07 August 2010

'Accountability' - terlalu asing kepada pemimpin negara

‘Accountability’; itulah resepi terpenting dalam mentadbir negara. Jika kesemua barisan kepimpinan yang dipilih untuk memimpin ada sikap ‘accountability’ masing-masing nescaya apa yang kita alami hari ini tidak akan berlaku.

Saya tidak pandai nak menulis secara ilmiah seperti seorang ahli politik besar yang bernama dan bergelar, atau seorang professor dalam bidang politik. Tetapi saya tahu apa yang perlu wujud dalam kepimpinan, bukan kerana saya orang pandai, tetapi oleh kerana saya sudah melalui penghidupan selama hampir 60 tahun. Justru itu maka saya ada sikit-sikit pengalaman belajar secara ‘applied learning’.

‘Responsibility’ dan ‘accountability’ merupakan nilai yang terpenting dinegara-negara maju didunia. Itulah sebabnya dinegara-negara maju kita melihat isu-isu yang dialami oleh rakyat dapat deselesaikan dalam tempuh yang pendek kerana pihak yang bertanggungjawab membawa isu itu akan mengambil ‘responsibility dan ‘accountability’ terhadap isu itu.

Selalunya pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab terhadap isu itu, akan mengambil tindakkan berundur dari tanggungjawab itu untuk mengelakkan parti atau kerajaan yang diperintahnya akan tumbang ditangan rakyat yang tidak berpuas hati.

Samada orang ramai khususnya ahli UMNO bersetuju atau pun tidak saya tetap dengan pandangan yang UMNO dan semua sekutunya didalam BN akan menghadapi masalah besar untuk mendapatkan kembali sokongan dari rakyat.

Isunya ialah isu keyakinan terhadap kepimpinan. Yang menyebabkan hilangnya keyakinan rakyat itu ialah kerana isu-isu rasuah yang keterlaluan, isu salah guna kuas dan penghakisan sistem kehakiman yang begitu dipandang serong oleh rakyat.

Politik ini merupakan ‘game of perception’ dan jika persepsi rakyat tidak mengormati kepimpinan yang ada maka kepimpinan wajar memberikan rakyat dan didalam kontek UMNO memindahkan tanggungjawab kepada ahli-ahli UMNO untuk membuat pimilihan untuk mencari gantian kepada kepimpinan yang sedia ada.

Jika kepimpinan hari ini tidak ada semangat demokrasi dan terus sahaja menghadapi rakyat dalam keadaan sekarang ini kemungkinan BN itu tumbang dalam pilihanraya amat besar sekali.

Jika kekalahan BN benar-benar berlaku, kesalahannya dipertanggungjawabkan kepada kepimpinan terakhir UMNO dan BN kerana tidak mahu untuk mengambil ‘accountability’ yang sangat diperlukan sebelum menghadapi pilihanraya itu.

Contohnya dalam isu PKFZ yang kini sudah mula terungkai, sangat menyayat hati rakyat yang membayar cukai. Rakyat nampak yang kepimpinan khususnya kabinet tidak mahu mangambil ‘accountability’ yang seharusnya diambil.

PM Najib, Muhyiddin, Rais dan ramai lagi ahli-ahli jemaah kabinet sekarang ini masih berada didalam kabinet semasa Tun Ling yang dituduh melakukan ‘deception’ terhadap kabinet untuk menaikkan harga tanah PKFZ dengan berlipat kali ganda itu.

Dalam isu ini Tun Ling mesti bertanggungjawab dan kabinet mesti mengambil ‘accountability’ tentang kesalahan ini. Ini bukan isu yang kecil dan ianya merupakan isu yang terbesar dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan. Isu ini merupakan isu besar yang setanding dengan isu kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) yang melibihi RM30 billion dalam kes pembelian dan penjualan matawang asing dibawah pentadbiran Dr Mahathir dulu.

