(sambungan dari posting semalam)
Presiden Borneo Heritage Foundation,
Jeffery Kitingan telah mencadangkan supaya perlantikan Perdana Menteri
dilakukan oleh Ahli Legislatif yang di pilih di Dewan Parlimen dan bukannya
oleh UMNO. Selama ini perlantikan Perdana Menteri dilakukan secara convention
yang telah sama-sama dipersetujui yang Presiden UMNO itu secara automatik
menjadi Perdana Menteri, dan ia bukannya perlantikan seperti yang diperuntukan
oleh Perlembagaan Persekutuan.
Lain-lain perkataan seorang
Perdana Menteri itu hanya ditentukan oleh perwakilan-perwakilan UMNO sahaja dan
bukannya oleh rakyat keseluruhannya. Kalau sebelum ini hanya lebih kurang empat
ribu orang ahli UMNO sahaja yang menentukan siapa Perdana Menteri, kini jumlah
ahli UMNO yang menentukan siapa Perdana Menteri itu hanyalah seramai empat
puluh lima ribu orang sahaja dari jumlah hampir tiga puluh juta rakyat negara.
Apa yang disebutkan oleh Jeffery
itu ialah kita melantik Perdana Menteri itu mengikut Perlembagaan Negara yang
menyebut sesiapa yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Parlimen itulah
yang selayaknya menjadi Perdana Menteri. Sesungguhnya perlantikan secara ini
adalah pemilihan yang dilakukan oleh seluruh rakyat melalui wakil-wakil mereka
di Dewan Legislatif Persekutuan itu.
Itu sebabnya jawatan Presiden
UMNO itu adalah jawatan yang paling yang sangat disayangi oleh seorang
penyandangnya sehinggakan sanggup membunuh karier sesiapa yang dianggapnya
menjadi saingan kepadanya. Malahan dalam rekod sejarah negara, ada penyandang
jawatan itu sanggup membunuh pendaftaran parti itu semata-mata untuk
mengekalkan jawatan itu ditangannya.
Tetapi sekali ombak memukul
sekali pasir berubah. Masa sudah berubah dan begitu jugalah nilai dan sikap
kepimpinan negara kita. Sekarang kita perlu menerima hakikat yang pemilihan
seorang Perdana Menteri itu wajar dilakukan di Parlimen, kerana itu pun
peruntukan yang diberikan oleh Perlembagaan Negara.
Memilih secara convention,
seorang Perdana Menteri itu secara automatik adalah untuk Presiden UMNO itu
sudah tidak relevan lagi. Ianya hanya relevan berterusan jika UMNO itu
mempunyai nilai dan budaya yang dahulu, dalam mana ia dihormati kerana nilai
dan keperibadian parti itu yang sangat telus dan layak diyakini. Menharapkan
kepada Melayu UMNO menentukan siapa Perdana Menteri amat memberi tekanan
terhadap rakyat yang ramai.
UMNO diperingkat kepimpinan parti
itu tidak mempunyai pemimpin yang berkepimpinan, kerana sudah menjadi budaya
jika seseorang pemimpin yang berkalibar wujud dalam parti itu secara natural, UMNO akan mengenepikan mereka ini. Pendeknya UMNO itu merupakan parti yang
sentiasa menyingkirkan dan mengenepikan sesiapa yang berkepimpinan. Akhirnya
UMNO itu sarat dengan mereka yang ramai menjadi ketua-ketua tetapi tidak
mempunyai kepimpinan.
Saranan yang disuarakan oleh
Borneo Heritage Foundation itu tentunya mewakili perasaan rakyat di Sabah dan Sarawak . Sebagai ‘equal partners’ kepada keseluruhan
Persekutuan Tanah Melayu tentulah tidak boleh disalahkan kenapa mereka meminta
pemilihan seorang Perdana Menteri itu dilakukan oleh Parlimen. Mandat untuk
memegang jawatan PM itu akan diberikan kepada sesiapa yang mendapat kepercayaan
Dewan Parlimen walaupun dengan ‘simple majority’.
