27 October 2013

Bukan gula sahaja penyebab diabetes, Najib juga mungkin penyebabnya

Dalam ucapan PM Najib di konvensyen tahunan Parti Gerakan semalam, beliau masih lagi menyebut tentang penghapusan subsidi gula semasa pembentangan bajet 2014 jumaat lalu. Beliau berkata mengambil gula berlebihan akan mengurangkan tenaga batin kita. Isu ini menjadi bahan ledakan sms dikalangan rakyat dan kebanyakannya berlawak dan menyalahkan pesakit kencing manis yang menyebabkan Najib menghapuskan subsidi gula itu.

Rupa-rupanya penghapusan subsidi gula itu bukan untuk mengurangkan beban perbelanjaan terhadap subsidi kerajaan kepada rakyat tetapi penyebabnya ialah pesakit kencing manis. Kalaulah tiada pesakit kencing manis tentulah Najib tidak akan tarik balik subsidi gula itu. Baik juga Najib ni. Jadi, penyebab kenapa subsidi gula di hapuskan ialah kerana terlalu ramai yang mengidap penyakit kencing manis. Yang tidak kena kencing manis menjadi mangsanya.

Najib takut jika ramai rakyat yang memakan terlebih gula, nafsu seks kita akan berkurangan, itu pun berita baik. Najib prihatin tentang tahap kemampuan seks rakyatnya. Niat Najib untuk mengatasi masalah seks rakyat kerana gula itu boleh dilakukan dengan mengadakan rancangan seperti BRIM, juga tentang seks ini. Najib hendak jaga semua kehendak rakyat.

Tetapi ramai juga yang tidak lagi berkemampuan untuk melakukan seks walaupun mereka tidak mengambil gula berlebihan. Najib kena selesai masalah ini juga terutamanya dikalangan anak-anak muda yang sedang menghadapi krisis kewangan yang telah menjadi bankrap. Tahun lepas seramai lebih dari tiga ribu anak-anak muda bankrap kerana hutang kad kredit dan tidak akan mampu untuk berkahwin.

Najib terpaksa mengambil tahu rakyat yang terlalu berfikir tentang tahap rasuah negara pun menghadapi masalah seks kerana pemikiran mereka tertumpu meneliti masalah budaya rasuah dalam negara ini.  Mereka ini terlalu kecewa dan mereka tidak lagi mempunyai nafsu untuk seks lagi. Maksud rakyat itu, jika pengambilan gula berlebihan boleh diatasi dengan penghapusan subsidi gula, bagi kumpulan ini pula Najib mesti menghapuskan budaya rasuah ini.

Dengan penghapusan subsidi gula ini nampaknya akan menambah kekurangan kemampuan seks rakyat lagi, kerana kita masih melihat PM Najib tidak mengurangkan perbelanjaan peribadi beliau jika ke keluar negara. Tidak nampak pun usaha untuk mengurangkan perbelanjaan perjalanan beliau. Beliau masih lagi menggunakan wang rakyat dengan menaiki pesawat khas atau jet peribadi. Sejak tiga tahun yang lalu rakyat telah membayar RM100 juta untuk kos perjalanan Perdana Menteri dengan isteri, yang ayu dan genit itu.

Kenapa kos yang keterlaluan tinggi ini tidak di kurangkan? Kenapa semuanya rakyat yang terbeban untuk mengurangkan kos dalam kehidupan mereka. Najib mesti tahu kehidupan yang ‘stressful’ boleh menyebabkan seseorang itu mendapat berbagai-bagai penyakit termasuk penyakit kencing manis.

Sekarang ini dimana-mana di Sabah dan Sarawak rakyat mengeji dan tidak berpuas hati dengan pembentangan bajet Najib jumaat lalu. Sebabnya semua orang tahu. Kehidupan rakyat di Sabah dan Sarawak juga mungkin menyebabkan mereka dihinggap berbagai-bagai penyakit kerana ‘stressful’ dengan apa yang mereka lihat sedang berlaku di negara ini. Kencing manis mungkin menjadi salah satu penyakit yang akan timbul hasil dari kehidupan yang ‘stressful’ ini.

Saya sengaja menyebut isu ini sebagai bacaan ringan bagi mereka yang tidak ada bahan bacaan di hujung minggu ini. Maksud saya keseluruhannya gula bukan semestinya penyebab kencing manis. Mungkin kencing manis itu di sebabkan oleh banyak fakta yang lain termasuk Najib yang menjadi penyebabnya.  Rakyat begitu 'stressful' yang di sebabkan oleh kelemahan pimpinan Najib itu.

