11 July 2012

Kalau dah jadi PM, janganlah jadi kontraktor pula

Isu kontrak LRT Ampang sekarang menjadi isu besar terakhir apabila Najib sekali lagi dikaitkan dengan George Kent Lion Pacific JV yang mendapatkan kontrak itu walaupun pada asalnya syarikat sahabat golf Najib ini tidak layak untuk mendapatkannya. Syarikat Bealfour Beaty – Invesys Consortium yang sepatutnya mendapatkan kerja ini dengan harga RM1.1 billion telah dinafikan peluang untuk melaksanakan projek itu walaupun pada Januari lepas syarikat ini dikatakan telah memenangi tender untuk perlaksanaan projek infrastruktor raksasa ini.

Tetapi pada 1hb Jun yang lepas syarikat George Kent telah diberikan kerja untuk projek ini dan harganya telah melambung menjadi RM1.8 billion setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengubah keputusan pihak berwajib dan memberikan kontrak itu kepada George Kent, syarikat yang katanya dipunyai oleh rakan golf Perdana Menteri.

Dimanakah letaknya apa yang dikatakan oleh PM untuk mentadbir secara transperan seperti yang dikatakan beliau untuk melakukan transformasi dalam semua bidang kenegaraan?

Jika ini caranya Perdana Menteri membuat keputusan, ini adalah sangat menjijikkan dan mengaibkan nama negara di peringkat antarabangsa kerana isu ini menjadi perhatian khusus masyarakat antarabangsa.

Kita hairan kenapalah PM bersifat begini kerana kalau kita dengar retorik ucapan beliau, Najib sedang cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau adalah Perdana Menteri yang bersih dan cekap dan mempunyai nilai kepimpinan yang begitu tinggi.

Pendedahan yang dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, itu amat mengejutkan banyak pihak dan laporan polis telah dilakukan terhadap Najib. Tetapi nampaknya pihak polis mengambil tindakan untuk menyiasat bagaimana perkara yang ‘classified’ itu boleh terbongkar dan tidak pula berani menyiasat tindakan Najib masuk campur dalam keputusan pemberian tender itu.

Ini merupakan salah satu daripada ratusan isu besar dalam pemberian konrak terhadap kroni-kroni pemimpin BN khususnya UMNO dan nampaknya penyakit rasuah dan menyalahgunakan kuasa ini memang sudah tidak boleh diperbaiki lagi kerana ia sudah menjadi budaya dalam kepimpinan negara kita.

Saya juga ingin tahu, agaknya berapa orang Perdana Menteri di dunia ini yang selain menjadi Perdana Menteri, mereka juga adalah kontraktor-kontraktor besar seperti PM Najib ini.

Bagaimana hendak memperbaiki pimpinan jika dalam isu pemberian kontrak besar ini melibatkan kehendak ahli politik dan dalam isu ini adalah pemimpin politik tertinggi negara yang juga seorang Perdana Menteri.

Bagi saya Najib sepatutnya hanya menjadi Perdana Menteri dan tidak merangkapkan diri beliau sebagai seorang kontraktor besar. Jika PM sendiri mempunyai kepentingan peribadi dalam pemberian kerja kontrak seperti ini, bagaimanalah kerajaan hendak membina masyarakat perniagaan yang mantap untuk negara.

Najib, saya ulangi, sepatutnya hanya menjadi PM dan cuba elak dari menjadi kontraktor. Jika beliau lebih berminat menjadi kontraktor, beliau patut bersara sebagai Perdana Menteri dan tubuhkan sebuah syarikat pembinaan kelas A dan mempunyai lesen PKK yang sah.

Tidak boleh begini. Perdana Menteri buat tugas Perdana Menteri kerana terlalu banyak isu terhadap pimpinan hari ini. Jangan pula hendak menjadi kontraktor sekali.

28 comments:

idrisfaizal said...

Mungkin PM terpaksa tunduk pada PM lagi besar dan mungkin ketakutannya pada PM lagi besar itu melebihi dari ketakutanya hilang kepercayaan rakyat.

Anonymous said...

Standard la pemimpin bee end,kalo jadi perternak lembu leh kaut berjuta..jadi kontraktor lagi masyukkkkk...

