Isu Suaram dengan tuduhan
terhadapnya mendapat bantuan dana asing hebat dimainkan oleh pihak BN. Selepas
ini tidak tahu apa pula yag akan dihadapi oleh Suaram dan NGO-NGO yang lain
yang tidak sebulu dengan pihak yang berkuasa. Najib berkata biarkan pihak yang
berkuasa melakukan penyiasatan. Katanya, lagi kurang kita bercakap lagi baik.
Tindakan berkuasa terhadap Suaram
bukanlah satu isu mengejutkan kerana Suaram membuatkan ada pihak yang ‘mandi
tak basah dan tidur tidak lena’ dibuatnya. Suaram ada isu yang besar yang diketengahkannya dan ia melibatkan pemimpin-pemimpin dan kroninya dalam isu komisyen
pembelian Scorpene yang besar itu. Isu komisyen itu menghasilkan pembunuhan Altantuya Shaaribu, seorang wanita jelita yang dikatakan berkaitan dengan pemimpin besar negara kita.
Isu Altantuya tidak dapat
tidak terpaksa dibongkar. Isu pembayaran komisyen Scorpene dan Altantuya itu
kait mengait dan kedua-dua isu itu tidak dapat dipisahkan jika kita mahu menyiasat
salah satu darinya. Siasat satu akan melibatkan lagi satu isu dan kedua-dua isu
itu merupakan isu yang akan membabitkan tindakan jenayah pihak-pihak tertentu
yang berada di atas persada kuasa negara kita.
Jika isu penyaluran dana asing
itu benar-benar salah ia mestilah ada peruntukan yang menunjukkan yang
penerimaan itu salah mengikut undang-undang kita. Saya bukan seorang peguam dan
saya tidak tahu untuk membuat komen terhadap isu penyaluran dana asing itu.
Tetapi Suaram mesti teruskan meneliti
tentang penyaluran wang rakyat terhadap penerima rasuah dan kroni kepimpinan
yang terlibat seperti yang disebut-sebut bukan sahaja oleh kita tetapi juga oleh
masyarakat antarabangsa. Isu Scorpene dan Altantuya ini juga satu penyaluran
dana dari kantung rakyat kepada kumpulan yang tamak haloba yang sanggup menjahanamkan
wang rakyat yang bersusah-payah membayar cukai kepada perbendaharaan negara.
Jika Suaram menghadapi isu ini,
ia adalah disebabkan tindakannya untuk membongkar penyelewengan dan jenayah
negara. Malahan isu yang dibawa oleh Suaram sehingga ke negara Perancis,
negara yang membekalkan kapal selam Scorpene itu adalah lebih penting, apatah
lagi jika ia membabitkan isu kehilangan nyawa seorang wanita yang berkait
dengan pembelian kapal selam yang suatu ketika dahulu tidak dapat menyelam itu.
Orang ramai merasakan oleh kerana
ketelusan pentadbiran kerajaan Perancis itu maka tidak ada apa-apa yang akan dilindungi dan ia akan membolehkan kita menyelami segala isu-isu yang berbangkit
tentang jenayah yang berlaku dalam skandal besar ini.
Rakyat jangan terbawa-bawa dengan
tindakan pihak berkuasa di sini kerana tindakan terhadap Suaram itu tidak lain
dari isu hendak memalingkan pandangan dan tumpuan rakyat terhadap isu yang
sangat sensitif ini.
Kita dapati Suaram mendapat
sokongan moral dari banyak NGO-NGO tanahair kerana Suaram begitu berani untuk
membongkar isu Scorpene ini hingga ke akar umbinya. Rakyat mahu tahu apa
sebenarnya yang menyebabkan isu ini timbul dan kenapa sampai ada nyawa yang
melayang kerananya.
Pembunuh kepada Altantuya telah
pun mendapat keputusannya ia itu, mereka dijatuhkan hukuman mati, tetapi apa
yang tidak langsung disebut dalam perbicaraan itu ialah ‘motive’ pembunuhan
itu.
Kita mahu tahu apa sebenarnya
yang berlaku.
