16 July 2012

Ada tak perbezaan di antara Botak Chin dengan pemimpin-pemimpin kita?

Seronok jika menjadi orang penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan kronisma seperti di negara ini. Salahlaku pun boleh dilakukan kerana penggubal dasar dan pelaksana melakukan kerja yang sama dan tidak ada pihak lain yang boleh melakukan ‘check and balance’ terhadap mereka. Tidak ada apa-apa yang boleh menegah mereka melakukannya kerana penggubal dasar yang sepatutnya memerhatikan pelaksana melakukan kerja yang baik, sekarang sedang bersekongkol untuk melakukan kerja hina itu bersama-sama.

Anak-anak kepada pemimpin dan orang besar yang bergelar dan bernama lah yang mendapat keuntungan besar dan labanya dalam sistem kronisma yang berlarutan dalam pimpinan negara pada masa kini. Suzi Suliana, anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hasan adalah di antara yang sangat beruntung kerana pengaruh dan kuasa dalam sistem kita ini.

Suzi Suliana, anak kepada bekas Setiausaha Negara, Sidek Hasan yang kini menjadi Pengerusi Petronas adalah salah seorang yang mendapat laba kekayaan melalui perniagaan yang ‘monopolistic’ apabila beliau telah mendapat anugerah membekalkan tenaga solar yang di berikan oleh ‘Sustainable Development Authority of Malaysia (SEDA)’ dan Suliana dijangka akan menerima keuntungan sebanyak RM70 juta setahun sebagai pembekal 32 peratus tenaga solar kepada keperluan negara.

Sebagai seorang penjawatan awam utama negara, Sidek telah menggunakan pengaruh di atas kedudukan beliau itu untuk memberikan pertimbangan dan keputusan untuk mendapatkan anaknya sebagai orang istimewa dan diberikan perniagaan yang 'monopolistic' ini dan tentunya ia bercanggahan dengan slogan rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan.

Suliana tidak mungkin dengan mudah mendapat keistimewaan ini jika bapanya Sidek Hasan hanyalah seorang pemandu lori Felda Angkut yang membawa minyak kelapa sawit ke kilang-kilang penapis Felda di Jengka Pahang. Walaupun 12 syarikat yang berkaitan dengan Suzi ini hanya ditubuhkan dua tiga minggu sebelum tamat tempoh permohonan itu, Suzi telah mendapat begitu besar laba daripada kedudukan bapanya yang menjadi Ketua Setiausaha Negara.

Apa yang didapati dengan mudah oleh Suzi ini tidak ada bezanya dengan apa yang didapati oleh Dato Seri Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia yang sangat terkenal itu, Shahrizat Jalil. Saya selalu berkata jika Shahrizat itu hanyalah seorang bidan kampung tidak mungkin Salleh mendapat pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta untuk memelihara lembu. Dalam isu ini RM180 juta telah di gunakan untuk membeli kondominium-kondominium mewah dimerata-rata tempat diseluruh dunia.

Baru-baru ini terdedah satu lagi cerita George Kent yang telah mendapat kontrak RM1.8 billion semata-mata kerana hubungan akrab empunya syarikat itu dengan Perdana Menteri Najib. Pemberian kontrak kepada George Kent itu memaksa Pasarana untuk membatalkan pemberian kerja kontrak itu kepada Belfour Beatty pada bulan januari tahun ini yang bernilai hanya RM1.1 billion.

Lepas satu pendedahan, timbul pula satu pendedahan lain dan semuanya berkaitan dengan mereka yang berkuasa. Mirzan Mahathir yang menguasai syarikat arak San Maguel Filipina juga mendapat keistimewaan dengan menggunakan Petron Phillipines yang dikuasai sepenuhnya oleh San Maguel untuk membeli syarikat Exxon Mobil dengan harga yang murah dan seterusnya memaksa MAS untuk mendapatkan bahan bakar dari Petron dan bukannya dari Petronas lagi.

Terlalu banyak pendedahan tentang tindakan merompak yang dilakukan oleh anak-anak pemimpin-pemimpin kita dihadapan mata kepala rakyat yang sedang berperang dengan kenaikan harga barang utama seperti gula, tepung dan beras yang kesemua bahan-bahan ini dibekalkan secara ‘monopolistic’ oleh kroni-kroni pimpinan negara.

Semuanya ini merupakan rompakan yang dilakukan oleh gulungan kolar putih. Tetapi pada hakikatnya merompak itu tetap merompak dan telah dilakukan disiang hari dan terbuka.

