25 July 2012

Penghapusan duti eksais kereta: sekali lagi BN kata tidak wajar

Niat Pakatan Rakyat untuk menghapuskan duti eksais dan pelbagai cukai terhadap kereta-kereta adalah usaha yang patut mendapat sokongan. Ini adalah kerana kereta adalah perkara keperluan rakyat negara ini yang masih terlalu jauh ketinggalan dalam menyediakan kemudahan pengangkutan awam. Sesungguhnya rakyat telah terlalu terbeban dengan kos pembelian kereta kerana sebahagian besar daripada harga jualan kereta di negara ini adalah disebabkan oleh elemen cukai-cukai seperti duti eksais yang tinggi yang dikenakan oleh pihak kerajaan kita.

Jika duti eksais diturunkan ke tahap minima maka kereta import yang berharga sebanyak RM150,000 itu akan boleh didapati dengan harga RM120,000 misalnya. Malahan kalau kita kaji harga kereta di banyak negara maju ia adalah jauh lebih rendah daripada harga kereta yang rakyat kita terpaksa bayar. Harga kereta di negara ini terlalu tinggi dan kita adalah bersamaan dengan negara-negara seperti Singapura dan segelintiran negara di rantau ini.

Itulah sebabnya ramai di antara rakyat negara ini, apabila kembali ke Malaysia kereta adalah salah satu ‘item’ penting yang dibawa mereka kembali kerana mereka telah membeli kereta-kereta tersebut dengan harga yang amat murah di luar negara. Tetapi cadangan ini jangan kita harapkan mendapat sokongan dari pihak parti yang memerintah sekarang kerana mereka tidak akan bersetuju untuk memberikan sokongan dan alasan ‘standard’ yang diberikan mereka ialah tindakan itu akan membangkrapkan negara.

Pihak BN telah memberikan reaksi yang negatif terhadap isu ini dan Ketua Pemudanya Encik Khairy Jamaluddin telah menyatakan jika ini terlaksana maka ia akan mengurangkan pendapatan negara dalam jumlah yang berbillion ringgit setahun. Kita tidak boleh melayani pandangan ini kerana beliau (Khairy) adalah di pihak pimpinan dan kerajaan yang tidak mempunyai cukup imiginasi untuk mencari pendapatan alternatif terhadap kekurangan pendapatan daripada tindakan mengurangkan duti eksais dan cukai-cukai yang berkaitan dengan harga kereta ini.

Kalau kita mengambil ‘pot’ terhadap alasan Khairy ini semuanya tidak boleh kita lakukan. Memang menjadi ‘attribute’ pimpinan pada hari ini untuk tidak mahu melakukan apa-apa yang ‘innovative’ untuk kepentingan rakyat dan jika mereka hendak lakukan pun, mereka tidak akan mampu melakukannya. Pihak pimpinan sekarang hanya berfikir yang memberikan RM500 itu sebagai bantuan untuk mengurangkan beban itu adalah yang terbaik kerana mereka tidak mempunyai daya ‘innovation’ yang tinggi. Lepas ini mungkin penjawat awam akan mendapat bonus raya pula dan ini mereka anggap akan dapat meringankan kehidupan mereka sampai bila-bila.

Yang penting bagi kita ambil ingatan, iaitu pihak BN khususnya UMNO tidak mempunyai kewibawaan untuk menggubal dasar yang baik untuk rakyat. Oleh kerana terlalu biasa dengan keuntungan kroni-kroni apabila menggubal dasar, lama kelamaan pemikiran pimpinan itu menjadi tumpul dan menganggap apa sahaja yang pihak pembangkang buat itu merupakan satu perkara yang tidak boleh dilaksanakan. Pimpinan BN melakukan terhadap pihak pembangkang itu berdasarkan kepada tahap kemampuan mereka. Oleh kerana mereka tidak terfikir dan tidak mampu melakukannya maka pihak pembangkang pun dianggapnya tidak berkemampuan seperti mereka.

