Krisis melanda UMNO dan kerajaan
negeri Terengganu, berikutan dengan perletakkan jawatan Ahmad Said sebagai
Menteri Besar semalam dan terus keluar dari UMNO dan menjadi ADUN bebas dalam
Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Tindakan Ahmad Said keluar dari UMNO itu telah membuatkan dua orang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri
mengikut jejak langkah Ahmad Said keluar parti dan meletakkan kerajaan BN/UMNO
Terengganu kini adalah kerajaan minoriti yang hanya mempunyai 14 kerusi sahaja
dalam DUN Terengganu. Nampaknya tidak mustahil jika PAS akan mengambil alih
kerajaan Terengganu kerana jumlah bilangan kerusi bagi UMNO dalam Dewan
Undangan Negeri Terengganu sudah tidak melayakkan UMNO menerajui negeri itu
lagi.
Tetapi saya tidak ingin menyebut
apakah yang terbaik bagi PAS lakukan dalam krisis yang amat besar menghadapi
UMNO Terengganu ini. Saya lebih cenderung untuk memberikan ulasan tentang UMNO
secara keseluruhannya.
Tindakan Ahmad Said keluar UMNO
sejurus meletakkan jawatan Menteri Besar itu membawa makna dan 'significance' yang
besar terhadap UMNO itu sendiri. Ia bermakna pucuk pimpinan UMNO sudah tidak
mendapat penghormatan yang sepatutnya dari pimpinan bawahannya. Tidak ada sebab
Ahmad Said keluar dari parti hanya kerana beliau diminta meletakkan jawatan.
Walaupun beliau memberikan alasan kerana Najib tidak mahu memberikan peluang
untuk beliau meletakkan jawatan selepas 17 Mei nanti, sejurus beliau
melangsungkan perkahwinan anaknya.
Tindakan Ahmad Said dan dua orang
lagi ADUN Terengganu meninggalkan parti itu membayangkan yang pimpinan Najib
sudah tidak dihormati lagi oleh pimpinan peringkat bawahan. Tindakan tidak akur
Ahmad Said dan dua lagi ADUN itu bukan sahaja tidak menghormati Najib, tetapi
ia juga melambangkan sikap tidak percaya terhadap barisan kepimpinan parti
kerana keputusan UMNO meminta seorang Menteri Besar itu adalah
tindakan bersama semua Majlis Tertinggi (collective responsibility) parti.
Kegagalan menguasai UMNO
Terengganu itu menunjukkan kelemahan Majlis Tertinggi UMNO dan ia merupakan undi
tidak percaya terhadap Majlis Tertinggi UMNO bukan setakat tentangan terhadap
Najib seorang. Ahmad Said sememangnya seorang yang bermasalah tetapi pucuk pimpinan masih memilihnya untuk menerajui kerajaan Terengganu kerana kepentingan jangka pendek semata-mata. Akibatnya kita sedang sama-sama menyaksikannya.
Itu sebabnya blog ini telah
banyak tahun menyatakan yang UMNO yang kini sangat lemah tidak lagi mampu
membuat keputusan dengan tepat. Keputusan yang hendak dilakukan itu adalah
keputusan yang melibatkan pemimpin yang semuanya adalah dikalangan mereka yang
mengambil budaya politik ‘kuning’ yang akan membunuh UMNO itu sendiri akhirnya.
Kalau tidak masakan Ahmad Said
merupakan seorang yang sangat ‘controversial’ yang mendapat tempat dan
kedudukan melalui perpecahan dalam UMNO khususnya di Terengganu itu sendiri.
Ahmad menjadi Menteri Besar dalam kontroversi besar dan perletakkan jawatan
beliau sendiri pun menghasilkan kontroversi yang besar sehingga menjerumuskan
UMNO negeri ketahap yang sangat merbahaya kedudukannya. Apa yang berlaku di
Terengganu sekarang ini merupakan kejadian yang ‘predictable’ dari dahulu lagi
dan hanya menunggu masa untuk terjadi.
UMNO pusat tidak lagi mempunyai
kekuatan untuk menguruskan negara. Itulah sebabnya selalu di peringatkan yang
jika UMNO masih ingin menjadi relevan seluruh kepimpinan di Pusat itu wajar
berhenti dan bersara dan serahkan kepada orang yang lebih berpengalaman dan
mempunyai ciri-ciri ‘magnanimity’ yang tinggi untuk melakukan pembaharuan.
Saya yakin yang keadaan ini bukan
sahaja berlaku di negeri Terengganu, tetapi ia juga berlaku di negeri-negeri
lain dan akan hanya menunggu masa sahaja untuk terjadi perkara seperti ini.