Bagi saya semua rompakan ini tidak ada bezanya dengan perompak kolar biru seperti yang dilakukan oleh Botak Chin tiga puluh tahun lalu. Pendeknya tidak ada bezanya diantara Botak Chin dengan perompak-perompak kolar putih yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO dan BN itu.

Satu lagi kata-kata sinonim yang kita dengar sekarang ini; iaitu UMNO itu Botak Chin, Botak Chin itu UMNO. Mengundi UMNO samalah seperti mengundi Botak Chin berkolar putih ini.

Jika semasa Botak Chin mengganas dahulu semua orang mengunci pintu dan tingkap untuk menjauhi Botak Chin itu, kali ini wajar rakyat menutup segala ruang untuk Botak Chin berkolar putih ini untuk terus melanun dan merompak. Itu boleh kita lakukan semasa PRU nanti.

28 comments:

Anonymous said...

:



;




salam bro


Botak Chin adalah legenda di Jalan Ipoh.

Mendiang merompak dan mebahagi laba

pada orang miskin ala Robin Hood chingkie



Tapi Mat Ameno

merompak untuk kayakan diri dan terus berkuasa dengan

umpan duit dan sponsor ah moi pada ketua germbolan.

Malah mat/mionah kampong di hiburkan dengan Ah Moi

spesial dari Korea .


mat boria

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Ingat lagi pada Marcos?

Dia membolot harta dan disimpan di Swiss bank.

Pemerintah Filipina mengambil masa berpuluh tahun untuk dapatkan balik selepas melaui proses mahkamah yang perit.

Marcos mati dengan hina di buangan di Hawaii.

Rakyat Filipina menentang bila Imelda bercadang membawa balik tulang Marcos untuk dikebumui di Filipina.

Jenayah Marcos sebenarnya ringkas dan 'direct to the point' kalau nak dibandingkan dengan jenayah terancang ala Mafia UMNO/BN.

Dari peringkat cawangan,bahagian dan pucuk pimpinan parti,sampai ke peringkat perkhidmatan awam,intitusi beraja dan sistem perundangan dan keselamatan negara semua dikuasai UMNO dan 'totally corrupt'.

Bila PR berjaya menguasai Putrajaya persoalannya bukanlah:

Berapa banyakkah harta negara yang akan didapatkan kembali dari penjenayah2 UMNO/BN?

Sebaliknya, berapa banyakkah mahkamah dan penjara tambahan yang diperlukan untuk mengadili pengkhianat2 negara tersebut?

Surrogate

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Terasa incredibly tired and deafening grieved and furious with these never-ending of vastly disproportionate accumulation of immense wealth amongst the umno leaders, anak pinak sampai lah cucu- cicit, termasuk lah their beck and call ladies. ABU !

Anonymous said...

Botak chin lagi mulia, hasil rompakannya dia agih-agih kan kepada orang miskin. Umno plak rembat duit rakyat utk memperkayakan diri sendiri dan keluarga mereka sahaja.

Botak gang

Anonymous said...

Kalau Pakatan menang sok ... aku nak Gani Patail tu... nak buat sambal.

Anonymous said...

Betul lah dgn tema hari kebangsaan.
Janji (pada kroni) ditepati..

Anonymous said...

Wa lagi tabik kat botak chin.......
Walaupun dia merompak tapi dia tidak mengkayakan diri sendiri atau anak beranak dia.......
Berbeza dengan pemimpin UMNO.........
APA LANCAU PUN SEMUA DIA DENGAN ANAK BERANAK NAK SAPU.....spesis UMNO ni memang tak selamat di dunia dan akhirat......setiap saat mentekedaghah DUIT HARAM/HARTA RAKYAT

Anonymous said...

WTF!! apa nak jadi dengan malaysia dan pemimpin mereka?!!

Quiet Despair said...

Saya belum lahir lagi semasa zaman Botak Chin mengganas.
Tapi menurut bapa saya dia adalah perompak ala Robin Hood. Robbing the rich to pay for the poor.
Botak Chin juga menghantar wreath semasa Tun Razak meninggal.
There is some honor in him. Jika Tuan AA membuat analogi "perompak UMNO' macam Botak Chin, maknanya merekapun ada honor.
Saya rasa tak salah kalau anak KSN atau anak Mahathir atau any mandarins in UMNO diberi projek besar.
If they have the means and the abilities, why not?
Takkanlah mereka tak boleh compete untuk dapatkan kontrek. Takkanlah nak tunggu bapa mati baru mereka boleh mendapat projek besar.
Surely you do not expect children of VIPs to sell goreng pisang or just be petty businessmen just to give others opportunity.
We are a free enterprise system where the best and the mostest will be rewarded.
Anak Felda ke atau anak buruhpun mendapat tender kontrak besar juga dan menjadi CEO of major companies in Malaysia.

