01 July 2012

Rebahnya BN kerana kesalahan mereka sendiri, bukannya kesalahan orang lain

Insiden yang mengasari Ketua Menteri P Pinang di Telok Bahang semalam membuktikan yang BN amat sengsara apabila kalah di dalam pilihanraya 20008 yang mengakibatkan BN  jatuh tersembam di Pulau Pinang dalam PRU yang lalu.  Kerajaan PR yang di ketuai oleh DAP itu telah melakukan yang terbaik dan telah pun membuktikan yang sesebuah kerajaan itu boleh ditadbir dengan baik jika pimpinannya telus, jujur, dan sebenarnya rasuah boleh dielakkan.

Jika P Pinang kini mempunyai pentadbiran yang hampir sama dengan prestasi BN, tentulah BN mempunyai peluang untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang selepas pilihanraya yang akan datang. Tetapi Lim Guan Eng dan barisan pimpinan kerajaan P Pinang telah menunjukkan perbezaan ketara dengan membuktikan yang PR memang lebih berkemampuan untuk mentadbir dari BN yang telah menguasai P Pinang dari 2008 dahulu.

Justeru kata-kata pemimpin-pemimpin BN yang mengatakan mereka (BN) akan mengambilalih Pulau Pinang di dalam PRU 13 ini hanyalah merupakan kenyataan untuk menyedapkan hati sendiri dan tindakan psikoloji sahaja.  Keputusan PRU 13 sebenarnya sudah ditentukan. Pulau Pinang akan tetap berada ditangan PR, malahan lebih kuat lagi selepas PRU itu nanti.

Oleh kerana itulah nampaknya pihak BN melalui Perkasa telah melakukan perkara-perkara yang mengaibkan dengan mengasari pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan sikap kurang ajar pihak yang mengasari Ketua Menteri itu merupakan ‘reflection’ yang jelas tentang nilai dan budaya pihak yang dalam keadaan ‘desperado’ di negeri itu. Kejadian yang menimpa Ketua Menteri itu merupakan kejadian yang sangat tidak bertamaddun yang dilakukan oleh kumpulan dari Perkasa itu.

Jika BN hendak menang dalam pilihanraya tunjukkan kelakuan yang baik, kerana kekalahan BN dalam pilihanraya yang lalu itu adalah di sebabkan BN khususnya UMNO tidak mempunyai budaya yang baik yang secocok dengan zaman dan waktu ini.  Budaya kasar mengkasari ini hanya berlaku di zaman batu dahulu. Di zaman batu dulu siapa yang mempunyai lengan dan penumbuk yang besar merekalah yang berjaya.

Zaman sekarang manusia mahu dipimpin oleh pemimpin yang menggunakan otak dan pemikiran,  bukan menggunakan buku lima atau dengan lengan yang berotot besar. Tetapi nampaknya pihak polis masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap penjenayah itu kerana penjenayah itu datangnya dari pihak atau dari penyokong BN khususnya UMNO.

Sesiapa boleh menyokong sesiapa, tetapi jika BN disokong oleh kaki gaduh dan samseng, bagaimanalah rakyat yang berfikir akan menyokong mereka. Rakyat tidak mahu pimpinan yang menyerupai pimpinan Iddi Amin dari Uganda suatu ketika dulu.

Tetapi apa yang kita harapkan agar LGE bersabar dan teruskan kerja baik yang anda telah lakukan di Pulau Pinang selama empat tahun  ini sehinggakan negeri tiu menjadi sebuah negeri yang premium jika dibandangkan dengan kerajaan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN. Jagalah keselamatan anda dengan baik kerana nampaknya pihak polis tidak begitu ‘magnanimous’ dalam menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan rakyat dan negara.

Sikap ganas pihak Perkasa dan penyokong BN sekarang ini bukannya kerana apa: ia adalah kerana BN akan tersungkur kerana sikapnya sendiri. Bukannya salah sesiapa yang lain.

14 comments:

Anonymous said...

Tuan AA,

Saya sangat setuju dengan pendapat tuan.Cuma hendak tambah sikit.Jika pemimpin puak umno meringkuk dalam penjara selepas kekalahan ini janganlah salahkan orang lain, salahkan diri sendiri kerana tidak dapat mengawal nafsu rakus merembat wang negara kedalam kantung sendiri.

- Salahkan diri sendiri kerana gagal memegang kuasa dengan tanpa salahguna kuasa.


Salam A.B.U

-scorpeneterbang-

Anonymous said...

polis haramjadah,,,polis pulau pinang jangan jadi babi...tangkap ja depa yang buat khianat kat orang,,,jangan takut kat umno,,tak kan hangpa nak minta syafaat kat depakot akhirat nanti...buat kerja ikutlah cara islam ..jangan aniaya orang...hangpa kena ingat amanah yang rakyat bagi tu...polis di raja malaysia...

