25 October 2013

Ego dan jiwa-jiwa kecil berdiri di antara PAS dan UMNO

Sejak negara mengadakan pilihanraya, Sg Limau adalah sinonim dengan PAS. Negara telah mengadakan pilihanraya sebanyak 13 kali dan PAS telah berjaya di kawasan ini sebanyak 9 kali sementara UMNO memenangi kawasan ini hanya 4 kali.

Sekarang ini PAS merupakan penyandang kepada kerusi ini, dan pilihanraya kali ini ramai yang masih beranggapan yang PAS akan tetap memenangi kerusi ini walaupun dengan majoriti yang lebh mengecil. Dalam pilihanraya 2013, Allahyarham Tan Sri Uztaz Azizan telah mengalahkan lawannya dengan majoriti undi sebanyak 2774.

Jika di nilai dari untung ruginya memenangi kerusi ini, kedua-dua belah pihak tidak menokok dan mengurangkan tahap kehadiran parti masing-masing. Kemenangan PAS di sini tidak menambah apa-apa, sekadar menunjukkan bahawa PAS tetap mempunyai pengaruh dan sokongan di kawasan ini. BN tetap menjadi kerajaan negeri Kedah. Kemenangan BN sekadar menunjukkan pada ramai yang Mukhriz mempunyai sedikit ‘consequence’ kerana beliau baru sahaja mengetuai kerajaan BN selepas PRU yang lalu. Kalau BN kalah di kawasan ini UMNO tetap berkuasa ke atas kerajaan negeri itu.

Dalam pilihanraya ini masih lagi peperangan ego yang besar dan segala usaha yang di sebutkan oleh setengah pihak akan ada perpaduan di antara kedua parti Melayu itu hanya tinggal cerita dongeng semata-mata. PRU ini masih lagi di tahap ‘siapa kuat dia menang’ tetapi tidak nampak unsur untuk meningkatkan perpaduan di antara kedua-dua belah pihak. Tidak ada lagi unsur yang boleh meyakinkan kita yang kedua-dua belah pihak mahu menjalin kerjasama yang baik dan telus untuk kepentingan umat melayu yang masing-masing bersetuju sedang dalam kegelapan.

Hakikatnya apa dan siapa sahaja yang memenangi kerusi ini tidak membawa apa keuntungan kepada sesiapa. Calon UMNO (BN) berdepan dengan media dengan begitu kerap memberikan segala perancangan beliau untuk kawasan ini. Kata-kata itu sememangnya kata-kata biasa dalam mana-mana pilihanraya. Maudhuknya tetap menjanjikan kemudahan asas dan pembangunan ekonomi dan sebagainya. Ini kita dengar dalam setiap pilihanraya sejak dari dulu lagi tetapi kawasan-kawasan itu masih lagi tidak mempunyai cukup pembangunan.

Sudah 56 tahun merdeka, keadaan Melayu Islam tetap sama sedangkan janji-janji dalam setiap pilihanraya adalah janji yang sama. Seandainya janji setiap calon BN dilaksanakan sejak merdeka dahulu, masakan negeri Kedah tetap sebuah negeri yang miskin berbanding dengan negeri-negeri lain? Kedah bukannya miskin sejak PAS memerintah sahaja. Kali ini berjanji lagi seolah-olah jika mendapat kemenangan semua rakyat dan pengundi di Sungai Limau itu akan maju dan menyumbang untuk mencapai matlamat negara maju menjelang 2020.

Baik pemimpin pusat dan negeri apabila berjanji seolah-olah dunia ini hendak dialihnya. Matahari yang terbit dari timur hendak di terbitkannya dari barat. Najib berjanji seolah-oleh beliau mampu mengalirkan sungai dari muara naik ke bukit, serta menukar malam menjadi siang dan siang menjadi malam.

Sesungguhnya pemimpin UMNO yang selama ini meminta PAS menghulurkan salam persahabatan hanya berada di bibir sahaja tetapi tidak menunjukkan kesungguhannya. PAS dikatakan degil dan sombong oleh UMNO kerana keras kepala kononnya. Tetapi dalam isu ini PAS tidak boleh dipersalahkan kerana PAS pernah mengalami di pecat oleh UMNO dan parti itu terkeluar dari BN suatu ketika dahulu.

Oleh yang demikian jika UMNO yang menyebut dan meminta PAS mengulurkan salam persahabatan maka UMNO mesti serius dan menunjukkan bukti nyata yang mereka (UMNO) serius meminta PAS bersahabat dan bekerjasama dengan mereka bagi menjamin kepentingan orang Melayu itu. Jika PAS kekurangan keyakinan terhadap niat UMNO itu, UMNO perlu tunjukkan bukti kerana PAS tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Bagi saya isu ini timbul selepas PRU yang lalu apabila BN merasakan yang mereka telah kehilangan sokongan yang jelas dari rakyat. Pilihanraya Sungai Limau ini sepatutnya menjadi titik permulaan bagi UMNO untuk menunjukkan bukti keikhlasannya dengan memberikan kerusi ini secara percuma kepada PAS dan membiarkan PAS untuk mengekalkan kerusi ini.

