27 September 2012

Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat

BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN. Najib akan membentangkan bajetnya pada Jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihanraya. Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin BN.

Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana Najib begitu popular dengan membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit. Bagi Najib bayar sana, bayar sini adalah cara yang beliau selalu lakukan baik dalam kerajaan mahupun di dalam kegiatan parti. Najib mentadbir kerajaan seperti beliau mentadbir UMNO bahagiannya  di Pekan.

Dalam pada itu PR juga mengemukakan bajet pihaknya untuk membezakannya di antara bajet yang selalu dibentangkan oleh BN. Beberapa pemimpin kerajaan termasuk menteri-menterinya telah mengkritik bajet Pakatan Rakyat dan menuduh PR sedang cuba untuk menarik undi dan bajet anjuran PR itu adalah bajet yang tidak realistik.

Saya hanya hendak memberi komen tentang isu realistik atau tidaknya bajet PR yang dikatakan oleh pemimpin samseng BN seperti Nazri Aziz dan beberapa ‘hulubalang’ BN itu sebagai bahan lawak itu.  Nazri membuat komen yang tidak beretika sehinggakan dia mengatakan bajet anjuran PR itu adalah bajet bodoh. Bagi saya hanya orang bodoh sahaja yang mengenali si bodoh yang lain.

Entah mana letak cerdiknya pemimpin BN seperi Nazri ini tidak pula kita ketahui kerana jika benar mereka itu cerdik masakan rakyat memberontak terhadap BN dan hanya menunggu masa untuk menunjukkan perasaan mereka dalam peti undi nanti. Pemimpin yang bodoh akan sentiasa menganggap pihak lain itu sama bodoh dengan mereka.

Di atas kebodohan pemimpin-pemimpin kerajaan inilah yang membezakan bajet BN yang kita lihat setiap tahun yang tidak pernah tercapai seperti apa yang mereka (BN) bajetkan selama ini. Jika bajet mereka benar-benar berjaya selama ini berjaya dilaksanakan, keadaan keresahan rakyat seperti yang kita semua rasakan pada hari ini tidak akan berlaku kerana dalam pembentangan bajet selama ini semuanya adalah pembentangan yang baik-baik belaka. Tidak ada yang tidak baik tetapi hasilnya kita sama-sama saksikan sekarang.

Oleh yang demikian yang sudah terbukti tidak berjaya ialah bajet BN dan tentulah apa yang dibentangkan oleh kerajaan dalam bajet setiap tahun itu adalah bajet yang tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna. Janji-janjinya di dalam pembentangan bajet-bajet tersebut tinggal hanya bajet dan tidak pernah terlaksana dengan baik.

Tetapi apa yang saya hendak tekankan ialah dari segi sikap pemimpin-pemimpin BN dengan reaksi mereka terhadap bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat petang semalam itu. Satu perkara yang nyata kita lihat apa sahaja yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak elok kepada BN. Jika pembentangan dari PR itu baik tentulah ianya tidak baik bagi BN kerana ia akan memberikan saingan dan mengecilkan serta merendahkan pandangan rakyat terhadap BN yang ‘ego’ dan ‘arrogant’ BN itu.

BN tidak mahu mengaku yang apa yang mereka tidak mampu melakukannya tidak semestinya tidak mampu dilaksanakan oleh pihak lain, dan dalam isu ini pihak Pakatan Rakyat. Pemimpin melakukan ‘equation’ kemampuan Pakatan Rakyat itu sama lemahnya seperti kemampuan BN.

Bajet yang diunjurkan oleh PR itu jika diserahkan kepada BN untuk melaksanakannya tentunya tidak termampu untuk mereka (BN) melaksanakannya kerana kemampuan BN sangat terbatas. Justeru mereka (BN) menganggap apa yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan mengikut tahap kemampuan mereka (BN).

Apa yang lebihnya dalam bajet bayangan Pakatan Rakyat itu ialah ia mengandungi elemen moral yang tidak akan ada di dalam bajet BN itu. Pakatan Rakyat dengan keyakinan tinggi memasukkan elemen pembersihan pentadbiran kerajaan dengan membasmi segala ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sekarang dan ianya merupakan salah satu dari sumber perolehan untuk mengisi bajet yang telah dibentangkan semalam.