25 comments:
Korek jangan tak korek SUARAM!!! Korek sampai nampak muka mereka mereka yang terima rasuah dan beri rasuah serta mereka yang mengarahkan pembunuhan Altantuya. Hanya orang gila saja yang membunuh tanpa motif! Peliknya kalau gila mengapa 2 ekor kambing hitam tak di hantar ke tampoi atau tanjung rambutan? Mesti ada perancang dan pengarah pembunuhan yang sedang ketar lutut memikirkan tindakan SUARAM ni? Rakyat yang prihatin mesti sokong tindakan SUARAM nih! Soal dana asing perkara lain. Takkan nak harap dana kerajaan kot? Kalau terima dana kerajaan nanti SUARAM jadi macam Syarikat Lembu Kondo! Ekonomi negara pun terima dana asing....apa ada hal?
Cara bijak menutup kesalahan dalam dunia tanpa sempadan ini ialah dengan tidak melakukan kesalahan itu.
Ia seperti melakukan kesalahan di tengah padang kemudian berusaha menutup kesalahan itu dari pandangan penonton. Ini adalah sebesar-besar kebodohan!
Rakyat yang cerdik sudah tahu sandiwara ini. Apa juga keputusannya, rakyat sudah tidak percaya lagi. Sekiranya Suaram dibubarkan, kononnya atas landasan undang-undang, akan lahir Suaram yang baru. Umno juga boleh ada yang baru, Suaram tentu juga boleh!
...Dan ditujukan KHAS buat PERKASA(M), "APA CERITA, DUA ANAK MELAYU JUGA AKAN DIGANTUNG BAHANA SCORPENE.ALTANTUYA ???...DAN BAGI KERAJAAN UMNO/BN, TERUSKANLAH TINDAKAN TERHADAP SUARAM & DLL., LAGI BAGUS, KEMUNGKARAN TERUS TAK BOLEH 'TENGGELAM'...kahkahkah
"Be cool , i will talk to igp 2moro morning" sms to bagina
kpl contacted by insp " Ada arahan nak 'jimat popuam cina" kat hotel malaya.
In fits Razaks wife screams at court " It is not my husband who wants to be PM"
- Menjadi suatu kesalahan menerima komisen dinegara Perancis tapi di Malaysia saja boleh.
- Selepas ini dimana-mana saja berlaku pembunuhan dalam Malaysia, motif membunuh sudah tidak penting lagi.
- Hanya kuasa dan kekayaan jadi pegangan hidup, hebat berjanji, tak buat kerja tapi tak malu guna slogan 'janji ditepati'.
- ABU
SPIN dari Zahid Hamidi - "SUARAM should be transparent" - its a spin to deflect and at the same time confuse the public, it is as if SUARAM yang jahat.
Yang sebenarnya yang jahat ni Zahid Hamidi sendiri, cuba dia buka cerita sebenar pembelian kapal selam Scorpene, pasti dia akan naik martabat, tapi orang jahat memang bersekongkol membuat kejahatan.
UMNO memang parti bangsat terhadap anak bangsanya sendiri, lebih-lebih lagi kebencian UMNO terhadap ISLAM - bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi, adalah kejahatan UMNO dalam tragedi PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI orang Melayu Islam di MEMALI pada tarikh sejarah hitam tanah air, 19 Nov 1985.
Ini kejahatan yang sudah tidak boleh UMNO padam, dua kepala syaitan UMNO yang ganas pada ketika itu adalah MAHATHIR MOHAMAD dan MUSA HITAM. Kedua-duanya masih hidup, dan masih belum mau insaf atas kejadian yang cukup menyayat hati orang Melayu.
Orang ISLAM diMalaysia tidak berdepan dengan GEORGE BUSH, atau CLINTON atau OBAMA atau PUTIN - tetapi syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia yang sudah lama sanggup menjadikan orang Melayu sebagai collateral damage bagi menentang Islam.
Kalau di Myanmar pembantaian umat ISLAM ROHINGYA dilakukan oleh sami dan pengikut agama Buddha, dan kalau di Bosnia pembantaian umat Islam dilakukan oleh tentera Serbia - tetapi di Malaysia ia adalah atas TITAH PERINTAH UMNO.
