Dalam UMNO istilah berkorban memang
istilah biasa kita dengar. Semua orang bercakap tentang pengorbanan termasuk
Najib Tun Razak yang meminta semua orang berkorban untuk negara dan bangsa dan
cara pengorbanannya ialah dengan memberikan sokongan kepada beliau dan UMNO.
Bagi beliau definasi pengorbanan ialah memberikan sokongan terus kepada beliau
dan UMNO dalam apa pun keadaannya.
Sesungguhnya Najib bukanlah orang
yang cocok untuk bercakap tentang pengorbanan dalam perjuangan. Berkorban ialah
satu tindakan yang dilakukan untuk kebaikan perjuangan sehinggakan tindakan itu
boleh mengurangkan kedudukan dan kekayaan seseorang itu. Tunku A Rahman Putra
telah menjual segala harta beliau untuk UMNO dan negara. Onn Jaafar telah
diceritakan oleh keluarga beliau semasa beliau meninggal dunia beliau tidak
mempunyai harta dan wang ringgit semata-mata kerana perjuangan.
Pengorbanan Tun Razak pula
berbeza. Beliau tidak mengambil kesempatan di atas kedudukan beliau untuk
membuat harta benda kerana berkorban bagi kesejahteraan negara. Beliau dari
keluarga yang baik dan adalah Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang. Ramai lagi
pemimpin di zaman dahulu berkorban untuk perjuangan parti dan negara. Tengku
Razaleigh di katakan telah mendermakan tanah beliau yang begitu tinggi nilainya
untuk meletakkan bangunan UMNO yang berdiri megah di kotaraya Kuala Lumpur itu.
Saya menyebut perkara ini, kerana
istilah pengorbanan ini merupakan satu istilah yang sangat besar dan tinggi
nilainya dan bukan mudah untuk mendapatkannya dari sesiapa jika dilihat dari
sudut perjuangan negara. Apabila kita mendengar pemimpin hari ini bercakap tentang pengorbanan ramai yang tidak
dapat menerimanya, malahan ia menjadi bahan jenaka bagi sesiapa yang
mendengarnya.
Tidak usah kita bertanya kepada
ramai orang. Kita hanya bertanya kepada Najib sahaja yang sekarang terlalu acap
beretorik tentang pengorbanan itu? Seingat kita Najib mula berkecimpung dalam
politik apabila beliau mengambil tempat ayahanda beliau yang meninggalkan kita
pada Januari 1976 dahulu secara percuma. Semuanya di adakan untuk beliau secara
percuma. Malahan semua jawatan dan peningkatan beliau sehingga hari ini beliau
dapati secara percuma.
Najib tidak pernah diuji dalam
sepanjang hayat politik beliau kerana beliau anak Perdana Menteri. Kita tidak
tahu samada Najib faham atau tidak apa dia yang dikatakan pengorbanan itu.
Sekarang kita bertanya siapa yang berkorban dan siapa yang dikorbankan? Apa
pengorbanan Najib kepada parti selama ini selain dari parti yang tidak
putus-putus berkorban untuk beliau.
Dalam keadaan UMNO menjadi
persoalan rakyat bolehkah Najib melakukan satu pengorbanan besar terhadap parti
dan negara? Tidak kah boleh Najib melakukan hanya satu pengorbanan terhadap
negara dalam keadaan negara dan politik nya sedang menghadapi krisis keyakinan
yang amat menggila pada hari ini?
Rakyat sedang menghadapi krisis
keyakinan terhadap kewibawaan pimpinan negara yang diketuai Najib dengan
isu-isu rasuah dan salah guna kuasa yang tidak ada hadnya lagi pada hari ini.
Malahan krisis keyakinan ini bukan sahaja kepada Najib tetapi pada keseluruhan
kabinet dan kerajaan negara.
Rakyat telah berkorban sampai ke
peringkat optimanya dengan bersabar selama ini dengan mengharapkan supaya
kepimpinan menghentikan melakukan dosa dan noda terhadap rakyat. Sebenarnya apa
yang diseru oleh Najib tentang pengorbanan itu telah di arah kepada sasaran
yang salah. Najib telah menyeru mereka yang telah terlalu banyak berkorban hati
dan jiwa di atas segala kelakuan dan sifat sumbang kepimpinan sekarang terhadap
mereka (rakyat).
