14 June 2012

Akaun Anwar akaun Muhy

Sekarang timbul pula cerita akaun induk Anwar Ibrahim seperti yang disebut oleh Datuk Murad, bekas Naib Governor BNM. Murad berkata ini berlaku semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia dahulu. Isu ini merupakan isu yang sudah lama, dan mahkamah telah pun memberikan keputusannya yang perkara itu tidak wujud. Tetapi di dalam negara kita yang tidak wujud pun boleh diwujudkan dan yang wujud boleh di‘tidakwujudkan’. Inilah agaknya konsep ‘Malaysia Boleh!’ Semua boleh berlaku.

Tetapi tidak mengapalah jika isu itu ditimbulkan kerana pilihanraya pun sudah hampir. Semuanya akan timbul. Saya pun hendak juga tahu berapa banyak wang yang ada di dalam akaun induk Anwar itu jika akaun itu benar wujud. Anwar sendiri pun bersetuju untuik membukanya tetapi kenalah ada syarat sikit. Syaratnya TS Muhy pun kenalah buka akaunnya juga.

Setiausaha Agung PKR, Dato' Saifuddin Nasution, semasa berucap bersama saya di Klang baru-baru ini juga telah bersetuju untuk Anwar membuka segala-galanya dengan syarat Muhy, Najib, Hishamuddin, Khairy dan beberapa orang pemimpin BN sendiri bersetuju untuk membuka akaun masing-masing bersama dengan Anwar Ibrahim. ‘Once and for all’ kita selesaikan isu ini serta-merta.

Saya menyebut isu ini kerana cara berpolitik hari ini sangat tidak beretika terutamanya dari pihak UMNO/BN. Murad jelas dipergunakan oleh setengah pihak kerana politik setengah pihak. Saya tidak nampak Murad sebagai seorang yang mempunyai kejujuran tetapi itu tidak siapa boleh memperbaiki dirinya kerana itu sudah menjadi naluri bagi seseorang yang terdesak.

Anwar memberikan reaksi beliau dengan meminta semua pihak membuka akaun masing-masing dan Muhy kata beliau mempunyai kredibiliti yang meragukan. Anwar berkata beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan beliau sebaliknya tahu siapa Muhy ini. Jika sewa rumahnya pun ada pihak yang membayarnya, bayangkan apalagi yang tidak dilakukan oleh Muhy.

Anwar nampaknya serius dan meminta Muhy menunjukkan akaun peribadi beliau sendiri. Bagi saya yang masih berada di dalam pencarian ini, saya amat bersetuju dengan cadangan Anwar itu kerana amat penting segala-galanya diketahui umum kerana mereka-mereka ini adalah penjawat awam. Saya rasa perkara ini wajar dilakukan dengan segera seboleh-bolehnya sebelum pilihanraya umum nanti.

Anwar sudah pun bersetuju untuk membuka akaunnya maka sekarang giliran Muhy pula untuk menyatakan pendirian beliau samada bersetuju untuk melakukan perkara yang sama. Jika Muhy tidak pernah melakukan rasuah inilah masanya untuk beliau membuktikannya kepada orang ramai yang bakal mengundi nanti.

Bagi orang biasa di tepian masyarakat ini saya tidak mungkin mampu untuk membuktikannya tetapi saya juga hendak muktamadkan pandangan saya tentang ‘conduct’ Muhy yang banyak diperkatakan ramai semasa beliau menjadi MB Johor dahulu. Saya juga hendak tahu juga siapa yang membayar sewa rumah beliau seperti yang disebut oleh Anwar Ibrahim itu. Jika benar dakwaan Anwar itu, tentulah Muhy seorang yang amat miskin kerana sewa rumahnya pun ada pihak yang membayarnya. Tentulah orang yang membayar itu sangat baik orangnya.

Kalau begitu elok Muhy memohon dari pihak berkuasa untuk memohon rumah murah atau pun bantuan PPRT dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Kita tidak boleh membiarkan TPM kita itu, dalam kesusahan dan jangan dibiarkan orang lain membayar sewa rumahnya.

Dalam pada itu kita tunggu kesudahan kepada isu ‘akaun Anwar dan akaun Muhy’ ini.

15 comments:

Ismail Mohd Yusoff said...

Muhy mana berani buka akaunnya...nnti habislah rahsia rasuahnya akan di ketahui ramai....

Ismail Mohd Yusoff said...