Keretakan berlaku di setiap negeri dan kawasan dan UMNO sudah kehilangan
segala-galanya ciri parti yang memerintah.
‘Intra problems’ dalam UMNO
begitu serius dan bagaimana pula UMNO hendak menyelesaikan masalah-masalah
besar yang lain seperti rungutan dan tidak puas hati ahli ‘equal partners’ dalam Persekutuan ini. Isu dan rungutan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak ini bukannya isu yang kecil kerana ia melibatkan
negara di masa hadapan. Ia memerlukan kepimpinan Persekutuan yang benar-benar
mempunyai ciri kepimpinan negara yang berjiwa besar bukan setakat pemimpin yang
hanya menyelesaikan isu-isu secara ‘ad hoc’ tanpa bertindak untuk
memperkuatkan negara dan rakyat dalam jangka masa yang panjang.
Masalah ‘inter-party’ dalam BN
semakin serius dan tanpa penyelesaian yang segera ia tidak akan mengembalikan
negara kepada keadaan yang pernah kita alami dahulu. Yang menyelamatkan UMNO
sedikit pada hari ini, ialah perpecahan yang juga sedang berlaku dalam pihak
pembangkang dan keadaan ini juga tidak memberikan keyakinan kepada rakyat yang
ramai untuk mendapatkan sebuah negara yang kuat dalam mana rakyatnya hidup
dalam aman dan damai.
Sesungguhnya masalah yang
dihadapi oleh pimpinan di Terengganu walaupun masalah besar tetapi ia tidak
sebesar masalah yang mereka hadapi dengan dua buah negeri, Sabah dan Sarawak. Ia melibatkan kestabilan sebuah negara yang
besar dan isu yang mereka di Malaysia Timur hadapi bukanlah isu yang kecil.
Bagi mereka perjanjian
Persekutuan Malaysia yang
mereka tanda tangani dahulu adalah perjanjian diantara empat buah negara, Singapura,
Sabah dan Sarawak bersama dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Mereka berhak untuk menuntut apa yang telah dipersetujui dan
ditanda tangani kerana jika tidak diselesaikan isu ini maka mereka juga berhak
untuk bertindak mengikut kehendak dan kemahuan mereka seperti yang dijanjikan
dan di tanda tangani itu.
Penyelesaiannya hanya akan
tercapai jika ada dikalangan pemimpin yang berwibawa membawa kembali ke meja
perundingan untuk menyelesaikan apa-apa ketidak puasan hati rakyat di sana. Tanpa ada pemimpin yang mampu untuk menyelesaikan dan mencari formula terbaik bagi isu ini, keadaan ini tidak mustahil akan memecahkan negara bukan setakat perpecahan parti-parti politik tanahair semata-mata.
Jika kita hendak mengharapkan
pimpinan di Persekutuan yang ada pada hari ini dari kedua-dua belah pihak BN dan
Pakatan Rakyat ia tidak akan sampai kemana-mana dan akhirnya akan berlaku apa
yang kita tidak ingini pada suatu ketika nanti.
Selalu blog ini menzahirkan
pendapat yang kita memerlukan sebuah negara baru yang terlandas kepada
kerjasama diantara negeri-negeri yang berdaulat dan rakyat berbilang kaum dan
agama yang mantap agar kita dapat dengan segera meninggalkan situasi sekarang
yang amat merumitkan kerajaan dan rakyat semua.
9 comments:
Kalut isu MB selangur tup2 MB trengganu duluan. Pekong sendiri tak diubati asyek menilai pekung org lain.
Mat Said mintak tangguh letak jwtn brpa hari nak selesai majlis kahwin anak.
Mat Said: Gua sudah hantar satu ribu kad jemputan anak kahwin 17 Mei buat di rumah gua kediaman MB, minta tangguh 4 hari, jgn kasi malu sama gua...
PM: Itu lu punya hal!
Mat Said keluar parti, k'jaan T'gganu tumbang.
PM: Haiyya, lu punya hal!!
Mat Said: Gua punya hal.
serah pucuk kepimpinan kepada pemimpin yang berpengalaman?
siapakah pemimpin yg berpengalaman yg dimaksudkan oleh bapak??
tapi rasanya saya tahu pemimpin yg berpegalaman mana yg bapak maksudkan.
Klu isu tak byk kerusi yg umno bn dpt dlm dewan di tgganu,apa cerita dgn hanya 47% yg najib dpt?tak kena tendang jg ke?rasanya tgn idris jusuh di blkg ni.pd mlm PABM sepatutnya ucapan mengantarabangsakn bhs melayu menjadi ucapan membodek rosmah.amat nemualkn
Najib will offer his BRIM to Ahmad Said and his geng. Things will be solve. Money soves any problem for Najib.