Kita tidak mengambil indah tentang isu ‘accountability’ ini langsung. Semasa kerugian besar BNM dulu Dr Mahathir tidak mahu mengambil ‘accountability’ itu dan Nor Mohammad Yakcop yang semasa itu menjadi ketua jabatan “treasury’ BNM tidak diambil apa-apa tindakkan malahan Nor Mohammd Yakcop dinaikkan pangkat sehingga menjadi seorang ahli jemaah kabinet yang kanan pula.

Dr Mahathir terus memerintah mengikut sesuka hatinya sehingga selama 22 tahun lamanya. Beliau tetap menjadi idola banyak pihak kerana rakyat belum lagi dilatih untuk mengambil ‘accountability’ terhadap apa-apa kesalahan yang dilakukan.

Baru-baru ini tertangkap pula Setiausaha Politik Nor Mohammad oleh MACC dengan jumlah wang yang bermillion didalam rumahnya dan kita masih tidak tahu lagi samada perkara ini akan dibawa ketengah atau pun tidak. Nor Mohammad Yakcop masih bercakap tentang ekonomi negara dengan fasihnya walaupun rekod peribadinya sedemikian buruk.

Jika kerajaan mempunyai ‘accountability’ keadaan yang kita hadapi hari ini tidak akan kita alami. Dalam proses membangunkan negara elemen ‘accountability’ ini merupakan elemen yang terpenting supaya rakyat boleh memberikan keyakinan terus kepada kerajaan tadbiran sekarang.

Walaupun Dr Mahathir enggan mengambil ‘accountability’ terhadap kerugian yang dialami negara yang jumlahnya puluhan billion ringgit itu, tidak semestinya pemimpin-pemimpin yang menggantikan beliau itu mengambil sikap yang sama kerana sikap itu merupakan sikap yang pada jangka panjangnya menjahannamkan negara.

Apabila barisan kabinet melakukan kesalahan maka kabinet itu mesti berundur. Jika PM Najib contohnya meletakkan jawatan keseluruhan ahli jemaah kabinet itu mesti meletakkan jawatan, bukan digantikan denga mana-mana ahli kabinet yang lain, kerana ahli-ahli kabinet itu adalah kabinet DS Najib.

Itu etikanya dan itulah dia apa yang dikatakan sebagai mengambil ‘accountability’ yang menjadi pakaian politik dinegara-negara maju. Jika kita mengaku ingin mencapai ketahap negara maju pada tahun 2020 maka kita mesti belajar untuk mengambil sikap ‘responsibility’ dan ‘accountability’ ini terlebih dahulu sebelum tindakkan-tindakkan yang lain.

Selagi tidak ada nilai dan sikap ‘accountability’ ini selagi itulah negara kita akan terus menerus manghadapi krisis keyakinan dan akan membawa kehancuran kepada politik dan temaddun itu sendiri.

Perkara yang saya sebutkan ini memang tidak disukai oleh ramai pihak yang berkepentingan kerana budaya ‘accountability’ ini tidak ada dikalangan pemimpin dan penyokong-penyokongnya.

Mereka akan mengaggap isu ini sebagai isu yang ‘alien’ bagi kita tetapi elemen ‘accountability’ ini memang sudah dipakai oleh negara yang maju sejak berzaman yang lalu.

Pemimpin-pemimpin kita tidak mahu mengambil ‘accountability’ kerana ianya memerlukan pengorbanan diri dan meninggalkan kehidupan yang glamour yang disambut dengan bunga manggar dan pukulan kompang-kompang dengan disangkutkan bunga malai dileher.

Tetapi sekarang ini masih boleh dilakukan jika kita memulakannya dari sekarang tanpa tangguh-tangguh lagi. Berfikirlah untuk generasi kita yang akan datang.

14 comments:

Anonymous said...

pemimpin pemimpin kita tidak ada accountability. Mereka hanya memikirkan wang dalam akaun mereka sahaja.

din

Anonymous said...

Terutama PM yang nombor 5 tu. Dok tidoq....

schenker78 said...

Najib resign???

Nanti kena pelempang dengan Rosmah pulak....

Salam 1 malaysia (whatever it means).
Lagipun, sapa nak ganti barisan kabinet kalau JIbby resign....

