Tee Boon Hock, Ahli Majlis Perbandaran Kelang (MPK)yang dilantik oleh kerajaan PR Selangor telah dipecat keahliannya oleh DAP kerana terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa.
Tee Boon Hock dikatakan telah mempengaruhi MPK untuk memberikan kontrak sebanyak RM1 juta kepada syarikat yang ada kepentingan keluarga beliau.
Ahli veteren DAP itu juga dikatakan melakukan kesalahan dengan menggunakan ‘letter head’ seorang Exco negeri Selangor, Ronnie Liew dan memalsukan tandatangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor itu.
Ronnie Liew juga diminta oleh MPK untuk membuat lapuran polis terhadap Tee Boon Hock untuk memudahkan penyiasatan dilakukan keatas ahli Majlis MPK yang mewakili DAP itu.
Pemecatan beliau sebagai ahli DAP berkuatkuasa serta merta. Saya memilih topik ini bukannya disebabkan rasuah itu semata-mata. Rasuah yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan BN selama ini bukannya sekecil itu malah dalam angka berbillion ringgit dan ianya sudah menjadi ‘norm’ dalam BN.
Yang saya tertarik dengan isu ini ialah bagaimana parti dan pemimpinnya yang bertanggung jawab mengambil isu rasuah ini sebagai satu isu besar walaupun jumlah yang terlibat hanyalah RM1 Juta sahaja.
Tindakkan DAP memecat Tee Boon Hock ini melengkapkan usaha sebuah parti yang bertanggung jawab untuk mematikan benih-benih kegiatan rasuah untuk mengelakkan penyakit itu merebak seperti apa yang sudah dan sedang berlaku dalam UMNO dan BN.
Saya teringat peristiwa pada penghujung tahun 1960 an, dalam mana kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mendakwa YB Sulaiman Bulun, seorang Menteri Muda dimahkamah kerana kes penyelewengan dan salahguna kuasa yang yang melibatkan wang pembayar cukai yang kurang dari RM15 ribu.
Sebagai pemimpin yang bertanggung jawab, Tunku tidak mahu amalan rasuah itu tidak berlarutan kejangka waktu yang panjang. Tunku pastikan yang api mesti dipadamkan semasa dia kecil.
Tunku begitu serius untuk menentukan rasuah tidak dipandang sebagai isu remeh kerana ianya akan membinasakan negara dan bangsanya jika amalan buruk itu tidak dibendung. Beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang memerdekakan negara dari penjajah tetapi juga memerdekakan negara dari ancaman rasuah yang jauh lebih merbahaya kepada negara.
Begitulah tingginya nilai etika Tunku dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai teraju negara.
Justru itu tindakkan DAP itu sepatutnya menjadi contoh kepada BN dan sememangnya itulah cara dan kaedah terbaik untuk membenteras rasuah; mengambil tindakkan semasa ianya masih dalam tahap kecil-kecilan.
Pandangan saya ini mungkin mendapat reaksi yang tidak disenangi oleh rakan-rakan dalam UMNO atau BN, tetapi saya tidak akan mengambil ‘pot’ terhadap kritikkan mana-mana pihak jika ada.
Yang benar itu tetap benar dan saya tidak merasakan apa-apa jika dikritik oleh mana-mana pihak. Saya bukannya hamba kepada politikus yang kotor tetapi saya boleh diperhambakan oleh perkara-perkara yang benar.
Saya tahu ada pihak akan mencari berbagai helah untuk menafikan tindakkan yang baik yang dilakukan oleh DAP itu.
Tindakkan kerajaan PR Selangor mengeluarkan arahan supaya pihak yang berkuasa tidak melayan surat sokongan dari ahli-ahli politik itu merupakan satu tindakkan yang saya puji kerana usaha itu boleh mengelakkan pihak ‘impementer’ tidak dipengaruhi oleh pengaruh politik.
Walaupun secara peribadi saya mempunayi masalah dengan TS Khalid semasa berkhidmat dibawah beliau diPNB dahulu tetapi saya mesti dan wajar mengakui apa yang beliau lakukan itu merupakan perkara yang sangat terpuji.
Perbuatan yang baik ini tentunya tidak digemari oleh setengah pihak, kerana pihak ini.
Pihak ini seboleh-bolehnya ingin melihat kerajaan PR jatuh dengan menunjukkan kelemahan kerajaan Selangor walaupun pihak ini sendiri ditolak rakyat dalam PRU yang lalu kerana isu rasuah dan salahguna kuasa yang berluas-luasa semasa mereka memerintah negeri ini dahulu.
Saya telah menerima beberapa panggilan talipon yang memuji DAP bertindak kepada ahli Majlis Perbandaran Kelang itu dan ini melambangkan perhatian serius DAP terhadap isu rasuah ini. DAP jelas belajar dari kesilapan pihak lain untuk memperbaikki parti mereka.Hanya kita sahaja yang belum lagi mahu belajar dari kesilapan kita sendiri.
