12 June 2012

Takut-takut Mohamad bermimpi di siang hari

Saya telah dihubungi oleh beberapa pemimpin UMNO Baru di Negeri Sembilan dan meminta saya membuka Free Malaysia Today kerana ada berita hangat yang akan saya temui. Bila saya bertanya apa beritanya dia menjawab, “Bacolah bang. Ado coghito Mad Hasan nak botanding di Paroi. Nak tumpaskan PAS terus bang,” katanya.

Setelah sampai ke rumah saya pun membelek-belek apakah benar cerita yang dikatakan oleh AJK Bahagian UMNO itu. Benar, ada berita tentang kecenderungan MB Negeri Sembilan untuk bertanding di DUN Paroi untuk menentang YB Taufek yang kini ahli Legislatif Negeri Sembilan mewakili  DUN Paroi itu.

Sebenarnya saya percaya apa yang ditulis oleh FMT itu. Kalau berita itu datangnya dari Utusan, kita terpaksa berfikir panjang untuk memastikan berita itu benar atau pun tidak Ini adalah kerana akhbar milik UMNO itu belum lagi berjaya menulis berita-berita yang benar. Akhbar milik UMNO itu tidak ‘professional’ dan tugasnya hanyalah untuk memecah-belahkan pihak-pihak yang hendak bersatu. Akhbar itu tidak sedar bahawa semua rakyat kini mahu bersatu, tetapi di luar UMNO dan BN.

Saya tidak terkejut jika Mohamad mengambil keputusan beralih kawasan dari Rantau ke mana-mana kawasan DUN yang lain.  Saya tidak perlu memberikan sebab-sebab secara ‘detail’ kenapa beliau mahu berhijrah ke kawasan yang baru tetapi cukuplah jika saya katakan yang Rantau tidak lagi kawasan yang selamat bagi beliau. Pengundi Rantau hanya menunggu masa untuk menolak beliau di dalam PRU yang akan datang.

Ramai pengundi Rantau pasti kecewa kerana tidak sampai hajat mereka untuk melihat Mohamad ditewaskan oleh orang-orang kampungnya sendiri. Tindakan Mohamad untuk berhijrah ke Paroi itu memang mudah untuk beliau lakukan kerana beliau adalah Ketua Bahagian Rembau dalam mana Paroi adalah salah satu kawasan DUN dalam kawasan Parlimen Rembau. Beliau juga adalah Pengerusi kepada Badan Perhubungan Negeri Sembilan.

Mengikut berita itu, Mohamad bertindak berpindah itu kerana beliau mahu menambah aura pilihanraya dengan bertanding melawan satu-satunya ADUN PAS dan ia kononnya akan memberikan uumph yang lebih untuk beliau memenangi kembali kerusi-kerusi yang telah jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya yang lalu.

Baguslah kalau begitu niatnya, tetapi apakah itu sebab yang sebenarnya beliau hendak menukar kawasan itu? Jawapannya ada pada pemikiran pengundi-pengundi di NS dan tidak payah kita sebut-sebut lagi.

Bolehkah Mohamad menumpaskan YB Taufek dari PAS itu sedangkan beliau hanya berjaya memenangi kerusi Rantau dengan majoriti kecil semasa menentang tukang jahit dari PR dalam pilihanraya yang lalu? Kalau di Rantau tempat kariah dan kampungnya sendiri beliau tidak berani bertanding, bagaimanakah perkiraan beliau yang beliau boleh berjaya dengan cemerlang di Paroi?

Bagaimanakah perkiraan pengundi-pengundi di seluruh Negeri Sembilan dengan penghijrahan itu? Tidakkah mereka terfikir bahawa penghijrahan itu adalah untuk lari dari kawasan yang beliau wakili sekarang kerana beliau telah merasakan bahawa pengundi di DUN Rantau sudah tidak lagi diyakini memberi beliau sokongan kali ini?

Tidakkah beliau merasakan bahawa walaupun mungkin beliau merupakan ‘winnable candidate’ untuk Paroi, tetapi tindakan itu akan menjejaskan prestasi UMNO di kawasan-kawasan lain di Negeri Sembilan. Berita ini merupakan berita yang amat menarik, kerana seorang yang bergelar MB yang bertindak lari dari kawasan beliau sendiri dengan alasan yang melakukannya sebagai ‘gerakan strategik’ untuk menumpaskan PAS.

