07 July 2012

Memecahkan ruyung itu susah, tetapi akan sampai ke sagunya juga, Insyaallah

Penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam kesusahan meneruskan operasinya kerana kerugian yang berganda-ganda sejak syarikat penerbangan itu di ambilalih oleh Tajuddin Ramli. Kerugian berada dalam angka yang berbillion-billion ringgit dan sejak itu berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan yang kadang kala adalah usaha yang diibaratkan seperti tikus memperbaiki labu.

Apa yang dihadapi oleh syarikat-syarikat yang berstatus ‘public companies by guarantee’ ini, operasinya tidak dapat dilakukan mengikut kehendak dan keperluan ‘professionalism’ dalam pengurusannya.

Ini adalah disebabkan syarikat-syarikat seperti ini selalu di ganggu oleh elemen politik oleh pihak yang berpengaruh dalam negara. Syarikat-syarikat seperti ini selalu diambil kesempatan oleh keluarga yang berpengaruh untuk kepentingan mereka semata-mata tanpa mengira kepentingan pemegang saham terbesarnya iaitu rakyat keseluruhannya.

Siapa pun tidak dapat ‘comprehend’ bagaimana MAS sekarang dipaksa untuk menanda tangani perjanjian dengan Petron (dulunya Esso Mobil) yang sekarang di kuasai oleh seorang ahli keluarga Dr Mahathir untuk membeli bahan bakarnya dari syarikat Petron ini. Bukankah kita mempunyai syarikat petroleum kita sendiri. Petronas?

Pakatan Rakyat telah meminta Putrajaya memberikan keterangan lengkap kenapa sebuah syarikat yang penting untuk negara sekarang dikuasai oleh keluarga Dr Mahathir itu? Sehingga sekarang Putrajaya masih belum memberikan jawapan kepada pertanyaan dari pihak Pakatan Rakyat itu.

Ianya tidak boleh lari dari tuduhan rakyat yang perjanjian perniagaan ini hanya boleh dilakukan oleh kuasa dan pengaruh seseorang dipihak yang sedang dalam keseronokan berkuasa. Saya percaya jika Mirzan dan adik beradik itu hanya anak kepada seorang penoreh getah ‘deal’ seperti ini tidak akan dapat diperolihi dengan cara yang terlalu istimewa ini.

Begitu besar sekali ‘subsidy’ perniagaan yang diperolehi oleh keluarga ini. Kita harapkan orang-orang ini membina perniagaan yang kecilan kepada konglomerat yang besar-besar tetapi mereka hanya mampu untuk mengambil alih perniagaan yang sedia ada dengan membelinya dengan harga yang rendah unuk kepentingan mereka sendiri.

Berapa orangkah diantara rakyat yang dilahirkan dalam keluarga berpengaruh seperti ini. Itulah sebabnya rakyat begitu bingung dengan sikap pemimpin besar atau bekas pemimpin negara yang tidak langsung memberikan faedah kepada rakyat. Ramai diantara yang dibawah ini adalah anak-anak peneroka dan penoreh getah dan buruh kasar. Saya sendiri hanyalah anak seorang mata-mata. Peluang istimewa ini hanya diperolihi oleh anak-anak bekas pemimpin politik besar negara.

Mereka ini berniaga hanya menggunakan politik keluarga mereka sahaja. Kepandaian bukan setara mana tetapi oleh kerana kuasa dan pengaruh politik keluarga mereka ini secara automatik mereka menjadi seperti orang pandai. Bagaimana nak kata mereka tak pandai?...sedangkan mereka ini sentiasa berpeluang untuk berniaga secara monopolistk. Kalau diberikan peluang ini kepada anak buruh kasar pun perniagaannya akan berjaya jika diberikan keistimewaan sebegini.

Kadang-kadang kita bertanya juga, bagaimana kah anak-anak orang lain untuk maju kerana segala-galanya disuapkan dengan sudu emas kepada ahli-ahli keluarga yang berpengaruh seperti ini. Apakah hikmahnya dengan kewujudan keadaan ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi jika kita menggunakan akal fikiran kita yang tidak seberapa ini mungkin hikmahnya ialah akan berlaku pertukaran pimpinan negara melalui parti-parti yang lain dari parti yang memerintah sekarang ini.

