26 June 2012

Hanya 'mutu mengenal manikam', bukannya 'Muthu mengenal Maniam'

Saya bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa kita tidak perlu mengikut jejak cara Arab Spring untuk menjatuhkan kerajaan, kerana di antara Malaysia dan negara-negara arab itu berbeza. Di negara-negara arab itu tidak ada demokrasi dan saya bersetuju dengan Dr Mahathir itu.

Kita tidak mahu terjadinya Arab Spring di sini untuk mendapatkan kuasa. Kita memilih untuk mendapatkan kuasa melalui pengiraan undi di dalam pilihanraya yang diadakan secara demokratik. Tidak ada siapa yang mahukan kekecohan dalam politik ini, lebih-lebih lagi pihak pembangkang.

Kerana tidak mahu berlakunya Arab Spring itulah, rakyat mendesak kerajaan untuk membetulkan sistem pilihanraya di negara kita ini. Negara kita telah melalui pilihanraya demi pilihanraya sejak merdeka tetapi rakyat sekarang sedar bahawa sistem pilihanraya dan demokrasinya yang telah terlaksana selama ini tidak sampai ke tahap yang munasabah. Ianya berat sebelah dan sentiasa memberikan kelebihan kepada BN sahaja.

Pihak kerajaan yang ‘incumbent’ tidak mahu melaksanakan sistem pilihanraya dengan betul kerana sistem yang betul akan menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap BN dan akhirnya akan kehilangan kuasa yang mereka tamakkan selama ini. Rakyat tidak mendapat penerangan dengan adil kerana kerajaan tidak membenarkan parti pembangkang untuk menyampaikan perancangan dan kempen mereka melalui media massa perdana contohnya.

Di setiap pilihanraya pihak pembangkang tidak dapat bertanding dan bersaing di atas ‘level playing ground’ dan ini tidak lagi disukai rakyat yang kian hari kian bermaklumat dan pandai menilai baik buruk setiap pihak; tidak kira parti yang memerintah atau pun parti yang membangkang. Dalam pada pihak kerajaan menghambat segala maklumat dan pengetahuan kepada rakyat, pihak pembangkang dapat juga memenangi empat buah negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ini dan telah mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN.

Tidak ada sesiapa pun mahukan cara mengambilalih kuasa dengan mengikut cara Arab Spring itu dan itulah sebabnya kerajaan sepatutnya memberikan keadilan kepada pihak pembangkang untuk merapati rakyat untuk memberikan pilihan kepada rakyat untuk menilai pihak mana yang lebih bersesuaian mengikut keadaan semasa pilihanraya itu diadakan.

Dr Mahathir berkata rakyat tidak perlu melakukan peralihan itu sambil beliau bertanya, ‘buruk sangatkah BN sekarang ini?” jawapannya ada kepada rakyat... Mahathir mungkin kata BN itu lebih baik daripada Pakatan Rakyat. Tetapi itu pandangan Dr Mahathir. Pandangan rakyat mungkin lain pula. Itulah sebabnya kerajaan sepatutnya melaksanakan pilihanraya ini dengan adil dan saksama supaya rakyat dapat mengadili keadaan semasa itu nanti.

Apabila rakyat dibenarkan untuk mendapatkan maklumat secara adil, maka mereka (rakyat) boleh memberikan penilaian samada untuk mendengar kata-kata atau kempen Dr Mahathir atau untuk mendengar pandangan pihak pembangkang. Yang pentingnya dalam demokrasi setiap rakyat mesti diberikan peluang untuk mendengar pandangan dari kedua-dua belah pihak secara bebas dan beretika.

Kalau media itu adil maka pembangkang tidak payah berkempen dan berceramah dan BN pun tak payah untuk membawa pemimpin-pemimpin besarnya berkempen dengan ‘aggressive’ di setiap tempat kerana jika BN berkempen ia adalah kempen yang sangat mahal harganya dan ia melibatkan wang rakyat.

Contohnya, apabila Najib dan Muhy melawat dan berkempen di Perak sahaja, belanja untuk membeli karipap sahaja memakan belanja puluhan ribu ringgit. Karipap-karipap itu tidaklah tembam macam mana pun. Itu tidak termasuk belanja untuk menaikkan khemah dan sewaan bas yang beratus buah untuk membawa orang ramai datang mendengar temberangnya disetiap tempat beliau melawat. Jumlah perbelanjaannya sampai ke tahap jutaan ringgit.

Oleh itu Dr Mahathir jika benar beliau jujur beliau sepatutnya meminta pimpinan yang ada sekarang memberikan liputan yang adil di antara pihak kerajaan dan pembangkang. Tetapi beliau sendiri tidak mahu melakukan perkara yang baik ini kerana pihak yang memerintah begitu banyak perkara yang hendak dilindungi dari pengetahuan rakyat. Apabila kita tuduh begitu Mahathir dan pimpinan yang ada sentiasa menafikan yang kerajaan tidak ada apa yang hendak diselindungkan.

Jika tidak ada apa yang hendak diselindungkan apa perlu takut dengan liputan diberikan kepada pihak pembangkang. Tetapi pimpinan BN akan berkata yang pembangkang akan membuat fitnah melalui media massa perdana itu. Jika benar pembangkang membuat fitnah bukankah itu baik untuk BN kerana pembangkang melakukan fitnah itu melalui media massa perdana yang ditonton oleh semua rakyat. Apa yang kerajaan takut sangat?

Saya tidak menjangka yang BN yang berkuasa sekarang ini akan memberikan kelonggaran ini, tetapi insyaallah kebenaran akan timbul juga akhirnya. Malahan sekarang rakyat nampak pembohongan BN dan pemimpin-pemimpin mereka melalui media massa perdana itu dan itu sahajalah tempat pembangkang untuk berpaut. Pembangkang tahu dan berkeyakinan yang media massa perdana itu ‘bias’, justeru apa pun yang dikatakan oleh mereka melalui media massa arus perdana itu sudah dianggap sebagai pembohongan oleh kebanyakan rakyat.

Kepada Dr Mahathir, beliau tidak perlu khuatir akan datangnya cara Arab Spring untuk mengambilalih kuasa dari BN itu. Itu tidak mungkin terjadi di sini kerana rakyat mahukan pengambilalihan kuasa itu melalui pilihanraya yang adil dan saksama.

Jika Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh, beliau sepatutnya mendesak supaya kerajaan menerima dan melaksanakan lapan tuntutan Bersih 3.0 yang lalu. Tetapi kita tahu mereka (BN) tidak akan memenuhi tuntutan-tuntutan itu. Sedangkan tanpa memenuhi tuntutan itu pun BN akan tewas apatah lagi jika mereka secara “gentleman’ memenuhi tuntutan itu.

Apa yang dikatakan oleh Mahathir itu benar, tetapi beliau jugalah yang tidak akan bersetuju untuk melaksanakan pilihanraya secara bersih kerana sudah terlalu biasa mendapat kuasa melalui cara yang tidak bersih.

BN menganggap jika mereka boleh mendapat kuasa melalui cara kotor, apa perlunya mendapatkan secara bersih? Yang pentingnya mendapatkan kuasa dengan cara apa pun seperti yang dijanjikan oleh Najib beberapa bulan dahulu.

Hanya kali ini rakyat diharap mampu menilai pihak mana yang lebih baik. Bak kata perpatah, ‘hanya mutu mengenal manikam’, bukannya ‘Muthu mengenal Maniam”.

66 comments:

Melayu Kena Sokmo said...

As Salam Tuan AA.
Orang yang tak kenal dan mempercayai kekuasaan tuhan dan ajaran para rasulnya sajalah yang akan sentiasa dirundung malang dan tidak mendapat hidayah serta rahmat Allah walaupun mempunyai harta dan wang berbilion (hasil dari titik peluh dan wang rompakan secara terhormat terhadap rakyat). Cubalah kita renungkan. jika insan seusia Tun Mahathir sekalipun masih mahu menjatuhkan dan memfitnah insan yang lain hanya kerana ingin menjaga harta dan kekayaan (hasil dari rompakan dari rakyat juga), bermakna mereka ini langsung tidak memahami apa itu Islam dan wujudnya syurga dan neraka. Dosa dan pahala bagi mereka ini sebenarnya tidak wujud, yang wujud hanyalah kesenangan dan kemewahan sementara yang tidak boleh dibawa ke dalam lubang kubur di kemudian hari. Lainlah pula situasi anak didik beliau yang sentiasa ada ada penasihat (lembu pendek bertelinga gajah) 24 jam mengiringinya untuk "berbelanja mewah" di luar negara. Nampak gayanya UMNO boleh berbangga sebelum parti itu menghembuskan nafas yang terakhir kerana mempunyai seorang PM terakhir yang akan dikenali sebagai "Bapa Pengumuman dan Penipuan", sebagai penutup layar perak politik UMNO dan BN.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan.