Saya mengucapkan taniah kepada DAP kerana berusaha mematikan benih-benih rasuah sebelum ianya melarat dan dibudayakan oleh ahli parti itu.
Nyata DAP tidak mahu jadi seperti BN yang hanya membawa ahli mereka kemahkamah setelah jumlah rasuah mencapai ketahap RM12 billion dalam hanya satu projek yang dilaksnakan kerajaan….tidak termasuk lagi ratusan projek yang lain yang menelan belanja yang berbillion-billion ringgit termasuk elemen kos untuk rasuah.
14 comments:
UMNO sepatutnya kawal rasuah semasa ianya masih kecil.
Sekarang sudah terlambat. Sesal kemudian tidak ada gunanya.
zahari ibrahim
apa yang saya suka ttg tulisan anda ialah anda jujur mengakui.
anda seorang ahll UMNO yang jujur dan berani
namun golongan seperti anda semakin pupus di dalam UMNO.
Apa yang nak dicontohi? Ini semua sandiwara DAP. Tee Boon Hock hanyalah ikan kecil. Cubalah tangkap ikan-ikan besar seperti Ronnie Liu & gang, tidak berkecuali ikan yang paling besar Anwar Ibrahim.
Tentu sekali DAP akan berdiam diri jika berita tentang Tee tidak dibocorkan di media.
Namun, saya setuju UMNO/BN is not doing enough to stem the corruption within its ranks.
Setuju juga dengan anon 00:43. Sepatutnya Najib bersihkan UMNO sebaik saja beliau menjadi PM.
Saudara wargamas...
Ka;au nak dikatakan sandiwara bagaimana kes Kasitah Gadam dan Eric Chia...atau correct correct correct...
Kalau sesiapa saja sama ada dari PR atau BN buat salah dan rakyat sokong mereka dihukum itu yg paling bagus.
Cuma saya takut kalau dijaring semua kes rasuah atau salah guna kuasa rasanya pemimpin UMNO/BN mungkin tinggal seorang sahaja. Kalau kat negara China mereka ni dah kena hukum tembak. Kalau boleh saya nak tengok mereka yg rasuah ni dihukum begitu sebab harta rakyat selama 7 keturunan dah dibalun hingga dah nak muflis.
WargaTua
Anon kata, Najib bersihkan.....Dia sendiri kotor, mcm mana nak bersihkan orang lain???
Dah lari pulak Najib ni bercuti kat mana entah.....tak umum langsung...
Cuti kat Mongolia ker Israel ?? Kenapa bercuti pun takut umum??
Kenapa lari dari malaysia sampai berminggu2...siapa nak bayar duit shopping rosmah lagi....aduh....
Kami mahu Freedom of Information Act seperti kat Selangor supaya boleh dapat tahu mana Najib bercuti dan berapa duit rakyat dibelanja???
DAP dan PKR dah sacking ulat2 busuk dalam parti...UMNO BN bila lagi????
schenker78, bawak sabo.... jib jib tu gitu eksesais jerr.. kan nazir ada.. jadi tukang cakap dia.. hehehe... tengok jer woyang cina dia tu, dah umum siap 2nd half rm to dollar 3.2, baru ni kata fdi junam, tetiba exchange fuhhh memihak malaysia, kita tengok jer wayang diorang. Jaga-jaga akaun elektronik hang noo... mana tau, dah kena perimeter... hihihi...
lantak la kene perimeter....nak takut aper...
kalau mati besok pun x takut, kenapa nak takut hidup...duduk penjara ker duduk rumah ker sama jer bagi aku...
lainlah Bik Mama masuk jel pasal beli hangbag pakai duit rasuah, ni wajib kene jail....
Jangan takut Hidup, jangan takut Mati....Enjoy setiap saat...
Sir,
I felt that you have great admiration to our Father of Independence - Almarhum Tunku. By your account, he was a man of great principle and integrity (and being human he has many foibles too). But the pros outweigh the cons looking at the enormous admiration he still extol from all walks of malaysian (and from both side of the divide too).
Having said that, I am very perplexed at his stern and adamant refusal of ever becoming a member of UMNO Baru. What was his reasons and why did he tried to set up UMNO malaysia? This great man must have compelling and cogent reasons in not becoming a member of UMNO baru! And he remain a non member until his death and never did reconcile with the creator of UMNO Baru. I think it would be wise for all UMNO (B) members who have misgiving about their party and especially their leaders to pursue this mystery. I'm certain that if those reasons were found and understood, UMNO (B) members might be able to see the future and perhaps take action that might prove to be decisive in rescuing this country from oblivion and total destruction. That's my opinion, anyway!
Nick.