Dalam isu penghapusan duti eksais kereta-kereta ini Khairy menyatakan yang ia akan merugikan kerajaan berbillion ringgit, tetapi Khairy tidak pula mengakui yang kerajaan yang didukungnya bertanggungjawab di atas ketirisan sebanyak RM28 billion setahun. Jika PR menjaga ketirisan ini daripada berlaku, maka kita boleh menjimatkan wang rakyat sebanyak RM28 billion setahun dan angka ini lebih rendah daripada kehilangan pendapatan jika cukai dan duti eksais dihapuskan.

Menghapuskan cukai dan duti eksais itu akan menambahkan ‘disposable income’ rakyat dan ia bermakna kehilangan pendapatan kerajaan itu dipindahkan kepada penambahan ‘disposable income’ rakyat yang ramai. Saya tidak tergamak hendak memberikan ‘markah’ kepada Khairy sebagai pemimpin tertinggi Pemuda UMNO tetapi yang menyedihkan saya, sepandai mana seseorang itu dan berkelulusan dari mana sekali pun seseorang itu, apabila menjadi ahli UMNO dan pegang pula jawatan yang tinggi-tinggi dalam parti itu dengan secara ‘automatic’ seseorang itu akan menjadi jumud pemikirannya. Yang pandai akan menjadi tidak pandai jika bersama UMNO dan itulah sebabnya UMNO sudah tidak lagi dihormati oleh rakyat seperti dahulu.

Kenapa pemimpin seperti Khairy tidak pernah menyentuh tentang harga-harga projek yang menjadi terlalu tinggi jika UMNO yang mengendalikannya. Khairy tidak pula mahu menyentuh yang pembelian Scorpene merupakan pembelian yang terlalu mahal sedangkan negara lain membeli kapal selam yang 'spec'nya sama dengan kapal selam yang kita beli itu dengan membayar harga yang jauh lebih rendah daripada apa yang kita bayar.

Sekarang sudah menjadi persepsi biasa yang apa-apa projek yang diusahakan oleh UMNO itu jauh lebih tinggi harganya dengan harga yang sepatut dan sebenarnya. Kalau hendak menjual sesuatu kepada UMNO kita boleh jual dengan harga yang berlipat kali ganda asalkan sahaja sanggup memulangkan sebahagian besarnya kepada pemimpin-pemimpin mereka yang lahap dengan rasuah dan ketagih dengan wang ringgit haram itu.

Berbalik kepada usaha Pakatan Rakyat untuk memansuhkan isu duti eksais ini ke dalam manifesto bersama PR itu merupakan perkara yang amat dinanti-nantikan oleh semua pihak kerana pemansuhan itu akan memberikan faedah kepada keseluruhan rakyat. Ia akan lebih bernilai daripada BR1M sebanyak RM500 sekali sejak merdeka 55 tahun yang lalu.

Dengan pemansuhan ini rakyat akan mendapat faedahnya tanpa bersusah-payah untuk mendapatkan sokongan Ketua UMNO bahagian dan kelulusan Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk mendapatkan sejemput bantuan dari BR1M yang menjadi isu kebanggaan Najib dan Muhyiddin ke hulu ke hilir untuk mengungkit-ngungkit tentang bantuan itu dan memaksa semua memberikan undi dalam PRU yang akan datang.

Kita elok berfikir sejenak sebelum kita membuang undi kita kali ini, kerana berfikir sejenak itu adalah lebih baik daripada beramal sepanjang malam.

36 comments:

Anonymous said...

Sbb terlalu melindungi proton lah ,proton py inovasi jd jumud dan slow. perlindungan yang melampau akan jd kan sesiapa saja menjadi orang kurang upaya. rakyat malaysia perlukan kerajaan yang berinovasi , bermeritokrasi dan integriti tinggi dalam membangunkan ekonomi malaysia. Sume cadangan PR , BN akan ckp negara jd bangkrap..jumud btol pemikiran BN. Rakyat malaysia jgn risau jika PR jd kerajaan sbb byk negara dah buktikan tanpa hasil bumi pun negara tersebut boleh maju dan rakyat hidup senang hasil integriti pemimpin dan inovasi mereka dlm ekonomi. ABU

Anonymous said...