Kali dua UMNO sanggup mengorbankan nyawa orang ISLAM Melayu adalah apabila pehak polis menembak dua orang Islam di Terengganu, nasib baik tak mati, semata-mata untuk mencetuskan suasana bahawa pengikut part pembangkang adalah ganas.
Dan kali terakhir UMNO bertindak ganas terhadap orang Melayu adalah sewaktu siri kempen demonstrasi BERSIH.
UMNO memang bukan parti orang MELAYU (ISLAM), ia adalah instrument tinggalan bekas penjajah BRITISH yang masih bernaluri menentang ISLAM.
OrangBaruLahir
Salam Saudara Aspan
Belum terbongkar lagi perkara-perkara PM Najib terpaksa memberi tanah KTM keSingapura serta beberapa perkara Malaysia dipaksa melutut kepada Singapura.
Dari seperkara Scorpene, akan terbongkar dan terbukti InsyaAllah beberapa kes dimana PM Najib dibolehkan dan dikenakan tuduhan dia adalah Pengkhianat Negara, Penerima rasuah, Pembunuh dan Penyalah guna kuasa.
Tunggulah sedikit masa lagi pihak-pihak berkenaan dapat dibebaskan untuk bertindak dengan sepatutnya.
Masa itu siapakah dia itu PM Najib dan penyokong tegarnya dari UMNO/BN kerajaan dan bukan kerajaan serta konspirator yang kini bersekongkol begitu hendak sangat membunuh SUARAM!
Apa Allah SWT tiada berkuasa didunia inikah?
Salam Pak Aspan,
Baca buku Kissinger A Biography oleh Walter Isaacson
Dikatakan dalam buku itu Henry Kissinger sewaktu itu pelajar sarjana di Harvard. Dia telah memulakan satu usaha....dengan mendapat restu prof2 di Harvard Business School untuk memulakan satu kursus Summer programme.
Sejak 1959 sehingga 1969, seramai 600 warga dunia telah diambil mengikuti kursus ini.....selama 10 tahun, 600 orang, maknanya setahun, 60 orang.
Mereka berbangga bahawa kesemua pelajar ini telah naik menjadi raja, presiden, perdana menteri, menteri serta tokoh2 korporat negara masing2.
Dikatakan 1967, Lee Kuan Yew mengikuti kursus ini. tahun 1968, Mahatdeyyy turut serta.
Contoh lelain graduan lepasan kursus musim panas ini adalah contohnya Yasuhiro Nakasone (PM Jepun), Valery Giscard D' Estaing (Presiden perancis), Yigal Allon (Menteri Luar Israel), Bulent Ecivit (PM Turki)....ramainya 600 orang
Adakah mahatdeyyyy memasuki kursus ini atas biaya Umno?...atau atas biaya kerajaan malaysia?...atau atas biaya persendirian?????
Ingat....selesai sahaja kursus summer program ini, hujung 1968/awal 1969, dia sudah berani cucuk Tunku.....
Ini sejarah negara yang gamai tak tahu.....
SAPA TAJA SAPA???????
sekian,
gheng lama
p/s - untuk Latin Amerika, Amerika taja School of Americas....yang kemudiannya ditukar nama.....Mula2 SOA beroperasi dari Panama...kemudia bertukar ke satu kem tentera dalam negara Amerika....
graduan2 SOA ramai jadi diktator di negara Latin Amerika....contoh...Manuel Noriega....Masuk internet ada nama SOA ini.....
Suaram begitu berani, dan rakyat perlu berada di belakang mereka. Jika pemimpin itu tidak berbuat salah, masakan mereka begitu panas sehingga untuk mencuba mencari kesalahan SUARAM dan mendakwa mereka.
Kalau kitalah berada di pihak yang benar, pasti kita membuka seluas-luas tangan untuk orang menyiasat kita untuk membuktikan kita tidak bersalah.
Ini terbalik, seolah-olah mereka 'takutkan' sesuatu...he..he..he..
