30 September 2012

Tunggu sahaja penggal ini tamat tempohnya

Najib adalah PM pertama yang menjadi ketua negara yang tidak mendapat mandat kepimpinan beliau dari rakyat walaupun sesudah menjadi PM selama empat tahun. Beliau hanya meneruskan mandat Abdullah Badawi dan ini sudah cukup menunjukkan yang Najib menjadi PM dengan meminjam mandat Abdullah Badawi dahulu sahaja.

Najib memangnya tidak pernah di uji dalam kepimpinannya. Beliau selama ini mendapat kedudukan secara percuma dengan bermain dengan sikap ‘play-save’ dan tidak pernah melalui ujian melalui krisis besar dalam kepimpinannya. Najib mendapat segala-galanya dengan percuma dan menaiki kedudukan sekarang melalui permainan selamat dan tidak menunjukkan sikap tegas dalam mana-mana krisis yang telah dilalui oleh UMNO.

Najib bermain politik mengikut resmi air, ‘di mana lekok di situ dia berhenti dan berkumpul’. Dia tidak pernah menentang arus semasa perlu menentangnya. Beliau akan sentiasa mengintai untuk memihak ‘the buttered side of the bread’. Kali ini beliau telah berjaya menjadi Perdana Menteri dengan permainan selamat itu, tetapi sekarang sudah sampai waktunya beliau untuk membuat keputusan yang ‘decisive’ untuk negara.

Tetapi malangnya beliau begitu lembek dan tidak berupaya melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan dalam krisis keyakinan rakyat yang sedang beliau lalui sekarang ini. Krisis keyakinan rakyat ini di tambah pula dengan masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO iaitu masalah keyakinan kepimpinan di bawah-bawah beliau serta ahli UMNO keseluruhannya. Najib tidak mendapat dukungan padu dari barisan pimpinan UMNO diperingkat tertinggi dan ahli-ahli Jemaah Kabinet yang bersama-sama membarisi kepimpinan dalam kerajaan.

Sebenarnya Najib tidak mengetahui keadaan sebenarnya yang berlaku di peringkat bawahan ini dan ramai merasakan yang Najib akan jatuh oleh kerana beliau tidak merasakan apa yang sebenarnya yang diresahi oleh rakyat. Beliau seperti sifat semula jadi beliau, di dalam politik jika ada masalah cara penyelesaiannya ialah dengan membayar dan membeli perasaan ramai.

Itulah sebabnya beliau membentangkan belanjauan 2013 jumaat lepas dengan menumpukan usaha membeli undi dengan ‘hand-outs’ berbentuk tunai kepada rakyat yang mempunyai pendapatan dibawah RM3000 dalam program BRIM beliau. Tetapi beliau masih lagi enggan untuk membubarkan parlimen kerana ada perasaan kurang keyakinan terhadap sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau Sudah empat tahun menduduki kerusi PM, tetapi beliau masih belum berani untuk mendapatkan ‘endorsement’ rakyat itu.

Selemah-lemah Abdullah Badawi beliau berani memanggil pilihanraya umum hanya selama 6 bulan beliau mengambil alih jawatan PM dari Mahathir Mohammad. Abdullah lagi ‘strategic’ dalam pemikiran beliau. Beliau sedar beliau telah mengambil alih kepimpinan dari Dr Mahathir semasa rakyat hanya menunggu masa untuk menolak Mahathir di dalam pilihanraya 2004 jika Mahathir masih menjadi teraju kepimpinan negara pada 2004 yang lalu. Mahathir bernasib baik kerana beliau telah mendapat ‘signal’ jelas dari rakyat dan beliau bertindak meletakkan jawatan.

Abdullah beruntung kerana semasa itu rakyat terpaksa memberikan sokongan padu kepada sesiapa yang mengambil alih kepimpinan dari Mahathir. Justeru itu Abdullah telah mendapat mandat  yang amat besar semasa PRU 2004.

Sebaliknya Najib telah mengambil alih sudah lama dari Abdullah tetapi sehingga hari ini beliau tidak mempunyai kudrat untuk memanggil pilihanraya lagi. Oleh kerana tempuh penggal ini sudah hampir tiba, jika Najib memanggil PRU sekarang pun, rekod tetap tercatat yang Najib merupakan satu-satunya PM negara yang tidak mndapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat atas kepimpinan beliau. Mungkin oleh kekurangan inilah Najib bertindak untuk bercakap besar dan meninggi seolah-olah beliaulah PM yang paling handal dan berpengaruh.

Oleh yang demikian memanggil PRU itu sekarang atau membiarkan sahaja tempoh penggal ini tamat pada 28hb April tahun depan ia tidak memberikan apa-apa perbezaaannya. Beliau tetap seorang PM yang tidak terbukti mendapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat jelata.