As Salam Tuan AA.

Pendek kata, dalam PRU13 nanti segelintir rakyat masih memilih UMNO/BN maka bolehlah dianggapkan mereka ini telah mengupah penyamun untuk menjaga peti wang di rumah mereka, hatta mereka ini telah tidak boleh diubati atau diubah lagi minda mereka kecuali akan diubah oleh Allah SWT melalui wakilnya Izrail AS sebagai penamat bagi kebodohan mereka yang tiada taranya ini. Kepada para penyokong UMNO/BN, kamu semua sebenarnya adalah agen yang mengkhianati anak bangsa kamu dahulu, kini dan selamanya.

Anonymous said...

Bagi menampung kehilangan pendapatan dari cukai impot kenderaan tersebut, selain dari berjimat cermat kita boleh merampas segala asset assert pemimpin UMNO yang diperolehi secara tidak sah dan dikembalikan ke Treasury, Harta Mahathir, Daim, Rosmah yang dijaga oleh proxy mereka d
Harta Rafidah AZiz, Sammy VELLO! L L Sik dan ramai lagi belum diambil kira hehhe...kaya kaya!

Anonymous said...

Beli proton versi jualan dlm negara mahal, beli kereta versi jualan luar negara (diupgrade) murah.....

Anonymous said...

Kereta di luar negara mmg murah, tp bagaimana dgn hrga petrol? Cuba pikir secara logik akal dan bukn dgn political mileage. Jgn ko ckp plk negara kita pengeluar minyak. Klu kita guna minyak utk rkyt sendiri, negara kita tk leh semaju sekarang tau tak. Korang boleh la bercakap atas kapasiti "confort zone" . Manusia confort zone adalah jenis manusia yg tidak mengenang budi. Celaka lah mereka ini didunia dan di akhirat.

Anonymous said...

Apa apa kebaikan kepada rakyat oleh pemimpin umno adalah bertujuan untuk menipu rakyat..

Seperti projek kereta proton..sampai seratus tahun pon proton tidak akan maju..kerana sikap tamak dan menipu pemimpin umno..

Tidak lama projek penswastaan janakuasa elektrik seperti ytl..adalah jelas,rancangan dan penilaian madey pada masa akan dtg minyak akan naik dan kereta di malaysia akan menggunakan elektrik (hybrid) tetapi pada masa ini belum menjadi kenyataan dan kerajaan terpaksa membayar ratusan juta kepada ytl dn sebagai nya..

Pemimpin yg disangka berbuat baik tetapi bertujuan untuk menipu seperti pemimpin bee end sekarang patut di tukar..

Anonymous said...

kalau kita kaji kerajaan diseluruh dunia kita dapati pemimpin yang lama memerentah ialah bila rakyatnya susah kerana rakyatnya takut kalau2 pertukaran pemerentah akan lebih menyusahkan.Ini berlaku dinegara kita ditambah ugutan menakutkan seperti 13 may.Harta karun pemimpin politik dan kakitangan kerajaan yang rasuah berselirak dan ini sudah cukup untuk turunkan harga minyak,pelajaran percuma dan perubatan percuma.Khairy dalam keadaan macam mana pun tetap ampu kerajaan .Apa yang penting kerajaan baru nanti perlu swastakan mencari yang berasuah untuk dibawa ketengah.kita akan ketahui kelak.

Anonymous said...

saya hairan dan sangatlah hairan.apa yang baik kpd rakyat takkan merugikan kepada kerajaan.bukankah kerajaan itu pilihan rakyat.kerajaanlah yang patut ikut kata rakyat.menjadi kerajaan bukan bermaksud mencari "untung" sahaja."untung" tidak semestinya merujuk kpd kekayaan dari segi RM atau harta benda.Hidup sejahtera dan hidup berkualiti adalah kekayaan sebenar dalam sebuah negara.Cubalah kerajan fokus dalam usaha "mengkayakan kesejahteraan rakyat" secara berpanjangan dan bukannya rasuah tersusun spt BR1M dan lain2.Jika tidak faham maksud kesejahteraan rakyat, eloklah ganti kerajaan saja.