Mengelolakan ketirisan yang sebanyak RM28 billion setahun itu merupakan jumlah yang besar yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh memunafaatkannya untuk rakyat jelata. Ianya lebih mengutamakan ‘efficiency’ yang merupakan satu perkara buruk yang sangat ketara dalam pentadbiran BN sejak dua tiga dekad yang lalu.

Apa yang dibentangkan di dalam bajet bayangan ini amat menakutkan pihak BN dan ianya telah memberi bayangan kepada rakyat yang apa yang terkandung di dalam bajet itu merupakan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan jika ada kemahuan dan ketekunan untuk melaksanakan apa yang telah dibentangkan itu.

Tetapi pihak yang mengamalkan rasuah yang sampai ke peringkat ketagihan itu tidak akan dapat menerima bajet bayangan yang telah dibentangkan itu. Sememangnya bajet bayangan PR ini tidak ada ruang untuk pihak yang berkuasa untuk melakukan rasuah dengan sewenang-wenangnya dan sememangnya akan dianggap tidak realistik oleh pihak BN.

Bagi BN semua yang dibajetkan itu mesti ada ‘variables’ yang membolehkan mereka mendapat bahagian dalam semua perbelanjaan kerajaan dalam bentuk komisyen atau sebagainya. Kalau tidak ada elemen yang membolehkan mereka membuat ‘duit luar’ akan dianggap tidak realistik.

26 comments:

tebing tinggi said...


Saudara Aspan,

Apo dio bajet PR ,tak pulak dikabokan,manalat kalo-kalo Aden bulih dapet tambah kokou Den.

Aden nak poi boli utusan kalu ado cerito ,dapek Den bacho.

Anonymous said...

Budget last kopek buat UMNO ... ROMPAKAN sebelum lenyap dan berkubur

... menyedari hakikat UMNO sudah dipenghujung jalan, yang bakal melenyapkan kewujudan UMNO itu sendiri, belanjawan NEGARA kali ini merupakan ROMPAKAN terakhir, yang sedang dirancang untuk dilaksanakan sebaik saja belanjawan itu mendapat kelulusan Dewan dan perkenan DYMM Sri Paduka Baginda Raja Yang di Pertuan Agung

... begitulah kehidupan PEROMPAK dalam UMNO, memastikan kerajaan dan negara setelah mereka terkubur dalam PRU 13, negara berada dalam kaedaan yang sungguh menyedihkan, hampir bangkrap, melebih HAD belanjawan dari 55% pendapatan negara

... sebaik saja belanjawan dibentang para kroni UMNO akan bermesyuarat sulit berbahagi HARTA ROMPAKAN yang harus dibelanjakan sebelum UMNO diturunkan sebagai parti yang memerintah, dan kalau mengikut kaedah biasa UMNO, bahagian UMNO sudah pun dibayar oleh para kroni, sebagai ADVANCE PAYMENT, bayaran pendahuluan yang harus dikeluarkan dulu oleh para kroni, untuk diberikan projek-projek yang bakal diluluskan ...

BEGITU lah kerja PEROMPAK dalam UMNO, ambil dulu walaupun projek belum ada kejelasan matlamat dan speksifikasi tender yang jelas, para kroni pula selepas membuat bayaran pendahuluan, akan mendapat mandat penuh untuk menyediakan sepsifkasi yang menguntungkan mereka dan merugikan negara

UMNO sudah lama sedar akan KALAH BESAR dalam PRU13, mereka hanya berusaha menyediakan TABUNG SARA HIDUP buat para WARIS yang diharapkan dapat memberi NAFAS BARU kepada UMNO yang lebih BARU yang bakal mereka hidupkan ....