Nick,
1.Bukan sahaja TAR tidak menyertai UMNO(Baru) sehingga akhir hayat. Tun Hussien Onn juga begitu. Dan ramai ahli-ahli UMNO lama yang tak famous tidak meyertainya, ada yang sudah meninggal dan ada yang masih hidup. Hamba adalah salah seorangnya. tidak ada apa-apa misteri mengapa mereka berdua tidak menyertainya.
2. yang menjadi misteri, mengapa Allahyarham Tun Ghaffar Babamenyertainya.Ini saya kurang faham kerana, tidak ada orang yang lebih setia kepada UMNO selain beliau. Mungkin beliau menyertainya kerana sikaptidak selfishnya untuk menjaga UMNO(Baru) agar tidak lari dari perjalanan UMNO lama.adakah kerana beliau begitu sayangkan UMNO lama? Jika itu sebabnya, beliau gagal.
3. Cerita bagaimana UMNO lama mati, mengapa dimatikan dan bagaimana UMNO(baru) ditubuhkan telah banyak diceritakan rasanya tidak perlu diulang lagi.
4. Bagi yang mengetahui sejarah tersebut dan tidak mempunyai apa-apa agenda atau kepentingan peribadi, memahami punca masaalah yang melanda UMNO(baru) hari ini dan tidak tertipu dengan slogan dan roterik perjuangan melayu yang dilaungkan oleh UMNO(baru).
bat8
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mengemukakan usul didalam sidang Dewan Undangan Negeri untuk melantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dari kalangan pembangkang (BN).
Ini merupakan satu langkah berani Kerajaan Negeri tersebut didalam usaha mewujudkan Kerajaan yang sedia diperiksa perbelanjaannya walaupun daripada parti yang berbeza.
ADUN BN yang dicadang untuk dilantik menjadi Pengerusi PAC negeri tersebut adalah ADUN (BN) Sungai Burung, Datuk Mohd Shamsuddin Lias. Beliau bagaimanapun dikatakan telah menolak perlantikan tersebut atas alasan ianya berkaitan dengan prinsip dan maruah sebagai wakil rakyat BN dan bimbang ianya hanya bermotifkan politik.
Tidak kiralah apa sahaja alasan yang diberikan oleh pihak pembangkang (BN) di Selangor, tindakan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu adalah satu langkah berani yang patut dipuji kerana perkara sebegini belum pernah dibuat oleh mana-mana Kerajaan Negeri.
Ia juga amat wajar diikuti oleh negeri-negeri lain terutamanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat didalam usaha mewujudkan Kerajaan yang benar-benar telus dan terbuka.
__________
keberanian yang amat menarik.
kenapa Adun BN tersebut enggan menerimannya? Nampaknya pembangkang selangor tidak serius untuk bersama-sama menjaga wang rakyat negeri selangor.
Apa punya turrrr
Saudara Shamsul Anuar tak marah ke Bro Aspan puji DAP...
He.He.He...
Anon 16:38,
Nak marah pun tak apa. Hak dia. Tetapi saya bukan sokong DAP: hanya yg saya cuba maksudkan bahawa tindakkan DAP memberikan keyakinan rakyat terutamanya kawan-kawan kita bangsa Cina akan bertambah keyakinan terhadap DAP yang parti itu serius dalam hal korupsi.
Kalau UMNO berbuat demikian dari dulu tentu orang Melayu tidak akan meninggalkan UMNO didalam peti undi.
Tetapi pemimpin utama UMNO tidak mampu memecat sesiapa kerana rasuah kerana mereka yang boleh memecat pun sama rasuahnya.
Justru itu rasuah menjadi cance yang tidak terubat lagi.
Itu sahaja maksud saya bro.
Tuan,
Tulisan tuan memang jelas dan benar.
Saya memang gembira tuan dan SAKMONGKOL boleh faham kesalahan gerombolon UMNO/BN.
Politik yang gerombolon UMNO/BN main tu hanya kacau bilau terhadap harmoni antara kaum dan bangsa. Mana ada kerajaan di dunia yang pimpin cam tu?
Tentulah nak pimpin semoga semua kaum/bangsa hidup dengan aman dan harmoni. Bila negara aman dan sihat, barulah boleh progres, barulah FDI boleh masuk. Islam tak ajar Melayu kacau bilau cam ni...banyak kecoh tambah lagi si katak dari perkasa - ibrahim tu.
Tolong tuan nasihatkan si Najib tu.
Bertaubatlah! UMNO/BN. Balik lah ke pangkuan agama kita.
orang kampung
Wargamas tak habis baca berita. Ronnis Liu pun kena panggil untulk siasatan sebab Tee Boon Hock sebut namanya dan guna kepala surat Ronnie. Laporan Polis juga akan menyusul. Jangan tengok kuiman seberang laut.
Post a Comment