23 October 2013

Perjanjian Persekutuan Malaysia: Selangor, Johor, NS dan lain-lain tidak sama statusnya dengan Sabah dan Sarawak

Jika tidak ada kepimpinan yang betul negara akan punah ranah. Sesudah 56 tahun Malaysia merdeka dan 50 tahun Persekutuan Malaysia wujud, sekarang sudah kedengaran perbalahan politik walaupun di dalam hati, di antara Semenanjung dengan negeri-negeri Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak. Keadaan ini amat membimbangkan kerana sekian lama kita merdeka tidak pernah kita mendengar orang ramai bercakap tentang Sabah dan Sarawak keluar Malaysia.

Walaupun kemungkinan ia terjadi adalah ‘remote’ tetapi cakap-cakap seperti ini menunjukkan ada masalah besar di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Ini membayangkan satu hakikat, iaitu pimpinan negara tidak sampai ketahap nilai pemimpin sebuah negara Persekutuan. Jika tidak kerana kelemahan pemimpin masakan perkara seperti ini berlaku?

Penubuhan Malaysia adalah penubuhan satu gabungan persekutuan yang lebih besar, menambah bilangan ahli dalam Persekutuan Malaysia kepada 14 buah negeri yang berdaulat. Tetapi perjanjian itu adalah perjanjian di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak dan ini bermakna status Sarawak dan Sabah adalah sama dengan Persekutuan Tanah Melayu dengan kedua-dua buah negeri itu.

Lain-lain perkataan Sabah dan Sarawak tidak sama statusnya dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu mempunyai 12 negeri-negeri yang bergabung di dalamnya. Persekutuan Malaysia pula adalah gabungan tiga buah negara (i), iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Jika diandaikan Sabah dan Sarawak sama dengan status keahlian dalam Persekutuan ini sama dengan Selangor, NS, Perak dan lain-lain itu adalah pemahaman yang salah mengikut perjanjian Persekutuan Malaysia itu.

Maka wujud perjanjian yang istimewa di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan kedua-dua buah negeri ini, maka tertubuhlah sebuah Persekutuan yang baru yang di namakan Persekutuan Malaysia. Perjanjian mungkin akan di sentuh dalam posting yang akan datang, tetapi yang penting kita sebagai rakyat Malaysia fahami ialah ada perjanjian yang di namakan ’20 points agreements’ di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan kedua-dua buah negeri ini. Perjanjian inilah yang menjadi isu kini dan rakyat Malaysia keseluruhannya wajib memahami apa yang di katakan sebagai Perjanjian Persekutuan Malaysia itu.

Perjanjian 20 perkara di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak ini wajar di telaah oleh semua pihak supaya mereka mengetahui apa sebenarnya yang di perbalahkan sekarang ini. Isu inilah yang nampaknya tidak dapat di selesaikan oleh kepimpinan kita di Persekutuan dan masih bermain-main dengan silat-silat yang akan sampai pengakhirnya.

Isu ini amat wajar di selesaikan dan saya dan ramai lagi berharap ada pemimpin yang akan membawa isu ini kepada peringkat rakyat untuk di fahami dahulu oleh rakyat. Apabila telah di fahami, kita berharap akan mula semua pihak berusaha untuk mempastikan masalah yang sudah di fahami nanti dapat di selesaikan oleh pimpinan yang memahami isu dan mempunyai kekuatan dan kemahuan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit.

Kita perlu memahami dengan teliti tentang isu ini agar kita tidak di kelirukan oleh mana-mana pihak apabila isu ini membesar jika ia berlaku. Mungkin minggu hadapan atau waktu yang sesuai isu ini akan timbul dalam blog ini untuk di bahaskan.

Isu perjanjian Persekutuan Malaysia ini sepatutnya di fahami secara mendalam oleh semua rakyat, tidak kira samada kita rakyat negara dari Semenanjung atau dari kedua-dua buah negeri, Sabah dan Sarawak.

11 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

cuba jelaskan...dengan lebih lanjut

Anonymous said...

sarawak 18 perkara dan sabah 20 perkara, dua ini bukan status negeri tetapi status sebuah negara.sepatutnya ada 3 negara membentuk negara malaysia dan bukannya masuk dalam malaysia.sila rujuk wikipedia.

nick said...

