Kesetiaan kepada negara merupakan salah satau tonggak kepada Rukun Negara. Kalaulah Rukun Negara dijadikan slogan yang dipakai sepanjang zaman mungkin kita tidak akan menghadapi masalah seperti yang menyelubungi kita sekarang ini.
Malangnya masing-masing Perdana Menteri manjadikan slogan sebagai motto pimpinan peribadi. Masing-masing mencipta slogan baru jika menjadi PM untuk membezakan kepimpinannya dengan kepimpinan yang sebelumnya.
Rukun Negara sudah jarang-jarang disebut kerana ianya mula dilupai sejak 5 atau 6 tahun selepas Dr Mahathir naik sebagai PM. Pada halnya Rukun Negara itu bukan dicipta oleh individu politik, tetapi merupakan ciptaan oleh pemimpin-pemimpin kita dari berbilang kaum secara konsesses guna membina semangat bersatu dikalangan rakyat berbilang kaum yang hidup dengan kesetiaan kepada negara yang tulin.
Saya masih ingat bagaimana Tun Abdul Razak mengumumkan pelancaran Rukun Negara yang saya sudah lupa tahunnya menekan yang Rukun Negara ini merupakan hasil dari perbincangan dan ‘soul searching’ yang mendalam dengan pemimpin semua kaum semata-mata untuk mewujudkan bangsa yang bersatu.
Kalau kita kaji dengan teliti Rukun Negara adalah diasaskan kepada kehendak Agama dan kepercayaan kaum yang begitu ‘diverse’. Rukun Negara mengakui yang setiap bangsa ada ‘attribute’nya masing-masing serta identitinya serta cara hidup dan budaya mereka sendiri.Dalam perbezaan-perbezaan inilah Rukun Negara menekankan untuk hidup mengenali diantara satu dengan lain serta menghormati puak-puak yang bersama-sama hidup dan negara yang bertuah ini.
Tuhan sendiri telah memfirmankan yang manusia itu dijadikanNya berpuak-puak dan berlainan diantara satu dengan lain untuk mengenali dan menghormati diantara satu puak dengan satu kelompok yang lain. Kalau kita belajar ‘sifat 20’ kita diberikan kenyataan yang jelas yang begitu saintifik yang sifat bersalah-salahan itu adalah asas yang nyata didalam penghidupan.
Salah satu cebisan yang disebut didalam ‘sifat 20’ itu ialah sifat bersalah-salahan. Katanya ‘ADA lawannya TIADA’. Dari sepotong ayat ini kita boleh belajar jika kita ada sikit-sikit kebijaksanaan. Maksudnya, jika tidak ada elemen panas, dimana kita dapat merasakan elemen sejuk misalnya. Kalau tidak ada perbezaan bagaimana kita hendak tahu dan memahami elemen persamaannya dan begitulah seterusnya.
Rukun Negara telah mempraktikkan apa yang dikatakan ‘addin’ atau cara hidup didalam Islam itu. Tetapi Rukun Negara yang menjadi fokus pimpinan telah diabaikan oleh pimpinan ‘post Husein Onn’ dan kalau kita tanya adik-adik yang muda-muda yang berumur dibawah 35 tahun ramai yang tidak ingat atau pun tahu tentang Rukun Negara ini.
Semasa Rukun Negara diberikan tumpuan buku-buku latihan dan rampaian anak-anak sekolah ada dituliskan semua kandungan Rukun Negara dan tidak ada murid semasa itu tidak hafal dengan kesemua prinsip Rukun Negara itu.
Rukun Negara yang begitu unggul digantikan dengan slogan yang tidak ada apa-apa munafaatnya. Pada tahun80an, Bersih Cekap dan Amanah menjadi slogan kita tetapi hasilnya tidak ada. Zaman itulah bermulanya rasuah mula bercambah dan ianya mula jelas dilihat sejak tahun 1984. Masing-masing mengambil kesempatan dengan kekayaan negara dengan mencuri wang rakyat dan jumlah yang terlibat bukannya kecil tetapi menjangjau jumlah yang berbillion ringgit. Bersihnya jelas tidak nampak malah mulai pudar.
Cekapnya pun entah dimana. Zaman itulah Bank Negara Malaysia (BNM) kerugian dalam perniagaan pertukaran wang asing sebanyak 36 billion ringgit, satu usaha yang sia-sia yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah bank pusat. Nor Mohammd Yakcop yang semasa itu menjadi ketua bahagian treasury BNM yang bertanggungjawab kepada kerugian besar yang tidak ada tolok banding besarnya. BNM terpaksa menjual harta benda untuk menunjukkan kerugian yang kecil dan akhirnya BNM mengumumkan kerugiannya hanya dalam lingkungan 9 billion ringgit.