Anonymous said...

umno rebah...dan kita biarkan si anugerah Tuhan menjadi PM.. Kat mana saya nak letakkan muka. Saya, apabila saya pandang si anugerah Tbuhan akan terbayang filem hebat abad ini engan pelakon seiras anugerah Tuhan, takkan saya terlupa adegan kot* bengkok anugerah Tuhan.

Takkan juga kita biarkan si billionaire hasil songlap wang rakyat dan dikatakan hasil judi kuda jadi PM. Nauzubillah...jauhkan bencana ni dari negara ini, Ya Allah.

Anonymous said...

Pan,
Inilah masaalah orang Melayu dan Mamak Penang,dia orang ni telah diperalatkan olih UMNOgok tapi UMNOgok ni licik sikit dia gunakan PERKSA dan PEKIDA untuk menyampaikan agendanya.Semasa GERAKAN memerintah tak berani pula,melayu dan mamak banyak yang pindah dari Pulau ka tanah besar,masaalah rumah diPulau Pinang bukan sekarang zaman Wong Pau Nee,Lim Chong Yew sampai lah kapada Koh Buah Sukon sama aje tiada beza,apa orang Melayu nak bising. UMNO tiada telok masa tu, dan sekarang siapa pengerusi BN Pulau Pinang, Parti UMNO? Gerakan tiada kerusi dalam DUN tapi tak berani bersuara so apa jadi? diperkudakan UMNO olih Gerakan dan MCA,apa UMNO/Perkasa/Pekida tak bising mana perginya perwira2 umno /perkasa/perkida heh!!!....simpanlah telok tu. Apabila DAP perintah baru nampak Melayu dan Mamak bising,Helo kawan tak payah nak tunjuk samseng simpan jelah. ABU

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Politic is about perception, not individual or individuals. Individuals can come & go. The most important thing is, ATM, most rakyat perceived BN as a party for families & cronies first, than only for rakyat. BN knew this...thats why they attacked Anwar & PR everyday to hide their mismanagement of Msia...but sadly BN failed miserably to hoodwink most of the rakyat cuz >U CAN’T FOOL THE PEOPLE ALL THE TIME > And most of the rakyat won't get fooled again. NEVER!!!

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

anon 08:00

Itulah yang dibimbangi bila pihak keselamatan iaitu polis/tentera memihak kepada UMNO/BN terutama bila PR berjaya menguasai Putrajaya.

Macamana kalau Perkasa/Pekida mengamuk?
Macamana kalau totok2 UMNO bikin huru-hara?
Macamana kalau samseng2 upahan merajalela?

Adakah ini semua dihalalkan supaya Agong boleh mengisytiharkan Dharurat?

Adakah Malaysia akan diperintah oleh junta tentera?

Renung2kan..

Surrogate

MAHApenipu said...

Sudah 54 tahun UMNO memerintah tapi tidak dapat menjadikan majoriti ahli2 & penyokong2nya manusia yang bertamadun.Sebaliknya cara tindakan & minda mereka semakin jauh mundur.Atau pun budaya primitif ini sengaja diterapkan,supaya golongan elit2 UMNO sentiasa boleh memperkudakan & perbodohkan mereka.

apanama pun boleh said...

Kejadian BN mengganggu majlis-majlis anjuran PR menunjukkan mereka tidak mahu rakyat mendapat maklumat sebenar terutama org2 kg.Ini menunjukkan majoriti rakyat kurang yakin terhadap berita2 yg disiarkan oleh media massa utama kerajaan.Ramai yg dtg ke majlis PR bertujuan mendapatkan maklumat alternatif utk mereka membuat pernilaian sendiri. Kenapa BN kelam kelibut sgt kerana yg hadir kemajlis2 PR belum tentu mengundi PR.Apakah BN terlalu banyak skandal kewangan,sehingga takut rakyat mengetahuinya?

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Ma sha Allah! Pertama, saya terharu benar dengan kesemua respond yang sempat saya baca "(8 comments)" serta begitu sedih, kecewa dan geram tak terkata dengan pendedahan terbaru ini. Maknanya, saudara dan rakan-rakan sememangnya berpijak di bumi nyata, bukan macam, sebagaimana yang sering saya tegaskan berulang kali, para dajjal yang dah kenyang dengan khamar, maisir, ansab dan azlam (Rujuk Juz 6/30, Surah Al-Ma-idah [s5/114], ayat 90-91/120).