Salam Pak Aspan,
Dalam bab kerajaan Malaysia membeli kapalselam ni ada beberapa persoalan yang terfikir oleh saya:
i) Bilakah kerajaan Malaysia mula2 berminat untuk membeli kapal selam??
ii) Siapakah yang mula2 mencetuskan idea untuk membeli kapal selam untuk pertahanan negara??
iii) Siapakah yang mula2 bertindak untuk memulakan usaha membeli kapal selam bagi pertahanan negara???
iv) Siapakah KONTRAKTOR2 yang mula2 mencari model2 kapal selam dan mencadangkan kepada kerajaan Malaysia??
v) Siapakah yang bertindak pada awalnya bagi pihak kerajaan Malaysia yang menyuruh pihak2 iv) di atas itu untuk SOURCING??... mencari model2 syarikat kapal selam di dalam dunia untuk diperiksa dan untuk dibuat keputusan membelinya??
vi) Siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan membeli kapal selam??? Menteri Pertahanan SAHAJA??....Menteri Kewangan SAHAJA???.....Kabinet keseluruhannya???? Perdana Menteri sahaja????
siapa??????
Adakah kita tahu jawapan2 kepada kesemua persoalan2 di atas sebelom kita mahu persalahkan hanya Najib SEORANG selaku menteri Pertahanan SAHAJA????
Bagaimana kabinet negara bertindak dalam membeli DUA kapal selam itu????? Collective decisions????....
Ada sesiapa mislead kabinet???
Cuba kita fikirkan sejenak....
sekian,
gheng lama
As Salam Tuan AA.
Dipendekkan cerita, rakyat di negara ini hidup sengsara, tidak selamat dan tiada lagi peraturan disebabkan kesalahan mereka memilih "Penyangak dan Perompak (UMNO)" sebagai pemimpin bagi menguruskan khazanah dan urustadbir negara ini. Oleh itu, mari sama-sama kita berdoa dan solat hajat supaya "Penyangak dan Perompak (UMNO)" ini dilupuskan dan dihancurkan dari muka bumi ini demi kesejahteraan insan lain yang inginkan keamanan dan kesejahteraan demi generasi kini dan masa akan datang.
Aku nak tanya puak cerdik pandai dalam UMNO BN. Hangpa tolong jawab sat dan komen pertanyaan aku ini secara logik. Kalau tak dak sorang pun dari pemimpin UMNO BN mau pencacai yang cerdik pandai belaka tu dapat jawab soalan ni..memang sah UMNO BN ni parti "syaitan" yang dilaknat.
Jom kita sorot balik kes pembunuhan Altantuya yang ada kaitan dengan kes komisyen Scorpene tu. Dalam perbicaraan Azilah & Sirul yang didapati bersalah membunuh Altantuya, ada disebutkan oleh dua pembunuh ni bahawa mereka menerima upah untuk habiskan riwayat Altantuya.
Percaya tak hangpa kalau lah Hazilah & Sirul ni terlibat dengan kes rompakan berkumpulan, penangkapan 2 orang ini oleh polis pasti dapat mendedahkan saki baki kumpulan rompakan berkenaan yang masih bebas. Dah tentu 2 orang ini akan dipaksa menceritakan segala2nya dan akhirnya anggota kumpulan rompakan lain akan dapat dikesan dan ditangkap.
Tapi oleh kerana kes ini melibatkan VIP2 politik, polis menjadi bodoh untuk mencari punca siapa sebenarnya yang mengupah Azilah & Sirul. Ramai warga Malaysia percaya dan dapat mengagak siapa yang terlibat mengarahkan pembunuhan Altantuya itu. Jadi untuk memastikan kes ini dapat diselesaikan dan pembunuh sebenar diistiharkan ke khalayak umum dan diberi hukuman setimpal, maka VIP politik yang menjadi suspek masyarakat awam ini tidak layak diberi mandat dalam pilihanraya. Dengan kata lain...parti UMNO BN yang diterajui oleh suspek ini wajib ditumbangkan agar sebuah kerajaan baru mengambil alih dan kes perbicaraan ini dapat diteruskan secara adil dan saksama.
