29 September 2012

Bajet 2013, bajet 'bunga telor'

Pilihanraya kali ini sangat mahal harganya. Mahal sungguh untuk pihak pemerintah untuk mempertahankan kuasa yang semakin menipis itu. Semalam hampir dua jam Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita membentangkan bajet 2013 dan begitu ramai yang memanggil saya untuk minum kopi dan memberi komen tentang pembentangan bajet itu.


Saya telah membuat kenduri untuk dua orang anak saya berkahwin dan apa yang saya nampak bajet kali ini banyak memberikan tumpuan kepada ‘handouts’ untuk pilihanraya dan ianya tidak lebih dan tidak kurang seperti pemberian ‘door gifts’ kepada tetamu yang datang untuk kenduri kendara kahwin anak-anak kita.

Salah seorang dari rakan saya yang berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan memberitahu saya seminggu yang lepas yang bajet kali ini adalah bajet ‘bunga telor’. Apabila saya bertanya apa maksud beliau, dengan tegas beliau mengatakan yang bajet kali ini ialah bajet yang menumpukan untuk membeli hati dan jiwa rakyat. BRIM sana BRIM sini dan semuanya itu bukannya memberikan apa-apa faedah jangka panjang tetapi hanya sekadar untuk membeli perasaan rakyat untuk pilihanraya sahaja.

Pemberian ‘bunga telor’ ini hanyalah untuk digunakan buat sementara waktu sahaja iaitu semasa pilihanraya. Najib mengharapkan rasa suka itu akan masih terasa berada di dalam hati pengundi apabila pilihanraya di adakan. Apa yang berlaku selepas itu mereka (BN) tidak peduli kerana jika mereka mendapat mandat lagi BN ada lima tahun lagi untuk mengelentong rakyat sesuka hati mereka.

Najib membentangkan kepada kita semua sebanyak 80 peratus dari belanjawan 2013 ini adalah belajawan menguirus. Hanya 20 peratus sahaja dari jumlah itu untuk membina pembangunan ekonomi negara. Nampak dengan jelas yang kerajaan hanya menumpukan perbelanjaan untuk menampung perkhidmatan awam dan perbelanjaan mengurus yang lain.

Kali ini benar-benar bajet membeli undi dan bajet bunga telor. Bunga telor selalunya nya kita dapati dari seseorang apabila dia menjemput menghadiri majlis perkahwinan yang hanya datang tiga atu empat tahun sekali. Tetapi bunga telor itu tidak dapat memberi faedah jangka panjang pada penerimanya. Ia hanya setakat kenang-kenangan sahaja. Pembayaran ‘one offs’ seperti ini tidak akan membawa apa yang di cita-citakan rakyat untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Ia akan hanya tinggal slogan dan slogan terus-menerus.

Tetapi apa yang kita boleh rumuskan pemberian ‘gula-gula’ ini sangat mahal harganya. Lain-lain perkataan rakyat terpaksa menanggung harga yang begitu tinggi untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya itu.

Itulah sebabnya saya berfikir yang bajet anjuran Pakatan Rakyat itu lebih realistik jika kita memilih untuk mengekalkan negara kita sebagai negara yang maju pada masa yang akan datang serta memberikan keringanan kepada kehidupan rakyat biasa.

Rakyat akan lebih terasa kebaikannya jika hutang PTPTN serta harga kereta yang murah dirasai oleh rakyat kerana ini lebih memberikan munafaat kepada rakyat yang ramai. Mendapat BRIM sebanyak rm500 itu tidak dapat menampung kos penghidupan yang tinggi yang di alami oleh rakyat. Rakyat mahukan joran bukannya mahukan ikan yang cepat busuk itu.

Pihak BN boleh menuduh PR mengemukakan bajet bayangan yang tidak boleh dilaksanakan dan akan membawa negara kearah kebangkrapan tetapi dalam politik dan siasah mengharap itu adalah satu perkara yang biasa dan dirasai oleh setiap rakyat di mana-mana sekali pun.

Jika PR tidak berjaya melaksanakan janji-janjinya rakyat mempunyai kuasa untuk menurunkan mereka kembali di dalam pilihanraya yang berikutnya. Apabila sampai ke taraf itu maka barulah benar-benar rakyat yang mempunyai kuasa menentu siapa yang perlu di berikan mandat dan bukannya rakyat dipaksa oleh BN untuk menyambung mandat bagi mereka melakukan segala noda dan dosa terhadap politik dan ekonmi negara dan rakyat kita.

