran kita adalah hak kita.

Terfikir juga tentang kutukan rakan2 dlm blog ini dan mungkin ada benarnya yg parti kita ini sudah terlalu lama memerintah. Memang saya akui yang UMNO ini perlu diajar. Masaalah nya UMNO tidak akan tewas dalam memenangi hati rakyat majoriti semata mata pendedahan atas segala kelemahan UMNO oleh pembangkang. Cacian, tohmahan,cercaan ini sudah jadi seperti irama lagu. Cara pembangkang ini sudah lapok sebagaimana lapoknya cara UMNO.

Bagaimana agaknya jika pembangkang tidak pedulikan UMNO tetapi pedulikan rakyat? Setiap minggu adakan program bersama rakyat tanpa sebut pun nama UMNO. Tanamkan rasa geli pada pembangkang untuk sebut nama UMNO. Bina kekuatan sendiri tanpa bersandar pada kemungkaran UMNO. Sebenarnya majoriti yg najib kata pengundi senyap UMNO ini bukan fanatik pada UMNO. Kami tak hadir pun mesyuarat UMNO cawangan. Dari dulu berapa kerat yg hadir mesyuarat UMNO akan tetapi UMNO tetap menang. Just buktikan yang pembangkang berbeza dari UMNO, barulah kami terfikir untuk berubah wadah. Jika sama sahaja, buat apa nak pindah rumah. Sebenarnya demontrasi ini pun budaya UMNO sejak tuntut kemerdekaan dulu.

Bagaimana juga agaknya jika Najib memerintah tanpa DSAI? Mesti najib pening nak jawab tentang kenaikan harga minyak sedangkan petronas dapat laba dari penjualan minyak mentah gred A, bil elektrik yg naik sedangkan IPP dan CEO nya untung besar, harga makanan yang meningkat, kekurangan pekerjaan dan gaji pekerja yg rendah, jual pasir ke spore dan yg terbaru ini tentang pengswastaan (jualan lelong)33 GLC. Kehadiran DSAI buat rakyat leka dgn isu yg lebih besar. Anuwar pada hemat saya adalah penyelamat najib sebenarnya. Isu lain seperti isu racism, raja raja melayu, ketuanan melayu, komunis, negara islam nampaknya dah mula memantul dari pemikiran rakyat. Najib akan menerima padah jika Anuwar pun tak dipedulikan lagi. Kita tunggu masa itu tetapi jangan lawan dijalanan.

Anonymous said...

Ibnu Ismail,

Asalamualaikum...benar sekali kata anon tu, kita berubah wadah bukan akidah.

2. Dalam sistem demokrasi, pemerintah/kerajaan dipilih setiap 5 tahun sekali dinegara kita. Jadi kita mempunyai peluang untuk menukar atau mengekal kerajaan setiap 5 tahun sekali. Hak untuk membuat pimilihan samada mengekal atau menukar kerajaan yang mewakili kita adalah HAK MUTLAK SETIAP KITA. hak mutlak kita yang penting juga agar pemilihan?PRU itu dijalankan setelus, seadil dan sebersih mungkin.

jadi perubahan atau pertukaran wadah boleh dibuat setiap 5 tahun sekali.

Bukan bila dah pilih mana-mana parti sebagai kerajaan, kita kena menerima kerajaan tersebut sehingga kiamat, walaupun kerajaan itu terok, zalim dan menindas.

3. Sebagaimana yang sdra akui, UMNO Baru sekarang begitu terok sekali. Kita mempunyai pilihan untuk menukarnya. Apatah lagi, hak mutlak kita untuk pemilihan dalam PRU secara adil,bersih dan telus sudah dirampas oleh UMNO baru semata-mata untuk terus kekal berkuasa untuk apa?

Untuk terus memperkayakan diri pemimpin-pemimpin UMNO Baru dan kroni-kroni mereka yang antaranya yang utamanya terdiri dari bukan melayu!

4. Saya rasa penilaian sdra terhadap kemampuan Pakatan Rakyat memerintah berbanding dengan UMNO Baru agak tidak munasabah. saudara membandingkan an orange dengan apple, bukan apple dwngan apple.

