31 August 2010

Kufur nikmat - akhirnya mengkhianati diri sendiri

Menjadi parti pembangkang di negara ini amat susah. PERIKATAN dan selepas itu BN telah memerintah negara sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dahulu. Dalam jangka yang begitu lama PAS, DAP dan parti-parti pembangkang lain menghadapi dugaan politik yang tidak terkira kesusahannya.

Sekarang PKR pula wujud juga untuk mengambil tempat sebagai pembangkang di dalam arena politik negara. Sesungguhnya parti-parti ini merupakan parti-parti yang halal dan tidak menjadi kesalahan jika sesiapa berhajat untuk menyertai parti-parti ini untuk bergiat dan aktif di dalam politik negara. Malahan mana-mana parti pun boleh menubuhkan kerajaan jika dipilih oleh rakyat yang mengundi di dalam pilihanraya umum yang diadakan dalam jangka masa 5 tahun selepas setiap pilihanraya sebelumnya.

Sistem demokrasi yang diamalkan di mana-mana negara maju telah menaik dan menurunkan kerajaan dan itu dianggap biasa dan tidak menjadi masalah kepada rakyat dan negaranya. Malahan seorang pemimpin itu turun dengan ‘gentleman’nya apabila partinya tidak lagi mendapat mandat majoriti dari rakyat.

Gordon Brown meninggalkan 10 Downing Street dalam tempoh 4 jam sahaja sambil mengucapkan tahniah kepada penggantinya David Cameroon kerana mendapat mandat rakyat Britain walaupun terpaksa membentuk kerajaan campuran dengan parti kecil yang lain, iaitu Parti Liberal Demokrat.

Di Amerika Syarikat sistem 2 parti negara itu menyaksikan Parti Democrat dan Republican bergilir-gilir memerintah kerana rakyatnya menggilirkan mereka untuk mentadbir negara. Begitu jugalah di negara-negara yang maju yang lain; mereka memilih parti dan pemimpin yang mereka perlukan buat keperluan masa dan ketika itu disamping tidak meninggalkan keperluan untuk negara dalam perkara penting untuk jangka masa yang panjang.

Berbalik kepada keadaan di negara kita, BN telah memerintah di negara kita sejak mencapai kemerdekaan dan mungkin ada sebab yang perlu untuk mengekalkan keadaan seperti itu. Di Jepun parti Liberal Demokrat telah mentadbir negara itu selama 5 dekad tetapi akhirnya rakyat Jepun meletakkan parti itu di pihak pembangkang kerana masalah-masalah yang hanya dirasai oleh rakyat negara itu. Moralnya sebuah parti yang gagah pun akhirnya tidak mustahil untuk diketepikan oleh rakyat.

Semasa itu rakyat tidak boleh diminta mengenangkan jasa-jasa lama yang dilakukan oleh mana-mana parti yang memerintah sekian lama kerana yang penting rakyat perlukan kesinambungan dengan apa yang mereka rasakan selama ini. Tidak mungkin rakyat boleh memberikan sokongan berterusan jika ianya akan memudharatkan negara. Semata-mata untuk mengenangkan jasa-jasa yang begitu banyak rakyat dipaksa untuk memberikan mandat walaupun parti itu sudah jauh lari dari perjuangan asalnya.

Kadang-kadang kita tidak boleh lari dari mengakui bahawa hidup ini ibarat roda. Ada masanya duduk di atas dan ada masanya kita terpaksa berpuas hati untuk duduk di bawah. Kita telah membaca dan melihat yang kufur nikmat tetap akan menerima balasannya di dunia ini. Siapa yang mahu menafikannya silakan.

Biarlah ramai mengatakan bahawa saya seorang pengecut dan bacul kerana saya tidak berani menyangkal kenyataan hakiki ketuhanan ini. Dosa yang ada pada diri saya pun tidak terhisab, masakan saya berani hendak mengelak dari hakikat bahawa kufur nikamt itu adalah dosa yang sebesar dosa kerana ianya berkait dengan penyakit di qalbi kita. Dosa Karun yang besar ialah dosa kufur nikmat kerana Karun berfikir yang harta benda yang banyak itulah yang akan menyelamatkannya sehinggakan dia sanggup melakukan perkara yang menganiayai masyarakat di sekelilingnya.