Mungkin ada pemimpin dan pencacai UMNO akan berkata agar serah kes ini untuk polis selesaikan. Tapi percaya dan yakinlah bahawa pembunuh Altantuya tidak akan mendapat pembalasan sewajarnya selagi UMNO BN dan VIP suspek awam tersebut tidak dihumban dari Putrajaya.
Agaknya kalau Altantuya itu emak, isteri atau anak hangpa... baru hangpa tau apa yang patut hangpa buat. Jangan ingat hanya Altantuya tu mangsa terakhir kerana selagi pemimpin keparat enam jahanam dalam parti "syaitan" yang ada sekarng masih berkuasa..tidak mustahil satu hari nanti emak, istri, anak atau saudara mara hangpa boleh menjadi mangsa seterusnya.
Tak ada jalan lain..perubahan wajib dibuat..UMNO BN dan para pemimpin sekarang harus disingkir dengan apa cara sekali pun supaya kita dapat bongkarkan segalanya untuk mencari keadilan, bukan untuk mendendami sesiapa.
Yo bro anon 18:40,
apa la hang lambat pick-up...
dlm urusan pembelian dlm kerajaan kementerian/jbtn bekenaan tentukan item ngan harga, kalu dah setuju baru bawa bincang ngan pihak tertinggi untuk kelulusan. Kalau dah menteri pertahanan & masa yg sama TPM, sapa nak lawan... nak mampusssssss...
Dlm kabinet tu semua kobau mcm yg tebing tinggi ternak...
Jadinya Najib tetap salah & anggota kabinet pun salah... jadinya... JOM TUKAR KERAJAAN PRU13!!! Jgn bagi KOBAU perintah negara, malu ek...
Tq.
Sdr AA,
Tambahan untuk Gheng Lama, takkan tak ada seorang pun rakyat Malaysia yang boleh berbahasa Perancis! Sampai guna perempuan Mongolia sebagai penterjemah.
Begitu ramai rakyat Malaysia yang boleh berbahasa Perancis terutama pensyarah bahasa moden/antarabangsa di universiti kenapa kaitkan warga asing yang terlibat dengan deal kontrak kapal selam? Tidak ke rahsia pertahanan terutama spesifikasi persenjataan dan sistem navigasi kapal boleh terdedah kepada kebocoran kerana perempuan Mongolia ini tidak pernah angkat sumpah menyimpan rahsia seperti penjawat awam yang lain? Adakah Altantuya seorang perisik yang dihantar khas utuk underground rahsia negara mengenai sistem kapal selam? Ingatan saya kes ini mirip kes kisah curang Setiausaha Pertahanan era 1960-an Britain-John Perfumo dgn kekasih gelapnya perisik KGB!Minta pencerahan minda dari semua...
Salam Pak Aspan,
Tambahan kepada persoalan2 yang terfikir.....
Setahu saya, kapal selam berpengkalan kat TLDM...di Lumut. Masa tu kalo tak silap, TLDM di bawah seliaan Naval Dockyard, Sykt milik Amin Shah. Dia ni kroni jati mahatdeyyy.
Dan setahu saya, bila Najib jadi menteri pertahanan, sampai satu ketika, kerajaan buat keputusan utk tamatkan kontrak Naval Dockyard.....masa tu sykt yang katanya berkroni dgn Najib, Boustead telah ambil alih tugas Naval Dockyard. Harus diingat, Najib tidak tamatkan kontrak Naval Dockyard serta-merta sebaik sahaja dia menjadi menteri pertahanan!.....
Adakah Amin Shah pernah/mula2 yang terlibat dengan kerja2 sourcing??? Kalo tak silap, masa tu Najib Menteri pertahanan sahaja.....Paklah TPM....mahatdeyyyy masih PM sehingga tahun 2003.....
Bila kontrak Naval Dockyard tertamat????
Dan bila kontrak membeli scorpene di award kepada syarikat razak baginda?????