Kita tak perlu"Arab Spring" dilakukan di Malaysia. Yang kita minta "Spring Cleaning" dilakukan oleh SPR dalam melaksanakan tugas sebagai badan berkecuali mentadbirkan pilihanraya.

"Buruk sangatkah BN sekarang nie".
Mana tak buruk jika yang tinggal dlm umno busuk hingga ke perut dan menjadi parti menerajui kerajaan BN.

Jika program dilaksanakan;
Kroni diutamakan.
Kos berlipat ganda
Kerja "cincai"
Beban kpd rakyat sepanjang hayat.

Elakkan memilih pemimpin yang suka mendengar sanjungan kerana yang ingin disanjung akan lupa diri,
yang menyanjung mementingkan diri(cari makan mudah)
Pilihlah pemimpin yang mempunyai jatidiri dan baik pekerti.

Kita sekarang mempunyai pemimpin "seperti tikus membaiki labu"
Berubahlah semasa hari mengundi.....

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Tajuk yang begitu "CREATIVE ...!" Juga, kreatifnya doktor mamak yang tak boleh pakai tu sampai takut sangat jadi "Arab Spring" ...

Ya, saya bersetuju 100 % dengan apa yang saudara katakan; apa yang Mahathir dan BN ni nak gundah gulana sangat kalau mereka memang tak bersalah? Sebab itulah, sebagaimana yang sebenarnya sekalian manusia sedia maklum, hatta, doktor yang tak mau mengaku salah tu pun, fitrah semulajadi kita iala berani kerana benar, takut kerana salah. Jadi, untuk mengelak daripada terjadinya "Malaysian spring" pula, merekalah yang mesti gentlemen ... Tapi insha Allah, ini adalah perkara yang mustahil. Sebab itulah juga, sesuatu kemenangan dan kekuasaan itu akan benar-benar terjaga lagi dihargai bila ditujahi pahit masin, masam pedas, tawar lagi kelat ... Bukan sekadar manis aja yang menyebabkan akhirnya mengidap penyakit kencing manis tanpa disedari, kan?

Akhir kata, teruskanlah "creativity" ini; semoga penampilan artikel yang pelbagai gaya ini akan menarik lebih ramai pembaca, sekaligus saudara dan rakan-rakan pencinta kebenaran sekalian akan dikira antara yang berjihad walau hanya di alam maya. Oleh itu, jadilah kita mutu yang mengenal manikam ...

Terima kasih.

Quiet Despair said...

Heehee, Tuan AA, Tuan AA. Karipap tembam (LOL) berharga beribu ringgit. Adake? Kalau dah mahal tu tentu sedap. Tak pernah rasapun.
Dah lah tu ada peribahasa Mutu mengenal Manikam. Dalam buku peribahasa yang saya ada, Jauhari mengenal manikam. Kahkahkah.
Syukur Alhamdulilah pembangkang tak setuju dengan Arab Spring. It's ok for Egypt, Yemen, Algeria etc snce they are all of the Arab race.
We cannot afford to have it here because we have differing races. It will lead to racial riots and not change of leadership or demands of democracy.
The Bersih demo was an aperitif for Anu-War style of Malaysia spring but it was aborted. A botched job, thank goodness.
It was never about Bersih for a clean and fair elections. Anwar knows there's no cause for it really.
He won Permatang Pauh and opposition parties won four states. That Najib once nearly lost by a wafer-thin majority in Pekan.
Because of a lean GE you all are shouting victory for Pakatan soon.
There's no such thing as really fair propaganda for the opposition even in the USA, land of the free and the world's biggest democracy.
If you watched all the cable networks including NBC and CNN, NY Times, Wapo they are all for Obama and always trying to put down Romney.
Anyways, Rais has promised to give air time for opposition manifestos. That's good enough.
When Anwar was in the government, he wants only himself to be in the front page. Even Tun M is relegated to the inside pages.
So if Anwar becomes PM it will be all about him in the media.
Takkanlah you tak tahu since you were once in UMNO and much-much more knowledgeable on Anu-War's dictatorial ways.

Anonymous said...

saya cuba juga untuk berfikiran rasional dengan feedback yang saya baca di blog AA ini.Tetapi saya lihat kebanyakanya adalah sampah yang hanya seronok sendiri sahaja dan tidak praktikal dengan apa yang terjadi di bawah sana.

Apa PR boleh meneraju negara sekarang sekira di beri mandat ? saya rasa dengan berbagai kemelut yang belaku dalam PKR sekarang apa ini yang kita mahu.Apa masih mahukan Anuar sebagai PM.sudah sudahlah.Saya tidak nampak PR dapat menguasai kerajaan pusat kalau inilah yang saya lihat.Sorry bro PR masih kebudak budakan dengan rethorics dan mimpi.Tolong post komen saya yang mencabar ini.TK.

mamat taxi

Quiet Despair said...

Buruk sangat ke UMNO ni? A pertinent question.
Dari bayi ke orang tua, dari orang miskin ke orang kaya, dari petani ke pemandu teks, semua mendapat pembelaan.
If this is a definition of buruk and busuk, I don't know how cantik is the opposition.
Takkanlah tak buat apa-apa except empty promises tu cantik.

Anonymous said...

Rakyat malaysia tau madey seperti makhluk perosak..apabila org yg sepatutnya pencen dan lebih tumpu pada pengajian dan ibadah islam lebih gemar untuk berpolitik..

Itulah madey yg takut pada bayangan sendiri..hati dan jiwa madey tidak tenteram..terpaksa menyibukkan diri supaya tidak mengalami tekanan perasan (gila) akibat dari dosa dosa selama 22 tahun menjadi pm...

Apabila Allah berkehendak sesuatu berlaku..tidak ada sesiapa pon yg dpt menahannya..Insaf la bangsa melayu yg telah begitu lama di cucuk hidung oleh pemimpin ameno yg bnyk menyeleweng..

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Haji Subky Abdul Latif menulis bahawa DAP bukanlah parti yang bodoh sehingga menampilkan politik anti Islam dalam masyarakat yang ramai penduduknya beragama Islam

Anonymous said...

Ha ha ha..

QD...aok tau tak UMNO tak buruk..cume ada beberapa Orang dalam UMNO tu yang Buruk Ghupe, Buruk Perangai, Kaki Pede'oh,

Deme tu bukannya Ahli UMNO Biasa, tapi Haman-haman pemimpin UMNO..Aok QD kalo' bulih bisik ke telinge PM..buang ajeler deme yang ghupe buruk dalam UMNO tu ..termasukler mamak-mamak mo'nyor dalam UMNO tu ..ha ha ha..

Anonymous said...

Saudara AA,

Mamak Kutty says, "Umno is rotten to the core". Our country certainly needs a real scrubbing from head to toe.

Salam.

Anonymous said...

Tun M tanya buruk sangatkah BN sekarang dan jawapan saya adalah BN bukan buruk sangat tapi sangatx2 " BURUK ".

Anonymous said...

As Salam Aspan dan salam sejahtera bloggers;

Saya tetap akan tolak Umno Barisan Nasional kerana Umno telah banyak mendera rakyat Kelantan sejak tahun 1990.

Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India...bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu?

Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak pula menyekat royalti minyak kepada Sabah.

Hakikatnya, Melayu hanya akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja.

master said...

Sokong faekah hussein. She is doing a great job at state level.

Pemimpin gelojoh tak ke mana walaupun hebat berpolitik. Belajar dari najib razak.

Anonymous said...

Ya Ampuunnn!