Apakah yang boleh PAKATAN buat untuk mengelakkan kerugian negara setelah mengambil alih kerajaan di Putrajaya? Belajar dari pengalaman peninggalan pemerintahan MAHATHIR kepada PAK LAH, MAHATHIR sebelum turun telah menyusuan sebegitu banyak projek yang WAJIB diteruskan oleh Pak Lah, termasuk Projek Jembatan Bengkok, termasuk Jalur Keretapi Berkembar dan banyak lagi yang TERPAKSA Pak Lah jalankan sebagai BABU kepada Ali Baba yang dintinggalkan oleh MAHATHIR. Namun Pak Lah punya menantu yang agak pembelit juga, lalu diBATALKAN kesemua projek yang WAJIB dijalankan oleh Pak Lah sebagai BABU Mahathir. Tapi, MAHATHIR punya BIROKRASI dalam parti dan BIROKRASI dalam kerajaan yang masih menjadi telinga, mata dan tangan MAHATHIR ... tak begitu mudah KJ membatalkan begitu saja Projek-Projek MAHATHIR, seperti yang kita dapat saksikan Projek Jembatan Bengkok walaupun dibatalkan kroni masih mendapat UNTUNG tolak modal WANG PENDAHULUAN yang mereka keluarkan, begitu juga Projek yang, walaupun diambilalih oleh KJ, kroni lama masih mendapat bahagian dengan menaikan VO (Variation Order) supaya kroni lama dapat merasakan UNTUNG kerana perubahan BABU...

... Pak Lah juga banyak belajar dari pengalaman pahit di BUNUH karir politiknya oleh MAHATHIR, dan sebelum dia MENYERAHKAN tampuk pemerintahan negara dan parti, Pak Lah mengariskan begitu banyak projek dengan khidmat nasihat KHAS dari KJ. Kalau kita ingat sejumlah lebih dari 20 lebih projek diluluskan di kawasan Parlimen Kepala Batas, sebagai habuan untuk Pak Lah berundur. Sampai sekarang masih belum jelas kenapa SIME DARBY kehilangan begitu banyak wang dalam pelaburan nya di luar negeri, apakah yang sebenarnya terjadi? Mungkin setelah Pakatan memerintah, dan setelah kesemua kepala GLC dicantas termasuk Musa Hitam selaku Pengerusi SIME DARBY, cerita sebenar akan dibongkar Pakatan demi memberi rasa keadilan kepada RAJYAT yang sekian lama tertipu ...


Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

bajet Tuan Aspan macamana pula? he3

Anonymous said...

AA, sepatutnya bajet itu dinamakan bajet untuk rakyat baru sesuai kalau memang benar berjuang untuk rakyat bukan bajat Pakatan Rakyat yg berjuang untuk dapat kuasa semata-mata.

Alam Flora said...

Untuk Anon 2012 22:28:00 08:00 (Tiada ubat untuk penyakit bodoh kecuali mampus)

Salam Sejahtera untuk Tuan AA.

Adakah Pakatan Rakyat berpolitik dan berjuang bermati-matian hanya untuk menjadi Pembangkang? Memanglah untuk mendapatkan kuasa aduhai Si Banggang (Anon 2012 22:28:00 08:00). Puas rasanya Tuan AA menulis untuk menyedarkan rakyat dewasa ini yang sekian lama dibutakan oleh pemimpin UMNO, tapi nampaknya UMNO selama 50 tahun telah dan hanya berjaya membentuk rakyat bersifat "munafik", malas membaca dan bersifat macam "kera kena belacan". Sifat dan sikap segolongan besar Melayu "haramjadah" inilah yang membuatkan rakyat Melayu lain menderita sampai bila-bila. Kalau nak bodoh sampai mampus pun elok lah kau berdoa hanya untuk anak-anak dan mak bapa engkau sahaja yang bodoh dan jangan menjangkiti manusia lain aduhai Munafik Tegar.

nick said...

Pak,

I couldn't care less with Najib budget (yes, its his budget not a Malaysian govt's) since we all know that the budget as with every budget that was tabled by an UMNO PM is nothing more than a fairy tale where everything is rosy (with Najib everything must be Ros..mah) and there's a happy ending (not for the people but for himself and his crony). What I'm more interested in is the annual Auditor's General report on the govt spending which I believe would be delayed its publication since it would be a resounding proof of UMNO led govt's irresponsibility, immorality, untrustworthiness, unethical and worse, criminal in its conduct.