Apa sebenarnya cara pengorbanan
yang rakyat perlukan dari Najib dan barisan kepimpinan negara dan kerajaan
keseluruhannya? Rakyat pada asalnya mahukan kerajaan pimpinan Najib. Yang
diperlukan jadilah kerajaan yang jujur dan tidak rasuah dan mengambil
kesempatan di atas kerelaan rakyat memberikan sokongan selama ini. Jagalah
khazanah rakyat dengan baik dan tidak di selewengkan. Misalnya jika harga
kontrak LRT Ampang harganya RM1.1 billion pastikan harganya tetap ditahap yang
sama dan bukannya dinaikan harganya menjadi RM1.8 billion.
Ini tidak. Oleh kerana rasuah ini
sudah menjadi ketagihan kepada pimpinan kita ia tidak dapat lagi di hentikan. Setiap
projek besar dan kecil ada sahaja tambahan kos untuk kepentingan kewangan orang
yang berkuasa. Sampai bila keadaan ini harus berlarutan sedangkan mandat yang
di berikan rakyat selama ini adalah untuk mereka menjaga khazanah negara
bukannya untuk mereka melakukan rompakan di siang hari.
Najib begitu bersungguh-sungguh
meminta rakyat berbelanja secara wasatiyah tetapi beliau sendiri berbelanja
wang rakyat seperti wang itu boleh di petik dari pokok sahaja. Berbelanja untuk
lawatan ke England yang
hanya memakan masa empat lima
hari melibatkan kos sebanyak RM1.6 juta. Di manakah wasatiyah yang di sebut-sebut
dengan fasih oleh Najib itu.
Isu ini menjadi sebutan ramai
sejak bertahun tahun dahulu dan sekarang rakyat ramai yang sudah mengambil
pendirian yang ‘conclusive’ yang UMNO dan pimpinan tidak boleh lagi di berikan
mandat. Budaya buruk ini sudah tidak dapat di perbaiki lagi dan ia tidak akan
baik sampai bila-bila. Bersara seorang di gantikan dengan seorang yang lain
tetapi yang menggantinya akan bersikap dan bersifat yang sama juga. Mereka yang
pergi dan datang itu datangnya dari acuan yang sama.
Berhenti Najib dan di gantikan
dengan Muhyiddin pun tidak akan merubah keadaan kerana Muhyiddin pun datang
dari acuan yang serupa. Acuan yang di bentuk oleh Dr Mahathir dahulu sangat ‘effective’.
Acuan itu telah membentuk barisan yang gunanya untuk menipu dan memerah harta
benda rakyat sampai kekeringan.
Sampai bila rakyat hendak
berkorban perasaan ini tidak dapat kita ketahui, tetapi tanda-tanda sudah
nampak jelas yang rakyat sudah mula tidak lagi mempercayai apa-apa yang
dikatakan oleh pimpinan sekarang.
Kalau benar Najib serius tentang
pengorbanan, hanya satu yang beliau patut lakukan: berpakat di kalangan
pimpinan UMNO, panggil perhimpunan agong khas, kesemua barisan kepimpinan itu
berhenti dan berikan ahli yang ramai-ramai memilih seorang pemimpin yang tidak
berada di dalam acuan yang dibentuk oleh Dr Mahathir itu. Jika hendak dilakukan,
adakan sebelum pilihanraya ini.
Itu sahaja caranya untuk UMNO mendapat
kepercayaan rakyat ramai. Kurang dari itu, jangan terkejut jika Najib merupakan
Perdana Menteri dari UMNO yang terakhir. Semuanya ini adalah kerana Najib hanya
pandai bercakap tentang pengorbanan tetapi beliau sendiri tidak mahu berkorban
walaupun sedikit untuk negara.
Najib mesti memahami satu hakikat
yang beliau menjadi Perdana Menteri bukan kerana sokongan rakyat ramai. Beliau
menjadi PM kerana konvensyennya Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri.
Presiden UMNO pula dipilih oleh empat ribu perwakilan UMNO sahaja. Di mana
'legitimacy' pemilihan seorang PM oleh rakyat?
Saya kira kali ini elok kita
pilih Perdana Menteri mengikut peruntukan perlembagaan: iaitu seorang ahli
Legislatif Melayu yang mendapat kepercayaan Dewan Parlimen itulah yang akan
menjadi Perdana Menteri.
