07 June 2014

Malay first Malaysian second vs Chinese first the rest second

Setiap hari kita mendengar isu dan kenyataan perkauman didada akhbar samada diakhbar arus perdana atau alternatif. Tuduh menuduh diantara pihak yang sedang ‘berperang’ politik semakin rancak dan sudah menjadi topik harian yang tidak akan berhenti. Najib telah cuba untuk memperagakan yang beliau seorang pemimpin yang tidak rasis dengan memperjuangkan slogan 1Malaysia.

DAP melaungkan slogan Malaysian Malaysia nya sejak ia ditubuhkan sejak hampir 50 tahun dahulu tetapi masih terbelit dengan imej parti chauvinis Cina nya. Parti ini tidak henti-henti membidas NGO-NGO yang mereka anggap sebagai rasis seperti Perkasa dan Isma.

Pemimpin UMNO dianggapnya memperjuangkan ‘Malay first and Malaysian second’ oleh DAP dan MCA. Mereka memperjuangkan 'Malaysian first and Chinese second’ dan menggunakan isu keperbilangan kaum sejak ia mula ditubuhkan. Kita memahami kenapa MCA itu hanya memperjuangkan untuk kaum Cina. Parti itu sememangnya ditubuhkan untuk memperjuangkan untuk kaumnya sejak ia ditubuhkan untuk bersama-sama berusaha untuk mendapat kemerdekaan negara dahulu.

Bagi saya persamaan diantara dua pihak yang berpolimik ini, dan persamaannya nyata. Hanya yang membezakannya satu pihak bercakap dan berucap begitu tebal elemen perkaumannya. Di satu pihak yang lain mereka tidak bercakap tentang kaumnya, tetapi dalam praktiknya tindakan mereka sangat chauvinis dan tebal perkaumannya. Mereka hanya mahu berbincang sesama bangsanya sendiri sahaja dan orang Melayu hanya terima sahaja keputusan yang mereka buat tanpa menyoal apa-apa.

Oleh itu persoalannya bagaimana hendak menjayakan keperbilangan kaum dalam perjuangannya sedangkan mereka membuat keputusan hanya sesama mereka sahaja. Malahan ada orang melayu yang di pandang oleh semua pihak sebagai ahli parti itu, tetapi sampai kehari ini orang Melayu yang memohon atas desakan mereka yang bertubi-tubi tetapi tidak ada namanya tersenarai dalam mana-mana cawangan parti itu sampai kehari ini.

Perkara ini secara beransur-ansur mula difahami oleh sebahagian orang Melayu dan akhirnya nanti akan diketahui umum yang parti itu tidak memperjuangkan kepelbagaian kaum dengan serius, hanya setakat untuk pamiran bagi mengelirukan orang ramai semata-mata.

Tetapi oleh kerana kelemahan dan kebobrokan pimpinan BN khususnya UMNO maka tumpuan rakyat ialah untuk membinasakan UMNO itu dan melupakan untuk memberikan fokus untuk menilai samada parti yang mereka gunakan untuk membinasakan UMNO itu betul-betul dalam keadaan bersedia untuk menjadi parti berbilang kaum.

Dalam perbincangan sesama kami dibawah ini saya ditanya dengan persoalan ini dan saya tidak mahu berbohong untuk mempertahankan retorik reput tentang isu keperbilangan kaum ini. Dalam hati saya bertanya, sampai bila keadaan ini dapat ditutupi dan dilindungi dari pengetahuan umum yang sebenarnya parti ini bukanlah parti yang berbilang kaum ‘attribute’ nya. Maka jika DAP menuduh Muhyidin sebagai pemimpin yang memperjuangkan ‘Malay first, Malaysian second’ parti ini pula memperjuangkan ‘Chinese first, the rest second, third and fourth’.

Cukup setakat ini, kerana jika hendak disambung ia memerlukan artikel yang panjang. Ramai yang tidak begitu seronok membaca artikel yang panjang.

Dalam posting yang akan datang saya ingin hendak menyentuh tentang apa yang di sebut oleh YB Khairy Jamaludin, berhubung dengan isu usaha bukan Melayu untuk menyekat kemasukan kakitangan dan pekerja Bumiputra dalam syarikat-syarikat besar negara.

Itu isu yang betul dan tepat. Ini salah satu bukti yang perjuangan setengah pihak, 'Chinese first, Bumiputra second'

13 comments:

Sharifah Rashidah bt. Syed Ahmad said...

Pak Aspan, saya susah hati tentang masalah masa depan anak cucu saya kerana nampaknya melayu tidak ada pembelaan apabila glcs pun bangsa lain kuasai...jika glcs sekat peluang melayu, mana lagi melayu nak pegi....gambaran org melayu terpaksa melutut kepada org cina amat menakutkan saya.. saya tak faham nama pemimpin UMNO msh tak sedar perkara ini...

maae said...

