19 July 2012

Wishing you very happy 94th birthday, Nelson Mandela!


Semalam genap 94 tahun usia Nelson Mandela, pemimpin ANC Afrika Selatan yang telah meruntuhkan Regim Apartheid Afrika Selatan. Perjuangan beliau merupakan satu contoh perjuangan yang amat berliku sehinggakan beliau merupakan satu-satunya pemimpin politik yang telah dipenjara selama 27 tahun sebelum dibebaskan dan menamatkan sistem apartheid Afrika Selatan.

Beliau dibebaskan pada tahun 1990 dan sebaik sahaja pembebasan beliau Afrika Selatan telah berjaya untuk mengelakkan perang saudara dan berjaya mewujudkan sistem demokrasi di negara itu. Mandela telah menyatukan rakyat yang berbeza-beza dan beliau tidak mengambil tindakan membalas dendam terhadap masyarakat kulit putih yang telah menekan masyarakat kulit hitam semasa pemerintahan apartheid sebelumnya.

Mandela merupakan seorang yang penuh dengan ‘magnanimity’ dan telah berjaya membebaskan bangsanya dari hidup sebagai rakyat kelas kedua semasa pemerintahan Apartheid itu. Beliau telah menjadi Presiden hanya seketika sehingga masyarakat Afrika Selatan berjaya disatukan dan membina sistem demokrasi yang menjadi idaman rakyat semasa pemerintahan apartheid dahulu.

Beliau merayakan hari jadi beliau di Qunu, tempat persaraan beliau dan beliau jarang-jarang dilihat di khalayak ramai sejak dari itu. Beliau merayakan hari jadi beliau secara sederhana bersama anak-anak dan cucu-cucu beliau di Qunu dan turut serta ialah isteri beliau Grace dan bekas isterinya Winnie. Seluruh dua belas juta pelajar dan kanak-kanak sekolah diseluruh Afrika Selatan telah memulakan hari jadi Mandela dengan menyanyikan lagu anti-apartheid bagi mengingati dan menghormati perjuangan serta pengorbanan Nelson Mandela terhadap rakyat dan demokrasi negara itu.

Beliau masih kelihatan sihat dan bermaya dan beliau tentulah menjadi idola kepada ramai pemimpin dunia dan rakyat biasa dunia termasuk lah diri saya. Apa yang saya impikan ialah kita juga akan mendapat seorang pemimpin yang ‘magnanimous’ seperti beliau di negara ini untuk tampil membetulkan keadaan negara yang sedang menghadapi kepimpinan yang serius sekarang ini.

Kita masih lagi diselubungi oleh elemen-elemen apartheid dalam bidang ekonomi dalam mana segala peluang yang besar-besar hanya untuk segelintiran keluarga yang berpengaruh dan berkuasa. Semasa apartheid di Afrika Selatan dahulu segala peluang besar-besar dan lumayan hanya diperolehi oleh segelintiran masyarakat yang berkulit putih dan yang berkuasa semasa itu.

Kita masih lagi terbelenggu dengan semangat apartheid dalam bidang ekonomi terutamanya dan juga dalam bidang politik dengan tekanan yang begitu kuat terhadap rakyat yang tertekan di negara ini.

Pengakhirnya kita berharap kita juga akan timbul dan di datangi seorang pemimpin yang mahu dan bercita-cita untuk menjadi seorang Mandela untuk membetulkan kembali sistem kerajaan kita yang telah rebah rempah sejak tiga dekad yang lalu.

Siapakah yang mampu untuk menjadi Mandela di kalangan kita, tidak dapat kita ketahui tetapi yang pasti tidak mungkin ada Mandela itu di kalangan yang sedang berkuasa dan dalam persaraan.

Walaubagaimana pun saya yakin Mandela itu masih ada dan di harap rakyat akan dapat mencari dan menunggu kedatangan Mandela yang kita tunggu-tunggu itu.

Kepada Nelson Mandela, kita ucapkan selamat hari jadi, semoga dipanjangkan usia beliau dalam keadaan sihat walafiat sentiasa. Hanya kita sedang tertunggu-tunggu bilakah seorang Mandela muncul di kalangan rakyat Malaysia kita ini.

5 comments:

Anonymous said...

Happy Birthday Mandela - A Giant of a man. Malaysian Mandela - Ambiga?

bujai said...

salam bang,

pemimpin sejati biaso eh hidup lamo sobab gamai rakyat yang mendoakan dio.

di negaro kito ni, pemimpin yang baik pun didoakan mati copek.

apo nak buek...

hehehehe...

ordinary malaysian said...

Tetapi Mandela sendiri tidak begitu berjaya dalam menanggani banyak masaalah. Walaubagamanapun, tidak dapat dinafikan pencapaian beliau dalam "dismantaling" polisi apartheid yang juga berwujud disini.

tebing tinggi said...

Kejayaan Mandela ni hanya menentang apartheid sahaja ,Africa Selatan telah sedia maju sebelum apartheid dihapuskan,tampa sokongan dunia ketiga Mandela ,terutama Malaysia, Mandela tidak akan berjaya.

Anonymous said...

Tuan AA,

Mandela tiada tapi Marcos ada berlambak..

Salam perubahan A.B.U

-scorpeneterbang-