Jika sdra membandingkan kerajaan Malaysia yang didokongi oleh UMNO Baru kerajaan negeri-negeri pakatan secara terus, rasanya ia tidak munasabah. Pakatan Rakyat tidak mempunyai rekod sebagai kerajaan malaysia untuk dibuat perbandingan kerana pakatan rakyat tidak pernah berjaya memerintah Malaysia.

4. Perbandingan yang boleh dibuat setakat ini adalah perbandingan performa antara negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO/BN dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan rakyat yang setara.

Setara bermakna kita tidak boleh membezakan performa Kelantan dengan Johor atau Perlis dengan Pulau Pinang/ Selangor.

5. jadi memandangkan Pakatan rakyat tidak mempunyai track record sebagai kerajaan persekutuan, penilaian keatas performa kerajan negeri-negeri Pakatan boleh menjadi penunjuk arah dalam menilai kemampuan Pakatan rakyat untuk memerintah malaysia.

sekian dulu...Ingat kita mempunyai pilihan. Soal wadah adalah kecil apatah lagi jika wadah tersebut kita lihat sudah rosak terok dan dah tak boleh dibaiki.

Mengapa kita harus terus menzalimi diri dan masa depan anak cucu kita.

Wak jerman

Anonymous said...

kenapa 30 tahun aspan? Kenapa tak 5 tahun? 10? 40? 50?

kita tahu, aspan dan dendam kesumatnya dengan Mahathir

kan aspan?

bat8 said...

Ibnu Ismail,

"Kehadiran DSAI buat rakyat leka dgn isu yg lebih besar. Anuwar pada hemat saya adalah penyelamat najib sebenarnya. Isu lain seperti isu racism, raja raja melayu, ketuanan melayu, komunis, negara islam nampaknya dah mula memantul dari pemikiran rakyat...."


Saya berbeza pendapat dengan sdra mengenai isu ini. Inilah dikatakan ilmu "spinning" iaitu mencari sesuatu isu yang boleh mengalih daripada isu-isu sebenar dan memperbesarkan isu tersebut bagi menutupnya.

Jika kita lihat bagaimana UMNO Baru menjalankan kempen spinning ini mengunakan Anwar, kita akan mengeleng-ngeleng kepala. Pelbagai isu dicipta mengenai Anwar. Malahan sanggup mencipta isu liwat 2 semata-mata untuk mengabui mata rakyat dari isu-isu sebenar, antaranya disebut oleh saudara.

perlahan-lahan, spinning ini mula menunjukkan ianya tidak berkesan seperti 10-15 tahun dulu. Inilah yang dikatakan kemajuan dan kesan langsung kepada pendidikan.

Generasi muda yang berpendidikan dan celik IT mula tidak percaya kepada spin-spin taraf tahun 70an dan 80an yang digembar-gembur melalui media massa. Generasi ini berbeza dengan generasi tua yang ada hari ini yang semakin mengecil.

Generasi muda ini tidak sahaja berupaya berfikir tetapi berani bertindak terhadap ketidakadilan. Penyertaan golongan ini dalam perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini adalah permulaan sahaja.


bat8

burn said...

a party that create corruptions and disharmony among malaysians should be stop permanently. if not, it will create more and more damage to the country and the people. the loser, will always be ppl like us, the ordinary. the rich will not have any impact nor effect at all on this matter. ppl, especially the young that have never taste recession will never know the suffering of many. malaysia need a total change from this corrupt system. again, do not ever use religion or race in this matter. this has got nothing to do with religion nor race. this has got something to do with selfishness, greed and power crazy. it is of no point giving advises or arguing again and again when one are not willing or to accept openly. they will never change as long as selfishness and arrogances are in them. their action alone have already tells you, the type of ppl they really are. they lied to covered their doings. they make a turn around to cover their mistakes. even openly denials the wrongs they did. once a person lie, cover up or in a denial mode for first time, it can be forgiven! but for second, third and repeated time, it means, they will never change. their priority have instead went side way… the accept the wrong doers!

salam...

Juraimi Zainal said...