Lagi lagi si tua kutty ini mahu bicara....Arab spring la, spring chickenlah. Kalau udah buat salah tentu ngak bisa tidur....

Wak masih ingat lagi, sebelumnya jatuh itu Hosni Mubarak, beliau baru saja memenangi pilihanraya Presiden dengan majoriti lebih 90 % undi popular, sedangkan rakyat majoriti membenci beliau. Menang tipulah namanya. Itu BN pun mahu menang cara tipu jugalah sebab itu ngak mahu bersihkan senarai pilihanraya.

Wak Karto

Anonymous said...

Pak Aspan,

Kenapa aku benci kepada Umno?

Sebab Umno adalah sebuah parti hipokrit, munafik dan apa sahaja bersangkut-paut dengan perkara negatif, itulah Umno. Sebuah parti yang hidup atas nama penipuan. Antara perkara paling mudah mereka menipu adalah nama parti mereka, UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO).

Jika benar mereka memperjuangkan Ketuanan Melayu dengan keris mencacak ke langit kenapa tidak diubah sahaja kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Mereka tidak pernah ikhlas mahu membantu Melayu. Jika nama sudah diInggeriskannya, bagaimana mereka ada semangat mahu membela Melayu. Melayu bagi mereka hanyalah slogan kosong. Melayu bagi mereka hanya sebuah bangsa yang mudah dibodohkan. Melayu bagi mereka hanyalah sebuah kaum untuk mendapat undi. Melayu bagi mereka hanyalah untuk mengekalkan kuasa.

Jika benarlah Umno mahu membela Melayu, dari dulu sepatutnya mereka mempertahankan agar kampung Melayu terutama di Pulau Pinang tidak dirobohkan. Tapi Umno yang seronok merobohkan kampung Melayu kerana dahaga, kebulur dan tamak haloba apabila memikirkan soal wang. Roboh kampung Melayu maka projek dapat dilaksanakan. Apabila projek dapat dilaksanakan, maka mereka atas nama Ketuanan Melayu menyebat projek di atas tanah orang Melayu.

Umno sememangnya mahu memperbodohkan orang Melayu. Bagi mereka biar orang Melayu jadi bodoh kerana ini sahaja yang dapat memenuhkan poket mereka. Jika Melayu sudah tahu hak mereka sudah dipermainkan, maka tamatlah riwayat Umno. Jadi moto politik Umno adalah "Bodohkan Melayu, Kayalah Aku". Jadi mereka mencipta retorik "Ohh, Cina mahu merampas Pulau Pinang", hasilnya orang Melayu cukup terpengaruh dengan slogan itu. Maka orang Melayu pun bergantung harap dengan Umno. Selama 55 tahun, orang Melayu bergantung harap namun secara perlahan-lahan mereka dipinggirkan.

Umno memang sengaja mahu orang Melayu bergantung harap dengan mereka. Jika orang Melayu sedar, orang yang menindas mereka selama hampir 55 tahun ini adalah Umno. Bukannya Lim Guan Eng, bukannya Karpal Singh, bukannya Ah Keong, bukannya Ah Siong, bukannya Ah Wa. TAPI UMNO!! Umno yang menindas mereka dengan berjaya. Namun apabila di dalam kaca tv, merekalah juara Melayu. Merekalah pejuang hak orang Melayu.

Aku jijik dengan Umno. Jijik kerana mereka suka menipu. Menipu pemikiran orang Melayu. Perkara inilah menyebabkan aku benci sangat pada Umno. Bencinya aku kepada Umno sebagaimana aku benci kepada Zionis Yahudi. Wajib kita mempunyai perasaan benci sebegitu. Kerana jika kita tidak benci begitu kepada Umno, selama-lamanya kita akan terus terpinggir. Selama-lamanya kita terus ditindas TANPA KITA SEDARI!! Jika kita hanya berserah pada takdir maka jangan marah pada Cina. Marah pada diri sendiri kerana kita yang tidak mahu membuang Umno ke Laut China Selatan.

AJ

Anonymous said...

Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian,

Umno lagi teruk dan lagi bangsat dari Zionis Yahudi. Zionis Yahudi menjaga bangsa mereka dan memastikan bangsa mereka terus maju dan selamat dari serangan berterusan dari pejuang Hamas.

Namun Melayu Umno yang beragama Islam sanggup menjahanamkan bangsa mereka sendiri hanya kerana wang dan untung. Rakyat sekarang umpama pejuang Hamas.

Rakyat terpaksa berjuang untuk kepentingan rakyat dan hak rakyat, namun dalam masa yang sama, rakyat juga dilanyak dan dihalau secara berterusan daripada Umno.

Umno meletakkan rakyat di rumah flat-flat buruk yang kemudahannya teramat teruk. Lif rosak, lampu ditangga yang tidak berjaga dan bermacam-macam hal lagi.

Cuba tanya pada diri sendiri. Kenapa harus rakyat secara berterusan dibodohkan secara tersusun oleh Umno? Kenapa rakyat harus diperbodohkan?

Inilah luahan seorang ibu di Kg. Berembang kepada anak-anaknya disebalik tangisan ketika rumahnya dirobohkan :

"Tengoklah, anak-anakku, jangan kau lupa peristiwa ini bila engkau dewasa kelak. Jika engkau membesar menjadi orang yang berjaya, ingatlah peristiwa ini. Inilah nasib orang-orang miskin macam kita… Buka matamu, ingat apa yang mereka lakukan kepada kita orang miskin, ingatlah sampai bila-bila."

Tolonglah jangan undi Umno lagi kerana jenayah Umno yang kejam iaitu jenayah memperbodohkan Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya termasuk pelbagai kaum.

Anonymous said...

Matlamat mereka yang masuk Umno ialah untuk mengumpulkan kekayaan dan pangkat bukannya untuk membela agama dan rakyat. Tengoklah semasa pemilihan Umno mereka sanggup menghabiskan wang sehingga jutaan ringgit untuk menang sehingga ramai yang disabitkan dengan rasuah.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Setahu saya kerajaan Kelantan tidak pernah meroboh tempat tinggal rakyatnya. Sungguhpun Kota Bahru telah membangun dengan pesatnya, rakyatnya tidak pernah dianiaya.

Stadium yang PAS bina sejak berpuluhan tahun lagi di Kelantan pun tidak dirobohkan. Malah kini kerajaan Kelantan tanpa duit royalti sudah ada dinar emas, membina lebuhraya rakyat dan kini dalam rancangan membina stadium yang lebih canggih dari stadium Bukit Jalil. Khabarnya kerajaan Kelantan bercadang membina lapangan terbang antarabangsa di Kelantan!

Anonymous said...

Salam sejahtera saudara Aspan dan pembaca sekalian,

Manusia yang cerdik adalah manusia yang mampu menilai dengan baik yang mana betul yang mana salah. Manusia yang bodoh adalah manusia yang hanya menyokong tanpa usul periksa.

Rakyat yang cerdik adalah rakyat yang tahu memilih kerajaan mana benar-benar membela rakyat. Rakyat yang bodoh adalah rakyat yang termakan dengan penipuan dan kenangan lama yang sudah lama hilang.

Kita harus memilih antara cerdik dan bodoh. Jika kita memilih menyokong sebuah kerajaan yang tahu membohong maka jangan salahkan esok bila generasi yang akan datang terus-menerus menyalahkan kita kerana tidak pernah sesekali kita menghukum kerajaan yang penipu ini.

Jika kita memilih dengan baik dan memilih sebuah kerajaan yang adil kepada semua rakyat, sudah pasti generasi akan datang akan hidup dengan terus gemilang dan berterima kasih kerana kita telah meletakkan satu penanda politik yang baik kepada mereka.

Umno adalah sebuah parti yang sudah lama menipu Melayu. Umno juga telah lama menipu Cina dan India melalui MCA dan MIC. Kita rakyat Malaysia sudah sekian lama dipaksa menerima cerita Cina akan rampas hak Melayu. Melayu akan bunuh semua orang Cina.