Najib tidak payah bersusah payah memikirkan tarikh pilihanraya itu. Tamat sahaja tempoh penggal ini, iaitu pada 28hb April tahun depan  Dewan-Dewan Undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya. Tidak payah berfikir lagi bagi Najib kerana tentu beliau telah banyak berfikir tetapi belum juga mendapat penyelesaiannya.

Najib mungkin masih belum memahami yang bajet yang beliau bentangkan dua hari yang lepas tidak akan dapat mengubah pendirian sebahagian besar rakyat yang telah membuat keputusan.

Segala kemungkaran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh pimpinan UMNO selama ini sudah menjadikan rakyat sudah ‘conclusive’ untuk menolak UMNO kerana terlalu lama masa telah diberikan kepada UMNO untuk kembali kepangkal jalan, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana parti itu sudah tidak dapat lagi hidayah yang telah hilang itu.

Ingat pesepsi rakyat terhadap UMNO, ‘UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing’,   di antara satu dengan lain. Persepsi ini tidak dapat membawa UMNO kembali di hormati sepert yang pernah mereka alami pre- Mahathir dahulu.

Lagi pun, pada bila-bila pun PRU itu di adakan, keputusannya adalah 'predictable'. Keputusan sudah berada ditangan rakyat sekarang.

18 comments:

Pewaris said...

Feel like their family is an 'Asian Godfather'. From the royal family connection, gambling business, and their hidden hand crawled and gripped the whole nationwide life agenda.

Anonymous said...

Najib is a coward. He is spilling lots of political garbage against PR on TV yet he is afraid to debate with Anwar. If the BN budget is so good, why hide behind Rosmah's skirt???

Anonymous said...

Saudara AA and bloggers

Calling for the 13th GE gives Najib the goose bumps, and just imagine what if he loses it for UMNO/BN. But the fall is obvious because we are at the end of the RAHMAN theory. History has never proved that no empire is infallible.

Salam.

Anonymous said...

Memang semua org ttgu2 praya pakcik oii....nanti kita tgk sape yg kena....ramai juga yg sokong najib bgitu juga PR....bgitu juga ramai yg dah pandai memilih....masing2 pilih...masing2 undi. Setiap org satu undi, gitu juga saya dan pakcik...satu undi sahaja....

Rakyat Ditipu Hidup-Hidup said...

Sayang oii...

Audit Membuktikan SPR Laksana Penipuan Besar-Besaran

Anonymous said...

The real problem now still the pak cik and mak cik di kampung still watching tv 1,2,&3 and read utusan melayu. It obvious Najib is abandon the middle class and urban voters. PR hv to find way to penetrate these group of voters. Of coz the best way is through anak anak mereka yang di bandar menjelaskan kpd ibu bapa mereka yg di kampung. They tell one word more effective than a ceramah by PR. Gd luck PR i hope to see a real change in next GE.

Anonymous said...

NAJIB TAKUT PADA ROSMAH.

stk said...

Anon,15:23:00

Mana ada seorang satu undi,kan BN ada ramai
pengundi2 Bangla,Indon,Myanmar ,lama2 dia orang lah saudara2 baru BUMIPUTRA. Welcome to the Kelab Bumiputra,Melayu macam mana?Kena share keistimewaan lah.

Anonymous said...

Many do not realise the permanent and far reaching consequences of decades of bad leadership, gross mismanagement, coruption and etc..could do to the country and her ordinary people.

Change will only be meaningful and effective when at least 80% are fully informed and desperate for a change of government for national interests....not race or religion.

A change of government with a small majority will create more challenges and problems in the short term.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Najib tak takut rakyat...Najib takut kepada geng tiga serangkai.....Muhideeen-Mukrizzz-Mahatdeyyyy......

Paklah sudah tertonggeng akibat cucukan Muhideeeeeeeen pada 2008 Masa tu Mahatdeyyyy sendiri keluar umno (baru) miliknya untuk lemahkan Paklah....masa 2007/8, Paklah dibuai oleh keputusan2 survey yang kata dia sedang kukuh popularitinya....rupa2nya Paklah kena main!!!....

Dengan Najib, Mahatdeyyy main lebih halus....dia biayai Perkasa...pilih kuda paling dia percayai, berahim untuk buat kerja2 bodoh sehingga rakyat meluat dengan umno (baru) yang Najib jadi Presiden sementara.....Datuk T jugak diadakan agar kerja bodoh bertambah bodoh!!!....Najib takde pilihan...dia ni BUDAK ajer pada pandangan Mahatdeyyy!!!

maka Najib akan terlingkop dengan cucukan Mukrizzzzz pulak selepas PRU 13 nanti...ini sudah pasti!!!

Kedua2 PM selepas Mahatdeyyyy dibunoh oleh Mahatdeyyyy....

ITU AJER.....

sekian,

gheng lama

SamsudinBaharom said...