Salam Tn Ibni Ismail, sy berpendpt impak yg paling besar adalah peranan media perdana.. Utusan & TV3. Sbb itu UMNO masih byk menang dikawasan2 yg ditandingi.. Sy berpendpt demikian kerana jika berhujah dgn kebykan rakan2 FB yg tidak meminati politik, Semua nya memberikan hujah2 yg dangkal & seiring dgn laporan media tersebut.. I.e : keburukan ambiga, hilangnya kuasa melayu, pm adalah china etc.. Semua ini diolahkan sgt 'Berjaya'.. Sy bersetuju dgn tuan, pembangkang kene teruskan program2 bersama rakyat tanpa melibat kelibat2 pemimpin2 Umno.. Wasalam

Anonymous said...

Sebelum pilihanraya Umum untuk menentukan siapa yang dapat hati rakyat, SPR tu kena telus dan dibersihkan dahulu.

Sokonglah agenda BERSIH dan pastikan setiap Sabtu semua ahli keluarga memakai pakaian kuning sahingga tuntutan BERSIH dilangsaikan. Cara tu elok juga kerana ia cara sunyi tampa perarakan dan perhimpunan yang mungkin tidak terkawal kerana elemen-elemen busuk hati.

SPR tu tak tau buat kerja dan setiap soalan di Tai Chi kan kepada kesalahan lain orang dan dijawab macam seorang berpolitik.

Tak kan kita nak jemput pemerhati luar negara kerana SPR gagal dalam kerjanya. Lebih malu dan jatuhkan maruah negara.

Kuning warna Raja-raja dan terdapat di bendera Malaysia dan semua Panji-panji Di-raja. Bendera UMNO pun ada warna kuning selain logo Maybank, Macdonald, nasi kunyit dan pakaian sammi.

Apa salahnya berbaju atau berseluar kuning. PDRM dengan Motto "BERSIH, Cekap dan Amanah" pun penyokong BERSIH jugak ke?

Anonymous said...

Sdr Aspan

From my observation of your articles and the commentaries there appear to be tow main concerns: your criticisms towards umno's leadership and the commentaries that divide themselves between the umno supporters and opposers. Because of this hardline divide, many of the comments have gone off tangent, sometimes (sadly as you mildly put it) resorting to personal criticisms and use of inappropriate language.

Please clarify if I am wrong. Your criticisms have been on the UMNO LEADERSHIP post Tun Hussein, not UMNO itself as a political body. In this context I find Quiet Despair to be misplaced (14 July 2011 08:21:00).

The umno leadership main issues have been corruption and perception of 'gap' between leaders and rakyats en masse. It is difficult to prove these in any system. This brings me to the next point you have been sublimally expressing - leadership's good behaviour and the impression of good behaviour (not Machiavellian) able to achieve confidence in the Malaysians (not just Malays).

So it is not the submarines, taxi permits, APs, GLCs or a simple diamond ring per se - these can be proven untrue or inaccurate if need be. The issue is these things need not surface at all if leadership is driven by transparency in the system (no, I am not referring to perfunctory transparency mechanisms currently in place). So it all boils down to leadership, not the party you are a member of.

scrooge

Quiet Despair said...

Kawan-kawan

Sudah, sudahlah marah dalam blog.
Suhakam is conducting an inquiry and wants demonstrators and the police to submit reports to them on the Saturday incident.
KL police too wants demonstrators to write to them of instances of police brutality.
Complain okay. Jangan komplain kat blogs je. Tak ada faedahya.
Kerajaan kita caring kan.

Mad

On that 24 million ring, I too saw some blogs writing on that.
That is so far-fetch, bordering on ridiculous.Tak masuk akal.
Kalau nak fitnah tu carilah hal lain.
I am no fan of Aunty Rosmah. I heard of her extravagant life-style.
If Najib really gives her the ring, she would have taken delivery herself or send a trusted person to get it on her behalf.
Takkanlah nak hantar melalui kastam.
Or it can be sent via courier which goes straight to you, macam kita order barang from US.
Aduhai, logiklah sikit.

Anonymous said...

"...menjadi kemestian untuk dilakukan Najib mesti memberhentikan mereka yang menjadi parasite kepada parti yang sedang menghadap penyakit tua ini...."

