15 June 2012

Bolehkah Muhy berjaya kali ini?

Nampaknya Muhy berjaya dan pelannya untuk mengambilalih kepimpinan UMNO Baru nampaknya akan menjadi. Semasa keputusan pilihanraya umum 2008 yang lalu, saya dan ramai yang lain berpendapat Pak Lah mesti meletakkan jawatan beliau kerana prestasi BN dalam pilihanraya itu amat menyedihkan parti. Dengan keputusan buruk UMNO Baru dalam pilihanraya itu Pak Lah merupakan seorang PM yang mendapat dua keputusan pilihnraya yang sangat ‘extreme’.

Dalam pilihanraya 2004, iaitu pilihanraya yang diketuai oleh Pak Lah buat pertama kalinya sebagai PM negara, beliau telah mendapat mandat 90% sokongan rakyat, dan ianya merupakan mandat yang terbesar selepas pilihanraya 1955 dalam mana Perikatan hanya kalah satu kerusi sahaja di Pulau Pinang. Calon Perikatan tunggal yang kalah dalam pilihanraya itu ialah Sulaiman Palestin, calon Pulau Pinang Selatan.

Kejayaan Pak Lah mendapat mandat besar dalam pilihanraya 2004 itu adalah kejayaan yang tidak susah untuk ditafsirkan. Pertamanya, rakyat semasa itu menunggu dengan sabar untuk Mahathir meninggalkan kuasa kerana sudah terlalu lama dan membosankan, maka sesiapa sahaja yang mengambilalih tentunya mendapat sokongan besar asalkan sahaja dapat menyaksikan Mahathir meninggalkan kuasa.

Keduanya, rakyat terutamanya yang bukan Melayu memberikan sokongan kepada Pak Lah kerana imej Pak Lah sebagai seorang yang lembut dan membawa imej keagamaan dan rakyat mengharapkan budaya dan ‘political spirit’ yang lebih baik daripada Mahathir akan wujud. Maka apabila Pak Lah membawa negara kepada pilihanraya umum pada 2004 maka rakyat telah menumpukan untuk menerima keadaan dan ‘environment’ baru, lantas memberikan dukungan bulat kepada BN.

Tetapi apabila Pak Lah mengambilalih dalam masa yang tidak seberapa, rakyat menyedari bahawa Pak Lah yang berimejkan bersih itu tidaklah sebersih yang diharapkan dan masa itulah bermulanya BN hilang sokongan dari ramai rakyat semua kaum terutamanya kaum bukan Melayu.

Dalam UMNO Baru  pula ramai telah memberikan tekanan kepada Pak Lah terutamanya Mahathir sendiri yang didukung oleh konco-konco beliau dan Mahathr sendiri telah mengambil tindakan drastik dengan meninggalkan UMNO Baru sebelum menghadapi pilihanraya umum ke-12. Buat pertama kalinya UMNO/BN telah kehilangan kemenangan tradisi 2/3 di Dewan Parlimen dan di sinilah bermulanya Muhyiddin bermain politik kerana kedudukan beliau sebagai Naib Presiden yang senior dalam hieraki parti.

Najib yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden, merasakan masanya sudah tiba untuk mengambil kesempatan untuk mengambilalih kepimpinan kerana keadaan semasa itu amat sesuai untuk beliau bertindak untuk mengambilalih Pak Lah kerana kegagalan Pak Lah mempertahankan majoriti tradisi 2/3 di Dewan Parlimen.

Muhy juga melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden dan serta-merta menonjolkan Najib sebagai penerju mengambilalih tempat Pak Lah kerana Muhy yakin Najib tidak akan kekal lama dengan masalah peribadi yang ada kepada Najib yang suatu ketika nanti boleh menjadi isu yang akan menyebabkan Najib terpaksa meninggalkan jawatan PM itu dan seterusnya untuk beliau mencapai ‘ultimate’ beliau untuk menjadi PM.

Sekarang apa yang dirancang oleh Muhy itu nampaknya berjaya kerana Najib pada pandangan ramai ahli-ahli UMNO Baru akan terpaksa melepaskan jawatan beliau seperti apa yang dialami oleh Pak Lah dahulu. Sejarah yang masih muda itu akan berulang kembali. Persediaan untuk melakukan apa yang berlaku kepada Pak Lah dahulu sudah pun bermula dengan langkah-langkah awalnya dan hanya yang memahami keadaan sahaja yang boleh membaca keadaan ini dengan baik.

Tetapi Muhy harus bertanya, samada BN masih akan kekal atau pun tidak sebagai pemegang mandat Rakyat kali ini? Jika BN gagal kali ini untuk memenangi mandat rakyat mengambilalih Najib, bermakna mengambilalih  kerusi ketua pembangkang. Soallah diri masing-masing dan jawablah sendiri.

13 comments:

Concerned Citizen said...

Shocking Statistics

Aspan Alias said...

To all my blog followers,

I am now leaving the house to catch a flight to Alor Setar as I am giving ceramah in Pokok Sena tonight.