Selagi boleh pulon..pulon la najib..contohi la mahadey..selagi bahagia..

Nanti bila masuk kubur bawa duit tu sekali..PM malaysia bolehhhh..wa caya lu

Anonymous said...

beginilah allah memperlekehkan manusia yang menolak hukum allah swt. itu sendiri.didunia lagi allah memperlihatkan betapa keji dan hinanya seseorang itu belum lagi dimahkamah allah nanti.sebagai rakyat sememangnya tidak dihalalkan perbuatan menghianati dana rakyat,tidak sebesar abok dilayang angin atas segala perilaku yang tidak amanah.

Anonymous said...

bn sudah la tenat..kes najib x habis habis,lepas satu skandal timbul skandal yg lain,macamana rakyat hendak percaya..

Dunia belum mau kiamat,jangan la bolot semua,ramai lagi rakyat yg susah..kesihan la rakyat..nanti tidak tertanggung dek badan di akhirat nanti..jika rakyat malaysia 100 juta diakhirat,puas nak minta maaf dengan satu persatu..

Anonymous said...

As Salam Tuan AA.

Najib ini bukan hanya dilihat sebagai ikon PM terakhir dari UBN, malah sebagai "Bapa Korupsi" oleh rakyat yang mempunyai cukup maklumat dan akal yang sihat. Lihatlah sekarang ini beliau hanya berkempen dan berjuang seorang diri untuk mempopularkan UBN, menteri-menteri dan partisan yang lain hanya tukang tepuk dan sorak sahaja di samping menadah tangan kalau-kalau ada setitik dua kontrak yang bocor ke tanah (sebagai habuan kecil untuk tukang sorak). Perkara pokoknya, rakyat sudah tahu terlalu banyak tembelang dan penipuan besar Najib ini, buatlah program atau majlis kebajikan dan janji apa sekalipun semuanya akan dinilai rakyat sebagai "seperti Iblis membaca Al-Furqan". Kalau bekas PM, Pak Lah yang disayangi jutaan kakitangan awam dan pesara kerana banyak memberi kebajikan kepada golongan tersebut pun hanya mendapat majoriti mudah di dalam PRU12 yang lalu, maka fikirkanlah PM terkini yang hanya pandai merompak, menyamun, menipu dan terpalit dengan berbagai kontroversi untuk memimpin UBN di dalam PRU13 kelak? Kalau bukan kerana si lahanat SPR yang memihak secara terang-terangan kepada UBN (PRU13), maka jangan diharaplah UBN untuk mendapat majoriti mudah sekalipun... Insyaallah

Anonymous said...

PM nak jadi kontraktor, KSN nak jadi kontrektor, KSU nak jadi kontrektor, ketua jabatan nak jadi kontrektor abis camno sebab UMNO ajar begitu.
Kita humban saje UMNO tu dan buat perubahan and this is the only way.
Bila anak buah nak jadi kontrektor tak bolih salah ambil tindakan. Matlaon punya Malaysia.

Anonymous said...

Tuan AA,

- Tidak menjadi suatu kesalahan kepada umno bn jika menteri/pemimpinnya lebih kepada menjadi seorang kontraktor daripada menjalankan tanggungjawab jawatannya atau sekadar mengaut komisen sambil meningkatkan kos perbelanjaan dari dana kerajaan.Anak,keluarga dan kroninya sangat perlu diselamatkan tanpa perlu rasa malu dan bersalah.

- Ini bukanlah suatu perbuatan yang ganjil bin aneh bagi mereka kerana hidup ini tiada kemanisannya kalau tidak dilimpahi kemewahan yang merugikan rakyat negara yang dipimpin mereka.

- Negara barat yang sesetengah orang labelkan sebagai negara moral/agama lemah, pemakan babi dan peminum arak itu menyedari/PEKA bahawa ini adalah suatu kesalahan dan membuat suatu akta/undang-undang berkaitan yang akan menghukum seadil-adilnya sesiapa yang melakukannya.

- Undang-undang negara barat tidak diperkotak-katik semata-mata melindungi seseorang yang kedudukannya elit tetapi hanyalah untuk kebaikkan semua rakyatnya.