Hanya kerana untuk mempertahankan kuasa untuk mengayakan sanak-saudara, Umno, MIC dan MCA sanggup melihat rakyat bergaduh sesama sendiri. Tapi Barisan Nasional tidak rela melihat rakyat bersatu. Kerana Barisan Nasional tahu jika rakyat bersatu segala macam penipuan yang lebih teruk dari Zionis Yahudi itu akan terbongkar dan ditanam ke dalam tanah.

Umno menipu Melayu semata untuk memenuhkan poket mereka dengan wang dan membulatkan isteri mereka masing-masing.

Umno sanggup meroboh dan menjual tanah orang Melayu kepada pemaju tidak kiralah pemaju itu Cina atau India mahupun Melayu kerana ianya menjanjikan keuntungan yang tinggi.

Umno sanggup melihat orang Melayu bergaduh dengan Cina, India dan lain-lain semata kerana ingin mempertahankan kuasa kerana mahu mengekalkan kekayaan yang mereka miliki.

Umno lantang menentang Yahudi Zionis tapi mereka juga melantik syarikat APCO (yang merupakan penyokong kuat ZIONIS YAHUDI) yang mereka 1Malaysia. Bukankah penipu namanya?

Umno menjahanamkan Melayu dengan terus-menerus membiarkan Melayu hanyut dengan cerita dongeng mereka. Baik dari sejarah Melaka hinggalah mitos orang Cina akan rampas hak Melayu.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan....

Kalau setakat cakap "Umno boleh berubah"...."berubah atau rebah", tetapi perangai makin hari makin BEDEBAH.

Peluang PR memerintah beberapa negeri telah membuktikan bahawasenya PR adalah alternatif yang lebih baik untuk memerintah Malaysia berbanding Umno/BN.

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Dalam organisai penjenayah terancang Mafia,ketua kawasan (cawangan) dipilih oleh ahli2 yang kecil jumlahnya.

Kadang2 terlalu kecil dianggotai anak-beranak dan keluarga sendiri.

Pemilihan ketua Mafia adalah setahun sekali dan pembantu yang paling dipercayai akan mengambilalih jika ketua disabitkan kesalahan atau "dikeluarkan" oleh ketua daerah (bahagian).

Mafia akan mendekati pegawai2 pemerintah seperti hakim,ketua2 polis,pegawai majlis perbandaran dengan tujuan dirasuah bagi melindungi kegiatan haram mereka.

Orang ramai yang tidak mahu bekerjasama dengan Mafia akan diugut,diculuk,difitnah malahan dimalukan sebagai amaran kepada yang lain.

Sekarang, tukarkan perkataan Mafia kepada UMNO.

Voila!

Surrogate

Zaid said...

Pak Aspan,
Ramai benor yang marah sakan dengan AMNO ni. Yang benornya semua dah tahu penipuan AMNO ni. Jadi tak heranlah. Orang lain hutang kena bayor, tak bayor cukai pintu RM100, rumah kena sita. Tapi kroni AMNO hutang RM500juta - lupus kira. Aik? Ajaib bukan. "Ini bagus, ini namanya demokrasi terpimpin"..kata P Ramlee di dalam Tiga Abdul. Marilah sama-sama kita menziarahi tubuh AMNO yang sedang nazak ini agar menjadi pengajaran anak bangsa Melayu kita..jangan ada lagi parti macam AMNO ni..sampei bile-bile\

Anonymous said...

Pandai Mamat Taxi ni buat lawak. Kira cakap terbalik la tu antara BN dengan PR.

Anonymous said...

Saya berpendapat berbeza pulak.Dari negeri yang di perintah PR tidak apa yang voleh dibanggakan.Kelantan dibawah negeri termiskn kerana telalu taksub dengan Nik Aziz.Kedah tidak ada perubahan malah bertambah lemah.Penang sibuk dengan DAP yanf kurang beri perhatian pada kaum Mekayu.Selangor tak havis havis debgan masaalah dalaman PKR Khalid dan Azmin.Masaalah ayer kotor dan sampah yang tidak tersusun saperti dulu.Apa ini yang hendak di banggakan ?
Saya rasa hanya Kelantan dan Penang saje yang PR boleh retain.Selangor dan Kedah jangan haraplah lagi.Inilah sebab maka sayatidak akan undi PR.Kami pemandu teksi tetap di pemabdu teksi berterima kasih pada kerajaan UMNO/BN kerana bantuan tayar dan akan memberi pernit teksi individu pada kami.Apa yang PR boleh bantu kami ? Bersih 3 ? sudah sudahlah..

mamat teksi

Anonymous said...

Hanya org yang cerdik bersih kenal QD temberang sini sana hahaha. Anyway baguslah, dah balik, bolehlah borak2, ingat dah kena denggi / contagious flu pasal smoke gets into your eyes, but only into our lungs Ahem Ahem, but our eagle eye vision and mind tetap sharp !

Anonymous said...

Pak Aspan,

Setev Shaariibuu beritahu bahawa visa anak perempuannya ke Perancis, dikeluarkan di Kuala Lumpur di bawah nama Amina Abdullah

Anonymous said...

Mamat teksi baru dapat duit dari Najis,dia dengan QD termasuk dalam gulongan PARIAH dan Haramjadah,bawa teksi tipu sana sini,hai mamat mamat teksi...ini semua tak sekolah punya mamat atau anak murid najis atau pariah dari mamak kutty dari karala.

Anonymous said...

Yang lawaknya UMO tak pernah rebah malah berubah kepada yang lebih baik dengan berbagai transformasi.Dari 12 pilihanraya yang telah lepas tak pernah pulak dengar UMNO rebah.Kelakarlah kamu semua .Semua kerusi Felda Akan ditangan UMNO.Di Johor,Melaka,Nogori,Pahang, Perak dan Selangor(All thanks to the stupid PKR power struggle) and of course Kedah will fall to BN.Tak percaya Tanya Anu-war .

Bacalah blog lain sama bro semua.Che Det umpamanya.Barulah anda lihat berapa Sayang ya RAKYAT pada Tun.Tak begitu.?

Anonymous said...

Pak Aspan,

Akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai demokrat palsu

Anonymous said...

Kelantan tidak layak walau satu sen pun royalti minyak sekira kita faham PETROLEUM DEVELOPMENT ACT 1974 dimana minyak yang diluar daripada 10km bukan hak kerajaan negeri.Atas dasar bantuan kerajaan pusat maka wang ikhsan di luluskan.Kalau tak faham tanya PETRONAS.Ia tidak ada kena mengena dengan politik.Banysk betul penyokong PR yang maxam kaldai dan baghal di dini.

Ex Petronas

Anonymous said...

Tuan AA,

KERAJAAN CARA UMNO :

- Demokrasi,pilihanraya,undang-undang dan penyelewengan cara umno telah menaikkan kemajuan bangsa melayu ketahap hanya pada slogan 'hidup melayu' sahaja.Ringkasnya 'Hidup slogan, melayu yang mati'(pinjam-Hidup segan, mati tak mahu)

UMNO UNTUK MAMAK :

- Mamak kutty tahu selama 22 tahun jadi diktaktor, akhirnya parti umno hanya sesuai untuk perjuangan mamak sahaja.

ARAB SPRING vs. TABIK SPRING

- Arab spring memang tidak diperlukan di Malaysia, tapi yang sangat diperlukan Mamak kutty dan umnonya ialah 'TABIK SPRING' kerana telah berjaya martabatkan penyelewengan mereka ketahap yang sangat tinggi dan dikenali sebagai 'JENAYAH POLITIK'.



salam A.B.U

-scorpeneterbang-

Anonymous said...

Tuan AA,

MAMAK MUDAH LUPA :

Mamak kutty memang dijangkiti penyakit mudah lupa yang kronik apabila dia bertanya 'buruk sangatkah BN sekarang ini ?'.Dia lupa bahawa segala yang baik datang dari allah swt,dan yang buruk datang dari manusia,inikan hanya sebuah parti umno bn yang dikuasai manusia.


salam

-scorpeneterbang-

Anonymous said...

saya tak dapat bantuan tayar, jadinya boleh lah saya tak undi BN.
Jangan naikkan tambang teksi ye En. Mamat. Budi bahasa dan perkhidmatan kenalah up-grade bila dah dapat permit sendiri.
Siapa menang PRU13 tak lah mustahak sangat, En. Mamat yang mesti senyum selalu.