Pak,

One of the thing that the Malay lack is the critical and analytical mind. A mind that is always inquisitive and which will seek answers to question no matter what the answer maybe. Sadly under UMNO and because of UMNO, the Malays have lost these essential ingredient which has made Muslim in the past achieve great development and civilization.

With UMNO still in control of the "melayu ternakan" via the "ketuanan Melayu" carrot, Malaysia sadly will further decline into a third rate nation. All we could have been and all we aspire to be were thwarted by a couple of mediocre leaders who shouldn't been be in charge of a public toilet let alone a nation.

What's even sadder, we the Malays placed these ignoramus leaders in high places and most of us are still ignorant about the terrible consequences that has befallen our nation because of that. What's worse than a stupid person? A person who doesn't even realized that they are stupid! Why? Because UMNO is still the ruling government even though they have done a terrible and horrible job of looking after the Malays and the country. The proof? After 4 decades of independence and UMNO's rule, the Malays are still dirt poor!

Nick.

AG Mustakim said...

"Perjanjian mungkin akan di sentuh dalam posting yang akan datang, tetapi yang penting kita sebagai rakyat Malaysia fahami ialah ada perjanjian yang di namakan ’20 points agreements’ di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan kedua-dua buah negeri ini."
Bro, jangan membuat kesilapan bahawa perkara 20 tersebut masih releven. Perkara 20 adalah satu memorendum yang dihantar oleh 5 parti politik Sabah kepada Inter-Government Committee. Perkara ini telah diselaraskan oleh IGC didalam laporan mereka. Laporan IGC ini menjadi asas bagi pembentukan Perjanjian Malaysia 1963 dan ini yang ditanda tangani oleh Britian, Federation of Malaya, Singapore, Sabah dan Sarawak. Sekiranya Sabah dan Sarawak ingin membuat tuntutan, tuntutaan tersebut hendaklah berdasarkan kepada Laporan IGC dan Perjanjian Malaysia 1963 DAN bukan berdasarkan kepada Perkara 20. Perkara 20 tiada kuasa undang undang.

mick goviind said...

Bro..perjanjian itu namanya PERJANJIAN MALAYSIA 1963 atau THE MALAYSIA AGREEMENT 1963 yg di tandatangani pada 9 July 1963 Olih 5 buah negara iaitu Sabah, Sarawak, Singapura, Malaya dan di saksikan olih British. PERJANJIAN ini berlandaskan Lapuran IGC ( Inter Govt Committee 1962 dan Cobbold Commission ).

bumi-non-malay said...

Dah lama ada cakap nak Pecat Malaya....bukan aje sekarang.....Dulu boleh Kontrol media, ISA...siapa cakap-Penjara...tanpa bukti....Semua Agenda ZALIM UMNO...macam Pecat Singapura Dulu....Sekarang..ERA INTERNET, BLOG...Mampus UMNO-BN.... turn the Table Pecat Malaya.....Mari kita yang nak ERA Baru Tanpa Puak Terrorist UMNO-SULU....Hijrah ke Sabah Sarawak!! Ini Kali Lah!!

Anonymous said...

jawapan kepada 2 isu semasa sekarang, 1.isu kalimah Allah sepatutnya dirujuk kepada perkara 1 daripada 20 perkara. 2.isu hendak mufti hendak melayukan peribumi sabah dirujuk kepada perkara 12 dari 20 perkara.

Demokrasi said...

Nick,

Disagree with your general statement.We have many learned Malays with critical and analytcal minds now unlike prior merdeka. Just that the malays are overly dependent from the gomen employment .They must have that entrepreneurial mind and be in business think nothing but money money and money like the chinese.

Will changing to Pas and PKR or even DAP change things and the Malays will become rich?.What happen to Kelantan and Kedah ?.No wonder many Kelantanese are invading other states for rezeki.Stupid blanket statement.Masih nak membodohkan orang Melayu.?.I have seen many clever Malay professionals.Me and my wife are both professionals.How about you? .Just a blogger ?.Still hoping for PR to be the next gomen?Have to try and campaign harder next pru ok.

nick said...