We all know that the previous AG report has revealed that RM28 billion was lost and classified as leakages. In other words the UMNO govt cannot account for RM28,000,000,000 of the people's money which they (yes, UMNO and BN) spend it frivolously and without accountability as if it's their grandfather's wealth! And what's worse, it is happening annually and every time the amount increases exponentially. RM28 billions is a huge amount and its even many fold the amount the UMNO govt spend on subsidies for the people (which they always chastise the people and on occasions reduce the amount). Just look at the UMNO govt, they spend and lost tens of billions of our money every year and they grumble that we, the people are to dependent on subsidies which amount to only a couple of billions. They went on a shopping spree with our money and they are angry at us for demanding that our basic necessities are subsidized so that we can at least live a tolerable existence (not rich).

This UMNO govt is truly irresponsible and immoral to boot. They are the ones who committed the crime and abuses and they expect us not the replace them and be thankful for their disgusting antics? On what moral ground is najib standing on and for that matter, all of his cabinet with mahathir thrown in together, when they are telling us that they are a good government that should be given another term and we also then should reject PR (for their excellent performance governing their respective states)? As I see it, Najib, mahathir, Nazri and every single one of UMNO and BN leaders are standing on a mountain of manure when they claim that they are clean, pristine , unsoiled (Chua Soil lek alone would've dirtied the whole lot) and above all trust worthily pure and acceptable as a government. Well, thank you najib and Mahathir for your unsolicited and repugnant advise BUT no, we will not listen to you ever again. And this time we will make sure you get the message by kicking UMNO out of the Malaysian political equation for good. In other words, malaysian every where are waiting to make UMNO an extinct creature for the good of the people.

Nick.

Sutan...nahu... said...

....tolak rasuah.....tolak salahgunakuasa.....tolak tipu2/spin...........SOKONG PR......HIDUP RAKYAT......ABU....

Anonymous said...

Apa nak buat bro....Anon 22:28 tu siapa lagi HARAMJADAM Umat munafik nasiaonal organization apa yang dia tahu,pada UMNOgok bajet untuk rakyat ialah rakyat tergulung pada Kroni......Anon 22:28 you are Son of a Bitch piss off. ABU

Anonymous said...

memang betul bajet BN bagi RASUAH untuk para pengundi, tapi apa nak kata, BN memang TERPAKSA apa saja untuk kekal berkuasa ..... agenda RASUAH tetap akan berjalan, agenda SALAH GUNA KUASA akan terus berjalan ..... tiada perubahan untuk memperbaiki diri malah mengaku dan mendakwa terus-menerus membuat pembaikan - malah mengaku tidak menguna kebencian untuk mengadu domba antara bangsa dan agama .... time will tell

Anonymous said...

Mesra rakyat? Tapi sapa yg gunakan istilah HARAMJADAH terhadap rakyat?

Pendek kata...ahaksss

tebing tinggi said...


Alhamdulilah lego rasa Den dah donga bdget 2013,seket ko banyok Den raso Den meraso jugak.
Aden tak kesoh janji kobou Den gomok,lagi gomok lagi banyok dagingnya.

Anonymous said...

Nick may Allah blessed you for your sound intellectuality in adhering the public.

Anonymous said...

Alam Flora, ucapan syabas di atas perbahasan dan logika Saudara di dalam menegakkan kebenaran. Teruskan perjuangan Saudara kerana ini juga suatu jihad di dalam menyedarkan Umat yang dibelenggu kejahilan.

Anonymous said...

Media alternative patut dapatkan pandangan Idris Jala, sebab dia ada pelan yang berbeza untuk mengambil langkah Malaysia tidak bangkrap menjelang 2015,

Tapi rasa-rasanya Najib tak pakai lagi "nasihat" si Idris, dan si Idris ni lah nanti akan dipersalahkan kerana tidak memberi nasihat yang betul,

Ada juga si Idris tu bersuara mengenai du TINDAKAN penting yang perlu kerajaan buat untuk mengurankan defisit, satu rangka kutipan cukai yang lebi meluas melalui GST, tapi ini langkah yang CUKUP TIDAK popular untuk pilihanraya, dan si Idris ini juga sudah menyuarakan pengurang subsidi petroliam, tapi ini juga langkah tidak popular sebab akan mengakibat kan kenaikkan harga barang .... tapi si Idris ini pun tak betul, kalau di betul-betul guna otak dan ikhlas, dia sepatutnya mengenal pasti punca ketirisan yang dibuat UMNO, ini sahaja kalau ikut formula Pakatan dapat menyelamatkan negara dari terus mengalami defisit dan mengelakkan negara menjadi bangkrap .....

saya dah tua, paling lama pun dua tiga tahun lagi akan pergi, kesian anak bangsa dan generasi akan datang mewarisi negara bangkrap seperti Spain dan Itali, walaupun negara MALAYSIA ini cukup kaya dengan hasi mahgsl ....

