01 December 2006

5. Introspeksi UMNO

Saya ingin membawa kembali ahli-ahli UMNO berfikir serta bertanya sejauh manakah parti kita boleh bertahan untuk menghadapi cabaran zaman moden yang serba terbuka dan pantas ini. Pemimpin- pemimpin kita masih lagi menggunakan isu- isu projek dan kontrak kerajaan untuk mendapatkan dukungan serta sokongan rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Parti kita masih bercakap yang UMNO adalah parti terbesar yang sudah mempunyai ahli melebihi 3 juta orang. Malahan MAJLIS TERTINGGI telah menubuhkan satu biro khas untuk menambah ahli yang diketuai oleh salah saorang Naib Presidennya. Persoalannya adakah keahlian yang besar boleh menjamin kekuatan parti dan tetap akan memerintah negara sampai bila-bila?
UMNO sekarang ibarat badan besar yang gemuk yang menghadapi pelbagai jenis penyakit yang serius.

Kalaulah projek dan kontrak kerajaan serta ahli yang besar menjadi kubu untuk mempertahankan sokongan rakyat, maka ini adalah satu kesilapan yang sangat besar malahan keahlian besar lebih membawa masalah daripada membantu menambah kekuatan kita. Lebih besar jumlah keahlian lebih besar masalah yang akan timbul di peringkat cawangan serta bahagian. Apabila ahli bertambah, cawangan pun akan bertambah. Maka perebutan jawatan di peringkat cawangan akan membawa masalah apabila pilihanraya tiba. Kumpulan yang kalah akan cenderung untuk mengundi parti lain jika perbalahan itu terlalu besar. Bagi mereka memegang jawatan di peringkat cawangan itu penting kerana projek projek kecil selalunya diberikan kapada ahli-ahli jawatankuasa cawangan. Maka menjadikan kontrak kerajaan dan keahlian yang besar adalah merbahaya bagi parti dalam jangka masa panjang.

Apa sebenarnya strategi yang baik untuk mengekalkan kekuatan dan terus diyakini rakyat? Kalau pun ada cadangan- cadangan yang baik mampukah pemimpin kita untuk melaksanakannya?

Inilah persoalan yang besar yang menjadi perbualan pokok dibawah kerana imej pemimpin pada hari ini tidak sampai ketahap yang boleh diyakini lagi. Pemimpin- pemimpin hari ini tidak ada ‘Magnanimity’ langsung kecuali seorang dua yang masih ada. Yang seorang dua ini pun dipinggirkan kerana takutkan bayang bayang sendiri. Akhirnya pemimpin- pemimpin yang berkelayakan tidak diberikan peluang untuk membetulkan keadaan. Yang duduk di dalam jemaah yang penting hanyalah pemimpin yang ‘artificial’ yang tidak tahu apa- apa selain dari mengumpul kekayaan peribadi dan kroni- kroni mereka. Mereka ini jugalah yang menggunakan semangat kebangsaan dan bertopengkan agama untuk menutup kecacatan pada kepimpinan mereka.

Rakyat sudah jemu dengan pengumuman bermacam dasar yang kononnya untuk kepentingan rakyat. Tetapi perlaksanaannya tidak membolehkan rakyat merasakan nikmatnya. Kalau tak kenal PM atau menantunya, atau kroni menantunya, tak mungkin kita dapat projek-projek yang kita kehendaki. Bagaimana orang yang tidak dikenali oleh keluarganya hendak berniaga. Inilah masalahnya jika Perdana Menteri terlibat dalam pembahagian projek- projek. Sepatutnya, PM dan jemaah menteri itu tugasnya hanyalah untuk menentukan dasar yang digubal itu dilaksanakan mengikut dasar pembahagian yang telah dipersetujui. Kalau Pak Lah benar-benar serius untuk meningkatkan tahap pemikiran kita semua ini ketahap ‘mentaliti kelas satu’ maka beliau tidak sepatutnya menggunakan pengaruhnya untuk menawarkan projek-projek besar dan kecil kapada sesiapa yang beliau atau menantunya kehendaki.