Tumpang lalu Pak Aspan...
Orang Miskin Mersing

Anonymous said...

Hi mamat teksi, air kotor adalah tanggungjawab kawan baik UMNO,, SYABAS. Masalah sampah, kerajaan Selangor mula meningkat servisnya, tanpa menambah beban kepada rakyat dengan tidak menswastakan kutipan sampah. Jalan ikhlas nak beri bantuan, tidak perlu buat pusingan besar, tak payah kasi voucher, IRB terus boleh beri rebat kepada semua pembayar cukai pendapatan rendah, bukan hanya pemandu teksi. Dan akhir sekali, PM kita selalu tak dapat tepati janji apabila berdepan dengan kroni UMNO, so jangan taroh banyak sangat harapan.

SAB

nahraf said...

To Mamat Teksi,

Ikut statistik terkini, Sabah adalah Negeri termiskin di Malaysia, kalau nak membohong tu coverlah sikit,

"Prestasi Kedah sangat memuaskan" diakui juruaudit Negara, ada ke juruaudit negara kata negeri yang BN pegang tu memuaskan? cuba reserch sikit tentang kewangan Negeri Sembilan dan Pahang betapa teruknya keadaan kewangan mereka.

Sekarang orang berdebat dengan angka dan fakta bukannya membohong.

Anonymous said...

Hoi Ex-Petronas

Awak ni cakap macam anak haramjadah ajelah,kalau Tg Razali yang Tanda tangan perjanjian kata Kelantan dapat,awak ni siapa? awak ni pariah dalam Petronas dahulu mana tahu, habis minyak yang di gerudi dekat Teranggganu tu 10km ke jarak nya bodoh....ini lah Mamak Kutty pariah dari Karala punya anak murid "United Mamak National Organization' you are UMNO scumbage...

Anonymous said...

Dear Ex Petronas
26 June 2012 20:25:00 GMT+08:00

Under the Petroleum Development Act 1974, it says:

An Act to provide for exploration and exploitation of petroleum whether onshore or offshore by a Corporation in which will be vested the entire ownership in and the exclusive rights, powers, liberties and privileges in respect of the said petroleum, and to control the carrying on of downstream activities and development relating to petroleum and its products; to provide for the establishment of a Corporation under the Companies Act 1965 or under the law relating to the incorporation of companies and for the powers of that Corporation; and to provide for matters connected therewith or incidental thereto.

For this purpose, a national petroleum company was set up called Petroleum Nasional Berhad or Petronas for short. And, in return, the states would be paid a percentage of the petroleum revenue as laid out in Section 4 of the Petroleum Development Act, which says:

In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.

In 1976, an agreement was signed between Petronas and ALL the states in Malaysia. The man who drew up this Agreement was Tun Salleh Abas, the then Solicitor-General. In this agreement it states that any and all states where petroleum is found they would be paid 5% of the revenue and that this revenue is to be called ROYALTY.

Clearly, the Malaysian government does not honour any of its agreements. And is it any wonder that foreign investors refuse to sign agreements in Malaysia or be subjected to the jurisdiction of the Malaysian courts?

Most foreign investors want their agreements signed in Singapore so that they can be subjected to the Singapore courts or opt for international arbitration.

Umno may think it is just politics and that they violate all these agreements in an effort to bring down the opposition state governments. But the foreigners are watching and this does not build the confidence of the foreign investors.

Malaysians must understand that it is a legal duty of the federal government to pay the states the money due to them as laid down in the Acts of Parliament and the various agreements signed since 1957.

What the federal government is doing is unconstitutional and a violation of all these agreements.

Anonymous said...

Siapa ex petronas yg bodoh sgt ni? Tak tau ke pelantar minyak di terengganu pun takde yg kurang 10km dari darat. Sbb itu pekerja petronas naik helikopter bkn naik tongkang. So, pasal apa terengganu dpt royalti tp kelantan tidak?

Anonymous said...

Tuan mamat teksi, Sudah brp kali kerajaan BN bagi tayar free kpd kamu yg excited sgt ni? You are cheap! Skrg baru nk bagi permit individu? Slps rasa nak kalah? Slps kunan & azalina perah tenaga & duit korg semua? Itu pun u sronok lagi? Dh tu ada dia nk kensel permit nazri & the gang lps ni? Dh berlambak taxi nnt siapa yg nk naik? Again, u r cheap.

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Sampai sekarang UMNO tidak boleh dipercayai. Jahatnya UMNO tak habis-habis.

UMNO tidak pernah berubah semenjak dari dulu lagi. Mengikut slogan UMNO, dari dulu hingga kini dan selama-lamanya UMNO tidak boleh dipercayai.

HAR

Anonymous said...

Mamat Teksi,

Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?

Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharapkan, bolehkah Umno menjaga Islam yang lebih besar?

Betulkah Umno menghormati Raja-Raja Melayu? Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993?

Zahid Hamidi sendiri pun pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik pula suruh rakyat berbahasa dengan Raja dengan “saya” untuk ganti perkataan “patik”.

Quiet Despair said...

Salam Orang Miskin Mersing

Nama Berita (cakap orang Sarawak apa khabar). Lama tak dengar cerita.Terubat rindu anda muncul di sini.
Guess you dah tak miskinlah. Sebab tu you tak dapat BR1M. Ruginya tak dapat RM500, jika saudara layak. Itu namanya sombong bodoh.
Atau anda dapat dan senyap je belanja duit tu? Hahaha.
Memanglah anda tak dapat free tires, sebab anda bukan taxi driver.
Ramainya yang mengutuk saya dan pemandu teksi. Anon 19.53 menharam-jadahkan dan mempariah kami. Amin.
Kami cuma tahu mengenang jasa dan berbudi kepada yang memberi. Tak salahkan?
If you duduk kat Selangor macam saya barulah you tahu seksanya hidup.
Kononnya saya duduk di high end gated community tapi rasa macam duduk slum. Baik duduk kat sting garden kat KL. Huhu.
Takpe. Lepas GE saya tukar address back to KL if Keadilan memerintah di Selangor lagi.

Ibni Ismail said...

Tuan aspan,

Sememangnya perubahan di malaysia tidak memerlukan demontrasi. Sistem pilihanraya kita sudah cukup elok. Kami di Johor Bahru telah buktikan bahawa kerajaan Tun M pun gagal menahan kemenangan Tan Sri Shahrir Samad. Yang penting adalah memenagi hati majoriti rakyat.

Anonymous said...

Hoi QD who cares awak duduk dimana pun and also goes to that cheap punk mamat teksi it does not bothers us at all,baru dapat duit tayar dah nak cakap dah nak mengenang budi yang betina Mamak yang songlap RM250juta tu apa dia duit siapa,macam mamat teksi tu dah lah tak bayar cukai cakap banyak pula.
Duduk Kl duduk kat dataran merdeka lah dengan mamat teksi tu

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, mencelah untuk kali ke ... Namun, saya teruja benar untuk menjawab antara persoalan yang dikemukakan antara pengulas kita, Saudara QB dan Saudara Mamat Taxi, meskipun keduanya akan marah dengan jawapan ini.

Pertama, daripada Saudara QB nak sibuk "comment" tentang kesalahan pepatah yang tak seberapa tu, baik saudara renungkan kembali akan, maaf, kalau tak melampau untuk saya sebutkan, "ketaksuban" menyokong sesuatu puak atau regim. Adakah dengan itu, saudara dengan semberono beranggapan UBN ini boleh kekal sehingga qiamat? Juga, adakah berdosa sehingga murtad jika pemerintah yang zalim ditukar ganti? Berdosa atau murtadkah sekiranya kita memberikan peluang orang lain pula untuk menduduki takhta Putrajaya itu? Pernahkah saudara melihat sendiri akan penderitaan sebahagian besar rakyat jelata, sama ada pekerja sendiri, OKU, malah, para asatizah kita yang digam, dipenjara, malah sanggup dibunuh hanya menegurkan perkara yang salah lagi mungkar? Akhirnya, kalau benar DSAI tu tak layak jadi alternatif, sila kemukakan alternatif dari pihak UBN sendiri; kalau tak, jangan banyak cakap, terima sahaja ketentuan dan taqdir-Nya ni, K?