Jika ini telah dilakukan oleh UMNO, PAS akan terikat dengan kejujuran UMNO itu dan tidak akan lagi dapat memberikan alasan yang lain untuk tidak berkompromi di kalangan umat Melayu ini. Rakyat akan memerhatikan kejujuran UMNO itu dan PAS pula tidak akan mampu untuk mengeji UMNO di mana-mana lagi.

UMNO tentunya mendapat markah yang tinggi di mata rakyat dengan menghantar mesej jelas yang parti itu adalah serius  untuk bersatu atau bekerjasama. Kali ini giliran PAS pula untuk menunjukkan keikhlasan. Memberikan bukti keikhlasan seperti ini tidak akan ada lagi elemen-elemen yang boleh menggangu gugat penyatuan kedua-dua parti ini, dan yang tinggal hanyalah interaksi di antara pemimpin-pemimpin kedua-dua parti untuk menyempurnakan matlamat baik itu.

Tetapi untuk melakukan kerja baik seperti ini akan mendapat halangan pihak-pihak dan individu yang tidak mahu kerjasama ini terlaksana. Ini di sebabkan selalunya perpaduan itu akan membunuh politik mereka yang berpentingan peribadi dikalangan parti-parti itu.

Individu dan pihak-pihak ini mungkin berada dalam PAS dan UMNO sendiri dan lebih-lebih lagi dari parti-parti komponen BN dan Pakatan Rakyat sendiri. Penyatuan ini akan membebankan politik setengah pihak dan individu lain.

Oleh kerana politik kita dipimpin oleh mereka yang bercita-cita besar tetapi mempunyai jiwa yang kecil dan kenit, melakukan kerja dan perkara seperti ini merupakan usaha yang tidak munasabah kerana mereka melihat dalam kontek kepentingan peribadi mereka. Kita mesti ingat ada orang yang mahu menggunakan perpecahan ini untuk menutupi kelemahan dan kerendahan moral mereka.

Ada pihak yang tidak inginkan kedua-dua belah pihak Melayu ini bersatu kerana mereka sedang megelirukan orang Melayu dengan laungan 'multiracialism' nya. Sebenarnya mereka semata-mata berusaha memecah belahkan orang Melayu bagi kepentingan kelompok dan kaum mereka semata-mata.

Apa yang perlu bagi UMNO ialah pemimpin yang berjiwa besar dan menunjukkan betapa seriusnya mereka mahu melihat perpaduan di kalangan kelompok Melayu Islam yang merupakan kelompok terbesar dalam negara ini.

Yang kita nampak dengan jelas hanya ego berada di antara kedua-dua belah pihak sekarang ini.

4 comments:

Anonymous said...

Mudah je nak menang, edar,tabur,lambak duit boleh menang dgn mudah. Tambah2 duit rakyat. Jangan risau melayu boleh di beli.

Mohamad Daud Sulaiman said...

Salam tuan

Terus terang saya katakan apa yang jadi antara UMNO dengan PAS sama saja dengan apa yang berlaku dalam UMNO dan dalam PAS. Dalam UMNO, kesan pemilihan Ketua Bahagian antara Dato Sohaimi dengan Datuk Jamil Khair masih belum reda. Dalam PAS, cerita antara ulama dan professional juga bertiup kencang.

Soalnya, jujur sangatkah bila ada orang berpolitik sekarang ni atas alasan nak perjuangkan nasib golongan bawahan?

Anonymous said...

Saya kira saudara Aspan menganalisis secara nampak mata saja.. hakikatnya bila wakil rakyat mati atau berhenti bernafas saja.. rakyatlah paling gembira kerana dpt habuan dan durian runtuh dgn serta merta yg selama ini ditahan2.. jika wakil rakyat liat untuk mati, dr BN atau PAS atau Parti Allah SWT sekalipun, rakyat cuma boleh melopong saja..dibodoh2kan dgn syurga, api neraka dan bidadari..walhal bende ni bukannya nak bagi kat derang pun.. sumer parti nak bodohkan org saja.. kalau xder wakil rakyat yg mati, maka satu sen pun rakyat setempat takkan dpt apa2..kalau wakil rakyat mati, dpt jugak walaupun sementara atau 2-3 puluh sen.. kalau liat mati, lagi teruk rakyat dibelasah dgn pelbagai cukai yg merepek2 dan saman..

Anonymous said...

Orang melayu memang nampak 100% BODOH( Melayu Kampung) yang turis getah,jolok kelapa sawit, dapat duit sikit tak ubah macam beruk dapat cicin,makan jadi berak papa kedana sampai tua,jadi hamba sejak zaman colonial lagi,dah merdeka berpuluh tahun perangai tak ubah konon nya tak da UMNO mampus tak makan yang kaya Mamak kuty,bila cina kaya marah,dapat projek beri kat cina...tu lah orang,anak ada kerata kerja pun bolih tahan tapi tak habis2 minta duit welfare,. dah mati pun masih .