Kalau ditanya kepada Nor Mohammad kenapa beliau melakukan perkara yang membazirkan kekayaan negara itu, jawabnya ‘standard’; “tanya PM’. Kerugian dalam ‘dealing’ Maminco melenyapkan wang rakyat sebanyak 600 juta ringgit Malaysia. Sebagai rakyat saya tidak boleh ditahan untuk berkata-kata demikian kerana negara ini rakyat yang punya dan saya adalah salah seorang dari rakyat yang sentiasa berdoa tentang kemakmuran negara ini.
Masa tidak mengizinkan saya untuk mengulas beberapa kejadian yang merugikan negara dizaman itu. Yang penting tidal ada kecekapan menguruskan kewangan negara seperti yang di slogankan itu.
Amanahnya pun tidak wujud. Bagi seseorang pemimpin yang betul-betul beramanah pucuk pimpinan mesti menyebelahi nasib rakyat. Tetapi dizaman inilah pemimpin yang diamanahkan menjaga masa depan rakyat terabai. Dasar-dasay yang diamanahkan rakyat dilacurkan dan kerajaan semasa itu hanya berminat untuk mengisi ‘tempolok’ mereka yang rakus memperkosa dasar-dasar yang baik dan digantikan dengan dasar untuk kepentingan sekelompok kecil kroni yang tamak dan haloba.
Dalam pada itu media dan pimpinan kebenak pemikiran rakyat yang setia kepada negara itu ada kesetiaan kepada UMNO. Kepada sesiapa yang tidak menyokong UMNO dianggap tidak setia kepada UMNO. Menetang pandangan pimpinan UMNO dianggap sebagai pengkhianat dan ini adalah penyelewengan yang tidak terhingga terhadap isu kesetiaan kepada negara.
Menjadi ahli dan penyokong kepada parti yang lain dari UMNO bagi orang Melayu merupakan satu kesalahan dan diboikot dalam masyarakat terutamanya dikampong-kampong.
Tetapi segala-galanya sudah berubah kerana rakyat sedar bahawa kalau dikaji dari sudut keasetiaan kepada negara, UMNO kini sudah dilihat sebagai parti yang tidak selari dengan kehendak negara dan banyak tindakkan pemimpinnya merupakan tindakkan yang ‘insubordination’ terhadap negara..
Perlakuan rasuah dikalangan kepimpinan UMNO menyebabkan kerosakkan kepada sistem pentadbiran negara dan akhirnya merosakkan fabrik politik dan sosial negara. Gejala rasuah menyembabkan kantung kewangan negara merosot dan rasuah juga membuatkan mereka menjadi pemimpin denganmembeli undid dan sokongan untuk berkuasa.
Salah guna kuasa oleh kepimpinan UMNO menyebabkan banyak pihak yang terinaya, terutamanya dalam bidang pembahagian peluang kekayaan dikalangan rakyat kerana hanya orang-orang yang berbaik-baik denga mereka yang berkuasa sahaja yang mengambil kesempatan yang akhirnya melahirkan sikap ‘cronyism’ yang sangat menebal.
Cebisan contoh-contoh yang dipaparkan tadi menjadi negara menjadi kelam kabut dan memberikan impak yang tidak sihat kepada negara. Rakayat semakin hari semakain bijak memberikan pertimbangan terhadap ‘conduct’ politik UMNO dan sekutunya.
Sejak sepuluh tahun yang lalu trend kesedaran dikalangan rakyat termasuk orang-orang melayu mula kelihatan. Sekarang rakyat sudah menganggap memberikan sokongan kepada UMNO dan sekutunya didalam BN merupakan tindakkan tidak setia kepada negara dan rakyat.
Orang ramai sudah mula menganggap membenarkan UMNO berkuasa bererti menggalakkan kegiatan rasuah dalam negara. Tindakkan UMNO mengungkit jasa-jasa UMNO dimasa lampau kepada negara sudah tidak dihiraukan lagi oleh rakyat .
Yang penting sekali untuk menyelamatkan harta benda rakyat dan negara berada didalam keadaan selamat dan terurus dengan baik bagi menjamin masa depan generasi mereka. Sudah mula terbit didalam pemikiran rakyat mebiarkan pemimpin UMNO memferaidkan harta rakyat dikalangan mereka merupakan tindakkan yang menzalimi diri kita sendiri.
Kali ini, jika rakyat memberikan pula kesempatan kepada PR untuk mentadbir negara, maka akan bermulalah sistem dua parti yang sangat-sangat diperlukan oleh rakyat bagi memberi tahu sesiapa yang berkuasa bahawa kuaa rakyat adalah elemen yang ‘ultimate’ dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
Jika PR rakyat pula yang gagal melaksanakan tugas mereka juga akan kecundang dan kuasa itu akan kembali kepada BN dalam pilihanraya selepas itu
Lain-lain perkataan yang dimaksudkan oleh artikel ini ialah hanya system dua parti sahaja yang boleh merongkai masalah kita hadapi yang tak kunyung selesai ini. "Sudah lama sangat menunggu UMNO untuk berubah, tapi tak berubah jugak" kata seorang kenalan saya baru-baru ini.