Anonymous said...

Tuan AA,

- Botak Chin tidak menggunakan c4 dan hasil rompakan akan diberi kepada orang miskin.Kalau Botak Chin sebijak ubn sudah tentu hasil rompakan diberikan kepada anak dan kawan-kawannya, tapi apa boleh buat dia tiada kuasa untuk menghalalkan hasil rompakkannya.

Salam perubahan A.B.U

-sorpeneterbang-

Anonymous said...

Mereka semua dilindungi. Selagi penguatkuasa undang-undang tidak berintegriti selagi itulah mereka tanpa rasa segan dan berdosa mengaut keuntungan dengan cara kronisma, nepotisma dan rasuah. Tidak lagi melakukannya dengan berselindung tetapi kini secara terbuka. Mereka golongan yang tidak percaya kepada kuasa dan balasan Allah. Mereka menganggap mereka adalah lebih berkuasa dan tiada siapa dapat menentang dan mengalahkan mereka. Siapa yang akan bertindak terhadap mereka ini? Mengharapkan penguatkuasa undang-undang jangan haraplah. Tetapi kuasa Allah dan kuasa rakyatlah yang akan dapat menjatuhkan dan menguburkan mereka. Jadi, bersatulah kita, bekorbanlah kita dalam usaha menghancurkan mereka ini. Ini telah telah terbukti di Tunisia dan Mesir juga Libya. Moga beroleh kejayaan.

Anonymous said...

Selepas dapat pengetahuan dari seberang,budak ni macam banyak pandai,tak salah jika anak anak pembesar umno dapat contract besar jika di dapati nya dengan adil and transparent.Anak Mahathir pandai berniaga?Kalau pandai mengapa kena bailout dengan wang pentronas untuk MISC.
Apa salah jual goreng pisang?I tak halal ke?Dapat contract ladang lembu,,beli condo pulak,kes contract Geoge Kent dapat contract 1.9 billion tapi tender patut ialah 1.1 billion yang di menangi oleh pihak lain,tak payah tender tender,beri terus kepada kroni2 sajalah.
Beli syarikat bir tu halalke? Adakah ia berbeza dengan menternak babi dan menhalalkan bir tu.Bodoh ke Melayu ni,buat malu orang Islam.

Anonymous said...

Sidek Hasan tu muka saja yang nampak bodoh dan lurus bendul.... Lurus bendul memanglah sebab apa yang Mat Monggol suruh, dia ikut saja. Akhirnya bekas KSN itu mendapat habuan yang besar untuk diri dan keluarga hasil menjadi pengampu tersohor penjilat Perdana Menteri. Apa yang mampu beliau sumbangkan sebagai Pengurusi Petronas...mentedarah gaji buta ajela....

Anonymous said...

Saudara AA and bloggers

The rape and plunder in the country need to be stopped immediately. I always think that South Korea, Indonesia and Thailand which went to IMF for financial aid made a far better choice than Malaysia under Mamak Kutty who used the nation's oil company to bail out his son. We could have become the next Asian dragon!

Salam. Observer.

Stk said...

QD,let me tell you who Botak Chin is.He is a very notorious gangster,but he is soft hearted to the poor that is why he is known as "robin hood",
BN is no robin hood.rich or poor sapu semua,that is why DAP has adopt the slogan instead of Najib's 1 Malaysia to sapu sapu wang 1Malaysia.
Don't make me laught ,anak2 mandarins(pembesar) and Mahathir pandai buat business?The anon 17 July 2012 08:14:00 GMT+08:00 had mentioned it all.
Why not asked,what if they are not anak2 pembesar can they get all those juicy contracts so easily?You comes here just to provoke,right?

Adlan Noh said...

Saya masih ingat ketika Botak Chin di kepong, diserang & akhirnya ditembak mati oleh pasukan polis kerana jenayah rompakan yang dilakukannya. Botak Chin ditembak kerana ratusan ribu atau jutaan ringgit telah dikebasnya dari. Saya yakin majoriti rakyat Malaysia berasa amat lega diatas kematian Botak Chin. Persoalan saya, mengapa pula apabila kita dirompak depan biji mata & berlipat kali ganda oleh Botak Chin yang begitu ramai, kita masih diam membisu dan tidak bertindak. Mari kita ramai-ramai 'tembak' Botak Chin yang ramai ini dengan mata pena kita menjelang GE13. Kita 'bunuh' mereka dengan pangkahan maut. Apabila ini semua selesai boleh lah kita bawa mereka ini semua ke muka pengadilan. Kalau hukum hudud terlaksana, kita sama-sama menyaksikan detik2 pemotongan tangan sibedebah negara & bangsa.