Anonymous said...

I don't mind paying for a less subsidised fuel. Lagipun kereta-kereta teknologi baru sekarang mempunyai fuel efficiency yang tinggi esp hybrid car. The govt shud do some balancing work. For all this while, the govt said they overtax imported cars to protect PTOTON. Suddenly now its about income pulak? Hmm...

Unknown said...

Assalamu'alaikum, salam Ramadhan dan selamat berpuasa, saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Syabas dan terima kasih sekali lagi di atas analisa penuh berfakta ini; begitu juga sokongan solid rakan-rakan pengulas yang sempat saya baca (7 ulasan) yang berpijak di bumi nyata. Namun begitu, bukanlah maksud saya bahawa mereka yang berbeza pendapat itu tak bagus; cuma, biarlah segalanya kita berhujjah secara ilmiah dan "factual", kan?

Ya, sebenarnya persekitaran politik kita hari ini memang tak seimbang, seperti yang saudara sebutkan, juga berdasarkan tamsil ayam kampung dan ayam daging yang pernah saudara utarakan dalam beberapa "posting" sebelum ini. Justeru, apabila seorang kepimpinan tertinggi daripada mana-mana sayap parti pemerintah itu telah mengulas tanpa fakta dan hujjah ilmiah dan hanya berasaskan tanggapan, ia ibarat telah mengambuskan aqal sihatnya ke dalam qubur nafsu serakah yang teramatlah sengsara lagi sentiasa menghimpit. Mana tak? Bayangkan, dengan keadaan sedemikian, dia sendiri telah menafikan kewarasan aqalnya untuk menilai kebolehan dan potensi orang lain; atau dengan ertikata lain, dia dah jadi sombong bongkak ... Boleh, kan? Tentu sekali pihak yang mengutarakan idea bernas sebegitu telah sedikit sebanyak mengkaji kesan baik dan buruknya dalam jangkamasa pendek dan panjang; bukan macam mereka yang balik-balik tabur duit bila dekat nak pilihanraya, kemudian, "bye-bye!!!" Inikah UMNO?

Justeru, biarkanlah hamba Allah itu bercakap semberono sehingga datang ketentuan-Nya nanti, sama ada disegerakan azab dengan kemenangan "PEMBANGKANG" (istilah mereka) atau mati sebagai pengkhianat agama, negara dan bangsa. Ketika itu, barulah nak doa minta dihidupkan kembali, konon nak taubat dan beramal; dah terlambat ... Oleh itu, bersamalah kita manfaatkan Ramadhan ini untuk terus istiqamah di pihak yang benar sekalipun kita dimusuhi puak-puak fasiq sebegitu. Semoga pengorbanan kita yang tak seberapa ini termasuk dalam perhitungan-Nya, insha Allah.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Anon 25 July 2012 22:48:00 GMT+08:00

Babi la ko... bodoh nak mampus pun jangan bagi tau kat orang.

Kalau dah bodoh fakta simpanla untuk diri sendiri.

Apa2 tindakan dilakukan hendaklah membawa kebaikan kepada rakyat, bukan segolongaN beruk..bodoh!!!

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Maaf kerana tidak dapat bersetuju dengan pemikiran tuan. Walaupun saya tidak menggunakan kereta nasional namun saya tidak nampak sebab kenapa pembeli kereta import perlu diberikan keistimewaan pengurangan cukai.