UMNO dan BN bukannya Agama yang tidak boleh ditukar ganti. Rakyat nampaknya hanya mahukan pertukaran WADAH bukannya bertukar AKIDAH.
15 comments:
Well said bro. Congrats. Easy to understand you.
daiman.
bro,
another great articulation and you just said the actual.
Hambal
What more to say...I agree with both of you.
Keep on writing Tuan Aspan, I am your loyal reader.
Daripada tulisan bro sejak akhir akhir ini saya tercium sesuatu.
Adakah saudara akan bertanding atas tiket PR dalam pilhan raya ke 13?
Telahan saya mungkin menjadi kenyataan.
najib tersepit ????
http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/barisan-nasional/9506-not-a-nice-place-for-najib-up-there
Teringat semasa pemilihan untuk baca ikrar pelajar baru UM... ada beberapa orang dipanggil termasuk saya suruh baca ikrar RUKUNEGARA - Dari 'Bahwa kami, rakyat Malaysia' he he he... sorang aje pas dan dipilih sebab yang lain takleh nak judge boleh baca ikrar ke idak....
Thank you, thank you.... kenangan minggu orientasi dan rukunegara.
Bg aku persoalannya bkan masalah akidah atau sebagainya.Masalahnya bila 1 pihak memainkan agama sebagai tarikan,pihak yang lain pun trs jadi cmtu gak.UMNO telah berubah tp dari kata-kata jek.Tp 1 perkara yang UMNO x berubah keangkuhan pemimpin yang membuatkan orang Melayu merasa benci.TGk anilisis yag PR buat utk PRU 13---->www.Ragam1Malaysia.Blogspot.Com
Salam Tuan.
Saya mungkin tak berapa faham sangat. Tapi Rukun Negara ini kan Tiga Abdul punya rancangan pengaruhi Tun Razak.. masa tu Tan sri Ghaz yang berbalah dengan Abdullah Ahmad... Cuba Tuan Aspan cerita le sikit.. Kan masa tu ada 2 kumpulan dalam UNMO..tapi ini semua peringkat atasan....
aspan,
i am beginning to like your writing so please spell better
anon 8:34,
Yang menghadapi masalah semasa itu dgn tiga Abdul itu ialah isu Rukun Tetangga, bukannya isu Rukun Negara.
Pondok Hati,
Terima kasih kepada sdr kerana mengikuti tulisan dan pemikiran saya. Jika da apa apa input silalah beritahu saya.
Anon 8.34
King Ghaz memgubal Rukunegara semasa beliau dalam MAGERAN ekoran May 13 1969.
Abdullah Ahmad memarahi Tun Ghaz kerana menyumbatnya dan dua lagi Abdul semasa pemerintahan Husein Onn.
Saudara Aspan
Years ago during Tun Razak's time as PM, we were among the poor Malays and the Ketua Cawangan was also my standard four teacher. He was much respected by the kampung folks who were mainly rubber smallholders who saw in him the honest pejuang bangsa. In retirement and when he was active in politics he was always seen comfortable with his modest earnings.
Today, the Ketua Cawangan is a Class F contractor and ... It's the world of difference of the UMNO grassroot leaders past and present!
.... this begins the problems with UMNO today and it's just too much to think of the solutions. We just want out!
Asalam, Sebenar rakyat dah terlalu banyak rugi dan kecewa dgn sikap kita sendiri, mengapa? terlalu ramai yg mungkin masih tidak sedar dan tdk mengatahui tangung jawab kta sendiri kpd negara yg kita cintai.kita mengambil masa terlalu lama untuk mengubah dan melihat perubahan yg memberi makna yg lebih baik kepada rakyat. Ini lah kelebihan umno dan bn, mereka ini sangup memperjudi kepercayaan rakyat, mempermainkan rakyat, namun hingga hari ini perubahan akan terus berlaku,rakyat telah mengunakan kekuasaan yg memang perlu di gunakan demi untuk rakyat terbanyak. Biarlah pemempin umno bn baik melayu,cino,india, iban, kdazan dan lain2. Hingga ke hari ini mereka sebenar masih tidaksedarkan diri,dengan laporan yg fist class tv dan berita. Cukuplah kita dgn kerenah umno bn ini, mereka dah lupa daratan, inilah akibat sistem parti bila ada pemilihan parti duit menentu kemenangan, kita sendiri boleh lihat dgn jelas, perwatakan, gaya kepimpinan, mereka di kelangan menteri yg ada di peringkat persekutuan dan negeri, terlalu ramai yg tidak ada omm..... sebab menang kerena rasuah. tq
Pernah interview budak kerja
Sebutkan lima Rukun Negara... Dia Jawab Pertama Mesjid Negara, Kedua Tugu Negara, Ketiga Stadium Negara, Keempat Zoo Negara dan Kelima Muzium Negara.
Post a Comment