10 comments:
Salam Hormat Tuan.
Bagi rakyat marhaen seperti saya ini dah lama menganggap PM sekarang ini ibarat "Pondan Tua yang sedang berjalan sambil mengunyah kapur sireh sambil berludah sepanjang jalan dan di atas bahunya pula sedang bertenggek seekor beruk betina (yang telah berusia tetapi jauh lebih bernafsu darinya)".
Salam Tuan Aspan,
Saya kira peruntukan itu sudah ada cuma ahli ahli parlimen yang kita pilih ini pada setiap masa akan memilih berasaskan parti mereka. Kepedulian mereka adalah pada periuk nasi mereka.
Peruntukan ini juga jelas memerlukan peranan raja raja melayu & Yang dipertuan agung. Agung berhak memilih salah seorang dari ahli parlimen yang tuanku yakini memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.
Ini hak Agung dan inilah senjata terakhir UMNO. Untuk elak ianya berlaku maka Pakatan Rakyat kena menang besar dan memastikan ahli parlimen mereka tidak lompat di saat pemilihan perdana menteri. Budaya lompar parti ini hanya ditentang oleh parti tuan manakala UMNO dan PKR tidak memandang ianya sebagai satu perbuatan yg tidak bermoral.
Saya rasa cara terbaik adalah menggunakan cara seperti pemilihan presiden amerika. Kadah ini barulah bermakna Perdana Menteri dipilih oleh rakyat. Ini bermakna kita kena pinda perlembagaan. Mungkin DAP boleh mulakan inisiatif ini.Utk elak dari DAP dikaitkan dengan isu rasis maka mungkin boleh ditambah bahawa Perdana Menteri itu mestilah berbangsa melayu.
As salam..pak aspan
najib lebih pentingkan rosmah dari rakyat kebanyakan...dengan sedikit imbuhan beliau fikir rakyat mudah diperbodohkan..
Sdr AA,
Sabenarnya ramai ahli UMNOputra dah berkorban dan mereka dah menuntut haknya contoh anak yatim dari Jelobu dia dah berkorban membakar jambatan dari petaling hingga ka Kg Gagu sekarang ni dia nak balek,Mamak kutty pariah dari kerala sanggup tukar,dulu S/O sekarang dah BIN,anak yasin?......
Najib pun dah berkorban juga, cerai isteri yang berdarah raja,kawin bini orang melayu totok dari gedung lalang rumah 50 yang duduk dekat rumah anak dara tua si Suhaimi Baba,sebab tulah dia suruh orang lain berkorban,apa yang patut dikorbankan? yang itu tanya Mami mamak kutyy Sharijat...Lembu punya pasal hangus dua kedai dikorbankan ha ha ha.ABU
Segala buruk kepimpinan kerajaan bn dan kepincangan sistem kerajaan jika diteliti...hasilnya,berpunca dari mahadey...
Kerana mahadey kekal berkuasa melalui penipuan samada di peringkat parti dan negara (pilihanraya)..
Kenapa misti Melayu menjadi PM,
Tiada dalam pelembagan yang mengatakan saorang PM mesti dari kalangan Melayu.
Cukuplah kot apa kata kita tukar selera,kalau Melayu juga tidak mungkinkah lengoknya tetap sama,kerana 5 sebelum dan yang ada tidak memuaskan kita.
Mengambil contoh Singapura ,orang Melayu disana hidup mewah juga tidak nampak terpingir atau kebuloran.
Melayu sebenarnya tiada calon yang bolih menjangkau aspirasi dan kehendak tuntutan semasa yang bolih diketengahkan ,yang ada perlakun yang bekepentingan sahaja baik dari block politik mana sekalipon.
Sekali membuat perubahan biarlah yang berani menepati bidalan Melayu ,'sekali air bah ,sekali pantai berubah'
Salam Pak Aspan,
Saya baca dalam Free Malaysia Today....DS Nizar, xMB Perak kata:
a) ada Tsunami BESAR brewing dalam umno....masa 2008, ia tak sebesar yang akan berlaku ni
b) Mahatdeyyy, Mohideeeeen dan Ku Li sedang teropong saat dan ketika mahu NGAP Najib!....masing2 katanya mahu ganti Najib selaku Presiden umno!
c) dalam umno ada umno!...iaitu pertubuhan milik Ku Li, Amanah Malaysia.....
d) mahatdeyyyy dikatakan akan ambil semula jawatan tertinggi negara jika 'DIPERLUKAN' oleh umno!.....