Kalau boleh jangan lah UNDI UMNO, punca no 1 MALAYSIA akan bangkrap, mereka dah melarikan wang lebih dari 1 trillion, tapi Bank Negara buat tak nampak aje ....

Kesian orang muda kena pikul hutang sebab kejahatan UMNO

Anonymous said...

Matlamat bajet yang dibentang oleh kerajaan atau pemerintah ialah mengatur masa depan dan seterusnya merealisasikan impian rakyat dan juga negara secara jangka panjang. Hasil darinya itu akan dikembalikan semula kepada kerajaan.

Kesimpulannya, Bajet 2013 yang dibentangkan oleh DS Najib adalah ibarat 'memberi ikan kepada orang tanpa menyediakan alat pancing'.

Anonymous said...

Matlamat bajet yang dibentang oleh kerajaan atau pemerintah ialah mengatur masa depan dan seterusnya merealisasikan impian rakyat dan juga negara secara jangka panjang. Hasil darinya itu akan dikembalikan semula kepada kerajaan.

Kesimpulannya, Bajet 2013 yang dibentangkan oleh DS Najib adalah ibarat 'memberi ikan kepada orang tanpa menyediakan alat pancing'.

Anonymous said...

Banyak yg Najib cakap aku tak paham! Tapi bukan gamak orang dalam dewan tu tepok dan sorak2

Orghang kampong aku pun dengar. Tapi gamai melopong jaa

Kobau aku pun melopongg!

Anonymous said...

salam PAK AA
Harin ni neg 9 buat prog jelajah jani ditepati. Ramai gak orang yg diangkut ngan bas, sehujung Nilai sampai la ke Palong. Tp peliknya diwar-warkan prog kerajaan tp bendera BN sesaja sepanjang jln mcm kerajaan ni parti hak milik parti dia. Mcm-mcm kementerian ada sdgkan kementerian hak milik rakyat bukan milik BN. Memang salahguna kuada botul. kalau rakyat neg 9 tak nampak penyelewengan ni samo lo dongan tobing tinggi= kobau tunggu gemuk untk di`sembelih`.
tq

Anonymous said...

The " budget " had always been the allocation of cost, NOT benefits to the ordinary people and country....some benefited, some don't = 50/50 fair?

It is a great opportunity for some, politically connected and rich,to make quick and plenty of money.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Yes! Bajet 2013 sekadar bajet pilihanraya bodoh bin bangang ... Walaupun saya sekadar mengikutinya sepintas lalu menerusi Bulletin Utama semalam, tetapi, setidak-tidaknya saya telah dengar sendiri lidah pembentang bajet itu yang patut diputuskan sahaja ... Mana tidak? Peruntukan untuk kemaslahatan dan pembangunan wanita hanya sekadar 50 juta, teramat kurangnya penekanan terhadap aspek kerohanian dan hanya bersifat pemberian "ad-hoc" kepada sekian ramai penjawat awam, pesara tentera, hatta budak-budak sekolah pun boleh diperuntukkan telefon bimbit, penyebutan istilah OKU yang lebih bersifat menghina seperti "pekak", "bisu" ... ditambah tiadanya peruntukan untuk elaun kecacatan, juga Elaun Pekerja Cacat yang masih di takuk lama walhal dialah menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio itu, dan, jangan lupa, muqaddimah dan penutupnya yang sememangnya tidak beretika -- masuk bakul junung sendiri; membakul-sampahkan orang lain.