Bila kita guna 'the sixth sense' kita akan nampak lembaga-lembaga hitam, besar, lekeh, botak dan yang juga rambut panjang berjuntai-juntai, mata merah bertaring tajam dengan air liur kotor berlendiran turun. Lembaga- lembaga hodoh ini memang busuk bau nya !

Bayangan lembaga ini cara nyata seperti saudara AA terangkan dalam artikel. Sungguh hina dan tiada maruah lagi rakyat Malaysia terutama yang monopolistik !

(Dalam posting yang akan datang saya ingin hendak menyentuh tentang apa yang di sebut oleh YB Khairy Jamaludin, berhubung dengan isu usaha bukan Melayu untuk menyekat kemasukan kakitangan dan pekerja Bumiputra dalam syarikat-syarikat besar negara.

Itu isu yang betul dan tepat. Ini salah satu bukti yang perjuangan setengah pihak, 'Chinese first, Bumiputra second' )

Keratan artikel di atas yang perlu di dedahkan sepatut. Berita menarik peringatan kita. Saya tunggu...

mansor said...

setelah 50 th merdeka kita sepatutnya tidak lagi mempuntyai kecenderongan perkauman yang Sewajarnya Melayu perlu diutamakan setelah ratusan tahun terjajah oleh British dan terpinggir sedang masyarakat Cina dan India dilindungi oleh British. setelah merdeka melayu sepatutnya mempunyai ruangan untuk bercambah , namun kebodohan pimpinan Melayu yang diterajui oleh UMNO membantut peluang itu. Ini kerana pimpinan UMNO yang bermentaliti rendah dan tidak patriotik. Akhirnya polarisasi kaum adalah suatu yang kelihatan sukar dielakkan. PRk Telok intan mendedahkan lagi betapa Cina tidak mungkin menyokong Melayu. Saya percaya Melayu tiada pilihan melainkan kembali kepada politik yang mengutamakan bangsanya pula bagi mengekang kemaraan kaum Cina dan India.Perkauman harus diajar dengan perkauman.

Anonymous said...

DAP NI PARTI CHINA CHAUVINISTIK.
DIA SERING TUDUH ORANG RACIST, PENIPU, DAN RASUAH.......SBB NAK TUTUP PERBUATAN SENDIRI.
DAP LAH PALING PALING RACIS.
DAP JUGA HALAU MELAYU MASUK HUTAN......
AKU MASIH INGAT.
AKU DI KL PADA 13 MAY 1969.

Pak Janggutf

Anonymous said...

Jawapannya melayu perlu bersatu atas nama agama dan bangsa..atas parti apa pun kita..agama dan bangsa mesti diutamakan..lupakan kepentingan diri..bersatu memperjuangkan bangsa..hati akan tenang dunia dan akhirat

Anonymous said...

Salam Aspan;

Dah lama saya tak bagi komen kat blog Aspan sebab kekangan masa dan juga mungkin tulisan Aspan tak menarik minat saya. Kali ni Aspan menulis tentang wajah sebenar DAP,lain macam pulak bunyinya. Seingat saya tak sampai tiga tahun yang lalu Aspan jugalah mengajak orang-orang Melayu meninggalkan UMNO, parti yang dicop rasis dan mengajak orang Melayu masuk DAP.

Macam-macam dalil yang diberi tapi saya percaya ramai orang Melayu tak berminat. Aspan dan Sang Mongkol diberi title 'The Towering Malays' oleh DAP ketika itu kerana sanggup melawan arus dan masuk DAP.Besar betul gelaran tu, mungkin tak tertanggung bebanannya.

Kalau saya atau Tunku Aziz masuk DAP saya rasa orang ramai tak akan berasa peliknya. Tapi orang yang berjiwa politik seperti Aspan , yang tahu sepak terajang dan kuntau politik, saya rasa perlu berhati hati memilih wadah politiknya.

Orang politik mana yang tak kenal DAP, parti yang pekat cauvinis Cinanya walaupun dasar mereka dikatakan sosialis dan hak samarata untuk semua orang tak kira bangsa dan agama.Itu cakap sebelum mereka berkuasa, tapi bila dah berkuasa lain pulak ceritanya.