Kedua, kepada Saudara Mamat Taxi, sekali lagi, maaf atas komentar ini. Saya berpandangan daripada saudara melihat situasi percaturan dan pertelagahan ahli-ahli PR khasnya Keadilan, baik saudara renung sehabis dalam dengan penglihatan yang Allah kurniakan kepada saudara ini akan ketercemaran imej Malaysia sepanjang Mahathir-Najib yang bodoh sombong ini. Kalau tak bersalah, kenapa takut nak naik mahkamah Perancis untuk memperjelas isu pembelian kapal selam Scorteen? Kenapa demi kekuasaan, seorang gadis hancur diletupkan? Kenapa tarikh PRU masih kabur tak ketahuan hingga siapa nak merancang nak ke mana, nak buat apa, habis kalut? Adakah demi mengaut untung lebih, amanah Allahyarham bapa sendiri sengaja dikhianati dengan penyenaraian FGVH di borsa saham, bagaikan memperjudi nasib para peneroka? Tak tahukah susah-payah rakyat hingga bila nak PRU, baru nak tabur syiling dan kertas berlogo Ringgit Malaysia? Mahathir, kalau tak salah, kenapa takut dan pengecut benar menghadapi kemungkinan pembangkang menang nanti, walhal dialah yang sibuk bukan main kata UMNO dah ... Tak payahlah nak tulis ulasannya yang lanjut, kan? Akhirnya, tidakkah saudara melihat sendiri penyertaan pelbagai golongan daripada pelbagai latarbelakang kehidupan dalam jemaah PR, atau saudara hanya mendengar dan melihat sebelah?

Rasanya, cukuplah setakat ini dahulu. Apapun, saya ingin pertegaskan benar-benar, persoalan-persoalan yang saya kemukakan ini tiada niat sama sekali untuk menjatuhkan kredibiliti mana-mana rakan-rakan pengunjung. Cuma, saya benar-benar menginginkan agar kita sekalian, khasnya saya sendiri, biarlah berhujjah dengan iman, ilmu dan hikmah, kerana sedarilah, kita akan bersama dengan jemaah yang kita sokong itu silap-silap gaya hingga ke sana. Dalam hal ini, saya yakin, ada kedapatan rakan pengunjung kita yang lebih berilmu membicarakan apa yang saya katakan tadi. Menutup bicara, jutaan ampun maaf di atas apa juga keterlanjuran dan ketidakwajaran, dan kiranya benar-benar tak elok dan tak sesuai, bolehlah dipadam agar kehebatan pentas perbincangan ini akan sentiasa terpelihara, insha Allah.

Terima kasih.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Sekali lagi, maaf, sekadar menjawab pendek komentar Saudara Mamat Taxi. Saya fikir, daripada saudara sibukkan aib orang lain, perhati dan periksa baik-baik, adakah aurat saudara yang telah terlondeh dengan menyokong para pemberi tayar di saat genting, bukan mempermudah permit teksi individu? Terus-terang saya benci dengan sikap saudara yang sebegini; kalau begitu, Islam apakah yang saudara nak tonjolkan kepada rakan-rakan non-Muslim dan golongan muallaf yang menumpang teksi saudara? Kalau begitulah gayanya, saya benar-benar bersyukur, alhamdulillah, saya buta mata aja, masih mampu mendengar, merasa dan berfikir. Marah? Silakanlah ... Nanti kena jual, K?

Terima kasih.

Anonymous said...

Bercerita pasal fakta sebenarnya Kerajaan Kelantan tak mampu pun membina mesjid bagi penduduk Islam negeri itu.Tidak kurang 20 mesjid telah dibina kerajaan pusat vagi Kelantan .PAS hsnya berjaya bina satu mesjid saje selama memerintah 20 tahun.Rakyatnya merempat kemerata negeri lain berniaga kerana peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi memajukan Kelantan takde.
Jasteru PAS terus tidak releven untuk orang melayu.Maka PAS yabg konon melaungkan Islam mendapat kerusi yang terkecil pada pilihanraya lepas .Tanya ulamak Mat Sabun.
PKR langsong tak boleh pakai lagi.Tak percaya kita tengok kerudi PKR meredum ke 50%.Tiada siapa lagi mempercayai Anuar dengan rasuah 3 billionnya menipu Rakyat.
ABAI!!!! PR ? entahlah...biarlah nereka terus jadi pembangkang.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Nak lari tajuk ni. Berkaitan tema sambutan hari kemerdekaan tahun ni yang terang terangan satu promosi politik. Amat dikesali kerana pemerintah gagal menghormati perasaan rakyat yang tidak mengundi mereka. Apa agaknya yg difikrkan oleh menteri yg bertanggungjawab ini. Difahamkan menteri ini pernah/masih menjadi kawan karib tuan. Harap2 tak perlu lah orang negeri memilih dia ni lagi.

Unknown said...

Assalamu'laikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf, sekali lagi, mencelah. Sekadar peringatan bersama, khasnya kepada Saudara QB dan Saudara Mamat Taxi, daripada insan yang masih sedang mengaji ini.

Boleh saya tanya kalian berdua, kepada siapakah syukur dan terima kasih itu paling utama diberikan? Adakah dengan ramainya sahabat-sahabat kita yang menentang pandangan kalian dikira bodoh sombong? Adakah mentang-mentang dengan kebebasan bercakap dalam blog, kita boleh bercakap semberono tanpa ambil peduli soal pengabdian kita kepada-Nya (hukum-hakam agama yang termaktub dalam Al-Quran dan hadith)? Tidakkah kalian sebagai anak Melayu tahu pepatah "Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang"? Adakah kalian sanggup berkelahi dengan para pemimpin regim yang kalian sokong ni nanti di Mahsyar dan neraka, yang mana ketika itu, masing-masing akan saling dakwa-dakwi sesama sendiri untuk melepaskan diri? Akhirnya, sekali lagi, pertanyaan tegas saya, salahkah orang lain pula diberi peluang memerintah, atau kalian inginkan UBN yang kini sedang berkrisis kekal hingga qiamat, sekaligus kalian benar-benar menyaksikan merekalah yang lebih segalanya?

Untuk itu, saya sekali lagi berpandangan, janganlah mentang-mentang dunia IT bagaikan tanpa sempadan ni, kita pun boleh melangkaui sesukanya had dan sempadan berkata-kata berpandukan kehendak nafsu rakus untuk bercakap semberono demi taksub dan sayang teramat kepada yang memberi kita habuan. Tentu sekali kalian lebih maklum daripada saya akan kesedihan Rasulullah SAW menghadapi pemergian bapa saudaranya yang begitu kuat menyokong dakwah Baginda dalam keadaan masih tidak islam, kan? Kalau tak tahu, beleklah kitab sirah Nabi di perpustakaan atau kedai buku daripada diperalat lagi diperhamba para penentang Allah dan Rasul-Nya, meskipun daripada kalangan ahli keluarga sendiri.

Terima kasih dan selamat berjuang.

Anonymous said...

Kalo menghadiri mesyuarat bahagian ameno..sidikit sebanyak akan di ckp pemimpin bahagian akan bahayanya DAP,bangsa cina,india yg dianggap pendatang yg cuba menguasai malaysia..

Tapi dlm masa yg sama skrg ne najib dgn 1 malaysia dan menegaskan kaum cina bukan pendatang..siapa yg najib cuba perbodohkan atau cuba bodohkan diri najib sendiri..

Pemimpin tertinggi ameno sendiri tidak percaya dgn bangsa melayu sendiri..psl tu sedang giat untuk memberi ic kepada pendatang asing supaya boleh pengundi...

Pemimpin ameno mengingatkan bangsa melayu saingan dan ancaman dri bangsa cina dan india..tp membawa masuk kelompok indon,bangla,myanmar dlm kominiti melayu..sehingga anak muda melayu sendiri enggan berkerja kerana terpaksa menurut perintah bangla yg menjadi supervisor dlm industri perkhidmatan dan pengkilangan..

Sape yg cuba untuk memperlekehkan melayu kalo bukan asasnya di bina oleh pemimpin ameno..

