Semalam telah di umumkan oleh PM
Najib penambahan ahli kabinet negara dan saya sudah ‘lost count’ terhadap
jumlah Menteri Kabinet kita. Rupa-rupanya ia bukan satu ‘reshuffle’ terhadap
kabinet negara, tetapi hanya pengumuman penambahan jumlah ahli kepada Jemaah
Kabinet negara itu.
Pada awalnya kita diberitahu yang
PM Najib akan membuat rombakan kabinet dan ramai telah membuat andaian siapa
yang akan memasuki kabinet itu dan siapa yang akan digugurkan. Kita memahami
yang jika rombakan kabinet dilakukan ia tentulah ada yang keluar dan ada yang
masuk. Kita menjangkakan yang akan masuk ialah ahli legislatif dari MCA serta
dari Gerakan yang baru memenangi pilihanraya Teluk Intan dan beberapa yang lain
keluar dari UMNO dan parti-parti lain yang bersama dalam BN itu.
Diantara yang dispekulasikan oleh
ramai yang diantara yang akan dikeluarkan dari barisan kabinet itu ialah Hasan
Malek kerana pandangan ramai beliau ini sememangnya tidak berfungsi sebagai
Menteri yang efektif untuk kabinet negara. Ada yang membuat spekulasi yang Nazri Aziz
sepatutnya akan dikeluarkan kerana sebab-sebab untuk menambah integriti kabinet
negara itu.
Tetapi yang jelasnya apa yang telah
diumumkan itu ialah untuk memberikan hadiah ‘token’ kepada setengah orang dan
bukannya untuk menambah baik nilai kabinet negara itu. Maka ia bukanlah
rombakan kabinet untuk menjadikan kabinet itu lebih ‘functional’ tetapi
semata-mata untuk memuaskan hati individu yang menjadi penyokong kuat kepada
pimpinan Najib dan bukannya untuk menyusun kabinet yang lebih berwibawa.
Jika hanya menambah bilang ahli
kepada Jemaah Kabinet itu ia bermakna ia memberikan beban kepada pimpinannya
yang sudah sedia menjadi rungutan rakyat yang ramai. Pengumuman itu merupakan
‘anti-climax’ bagi orang ramai yang sentiasa ternanti-nanti perubahan yang
dijanjikan oleh Najib iaitu pembaharuan yang ‘progressive’ dan ‘functional’
untuk negara.
Pengekalan ahli kabinet yang
tidak semenggah itu pastinya akan membebankan Najib dengan lebih berat lagi.
Satu lagi yang menjadi persoalan rakyat ialah berapakah kos untuk menyelenggara
jumlah kabinet yang terlalu besar ini. Bagi saya yang penting bagi satu-satu
barisan kabinet itu ialah kualiti pemikiran dan pelaksana terhadap dasar kerajaan
yang sudah cantik dan boleh digubal itu. Tetapi jika inilah barisan yang
dipanggil sebagai ahli-ahli kepada Jemaah Kabinet negara ini, ia bukanlah
Jemaah Kabinet namanya tetapi sebaliknya adalah jemaah yang memberi beban
kepada negara.
Selalunya jika berlaku rombakan
kepada kabinet ia akan membawa ‘ambience’ yang baru kepada negara yang boleh
diterima sebagai usaha membaik pulih situasi politik dan tahap keyakinan rakyat
kepada pimpinan seseorang Perdana Menteri itu. Tetapi rombakan ini masih
meletakkan tahap keyakinan rakyat terhadap pimpinan Najib ditahap yang lama,
malahan ia membuktikan yang Najib, samada beliau tidak tahu untuk melaksanakan
tanggungjawabnya atau beliau sememangnya tidak mengambil tahu bagaimana rakyat
memandang kewibawaan beliau sebagai Perdana Menteri yang berwibawa dan ‘progressive’.
Kabinet Najib merupakan satu
kabinet yang ‘dysfunctional’ dan kita tidak boleh mengharapkan apa-apa
pembaharuan terhadap kepimpinan beliau. Kita tidak dapat menerima kenapa kita
perlu mempunyai 10 orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. Ini merupakan
rekod dalam sejarah negara yang jumlah Menteri di JPM merupakan satu pertiga
dari jumlah Menteri yang diberikan tanggungjawab dengan kementerian-kementerian
masing-masing.
Saya berharap Najib dan
pimpinannya perlu berundur kerana lagi lama beliau berada diatas sana , lagi besar beban
yang akan ditanggung rakyat selepas ini. Beliau mentadbir negara seolah-olah
beliau mentadbir persatuan bola sepak bandar Pekan sahaja. Siapa yang menunjukkan
muka untuk meminta jawatan, beliau akan beri sahaja apa-apa jawatan asalkan
berjawatan. Berfungsi atau sebaliknya tidak menjadi perhatian beliau.
Tetapi sekarang kita rakyat
7 comments:
Apa yg nak dikata terima ajelah nilah akibat org islam tinggal kerja sbg org islam
orang umno mana kisah itu semua. otak mereka gagal berfungsi
Sejak bila Najib yang dilahirkan dengan sudu emas berpura2 dan bongkak ini menghiraukan Rakyat? Dia ini sudah hilang bolanya di Brazil dan cukup takut dengan Rosmah.Tetapi nampaknya Mahathir yang gila2 menghentam dan menghalau Abdullah Badawi yang nyata lebeh berhemah dari Najib pun kecut dan takutkan Rosmah. Hanya Negara sapeti Pakistan, Somali, Libya, Tunisia, Indonesia,Thailand sahaja yang boleh "menegur" pemimpin saperti ini
Anon 14:38,
Orang Melayu diluar UMNO sangat bijak macam saudara dan otaknya masih berfungsi.
Alhamdullilah.
Saudara Aspan,
Aden nak pegi kiro beropo kobou Den sekarang ,banyak yang bunting .
Kalau tambah Den jual.
Failed leader!!! Tepat sekali. Undecisive dalam semua hal. Takut hilang popularitii. Bila kena gertak , telor kecut. Hightime di terajang keluar.
Org cina gelak...ha..ha..ha... politik terdesak Najib.
Anak Merdeka.
Yg Berbahgia Tuan Aspan,
Tuan tidak sepatutnnya melabelkan PM Najib sebagai 'a failed leader' kerana saiz kabinet terkini 35 menteri. Tuan & rakyat seluruhnya sepatutnya tidak menjadi risau gundah gulana kerana besarnyanya jumlah menteri yg dilantik dgn mengambil kira kepentingan unity parti komponen BN. Apa salahnya kita punya menteri yg ramai - semacam petanda bahwa negara kita punya 'team/jamaah' eksekutif yg luar biasa hebat untuk mengurus negara yg rakyatnya mempunyai pelbagai masalah yg selalu menerpa & banyak yg tk dapat diselesaikan oleh pemerintah. Apa salahnya 35 orang menteri terkini, ditambah lagi jumlahnnya hingga 40 MENTERI yang menyamai 40 orang PENYAMUN seperti dalam mitos ALI BABA & 40 ORANG PENYAMUN. Oh Malaysia tanah airku yang tercinta.
Post a Comment