Anonymous said...

Pergi tanya ex-finance minister yang bermisai dan kapala putih itu.

Di sudah rompak harta negara dengan berpuluh billion ringgit dan tidak memberi menafaat kepada Bumiputera. Dengan kekayaan dia, tidak ada seorang bumiP yang diupah di organisasi dia.

Itulah perompak Melayu yang diagung-agungkan. (Towering malay created by Mamak yang tidak prihatin terhadap bangsa sendiri)

Slogan "Hidup Melayu" memang diperlukan oleh UMNO semasa berkempen untuk menang dan terus rompak.

Anonymous said...

QD and your father are useless Malay cunt,penyokong tegar anak2 haram yang dilahirkan olih zaman pemerintah UMNO Mamak Kutty,apa lah nasib, baik lah awak ni suku sakat mamak kutty yang mana kilang arak dari philipine dia ada share,makanlah duit haram tu,hindu kalau tak ada arak hidudnya tak sah termasuklah awak.ABU

Anonymous said...

SATU UNTUK AKU, SATU UNTUK KAU...

DUA UNTUK AKU, DUA UNTUK KAU...

RAKYAT MELOPONG KENA TIPU DGAN UMNO.

Anonymous said...

Botak Jib ni merompak Hart a rakyat w/o blink of an eye.

Anonymous said...

Ada beza maa... botak chin dah ke hukum (gantung) diorg belum lagi kena hukum.... lepas PRU13 gamaknya....

tebing tinggi said...

Memang tidak dapat dinafikan kedua-dua perbuatan itu adalah sangat menjijikan,'merompak bersenjata atau mengunakan kedudokan bagi kepentingan diri'.

Dalam kontek "Malaysia" apa yang dapat disajikan ,kalau kita mengatakan kerajaan yang ada sekarang mengamalkan sistem kroni,apakah kepastian sekiranya petukaran kerajaan berlaku ,pekara yang sama tidak belaku.
Umom mengahtawi yang sekarang berada disebelah pehak lagi"PR" tidak lari dari perbuatan yang sama hanya kemampuan mereka terbatas kapada negeri-negeri sahaja ,kalau megambil alih negara bagimana ?, tambahan pula yang berada didalam "PR" sekarang telah mempunyi rekod-rekod yang tidak kurang hebatnya semasa berada didalam kerajaan yang ada sekarang.

Apa pon rakyat biasa hanya bolih becerita sahaja.
Apa pilihan yang ada ?.

Anonymous said...

" Botak Chin berkolar putih ".

This is the most dangerous groups, in position of trust, power or influence...they can do lots of damage and harm.

Adlan Noh said...

I agree with with Tebing Tinggi. Nobody can tell what the future holds. But given what can be seen and experienced by us presently, wouldn't it be better and wise and logical to place our bet on a 50-50 chance. Given one door to choose out of two: one with ferocious crazy dogs ready to tear your flesh to bits and pieces & the other you're not sure of, logic says we choose the one that only God knows best what is in store for us. Even if it is true that PR is no different than UMNO/BN, still at least we have years (10,20,30 years???) before the tsunami of corruption hit us for the second time. At least we, the rakyat, can enjoy a corrupt-free government for a while. As the saying goes: FIRST THING FIRST. KICK OUT THE PRESENT CORRUPT GOVERNMENT FIRST.

Orang Perak said...

What a stupid statement from tebing tinggi?

Umom mengahtawi yang sekarang berada disebelah pehak lagi"PR" tidak lari dari perbuatan yang sama hanya kemampuan mereka terbatas kapada negeri-negeri sahaja ,kalau megambil alih negara bagimana ?, tambahan pula yang berada didalam "PR" sekarang telah mempunyi rekod-rekod yang tidak kurang hebatnya semasa berada didalam kerajaan yang ada sekarang.
------------------------------

Bolehkah saudara buktikan dengan contoh yang tidak baik bagi “PR” terutama di Penang setelah 4 tahun diperintah dibandingkan dengan Umno 50 tahun?

Jangan buat fitnah macam UMNO atau asyik dengar keburukan seseoang tanpa membuat analysis sendiri seperti orang buta.