Bangsa melayu telah nampak lama akan kebanggangan pemimpin ameno..cuba sekarang dlm tahun 2012 adalah kemuncaknya...

Dlm politik malaysia,bangsa cina samada kekiri,kekanan,kedepan.kebelakang akan menguntungkan walaupon perdana menteri bukan dikalangan mereka..kerana pemimpin cina berkerja untuk bangsa mereka..bukan seperti pemimpin ameno yg selagi boleh inggin membolot kekayaan negara selama 7 keturunan..jika muntah..muntah pon akan ditelan semula..

Masalah bangsa melayu BERPUNCA..adalah dari madey..yg pada asalnya berazam memusnahkan bangsa melayu..bangsa melayu telah nampak sekarang..dialah mempunyai musuh paling ramai diantara pemimpin melayu yg lain termasuk dgn raja raja melayu..

Sesuailah..umno skrg dikenali sebagai ``united mamak nasional organization``...jika kekuasaan bee end tidak ditamatkan dlm pru akan dtg..golongan mamak akan mengambil alih serta akan didokongi oleh ahli ahli bangla..yg akan mengambilalih peranan bangsa melayu..

Wawasan 2020 madey..iaitu mengangkat mukhriz sebagai pm akan memjadi kenyataan..dan bermulala legasi mamak di malaysia..peranan sesuatu kaum yg lupa nikmat Allah akan diganti oleh kaum lain..

Bangkit la bangsa melayu sebelum terlambat..lupekan pemimpin melayu dlm ameno..kerana mereka ibarat telah terkena nasi kangkang madey..ahli majlis tertinggi ameno..skrg berperanan seperti untuk membuncitkan perut masing masing..

Berilah peluang pada pemimpin melayu dlm PAS,PKR dan DAP...untuk mentadbir negara dgn lebih baik lagi...

AK 47..

Anonymous said...

Hairan juga bila mamat teksi beri pandangan berbeza pencacai2 PAS dan PKR sini terasa tergugat dan kononnya semua orang berfikiran sama.Walaupun saya pemandu teksi saya sangat happy dengan rezeki yang kerajaan UNNO/ BN beri pada kami.Tiga dari anak saya berjaya bekajar ke universiti dengan wang PTPTN mengikuti kursus Engineering dan accountancy.Isreri saya berrniaga kedai makan dan kami habya tinggal di Kg Kerinci.Bezanya sebagai orang lama saya lebih mengetahui politik dari dulu lagi dan saya tetap bersama UMNO dan tidak PAS yang nenjanjikan syurga dan PKR yang memecah belahkan orang melayu.22 tahun Mahathir menerintah jita dapat keamanan dan kemakmuran.Sekarang pakatan haramjadah ini merosakkan negara.
Anda mahukan keaadilan tspi PR tidak adil macam mana pun.Sudah sudahlah jangan ghairah nak menang pilihanraya .Kami pemandu teksi tahu rata rata bencikan PR yang membuat kacau bilau dan memburukan nama negara.Sampai bila pun srlagi PR berperangai buruk rakyat tetsp nebolak mereka.Nak tahu tunggu PR 13 ya.!!

Anonymous said...

Kenapa najib beriya iya membantu pemandu teksi??? Mgkin pemandu teksi akan digunakan sebagai pemandu pengundi hantu?? adakah membawa penhindi hantu dg bas tidak selamat?? Senang kantai...lawak najib skrg..

Anonymous said...

Masalah yg menimpa malaysia juga disebabkn pegawai kanan kerajaan seperti ketua jabatan,pegawai darah yg tamak..yg bersekongkol dgm pemimpin been end yg korup..

Anonymous said...

sebagai orang lama mamat teksi tidak mudah marah dengan pandangan yang berbeza.Apa yang saya marah fitnah yang terlalu banyak ditabur disini umpamanya dalam case Altantuya bukankah case ini telah didengar dan keputusan telahpun dibuat.Najib tidak ada kaitan.

Ada satu Anonn bodoh dan sombong mengatakan Najib menghianati bapanya kerana FGVH.Apa bodohkah orang2 PNB,Tabong Haji,KWSP dan LTAT dan negeri negeri yang bersekutu dengannya melaburkan wang rakyat tanpa memikirkan risikonya ?

Kenapa kita takutkan BN terus meneraju negara ? Bukankah itu kehendak rakyat silent majoriti yang akan terus mahukan BN memerintah.Bukankah saya dah cakap bila masanya UMNO/BN pernah rebah?.Kalau PAS sendiri setuju Anu-war di siasat baguslah.Mudah Najib di terima ,tak begitu.?

Tentang tarikh pilihanraya ,itu hak mutlak Najib menentukan tarikh tambah pulak Negeri bawah PR tak nak bubar dewan mereka kerana tak puas memegang kuasa.Isunya boleh kah mereka menang lagi sedangkan UMNO/BN mahukan bukan setakat menang tapi menang dengan majoriti 2/3 pulak.

Jangan memperkecilkan saya pemandu teksi ya.Saya tidaklah bodoh macam kalian yang ada di sini.Apa UMNO tu kafir ke dan tak tahu tentang Islam. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak di duga.Jangan marah ya !!sekadar merancakan blog cik Aspan kita saja.Terima kasih wareh!! Den bawak teksi cari rozoki lebih sikit ajo..


mamat teksi

Anonymous said...

Wahai pemandu teksi dari Kerinchi,

Kenapa anda tidak hairan bila Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja?

Bagaimana anda boleh happy memandu teksi sementara anak Shahrizat lagi happy boleh pandu Mercedes CLS?

Apakah tiada perkataan yang lebih molek boleh dipelajari oleh seorang pemandu teksi selain dari perkataan yang mula dikeluarkan oleh Pemimpin Umno?

Kalau Mahathir betul memerintah dengan aman dan makmur, sejak bila Melayu berpecah belah dan berbalah sesama sendiri?

Bagaimana PR boleh merosakkan negara? Lapuran audit kata negeri pimpinan PR adalah yang terbaik.

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Mamat teksi dan ex-petronas adalah cybertrooper UMNO.

Jangan dilayan.

Mereka baru dapat elaun..tu yang meracau tak keruan..

Surrogate

Anonymous said...

Anon 12:27

Awak samseng UMNO dari kg Kerinchi boleh cakap lah,anak masuk universiti nak hairan ape sekarang semua nya beres ditaja olih UMNOgok
menuntut di universiti sekarang macam pergi tadika aje,ada duit masuklah universiti tetapi bila keluar universiti jadi HAMPEH masyarakat.rata2 pemandu teksi penipu,ada meter tak nak pakai,kene beli lah awak olih Najis razak Bapak rasuah negara termasuklah awak sendiri,sembelih penumpang,pemandu teksi ni kata Boss awak adalah HAMBA zaman moden ingat2 lah sedikit jangan bangga dengan bawa teksi tu.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Tiada orang Melayu mati di Kelantan bila UMNO kalah. Tidak ada orang Melayu yang sengsara bila UMNO tewas di Pulau Pinang, bahkan orang Melayu lebih sengsara di bawah pemerintahan UMNO dan geng jahat nya Gerakan di Pulau Pinang dahulu. Islam tidak pun hancur ketika PAS memerintah Kelantan dan Kedah.

Anonymous said...

Kelakar aku tengok orang pembangkang yang marah pada mamat teksi dan QD sekurangnya mereka berani masok beri pandangan Itu namanya kebebasan bersuara and make Aspan blog colourful.Aku tetap dengan UMNO kerana macai anti kerajaan ni bahasa ada kurang sedap didengar.What do you expect from loosers .They continue badmouthing and blaming anything Government even the authorities lke the police.PR will be doomed if they continue not behaving in a civilised manner.The ultimate winner will be BN of course.

BURMA

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf sekali lagi; sekadar menjawab komentar Saudara Mamat Taxi.

Pertama, sedarkah saudara, dengan memperkecil hukum Allah dan menghina sunnah Nabi, umpamanya mentafsirkan sunnah mencukur janggut, boleh menyebabkan murtad?

Kedua, redhakah saudara berpemimpinkan jemaah/regim yang rata-rata rakyat kini tolak atas faktor-faktor kesengsaraan dan pelbagai penyelewengan yang kini makin jelas terpampang tapi cuba disembunyikan media dan agensi pro mereka?