Justeru, telahan saudara dan kalan bahawa mereka akan terhempas dik salah sendiri, sesuatu yang tak mungkin terselindung lagi. Nah, cuma, adakah mereka dan para penyokong mereka sanggup menerima kenyataan sebegitu sebagaimana pesakit kronik yang tinggal mau mati aja? Sebab itu jugalah, saya telah tegaskan acapkali, kalau nak kira bangsa, tentu sekali Allah SWT boleh mengangkat sama ada Yahudi atau Arab menjadi peneraju dunia hanya kerana pada bangsa dan tempat merekalah berkembangnya ketamadunan dan syariat Islam ini. Tapi, kenapa tak jadi begitu? Tolonglah, kalian para dajjal dan para penyokongmu jawab ... Kalau tak reti, tak boleh, tak mampu, sila berambus aja dari Putrajaya, K?

Menutup bicara, sekalung penghargaan dan kepada kalian serta jutaan ampun maaf andainya kedapatan elemen kurang sopan pada ulasan saya kali ini. Cuma, saya ingin tegaskan, rasa benci saya ini hanya saya tujukan kepada para dajjal UMNO/BN ini sahaja, bukan kesemua ahlinya yang pasti kedapatan sebahagian besar mereka juga tak redha dengan perlakuan sebegitu. Hanya mereka tak mampu bersuara dik dikunci (seal) rapi. Justeru, elok kalian berhijrahlah walaupun terpaksa meninggalkan yang disayang sebagaimana penghijrahan Rasulullah dan Muhajirin dari Makkah ke Madinah. Takziah kepada TS Lim dan banyak bersabarlah; perhalusilah saranan Saudara Blogger ini dan yakinlah, ego dan sentimen puak-puak ini akan berkecai jua. Teruskan perjuangan; sesungguhnya TS antara "icon" warga Malaysia tercinta serta perwira yang akan kami kenang.

Terima kasih dan selamat berjihad!!!

mahaza said...

Anon 23:23 tulis "Takkan juga kita biarkan si billionaire hasil songlap wang rakyat dan dikatakan hasil judi kuda jadi PM. Nauzubillah...jauhkan bencana ni dari negara ini, Ya Allah."

Letih bila tengok manusia yang tak reti membaca nih. . . yang si penuduh kata dapat duit judi tu dah kena saman dan mahkamah pun dah sahkan ianya pertuduhan palsu dan dikenakan ganti rugi tak jumpa dalam berita ke?

Anonymous said...

Kenapa tunku abdul rahman dan tun hussien onn meninggal dunia bukan ahli umno?..keluar dari umno..kerana umno baru yg diterajui madey..bukan umno yg sebenarnya..ada rahsia negara semasa mengangkat sumpah sebagai pm yg perlu disimpan sampai bawa ke mati..tidak mustahil paklah pon akan tinggal umno sebelum meninggal dunia..

Pemimpin ameno,pegawai kanan kerajaan dan tokey tokey kebiasaan bangsa cina yg korup/rasuah yg buat bee end tidak relevan kepada rakyat malaysia..rakyat sudah sedar..jgn lupe mengambil tindakan terhadap tokey tokey yg jelas mengamalkan rasuah..

Anonymous said...

So Surrogate,

what do you recommend as safety precautions, let's hear them from your wisdom... ai say QD mesti report balik !

Anonymous said...

Anon 20:22

tokey tokey yg jelas mengamalkan rasuah.. sepatutnya di"engaged" untuk berani pusing 180 darjah, buat apa amal rasuah ? Kalau gomen baru PK, ABU tidak mengamal rasuah, sebaliknya menghukum. Rasuah berlaku sebab ada pihak yang demand, yg korup nak beli beg birkin, yang tidak transparent, yang pembolot.

Tokey tokey transfer serta agihkan wang itu saja, secara tulus untuk pembangunan komuniti Melayu, India, Cina serta Orangasli. Kos business pun tidak " mark up ", pengguna2 pun dapt manfaat. Makes sense, feasible ? It sure does make sense.

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

anon 3 July 2012 18:23:00 GMT+08:00

Tak de apa yang kita boleh buat bila UMNO/BN mengganas bila tewas PRU13.

Itu kira 'desperate attempt to cling on to powers' omputih kata.

'Patriotism is the last refuge of a scoundrel'

Mereka akan mengheret raja/sultan sambil menghunus keris kononya nak mempertahankan sistem feudal lapuk tersebut.

Sudah tentu raja/sultan akan menurut 'perintah' geng songkok tinggi yang selama ini memberikan projek,kontrak dan tanah2 pembalakan melalui proksi2.

Pekida dan Perkasa tu cuma konco2 balaci yang mudah teruja dan terlompat2 bila isu2 perkauman dan raja2 dimainkan,sedangkan yang kaya adalah kepala2 mereka yang mendapat cebisan2 'bread crumbs'.

Jadi,hubungkait itu sudah sebati dalam persekongkolan menjarah tanah Malaya yang kita cintai ini.

Ianya sudah mendarah-daging atau 'deep rooted'.

Hanya Allah yang dapat mengubah hati2 mereka.

Mudah2an.

Surrogate