Sebagai manusia yang waras, tidak mungkin saudara tidak boleh membezakan kemajuan yang ditabir oleh PR di Pulau Pinang(DAP) dan Selangor (PKR).

1) Pendapatan negeri bertambah dan boleh melaksakan lebih project untuk rakyat.

2) Kurang Korupsi dengan tender terbuka.

3) Contractor Melayu berdikari bersaing untuk mendapat kontrack.

4) Warga tua dapat sumbangan tiap-tiap tahun. (Bukan 5 tahun sekali seperti UMNO)

5) Sumbangan kelahiran anak dan orang mati.

6) Air percuma di Selangor.

7) Free internet di PP.

8) Sumbangan RM 60 juta kepada kebajikan Islam dari PR kalau diibandingkan RM12 juta dari Umno.

Continue------

Orang Perak said...

Kalau PR mengambil alih Negara, kebaikan seperti :

1) Harga minyak turun. Secara tidak langsung semua harga barang akan turun. Tiap tiap keluarga akan jimat 10% daripada perbelanjaan minyak.(kalau RM500.00 sebulan dan dapat jimat RM 50.00)

2) Toll dibatalkan. Berapa jimat yang u akan dapat?(jimat ~RM 150?)

3) Pendidikan percuma.(RM20,000.00)

4) Kadar TNB diturunkan.(jimat RM50 sebulan)

5) Taxi driver dapat permit.

6) Harga Beras dan gula diturunkan.

Penjimatan (anggaran RM 300 sebulan bagi setiap keluarga di bandar)atau kebaikan yang dijanjikan bukan ambil dari pendapatan Negara tetapi dari kronis –kronis yang kaya raya seperti AP, IPP, Syeb muktar, Toll, consortium taxi...etc

Cuma ada 2 jenis manusia di Malaysia yang tidak mahu ubah dan biarkan Negara ini bankrupt:

1) Kronis yang sedia ada dan merompak harta Negara.(termasuk Mamak, Cina, Melayu,India...etc)

2) Orang yang bodoh seperti kinzir dan tidak tahu membezakan kebaikan dan keburukan dengan menuntun media Umno (TV/Utusan).

Unknown said...

Assalamu'alaikum dan salam Ramadhan, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Memulakan bicara, jutaan ampun maaf, agak terlewat mengikuti isu ini; juga ampun maaf andai terdapat ketidakwajaran pada ulasan ini.

Apapun, pada hemat saya, kebenaran tetap kebenaran juga. Soal pihak yang satu lagi dikatakan "corupt", eloklah ia dibuktikan secara sahih, kerana pertuduhan tanpa bukti akan mencabuli maruah dan kehormatan kita di hadapan-Nya, lebih-lebih lagi sebagai seorang yang mengaku beriman. Justeru, jangan kerana sentimen kita terhadap perjuangan "pembangkang" ini, segala yang haq itu kita nafikan terus, malah sengaja menuding jari kononnya merekalah pencetus huru-hara dan perpecahan. Perlu diingatkan kepada para penyokong tegar pihak penguasa kini, janganlah kita persiakan Ramadhan mendatang ini dengan sentimen dan kejahilan kita yang rasanya lebih teruk daripada jahiliyah sebelum syariat Islam nan lengkap ini. Bayangkan, seandainya segila-gila lagi ganas Botak Chin, masih mampu bersedekah, bagaimana pula kini? Inikah namanya pemegang amanah Muslim, mukmin lagi bertaqwa? sama-samalah kita fikirkan, K?

Mengakhiri ulasan, sekali lagi ingin saya tegaskan, para pendukung, penaja, penganjur, pelaksana, hatta penyokong kemungkaran, sekaliannya sama di sisi-Nya. Oleh itu, mahukah kita saling dakwa-dakwi dalam neraka nanti, atau berbual gembra di syurga? Oleh itu, kalau tak mampu sekalipun untuk melaksanakan perundangan-Nya secara total, laksanakanlah sedikit demi sedikit serta didiklah masyarakat agar mereka sedar akan perhitungan selanjut ini (pahala dan dosa, syurga dan neraka) serta manfaatnya ke arah kesejahteraan semua termasuk non-Muslim. Seganas-ganas Umar Al-Khattab RA, ketika Baginda menjadi Amirul-Mukminin, tetap juga menghukum anaknya yang bersalah, UMNO?

Terima kasih dan salam jihad.

Sidek suliana said...

Setahun sdh berlalu..Apakah kes ini juga dibiarkan tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa spt Sprm dll?