Berbagai cara dilakukan oleh
pembangkang bagi menggulingkan parti pemerintah sekarang ini dan begitu juga
berbagai-bagai ‘intrigue’ politik dilakukan oleh kerajaan untuk mengelak mereka
digulingkan. Masing-masing pihak bermain politik seratus peratus, satu untuk
menggulingkan yang ada dan satu pihak yang lain untuk mempertahankan kuasa yang
telah dipegangnya sejak negara mencapai kemerdekaan.
UMNO mencengkam kuasa dengan
menggunakan kuasa eksekutifnya yang ada dan pihak pembangkang menggunakan
tunjuk perasaan bagi mengekalkan sokongan yang kadangkala menurun dan
mencemaskan mereka. Pilihanraya ke13 yang lepas merupakan waktu yang terbaik
bagi pembangkang untuk mendapat mandat kerana semasa itu mereka dalam ketiga-tiga
parti bersatu dan tidak nampak kesalahan masing-masing.
Semuanya nampak hebat malahan
pimpinan tertinggi pihak pembangkang sudah merasakan yang kuasa sudah pasti
berada dalam tangan mereka dan berlagak seperti pihak yang sudah berkuasa.
Begitulah lagak mereka dan ada pemimpin yang sudah bersedia dengan memberikana
amaran keras kepada badan-badan kerajaan yang mereka akan diambil tindakan
selepas sahaja mereka dapat mengambil alih BN sebagai kerajaan di Putrajaya.
Anwar Ibrahim sudah bercakap seperti Perdana Menteri dan lagak ‘glamour’ seperti
beliau menjadi Timbalan PM dahulu sudah mula menyerlah kembali.
Tetapi rakyat juga yang akhirnya
memberikan penentuan yang mereka belum sampai masanya untuk berkuasa. Tentunya
di sebalik kegagalan itu ada hikmahnya, jika tidak untuk Anwar dan
penyokongnya, hikmah itu mungkin untuk rakyat yang ramai. Pada pembangkang
mungkin ada juga hikmahnya kerana jika mereka mendapat kuasa dalam PRU ke13
yang lalu, kita tidak dapat bayangkan betapa kelam-kabutnya parti-parti dalam
Pakatan Rakyat, kerana sekarang jelas-jelasnya mereka bukanlah ‘coalition’ yang
bersatu terutamanya dalam hal agama dan perkauman.
Jika Pakatan Rakyat menjuarai
Putrajaya tidak mungkin PAS dapat bersuara dalam hal hukum hudud kerana
parti-parti dalam komponennya tidak bersetuju dengan tindakan melaksanakann
hukum hudud walaupun ianya hanya untuk negeri Kelantan. Tetapi hikmah bagi PAS,
kekalahan Pakatan Rakyat itu mempunyai hikmah dalam hal hudud ini kerana
seburuk-buruk UMNO, PAS lebih mudah untuk bercakap tentang hudud ini kerana
ahli-ahli UMNO itu beragama Islam walaupun pemimpin-pemimpinnya lazim melanggar
hukum asas agama seperti larangan rasuah dan sebagainya dilanggar tanpa
halangan.
Oleh kerana orang Melayu
merupakan kaum majoriti dinegara ini jika berkurangan perbezaan diantara PAS
dan UMNO maka adalah tidak salah jika dikatakan yang UMNO akan terus menjadi
pemerintah negara dalam jangka masa yang agak lama lagi. Hanya jika UMNO masih
dipimpin oleh mereka dalam kumpulan sekarang ini, yang kita khuatiri negara
kita akan jahanam dan merudum dalam semua bidang. Oleh itu sekarang ini rakyat ada pilihan,
samada mahu negara ini jahanam dibawah BN atau jahanam dibawah pimpinan Pakatan
Rakyat..
Tetapi bagi orang Melayu mereka
rela jahanam dibawah BN dari jahanam dibawah Pakatan Rakyat kerana Melayu akan
tergugat dan akan hilang segala identitinya di bawah tadbiran Pakatan Rakyat
kerana pengaruh bukan Melayu yang lebih kuat dan jelas dibawah Pakatan Rakyat.
Kelemahan UMNO itu juga membawa
hikmah kerana dengan kelemahannya, ia membolehkan ramai dikalangan pimpinan
parti itu terpaksa mengakui yang ia memerlukan sokongan PAS, maka bolehlah
bercerita dan berbincang tentang hukum-hukum agama diantara mereka yang
mempunyai agama yang sama. Bagi PAS adalah lebih mudah baginya berbincang
dengan UMNO dalam matlamat hendak melaksanakan hukum dan kerajaan Islamnya dari
parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Rakan-rakan dalam Pakatan jelas memberikan
tentangan hebat terhadap usul persendirian di parlimen untuk melaksanakan hukum
hudud itu.