Kalau beginilah keadaannya maka teori saya yang mengatakan bahawa sekarang ini hakikatnya BN sebenarnya sedang melawan PAS, bukannya PAS yang hendak melawan BN. Lain-lain perkataan PAS dan PR di Negeri Sembilan sedang mendahului BN secara psikologinya. BN pula yang sedang bersilat mengikut rentak dan tari PR pula.

Bagaimanapun kita tahu PAS tidak akan mampu ditumpaskan lagi. PAS sudah menyelinap jauh ke dalam sanubari rakyat, bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi juga mendapat sambutan dari semua kaum di negara ini, termasuk di Negeri Sembilan sendiri.

YB Taufek akan tetap menjadi wakil bagi rakyat kawasan Paroi di Dewan Legislatif Negeri Sembilan itu, Insya-Allah. “Takut-takut Mohamad Hasan hanya bermimpi di siang hari sahaja,” kata beberapa orang pimpinan UMNO di Negeri Sembilan.

Kalaulah benar berlaku pertembungan di antara Mohamad dengan Taufek di Paroi, ianya adalah pertandingan di antara seorang yang sentiasa merendah diri dan berkeperibadian baik dengan seorang yang sombong dan meninggi diri yang merasakan dirinya sebagai pemimpin yang datangnya dari langit.

48 comments:

mr edz said...

biar say tambah sikit.. dari langit terus ke lubang kubur.. hehehe

Anonymous said...

Rakyat NS tidak mahu Mohamad

Aspan Alias said...

Kepada semua yang ingin memberikan komen dan pandangan terhadap apa-apa yang saya tulis, saya memohon kerjasama saudara/i untuk meletakkan nama atau setidak-tidaknya nama samaran dihujung komen saudara itu.

Saudara/i masih boleh memberikan komen disebalik 'Anonymous' tetapi letaklah nama samaran setidak-tidaknya bagi memudahkan saya atau sesiapa memberikan pandangan terhadap komen-komen saudar/i itu.

Sekian Terima Kasih

Anonymous said...

Mat Hasan masih bertanding?? Frust den.

bidin solemo

Anonymous said...

AA

Mat bin Hasan ni sombong orangnya. Mulutnya bisa. Dia tidak ada sifat pemimpimpin. Dia fikir dia hebat. Orang lain semuanya bodoh. Isa Samad Bodoh. Rais bodoh dan Shaziman lagilah bodoh. Hanya Mat Hasan sahaja yang pandai...pandai menjahanamkan Negeri Sembilan.

Apa nak buat Najib hendakkan dia lagi.

Mat Deris, Rembau

Anonymous said...

Cik Mat donga pantun ni yo:
Duo tigo kucing berlari
Mano samo kucing bolang
Komano (kemana) laie (lagi) cik Mat nak poie (pergi)
Kot boleh gali lah lubang dari sekarang!

-AnakPodehGhombau-

Anonymous said...

Mat Asan ni tak ado coghodik eh doh! Kito cabut ajo.

Kito ghanai-ghamai sokong Taufek!

bentan

yunus said...

AA,

kalau Mohamad bertanding di Paroi, sayo akan berjalan dari surau ke surau, dari kedai kopi ke kedai kopi tolong Taufek.

YB Taufek sayo tidak kenal, tapi saya tahu dia orang baik...tak sombong.

Anonymous said...

AA,

Abang kau ni akan sokong Taufek. Tak kigho dio PAS koh atau DAP atau PKR.

abang kau ni tak nak tengok Mad cakap sombong laie.

Itu ajo yang abang kau nak tengok

salam AA


Linsum

Anonymous said...

Sumo dah mimpi tongah hari. Ngigau pun dah ado...

Anonymous said...

Salam Tuan,

Ini ikan kecil. Kita kena buangkan ikan jerung paling besar baru habis semua yang lain.. Dia punya bakal menantu ...

Itu hari punya news online ada kat Vancouver Canada, Camobdia Newspapaer, Hongkong ... kemudian sekarang kat New York post bakal PM punya he .he .