Umno rosak bukan akar umbi tapi kerana pemimpin.
Sekarang bukan PM,MB,umno,pkr, pas yg lemah...semua melayu dan instisusi berkaitan melayu telah lemah...
Bila "peperangan" berlaku disesuatu tempat, yang musnah menjadi padang jarak dan padang tekukur adalah tempat itu..yang menang jadi arang yang kalah jadi abu...
Bila perang politik berlaku kepada sesuatu bangsa, yang musnah adalah bangsa itu sendiri..
Orang melayu sekarang berada dalam mood "defensive"..hingga ke dinding.."push to the wall"...
Orang2 seperti tuan aspan alias jugak yg memalu gendang perang dilaman sendiri...!
Politik Malaysia : What’s Next?
Ini adalah kali pertama dalam sejarah politik Malaysia, parti pemerintah iaitu Barisan Nasional membentuk sebuah kerajaan yang lemah dengan hanya kemenangan simple majority sebanyak dua kali berturut-turut selepas pilihanraya umum diadakan.
Kerajaan yang lemah ini telah menyebabkan pentadbiran negara berada dalam keadaan yang slow dan selalu hang. Banyak keputusan-keputusan penting tidak dapat dilakukan kerana ianya memerlukan sokongan ⅔ undi daripada ahli-ahli parlimen.
Pada masa yang sama,virus-virus bagi kerajaan yang ada sekarang ini pula semakin membiak dan semakin berani menyerang institusi-institusi yang sensitif dan menjadi tunjang kepada pembentukan Malaysia seperti yang ada sekarang.
Artikel Penuh
http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2013/12/politik-malaysia-whats-next.html
Hakikat nya SEMUA melayu lemah ketika ini ! Tidak payah tuding jari. Kemelut nya sama, asas nya sama. PR atau Umno.
Membodohkan diri, di perbodohkan, di kudakan atau apa sahaja yang tidak di lakukan oleh melayu ? Apa lagi menikam belakang, memang sinonim bangsa melayu. Dalam keluarga sendiri pun boleh bermusuh dan berbunuh ! Kenapa terjadi ? .....konon nya jawapan yang sama ' tidak puas hati '
Ini lah yang terjadi di Selangor, Perak dan Terengganu. Bangsa bukan melayu sentiasa mengintai kelemahan, cari ruang dan terus rembat peluang ! Perhatikan LKS yang bijak dan licik. Semua kaum cina dapat di kawal dan di caturkan demi perjuangan mereka. Kenapa ? Melayu suka bersandiwara - macam kes hudud Pas hampir setiap masa di polemikkan. Siapa mempermainkan hukum Allah ? Umno sudah tentu menolak di zaman Mahathir dan masih tidak sesuai di zaman Najib. Yang nyata semua nya mempermainkan akidah kita ? Mana munafik yang paling ' godang ' ? Ada kah Pas itu mewakili agama Islam ? Jika jawapan nya ya, binasa lah semua nya di atas wayang agama. Apa pula PKR ? Jika suka dengan apa yang tiada dalam Islam, teruskan saja menyokong mereka. Bujur lalu melintang patah.
Persoalan nya di sini bukan pilihan untuk parti politik. Pilihan Melayu se adad nya. Perkara utama survival Melayu dan Negara yang di anugerahkan Allah SWT. Kedua nya, Akidah yang sama dalam tauhid untuk SATU - SATU NYA ! Ketiga nya, Platfom Melayu yang sama - pada setiap dasar nya. Dengan begini musuh akan sentiasa 'menjauhi' kita, dengan bersilang budaya dan berkerjasama, hidul sama dalam muafakat, saling menghormati sesama sendiri. Ada nilai nya.
Melayu di mana ? Rata-rata sudah tidak pedulikan bangsa, memfitnah, mengutuk menghina sesama sendiri jadi amalan dosa harian biasa. Menjadi enau dalam belukar. Bertelur sebiji riuh sekampung. Demi politik anak beranak bercerai berai. Berbogel, berzina dan bukan lagi dosa ! Nauzubillah min zalik. Ada kah ini ajaran Islam ? Mana sumbangan PAS yang kata nya lebih Islamik ?
Melayu itu mesti bersatu. Mesti kuat saf nya. Kita tolak perpecahan ummah di mana kita satukan dalam satu nafas siasah menaikkan martabat bangsa bersama anutan Islam yang benar !
Post a Comment