Masalah yang ada dihadapan UMNO
dan PAS sendiri ialah untuk memberikan kefahaman tentang hukum hudud ini secara
terperinci agar ia tidak dianggap oleh mana-mana kaum yang beragama bukan Islam
hanya menganggap hudud itu sinonim dengan potong tangan dan hukum rejam sahaja.
Setakat ini PAS sendiri belum melakukan apa yang sepatutnya dilakukan untuk
melaksanakan hukum hudud yang menjadi ketakutan bagi banyak pihak termasuk
dalam PAS dan UMNO itu sendiri.
Selagi penerangan tidak
menyeluruh dan kefahamannya belum merata, maka hukum hudud ini tidak perlu
dilaksanakan secara tergesa-gesa. Tetapi yang penting sekarang UMNO dan PAS
perlu mengemukakan komitmen yang sahih bagi perlaksanaannya di Kelantan dahulu.
Jika ia terlaksana dengan baik di Kelantan dan terbukti boleh membawa keadilan
yang lebih berbanding dengan hukum’ civil’ yang ada pada hari ini maka proses
penerangan dan penerimaan rakyat dinegeri lain akan lebih mudah untuk
dilakukan.
Tetapi hasil dari kepanasan isu
ini secara politiknya akan memberikan kekuatan kepada UMNO dan PAS dan idaman
DAP dan PKR untuk duduk di Putrajaya itu elok dilupakan sahaja dan saya tahu
pandangan ini membuatkan yang berada dalam DAP dan PKR tidak selesa mendengar
pandangan seperti ini.
Jika DAP atau PKR menggunakan isu
hudud ini sebagai isu politik ia akhirnya akan membunuh mereka sendiri. Isu
yang paling mampan bagi DAP dan PKR tetap isu rasuah dan salah guna kuasa yang
merupakan isu yang real dan hakiki bagi mendapatkan sokongan rakyat berpindah
kepada mereka menggunakan isu hudud ini. Situasi ini memperkuatkan UMNO dan
membawa sekali gus kekuatan untuk PAS membuat tuntutan untuk perlaksanaan
sebahagian besar perjuangan asal parti itu.
Pokoknya sekarang, mampu kah UMNO
menunjukan kekuatan pemikirannya untuk menyatukan orang Melayu dengan kelemahan
yang nyata yang terdapat dibarisan pimpinan parti itu? Mampukah UMNO mencari
kepimpinan yang berkebolehan sebagai ‘planner’ berkesan dalam meneruskan
tanggungjawab sebagai parti yang memerintah sekarang ini?
Kita perlukan bukan setakat mampu
menyatukan kaum Melayu, kaum terbesar dalam negara ini. Jika sudah bersatu
adakah ianya satu kejayaan tanpa menunjukan perbezaan untuk mencapai matlamat
pembangunan negara dalam semua bidang termasuk menyatukan Melayu dengan kaum
lain di negara ini.
Dulunya UMNO berfungsi sebagai
parti penyatu bangsa Melayu di samping menyatukan mereka bersama dengan semua
kaum untuk membawa negara kearah yang ‘ultimate’, iaitu ‘national unity’
seperti yang kita pernah alami dahulu.
Tentunya ia memerlukan seorang
pemimpin Melayu yang matang yang jiwanya hanya untuk bangsa dan negaranya,
bukan setakat menunjukkan otot besar untuk membantutkan pertumbuhan pemikiran
bangsanya sendiri.
2 comments:
re branding & re juvenile macamana pun saya tak nampak umno akan pulih semula sebagaimana spirit yg ada pada zaman kemerdekaan atau zaman Tun Razak. Mungkin umno terus kuat dari segi sokongan melayu , kerana melayu ni.....malaslah saya cerita pasai melayu ni !!! nanti terludah muka sendiri pulak .
saya langsung tak punye keyakinan umno akan menyokong hudud dilaksanakan , akhirnya nanti mereka akan memberi pelbagai alasan utk tidak melaksanakannya dengan ayat2 yg mencairkan hati melayu2. Umno & rasuah bagaikan lagu & irama , mana mungkin ahli2 umno makan rasuah / beri rasuah dapat meninggalkan tabiat jijik tersebut kerana mereka telah bergantung @ depend on duit kotor itu utk survival politik dan hidup. Ini perkara paling asas yg kita harus fahami dulu sebelum kita bergerak ke fasa berikutnya .
Memberi peluang kpd PR akan menjahanamkan negara adalah pendapat yg sangat tidak adil. Alasan tentang pergolakkan dalaman PR dlm isu ugama & kaum adalah sangat remeh dan memperbodohkan. Baru2 ini dgn RASMInya MCA & Gerakan telah menolak Hudud , tapi DAP pula sejak kematian Karpal Singh hanya bersuara melalui Tony Loke. Nampaknya 2 standard telah digunapakai di sini. Tkasih.
Sempena ulangtahun saya yang ke 30 harini,dengan ini saya akui,saya tidak percaya parti politik di Malaysia..juga DSAI
Post a Comment