Segagah-gagah Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan akhirnya tumpas di tangan Musa yang membesar di dalam istananya. Tidak ada sesiapa yang boleh lari dari hukum dan segala-galanya adalah urusan Tuhan semata-mata. Parti Demokrat Jepun yang membangunkan negaranya menjadi negara ekonomi kedua terbesar di dunia pun jatuh tersungkur kerana pemimpin parti itu menghadapi penyakit kufur nikmat dengan rasuah dan sebagainya.

Banyak lagi contoh-contoh nyata yang kita lihat pihak lain mengalaminya. Semuanya ini menjadi bahan pelajaran kepada kita semua. Banyak juga contoh-contoh parti yang kecil tetapi akhirnya dapat kuasa atau pun hampir dengan kuasa kerana kehendak rakyat. Parti Liberal Demokrat Britain tidak pernah menyangka yang ianya boleh mendapatkan mandat rakyat Britain untuk berkongsi kuasa dengan Conservative. Liberal Demokrat sebuah parti yang kecil telah memenangi lebih dari 50 kerusi dalam Pilihanraya yang lalu, cukup untuk membantu Conservative menubuhkan kerajaan dengan penyertaannya bersama-sama untuk mentadbir Britain buat penggal ini.

Di negara kita PAS tidak pernah memenangi pilihanraya kecuali memenangi beberapa kerusi di pantai timur semenanjung kecuali semasa berada di dalam BN dari tahun 1974 ke tahun 1978. Semasa itu PAS mentadbir Kelantan dan mendapat beberapa kerusi Parlimen seperti Bagan Datoh dan beberapa kerusi yang lain dan juga kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri.

Semasa parti-parti pembangkang ini masih kecil pemimpin-pemimpin mereka begitu cekal dan ramai di antara mereka ditahan di bawah ISA bertahun-tahun lamanya. Berbagai-bagai cara dilakukan oleh pihak parti yang memerintah untuk mengadakan sekatan terhadap parti-parti pembangkang untuk mendekati rakyat.

Tetapi kini parti-parti pembangkang ini sudah mula diterima rakyat dan mereka bukan lagi dianggap sebagai parti pembangkang tetapi sebagai parti ‘alternative’ kepada BN yang sudah berabad menerajui Negeri-negeri dan Persekutuan kita.

Parti-parti pembangkang yang terbesar PAS, PKR dan DAP kini sudah berjaya menembusi kekuatan BN yang pada suatu ketika dahulu dianggap sebagai parti yang ‘invincible’ dan ‘irreplacible’. Sekarang calon-calon UMNO tidak berani lagi hendak mendabik dada dengan berkata, “Aku hantar seluar dalam aku tanpa kehadiran aku pun boleh menang”. Begitulah ketakburan dan kekufuran calon-calon BN semasa UMNO begitu kuat dan perkasa dahulu.

Kekuasaan yang diberikan rakyat diterima dengan sikap sombong dan angkuh seolah-olah sokongan itu datang dengan sendirinya buat selama-lamanya. Mereka lupa bahawa kuasa itu didapati dengan keizinan yang Maha Esa. Firaun begitu takbur dengan kuasa sedangkan kuasa itu bukan kuasanya. Apabila diambil oleh yang MAHA Esa Firaun tidak pun ada cara untuk menyelamatkan dirinya tenggelam di dalam Laut Merah itu.

Situasi sekarang memberi pelajaran kepada kita. UMNO sedang merasakan peritnya menjadi parti pembangkang di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Saya juga mendengar di hujung-hujung telinga saya yang Sarawak pun BN akan menerima nasib yang sama. Kalau benar apa yang didengar, maka itu merupakan satu lagi kejatuhan dinasti besar yang selama ini tidak siapa pun boleh mendekatinya.