Isu gula yang di timbulkan oleh Najib ini begitu ‘contagious’ akibatnya. Dua hari lepas dalam kempen prk Sg Limau, Muhyiddin pula bercakap yang Allahyaham Ustaz TS Azizan meninggal kerana gula, bukannya kerana ajal beliau sudah sampai.

Hanya kita nak beritahu Muhyiddin, rezki, jodoh, ajal maut itu di tangan Tuhan. Jangan salahkan gula pula. Jangan terikut-ikut Najib yang sudah hilang punca itu. Jangan buat malu Tan Sri...guna isu lain untuk berkempen.

Nyawa Tan Sri dan nyawa saya sendiri kita tidak tahu bila Tuhan akan datang ambil. Bukan kah nyawa kita ini Tuhan yang punya?

17 comments:

kerani pencen said...

Tuan Aspan
Saya juga adalah pengidap diabates masa muda selalu minum cocacola sekarang masih pekena teh tarik. Bagi saya ini semua hanyalah helah politik. Harga gula akan diturunkan menjelang PRU14. Macam biasa naik 30 sen turun 10 sen. Apa dia ingat rakyat semua bodoh.

Anonymous said...

terbaik! hehehe

seorang rakyat said...

Salam Pak Aspan,

Saya hanya mampu menggeleng kepala mendengar alasan yang diberikan oleh pemimpin negara kita berkaitan dengan kenaikan harga gula, atau lebih lembut pengurangan subsidi gula. Alasan atau sebab seperti itu hanya layak sebagai bahan lawak kedai kopi. Malangnya, itulah tahap mentaliti pemimpin2 negara hari ini, sama ada mereka tahu itu adalah alasan bodoh yang akan dipercayai ramai khalayak melayu atau itulah tahap pemikiran mereka, samalah dengan pengikut2 mereka. Sedangkan ramai tahu sama ada harga gula naik atau turun tidak ada kena mengena dengan peningkatan pesakit diabetes.

Sebagai ramai rakyat biasa lain, saya juga risau memikirkan nasib negara dan rakyat negara ini dengan senario yang berlaku hari ini. Dikala rakyat masih lagi trauma dengan kenaikan harga minyak kini harga gula pula dinaikkan dengan melampau, yang sudah tentu akan berlaku kenaikan harga barang yang melampau, hasil kesan ketara kenaikan barang asas tersebut. Tidak lama lagi GST akan diperkenalkan, dan kita akan tengok kesan yang akan berlaku pada masa hadapan yang sudah pasti akan menambah beban kepada rakyat berpendapatan rendah yang majoritinya orang melayu.

Apa akan berlaku 10 tahun akan datang? harga rumah yang mahal, barang keperluan asas semakin meningkat, rakyat dibelenggu hutang kereta, rumah, dan sebagainya, sedangkan pendapatan relatif semakin rendah dengan kenaikan yang berlaku. Saya tidak tahu bagaimana pemimpin2 yang sudah berpuluh2 tahun memegang tampuk pemerintahan boleh bergembira dan tidur lena dengan situasi ini. Malangnya setiap kali pilihanraya, apabila diberi sedikit gula2 kepada rakyat, mereka akan terus kekal berkuasa. Ternyata, pemimpin pakatan rakyat tidak mempunyai iltizam yang kuat untuk mengubah situasi ini dengan menukar mentaliti rakyat, selain kadangkala mereka berbalah sesama sendiri. Sepatutnya mereka ini kekal fokus kepada 'common struggle', dan mereka melipat gandakan usaha mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat. Tapi akhirnya saya sedar, meraka hanyalah ahli politik yang juga mahu tidur lena, bukan pejuang.

Anonymous said...

Sedih betul la pak Aspan dpat PM punya mentality cekai. Kalau suruh tukang kebun baca teks pun lebih cerdik & bole menimbang akal dgn baik. Najib tak mkn belacan, cencalok, budu...tak usah lah perli2 org kg belacan budu tak kena GST...

Anonymous said...

Betul pak aspan. Jodoh & ajal maut di tgn Allah. Ada org kawin suka pilih janda & sanggup berbuat apa saja... Panggilan maut tak mengira usia & sesaat pun tak bole ditangguh. Ada org mati punca mcm2 penyakit. Ada org mati terbunuh..ada pula mati dibunuh & peliknya tak tau sape yg membunuh..

Anonymous said...

Saya tak setuju sama sekali pak aspan kata LAKI najib AYU & GENIT....bantah 100%!!!