Sama2lah kita saksikan.....kenyataan dan hakikat......ketentuan Allah swt.....hasil dari MAINAN manusia yang mahu melebihi Tuhannya!!....
.....'Mereka akan bergaduh sesama sendiri......inilah permulaan berakhirnya umno (baru)!!'.......Allahyarham Cikgu Hj Abdul Kahar Ahmad, Muar, Johor.
sekian,
gheng lama
p/s - Manusia merancang dan merencana, .....nyawa rakyat juga mereka akan pertaruhkan??....namun Allah yang menentukan.....ramai manusia hidup dalam sia-sia belaka.......
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Berkorban? Mahathir dan sekalian anak didiknya daripada UMNO ni nak kita berkorbankah? Dahlah, tak payahlah ... Lagi kita berkorban untuk mereka, lagi papa kita jadinya nanti, bukan sebagaimana falsafah dalam lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee tu ...
Tak usahlah mereka ni nak banyak cakap; bagaimana dengan nasib golongan rakyat bawahan seperti para petani di FELDA yang telah tergadai nyawa mereka dik permainan saham? Nelayan yang sesetengahnya hanya mampu menangkap ikan di air cetek? Fakir miskin di kota-kota kosmopolitan, bayi-bayi yang belum kenal dunia yang diperlakukan lebih hina daripada anak haiwan, para mahasiswa yang juga disekat kebebasan, juga tidak ketinggalan, golongan kami, OKU yang juga merupakan antara golongan ketersisihan? Saya galakkan kalan mengunjungi blog Besiwaja, antara rakan saya yang rajin dan kreatif menulis, dan lihatlah artikel membicarakan perkembangan terkini Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (MAB), berjudul MAB Dan Fountain. Juga, pada hemat saya, soal calon Perdana Menteri itu berbangsa Melayu tidaklah sebesar mana dan tidaklah perlu diubah, kerana majoriti penduduk Malaysia (dahulunya Malaya) ini adalah orang Melayu serta telah termaktub dalam perjanjian persepakatan antara kaum pra-merdeka; cuma, yang perlu diubah ialah memperketat syarat pemilihannya, yang mana ianya bolehlah diserahkan kepada budi bicara Yang Di-Pertuan Agung dan Majlis Raja-raja. Dengan ini, rasanya, Najib dan UBN sendirilah yang perlu berkorban iaitu berundur secara terhormat (lebih baik) atau terpaksa berundur (pada PRU akan datang.
Terima kasih dan salam jihad.
Pengorbanan yang dimaksudkan Si Najib itu sebenarnya mengorbankan LEMBU-LEMBU SHAHRIZAT untuk majlis-majlis UMNOH.
Pengorbanan yang diharapkan ialah supaya rakyat menonggengkan bontot-bontot mereka untuk ditibai oleh pemimpin-pemimpin UMNOH.
Salam Pak Aspan,
Pagi tadi saya lihat berita Bernama news.....sessi dialog mahatdeyyyy dengan ceo2 syarikat korporat dalam negara....
beriya2 dia kata...dia mahu keputusan PRU 13 nanti memberi majoriti 2/3 kepada BN...agar kerajaan BN boleh memerintah/mentadbir dengan mudah untuk meneruskan agenda pembangunan....ceo2 semuanya senyummmmm lebarrrrrr
inilah cara mahatdeyyyy main wayang!
kita tahu bebudak2 perkosa adalah tajaan dia....perkosa sudah perkosa tatasusila negara....dan sudah melemahkan pentadbiran Najib!....komen2 berghaim dan lelain yang banyak melemahkan najib!....
hari ini mahatdeyyyy mahu tunjuk baek!.....seolah2 kita tak dapat baca mainan dia!
dengan Paklah, dia sendiri bunuh pentadbiran Paklah....bagi najib anak razak, dia guna perkosa....itu saja.....
maka bolehkah PM dari umno (baru) akan terpilih selepas PRU 13 terpilih secara majoriti 2/3 seperti yang dia katakan?????
sekian,
gheng lama
p/s - beranikah muhideen atau mukrizzz cucuk najib supaya turun SEBELOM pru 13 diadakah????
Post a Comment