Salam perubahan

A.B.U

-scorpeneterbang-

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Astaghfirullah!!! TAKZIAH!!! PM bodoh lagi bongkak yang patut berambus! Malah, saya turut menyokong trillion % kesemua komentar yang saya baca sebentar tadi. Kepada Najib dan sekalian elit UBN ini, khasnya UMNO, tolong jawab soalan kami ini: "Siapakah yang kau orang imani? Allah atau Mahahir? Sunah Rasulullah atau sunnah nafsu serakah sendiri yang jadi panduan?"

Justeru, kepada para penyokong tegar UMNO ini, khasnya, mengajilah sejarah tu baik-baik, kalau tak dapat baca Quran sekalipun, adakah kepimpinan para Rasul seperti Rasulullah SAW, khasnya, serta kepimpinan kedua-dua anak-beranak (Nabi Daud & Nabi Sulaiman) dan para Khulafa Ar-Rashidin, pemimpin-pemimpin ini sibuk campurtangan dalam urusan orang lain? Adakah mereka tidak mengiktiraf peranan dan suara rakyat serta sekalian pengikut mereka? Juga, "common sense", K, kalau gitu, untuk apa Allah mencipta makhluq, khasnya manusia, dengan setiap kita punya kelebihan dan kelemahan?

Oleh itu, sekali lagi, tahniah, saudara dan rakan-rakan, di atas pendirian tegas ini, dan kepada mereka yang masih ingin bernaung di bawah yang fana ini, persilakan; apa jadi, tanggung sendiri, ya? Ingatlah, kita telah dikurniai aqal; justeru, waraskanlah pertimbangan sesuai dengan fitrah agar kita selamat di sini hingga ke sana, jika benar kita faham akan doa yang kita minta kebaikan-kebaikan itu semua yang kita baca selepas solat. Ingatlah juga, tiada maknanya kita baca Fatihah tu kalau kita tak hayati. Tapi, ini bukan bermakna kita tinggalkan terus; cuma, kalau dah minta ditunjukkan ke jalan yang lurus, tetapi kita masih menyokong pihak yang dah teramatlah bengkang-bengkoknya, apa namanya tu, kan?

Terima kasih dan salam jihad.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Hal seumpama ini bukan satu perkara baru. Kita belajar dari sejarah pemimpin kita. Terciptanya Raja judi di genting highland itu untuk memberi munafaat kepada siapa? Diikuti raja gula dan raja steel.. dan kemudian dipenghujung era mahathir hingga sekarang ini kita ada ramai raja pembinaan..

Kebiasaannya adalah ianya pasti ada kaitan antara pemimpin melayu dan ahli perniagaan cina. Bukan untuk bersikap rasis tetapi jika kita amati, yang dihina dan dicerca adalah pemimpin melayu korup itu sahaja. Setiap dari kita samada melayu atau cina akan mencerca pemimpin melayu ini namun ahli perniagaan tersebut tetap terlepas.

Kenapa ahli perniagaan yang kaya raya seperti vincent tan, john soh dan ramai lagi yg kita ketahui berada dibelakang pemimpin umno ini terlepas dari perhatian kita? Perkiraan saya adalah kerana mereka ini juga adalah yg membiayai aktiviti pembangkang kecuali pas. Seperti ada understanding antara pembangkang dan pemerintah untuk tidak membawa isu kontraktor cina ini ke medan perang politik mereka.

Sama sama kita lihat dalam isu george kent ini. Saya andaikan yang hanya diserang adalah najib yg korup tetapi pemberi seperti kent akan terlepas dari pemerhatian kita semua. Semoga andaian saya silap. Semoga ada tokoh pembangkang yang membongkar aktiviti kontraktor cina yang kaya raya ini. Jangan lepaskan pemberi dan penerima.

sizzly7761 said...

