22 September 2012

Mahathir mahukan orang Melayu berlindung di bawah UMNO walaupun sudah busuk sampai ke ususnya

Dr Mahathir berkata di Johor Baru dua hari lepas yang pemimpin yang baik perlu menerima teguran yang membina. Ini pun Mahathir benar dan betul tetapi jika kritikan itu diarahkan kepada beliau itu adalah satu kesalahan besar. Apabila beliau ditegur dan ditandingi secara demokratik beliau mengambilnya sebagai satu tindakan memalitkan tahi ke muka dan beliau tidak dapat menerimanya. Hasilnya beliau secara sistematik telah mengharamkan partinya sendiri.

Apabila sistem dan undang-undang yang masih baik semasa itu mampu untuk memulihkan parti yang beliau haramkan itu, maka sistem itu dibunuhnya dengan menceroboh Badan Kehakiman yang sepatutnya bebas dari pengaruh eksekutif. Empat orang hakim Mahkamah Agung telah dipecat termasuk Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas melalui penubuhan ‘tribunal’ yang amat tercemar cara penubuhannya.

Apabila semua sistem berada di tangan beliau, Dr Mahathir bertindak mengikut kehendak hatinya sendiri. Tidak lagi sistem demokrasi yang betul kerana semuanya boleh dilakukan oleh Dr Mahathir dan itulah yang membolehkan beliau terus berkuasa dengan rakus selama 22 tahun itu. Jika sistem tidak tercemar Dr Mahathir tidak akan dapat kekal kerana populariti beliau telah jatuh hasil dari pemilihan 1987 itu.

Di Johor itu juga Dr Mahathir telah menasihatkan yang pemimpin tidak tunggu lama-lama dan memberikan peluang kepada pemimpin lain untuk naik. Seseorang pemimpin mesti memahami isyarat yang didapati dari bawah supaya seseorang itu tahu bila untuk turun. Nasihat ini membuatkan kita lebih yakin yang Mahathir adalah seorang yang benar-benar mudah lupa dan hanya pandai memberi nasihat kepada orang lain sahaja.

Isyarat yang beliau harus bersara telah ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO apabila beliau hanya memenangi 43 undi di dalam pemilihan parti 1987 dahulu. Hampir separuh dari perwakilan memberikan isyarat supaya beliau berundur tetapi keengganan beliau untuk berbuat demikian itulah yang menyebabkan beliau membunuh UMNO dan menyalahkan pihak lain di atas pengharaman UMNO itu.

Mahathir terus sahaja menubuhkan parti yang baru yang diberi nama yang sama seperti parti yang beliau bunuh itu semata-mata untuk membina sokongan ramai tanpa pemimpin-pemimpin yang tidak sebulu dengan beliau. Itulah penyebabnya kenapa Tunku A Rahman dan Hussein Onn tidak berada di dalam UMNO semasa mereka ini meninggal dunia.

Mahathir ini seperti Kamal Attaturk yang mempunyai sikap, ‘you do what I ask you to do, don’t do what I do’.

Mahathir tidak konsisten dengan pendirian beliau dan beliau tidak dapat lari dari mengharapkan politik kepartian yang sempit walaupun sudah berada dalam usia yang begitu lanjut. UMNO katanya adalah parti yang lemah dan busuk hingga ke usus. Dia juga berkata UMNO itu dianggotai oleh orang-orang yang bodoh. UMNO juga katanya menggunakan cara membeli undi dengan pembayaran BR1M dan banyak lagi komen-komen buruk yang beliau lemparkan kepada partinya itu.

Tetapi beliau sekarang mundar-mandir untuk meminta rakyat memberikan sokongan kepada UMNO yang sudah lemah longlai itu. Saya tidak ingin menyebut kenapa beliau menjadi begini, tetapi rakyat faham yang beliau bermasalah jika PR mendapat mandat.

Itulah sebabnya rakyat berharap jika PR mendapat mandat kali ini, jangan sekali-kali melakukan perkara yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang didorong oleh kepimpinan Mahathir selama 22 tahun itu.