As salam pak aspan..
Pagi tadi najib berucap dihimpunan gerakan..kesian saya tengok najib asyik meleleh air liur je..sampai kesat dgn tangan...yang saya agak terkejut ..najib cerita pasal hudud depan gerakan..apa tujuan dia sebenarnya menakutkan bukan islam ttg hudud?

Lanvin Clichy said...

Tok pan...nasib melayu d tanah sendiri d butakan oleh pemimpin melayu sendiri otak melayu d asak oleh media fitnah halal haram tak kira....media perdana d beri peruntukan utk bayar saman bila kalah d mahkamah janji rakyat terima fitnah mereka inilah dajal yg lahir akhir zaman kerjanya menyesat umat muhammad fitnah halal d msia

NurWangi said...

Najib hanya berani bercakap seorang diri atas pentas, lawan debat berdua dia kecut perut! Tapi masih bercakap besar.

ahmadyani said...

Jangan buat benda yang sama untuk mendapat hasil yang berbeza. Apa yang Najib buat kini dengan segala pemberian 'gula-gula'nya sudah tidak dapat memenangi hati rakyat. Tapi dia sudah tidak tahu buat benda yang lain. Dia sudah tiada idea.

Anonymous said...

Najib hanya macai untuk mahadey..sebelum persiapan mukhriz menjadi pm..terlaksana sepenuhnya..pm selepas mahadey hanya boneka yg tidak ada prestasi yg baik untuk membantah mahadey..tidak ada rakyat malaysia yg lebih baik dari mahadey untuk mentadbir malaysia??...

Pilihanraya kali ini adalah masa terbaik untuk rakyat jelata terutama akar umbi untuk membuktikan bahwa diri sendiri yg akan menentukan kan kerajaan setelah rakyat jelata dianak tiri oleh kerajaan BN..di kuala lumpur lihatlah rumah PPR,cubaan kerajaan meruntuh perpaduan melayu dengan membiarkan pendatang asing memasuki komuniti melayu dan merampas peluang anak melayu untuk menambah perdapatan..

Rakyat jelata masih mempunyai peluang untuk mendapat kehidupan yg berkualiti jika negara tidak ditadbir oleh BN..

Diharap Kerajaan pakatan rakyat nnti menghantar balik pendatang asing..dan menumpukan cara untuk rakyat jelata malaysia mendapat kehidupan yg berkualiti..

Nazry said...

Tuan AA,

banyak kerja perang saraf perlu dibuat especially dlm kampong2/felda yang masih berada dlm kelompok (dunia) tersendiri tanpa mempedulikan isu2peringkat nasional termasuk isu2 penyelewengan/rasuah/ketirisan perbelanjaan di peringkat nasional. Sumber maklumat utama masih TV3,Kosmo dan Metro. Nasib Utusan Malaysia dan Berita Harian bukan bacaan disini. Saya percaya makin lewat PRU13 diadakan, peluang PR utk menembusi kubu2 Bend di Felda2 di sini, Pahang makin cerah. Cuma, saya lihat kerjasama PR di Pahang amat lemah dan parti2 bertindak bersendirian utk ceramah2, perang bendera dsb. Harap tuan kekalkan momentum dgn memperbykkan penulisan berdasarkan perspektif seorg bekas pemimpin UMNO bagi rakyat jelata melihat sesuatu isu dr sudut pemikiran yang mereka selesa. Reformasi!

Anonymous said...

Salam ...

Sebenarnya terlintas difikiran, kenapa Dato' Seri Najib seolah-olah seorang lembik dan tidak tegas perwatakannya. Ini dilihat semasa perbentangan Bajet 2013 tempoh hari. Beliau seolah-olah menganjing-nganjing(perli) pihak PR dalam parlimen semasa perbentangan bajet itu. Bagi saya sebagai rakyat, berasa malu dengan tindakan PM seperti kebudak-budakkan. Langsung tidak melambangkan beliau seorang PM.

Dan dalam pada lain, saya juga ada tertonton video di you tube mengenai isteri PM, adakah benar video di you tube itu?..
tajuk video tersebut ." Rosmah Perempuan Puaka"...

Unknown said...

What a man of a Prime Minister this country has had for the past 4 1/2 years; he who has no courage to face the people. He is not an elected Prime Minister he very well knows. Yet he dashes out people's money for his own vote buying. He is a thick skinned shameless man. He has been implicated in many infamy yet he dare not answer any of them. His government (in fact it is he) tries to subdue Suaram for pursuing the Scorpene case. No other PM of this country has been implicated such in the past. At least they were bold enough to face the 'RAKYAT'. Despite bribing the public of RM1,000 a family (BR1M and BR2M in the offing), has he got the guts to call for elections? It is normal for a person to call for elections when people do not have the confidence or trust. Indeed this so called 'maruah' is lacking in the UMNO/BN and other politicians of the country. He has no integrity as he leads under a borrowed name. I am sure his parents (if around) would be ashamed of his performance.