Inilah silap Melayu UMNO yang memilih pemimpin tidak bersandarkan sifat Taqwa kepada Allah.Si ajib ni bertaqwakan duit dan nafsu, justeru itulah tak takut rompak siang hari harta dan duit pembayar cukai untuk kayakan diri dan kroni. Kita mesti hentikan permainan pemimpin politik begini yang memfaraidkan harta rakyat/negara utk diri sendiri dan memperturunkan kuasa kepada anak beranak dan puak kedarak seolah Malaysia ni syarikat milik keluarga! Kalau kita tak humban pemimpin yang rasuah..kita jugalah yang menanggung dosa kerana telah membiarkan diri kita memikul Biawak hidup ni! ABU!!

Anonymous said...

Saudara AA,

Inilah budaya di mana 'the hunter becomes the hunted'. Jadi, siapa berani menjadi peniup wisel jika pihak polis akan mendakwanya, dan apakah gunanya jika negara kita mempunyai Akta Peniup Wisel?

Salam. Observer.

Anonymous said...

Master Rafizi tak mahu bongkar satu lagi ke kes OIC (Offshore Installation Contractor) bernilai RM500mil di berikan kepada OIC yang baru dapat lesen, kemudian semua bagi sub kepada OIC yang puluhan tahun berpengalaman. New Co itu semua berdirektorkan orang beralamat di Pekan!

Kesian OIC yang lama dan berpengalaman itu cuma jadi sub saja.

OIC - persedian marine spread untuk submarine pipeline, lay barge pipeline, cargo barge, welders, inpector, cranage, divers, tug boat, supply boat, UOV etc

opah hang said...

Ini janji ditepati... tapi janji pada George Kent la...kah kah kah

Anonymous said...

Observer,

Akta Peniup wisel itu ada gunanya. Bergantung kat arah mana ditiup wisel itu. Kalau kat arah BN, undang-undang ini tak boleh pakai. Kena pakai akta lain seperti Akta Hasutan ke dsb.

Kalau tiup wisel kat arah pembangkang seperti perkara=perkara yang berkaitan dengan kerjaan selangor ke kerajaan Pulau inang ke, maka akta ini boleh pakai. Si peniup wisel tu akan dilindungi oleh akta ini.

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Satu lagi projek penyelewangan oleh Ah Jib Gor.

Berapa agaknya bahagian dia? Kalau 10% pun dah RM180 juta.

Satu plan persaraan yang mengkagumkan.

Saya mengharapkan AA tidak tapis komen2 pencacai dan totok2 UMNO kat sini yang terkenal dengan kerendahan moralnya.

Bukan apa,saja nak release stress lepas balik kerja.

Surrogate

Anonymous said...

Anonymous,

Saya setuju 110% pendapat anda.

Salam. Observer

Anonymous said...

" Jangan lepaskan pemberi dan penerima '.

" Penerima " is a person in position of power, trust and influence, trying to make a lot of money by hook or crook.

" Pemberi " is an INDIVIDUAL businessman, also trying to make money by hook or crook.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Maaf sekali lagi kerana mencelah. Tertarik juga saya untuk mengulas satu isu yang ditimbulkan salah seorang rakan kita. Apapun, saya hormati pandangannya kerana beliau pasti punya hujjah tersendiri. Cuma, seperkara yang ingin saya tegaskan: Pada hemat kami yang berkongsi pandangan dengan Saudara Blogger ini, bukan soal "racism" yang ingin dipersoalkan.

Seperti yang kita seida maklum, soal siapa berkompromi dengan siapa adalah adat manusia biasa. Justeru, memang benar dalam mana-mana masyarakat sekalipun, kedapatan pelbagai golongan dan kelas kehidupan yang rasanya tak perlulah diulas panjang. Tetapi, apa yang kini teramat dikesali ialah kedapatan unsur tamak haloba segolongan tertentu sehingga nasib orang lain gah jadi bahan judi. Walaupun kenyataan saya ini melampau, tetapi harus diingat, dengan projek semega itu yang diserahkan kepada yang tak berpengalaman, ibarat meracuni makanan dan minuman yang harum masakannya, atau, mencampur-adukkan khinzir dalam masakan lembu atau kambing panggang, tau? Justeru, seandainya saudara yang kebetulannya menaiki pengangkutan seumpama itu, tiba-tiba ditaqdirkan berlaku kemalangan akibat landasan yang tak sempurna atau gerabak yang "out-of-quality", adakah baru ketika itu kita baru nak sedar dan nak bising? Juga, seandainya benar kita ini dikatakan sibuk mempersoal kepimpinan yang ada atas pelbagai skandel tanpa melibatkan peniaga dan kontraktor bukan Islam, khasnya orang-orang Cina, tidakkah itu menunjukkan kita ini "racist"? Malah, bukankah sejarah telah menunjukkan bahawa rakyat akan meneladani kepimpinan; justeru, seandainya benar slogan "Rakyat didahulukan, pencapaiaan diutamakan", mana perginya semua tu? Adakah ini semua janji-janji manis para penderhaka agama, negara dan bangsa yang masih ingin kita pertahan dan sokong?