Ketiga, bagaimana saya tak kata anak sudah khianat amanah Allahyarham bapanya bila nasib peneroka boleh diperjudikan di pasaran saham dan dengan semberono menuturkan kata-kata kasar terhadap para pejuang hak peneroka ini? Masih redhakah saudara berpemimpinkan seorang ketua negara yang kata-katanya juga jijik didengar?

Keempat, siapakah sebenarnya yang saudara yakini; Allah atau Najib? Adakah dengan sekadar menerima komisen yang belum seberapa itu, saudara izinkan hanya seorang sahaja untuk menentukan tarikh PRU sebagaimana kata-kata saudara ini? Fahamkah saudara akan konsep negara demokrasi dan negara berparlimen?

Akhirnya, sekali lagi, saya mohon jutaan ampun maaf kepada saudara khasnya, dan sekali lagi saya pertegaskan, bukan niat saya untuk memperkecil atau merendahkan kredibiliti hujjah-hujjah saudara. Namun begitu, terpulanglah; saya sekadar berkongsi pandangan, agar, sekali lagi, kita tidak akan saling dakwa-dakwi di akhirat nanti. Soal siapa janjikan apa, tunggu dan lihatlah nanti, bila pembangkang sekarang ini menang; kalau masa itu mereka mungkir janji, eloklah kita juga menegur mereka, bukan macam sekarang; belum apa-apa, dah "mispercept" hanya kerana memperoleh maklumat daripada sumber terhad. Ini bukan bermakna saya tahu semua; malah saya juga masih perlu mengaji lebih banyak, dan saudara juga berhak menegur salah silap saya; cuma, biarlah bersopan sebagaimana budaya Melayu dan timur. Cuma bezanya, kepada mereka yang terang-terangan menentang Allah dan Rasul, bila dah dinasihati berulang kali tak mau dengar juga, bolehlah dihebahkan kemungkaran mereka ini untuk pengajaran dan iktibar, kan, sebagaimana pendedahan Allah SWT terhadap perangai buruk Abu Lahab, bapa saudara Rasulullah sendiri ... OK-lah, apapun, sekali lagi, saya mohon ampun maaf andainya tersinggung. Cuma, terpulanglah kepada saudara untuk menilai yang mana permata dan yang mana kaca.

Terima kasih.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Benar kata Anon 15:17 tidak ada Melayu mati pun dan Kedah Kelantan Islam masih utuh disemua negeri PR dan BN.Apa isunya ?.Lawak lah awak ni .Takkan lah isu politik melayu dan Islam mati.Guna akal sikit bro.Relaklah.

Anonymous said...

Orang berbudi, kita berbshasa.
Orang mrngkeji, kita terasa.

Apa keji kah semua pemandu teksi ? .Maka saya di tuduh samseng, pembawa teksi penipu dan betmacam macam lagi.Anda percaya pada ketentuan Allah bagitu juga saya.Kslau andakalian berfikir pemandu teksi ini profession yang kotor dsn menjijikan anda salah.Pasti kami berusha mencari rezeki halal bagi keluarga kami.Apa hina sangat ke Kg Kerinchi ? Anda boleh lihat taxi kami di merata mesjid di Kuala Lumpur apabila sampai waktu salat.Apakah kami tidak bijak mengenal jauhari dan maknikam.Apabila anda punyai tanggungan sebagai bapa dan punyai cucu anda mungkin dapat menghayati kesungguhan kami mencari rezeki siang dan malam.yang pasti isnya rezeki halal.Lihat sendiri tulisan biadab yang anda tulis untuk saya .

JAUH PERJALANAN BANYAK PANDANGAN
LAMA HIDUP BANYAK DIRASA.!!??

mamat teksi

Anonymous said...

Mamat teksi,

- Untuk makluman mamat( @ mamak ?) pada pandangan kebanyakan rakyat, Teksi ini sangat sinonim dengan bisnes cara 'alibaba' dan semua sudah tahu bukan senang hendak mendapatkan permit dan kebanyakan permit telah dibolot oleh puak umno.

salam

-scorpeneterbang-

Anonymous said...

Saudara Unknown,
Anda berbicara saolah anda saorang ustaz bertauliah.Anda terlalu selective memberi pandangan pada mamat teksi dan QD sedangkan yang pro pembangkang yang menggunakan kata kata kasar anda berdiam saperti tikus dan cacian itu boleh anda terima.Apa anda tidak lihat fitnah itu semua.Sekadar satu teguran sahaja ustaz.Maaf.

Anonymous said...

Boss Mamat teksi,

Unknown dah mohon maaf, " Akhirnya, sekali lagi, saya mohon jutaan ampun maaf kepada saudara khasnya, dan sekali lagi saya pertegaskan, bukan niat saya untuk memperkecil atau merendahkan kredibiliti hujjah-hujjah saudara. "

Mamat teksi :

Apabila anda punyai tanggungan sebagai bapa dan punyai cucu anda mungkin dapat menghayati kesungguhan kami mencari rezeki siang dan malam. Yang pasti isnya rezeki halal.

Boss Mamat teksi, Unknown dah mohon jutaan maaf. Boss dah jauh perjalanan, banyak pandangan, banyak diharungi, maafkan nya...

Kalau di luar perbatasan politik, semua pasti tumpang gembira anak2 golongan pemandu teksi, bas, penjaja pasar malam, dll mendapat
kejayaan cemerlang dengan keringat, darah ayah, emak, diri mereka sendiri... termasuklah juga diri serta anak2 Saudara Unknown, pro pembangkang termasuklah Anon00:20:00 mengakhiri komen dgn memohon maaf..

Ai say dah lama tunggu, tak ada teksi... kena jalan kaki, ai say.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Pertama, terima kasih di atas teguran yang saya terima. Juga, sekali lagi, maaf andainya kedapatan kalian yang tersinggung di atas beberapa posting komentar saya. saya akui, kedapatan saya dan rakan-rakan yang dikatakan "pro-pembangkang" itu adakalanya emosi dan "selective"; kami akui, itu adalah kelemahan dan ketidaksempurnaan kami. Walau apapun, seperti yang telah saya tegaskan, saya bukan ahli agama yang benar-benar cendekiawan; cuma sekadar berkongsi pandangan dan sekadar menyatakan apa yang sebenarnya.

Kedua, saya tidak menafikan usaha para pemandu teksi sepertu Saudara Mamat Taxi dalam usaha mencari rezeki halal. Bukan itu soal pokoknya; yang jadi masalah sekarang ialah, adakah kita ingin terus dipimpin golongan taksub bangsa lagi penjenayah, sedangkan Saudara Blogger kita sendiri, seorang veteran UMNO, acapkali mendedahkan satu demi satu perkembangan yang berlaku saban hari? Adakah semestinya tanpa UBN, Malaysia akan berpecah-belah sekaligus hancur ketamadunannya? Juga, bukankah pertukaran kerajaan itu adalah adat-resam negara yang mengamalkan sistem demokrasi? Salahkah jika yang mungkar dicegah sebagaimana pembeli atau pengguna menegurkan kualiti barangan penjual atau pemberi perkhidmatan? Akhirnya, undang-undang apakah lagi yang kita nak pilih, seandainya dengan keadaan sedia ada, maksiat makin berleluasa, gejala sosial semakin meningkat, jenayah terus menjadi-jadi dan kedapatan segolongan elit yang cuba mentafsir hukum Allah guna logik aqal sahaja?

Dengan itu, sekali lagi, kami memohon maaf seandainya kesemua yang saya utarakan ini menyebabkan kalian makin tersinggung. Namun, setidak-tidaknya, saya turut berkongsi idea bersama rakan-rakan lain, bukan mencari populariti; sekadar kemaslahatan bersama. Menutup bicara, seandainya komentar saya ini tak betul, ketepikanlah, dan sekali lagi, jutaan terima kasih khasnya kepada Saudara Mamat Taxi dan beberapa rakan pemandu teksi di blog ini; saya hargai pandangan kalian. Insha Allah, saya akan lebih berhati-hati ketika menyampaikan pendapat pada masa akan datang.

Terima kasih.