Rakyat wajar mengambil keputusan sendiri. Kita telah mendengar nasihat dan galakan pemimpin seperti Dr Mahathir ini dan telah terbukti membawa padah kepada parti dan negara.

Jika semua nasihat beliau selama itu betul, masakan beliau wariskan UMNO yang sedemikian rupa. Beliau bolehlah menyalahkan Pak Lah tetapi kesalahan beliau memilih Pak Lah sebagai pengganti beliau sendiri itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kerana apa beliau memilih Pak Lah? Kerana beliau sangkakan yang Pak Lah boleh beliau kotak-katekkan seperti yang beliau lakukan terhadap Ghaffar Baba dan Najib sekarang ini.  

Rakyat mendengar kata-kata beliau yang UMNO itu parti yang sudah busuk sampai ke usus, tetapi kerana kepentingan politik peribadi beliau masih ingin Melayu ini berlindung dengan parti ini.

Begitulah nasib bangsaku. Hanya digunakan untuk kepentingan politik peribadi pemimpin-pemimpin mereka. Walau sebusuk mana pun parti itu Melayu diminta oleh Mahathir untuk berlindung di bawahnya.

12 comments:

mat gombau said...

salam bang,

banyak bona bubuh lado ni!

slow2 la sikit... hehe!

Anonymous said...

To him, he was most successful leader...but the rest failed to build on his great achievements.

There is no good and capable Malay leader/s left in BN, or PR, after him????

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Cer tanya dia. Dia sudah beri signal kpd Najib utk turunkah? Atau dia sudah beri signal kpd mukrizz utk cucuk Najib?

Kan ker berhemah caranya bila dia suruh Muhideen cucuk Paklah sambil memberi ganjaran jawatan TPM dulu! Takkan dia nak suruh muhideeen cucuk sekali lagi!

Kang kalu kita kata dia pelupa adalah juak2 bertahi hidong masin akan melenting!

Sekian,

Gheng lama

P/s - adake lagi org johor selain muhideeeen yg duduk dalam kem mahatdeyyy ni? Kesian tengok gambar balachee setia dia, Tok Mat kat kulit bukunya yg merenong jauh, buat kerja mati2 utk mahatdeyyy tetapi hancur berkecai semuanya!

Anonymous said...

Sobona eh UMNO takdo cacat eh doh. Oghang biaso dalam UMNO tak tau pomimpin eh dah songlap duit/ harto kighi kanan. Bilo dah bokawan dongan Setan, ko lubang jahanam lah dibawak eh.. Kosian boto den kek ponyokong buto UMNo ni. Dah lah buto, pokak lak tu....

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Cuba kita hayati artikel ini....

http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=29101:dr-m-mahu-anaknya-jadi-pm-tak-perlu-risau-jika-malaysia-jadi-muflis-mukhriz&Itemid=2

UUM.....lubuk kangkong....

Sekian,

gheng lama

NurWangi said...

UMNO yang diharapkan untuk membela Melayu sebenarnya sudah bubar. Yang ada hanya Umno untuk kepentingan individu yang menguasainya bukan untuk kepentingan rakyat.

Anonymous said...

Anon 12:32

Apa hebatnya Mahathir, perasan je lebih. Penganti-penganti yang sdra kata gagal meneruskan kehebatannya semua pilihan dia.

Kalau hebat dia juga akan menyediakan penganti yang hebat bagi meneruskan kehebatannya. Dia ada masa 22 tahun nak cari dan nak latih pengantinya, lebih dari cukup. Hebat apa camtu....

Dia juga menjadi pemimpin parti dalam masa yang lama. Mana kehebatan Mahathir yang sdra dok gembar-gembur jika barisan kepimpinan dalam partinya semua tak berkualiti.

Bukan setakat pemimpin partinya tak ada kualiti, penyokong tegar pun lebih kurang je seperti dipaparkan melalui komen sdra.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Kalau dah namanya "syaitan yang dikenali", tak payahlah kita nak harap yang baik baik belaka dari Mamak Kutty ni. Kalau dah "syaitan", tetap "syaitan" juga, makhluk yang di murkai Allah.