Orang baik2 dalam UMNO sudah hampir pupus, susah nak dapat orang baik2 masuk kabinet...

Anonymous said...

Tuan...accountability, transparency dan honesty adalah perkataan yang tiada dalam kamus ahli politik kita terutama yang memerintah negara.

Bagi mereka bila di lantik sebagai YB mereka adalah raja dan menguasai segala galanya ibarat ketua perompak yang mendapat bahan rampasan mereka.

Mereka tidak sedar kedudukan mereka itu di sebabkan rakyat yang kebanyakannya adalah yang miskin yang mempersoalkan kenapa perlu berkompang, habis berjuta semata-mata untuk suatu perasmian sedangkan buat yang simple sahaja sudah cukup.

Ini kerana 3 kata kunci diatas tidak ada dalam kepala hotak pemimpin kita. Apa yang mereka selalu sebut harta...harta...harta hingga berketurunan mereka tidak akan merana.

Saya lihat 3 kunci ini boleh di huraikan jika generasi yg ada sedar. Saya sangat berharap semua pemimpin yang durjana menyalahguna kuasa akan dihukum walaupun mereka telah mati hatta beratus tahun sekalipun.

Pendekar Mastor

bat8 said...

Bro Aspan

1. tahap rasuah/balun harta rakyat hari ini begitu memualkan sekali. tahapnya telah mencapai tahap gila.

2. Mula-mula rompakan dibuat dalam juta-juta je. Kemudian menjadi puluhan juta. Seterusnya progress kepada ratusan juga.

Dalam kes PKFZ ini, sekelompok manusia akan merompaktidak kurang dari RM 12 Billion!....RM 12 Billion.

3. Kalau yang terlibat 12 orang, maknanya setiap seorang akan rompak RM 1 Billion. Kalau 4/5 orang je yang menjadi dalang...bayangkan berapa billion seorang akan dapat.

Masya Allah....tidak berhati perut betul mereka-mereka ini.


bat8

Anonymous said...

Selagi rakyat masih tidor lagi terutamanya makcik pakcik felda masih menyokong perompak2 bangsa dan negara ini, lagi itu lah mereka akan terus merompak dan merembat harta negara hingga licin..

Kalau di negara China,mereka2 ini dihukum tembak dengan senapang "GAJaH" dimana peluru2 itu harus dibayar oleh keluarga perompak2 bangsa ini..

Negara kafir lagi bagus menegakkan keadilan dari "negara Islam terbaik" ia itu Malaysia

Ali baba bujang lapok

Anonymous said...

Bukan tidak ada menteri kabinet yang bercakap tentang accountability transparency dan honesty.Ada, tapi itu hanya lah kata kata untuk pemanis mulut supaya sedap didengar orang.
Menteri yang bercakap tu pun faham dan buat buat tak faham apa yang disebut tu pun sama banyak.

Bukan apa kalau diamalkan accountability transparency dan honesty hanya akan menyusahkan diri sendiri dah tak boleh nak songlap meyonglap harta karun.
Itu saja sebabnya.

...Mat dollah balek bukit...

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,

Begitulah reality nya pemimpin kita.
Accountability tak penting, yang penting ada akaun bank.

xpara87 said...

Malaysia, accountability tu ialah account Bank . Responsibility tu responsible menjaga hasil rompakan duit rakyat.

Malaysia Boleh.
Bilalah rakyat nak sedar?

Anonymous said...

Asalam, Umno dulu memang mereka komited dgn amanah bersih cekap. Tapi umno yg ada sekarang yg menerajui negara, unmo baru dgn agenda yg luar biasa, harta, koroni, power,bonkak,demokarasi alla umno. Permasaalah umno, isu yg tertungak dan tampa ada jawapan dari kerajaan, sperti isu, rasuah yg makin menjadi, bererti cakap lain perbuatan lain. umno yg baru ini di pimpin oleh najib, sebenar bukan sakit demam, sakit tenat perlu di overhaul?? Rakyat hilang keyakinan selagi muka yg sama dari pm hingga menteri2 yg lain. Elok juga lah kita bagi umno bn rehat, dan membaik pulih apa yg perlu. Rakyat dah cakap berubah mereka tak mahu, kali ini biar rakyat yg ubah. Biarlah dia umno bn relak, mungkin ada masa dia orang nak tengok apa penyakit yg serious di kelangan umno bn. Cerita umno bn ini cerita yg penoh dgn segala kekotaran, higga mererka sendiri dah dapat nak bersih, semua dah jadi pasukan yg dua kali lima. tq

schenker78 said...