PR ini semakin mengikut jejak BN dalam hal memberikan gula gula untuk mendapatkan undi. Cuma jenis gula gula sahaja yang berbeza tetapi niatnya tetap sama. Memberikan gula gula ini game BN sejak berzaman. Jika PR merasakan dapat menewaskan BN dalam hal jenis gula gula yang hendak ditawarkan maka pasti akan tertangguh hasrat tuan untuk ke Putrajaya kerana BN ini bila janji bab yg gula gula ni dia bagi tunai dengan segera. PR hanya berjanji guna air liur sahaja. Saya setuju jika ada yg mengatakan yg BN guna wang rakyat untuk beli gula gula untuk rakyat tetapi inilah BN dulu kini dan selamanya. Majoriti rakyat tidak peduli ini semua. Selfish adalah sifat majoriti pengundi kita.

Hairan juga kenapa BN dan PR tidak berlumba lumba dalam mengiklanklan bagaimana cara untuk menambah pendapatan negara yang secara tidak langsung menambah pendapatan rakyat secara jangka panjang. Adalah disebut tetapi tidak secara khusus sebagaimana detailnya cara membelanjakan duit untuk beli gula gula untuk rakyat. Yang sibuk dibicarakan adalah gula gula siapa lagi manis dan sedap.

Saya menunggu masa yang pasti akan tiba dimana ada segerombolan ahli politik yang tidak mengula gulakan rakyat. Masa ini akan sampai bila orang melayu majoritinya tidak fanatik dengan ahli politik dan parti politik. Orang Cina sudah pun buktikan bahawa DAP dan MCA itu hanyalah alat untuk survival bangsa mereka. Kita kena ikut cara mereka.

Abu Amir said...

Duit negara yg dibawa keluar secara haram oleh pemimpin umno/bn dan kroni sebanyak RM1 trilion apa cerita pulak? Sepatutnya duit itu boleh digunakan utk menbayar hutang negara sebanyak RM605 bilion.


Lebih baik harga minyak tanpa subsidi RM2.60 daripada harga kereta mahal dan cukai tinggi sebab kereta kena bayar hutang setiap bulan tetapi minyak ikut keperluan. Apa nanti mereka akan kata minyak Ron 97 itu pun ada subsidi pulak? Dasar penipu memang macam itu.............

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

KJ cuma beri alasan yang sama, iaitu negara akan jadi bankrap jika duti import yang dikenakan atas kereta luar negara dimansuhkan atau diturunkan. Akan tetapi, jika duti itu diteruskan rakyat akan jadi bankrap dan kroni-kroni UMNO/BN akan jadi kaya raya.

Saya dah tunggu begitu lama untuk pemansuhan duti import atas kereta tapi saya tidak nampak langsung inisiatif kerajaan untuk berbuat demikian. So, I am stuck with a lemon - Proton Saga namanya. Jika Proton sekarang ni milik Syed Mokhtar, seorang individu, kenapa kita sebagai rakyat Malaysia harus membayar harga yang tinggi untuk menampung kos pengeluarannya?

Salam. Observer.

Naim Harisafandi said...

negara maju lain harga kereta murah tetapi tetap maju...

Anonymous said...

sdr ibni ismail

nampaknya saudara tak suka dengan pengurangan cukai.barangkali saudara orang kaya raya hasil bersaudara dengan UMNO.tapi tak apa sebab mungkin itu rezeki saudara. Minta maaf jugalah sebab saya tak sepemikiran dengan saudara. Utk makluman sdr, apabila sdr rafizi mencadangkan pengurangan cukai kenderaan, kami rakyat miskin ini terlompat-lompat gembira sebab sekurang-kurangnya kami dapat menggunakan setiap sen pendapatan kami untuk NILAI.selama ini kami beli kereta Malaysia kerana semangat cintakan negara, tetapi rupa-rupanya "semangat cintakan barangan malaysia" ini dibayar dengan penipuan semata-mata. kalau sdr ibni tak suka idea tersebut tak apa tapi saya boleh beri jaminan bahawa seramai rakyat Malaysia diluar sana akan bersetuju dengan saya bahawa sudah tiba masanya untuk mengajar kerajaan yang menipu rakyat selama ini. INI KALILAH..

Anonymous said...

