09 October 2013

Nak tanya Zahid, penjenayah rasuah boleh tak tembak dulu baru disoal?

Saya sambung lagi tentang isu kelemahan bangsa Melayu yang mentadbir dan memerintah negara. Sesungguhnya kepimpinan Melayu sememangnya sudah begitu menirus dan seolah-olah sudah tidak wujud lagi kepimpinan dalam bangsa Melayu itu. Yang di maksudkan berkepimpinan ialah pemimpin yang mengambil tahu dan mengiktiraf perjuangan sesuatu bangsa. Melalui parti-parti siasah mesti mempunyai roh yang jati untuk meneruskan apa yang di sebut sebagai perjuangan.

Apa yang ada sekarang ini adalah mereka-mereka yang menjadi ketua kepada parti politik tanpa mempunyai roh perjuangan sebenarnya. Di dalam UMNO yang ada hanyalah ketua dan pembantu-pembantu kepada ketua itu, tetapi seluruh barisan ketua-ketua ini tiada berkepimpinan. Mereka ini menjadi ketua-ketua kerana permainan politik yang tidak boleh membantu untuk menyuburkan perjuangan parti itu, mengikut asas dan tujuan parti itu di tubuhkan dahulu.

Yang ada pada hari ini hanyalah mereka yang hendak mendapatkan atau mempertahankan jawatan. Mereka tidak dapat dan tidak mempunyai kemampuan untuk menyesuaikan jawatan dengan kewajipan-kewajipan mereka mengikut kehendak jawatan-jawatan yang mereka pegang itu. Itulah sebabnya Naib-Naib Presiden UMNO itu contohnya tidak mempunyai semangat perjuangan yang betul.

Jika mereka mempunyai semangat itu masakan ada diantara yang sedang mempertahankan jawatan dan yang ingin merebut jawatan itu bercakap dan berkempen mengikut rasa hati yang tidak tenteram sehinggakan menggunakan isu rasis sebagai isu kempen mereka. Jika benar mereka mempunyai semangat perjuangan seperti yang terkandung di dalam BAB3 perlembagaan parti itu masakan mereka memainkan isu keselamatan seperti bermain getah dan bermain guli sahaja.

Kalau tuduhan saya ini tidak benar masakan ada slogan baru dalam kempen pemilihan ini yang kita dengar seperti, ‘tembak dahulu’ sesiapa yang di syaki merbahaya kepada negara tanpa usul periksa. Rasa tidak percaya kata-kata seperti ini boleh keluar dari seorang pemimpin kanan yang sangat saya kenali sejak lebih dari 30 tahun dahulu.

Kalau benar mereka ini seorang pemimpin yang berjiwa besar, masakan ada calon peringkat Naib Presiden yang terlalu ‘emotional’ kerana kalah dalam pilihanraya kerana tidak mendapat sokongan kaum Cina di Melaka. Kenapa salahkan kaum Cina sahaja sedangkan ramai dari kaum Melayu sendiri menolak beliau? Kenapa hendak jadikan kaum Cina sebagai landasan di atas kekalahan beliau dalam pilihanraya itu?

Tidak boleh kah berkempen untuk mendapatkan undi dan sokongan dengan cara baik? Buktikan keutuhan kepimpinan masing-masing dengan menunjukan hasil kepimpinan jika ada? Jika mereka mempunyai ‘benda’ untuk di tunjukkan bagi meningkatkan sokongan, mereka tidak akan cuba berlagak ‘macho’ dengan kata-kata garang dan hebat yang sebenarnya merupakan tempelan yang mudah dilihat dan di saksikan oleh ramai. Orang ramai tahu menilai kepimpinan masing-masing.

Itu sebabnya jika masing-msing mempunyai kepimpinan, tidak ada sebab menolak cadangan atau pandangan Tun Musa itu.Bagi saya jika mereka semua itu berkeyakinan dan mempunyai jiwa besar perbahasan secara terbuka dan penuh beretika itu adalah cara yang akan memuaskan hati ahli-ahli yang bakal mengundi. Mereka akan menerima cadangan itu dengan baik dan mengambil kesempatan untuk menunjukan pemikiran yang baik, bukannya menunjukan otot yang besar.

Kekurangan atau tiada ‘finesse’ seperti seorang pemimpin itu membuatkan calon-calon Naib dalam pemilihan ini sebagai pilihan hambar dan tidak mampu membawa apa-apa perubahan kepada parti dan kerajaan. Amat susah untuk membuat pilihan, ibarat memilih diantara ikan sembilang dan ikan keli sahaja. Rasanya lebih kurang sama. Hanyirnya pun lebih kurang sama juga.