Akhir kata, jutaan ampun maaf seandainya ulasan ini tidak disenangi. Namun begitu, biarlah saya nyatakan terus-terang, saya sebagai warga Malaysia sememangnya menanti dan bagaikan dah tak sabar menunggu akan tumbangnya regim zalim bin rakus ini, khasnya regim Mahathir dan selepasnya, walaupun kedapatan antara mereka, ada menabur jasa terhadap kejayaan saya. Soalnya, bukan saya tak menghargai jasa mereka, tetapi, merekalah yang tak menghargai terima kasih dan sayang yang telah kita curahkan selama ini. Oleh itu, marilah kita tepuk dada dan tanya iman, seandainya kita benar-benar beriman dan bertaqwa.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Meminjam kata-kata Zul Nordin @ Zul Bisul yang munafik tu "Dialah PM, dialah Menteri Kewangan, dialah Menteri wanita, dialah con-traktor dan semuanya dia...." memang Dajjal sungguh si Zul bisul ni tak bising pulak dia..boleh masuk rekod dunia, tidak ada satu negara dalam dunia ni semua jawatan menteri, dipegang oleh seorang PM.Memang sial punya PM 1Malaysia ni.....

Anonymous said...

Yang penting kita sama sama lhat siapa yang rakyat pilih akan kita ketahui tak lama lagi dalam PRU 13 nanti.Nak bercerita lebih pun kita jadi penat.Selamat berpuasa semua. Kurangkan retorik.

Telok Irama said...

Ini namanya PM haram jadah.

Anonymous said...

hahaha QD hanya dlm bulan puasa dia stop temberang, untuknya eloklah puasa saban hari, puasa mulut & hati.

Anonymous said...

Mahadir ckap najib BODOH..apabila menemplak pengiktarafan kolej TAR adalah kebodohan...

Mahadir baru tersedar atau terfikir apabila najib menemplak perkataan HARAM JADAH tempoh hari adalah berkias pada mahadir..kerana mahadir,terlibat dengan perniagaan arak yg pasti haram...

Lepas ne apa pulak bahasa kiasan yg akan keluar antara mahadir dan najib..

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan & all,

YouTube Irfan Makkifeat.MaherZain- I Believe ( Selamat Berpuasa )

YouTube Butterfly Waltz - Brain Crain

YouTube Northern Lights – Brain Crain

Enjoy a respite in the nicest solitude ! Cheers.

Anonymous said...

Pak Aspan

Memang benar tuduhan George Kent adalah syarikat pengeluar meter air. Saya pernah bekerja dengan pemilik George Kent pasangan suami isteri Tan Sri and Puan Sri Tan Kay Hock. Selain dari meter air, mereka juga pemilik perniagaan kad debit Diners Club dan kedai makanan Nature Farms. Macamana PM kita boleh bagi tender kepada syarikat tanpa pengalaman??

Anonymous said...

Recent survey of local uni students shows majority say it is OK to accept or receive bribe -these people are future leaders/Managers/Supervisors.

Decades of bad leadership and policies had created these bad, damaging and unacceptable values in the society.

There is a strong culture of corruption.

Anonymous said...

Anon 11:55:00

Apa yang sdra nyatakan diatas adalah salah satu dari cara atau terjemahan praktis Mahathirisme.

Anonymous said...

TDM is NOT significant, but he will get his share for his " contributions "...it's the powerful vested interest groups.

Selamat berpuasa.