Kalau Allah dah murka kepada "syaitan" begini, ke jadah apa benda sebahagian rakyat Malaysia mengagung dan menyembah "syaitan" ini?.

Cuba fikir baik baik wahai rakyat Malaysia. Syaitan dan iblis tu tahu Allah murka dan laknatkan dia. Dan dia berikrar untuk sesatkan manusia agar turut di murkai dan dilaknat Allah. Jadi nak heran apa sangat kalau kepala "syaitan" kat Malaysia ni mengajak rakyat menyokong parti "syaitan'. Memang dah itu sifat golongan manusia berhati syaitan.

Fakta Malaysia ni diperlakukan sesuka hati oleh "syaitan" keturunan Kera La ni cukup jelas bermula dengan pemecatan mantan Ketua Hakim Negara ( Tun Salleh Abas ). Mulai detik itu berbagai rentetan keburukan dan kerja hina dilakukan "syaitan" ini. Sistem perundangan diperkuda sesuka hati, amalan kronisma berleluasa kerana "syaitan" mahu kan anak2nya dan puak puak sealirannya berada ditempat sewajarnya tanpa peduli soal adil saksama.. Sudah sifat syaitan..angkuh diri dan merasa orang lain tidak setaraf dengannya.

Sebab itu syaitan atau iblis ini tidak sujud kepada Adam bila diarakan Allah kerana merasa dirinya terlalu istimewa dan lebih mulia. Khabarnya Adam diturunkan ke dunia dan mendarat di Sri Lanka, pulau yang bersempadan dengan India. Dan kepala "syaitan" di Malaysia ini pula ceritanya dilahirkan di tempat bernama Kerala, tidak jauh dari lokasi Adam diturunkan.

Pak Aspan,

"syaitan" memang bijak belit malah mampu bikin magic. Memang "syaitan" tidak akan senang dengan manusia manusia beriman dan mematuhi Allah. Sudah janji Allah..kebenaran juga akhirnya akan menang. Dan kerana takutkan kemenangan pihak yang benar di Malaysia...maka kepala "syaitan" asal Kera La ini kini bertambah sibuk sana sini menyiksa kudrat tua nya untuk menegakkan kejahilan dan menyeru sekelian rakyat Malaysia untuk merestui parti syaitan.

Hmmm..."syaitan" ini sedang menghina dirinya sendiri yang telah sekian lama terhina oleh Allah. Dia sedang menambah kehinaan terhadap maruah diri sendiri yang memangnya sekian lama telah pun tidak bermaruah. Semakin hampir kebenaran diambang kemenangan, semakin pucat dan gentar tubuh "syaitan" yang kian kurus bagai tak terurus ini. "Syaitan" ini akan menerima azab oleh dosa dosa silamnya. Itu pasti kerana Allah tidak pernah lupa janjinya terhadap makhluk ciptaannya.

mamak mudah lupa... said...

Salam Pak Aspan,

A picture is worth a thousand words

Anonymous said...

Menampakkan dengan jelas bahawa mamak kutty dalam ketakutan.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Cukuplah dengan ucapannya yang sebegitu, menggambarkan dia sebenarnya lebih hina daripada kanak-kanak bawah 10 tahun; malah dengan kesanggupannya bertuhankan syaitan itulah imejnya sudahpun terkambus ke bawah tujuh lapis bumi. Apa yang ada, hanyalah batang tubuh yang kelihatan segar tetapi sudah mampus! Mana tak? Kononnya punya roh, tetapi sudah ditadbir syaitan, kan? Justeru, tak payahlah dengan nasihat bangangnya tu dan tunggu ajalah kematiannya yang insha Allah antara saat terhina yang akan dia rasa sebelum proses-proses seterusnya.

Terima kasih dan salam jihad.

Shamsul Bahriel said...

NurWangi, saya setuju. Kebykkan pemimpin kini melakukan sesuatu untuk kepentingan mereka.