Geli hati bila baca ayat seperti diatas.....

Saudara Aspan, mana mungkin UMNO yang saudara cintai itu boleh berubah sedangkan kita lihat dari kepala sehingga ke ekornya semuanya sudah busuk.....

Bagaimana Najib boleh mengajar orang lain menjaga kebersihan sedangkan dirinya sendiri bergelumang dengan pelbagai kotoran?

Sebenarnya saudara Aspan tidak sepatutnya mencadangkan kepada Najib supaya menyingkirkan semua mereka yang menjadi parasite kepada parti sedangkan parasite itulah adalah pencacai Tun Mahathir.

Biar Tun Mahathir dengan kuncu-kuncunya selesaikan masaalah dalaman parti yang diciptanya sendiri walaupun pada mata kasar kita melihat Mohd. Najib adalah presiden UMNO.

Lagi pula Tun Mahathir bukan orang yang bodoh sehingga membenarkan Mohd. Najib jadi presiden UMNO dan PM Malaysia.

Dia mencari seseorang yang boleh melindungi diri dan keluarganya. Dan dia juga mencari orang yang lebih teruk daripadanya agar segala kejahatannya tertutup dan kejahatan orang lain pula yang lebih terserla.


Bolehkah UMNO Baru berubah sedangkan cara pemikiran Tun Mahathir pun tidak pernah berubah ?

Anonymous said...

QD

Lebih berkesan menghentam UMNO dari dalam dan ketika nazak

Anonymous said...

QD

Kadang-kadang2 manusia buat silap, apatah lagi merasakan dirinya dilindungi

Anonymous said...

Peduli apa kat UMNO tu, Aspan. Parti yang ko kata rasis, korup dari atas ke bawah. Tak da satu pun yang baik dari UMNO.

Kapal UMNO pun dah nak tenggelam dan sebelum tenggelam dan sementara ahli UMNO ada harga, cepat-cepat melompat kat kapal yang lain. Banyak kapal-kapal bersimpang siur tu, Kapal KITA, Kapal PAS, Kapal PKR dan kapal DAP yang sedang gah sekarang ni menunggu Aspan.

Lompatlah Aspan. Bila dah melompat tok sah pandang belakang. Ludahlah kapal yang mungkin sehingga kini jadi lubuk rezeki Aspan. Bergulinglah, beraraklah sampai kiamat bila dah sampai kat sana, ye.

Ibni Ismail said...

Tidak, saya tidak bermaksud membandingkan kerajaan di negeri pakatan rakyat dgn kerajaan UMNO jika itu yg dimaksudkan oleh wak jerman. Saya berfahaman tiada masaalah jika parti berubah kerana kaitangan kerajaan adalah masih sama dan sistem juga masih sama. Perubahan parti memerintah tidak akan mengubah struktur organisasi kerajaan negeri. Kelemahan kerajaan negeri bawah pakatan itu pada saya masih boleh diterima berasaskan pengalaman yg masih kurang berbanding UMNO.

Saya lebih menekankan kepada perlunya perubahan sikap pembangkang dalam memenangi hati majoriti rakyat. Dengan lain perkataan, cara pembangkang mestilah jangan seperti UMNO. Maaflah jika saya katakan setakat ini cara berkempen memenangi hati rakyat semuanya sama dikedua belah pihak pihak. Pihak UMNO mencaci, menghina Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat juga melakukan perkara yg sama pada UMNO. Majoriti rakyat ingin melihat kedua pihak bercakap dengan mempedulikan kehendak rakyat. Isu najib dgn altantuya nya, rosmah dgn cara belanjanya, anwar dgn liwat dan videonya, mat sabu dgn khalwatnya sebenarnya buat rakyat meluat.

Sdr. Juraimi dan Bat8 adalah betul tentang spin dan media. Again, dekati rakyat dengan habiskan masa cerita tentang halatuju pembangkang bukan habiskan masa berkempen cerita najib dan rosmah. Tiada ahli UMNO percaya yang najib dan rosmah itu baik cuma mereka tak percaya apa yg pembangkang boleh buat selain pertahankan anwar. Kita boleh belajar cara Imam Khomenei mentarbiah rakyat Iran hinggakan organisasi hebat seperti savak pun akur dan taat pada beliau. Demontrasi hanya bagi peluang najib spin dan percayalah yg majoriti rakyat sekarang ini pun masih kekal percaya najib.