Timeline ni penting bagi kita tahu siapa yang mengarahkan...dan kontraktor2 yang mana yang mula2 dapat arahan utk buat sourcing.... satu syarikat terlibat atau ada beberapa syarikat???.....sehinggalah keputusan membeli dan kontrak pembelian diAWARD kepada syarikat terbabit.....
sekian,
gheng lama
Salam Pak Aspan,
Begitu galak mahatdeyyyy berkata2.....dana soros utk lantik DSAI sebagai PM puppet?
http://www.malaysiakini.com/news/209654
Kalo refer kepada buku Kissinger tu, kita tahu mahatdeyyyy adalah anak murid Kissinger sejak 1968....dan sehingga kini mereka masih akrab
DAN kita jugak tahu Kissinger ni amat akrab berkawan dengan Soros....
Jangan lupa, tahun 1997 lalu, Kissinger mai KL berseminar dengan DSAI....dan gambar itu utusan hebahkan mengatakan DSAI agen Yahudi dan Amerika....
APA PERANAN KISSINGER DALAM KESEMUA PERCATURAN MAHATDEYYYY NI????????
Saya teramat musykil......
Sdr Aspan,
Dibandingkan dengan PM PM sebelumnya, Najib ini merupakan PM Malaysia paling sial kerana terpalit dengan pelbagai skandal termasuklah dikaitkan dengan pembunuhan warga Monggolia. Pemerhati kuat mengatakan ada korelasi antara skandal rasuah Scorpene dan kematian tragik Altantuya. Tidak pernah dalam sejarah negara Malaysia seorang PM dikaitkan dengan pembunuhan melainkan PM Najib saja.
Memang sial lah Malaysia dan warganya yang bernaung dibawah seorang PM yang diperkatakan terlibat dengan pembunuhan. Cara kematian Altantuya yang diletupkan dengan C4 dipercayai untuk menutup banyak bukti lain...tidak sekadar soal komisyen Scoprpene saja.
Kalau nak tahu kebenaran disebalik kes pembunuhan Altantuya itu, ayuh ramai ramai kita pastikan UMNO BN tumbang dalam GE 13 nanti. Hanya dengan menaikkan sebuah kerajaan yang adil, dalang kes bunuh berkenaan dapat ketahui serta pelakunya dapt dijatuhi hukuman setimpal. Logik akal sepatutnya dalang berkenaan sudah boleh dikenal pasti. Tetapi disebabkan adanya tangan tangan ghaib yang menghalang siasatan dan perbicaran secara telus, kes semudah ini hingga sekarang tiada penghujungnya.
Jangan terus biarkan Malaysia ikut terkena bahang sial oleh perbuatan tidak berperi kemanusiaan pemimpin sial berkenaan yang bertuhankan duit atau RM.
Pak Aspan,
The real “devil” could have been leaders from among UMNO’s rank and cronies
Kalau polis ambil rasuah ratusan ringgit dihebahkan meluasnya ,kalau orang biasa curi komputer raja juga dihebahkan seluasnya tapi kalau orang berkuasa dari umno macam2 alasan diberikan untuk tutup cerita.Kalau anak2 kita tak bayar PTPTN macam2 sekatan dan tindakan dikenakan tapi NFC ada apa tindakan diambil .Rakyat dah bijak termasuk mendapati maklumat dari berbagai sumber jadi jangan cari alasan dan saya harap pemerentah baru nanti kerjakan termasuk buat ethnic cleansing keatas setiap yang menyeleweng dari hari pertama mahathir jadi PM hingga hari terakhir umno tumbang.Ini satu pengajaran kepada mereka2 yang menyeleweng,menipu merompak untuk kayakan diri....
Pak,
Again, UMNO, najib and Mahathir are showing us their treasonous and hypocrite face. They are questioning the loyalty and patriotism of those people in SUARAM who uses aid and grant from outside the country to fight injustice and corruption. Tell us Mahathir, who is treasonous? Those who accept grants from other countries (since the corrupt Malaysian govt would not give them any) to expose and fight against corruption or those in the government who gave out citizenship and voting rights without due process and illegally, to pendatang haram who of course came to this country illegally? SUARAM or the those who are involve in the I/C project? The answer is obvious!