Anon 15:11

Ibni Ismail ni pencacai UMNOgok yang tegar,munkin dia hidup bersekongkol denga puak tu kalau tidak tak bolih cari makan,kalau bolih pun mesti ada jalan lain,maklumlah orang UMNO ni pandai cari makan cara senang,cara apa agaknya eh? faham lah kan.ABU

Anonymous said...

Gormen tipu rakyat!

Sebuah Honda CRV speks USA harga USD17,000.00 ( tahun 1997 )
Masa itu harga di Malaya speks malaya - RM 130,000.00!

Siapa nak pakai proton silakan!

Kanchil RM30,000.00++
MERCEDES di US hanya USD40,000.00!

Dollar for dollar siapa yang bijak dan bagus?

Fikir lah rakyat semua!

Di US - tidak ada cukai jalan untuk semua jenis kenderaan tidak kira apa - motor besar, truck, lori, container apa lagi kereta!

Hanya bayar cukai sekali semasa beli kereta sahaja!

Satu lagi mereka ada highyway 8 lane....mana ada bayar TOLL?

Kita rakyat bayar toll sampai MATI!
Masa kereta jenazah nak pi tanam kat KUBUR kena CUKAI JUGAK!

Anonymous said...

Semua pengimpot kereta adalah kawan UMNO yang ada AP.. semua adalah KRONI belaka..maka "Lu Tolong Gua Gua Tolong LU"

Rakyat di perbodohkan seterusnya!
Syabas kepada UMNO yang bela Melayu!
Maka beli lah Proton

Anonymous said...

Statement KJ
Adakah kita tidak tahu !
Kerajaan rugi duit hantar belajar kat Oxford
balik otak macam lembu
dengan alasan yang sungguh bodoh sekali
kalau nak bodek pun ada lah kelas sikit
memang bodoh sungguh!

Anonymous said...

sye sygkan tanahair sye. Sye cintakan produk2 keluaran melayu, Islam dan tempatan.

ttp dlam mse yg sama sye menolak penipuan dan penindasan yg dilakukan oleh kerajaan contohnya dlm kontek penjualan dan perlindungan terhdp protong selama ini.

thn 90'an protong memainkan peranan aktif didlm bidang permotoran dimalaysia. Harga Wira yg dibenarkan oleh kerajaan bg model pertama berharga sekitar rm37K [tak termasuk aksesori dan cukai jln/insuran] dan harga dari kilang pula sekitar rm29K i.e. sekitar rm8K cukai yg dikenakan oleh kerajaan. Masa tu, interest pinjaman dari bank 8.5% .... rata2 yg mampu membeli Wira mase tu yg berumur 35'an dan keatas.

sekarang kte dapat lihat protong yg dijual diluar berharga sekitar rm35K setelah dikonvertkan.... maknanya protong model yg sama boleh dijual dibawah rm30K dimalaysia dan harga2 kenderaan import tetap dikekalkan pada paras sekarang atau pon lebih tinggi.... kalu pengeluar kete jepun/barat merasakan pasaran malaysia ini penting, maka mereka akan mengurangkan % keuntungan dan mengurangkan harga produk mereka...barulah pengguna tak ditindas oleh pengeluar dan jugak kerajaan

Anonymous said...

Dulu ada Abu Lahap, sekarang abu lahap@pembesar umno.

Anonymous said...

26 July 2012 09:03:00
Komen awak tidak sedikit pun menunjukkan intelek, setakat pandai maki-hamun bodoh, babi ! Org dewasa ? Bahasa anak2 org PAS pun lebih elok. Hanya awak seorang yg janggal di blog ini ! Tak hormat kah pada Pak Aspan yg senior ?

Anonymous said...

Thailand is the Detroit of South East Asia....we need to be competitive to ensure our car industry is not irrelevant, destroying businesses and jobs.

Subsidy in the long term will destroy the car industry or any industry.

It's all about cost, capability and competition.