Lebih membingungkan pemimpin-pemimpin ini jugalah yang bercakap bergegar-gegar kononnya hidup kita perlu berbakti secara jujur dan telus seperti yang di seru oleh pemimpin yang berada dalam satu acuan seperti bekas pemimpin negara ini?

Keadaan ini sedang berlaku dan akan terus berlaku selagi mereka boleh menggerakkan mata dan tangan mereka. Tentulah segala yang dilakukan oleh mata dan tangan ini digerakkan oleh elemen apa yang ada dalam sanubari mereka itu.

Seperti yang kita tahu, kita hanya memilih satu diantara dua elemen yang bertentangan dalam jiwa kita, iaitu yang benar dan yang bathil. Tindakan tangan dan mata serta anggota-anggota lain itu berpunca dari arahan dalaman seseorang itu.

Jika yang bathil itu lebih mempunyai pengaruh di dalam dalaman kita maka perkara-perkara seperti ini akan terus berlaku. Untuk memerangi elemen-elemen kebathilan ini ia memerlukan proses perjuangan yang cekal dan bukan mudah untuk melawan elemen-elemen bathil itu.

Kata ulamak-ulamak yang muktabar, cara yang mudah untuk mengalahkan elemen bathil ini ialah untuk memperkuatkan elemen-elemen yang haq di dalam diri kita. Tetapi untuk mencapainya kita terpaksa bertawajjuh dan bertawassul kepada Rasul dan Tuhan secara intensif dan terus-terusan. Kata bahasa ulamak ia bermaksud yang zuhud, usaha itu memerlukan istiqomah yang tinggi.

Usaha itu tidak boleh berhenti setengah jalan. Bukan mudah untuk memecahkan ruyung yang tebal ini untuk sampai ke sagunya.

9 comments:

Anonymous said...

moses kata: senang aja nak ajar mereka ne semua,kita boikot aja brand minyak ne,selalunya bila mengalami kerugian kerajaan akan menyelamatkan mereka, cuba fikir duit siapa kah yg digunakan. Terima kaseh

Lex said...

pemerintah sekarang akan terus menyalahgunakan mandat yang ada untuk
menutup segala kepincangan dan mengaburi rakyat dengan cerita yang tidak benar terutama di media-media konservatif pro Umno-BN. Dengan salah guna dana awam untuk kepentingan parti pemerintah ditambah dengan kerjasama yang amat licik diantara umno-Bn dengan SPR seperti penyalahgunaan undi pos, kewujudan kad pengenalan sementara untuk mengundi, kenaikan jumlah pengundi di sesuatu kawasan secara mendadak dan pelbagai taktik bom wang dan rasuah yang dihalalkan oleh umno-Bn. Amat sukar untuk pakatan rakyat mara ke Putrajaya secara adil kecuali apabila negara Malaysia sudah Bankrap dimana umno-Bn tiada lagi sumber wang untuk mereka bermain politik wang dan menyogok rakyat. di waktu tersebut barulah pakatan rakyat mungkin berpeluang di atas padang yang rata tetapi di masa itu amat sukar untuk memerintah kerana umno-Bn pasti telah meninggalkan warisan hutang yang amat banyak. amat rugilah rakyat pada waktu itu.

Amuraria said...

kita boikot minyak brand bau pengkhianat yang buat berbilion-bilion !

Anonymous said...

Mahakutty adalah punesihat Petronas. Dia dah mainkan Petronas untuk kepentingan keluarga. Hampeh punyo manusio..

Anonymous said...

Boikot adalah satu cara yang baik untuk menunjukkan protes dan mengekang mereka. Mereka adalah golongan yang tamak. Harta negara dianggap seperti harta mereka yang boleh dibuat sesuka hati. Sang penguasa bebas menggunakan khazanah negara dalam kalangan mereka. Banyak telah dibongkar oleh PR berserta dengan bukti tapi tidak menunjukkan kesan yang drastik. Malah yang membongkar pula menjadi mangsa penguasa. Rasuah, kronisme dan nepotisme berleluasa. Pelaksana undang-undang sewajibnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh berintegriti tanpa mengira bangsa, agama dan status seseorang. Ikrar perkhidmatan sudah dilafaz dan dilakri bagi menunjukkan kepatuhan terhadap kod etika profesion mereka. Tapi, inilah yang menyedihkan dan menghampakan kita golongan marhaen ini. Mereka yang atas melanggar etika yang telah dimeterai tapi yang di bawah terjerit-jerit disuruh, diarah dan diwajibkan melafaz ikrar taat setia dan patuh kepada etika dan kepada sang penguasa. Apakah maknanya ini? Samalah dengan kes MAS beli minyak PETRON. Berpusing-pusing ditempat yang sama gelagat mereka. Rakyat perlu terus dengan kematangan dan kesedaran dalam berpolitik terutama dalam memilih pemimpin yang telus, berintegriti dan berilmu agama. Teruskan perjuangan PR, moga beroleh kejayaan demi mewujudkan Malaysia yang bersih dan maju.

