16 June 2014

Jangan dilalaikan lagi, perubahan wajar dilakukan sekarang

Setiap pimpinan yang berjiwa besar dan mengutamakan kepentingan negara, pimpinan itu perlu mewujudkan barisan pelapis untuk meneruskan kepimpinan yang baik untuk generasi seterusnya apabila pimpinan yang ada itu bersara dan meninggalkan jawatan awam yang penting itu.

Jawatan yang disandang itu mesti diambil sebagai tanggungjawab dan amanah yang berat dan ia memerlukan jiwa yang besar dan kaya dengan perjuangan untuk negara pimpinannya. Tunku Abdul Rahman dan begitu juga Tun Razak telah melakukan usaha membina barisan kepimpinan negara kerana Tun Razak mempunyai jiwa yang kaya dan besar bagi kepentingan negara yang dipimpinnya.

Semasa beliau menjadi Perdana Menteri beliau telah membariskan pemimpin yang bakal mengambil alih dari kepimpinan beliau. Diantara yang digilapnya ialah Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Mahathir dan Musa Hitam serta Tun Ghazali Shafie. Mereka-mereka ini telah di didik bagi membina negara dengan serius sehinggakan diantara mereka berempat ini dua orang tokoh iaitu Tengku Razaleigh dan Ghazali Shafie merupakan tokoh yang telah menempah nama mereka diperingkat Antarabangsa.

Ghazali Shafie terkenal dengan peranan memainkan politik luar negara bagi Malaysia dan Tengku Razaleigh telah membina namanya sebagai seorang yang diakui sebagai seorang planner yang berkesan untuk membentuk dasar dan pembangunan negara. Nama beliau dijulang oleh masyarakat antarabangsa dengan terpilihnya beliau sebagai satu-satu pimpinan yang luar dari Amerika Syarikat yang dipilih sebagai pengerusi Bank Dunia. Dalam usia yang masih muda beliau diakui sebagai seorang yang mempunyai kepimpinan dalam bidang kewangan dan akhirnya mampu untuk menjadi Pengerusi kepada Bank Dunia.

Dalam masa yang sama TR juga mengetuai Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Islam yang berpusat di Jeddah serta Bank Pembangunan Asia yang berpusat di Manila sebagai Pengerusinya. Beliau juga merupakan Pengerusi kepada IMF semasa itu. Dalam lain-lain perkataan TR telah mengetuai empat institusi kewangan antarabangsa yang berlainan fungsinya dan ini merupakan rekod kecemerlangan anak watan negara kita diperingkat antarabangsa.

Rekod kejayaan ini tidak mungkin dapat disaingi oleh sesiapa setidak-tidak dalam beberapa dekad yang akan datang baik oleh mereka dari negara kita mahu pun masyarakat peringkat antarabangsa.

Rekod ini tidak disiarkan atau di akui oleh pimpinan tempatan kerana kejayaan TR dalam bidang-bidang yang berbagai ini tidak digemari oleh sesama pemimpin dinegara ini kerana apa yang saya sebutkan tadi sebagai yang berjiwa fakir dan tidak mahu mengakui kehebatan dan kejayaan rakan dalam parti dan kerajaan pimpinannya.

Malahan kejayaan TR yang begitu besar inilah yang membunuh politik beliau sendiri kerana perasaan amarah yang begitu menebal dikalangan beberapa orang pemimpin yang berjiwa fakir tadi. Ada orang yang tidak merasa senang dengan kejayaan seorang pemimpin yang secara 'natural' boleh mendampingi dan bersaing diperingkat antarabangsa itu. Saya pernah berkata yang pimpinan yang saya maksudkan itu tidak pernah menyiapkan pemimpin pelapis yang baik, sebaliknya beliau hanya menyiapkan dirinya dengan pemimpin pelapik di sekeliling beliau semata-mata untuk melapik beliau dari mana-mana pihak yang beliau fikirkan akan menjadi cabaran terhadap dirinya.