Hasil dari ucapan Zahid di Melaka baru-baru ini maka kita akan mudah mengenali siapa yang menembak dan membunuh tanpa sebab itu. Kalau dahulu sangat susah untuk mengenali siapa yang menembak siapa, sekarang ini usaha mencari penembak itu mungkin lebih mudah lagi apabila seorang menteri membenarkan pihak polis menembak sesiapa yang di anggap penjenayah itu.

Niat Zahid untuk ‘tembak dahulu kemudian bertanya’ itu mungkin tidak kesampaian jika mereka yang ditembak itu mati sebelum sempat bertanya dan menyiasat. Mungkin itulah cara yang mereka fikirkan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah penjenayah-penjenayah yang ada, kerana kumpulan pemimpin hari ini hanya mengambil jalan mudah untuk nampak bertindak menyelesaikan masalah keselamatan negara itu.

Mungkin tidak boleh di salahkan Zahid kerana itulah setakat kemampuannya untuk penyelesaian masalah penjenayah yang sangat ramai pada masa kini. Seseorang itu selalunya akan melakukan setakat kemampuan peribadi pemimpin itu.

Tetapi blog ini ingin bertanya, siapa yang dianggap penjenayah yang boleh ditembak dahulu baru bertanya itu? Bagaimana dengan penjenayah rasuah? Ramai yang kita tahu pemimpin yang rasuah tetapi tidak dapat di sabitkan perbuatan hina mereka itu. Adakah mereka ini juga boleh ditembak dahulu baru bertanya. Bukankah perasuah itu juga adalah penjenayah. Bezanya yang satu itu penjenayah kolar biru dan perasuah itu adalah penjenayah kolar putih. Kedua-duanya adalah penjenayah kepada rakyat dan negara.

Kenapa hendak bezakan diantara penjenayah kolar putih dan penjenayah kolar biru? Jika penjenayah kolar biru seperti perompak hanya melibatkan orang dan keluarga yang dirompak itu sahaja, tetapi penjenayah rasuah itu melibatkan hampir 30 juta rakyat Malaysia. Bukankah rasuah itu lebih merbahaya kepada keselamatan negara. Banyak negara telah menjadi lemah dan tidak selamat kehidupan di dalamnya kerana rasuah.

Banyak negara dan tamaddun telah tumbang kerana tahap keselamatan negara-negara tersebut terlibat dengan rasuah yang keterlaluan. Zahid elok tengok juga isu yang sama bahayanya kepada keselamatan negara kita.

Perasuah dengan Botak Chin bukankah tiada bezannya? Bukankah kedua-duanya itu penyamun? Bahayanya pun sama, bukan gitu?

10 comments:

Anonymous said...

AG report sudah dibentangkan. Segala kepincangan, kelemahan, kecuaian, kecurian, kehilangan, kerugian, ketidaktelusan dan macam2 kesalahan yg dilaporkan AG menunjukkan kelemahan SPRM khususnya dari segi integrity & credibility. Patutpun SPRM jadi badan bebas di bawah Parlimen. Tetapi Najib tak kan berani..

Anonymous said...

Saya setuju perompak dan perasuah adalah sama taraf jd cara membenteras mestilah sama.

Anonymous said...

Macamana pula dgn Isu Pencerobohan Lahad Datu ? Zahid adalah Menhan dan Kenapa selepas hampir sebulan Penceroboh bertapak di Lahad Datu baru kita bertindak.PAT dan KPN yg bercakap begitu lantang tentang Strategi Lautan Biru tapi Cakap Tidak Serupa Bikin kerana Pertahanan Negara kita begitu mudah utk di ceroboh.Kita tidak tahu berapa Banyak perbelanjaan utk Ops Daulat dan kita harus belajar dari Singapura ; Negara kecil tetapi Pertahanan "Forward Defence begitu ampuh".Singapura masih mengekalkan ISA dan negara ini adalah negara yg paling selamat di dunia..

Anonymous said...