Seperti di dalam pelajaran Matematik, untuk memberikan jawapan yang tepat kita mesti tahu ‘formula’nya dengan betul. Jika ‘formula’nya diikuti dengan tepat, jawapannya akan menjadi tepat. Kalau kita salah menggunakan ‘formula’nya jawapannya akan tetap salah.

Begitu jugalah dalam politik; ‘formula’nya kena betul. ‘Formula’nya ialah; apabila berkuasa jangan letakkan hidung di dahi. Kesombongan yang tidak terkawal menjadikan kita takbur dan kufur nikmat yang dibenci Tuhan. Selama ini ‘formula’ itu tidak lagi dipakai dan diikuti.

Jika kita diketepikan anggaplah itu sebagai penyucian kepada dosa dan noda politik yang telah selalu dilakukan oleh pihak kita. Ulamak yang muktabar pernah berpesan “Kalau mendapat benda yang buruk, jangan dibuang terus, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Jika mendapat benda yang cantik-cantik, jangan terus diterkam, mungkin ada celaka di sebaliknya”.

23 comments:

Anonymous said...

Tak dapek den nak sangkal apo yg kau cakap. Boto jang, boto!

eekaa said...

baik ini,

brader said...

kah3..belum dato' tulis..aku dah kata betul..

jika sudah ditulis..lagi la betul..kah3

setuju dato'..setuju bangat sehh..kah3

mrjack said...

“Aku hantar seluar dalam aku tanpa kehadiran aku pun boleh menang”

hahaha.. epik!

Pondok Hati said...

Biasanya bila memberi komen kepada mana-mana blog saya agak provokatif.Tapi oleh kerana tulisan Tuan amat baik, mungkin ditulis dari hati tuan,ianya terus meresap ke sanubari saya selaku pembaca.

Cuma saya risau, diluar bandar tak ramai yang dapat mengikuti tulisan tuan,cuma khalayak yang menggunakan internet sahaja yang dapat menikmati pandangan yang sebegini. Penduduk luar bandar masih lagi menggunakan RTM,TV3 dan akhbar arus perdana. Jika mereka tidak mendapat maklumat yang baik mungkin PRU 13 nanti mereka terus di takuk lama.Kalau nak dengar berita alternatif pun kena dengar ceramah politik.Ceramah politik kadangnya banyak juga yang mengarut.

Broadband jugak cukup bemasalah, untuk membaca tulisan Tuan saya kena tunggu 3 hingga 5 minit baru abis download.(RM98/month)

Tq Tuan, you write, I read.

Anonymous said...

Kufur nikmat memang bahaya.... maka jadi ingatan kepada kita semua.... orang Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat...... Tuhan dah beri kita Malaysia sebagai Tanah Air... maka bersyukurlah kepadaNya dan jagalah Malaysia ini baik-baik.....

anak Selangor

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Bro, A Good Article. Keep on writing.

P/S On a Lighter note, In the para "Dosa yang ada pada diri saya pun tidak terhisap".. I think u should replace the "p" with "b", because it would give a different meaning and impression. hehehe

-Kekawan

Anonymous said...

Salam Bro Aspan.

Sebenarnya semua yang Tuan sebut tu ada kebenaran nya...

Tapi cuba Tuan lihat Singapore.... sekarang nampak PAP lebih kuat walau pun dah 45 tahun dan mereka semua faham kehendak rakyat...

Tak da rasuah.. Pemipim pun ada otak..


BN/UMNO..... kebanyakan tak cerdik ... Cuba tuan lihat Ketua Bahagian di seluruh Selangor.... 3/4 semua pandai2 ada 3 - 4 orng dapat Doktor(PHD) tapi tak berani pakai Dr...


Ahli Umno (lama)

Kamen Rider Black~ said...

Pondok Hati:
Itu bukan broadband..itu berukband namenye :P
Kalo area rural tu mmg RTM n Utusan Meloya je ler yg sampai...