Anonymous said...

salam sejahtera,

kata2 seperti dibawah ini sejak 4-5 tahun kebelakangan ini membuka mata saya :
1. saya orang cina pangkah PAS jugak sebab tempat saya PAS lawan BN. Tak kesah punya...asalkan BN kalah
2. Hei...jangan ingat kita bodoh tau...itu cerita anwar sudah 13 tahun, sekarang mau kecoh lagi ka...lu ingat kita mau percaya ka...?
3. apa pasal bila ada pilihanraya kecil baru mau kasi kerusi meja hantar itu sekolah...kalau kerajaan ada duit, tak payah tunggu piliharaya lah...hati kita tak perlu bayar dengan wang tau...kita duduk malaysia, ada hujan, ada panas, boleh bisnes sudah ok...tapi sakit hati bila tengok kita kerja teruk tapi itu kerajaan punya orang kaya dengan rasuah...

berikut yang diatas hanyalah perbualan tepi jalan, cuma pemimpin dan balacinya saja yang tak dengar dan syok sendiri perasan dengan media talibarut.

atau saya terfikir pula...mungkinkah UMNO memang perasan kapal nak nak karam tapi terpaksa buat2 macam hebat tapi di dalam kecut perut...maka diperhebat pula mengumpul dan mengaut harta sebanyak mungkin dan selagi sempat untuk bekalan bini, anak cucu...nanti bila dah gugur pangkat atau tak jadi balaci sesiapa, berputih mata lah pulak.

Anonymous said...

aspan takut nak melompat walaupun sana dah panggil "sini la mari,

dan

sini dah kata 'pergi sana lah engkau!"

mad said...

quiet despair'

"On that 24 million ring, I too saw some blogs writing on that.
That is so far-fetch, bordering on ridiculous.Tak masuk akal.
Kalau nak fitnah tu carilah hal lain.
I am no fan of Aunty Rosmah. I heard of her extravagant life-style.
If Najib really gives her the ring, she would have taken delivery herself or send a trusted person to get it on her behalf.
Takkanlah nak hantar melalui kastam.
Or it can be sent via courier which goes straight to you, macam kita order barang from US.
Aduhai, logiklah sikit. "

tajuk muka depan utusan malaysia hari ini - 'Kontroversi cincin Rosmah 24 juta. - Beli sendiri guna duit menabung dari kecil - Rosmah.'

mana satu yg lebih tak masuk akal sebenarnya. kalau menabung dari kecil sampai umur 50 tahun rasa-rasa sampai tak 24 juta ringgit. lagipun takkan menabung dari kecil semata-mata nak beli satu cincin. lucu betul dan sangat tak masuk akal. hanya org umno yg percaya cerita dongeng ni.

http://1.bp.blogspot.com/-cVyOxPOkMYY/Th-KygY2RtI/AAAAAAAAAJU/NC0vToTDx_4/s1600/utusan+malaysia+hairan.jpg

Anonymous said...

Juraimi Zainal,

Cara you cakap macam org lain yg tak sehaluan fahaman dgn you semuanya dangkal dan bodoh.

Nak tanya you satu soalan, kenapa Bersih gugurkan 12 tuntutan drp 17 tuntutan dlm memo bertarikh 27 Nov 2010 kepada SPR?

Dalam bulan Jun dan Julai (atau selepas Nov 2010), baki 5 tuntutan tersebut ditambah lagi 3 tuntutan baru.

Adakah ianya (penguguran) sebab:

1) SPR berjaya menjawab tuntutan2 tesebut dan Bersih tidak ada pilihan lain selain drp menggugurkannya, mungkin sebab tuntutan2 tersbut tiada bukti yg kukuh? Atau,

2) SPR telah berjaya menyelesaikan 12 tuntutan tersebut dlm masa beberapa bulan, dan hanya 5 tnututan tidak dapat dipenuhi?

Tolong jawab saudara Juraimi Zainal...

Manoq