Rujuk : http://www.nypost.com/p/news/local/manhattan/kazakh_columbia_con_job_Rzm2pW72MO90nyHRMCyctL

Anonymous said...

AA, YB Taufek telah menjawab dan membuat komen terhadap niat Mad Hasan nak bertanding di Paroi. Sila baca dan kalau sudi komenlah sikit bro.


Jeffri

joe said...

Untungnya Mohamad Hasan ni dia MB dan akan kalah dengan majoriti kecil sahaja ditangan Taufek. Kalaulah dia seperti pemimpin biasa dia akan kalah dan hilang deposit di Paroi.

Nasib lu lah Mad. Dulu kenapa sombong sangat!

rahim... said...

DS Mohamad Hasan patut retire sahaja. Honest, he should. Jangan lah keras kepala. He is going to loose in Paroi. I am for Taufek and Mohamad is not the choice of the constituents there (Paroi). I am serious.

Jeffri said...

Majoriti pengundi DUN Paroi adalah pengundi bermaklumat dan mempunyai akses kepada media alternatif

Anonymous said...

Saudara,

Yakinlah Mohamad Hasan will be the last BN MB of NS.

shariff

Anonymous said...

tok mat,,, Eden akan pastikan tok mat ,abang & adik tok mat tu hilang angkuhnya di Paroi nih... selama sepengal YB Taufik jadi YB dah beberapa kali Eden jumpo dio di masjid surau,,,tapi sejak ko jadi MB sekali pun belum pernah Eden nampak lubang hidung mu...

Anonymous said...

Pan,

Den ado balik Kg,macam2 berito den dongar tontang Mad hasan lomeh den dongar,yang dio oghang coghito kat den sogo,seliau ,linsum dah takdo nak monyokong mad hasan laie doh,yang den paling terkojut sekali oghang umah murah Kualo Sawah pon kato takdo lie doh, yang sokong mad hasan ialah Nyatuh,belangkan solok dan pasir yo, itu pun setongah2 yo,Rantau pun samo,yang ulu sawah setakat India dan cino den ingat lonchong lah,tekojut badak den...Papan tando PR pun dah naik kek Sogo..

Den Anak mukim Rantau

saiful nizam said...

Saya ingat Pak Lah yang PM yang paling teruk rupa-rupanya Najib lebi teruk.

Saya ingat yang paling teruk dan paling rasuah rupa-rupanya Mohamad Hasan lagi berat.

Pemimpin UMNO bila ditukar ia akan lebih teruk dari yang sebelumnya.

Begitulah Mohamad Hasan begitu teruk, nanti kalu ditukar akan lebih teruk.

sebab itu humbankan sahaja UMNO ini. Habis cerita. Bereh!!!

Anonymous said...

Tok Mat Hasan bukan nak test market tapi nak tompah maut jika lawan Taufik.Kalau mat hasan sayang umno elok jangan bertanding kerana orang dah loyo bilo sobut namo mat hasan.Umno ni dah 60 tahun merdeka masih bergantung kat orang melayu jadi mat hasan tandinglah dirahang atau temiang atau lobak jadi kalau kalah terbukti yang bukit sahaja melayu tak nak mat hasan tetapi cina dan lembu pun tak nak mat hasan.

Anonymous said...

Ada Camp Tentera di kawasan DUN Paroi?

Nak dapat Undi Pos kot! Undi biasa no chance.




Bukan Orang Negeri.

Quiet Despair said...

Confuselah saya dengan cerita Mat Hassan ni, Tuan Double A.Masa saya di Soromban minggu lepas, saya dongar dia nak ambik kerusi KJ di Rembau.
Maknonya dia nak jadi menteri Kabinet lah pulak. And he trades places with KJ. Which means KJ runs for state and becomes MB if he wins.
Dalam pada itu ada pulak cerita KJ mungkin take over Pak Lah's seat in Penang.
Dan entah-entah Mat Hassan tak diberikan apo-apo kerusi. Dipencenkan. Haahaha.

Dad said...