Bro Aspan:
1-Ape yg bro tulis ni mmg hakikat yg berlaku skrg...tp faham2lah, kalo pemimpin2 UMNO ingat pada ALLAH dan berpegang kpd janji2 NYA, xdenyer rasuah2, korupsi n bermcm jenis vices yg berlaku skrg...
2-Kebanyakan bdk2 muda (islam) yg sokong UMNO nie sememangnya kurang pengetahuan agama dlm erti kata lain seorg yg jahil...nie blh kita perhatikan dlm lmn web sosial spt facebook...kenyataan yg diorg kluarkan mmg dah merosakkan akidah diorg...cth: "berdoa2 la byk2..asyek mtk pd Tuhan aje..lame2 tuhan pon boring".."asyek2 pakai ayat Quran yg same aje, ayat ni dah lapuklah"...sedih aku tgk,,kite nie bknnye alim sgt, tp atleast kite tau gak kat mane batas2nye..

Kesimpulannya, kita kena kembali berpegang pd Al-Quran dan Sunnah..tanpa ikut 2 item yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan pd kite nie..tu yg jd kufur nikmat & etc..

just my 2 cents...

mahaza said...

Tidak boleh ku bayangkan jika PRU-13 tetiba BN beralih menjadi pembangkang. Apa akan terjadi kepada semua bangunan kerajaan yang ada sekarang terutamanya Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan/ Apakah akan dikepung oleh FRU seperti SUK Selangor dikepung oleh FRU apabila BN kalah PRU-12. Hasilnya.... banyak dokumen dah melalui shredder dan tinggal untuk direcyclekan. Ucap tahniah kepada kepimpinan baru? Memang tak mungkin ujud dalam kamus sebab Pakatan Rakyat dan penyokong mereka adalah penderhaka pada mata mereka yang gila kuasa ini.

Sideline said...

Encik Aspan,

Para pemimpin2 Malaysia mesti diingatkan bahawa zaman feudalism sudah tidak lagi diterima di era moden dan demokrasi. Yang masih mengekalkan system feudal cuma negara seperti Korea Utara. Kita tidak perlu diingatkan bagaimana keadaan negara tersebut dari segi ekonomi dan pembangunan rakyat mereka.

Sudah tentulah kita mahukan kan yang lebih baik untuk negara kita ini.

Saya berharap karya Encik Aspan dapat difahami oleh pemimpin kita dan inpirasi rakyat keseluruhan.

Anonymous said...

mohon doa dimakbulkan Tuhan..BN akan tumbang pada PRU13!!

mo said...

Aslam tuan aspan, Mungkin dgn kesempurnaan hari kemerdekaan, tulisan tuan dan sangat hebat dan cukup mengagumkan hari ini. Syabas. Apa yg di bentang oleh tuan hari ini cukup bagus, hingga saya tidak mampu nak komen. Apa isi dikandung nya sugguh jelas. Sudah tentu siapa yg makan cili maka ya merasa pedas. tq wasalam.

Aspan Alias said...

kekawan,

Nakal juga you ni. hehehe.

yindanyan said...

Dear Aspan,

Interesting observation.
By extension we can see that it also reflects the political class is an irrelevant group of people from whichever sides they come from.
That is the trend worldwide. In fact in many cases there is no such thing as majority of the people go into the voting process since the majority of the population are no longer interested in voting They simply do not vote anymore.
They don't believe in democratic process anymore.

How can one believe in democracy when you can see evidently in Iraq and Afghanistan that people were virtually bombed to accept the voting system. That is the choice?

Putting democracy in place is nothing but a show of corporate hegemony. Who gets what in the war and in the so called democratic games.Politicians are but servants to corporate hegemony. This makes the politicians becoming more irrelevant especially when the rakyat are just becoming workers trapped on the capitalists conveyor belt. It is an 8-5 world where even islam is up for sale including the tok gurus sold in jus tok guru.