I can only moderate all comments when I am back tomorrow night.

Thanks

Quiet Despair said...

Selamat berceramah. Pl. Post on u-tube.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

YA ALLAH Kau berilah peluang memerintah negara ini kepada Barisan Altanatif Pakatan Rakyat Ya Allah.
Bagilah peluang hamba Mu ini merasai peralihan pimpinan negara setelah sekian lama Kau menguji kami dengan pimpinan yang hanya diketahui oleh Mu yang Allah.
Dengan perubahan ini juga Ya Allah akan dapat membuka mata pemimpin dan rakyat untuk membuat pilihan selanjutnya pada masa akan datang.
Sesungguhnya Kau Maha Mengatahui dan Maha Adil......
Amin

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Pada firasat saya, kecuali jika Najib terganggu kesihatannya atau Allah menjemputnya terlebih dahulu maka agak sukar utk Muhyidin(TSM) menjadi PM. Ianya pada pemikiran saya atas faktor faktor berikut.

Kekuatan TSM hanya berpaksikan sokongan Tun M semata.Generasi baru UMNO yg diterajui oleh Hisham, razali dan KJ tidak menyebelahi beliau.

Hisham pasti tidak menyokong kerana jika TSM menjadi PM maka hampir mustahil beliau akan jadi TPM. Mana mungkin PM dan TPM anak Johor. Razali akan sentiasa bersama Hisham.

KJ mungkin tiada masaalah dgn TSM tapi Tun M amat benci akan menantu Pak Lah ini. Lagipun KJ tidak akan menentang Najib kerana Najib dilihat spt sedang memberi peluang pada dia. Tambahan pula jika Hisham jadi PM maka peluang KJ lagi cerah. Razali yg akan diketepikan akhirnya atas faktor kenegerian.

Dikalangan senior UMNO pula, TSM tiada apa yg hendak ditawarkan. Oleh sebab itu beliau cuba menonjolkan diri dia sebagai lebih berjiwa melayu berbanding najib. Inilah sebabnya beliau dengan lancang bercakap tentang Melayu dulu baru Malaysia. Hanya ini sahaja cara utk TSM menonjolkan diri utk dilihat sebagai alternatif kepada najib.

Perebutan dalam UMNo ini satu rahsia umum yg semua orang tahu. Bukan satu yang pelik malahan menjadi hairan jika pemimpin UMNo tidak berebut jawatan. Ini kerana menjadi pemimpin UMNO bermakna menjadi pemimpin BN dan Malaysia (jika BN menang).

BN sudah ada hiraki kepimpinan. Selepas Presiden UMNO ada Timbalan Presiden UMNo dan selepas itu ada Naib2 Presiden UMNO. Rakyat diyakinkan dengan kesinambungan pemerintahan yang jelas. Bagaimana dengan Pakatan Rakyat? meminjam kata2 Tuan Aspan, soallah diri masing masing dan jawablah sendiri.

Anonymous said...

Next GE let BN be wiped out. New breed of leaders with integrity and passion to rebuild the nation are the ones that the rakyat want. Current BN leaders better run with their I'll gotten gains or face prosecution. Time to change. Ubah. - Md Ibrahim

Anonymous said...

AA, selamat berceramah. Bila nak buat ceramah kat Seremban pula?

-anakPodehGhombau-

Anonymous said...

Who would be so spendthrift and foolish enough to pay RM1,000 for a rubber wrist band; RM2,500 for a hat; RM1,000 for a cloth bag; RM500 for a pen and RM480 for a necktie?

Answer: The same government that claims the country will go bankrupt if it offers free tertiary education to citizens.

READ MORE

sizzly7761 said...

Let's all those bugglars,robbers and peoples money hijackers from this corrupt goverment find the new way out to the jail and rotten in hell. either TSM or hisham, both are disaster to the country and nation should they be a pn. ABU!!!!!

Anonymous said...

saya bersyukur, Sdr Aspan sememangnya sgt ikhlas, nak fly to Alor Setar untuk berceramah pun bagi tahu kita semua. Semoga Sdr Aspan serta keluarga diberkati Tuhan segala blessings yg terbaik.

Anonymous said...

Lagi bagus muyiden,mengambi alih jawatan presiden umno dari najib dan bukannya hisyamudin..

Rakyat sudah muak dan menyampah jika pm malaysia dari anak bekas pm..seolah olah tiada rakyat yg berhak selain anak bekas pm..

Adakah lepas anak razak,anak hussien onn.anak mahadey yg tidak bijak menjadi pm pulak..

Berilah peluang kepada rakyat malaysia yg lain yg lebih bijak dari bekas pm..

Anonymous said...

Udin anak Yasin ke,Najis Razak ke,krismudin ke atau Cucu Pariah dari kerala ke sama aje,kalau dah kaki makan rasuah hidup dengan makan duit haram tak payah lah sama je,orang yang dia bela pun orang tu jugak, UMNO baru lah namanya semuanya sama jer lah.

Anonymous said...

AA, what goes around comes around. Sampailah giliran mereka pula sekarang.


syed zainal