Betul ke tok mad nak bertanding di adun Paroi? Sebelum ni den dengar ada sory ustaz akan jadi calon di situ, tak salah den nama dio zaid ko, kalau mcm tu tak do peluang ust zaid jadi calon adun Paroi.

Dad said...

Betul ke tok mad nak bertanding di adun Paroi? Sebelum ni den dengar ada sory ustaz akan jadi calon di situ, tak salah den nama dio zaid ko, kalau mcm tu tak do peluang ust zaid jadi calon adun Paroi.

Abu Syaukah Filmanzil said...

Semoga PR terus mendapat tempat biarpun sedikit demi sedikit...Kekalkan Kebaikan dan Selamat Maju Jaya.

Anonymous said...

Dear Aspan,

As I read your articles and pondering the issues of the country, I realized that I don't really care. Why?

1. Do you know, Aspan, if walking is really good for your health, then the postman would be immortal.

2. Have you realized that a whale swims all day, only eats fish, only drinks water, and yet is fat?

3. What about the rabbit that only eats vegetables, runs and hops all day long, but only lives 5 years?

4. However, a tortoise doesn't run and does nothing energetic, and it lives for 450 years.

Therefore, why not would choose the tortoise life?

FCT

Anonymous said...

salam sdr. aspan dan semua yang memberi ulasan., kalau macam ni punya gaya, belum bertanding lagi en. mat kita tu dah terpaksa 'gali lubang kubur' awal-awal., nak lari menyembunyikan dan diri.


abah muda 'ipoh mali'

mat s said...

Jangan di kutuk Mad Hassan tu.. korang tak nampak ke misai dia yg serupa Hitler tu..nanti dia mengamuk..habis semua nye... ha ha

Anonymous said...

Tak kiralah siapa yg diletakkan calon BN di DUN Paroi...... Saya tetap akan undi PR.ABU & ABBN.

Ipin343, Jitra

dad said...

Salam,

Kpd pembaca di sini tahu x sape nama yang anda pernah dengar untuk calon BN di Adun Paroi? Den dongar anak menantu tok azman pun ada hasrat jadi adun, betulke, kalau betul mmg hancur BN/UMNO NS. Mcm x ada org lain, agaknya dah pupus calon UMNO yg layak.

Anonymous said...

Dear FCT,

If you don't care, then why bother commenting here? Such a paradox.

Escaping from reality won't solve anything.

So please, continue to live the turtle's life. It's your choice, after all.

--ziggy

Anonymous said...

Dear FCT,

We cannot afford to live the tortoise life and turn a blind eye with Tun Daim and Tun Mahathir investing globally with the country's money when the beneficiary is not even the tortoise itself!

Chiang KS

Anonymous said...

Tun Daim Zainuddin adalah seorang peguam tetapi bercita-cita besar untuk jadi orang kaya. Tun Tan Siew Sin pernah menasihati Daim, 'Don't fight with the big boys.' MindaTun Daim sebagai peguam memang bijak.

Maka, beliau menaja Tun Mahathir dengan buku Dilema Melayu dan bermulalah era Tun Mahathir dalam arena politik tajaan beliau yang bermula sejak waktu Tunku Abdul Rahman. Plot demi plot sehingga Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dalam tahun 1981. Hanya dua tahun sahaja untuk mengenepikan Ku Li dan Tun Daim dapat tempat menguasai 'the big boys'. Kejayaan menawan Guthrie telah memberi keyakinan kepada Tun Daim untuk menceburi ke arena global. Maka jawatan Menteri Kewangan dilepaskan kepada yang kononnya kurang cerdik iaitu DSAI.

Sayangnya, semua pelaburan Tun Daim bagaikan eksperimen iaitu berlawanan dengan konsep ekonomi dunia. Kepakaran Soros tidak dapat ditandingi. Malah kepantasan DSAI mempelajari serta ketangkasan beliau dalam menghidu salahlaku telah merosakkan rancangan Tun Daim menguasai ekonomi ikut caranya. Sehingga ke hari ini mereka berdua tidak dapat memaafkan DSAI dan menyalahkan beliau sebagai punca penyekatan kepada rancangan yang diilhamkan sejak waktu Tunku Abdul Rahman lagi.

Anonymous said...