Anonymous said...

harga kerta import diturunkan akan menyebabkan hasil kerajaan merosot ( KESAN PENGHAPUSAN CUKAI KERETA IMPORT) pengaliran wang ke luar negara akan berlaku (COZ RAKYAT BYK MEMBELI KERATA IMPORT)...pengangguran berlaku di kalangan industri kereta tempatan (KERATA PERADUO N PROTON TIADA SAMBUTAN), nilai mata wang merosot akibat pengaliran mata wang ke luar negara, kuasa beli merosot... TIDAK WAJAR CADANGAN PR......YG WAJAR ADALAH MENURUNKN HARGA PETROL DAN JALAN TOL....KALAU KITA MENGGUNA KERETA IMPORT, TAPI HARGA MINYAK, SAMA JGK.......BYK LA MO DIHAPUS DAN DIKURANG OLEH PR, MAMPU KAH MCARI SUMBER PNDAPATAN MGATASI KEHILANGAN SUMBER CUKAI INI...SUDAHLAH KENAIKAN GAJI TAHUNNAN BARUBG KAKITGN AWAM KERAJAAN DAH SEMAKIN BESAR...KO TAU X ? SUMBER CUKAI INI MAMPU MENANGGUNG BONUS RAYA KAKITGN AWAM TAU!!!!!!

Anonymous said...

Biarkan aje orang orang bongok nak kereta mahal nih...

Yang penting jom kita ramai ramai boikot aje beli kete baru. kita maintain kete kita sekarang. Buat apa nak buat loan baru sampai 9 tahun...

Percaya lah bila kita boikot dan stok tak jalan, harga pasti turun...

When the buying stop, the killing can too...
If we work together, we can win this...

Anonymous said...

Tuan AA,

- Proton adalah salah satu kesilapan dan kegagalan langkah-langkah yang diambil kerajaan parti umno bn.Dengan slogan 'Malaysia Boleh' membuat kereta sendiri tetapi tidak boleh menandingi kualiti,harga dan pasaran oleh pengeluar kereta yang lain.Kenapa perlu dibebankan/diperkudakan semangat kenegaraan rakyat dengan sesuatu yang sangat tidak berdaya saing(proton).

- Tiada seorang pun diantara puak umno bn merasa kerugian kepada negara apabila membenarkan petron menjual minyak kepada mas.Pihak mana yang puak ini pertahankan sebenarnya??, petronas atau syarikat petron milik anak mamak kutty ??

Salam perubahan A.B.U

-scorpeneterbang-

Anonymous said...

Advise for Proton. If you cannot compete in quality, go for quantity.

Anonymous said...

mengikut statistik, jumlah jualan kereta di malaysia:
no 1=PERADUO
no2= proton
no3= TOYOTA.

adakah wajar penghapusan duti import????

Anonymous said...

Kt singapore sume pki kete gempak, imported. Tp singapore x bangkrap pun walhal singapore xde hasil bumi , negeri pun mcm besar melaka je..haha nk seribu daya x nk seribu dalih, x kan le malaysia yg kaye raye ade sawit,petroleum, tanah luas ni boleh bangkrap kalu duti eksais dan cukai kereta mansuh..lu pikir ls sendiri..sudah sudah cukup sudah. Enough is enough. Malaydia perlukan PM yg genius dlm ekonomi dan integriti tinggi dan rakyat senang. Kt u.s nk beli kete harga kete same dgn 6 bulan je gaji, msia kene dlm 30 bulan gaji..haha..kene tipu la korang smpi bile dgn kjaan.haha

Khalifah Islam said...

Assalamualaikum.. Byk perkara yg ingin diturunkan dan diberi percuma oleh PR.. Semua itu perkara yg bagus tetapi apakah kesannya dlm masa jangka panjang kpd ekonomi negara?? Takkan nak mengharapkan duit Petronas semata2.. Andaikata Petronas sudah tidak ada suatu hari nanti? Setakat ini masih tiada perancangan yg dicanangkan utk meningkatkan hasil ekonomi negara oleh PR..