Kalau tak percaya lihat di Singapura. Untuk mendapat undi LKY sanggup memakai songkok, berbaju melayu selekah seperti rakyat biasa keturunan Melayu. Tapi bila Singapura berpisah secara baik dari Malaysia, perkara pertama ynag dilakukan oleh LKY adalah melantik sorang penasihat tentera berbangsa Yahudi kerana takut negara tersebut diserang Malaysia. Kemudian membuat polisi untuk menyukarkan kehidupan orang Melayu seperti meritokrasi dan polisi 'Stop At Two',orang Melayu tak dibenarkan memegang jawatan ditempat yang dikatakan sensitif. kampung kampung Melayu dimusnahkan dan orang Melayu dipindahkan ke flat dan dipastikan juga agar orang Melayu tak boleh jadi majoriti di mana-mana kawasan undi.

Mana perginya dasar sosialis mereka bila orang miskin(orang Melayu) tidak dibantu tapi orang kaya dan juga berpelajaran(orang Cina) dibantu dengan memberi insentif untuk meningkat produktiviti mereka. Aspan googlelah eksperimen "Singapore Eugenics" dan kajilah betapa tidak adilnya polisi sedemikian.

Saya hanyalah insan biasa yang sayang dengan nasib bangsa saya. Kalau tanah air ni bukan lagi milik kita, kemana pulak cucu cicit kita nak tinggal.Sekarang ni orang Melayu punya kuasa politik, kuasa pentadbiran dan juga kuasa tentera tapi kuasa ekonomi dan juga kuasa aset hartanah bukan lagi milik kita.Kalau kita hilang kuasa politik, kita mungkin hilang segala-galanya.

Tak mungkin terjadi? Perlu saya ingatkan pada tahun 1957, penduduk Malaya dihuni majoritinya nya bukan Melayu tapi sebab kebijaksanaan TAR, dibawanya Sabah dan Sarawak untuk mengimbangi orang Cina dan apabila Singapura ditendang keluar dari Malaysia, status quo pemerintahan orang Melayu masih kekal sehingga kini.

Tak apalah kalau saya dihentam oleh peminat-peminat Aspan kerana saya pun dah lali dengan cacian yang diberi asalkan niat saya memberi kesedaran pada orang Melayu selagi saya masih hidup.

Teringat saya kata kata atuk saya;Awasilah orang Cina kerana atuk saya telah melalui zaman sukar dibawah pemerintahan Bintang 3 pada tahun 1945 dulu.Di tahun 1969, baru menang kerusi sedikit dah berani menghalau orang Melayu masuk kampung. Cukup-cukuplah tu.

Batu Ronson

Anonymous said...

Tuan AA,
Masih hendak dipercaya lagikah fitnah bawaan UMNO itu? Mereka cukup mahir membuat fitnah supaya rakyat sukar bersatu dan ini terbukti jelas.
Ini kisah benar tentang di sebuah negeri dalam persekutuan ini, ada cukong cina (MCA) yang sanggup mengahwinkan adik perempuannya dengan satu exco negeri itu (UMNO) yang menguasai perihal tanah. Akibatnya, permohonan si abang ipar untuk mendapatkan beberapa lot tanah amat mudah diluluskan. Kemudian dijajalah bahawa orang cina DAP tidak mengenang budi, maklumlah semuanya masyuk! Satu mainan politik jijik. Sudah barang tentu cina MCA yg menguasai pelbagai bidang perniagaan kerana akrabnya hubungan politik dengan UMNO, kenapa DAP yang hendak dikambinghitamkan? Dari PM dan hampir semua negeri ditadbir urus oleh UMNO/BN, bagaimana pula DAP yang mendapat faedahnya? Sudah tentulah MCA yang mendapat laba, tolong fikir dengan mendalam sebelum mempercayai dakwaan mana-mana pemimpin UMNO.

Anonymous said...

kata2 saudara aspan memang betul. dalam keluarga saya, kami semua merupakan penyokong kuat umno pada asalnya. namun, apabila dinilai semula umno gagal untuk mempertahankan orang melayu. atau dalam kata lain umno enggan memperjuangkan nasib melayu sebenarnya. yang dikejar oleh pemimpin umno hanyalah kuasa dan wang. sehingga kemakmuran yang sepatutnya dinikmati oleh orang melayu pun sanggup dirampasnya dan diberi kepada bangsa lain demi mendapat sedikit habuan.hasilnya habis tanah2 yg dulunya diduduki oleh orang melayu sama ada yg bertuan ataupun tidak dibangunkan sebagai kawasan perumahan mewah.itu belum lagi berbicara soal ketelusan, kecekapan mengurus tadbir dan sebagainya.

bersabit dari kejahatan pemimpin umno tersebut, maka kami semua beralih menyokong parti2 pembangkang. namun, apabila diteliti, dap tetap menjadi parti yg anti melayu sebenarnya. dan majoriti orang cina menganggap dap sebagai wadah mereka untuk merampas tanah melayu ini dari tangan orang melayu. itu yg merisaukan kami.