Rakyat tidak perlu takut untuk memberikan keyakinan kepada PR kerana jika PR mendapat mandat ke Putrajaya ia hanyalah TOL (temporary occupancy license) bukannya mempunyai hak untuk mendudukinya secara kekal. Itulah kesilapan BN selama ini kerana mereka menganggap Putrajaya itu adalah tempat yang boleh diduduki secara kekal dan boleh melakukan apa sahaja di Putrajaya itu.

Bagi saya bajet kali ini ibarat ‘door gift’ semata-mata, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Maklumlah pilihanraya akan sampai tidak lama lagi.

Rakyat tetap menjadi penentu dalam pilihanraya kali ini. Rakyat boleh memilih BN, tempat dan sumber rasuah dan salah gunakuasa yang besar atau memilih pihak yang serius untuk membetulkan dan menyelamatkan negara untuk generasi kita yang akan datang.

Jika BN masih mendapat mandat percayalah kita akan menyaksikan rasuah akan berlaku lebih dahsyat lagi pada masa-masa yang akan datang. Kenapa begitu?

Jawapannya mudah. BN akan percaya yang rakyat boleh ditipu setiap pilihanraya seterusnya sampai bila-bila. BN akan memperkuatkan lagi kepercayaannya rakyat, khususnya orang Melayu, akan memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka melakukan rasuah secara terang-terangan.

Mereka akan lebih percaya yang  rakyat terutamanya orang Melayu boleh melupakan dosa dan noda mereka dengan memberikan mereka ‘gula-gula’ apabila pilihanraya mendatang. Apabila sampai ketahap itu tidak akan dapat lagi sesiapa untuk berbuat apa-apa.

Negara hancur dan terus hancur dan tidak siapa lagi boleh memperbaikinya lagi.

18 comments:

Anonymous said...

Pak Aspan,

Bajet 2013 Najib ni adalah bajet JIWA KACAU. Jerjak besi dan dinding batu kamar sempit dan mungkin juga " tali tergantung " dalam bayangan seorang yang berjiwa kacau sehingga terhasilnya bajet bernama BAJET JIWA KACAU ini.

Semua Enam Jahanam dalam parti karat UMNO BN tentu rasa lega bajet macam ini. Masing2 tidur depa ni di ulit mimpi ngeri dan bayangan seram.

Muga rakyat terbanyak bijak menilainya. Ambil apa saja yang diberi namun undi jangan semudahnya untuk digadaikan. Kalau tidak..bertambah sengsara di hari2 esok kerana "syaitan" tidak mungkin membawa kerahmatan dan kebaikan.

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Nampaknya amat jelas bahawa UMNO/BN telah hilang akal macam mana nak memperbaiki sengsara dan taraf hidup rakyat. Sekain daripada memberi 'gula'gula', apa yang ada dalam baget ni? Dapatkah baget begini 'kick start' ekonomi negara kita?

Salam.

Anonymous said...

Dah terdesak PM Najib dan parti "syaitan" dikenali tu. Rasanya "telor 2 biji" tu pun sanggup dia bagi kalau rakyat boleh janji dan beri undi UMNO BN menang.

Anak aku kat pasti pun boleh buat bajet macam ni Apk Aspan oii. Bagi singgit...pas tu 8 kupang enjoy sakan. 2 kupang boleh lah buat beli pemadam.

Apa ke jenis dan spesis PM Malaysia satu ni. Inilah PM paling haprak dan sewel dalam sejarah dunia !!!!!!

Anonymous said...

Si Najib ini bukan main "action" pada penghujung pembentagannya. Ejek sini ejek sana. Kalau nak bentang bajet, bentanglah baik baik. boleh rakyat hormat kau ni. Tapi bentang macamlah tengah bagi ceramah. kutuk PR habis habis.

Anonymous said...

As Salam Tuan AA.