Perak said...

sdr ibni ismail statement,

Maaf kerana tidak dapat bersetuju dengan pemikiran tuan. Walaupun saya tidak menggunakan kereta nasional namun saya tidak nampak sebab kenapa pembeli kereta import perlu diberikan keistimewaan pengurangan cukai.
-----------------------------------------------------------------------
Saya setuju dengan cukai kereta dihapuskasn dan memberi lebih “disposing” atau “ lebik “Purchasing Power” kepada rakyat

Wang yang dibelanjakan akan menberangsankan ekonomi keseluruhan. Ini adalah bukti yang ada pada Negara yang maju seperti Jepun, Hong kong, Singapore.

Setiap rakyat di Malaysia dengan system pengakutan yang buruk. Setiap orang perlu memiliki kereta untuk bekerja dan separuh gaji telah dihabiskan di bayaran instalment/petrol kereta (Angaran (RM 1500). Dimanakah wang melebihan untuk belanjar?

Apa yang PR cadangkan memang boleh dilancarkan dengan:

1) Batalkan AP kepada Cronies yang ada sekarang dan boleh menjimatkan billion-billion ringgit untuk rakyat. Wang yang diambil oleh cronies boleh memafaatkan majority rakyat yang terdiri dari melayu.

Kenapa Bumiputra mahu memiliki “previlage atau kelebihan” dengan mengadakan AP untuk dipergunakan oleh UMNOputra?
Perlembagaan “previlage” kepada BUMI hanya untuk cronies dan bukan untuk rakyat yang majoritynya BUMIputra yang miskin.

Cadangan PR adalah sumbat kebocoran yang ada pada AP (Leakage) dan wang yang berlebihan dapat bagi semua rakyat yang majority nya ialah Melayu.

Anonymous said...

Negara swiss jual jam je bleh jd negara yg rakyatnya mempunyai pendapatan tertinggi dunia. Malaysia khususnya melayu masih lg rakyat termiskin akibat pemimpin umno bukan yg paling hebat dalam melayu. Yg pandai2 sume kene tolak ke bawah x bole beri pendapat dan bercakap byk. Tlg bg peluang kpd melayu yg bijaksana untuk pimpin mlysia bersama cina dan india yg bijaksana. Lepas tu letakkan sprm di bwh parlimen dan jdkan ia sebebasnya supaya pemimpin yg bijaksana itu tidak berani menyeleweng dan rasuah. Ngk saje singapore hampir semua menteri mereka ialah 1st class student, gaji mereka tinggi dan mereka sgt takut kpd bdn pencegah rasuah mereka. Hasilnya singapore jd giant dlm ekonomi dunia padahal negara sebesar tikos cencurut. Jika singapore boleh maju rakyat py kuasa beli tinggi sampai bole belu rumah juta juta kt malaysia, knpa mlydia x boleh. Masa yg kita ade hanya cukup2 je, sebelum terlambat baik berubah beri peluang kpd yg btol2 berkebolehan pimpin malaysia. Berubahlah wahai rakyat mlaysia untuk kamu dan generasi kamu senang pd mase depan. ABU

Adlan Noh said...

Bagi teman2 sekerja jika membaca comment saya, pasti teringat akan kata-kata saya berhubung dgn pembangunan atau kebaikan yg dibawa UMNO/BN kpd rakyat. Apa juga pembangunan/kebaikan yg dibawa oleh UMNO/BN kpd rakyat is purely incidental. Frankly, whatever development/progress we, the rakyat, enjoy is not out of sheer honesty and sincerity coming from the pure clean heart of UMNO/BN leaders. Behind all these lie the pitch black ulterior motive of pocketing whatever they could out of the inflated cost of projects.
I SHALL KICK YOU(UMNO/BN) THE HELL OUT COMES GE13.

mahaza said...

Duti eksais dikenakan kepada semua kereta. Cadangan pengurangan cukai untuk duti eksais bukan duti import. DAN YA! Proton dan Perodua juga akan jadi lebih murah dari pasaran skrg. Sila check fakta anda dgn betul.

Anonymous said...

harap2 tahun depan boleh pakai kreta import tanpa cukai :D Lamborgini Avantador