Justeru, benar sekali sebagaimana pendapat rakan-rakan kita yang menyokong saudara; sikap kita sendiri yang masih ingin menyokong tegar puak-puak dajjal inilah yang nanti akan menjahannamkan agama, negara, bangsa, keluarga dan diri; oleh itu, ayuhlah kita sekalian, duhai warga Malaysia, khasnya saudara-saudara Melayu Muslim, ketepikanlah segala pemujaan yang selain Allah, khasnya parti yang telah sekian lama tercemar akhlak dan rohani mereka dik dakyah bapa syaitan itu agar kita sekalian beroleh ampunan, berkat, redha dan rahmat-Nya, insha Allah. Kalau tidak, tunggu ajalah nanti a

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Aspan,saya sentiasa mengikuti tulisan Aspan, sedikit sebanyak akan mempengaruhi saya , seorang pengundi atas pagar untuk pemilihan nanti.

Baru baru ni saya terbaca seorang pemimpin Islam negara mengatakan orang Islam ada masalah jiwa, lebih kurang orang Islam gila..Aspan bersetuju ke dengan pandangan macam ni,apa komen Aspan

ANTI-DAJJAL said...

BEGINILAH CARA KELAS PEMERINTAH MEROMPAK DUIT RAKYAT... http://www.youtube.com/watch?v=CH-rmht54k8 Istilah Rakyat di dahulukan telah lama di gunakan di Amerika... Hakikatnya, Semua DUIT BAKAL mengalir masuk ke POKET mereka.

Anonymous said...

setuju dgn pendapat 'unknown' di atas.bosan saya mendengar ucapan permulaan dan penghujung bajet..benci betul pula bila dengar seorang PM cakap menyindir-yindir, macam tak intellectual langsung. saya juga menunggu jika ada tambahan elaun OKU, tapi tak ada pula.tak setuju juga beri 20% off hanya kpd peminjan PTPTN bayar sekaligus, sebabnya hanya orang kaya saja yg mampu bayar sekali gus....tak excited betul dgn budget tahun ini.

MAHApenipu said...

Bajet rasuah rakyat mencerminkan UMNO tiada lagi mempunyai etika dan integriti. Kekeringan idea utk memikat hati yg anti BN.. Yg mengundi BN kerana sogokan ini akan senang 3 hari, tapi susah lima tahun akan datang iaitu Penny Wise Pound Foolish.

Dan sekarang nei USD 40,000=RM 100,000,,dan tidak mustahil tak lama lagi akan mencecah USD10,000=RM100,000... Hehe bagus la sangat Bodoh Negara perintah Msia nei....

Bajet terbaik la konon...bajet utk kroni2 adala kerana tiada apa2 utk harga rumah, kereta dan toll yg terus dikekalkan supaya kroni2 terus mencuri duit rakyat!!!

Anonymous said...

Ramai di sini yang tak puas hati, menyalahkan kerajaan yang memerintah semata@ tetapi mesti di ingat, generasi terdahulu juga mengambil peluang yang sama bukan shaja orang politik, tetapi pelbagai lapisan. mungkin kerana terlepas pandang kerana jika hanya satu kumpulan sahaja yang melakukan, MUSTAHIL...
Jadi berfikirlah generasi melayu yang proser sekitar tahun 60-an, 70-an & 80-an, awal 90-an secara ikhlas apa yang ANDA lakukan untuk generasi muda sekarang.
Polisi kerajaan pegangan Bumiputra pun, and semua ALIBABAkan. Sekarang Minority Watchdog ada suara. Kalau ANDA semua gunakan akal, pegangan 30% adalahb BESAR untuk kesinambungan golongan MUDA. Tapi sayang, Melayu hanya komplen dan banyak cakap.

Nazry said...

Tuan AA,

kelakarpun ada tapi kesianpun teramat pada mentaliti dan hujahbalas pendokong Bend atas penulisan tuan 'Antara Bajet BN dan PR'. Penyokong2 PR mengulas dan memperincikan penulisan tuan dengan fakta dan statistik termasuk mengkaji bajet BN yang dibentangkan jumaat lepas. Mmm... penyokong Bend? seorg bertanya bajet Tuan AA, seorg yg ngaku pengundi atas pagar lari tajuk langsung, seorang retorik pasal nama bajet Pakatan Rakyat patut bajet rakyat, tanpa substance langsung dan seorg yg baru post smlm, confuse antara realiti dan fantasi. Syabas Tuan AA, realy amazed by your simple choice of words and yet straight forward.