Pendeknya kepimpinan negara kita sejak zaman selepas Hussein Onn bukannya membina bakat kepimpinan, disebaliknya yang sudah terserlah kepimpinannya pun dibunuh kariernya secara sistematik sehingga semua yang berbakat, mati dan lumpuh politiknya. Hajat seorang itu untuk menjadi pemimpin begitu lama tercapai dengan terbunuhnya karier semua pemimpin yang telah digilap itu. Tetapi yang ruginya adalah negara kerana setelah pimpinan yang mahu menjadi hero seorang diri itu mewariskan kepimpinan negara yang kosong dalam segala-galanya.

Apabila negara mempunyai pemimpin yang tidak berkepimpinan itu, maka tidaklah hairan kenapa politik dan kerajaan hari ini tidak seperti dahulu lagi. Seandainya pemimpin-pemimpin yang berbakat telah diketepikan kesemuanya, maka dapatlah kita pemimpin seperti Abdullah Badawi dan hari ini kita berada dalam keadaan yang merungsingkan di bawah tadbiran Najib.

Kekosongan pimpinan ini begitu serius sehinggakan amat susah untuk kita yakini sesiapa sahaja dalam barisan Majlis Tertinggi UMNO itu mampu untuk memperbaiki keadaan kerana mereka adalah dari gulungan yang telah merosakkan asas pentadbiran kerajaan dan politik negara kita.

Percayalah, “If we want to break this country to pieces, let us perpetually support Najib to rule, and if we want to make it worst, let Najib fix it back”

Bagi saya jika UMNO serius mahu terus menjadi pentadbir negara ini, ia perlu melakukan  perubahan secara drastik dan ia juga memerlukan pengorbanan oleh kepimpinan hari ini semata-mata untuk matlamat menyambung nyawa UMNO itu. Jika isu ini dilalaikan, Najib serta kepimpinan hari ini akan tercatat dalam sejarah sebagai barisan kepimpinan yang terakhir bagi parti yang telah mati dan hidup semula itu.

Ingat, parti ini pernah dibunuh oleh pemimpinnya suatu ketika dahulu dan kali ini ia akan mati secara 'natural' kerana kelalaian dan sikap tidak memberikan tumpuan untuk menjaga ‘kesihatan’ parti itu.

Dalam hal ini, adalah penting bagi parti-parti dalam komponen BN itu sendiri terutamanya parti-parti yang berada di dalamnya yang masih belum berjaya memperjuangkan kemahuan ahli-ahlinya seperti parti-parti di Sabah dan Sarawak untuk membantu perubahan dalam UMNO itu. Kita tahu yang pimpinan UMNO hari ini tidak akan berjaya merubah keadaan sekarang ini, maka parti-parti di Sabah dan Sarawak juga perlu membantu melakukan perubahan ini.

Jika pemimpin UMNO yang tidak berkepimpinan ini dialih dan dianjak, maka pimpinan dari Sabah dan Sarawak boleh sekali gus bersama melakukan perubahan ini kerana rakyat di Sabah dan Sarawak mempunyai terlalu banyak isu yang ‘outstanding’ dengan pimpinan dari Semenanjung Malaysia ini.

Blog ini selalu menyarankan supaya kita mulakan politik baru untuk menikmati ‘ambience’ yang baru, walaupun ia mungkin hanya berlandaskan kepada tapak yang lama. Adalah juga wajar jika parti-parti pembangkang bersama-sama bersatu untuk kepentingan politik dan siasah negara ini kerana kelemahan pembangkang sekarang ini juga menjadi penyebab kenapa pemimpin lemah di Putrajaya itu masih berkeliaran  di sana sekarang ini.