NR Altantunya ni mentadbir negara seperti beliau menjadi ketua bahagian UMNO di Pekan, Pahang aje. Sikap merasuah ahli menerusi pembahagian atau pengagihan projek-projek kerajaan kepada ahli (walaupun tiada kelayakan) supaya terus menyokong beliau terus menjadi kebiasaan. Begitu jugalah apabila beliau mendapat jawatan PM (dengan cara mudah dan hangguk-hangguk sahaja sebab Muhyideen tiada keberanian), maka pengalaman mentadbir bahagian akan dibawa kepada mentadbir negara pula. Maka banyaklah wang ditabur kepada rakyat untuk mengekalkan kuasa selama 5 tahun lagi. Tapi dengan berbekalkan kecetekan akal dan kebodohan (akibat kesan Nasi Kangkang Kak Ros dan pengaruh Menteri Perogol Amah) beliau telah lupa bahawa haruman wang ringgit akan hilang sebaik sahaja wang ringgit itu habis dibelanjakan (dengan keadaaan ekonomi sekarang), rakyat sepantas kilat akan lupa kepada pemberian tersebut. Nampaknya kebijaksanaan, ketokohan, pengalaman, ketakwaan, kejujuran, keikhlasan dan keimanan kepada tuhan beliau amat jauh ketinggalan berbanding Ketua Pembangkang (DSAI), cuma masa yang belum mengizinkan atau kebenaran yang sedikit lamabat muncul untuk membenamkan segala keburukan dan kejahilan di negeri Tanah Melayu ini. Semoga Allah SNT menurunkan rahmatnya kepada sekalian rakyat yang terlalu mengharapkan keadilan dan kebenaran bagi memusnahkan "golongan Yakjuj dan Makjuj" di Negeri Tanah Melayu ini. Amin

Anonymous said...

Pak Aspan,

Nampaknya tidak ramai yang dapat memberi ulasan baik kerana mereka melihat bajet ini dari kaca mata politik PR bukan dari sudut kacamata Economist atau Akauntan umpamanya.Unknown mengatakan bajet yang bangang dan macam macam sedangkan belisu tu siapa.Setakat macam bunyi Guru Besar pencen tak payah ulaslah.

Rata rata ini adalahh amat menyeluruh bagi semua lapisan masyarakat dan dalam berbagai sektor.RM251.6 B adalah satu bajet yang balance hampir 200B bagi tujuan mengurus dan hampir 50 B bagi pembangunan dengan personal tax reduction of 1% dan berbagai goodies bagi pelajar, petani, pelayan laut, anggota awam dan keselamatan negara yang diberi penekanan.

Tidak dapat dinafikan ini adalah bajet pilihanraya 13 tahun hadapan .Kita swrah pada rskyst menilai melalui peti undi nantilah.TK

The flying Scotsman

Anonymous said...

Bila Anwar ajak debat macam macam alasan diberi. Masa bentangkan bajet bukan main bersemangat kutuk pembangkang. iniah satu satunya PM di dunia yang melingkar bawah ketiak bini. Penakut!.

-AnakPodeh-

Anonymous said...

Wahai manusia Scot terbang,

Tak payah la jadi pakar ekonomi nak menilai bajet tu. Tolong habaq mai sat pakar ekonomi mana ajaq hang dan Najib buat bajet macam ni.

Cuba hang kira baik2 berapa banyak depa locate utk pengurusan dan berapa banyak utk pembangunan. Setakat pakai nama "The flying Scotsman" macam nama pertubuhan UMNO dalam oghang putih tu, hang ingat hang dah bijak sangat ka?

Asal ada BR1M semua baik belaka buat hang. Awat...kalau dah bagus dan pemurah sangat awat UMNO BN bagi BR1M ni selepas 4 dan 5 tahun menang election?. Awat UMNO BN tak bagi BR1M sebaik menang election tahun 1, thn 2 dan tahun 3?

Sebabnya tahun tahun akhir dah dekat dengan GE bukan???. Bukan kami bengap sangat nak faham macam hang yang mudah dibeli dengan duit sekupang tu. Tak heranlah hampir 70% respon dari kajian setuju bajet 2013 Najib ni bajet beli jiwa. PM jiwa kacau..habis bajet negara pun jadi kacau bilau. Sedihnya...pencacai macam hang pun ikut jadi jiwa kacau. Sedihnya..