berkenaan peminggiran orang melayu dalam syarikat2 besar sebenarnya telah lama berlaku. malahan secara tidak boleh diterima akal. pengalaman saya bekerja sebagai pengawal keselamatan menyaksikan bahawa jawatan yang sepatutnya diisi oleh calon yg berkelulusan diploma atau ijazah telah diberikan kepada orang cina walaupun mereka hanya memiliki sijil spm malahan tidak menguasai bahasa inggeris dgn baik. sebaliknya ramai calon melayu yg memiliki kelulusan yg setaraf dinafikan ke jawatan itu. yg lebih menyakitkan hati syarikat2 tersebut merupakan milik mnc seperti DELL, motorola, AMD dan sbg nya.

kita patut bersuara dan lakukan sesuatu tentang hal ini dan kalau dibiarkan melarat maka keadaan yg lebih parah bakal berlaku.atau mungkin keadaan ini yg diinginkan oleh pemimpin umno

Naib Nabi said...

Hi Melayu semua,

Jgn takut pd apa2 pun. Takut hanya pd ALLAH. Kalau hanya ketakutan ALLAH betul2 dlm hati org2 Melayu walaupun kita sikit, lemah ekonomi nya, seolah2 nampak seperti rumput di mata org lain. Yakin lah, tiada siapa pun boleh apa2 kan kita kerana ALLAH bersama saya. Tengok lah tauladan dlm peperangan Badar, kisah Nabi Nuh & byk lagi yg di sebut dlm Quran. Org Melayu ramai boleh ambil tauladan Quran sbb Org Melayu x belajar Iman tapi terus belajar Quran. Sahabat Nabi saw beritahu "Kami belajar Iman dahulu, kemudian baru belajar Quran"

Unknown said...

DAP MCA dan lain2 cauvinis...tak heran..pasal mereka tiada agama ISLAM sebagai panduan...kita parti UMNO..lebih cauvinis terhadap Melayu PAS..UMNO semakin dapat kuasa MUTLAK majoriti lebih 2/3..hanya kayakan puak atasan UMNO..Melayu lain hanya berguna masa nak pilihanraya dgn projek gula-gula..projek jangka panjang untuk SEMUA Melayu dibuat sambil lewa oleh KRONI..biasanya TERBENGKALAI...sekarang kita berada semula suasana Melayu..macam sebelum 1969..salah British atau UMNO???

Anonymous said...

Dr Shukri Abdullah
4hb Jun
Melayu Mundur Kerana Melayu !

Memang mudah tuding jari kepada DAP
Memang senang tuduh MCA atau MIC
Betul ke Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur ?
Melayu alpa.
Melayu merempit.
Melayu ambil dadah.
Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.
Di dewan - konsert, di padang - konsert,
Di staudium - konset, di TV - konsert.
Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua !
Angkara Cina dan India kah semua tu ?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.
Dalam sektor swasta mereka kuasai.
Sukar anak Melayu nak naik pangkat.
Dunia perniagaan mereka control.
Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.
Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.
Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India !!

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.
Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.
Hingga kini bukan saja remaja Melayu
Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan
Barangkali tok dan tok wan Melayu juga !
Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.
Pun bergencok. Pun berlenggang. Pun lupa diri.
Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.
Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.
Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,
Salah Cina dan India lagi ????

Siapa perintah negara setakat ini .... Cina dan India ?
Siapa kesemua PM setakat ini .... Cina dan India ?
Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini ... Cina dan India ?
Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini ... Cina dan India ?
Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini ... Cina dan India ?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita.
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita.
Perbaiki pelajar kita

Dengan menoleh ke dalam diri kita
Dengan muhasabah kesilapan kita
Dengan ikhlas dengan kekurangan kita
Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.

Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.
Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !
Lihat dalam Islam ...
Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.
Kan berkemundang "Haiyya Alal Falah"
Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.
Mari berjaya. Come to success.
Tetapi "Haiyya Alal Falah" didahului dengan "Hayya Alal Solah"
Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.
Mari bersolat, mari berjaya.
Come to solat, come to success.

Rumusan:
Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri.
Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh CIna dan India.
KIta tambah dengan Kadazan dan Iban
KIta Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.
Itu salah kita selama ini.
Usah beralasan lagi.
Mari kita sama-sama cari jalan keluar.
Ayuh Melayu ... sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana.
Bukan emosi tak tentu hala !

Anonymous said...

hok ni saya setuju dgn batu ronson

Anonymous said...

Betul tu, saya pun anti umno tp tidak juga sokong pr dsbbkan dap yg ada dlm pr agak boleh merisikokan. Skrg saya dh jd tak tahu nk sokong mana2 parti