UMNO dan BN tidak boleh berlindung di atas ketidak mampuan pihak pembangkang untuk memimpin negara ini untuk kekal berada di Putrajaya itu. UMNO dan parti-parti dalam BN khususnya dari Sabah dan Sarawak misalnya, wajar bersama-sama melakukan ‘rebranding’ terhadap imej BN dan UMNO yang sudah reput hingga ke usus ini dengan ‘packaging’ politik yang baru.

Kita bukan tidak mahu UMNO dan pimpinan sekarang tanpa bersebab atau semata-mata untuk membenci, tetapi kita lebih terdesak untuk keselamatan politik dan siasah negara ini. Blog ini sekali lagi mengulangi, ‘let’s start a new nation’.

(bersambung)

9 comments:

bidin, besut said...


Saya faham AA. Tr tidak desperate menjadi PM. bagi saya TR adalah orang yang secara automatik menjadi pilihan. Kita tidak boleh memilih orang yang merampas kuasa kerana kumpulan yang dirampas akan bertindak.

Bagi saya meminta TR untuk menyatukan yang bergaduh merupakan tindakan yang amat baik. Kita tidak hendak berpuak lagi.

Biasanya mereka yang bergerak untuk merampas kuasa pimpinannya juga tidak akan setabil.

Jika berjaya merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim baru-baru ini kumpulan yang kalah akan bertindak balas dan mereka akan mengambil alih peranan Anwar sekarang, berarak ke utara dan selatan, dari timur ke barat. Tak selesai juga kerana gerakan mereka bukan di isi dengan perjuangan, semata-mata untuk mendapat kuasa sahaja.

Maaf..

Anonymous said...


Saya setuju dengan bidin, besut. Kita bukan nak cari pemimpin yang bermain politik dengan berbagai seni untuk mendapatkan kuasa itu.

Kita mahukan pemimpin yang tidak bermain politik secara berkeras. Kita mahukan seseorng untuk mrenyusun semula politk dan negara kita.

Orangnya tentulah bukan yang bermain politik, berucap di sana sini dan berdemonstrasi di sana sini. Kita mahukan orang yang tidak terlibat dengan pergaduhan.

Kita hendak betulkan negara. Kita sudah jemu dengan pemimpin yang menang berperang sahaja tapi tidak ada rekod cemerlang untuk membina bangsanya seperti yang di sarankan oleh tuan AA.

hasmuni

rubin said...


AA,

Your prayer is also my prayer.

Thanks

anti gaduh said...


Sekarang ni pak AA, parti pembangkang berkeras nak ambik putra jaya. BN pulak sibuk mempertahankan putra jaya.

Maka bergaduh tak henti henti. Kedua dua belah pihak tarik menarik tali.

Jadi eloklah bagi pada orang yg tak bergaduh dengan sesiapa.

Saya doakan TR akan dipilih untuk mententeramkan negara sambil menggunakan kepakarannya seperti dahulu kala.

Anonymous said...


In the end a person with substance will be sought after. We don't need aggressive political leader.

AA, you have said it....we need a planner not a rebel. We don't need pure politician, but we need experienced technocrat.

We need a leader with high moral. That's it.

Unknown said...

Hah...ingat geng MADEY akan dok diam terima gitu sahaja terhadap ..Tengku Razaliegh..hiv madey merebak dalam jawatan awam peringkat tinggi..

Anonymous said...

Para pemimpin yang berkuasa pada hari ini terkongkong dalam kepompong kepartian sempit.Era kerosakan bermula selepas Tun Hussein Onn dan tahap semakin parah dan semakin tidak bertamaddun contohnya pencabulan perjanjian,gagal tadbir urus secara berkesan dan para pemimpin pada hari ini membawa serta memindah liabiliti mereka pada rakyat

Anonymous said...

Negara masih menunggu pemimpin berjiwa besar itu muncul samaada dari BN atau pembangkang.

wah said...


I agree to some view that Umno and BN has only one way to solve its problem, ie massive change in leadership lineup.

OR else BN and Umno will be history.

AA, I really appreciate your clarity of thoughts, no pretentious opinion.