Anonymous said...

Jangan minum minuman tin dan cordial, kebanyakkan pekilang Malaysia yang dimiliki pelabur Thailand mengunakan ibu gula dari thailand yang punca utama kencing manis meningkat.

Anonymous said...

Abg Aspan,

Kenyataan gula oleh Najib memang kurang tepat kerana seperti yang dikatakan oleh Menteri Kesihatan, Dr Subramaniam, penyakit kencing manis juga disebabkan oleh faktor genetik. Ada beberapa saudara mara disebelah ibu saya juga menghadapi penyakit ini walaupun tahap pengunaan mereka adalah rendah dan dikawal. Kenyataan Muhyiddin tentang isu ini mengambarkan perwatakan "fatalist" yang tidak digalakkan sekali oleh ajaran semua agama.

Saya berpendapat bahawa subsidi gula seharusnya dikurangkan dengan separuh semalam sebelum dimansuhkan sepenuhnya pada permulaan 2015. Adakah kita lupa mengambil ikthiar daripada tindakan pentadbiran Pak Lah yang harga minyak dinnaikan secara drastik dalam satu hari selepas PRU 2008?

Apa yang menghairankan saya adalah kebanyakkan ahli-ahli Parlimen hentak meja bila pada masa Najib mengumumkan tentang gula dan juga GST. Ini seolah-olah menimbulkan pertanyaan samaada mereka sebenarnya jujur, ikhlas dengan masalah sosial-ekonomi negara yang dihadapi ataupun dipaksa berbuat demikian?

Anonymous said...

Tuan,

Saya rasa PM Malaysia adalah manusia yang malas membaca journal kesihatan sedunia.Adakah tenaga batin PM Malaysia sekarang terlalu kuat sehingga ada manusia yang menjadi mangsanya.Adapun satu penemuan baru journal kesihatan yang mendapati penyakit diabetes adalah mudah menjangkiti orang Asia sebab genetik mereka sangat lemah pada serangan diabetes jika di bandingkan dengan orang Barat.Sebabnya memang begitu. Begitu juga penyakit yang mudah menghinggap orang Barat tidak terdapat atau kurang terkena pada orang Asia. Jadi kenyataan PM Malaysia tu hanyalah kenyataan untuk menunjukkan betapa bodohnya PM Malaysia yang bernama Najib tu.

Anonymous said...

Salam PA,
Tidak ada komen dari KKM berkaitan kencing manis dengan gula? Begitu juga Profesor dan penyelidik2 dari Universiti2 di Malaysia boleh bentangkan kajian mereka tentang gula dan kencing manis!!!

Anonymous said...

Najib sekali lg lepas tangn & cabut luar negara ketika pembangkang membahas bajet mulai Isnin ini. Najib memang pengecut & bacul utk berdepan dgn pembangkng. Najib jugak tak mampu mengawal Menteri2, lantas rasuah bermaharaja lela & berluasa.
Apa lah sangat yg Najib beriya2 sgt nak ke WIEF di London & Manchester ketika Parlimen sibuk membahaskn bajet negara? nampak sgt Najib membelakangkn negara & Rakyat. Agaknya dia lebih seronok & enjoy dgn trip luar negara sambil bersantai menonton team favourite MU...

Anonymous said...

golongan songkok tinggi (GST) mampu mengurangkan penyakit darah tinggi dikalangan rakyat, tapi rakyat nampak kegagalan mencegah penyakit rasuah dikalangan mereka(jutawan politik)

Anonymous said...

penyakit rasuah dikalangan pemimpin tidak dapat diubati.

Jason Mah said...

Terserah-lah nasib kamu semua kepada PM yang disanjungi itu.

Jason Mah said...

Rakyat Malaysia cukuplah, berhenti mengadu-gadu, segala-gala ditakdir pada hari ini. Kurniaan PM Najib adalah balasan Allah terhadap kamu semua diatas dosa pengamalan budaya rasuah merasuah semenjak zaman mahathir. Istana baru nampak lebih gemilang dari rumah beribadat.

putrijc said...

Tuan Aspan, mmg betul artikel ini yang terbaik..May GOd Bless you and Family. Teruskan perjuangan bagi pihak rakyat atas pentas DAP/PR kini, dulu dan selamanya.

Anonymous said...

Salam Pak,
Agak2nya pak menteri di malaysia ni dlm kategori mana...bodoh, bengap, bingai, baghal, bangang atau bongok..tahap dewa, tahap gaban atau tahap tadika, malang rakyat malaysia...