Dear Demokrasi,

My opinion is my own and it comes from my own observation. Your opinion is your own and if you don't agree with my opinion that most malays are still ignorant and stupid then that's your prerogative BUT you cannot attack me and deny me that right to have that kind of opinion. You use Demokrasi as your nickname but sadly you don't even know what it means.

I have the right to call my own race stupid if i think that it is justified (and it is justified) and I don't have to answer to you about it. A simple facts for you to ponder is that the malays after 50 years under UMNO ARE still dirt poor ( millions of household are living with income under RM1500 monthly), so at least by changing the govt there's HOPE that things can get better and Malays will become rich! UMNO can't even uplift the income of the Malays after 50 years, what makes you think that in 5 years they can conjure up a miracle?

Do they need another 50 years and another hundreds of billions of our money for them to try and fail again? No Thanks, Mr professional whatnot! Only stupid people will elect a government that have failed in their duty the past 50 years! By the way, UMNO are professionals too...at thieving and pirating! Go ask the CON'sultans" ..err..professional advisers! Nowadays every Tom, Dick and Harry are claiming to be professional, so who am I to deny your the right to call yourself a professional whatever!

Nick.

Anonymous said...

Nick Said,

"Only stupid people will elect a government that have failed in their duty the past 50 years!"

I rest my case, me & my stupid wife.

Naspazi said...

MALAYSIA FORMATION, BUKAN INDEPENDENCE

Salam penuh hormat saudara Aspan Alias, paradigma saudara yang memancarkan cahaya kejujuran, dalam konteks Malaysia Timur, bukan sahaja dibaca oleh puluhan ribu orang, bahkan mungkin ratusan ribu orang. Yang demikian, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia Timur begitu merendah diri dan menghargai rakyat Malaysia Barat yang baik.

Sesungguhnya sejarah yang jujur menjelaskan, bahawa ‘Projek Melayu Raya’ Tunku Abdul Rahman telah ditukar nama kepada ‘Projek Malaysia’ atas permintaan Sabah Sarawak pada 1 Ogos 1962 (lihat perkara 5, Perjanjian 20 Perkara).

Proses pembentukan Projek Malaysia berlangsung dari 27 Mei 1961 - 15 September 1963. Pengisytiharan percantuman Persekutuan Tanah Melayu, North Borneo, Sarawak dan Singapura atas nama 'Malaysia’ telah dilaksanakan pada 16 September 1963.

MALAYSIA GABUNGAN 3 ENTITI NEGARA MERDEKA

1. Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957;

2. Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963;

3. Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963; dan

4. Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.

AKUJANJI PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. 18/20 Point Agreement between North Borneo, Sarawak and Federation of Malaya 1962; dan

2. Agreement relating to Malaysia between United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore 1963.

Justeru, aspirasi asal urustadbir Malaysia Formation yang sewajarnya hendaklah berasaskan kepada garis panduan akujanji tersebut di atas. Lantaran itu, timbul persoalan besar yang berhubung dengan perlembagaan ketika diawal penubuhan Malaysia, iaitu soal kewujudan perlembagaan negara-negara yang membentuk Malaysia, sama ada masih wujud sekarang atau tidak sebagaimana berikut:

1. Perlembagaan Governments of Sarawak masih wujud;

2. Perlembagaan Governments of North Borneo masih wujud;

3. Perlembagaan Governments of Federation of Malaya masih wujud atau tidak?

4. Perlembagaan Malaysia wujud atau hanya satu siri pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

Menurut Akujanji 18/20 Point Agreement between North Borneo, Sarawak and Federation of Malaya adalah jelas, bahawa Perlembagaan Malaysia bukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau pengubahsuian kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

PERKARA 3: PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sekarang diterima sebagai asas kepada Perlembagaan Malaysia, bagaimanapun Perlembagaan Malaysia itu haruslah merupakan satu dokumen yang ‘baru’ sepenuhnya, didraf dan dipersetujui dengan adanya persatuan bebas Negara - Negara dan bukannya satu siri pindaan kepada Perlembagaan yang telah didraf dan dipersetujui oleh Negara - Negara berasingan dalam keadaan yang berbeza sama-sekali. Satu Perlembagaan baru bagi Borneo Utara, sudah tentu penting. - 18/20 Point Agreement (1 AUGUST, 1962)

KEJUJURAN MAHKOTA KEMULIAAN!
- Naspazi