I've been preaching for years about the evil of UMNO baru and its creator, Mahathir. And day by day, the truth are revealed and it have come to the point where it could no longer be questioned or dismissed. UMNO Baru's conduct and its creator's antics are proving to be disastrous to the country's health and wealth. Since its creation, UMNO Baru has become the enemy of truth, justice and democracy itself.
In truth, UMNO Baru has been deceiving the Malays, claiming to be the OLD and DEAD UMNO of 1946. Tthe Malaysian court even came out with a ruling preventing UMNO Baru calling itself as UMNO minus the "BARU" word. According to the court ruling, UMNO Baru MUST call itself "UMNO BARU" and not just "UMNO"). UMNO Baru is nothing like the old UMNO and even Almarhum tunku and Alllahyarham Tun Hussein Onn did not join UMNO Baru! Wake up malays! The is no more UMNO! UMNO is long dead and what we have here, now is Mahathir's political party named "UMNO Baru" falsely claiming to be "UMNO" arising from the dead. So let's make sure that this UMNO Baru is dead too and "ABU" it! UMNO Baru ashes will fertilize a new and better nation. We have nothing to lose except a corrupt party full of corrupt people!
Nick.
Salam Pak Aspan,
Dia sudah marah dengan kita....apa tindakan terdesak yang dia akan buat ke atas umat Melayu nanti?????
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dr-m-takes-a-swipe-at-ungrateful-malays-warns-of-fate-under-pr-rule/
Mahatdeyyyyy sudah mulakan....meniup api ketakutan....Kita tunggu sahaja suara Berahim ali, Hassan ali, Zul kulim dan Zahren......dan aziz shamsuddin selaku head huncho!
sekian,
Gheng lama
p/s - sanusi junid....rahim nor?....ridhuan tee??.....
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Bak kta pepatah: "Siapa makan cili, dialah terasa pedasnya ...". Justeru, semakin ketara kegelabahan UMNO, khasnya Najib ni. Kasihan, Allahyarham ayahandanya ... Sepatutnya seorang pemimpin yang mampu mewarisi kepimpinan tertinggi secara nasab sebegitu lebih memahami bahawa tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya terlalu berat, dan kalau tak sanggup, berundur ajalah ... Tapi, inilah malangnya didakyah kepala segala syaitan di Malaysia ini; akhlak dan maruah diri sanggup dibogelkan tanpa segan dan malu hanya kerana "wang" ... "wang" ... "wang" ...
Nah, berkenaan prosedur pembelian kapal selam itu, rasanya sudah tidak perlu dibincang dan dicari lagi punca salahnya, kerana segala-galanya sudah jelas. Logiknya, tak mungkin dalam mana-mana kepimpinan sekalipun, sesuatu keputusan dibuat tanpa restu pemimpin tertingginya, sekalipun bermesyuarat trillionan sesi, kononnya untuk membincangkan keputusan terbaik. Oleh itu, mahu tidak mahu, kita mestilah menerima hakikat Najib dan kepimpinan kini, termasuk penasihat dungu itu patut dihalau berambus aja daripada Putrajaya itu agar tiada sesiapapun akan terus dizalimi dan hak kita se-Malaysia terjamin. Menutup bicara, sekadar sekelumit perkongsian: Semalam (23 September, 2012), berlangsung acara pemberian wang RM100 oleh Ahli Parlimen UMNO Lembah Pantai kepada para penghuni Flat Sri Pahang, untuk mereka yang memerlukan bantuan. Sempat juga berlangsung kempen tagih undi dalam ucapannya, kononnya janji ditepati; justeru, terdengar sahaja ucapan bodek ketuanya dan mengapikan sentimen benci PR itu, saya terus tak fokus, hanya tau mau ambil wang aja dan bla ...
Terima kasih dan salam jihad.
anon 10:53
inilah silap kita...kita malas berfikir....kita tidak teliti....kita tak ambik cemburu....kita nak senang.....dan kita nak ambik mudah?
Bukan kah kita sepatunya tidak begitu Pak Aspan???
sekian,
gheng lama
pihak yg pertama sekali patut disiasat ialah umno bukan suaram. dari mana umno dapat duit begitu banyak hingga mampu buat pwtc?
Post a Comment