From an islamic angle, why must we go for a system that requires us to give up islamic governance every 5 years and subject to the majority to vote for islam again. And talking about majority the muslims are already a majority in this Tanah Melayu already.

How can we subject islam to the ballot box? And of course I can't see any potential from politicians still promising tarred road, electricity and water supply and worse from tok gurus giving up islam to the voters every 5 years.

Salam Ramadhan.

yy

The article below is very relevant if anybody is interested:

The Political Class in Crisis
by Shaykh Dr. Abdalqadir as-Sufi

http://www.shaykhabdalqadir.com/content/articles/Art110_31072010.html

Aspan Alias said...

yindanyan,

Thanks for dropping by and I am exceedingly fascinated reading your bigger and wider observation of politics.

I am indeed very grateful with your input which I overlook and that is another fresh opinion that comes fro a serious reader like you.

Do drop by again as your enlightening view is very soothing to read.

Thanks bro.

Anonymous said...

Nice piece, very relevant to todays predicament faced by our leadership, the system of selecting good leaders had been hampered by corruption. So here we are. Let us pray for the wellbeing of our tanah tumpah darah. Salam Ramadhan

schenker78 said...

We need clarity on who is supposed to have these privileges. Are only Malays and Bumiputras entitled? Definitely, yes. But, why are mamaks requesting to enjoy the same?

By Jamiliah Kassim

Being a Malay, I must say "thank you" for advocating to let the Bumiputra quota stay, albeit your much embarassing, ridiculous and amusing criticisms on meritocracy.

However, we need clarity on who is supposed to have these privileges. Are only Malays and Bumiputras entitled? Definitely, yes. But, why are mamaks requesting to enjoy the same?

Why can mamaks be made Malays? Where on earth can a person convert his race through religion? Obviously this is unacceptable. UMNO is for Malays, and Malays are exclusive of mamaks. UMNO, being fighter for Malays' rights, should rectify this false definition.

Regards,
Jamiliah Kassim




The Malays have just realized that their race, postion and power has been hijacked?

Then bacalah:
http://thestar.com.my/lifestyl...=lifefocus

“The Mamaks are a close knit lot,” she said in between sips of coffee. “The family network is very important and though there may be several clans, we take care of each other. They are also very loyal and expressive – maybe it’s the immigrant trait.”

The Mamaks she means are the ones from Penang and probably bits of Kedah.

And from Malaysiana1 website:
http://malaysiana1.b******t.co...calls.html

Tan Sri Nor Mohamad Yakcop (cabinet minister).
Tun Daim Zainuddin (ex-cabinet minister).
Tun Dr Mahathir Muhammad (ex-Prime Minister).
Khairy Jamaluddin (Umno Youth chief).
Tan Sri Ismail Merican (health ministry director-general).
Tan Sri Hassan Marican (national petroleum company Petronas chairman).
Datuk Dell Akbar Khan (ex-Selangor police chief).
Tan Sri Zaman Khan (ex-prisons department director-general).
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Perak chief minister).
Datuk Seri Anwar Ibrahim (opposition leader).
Tan Sri Elyas Omar (ex-Kuala Lumpur mayor).
Tan Sri Kamaruzzaman Shariff (ex-Kuala Lumpur mayor).
Datuk Azeez Rahim (Umno supreme council member).
Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzir (ex-cabinet minister).
Datuk Seri Zainuddin Maidin (ex-cabinet minister).
Datuk Seri Shahrizat Jalil (cabinet minister).
Tan Sri Osman Aroff (ex-Kedah chief minister).
Datuk Ahmad Ismail (Penang Umno leader).
Tan Sri Rahim Thambychik (ex-Melaka chief minister).
Datuk Seri Muhammad Ali Rustam (Melaka chief minister).