Apa yang di lapurkan oleh AG is only "tip of iceberg "& banyak lagi yg tidak di bongkar serta tidak mungkin terbongkar .Nampaknya orang orang politik mengamalkan Politik ala Machiavelli "Matalamat Menghalalkan Cara ".Tapi secara rasionalnya kebiasaan orang Politik terlalu cepat melatah dan punca kepincangan masa kini adalah Penghapusan Undang ISA dan EO.Syukur ada Undang PCA dan syabas di atas ketegasan Kerajaan melancarkan Ops Cantas .Semuga Pihak PDRM & ATM teruskan Operasi Bersama terhadap pencegahan Jenayah.Buat seranghendap dan "RAIDS atau SERBUAN " KE ATAS SASARAN PENJENAYAH. JUGA TERDAPAT BANYAK KERETA YG DI CERMIN GELAPKAN UNTUK MELINDUNGI PENJENAYAH.KERAJAAN PERLU TEGAS DAN AMBIL TINDAKAN UNTUK MENYITA KERETA CERMIN GELAP INI .MENTERI DALAM NEGERI HARUS BUAT "AFFIRMATIVE ACTION" TERHADAP KERETA CERMIN GELAP INI DAN JANGAN BUAT SAMBIL LEWA SAHAJA.

bumi-non-malay said...

Dah Lama Buat begitu....tengok Terrorist tangan UMNO-MACC dulu..... mereka JIMAT guna peluru..... Tolak aje Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani dari tingkat tinggi....

Mereka cuba begini tengok reaksi Rakyat yang Marah boleh diKontrol tak....Rupanya senang dan Mudah!! Ada Senapang siapa pun boleh dikontrol....begitulah corak rakyat yang telah dibasuh minda Tanda Putera dan ideologi sesak UMNO!!

Anonymous said...

dah kena baru tau bro...belum kena boleh la.

Anonymous said...

sharijat dah mati..kalo perompak wang rakyat di tembak...

Anonymous said...

polititian = mesti pandai kelentong dulu.... muka mesti tebal jugak...


agak takut juge sebagai penyandang VP umno.kena la jerit sekuat kuat utk Ops daulat dan strategy "overwhelming force ke atas 200 orang sulu" supaya semua tak lupa jasa dier.


Mukriz tak perlu jelaskan lagi, dengan pengaruh bapak dan imej yg cukup bersih!! mesti dapat dicalonkan. yg penting.. budak ni pandai berbahasa jepun, anime ker, hentai ker, semua pun boleh paham.


Si kepala Felda tuh? baru jer membeli hartanah dgn Felda ber ratus ratus juta, tapi siapa ker agen kat belakang dpt commision berapa tak tau la... yg pasti. commision tuh cukup utk "maintanance kos" , melangkah ke kerusi VP, syabas!.


Wakil orang timor malaysia? Apdal? ok la... kalo bukan orang sabah, mana la cukup MP yg menyokong BN? sure dapat cundi semua king maker dari sarawak+ sabah.


yg tak tentu arah tuh diala...Mr ex melaka CM, rase macam standard penyandang anak perdana mentri ke-3.

Jamal said...

Anonymous 10 October 2013 08:43:00 GMT+8

Kalau dah tak tahu nak bezakan antara suspek dengan penjenayah; lebih baik tutup saja mahkamah. Tak perlu PDRM nak cari bukti dan tak perlu susah-susah nak adakan perbicaraan. Negara pun boleh jimatkan duit supaya lebih banyak duit untuk dirasuahkan oleh pemimpin.

Anonymous said...

Pada firasat saya keadaan di M'sia sebenarnya amat tenat gara-gara ditadbir oleh manusia yang tidak takut kepada janji Allah yang akan mengazab manusia yang membuat kemungkaran lebih-lebih lagi yang ada kuasa.

Kebejatan ini boleh dirasai melalui cerita seorang ustaz dalam satu kuliah maghrib baru-baru ini. Ustaz ini pernah dijemput memberi ceramah di satu kem PLKN yg pesertanya terdiri daripada lepasan SPM berumur 17 tahun.

Ceramah yang sepatutnya 3 jam terpaksa berhenti selepas 2 jam kerana gangguan budak2 baru berumur 17 tahun. Bila ustaz cerita bab solat, budak2 ni jawab..." orang sembahyang pun mati tak sembahyang pun mati". Bila ustaz terangkan beza mati orang solat dgn tak solat, dok ayat yg sama diualang. Sebab tak tahan dgn sikap budak2 PLKN ni, ustaz ceramah 2 jam jer.

Bagitu juga dgn penjenayah RASUAH. Ambik rasuah pun mati tak ambik pun mati.

Di mana akidah Islamnya puak puak mangkok ayun ni. Yang saya nampak sistem pendidikan islam yg tak diberatkan, tak lulus ugama pun tak apa janji lulus sejarah, sains dll.

Cayalah negara kita akan musnah jika keadaan sebegini berterusan....