Muhy mana berani...nnti rahsia rasuahnya akan terungkai....

mr edz said...

saya teringin sangat nak lihat berapa ada dalam akun diorang.. bukan apa nak mintak bantuan sikit la.. cukup untuk beli susu dan lampin anak pun jadi la..

Anonymous said...

Salam,

Sudah tentu akaun Muhy ... ehem .ehem ... tapiiiii.. bil elektrik dan ayak rumah dia berapa ribu-ribukah???

amir osman said...

Siapa sebenarnya yang sudah ada kertas siasatan ni....Ini sebenarnya kelakuan Anuar yang suka menunjuk kesalahan orang lain bila kesalahannya kena cungkil....cuba lihat apa yang dilakukan selama ini termasuk apabila hendak dipecat dari Tim. Perdana Menteri Dulu.....apa dia kata...Kau orang sebenarnya dah tak nampak pada yang lain....teruskanlah...

Anonymous said...

No need for Mahathir to fear

Anonymous said...

Udin anak yasin ni habis orang dikoyoknya,mana dia ada telor nak dedahkan akaunnya ini termasuklah orang2UMNOGOK yang lain,dalam UMNOgok ni bukan menteri aje buat duit Ketua Kg pun sama je naik kalau tak percaya Pan,balik lah sesekali balik lah kek KS tau lah sepa dio. Ni bab budak Murad ni,ialah dah takada kerje lagi faham2lah dia tu samalah macam Lan anak Kassim dah mencacai apa lagi masuk balik lah dengan puak UMNOgok tu, kalau tak makan pasirlah.....dia orang ni lebih terok dari ULAR....

Anak mukim Rantau

hmkaziz said...

Salam AA...
Elok la tu .tunjukan kpd rakyat apa harta n wang ringgit yg kita ada..dr mana dpt seme tu... Suruh isytihar harta menteri2 x mau...nah skrg kan dh tekena...

Anonymous said...

Dear Sdr Aspan,

Salam... How do we read the truths, share ideas and respond in camaraderie from now on with the latest new amended evidence act ? We might want to consider writing political messages on our regular capati, roti canai or apam terbalik.... ide yang bankrupt, youths really mengamuk ! Terima kasih, Sdr Aspan.

Anonymous said...

Pak Pan,

Kalau nak bukak, jangan lupa bukak sekali penyamuns ,madey, mukrz, mirzn dll.

Anonymous said...

lately statement dr umno sume jenis bunuh diri.. hehehe buang tebiat la tuh

Anonymous said...

Muhy ni masa dia MB johor bila dia lalu di jalan mahmodiah dia akan menangis, org ingat dia sedih mengenang kaum kerabat dia yg dah meninggal dan dikebumikan di perkuburan mahmodiah.....tapi bukan itu sebab musabab dia menangis.

Cuba teka kalau saudara/saudari org yg bijak bistari.

Amir Hamzah
JB

Anonymous said...

Sdra Amir Osman..

Sapa yang mule mencabar ? TS Muhy ataw DS Anwar ?? Cabaran TS Muhy dah disahut oleh DS Anwar.. Klw betul2 TS Muhy clean apa takut.. terima la cabaran itu secara gentlemen..klw berani hulurkan cabaran, berani lah jugak terima cabaran.. kannnn..

de_kuan

merkisar said...

Tuan AA,

PM Najib kelihatan dengan penuh yakin dan berseri-seri dalam TV (Nightline)malam ini, bahawa BN akan mempertahankan Puterajaya.
Tuan AA, mungkin melihat keadaan pada the other side of the coin.
UMNO bukan parti yang sempurna tpi
yakin ker yang lain itu tidak akan
kumpul harta dengan lebih teruk jika
berkuasa kelak? tengok apa yang Nizar buat di Perak dan Azizan di Kedah....

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Pastinya kesudahan isu akaun Anwar dan Muhyiddin akan seperti embun dihujung rumput yg akan hilang bila mentari menjelma. Teringat juga tentang isu berkotak kotak bukti korup pemimpin UMNO yg dijajakan oleh anwar melalui ezam. Apa kesudahannya? Jika asalnya belajar politik dari sistem UMNO maka akan terhasil lah produk UMNO walaupun dah berubah wadah. Anwar, Azmin dan rakan2 dari sistem pendidikan UMNo ini sama sahaja perangainya walaupun dah ber wadahkan parti baru. Kita sama2 lihat jika Tuan Aspan ini masih kekal dengan perangai UMNo nya, masa akan menentukan nya.