u know what....today i use the MRR2 and LDP to go to the Curve...paid rm1.60 toll....then coming back, ended up using Penchala link paid toll rm2, then paid rm1.50 again another toll to reach federal highway....for a short bloody distance, i ended up paying rm5++, i was cursing and shouting samy vellu, mahathir and umno in the car using bloody foul language ...

u know what....why klang valley ppl vote pembangkang??? everytime we pay toll everyday we remember BN - Barang Naik...., we curse these bastard companies and these umno cronies and alibaba owners...we want like PAS did in terengganu abolish the toll in 1999....

we hate pay our hard earned money into umno pockets....go ahead, increase the tolls, or compensate these companies, dont forget to implement GST, naik minyak lagi, naik harga gas dan harga beras kau kau....we will give bloodier nose to umno...

even penyokong tegar UMNO cannot tahan inflasi...u just see wat will happen with umno protest vote towards their leadership...silap haribulan, they wont even come out to vote or campaign....

Dont play with peoples stomach ...some of your people can bear with lies n propaganda but not with food....

Indira Gandhi of India lost election few decades ago because of staple food price increase....


An hungry man is an Angry man...always remember this....

Kami dah bosan.....

schenker78 said...

bodoh punya utusan dan mudin yassin....haji hadi cakap lain, beruk umno 2 ni putar belit plk...

http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/33674-not-only-malaysia-today-lies-the-mainstream-media-does-too

CDR said...

Bro,

Apa nak jadi .....

Ada aku dengar satu cerita dongeng satu masa dulu, dongeng pasal masa depan ...

Pada masa tu, otak manusia boleh di"transplant"kan, adalah satu mamat yang baru dapat keluarkan EPF dia, tak tau nak buat apa dengan duit tu ... dia kemudian bercadang nak tukar je otak dia, dah 50 tahun guna, dah "lohe" orang kata le.

Mamat ni pergile Hospital pakar otak swasta, dah "register" kenale tengok "merchandise".....

Since transplant otak is the "in" thing masa tu, cuma tinggal tiga je kat diplay room, harga ranging dari RM5 hingga ke RM5B ...

Mamat ni pun pelik jugak, otak yang dah "lohe", pudar warna, macam nak jadi bubur harganya RM5B, satu otak yang just ok je harganya RM500,000.00, tapi otak yang fresh gile harga RM5 je ...

Salesman kat situ dah biasa tengok expression orang yang datang nak beli, so dia pun explain lah ...

Yang RM5B tu otak bekas seorang Profesor yang ada 5 Phd, dah lunyai sebab terlalu banyak fikir tapi mereka boleh bagi jaminan yang owner baru akan jadi sangat genius kalau beli.

Yang RM500,000.00 tu seorang Fellow dalam IEM dan ada 4 degree dalam bidang lain ...

Yang RM5 tu ....

Otak orang politik, tak pernah guna pun, cuma guna nafsu je ... sebabtu la fresh lagi ...:)

schenker78 said...

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anifah-vows-quit-if-bn-silences-public-dissent

anifah aman said,

The Kimanis MP also admitted that as BN could not be sure of staying in power after the next general election, he would not support a draconian administration as he would not want to be similarly victimised.

“There is no conspiracy. I would not be a member of Cabinet if I thought so because tomorrow, I may not be a minister... in a few years, we may not be in power,” he said to just under 100 attendees.

“What happens if we do things we should not have done? It can happen to us as well. There must not be any discrimination or victimisation. I promise not just to you but to myself, I will not remain in Cabinet one day longer if I find there is hanky-panky going on in the government. It is not right morally,” Anifah said.