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,

Saya memang sudah bersedia dengan Bajet 2013 Najib umpama Santa Claus. Makin parah Malaysia kita ni. Bila agaknya Bajet Malaysia yang mencorak pengembangan ekonomi atau mengolah corak ekonomi ataupun bajet yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat dalam jangka masa panjang. Kena tukar PM dari PR la gamaknya. ABU.

MAHApenipu said...

Bajet rasuah rakyat mencerminkan UMNO tiada lagi mempunyai etika dan integriti. Kekeringan idea utk memikat hati yg anti BN.. Yg mengundi BN kerana sogokan ini akan senang 3 hari, tapi susah lima tahun akan datang iaitu Penny Wise Pound Foolish.

Dan sekarang nei USD 40,000=RM 100,000,,dan tidak mustahil tak lama lagi akan mencecah USD10,000=RM100,000... Hehe bagus la sangat Bodoh Negara perintah Msia nei....

Bajet terbaik la konon...bajet utk kroni2 adala kerana tiada apa2 utk harga rumah, kereta dan toll yg terus dikekalkan supaya kroni2 terus mencuri duit rakyat!!!

Anonymous said...

Yang dijelaskan kegunaan duit tapi duit dapat dari mana tak dijelaskan .Bajet perlu ada aspek sumber dan aspek kegunaan.Kalau kegunaan saja dimaklumkan ianya tergantung dan rakyat tertanya2 samaada duit lama banyak lagi ke ? atau ada duit disurukan masih belum diguna ke? atau sumber pendapatan sedia ada memang dah tinggi tapi dalam bajet wajib dijelaskan.Takkan bayaran balik ptptn setelah ditolak 20% bolih pikul setahun perbelanjaan negara .Jadi bajet 2013 penuh mistri .....

KPPPM@FIEU said...

Salam pak aspan..
Najib terpaksa beri imbuhan kepada segelintir rakyat..hanya kerana pakatan rakyat terlalu kuat memperjuangkan isu isu rakyat dan pendedahan salah laku serta rasuah pemimpin bn...najib berharap dgn imbuhan ini..rakyat akan dibuai mimpi serta lupa dgn apa yang telah di lakukan selama mereka menjadi syaitan lebih 50 tahun

Melayu Kena Sokmo said...

As Salam Tuan Aspan.

Lebih sesuai dinamakan Bajet kali ini sebagai "Bajet Tahi Ayam". Ini kerana tahi ayam masih panas apabila baru keluar dari dubur ayam, tapi apabila dah lama sikit (bila duit habis) ia menjadi sejuk dan nak dibuat baja pun tak sesuai kerana sikit sangat (rasuah wang kepada rakyat hanya sekadar cukup buat belanja seminggu sedangkan para pemimpin dah merompak kekayaan dan hasil mahsul negara melebihi 50 tahun). Hanya rakyat yang telah diberikan Allah kecerdikan dan kesedaran yang akan menolak perangai rasuah para pemimpin UMNO ini. Bagi rakyat yang otak kemetot dan berfahaman "haramjadah", mereka ini tetap menyokong UMNO walaupun ditipu setiap hari oleh para pemimpin UMNO yang juga berperangai "haramjadah".

Nazree Yunus said...

Tuan Aspan,

Orang yang sabar pasti difitnah

ahmadyani said...

Bajet PKR patut disebar luas kepada rakyat dalam bentuk risalah cetak. Atau boleh dijual dalam bentuk cetakan kemas...sebagai cara mengumpul dana PRU13.

Anonymous said...

bapak pengantin bagi saya bunga telor....tetapi dia sendiri TAK DE TELORRR!!!

uuuuuwwaaaaaaa!!!

mahaza said...

Saya pencen sendiri (pencen awal) BR1M x layak sebab isteri kerja, anak bawah umur 21, even pemgurangan subsidi gula juga tak memberi 'menafaat' sebab ada risiko diabetic, isteri bukan kerja swasta mahupun kerajaan yang mendapat bonus (elek, kosong). Berapa ramai macam saya?

Anonymous said...

PM and Finance Minister that is clueless ie RM200 rebate for smartphone ! Our mobile peneration rate is already above 100%, so what's the point of spending tax payers money on this useless initiative. What a joke of a budget and hopeless leader of the country that is not even in parliment to defend his debate. Plus all the other hopeless BN MP's who are also not able to defend this useless budget.