Salam,

Kalau ikan jerung besar di atas semuanya bangang, apatah lagi ikan bilis di bawah :

Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/200650

http://karatijau.blogspot.com/2012/06/inilah-poster-pencacai-umno-paling.html

Anonymous said...

How about cow?

Jeffri said...

Mohamad Hasan tidak akan menerima laluan mudah daripada Mohd Taufek kerana setakat ini ‘track record’ Mohd Taufek di Dun Paroi amat memberangsangkan.

Abdol Rahim Othman said...

Kpd MBMohd Hasan tu jgnlah takut pd bayang-bayang yang dibuat sendiri tu, klau dulu tuan memimpin dengan betul dan tak lakukan penyelewengan sudah tentu nama dan jawatan tidak tergugat, belajarlah dari kesilapan yang kadangkala dilakukan oleh orang lain yang terpercik kotornye ke badan kita.....wadah perjuangan pejuang kemerdekaan yang ikhlas dahulu perlu dikembalikan oleh pemeimpin-pemimpin jenerasi zaman sekarang kalau tidak mahu ditolak oleh rakyat yang semakin bijak berfikir walaupun disembunyikan segala kemungkaran...ingat dan insaflah demi agama dan bangsa serta keseluruhan rakyat Malaysia yang inginkan pembelaan.......

Anonymous said...

Dear ziggy,

It is correct for you to say that everyone has the right to make their own choice.

However, you have the responsibility to correct their perception as many cannot differentiate between the correct from the wrong when making an important decision which has a long term impact.

Anonymous said...

Dear Anon 14 June 2012 06:57:00 GMT+08:00,

If a person could not differentiate between correct and the wrong, it means that person is not yet an adult, he/she is still a child.

The responsibility then lies on the shoulders of that person's parents or guardians, not on mine.

BTW, you could recognize sarcasm when you see one, can't you?

--ziggy

Anonymous said...

Dear ziggy,

Never just simply classify a person as a child for the reason of not being able to distinguish the correct from the wrong.

Instead of encouraging a healthy engagement, you are actually creating animosity.

Just a note of advise, do refrain the sarcasm if seriously want to educate the masses. The fact is that many do not understand and are still ignorant. Therefore for not knowing the truth and realize that the truth will prevail later, only creates the opportunity that is available for manipulation.

Anonymous said...

Anon

14 June 2012 21:26:00

Well said, assumption and presumption could smokescreen the pathway to clear any genuine doubts and engage a person in a meaningful chat especially on Sdr Aspan & Sak's blogs, perhaps giving the person the benefit of the doubt. Cheers..

Anonymous said...

23:08

Why the smokescreen lah? Go tell the truth properly. No need so cheong hei lah. Just inform and expose what need to be told. Let the rakyat make the final choice. Don't follow the BN way of bluffing. Be direct and informative.

Anonymous said...

BTW 23:08 Umno BN has succeeded in producing your kind, full of suspicion type. Your type has no real confidence.

Anonymous said...

Dear ziggy,

Growing Old is Mandatory - Growing Up is Optional.

Anonymous said...

15 June 2012 10:27: 10:30:00
look at you narrow perception abt pple thinking they must be indian or chinese huh ? just because they don't jive to your tune, speak your lingo, they must be from umno ? Yup, our type not fit to vote for DAP then, neither here nor there, becos we are non racist ... might even have to brain drain, macam a DAP supporter like you tak suspicious ?

Anonymous said...

btw, what's that word ? cos i don't speak your lingo.. might want to know why only certain type of pple get to work with expats - for not be uncouth direct.

Anonymous said...

Haiyah!

Where got I say you from umno? That is why I said umno succeeded in educating the kind like you lor, cannot think far far one. Jenis very sensitive, simply crucify others, think highly ownself etc.

Lingo or very narrow, pls lah go ask google what is BTW lor. Product of umno education system! Aledy got google also don't know meh?

Anonymous said...

BTW, where got I say your type not fit to vote DAP? umno likes to put words in other ppl mouth, yunno.

Where also got I say you are racist? exactly like umno, when no one say anything simply like to 'fitnah'.

Where you learn all these if not because of umno?

Better you change because unknowingly you already have umno characteristic.