East Malaysia
Datuk Seri Musa Aman (Sabah chief minister - Kadazan and Indian Muslim).
Datuk Seri Harris Salleh (ex-Sabah chief minister - Berunai and Indian Muslim).
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (deputy cabinet minister - Kadazan and Indian Muslim).
Datuk Illyas Ibrahim (Kota Kinabalu mayor - Kadazan and Indian Muslim).
Datuk Jema Khan (Sabah Umno leader - Kadazan and Indian Muslim).

mtgbertam said...

Artikel yang sederhana dan ada fakta.

Kalau BN mahu mengekalkan kuasa, jangan layan pembangkang seperti komunis atau parti haram. Terima sebagai pelengkap kepada proses mentadbir negara.

TEROPONG UMMAH said...

Betul tu tuan

Hanz Newman said...

Saya sokong tulisan Dato yang berpaksikan kepada nilai kebenaran, ketelusan dalam agama kita, Islam. Jika arena politik negara berabad dulu sebegitu terbuka lagi adil kepada semua parti yang bertanding, nescaya UMNO-BN (Perikatan) mungkin sudah lama kalah di kebanyakan negeri & mungkin juga tidak memerintah negara sejak tahun 90an lagi. Ya, susah sungguh menjadi pembangkang di negara ini. Banyak penindasan, sekatan yang tak adil, sepertinya 2 orang berlawan tinju dengan seorang bertutup mata (blindfolded)lagi berikat rantai besi di pergelangan kakinya. Even so, time has eventually changed that trend a bit, with the alternative fronts are becoming more alive & kicking these days.

here hoping UMNO-BN kalah PRU13 supaya semua kita kembali insaf, sedar diri, belajar daripada kelemahan diri sendiri & juga daripada kelebihan lawan politik. That's for good sake of all of us too.

AMENO Chacha Marba said...

KITA PERHATIKAN BEBERAPA ASPEK KEADAAN ORG KITA

1)ORANG MELAYU SKRG INI AMAT TERCABAR DARI SEGI UGAMA,POLITIK,SOSIAL DAN EKONOMI...walaupun jumlah penduduk MIM >60%,PENCAPAIAN EKONOMI cuma 18% SAJA.(up till 2009)not even 30%
..PENCAPAIAN POLITIK..2008:55% undi BN VS 45% undi PR
..PENCAPAIAN UGAMA..TGK SAJA KES BUANG ANAK,BUNUH DIRI,RASUAH,MURTAD
..PENCAPAIAN SOSIAL..KES LARI RMH, PENAGIHAN DADAH,ROGOL,JENAYAH,PATI MELEBIHI 2JUTA,PENCEMARAN DLL...

2)Org MELAYU melalui UMNO DAH KURANG KEKUATAN & ADA TANDA2 MEROSOT DAN CADANGAN2 UBAH SUAI DAN BAIKPULIH...TGK SAJA REAKSI ORG2 MUDA TERHADAP UMNO...DPM MUHYIDDIN PUN ADA MERASA TENTANG PERSEPSI NEGATIF INI..UMNO X action

3)KONSEP PERPADUAN DIANTARA UMNO DAN PAS,PRO & CON,BOLIH DAN TAK BOLIH...HALANGAN DSB..APA DIA?? PERLU DIANALISAKN & DIDALAMI/DISELAMI

4)KALAU TAK BOLIH BERSATU,OPTION NYA,2 PARTY SYSTEM,KEMANA ARAH PUN "MIM MESTI PEGANG TERAJU MEMERINTAH"
WAJIB,ORG2 MUDA MIM WAJIB TENTUKAN DAN BERJUANG SEKERAS2NYA MIM PEGANG TAMPOK PERMERINTAHAN.....

5)BAGI 60% MIM,GALAKAN EKONOMI 50% UNTUK MIM,BUKAN HANYA SETAKAT 30%..
AJE DIMANA CUMA CAPAI 18%...TGK SAJA SINGAPURA;75%CA,EKONOMI90%...
INDONESIA,THAILAND,PILIPINA;CA 5%-10%,control 70%-80%EKONOMI....