Tony Blair tidak tahu pun siapa yang mendapat projek projek di England ataupun di Britain. Menteri-menterinya sering diserang media dan badan-badan NGO secara terbuka jika didapati melakukan perkara yang tidak sesuai dengan dasar yang ditetapkan. Jika PM Tony Blair dikritik oleh pemimpin dan ahli partinya sendiri, tidak ada pengampu-pengampu yang membelasah media atau individu pengkritik tadi untuk mengambil hati PM seperti Zahid, Nazri, Mahadzir Khalid atau Shahidan yang ada di Malaysia ini.

Di sini pengkritik-pengkritik akan dibelasah oleh nama-nama yang saya sebutkan tadi kerana hendak naik pangkat dari Timbalan Menteri ke Menteri penuh. Yang sudah menjadi menteri berhajat untuk menambah sepenggal lagi dan yang ada masalah rasuah berkehendakan kes mereka diketepikan dan berbagai-bagai lagi keperluan peribadi. Saya tidak nampak bagaimana mereka-mereka ini hendak membawa rakyat Malaysia masuk ke perkarangan ‘Mentaliti Kelas Satu’, sedangkan mereka adalah dari golongan yang tidak punya kelas yang diwarwarkan Perdana Menteri itu. Semuanya retorik .... letih kita dibuatnya.

Saya rasa Pak Lah tidak payah lah marah apabila rakyat mempersoalkan kewibawaannya. Sebaliknya Pak Lah patut berfikir kenapa ramai orang tidak yakin dengan kata-katanya. Kata orang-orang alim, pemimpin yang baik akan senantiasa membuat introspeksi terhadap diri sendiri. Lihatlah ke dalam selalu! Kalau rasa tidak mampu untuk mengembalikan keyakinan rakyat seperti mula-mula beliau menerajui negara dulu, yang paling baik beliau patut lakukan ia lah mengundurkan diri secara terhormat. Saya berharap tidak ada pengampu-pengampu yang akan mengambil kesempatan dengan cadangan ini untuk membodek lagi dengan membelasah saya. Saya ini orang kecil. Bukannya ada apa apa ‘consequence’ pun.

Sekian. Saya hendak masuk tidur.


4 comments:

Ali-Azri said...

Saya merasa amat sedih apa yang telah berlaku pada bangsa saya. UMNO telah banyak merosakkan bangsa kita dari semua segi. Kita marah Arqam dan lain2, tetapi yang merosakkan dan memesongkan akidah kita ialah pemimpin2 UMNO yang suka menurunkan fatwa yang bukan2.

Dari segi ekonomi pula, UMNOlah yang meminggirkan bangsa melayu didalam bidang perniagaan. Kadangkala dirasakan amat malang jadi orang melayu didalam negaranya sendiri. Hidup kami ditapis-tapis. Kalau orang melayu masuk permohonan untuk satu2 projek, tawaran kepadanya akan diperolihi selepas lulus dengan kriteria2 berikut;
1. Ahli UMNO ke tidak?
2. Pernah masuk parti lain ke tidak?
3. Dah betul ahli UMNO, orang siapa?
4. Sokong PM yang ada ke tidak?
5. Tahun 1987 orang siapa?
6. Khiary ada belakangnya ke tidak dll.
Yang heran tu, Ling Liong Sik tak pulak pernah bertanya yang Ah Meng tu dari parti apa.
Pada saya musuh orang melayu dalam negara ini ialah UMNO. Saya memikirkan UMNO bawah Tun Mahathir yang bertanggongjawap berlakunya perkara2 tersebut, dan kami mengharap Dollah membetulkannya. Rupa2 zaman Dollah ni semakin teruk. Zaman Tun Mahathir, kami amat bimbang dengan masa depan anak2 dan cucu2 kami. Zaman Dollah, kami tak ada masa nak mikirkan nasib generasi bangsa akan datang sebab kami sendiri takut dengan nasib kami sekarang.
Seeloknya Dollah berenti.

Anonymous said...

Ini dia perangai yang ada dalam Umno. Malang ada juga yang masih jadi ahli tetapi berdegar - degar membicarakan kesongsangan Umno.

Sedar dan bangkit keluar dari Umno dan itu adalah jalan yang paling mulia

Anonymous said...

TCa2uI The best blog you have!

Anonymous said...

tL77do write more, thanks.