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers.

Mirzan a/l Mahathir menguasai San Miguel sykt pengeluar arak terbesar di Manila yang membeli kepentingan Exxon Mobil Malaysia yang dituksr jenama kepada Petron.

Tahniah Tun Mahathir kerana mendidik anak yang menjadi usahawan arak Melayu yang terulung di dunia.

Arak sememangnya haram disisi orang Melayu Islam tetapi tidak dikalangan orang India Kerala.

Tambahan pula majlis ulamak, mahupun Harussani memberikan kerjasama penuh dengan tidak mengeluarkan sebarang fatwa.

Cukai yang dikutip daripada pemabuk boleh digunakan untuk pembangunan negara.

Inilah semangat 1Malaysia yang terpuji dimana BN tidak membezakan antara agama,kaum dan golongan miskin/kaya.

Menyentuh tentang Petron sebagai pembekal bahanapi MAS,ianya cuma satu kebetulan.

Kebetulan Petron menawarkan harga lebih baik dari pesaing lain,walaupun tidak diadakan tender terbuka.

Kebetulan Mirzan anak Mahathir.Kalau anak2 menteri lain boleh dapat projek,apa salahnya anak Mahathir yang telah banyak berjasa kepada negara?

Kebetulsn jugs rakyat Malaysia mengundi BN. Jadi terpulanglah kepada BN mengagih2kan kekayaan dikalangan sesama pemimpin yang banyak berjasa.

Kalau nak dibandingkan dengan negara lain seperti Somalia, Bhutan dan Congo,kita masih beruntung kerana ada makanan,pakaian dan tempat tinggal.

Tanpa BN kita masih bercawat dan makan buah2an hutan.

Terima kasih UMNO/BN.

Surrogate

Anonymous said...

Surrogate berlagak macam pak lebai tapi suka membuat fitnah konon PR lebih Islam dari UMNO.Tahukah anda lebih drp 50% ayam di market Malaysia ini tidak disembelih secara islam yang betul ?
Terlupakah cerita Ayam dan Kambing dua orang sahabat yang baik yang pernah diceritakan disini ?.

Elok di ulangtayang semula.Begini ceritanya:

Ayam dan kambing adalah dua sahabat sejati walaupun berbeza specis.
Maka berkatalah kambing kepada Ayam " Kau ni Yam baju cantik berwarna lagi( bulu ayam yang cantik) tetapi KAKI AYAM!!??."

Ayam amat sedih dengan kata jata kambing sebagai saorang sahabat karib.Lalu Ayam pun berkata " Kau Bing apa kurangnya ! janggut panjang, alim konon tapi NAMPAK TELOR !!??.
Kesimpulanya tak baik mengata orang tanpa mengetahui fakta yang sebenar.Politics of hatred tidak membaws kita kemana hanya dosa kering sahaja.Maaf ya.

Surrogate anda sebenarnya adalah kambing kan ? termasok juga dalm gulungan munafik.Mintak mintak janganlah ya.Sekadar teguranWallahwualam.

@KM

Anonymous said...

Bro,

Saya dah berhenti mengisi minyak di mana-mana setesen minyak Esso/Petron sejak pengumuman yang syarikat miguel ni akan membeli kesemua setesen-setesen minyak Esso di seluruh negara. I walk my talk.

Hatta nak isi angin tayar keretapun saya tak gi setersen minyak esso/Petron ni.

bat8

Anonymous said...

Mat pendang,
Awatnya sampai lagu tu bro.Exxon Mobil employed many malay engineers Tak percaya tanya sifu Kampong man.Dia orang minyak.hehehe.