Pemilihan cara ini akan menghasilkan mereka
yang benar-benar berkepimpinan sahaja yang memegang jawatan yang penting itu
kerana yang memegang jawatan ini terpaksa menunjukan kejujuran dan kemampuan
secara jelas. Jika pemilihan ini dibuat dengan cara yang lazim dilakukan maka
mereka yang memimpin UMNO sahaja yang akan memilih dan kita tahu kebanyakan
pimpinan UMNO dan ahli serta perwakilan yang memilih itu tidak mewakili
kehendak rakyat yang bukan ahli kepada parti tersebut.
Jika kita teliti apa yang kita
dengar berlaku di Malaysia Timur sekarang ini memberikan kita fahaman yang
isunya bukan sahaja masalah-masalah politik di Semenanjung tetapi masalah yang
lagi besar di Sabah dan Sarawak sana .
Politik diantara parti di
Semenanjung tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa serta isu-isu yang
berkaitan dengan kehidupan manusia, tetapi bagi rakyat di Sabah dan Sarawak politik tertumpu kepada isu kenegaraan yang labih
besar. Mereka mempersoalkan kedudukan mereka berhubung dengan interpretasi dalam
perjanjian Malaysia diantara
mereka dengan Semenajung Malaysia .
Mereka mempersoalkan pimpinan Persekutuan meletakkan mereka setaraf dengan negeri Perlis atau Melaka misalnya.
Mereka berkata yang Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 dahulu adalah diantara
empat buah negara, bukannya 13 buah negeri-negeri yang berada dalam Persekutuan
Tanah Melayu itu.
Itu sebabnya dalam forum anjuran
Borneo Heritage Foundation dua hari yang lepas, telah meminta dilantik tiga
Timbalan Perdana Menteri mewakili Semenanjung, Sabah dan Sarawak .
Mereka beranggapan ini adalah penting kerana Sabah dan Sarawak
adalah negara yang bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
yang di dalamnya ada sebelas buah negeri yang kecil-kecil yang telah
menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948 dahulu.
Di dalam Persekutuan Tanah Melayu
itu sendiri ada sebuah negeri yang telah lama sebelumnya mewujudkan sebuah
kerajaan persekutuan, iaitu Negeri Sembilan. Dalam Negeri Sembilan konsep
persekutuannya dianggotai oleh empat luak dan satu tanah mengandung yang
merupakan jajahan takluk Raja dari Seri Menanti. Empat luak ini bersama dengan
tanah mengandung itu menubuhkan kerajaan persekutuan Negeri Sembilan dan semua kawasan ini mempunyai
seorang Raja yang digelar sebagai Yang di Pertuan Besar.
Justeru dengan apa yang sedang
berlaku di Sabah dan Sarawak itu dan juga apa
yang berlaku dalam politik di Semenanjung kini, ia merupakan manifestasi
sebenar yang menyeluruh bagi negara kita dan kesemua isu ini bukannya isu-isu
yang kecil. Isu-isu yang berbangkit ini merupakan isu lama yang tidak pernah
terlerai kerana kita merasakan kita sekarang tidak mempunyai pimpinan yang
‘magnanimous’ yang secukupnya untuk mendapatkan penyelesaiannya.
Itulah sebabnya saya selalu
menyarankan supaya pimpinan Persekutuan itu diketuai oleh seorang yang
dihormati dan berpengalaman untuk meninjau dan memahami situasinya dan
seterusnya melakukan pembinaan semua negara ini dalam politik dan siasahnya.
Lebih dari itu biarlah ianya
diurus oleh seorang yang lebih tinggi nilai keperibadian dan moralnya supaya
pemimpin yang akan membawa perubahan dan penyelesian itu tidak perlu lagi
‘defensive’ terhadap isu peribadi dan moralnya. Bukannya tidak ada orang yang
mampu melakukan pembaharuan ini.
(bersambung)
1 comment:
The President of WB/ADB/IDB is also the Chairman of the Board. The tradition of these MDBs - during the annual meeting, the host country Governor (typically the Minister of Finance/Economy) chairs the session. So TR is just chairing a 'meeting', but not Chairman of WB,ADB, IDB as claimed in Wiki
Post a Comment