6)KESTABILAN SISTEM SOSIAL KITA KENA ADA UNSUR2 POSITIF..CARA ORG2 MELAYU,..BUKAN HANYA TIRU DAN IKUT CARA2 BARAT DGN BUDAYA KUNING MEREKA SAJA..PERLU ROMBAK SEMULA DASAR2 SISTEM SOSIAL KITA..
DI JEPUN,KITA TGK SISTEM SOSIAL,BUSHIRO MEREKA DPT MEMBENTING DIRI RAKYAT MEREKA DARI PENGARUH BARAT,CUMA AMBIL YG BAIK & BERMUNAFAAT AJE..TPI KITA DIMALAYSIA TIDAK...KALAU IKUT BARAT,ORG MIM LEBIH TERROR(HEBAT)DARI ORG2 BARAT DAN KALAU TIRU ORG ARAB,LEBIH ARAB DARI ORG ARAB!!!

##SATU NASIHAT: UMNO perlu tukar image, REBRANDING dgn segera dari skrg(sepatutnya dari 2008},jika tidak UMNO akan kecundang mcm parti lama>50thn diIndia,Taiwan,Jepun,Germany,Aust dll...

Sistem 2 parti atau 2 coalition di Malaysia;BN vs PR,sudah wujud mcm di USA,UK, AUSTRALIA & kebanyakan negeri diEUROPE & negeri2 demokrasi lain didunia ini. Mungkin perkara ini perlu dilihat dari sudut,Kerajaan memerintah MESTI diterajui olih MIM...jadi kalau BN,org MIM perintah;dan PR, MIM juga perintah!! ...Alternatif nya,UMNO,PAS,PKR >>satu gabungan, DAP,Gerakan,MCA >>satu gabungan, & MIC,PPP,Makkal Sakti,IMP>>satu gabungan.
MAKA JADILAH MALAYSIA SATU DEMOKRASI berunsur PERKAUMAN!!! Mungkin akan timbul masalah lain,yg lama dan yg baru akan timbul,dimasa2 mendatang.....

##SATU NASIHAT:UMNO KENA LAH REVAMP SKRG..1)GET RID AHLI2 KORUP YG JADI BATU PENGHALANG KPD ASPIRASI PERJUANGAN ORG2 MELAYU &BUMIPUTERA....2)MIM TOLONG MIM DLM SEMUA ASPEK,LGI PUN 90% MIM DLM JABATAN2 KERAJAAN.. 3)MATLAMAT EKONOMI:>50% BUKAN 30%,KERANA NI NEGARA KITA,65%MIM &BUMI!!!4)BUAT PILIHAN PEMIMPIN YG MUDA2 UMUR 35 KE 48 UNTUK MENERAJU UMNO MCM OBAMA...
KALAU TAK UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG LEPAS PRU 13,DGN MIM PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH
AMACAM?? NANTI JADI LAH MALAYSIA DUA PARTI SISTEM:BN VS PR..MCM DI USA,UK,EURO DSB...BAGUS JUGAK KAN?? LEPAS TU MENANGIS AIR MATA DARAH PUN DAH TAK GUNA LAGI DAN ORG MIM KENALAH TERIMA HAKIKAT PERIT,MCM PARTI LDP DIJEPUN,CONGRESS PARTY DI INDIA, KUOMINTANG TAIWAN..!!!!JADI CAMNE?? NAK KENA LAKSANAKAN LAH SEGERA PER2 DIATAS....BETUL TAK???

##SATU NASIHAT:KITA TAK BOLEH GENERALISE YG UMNO MASIH KUAT MENJELANG PRU 13(2012/2013)...dari majoriti kerusi Dewan Rakyat(140 tolak 82 kerusi)BN cuma ada jumlah majoriti 50000 undi saja pada 50 kerusi...Untuk PRU13,UMNO PERLU DI RESTRUTURE KAN...ADA >3JUTA AHLI UMNO SKRG.TAK BOLEH KE DIBUAT TALENT SEARCH???KALAU KITA BOLEH CARI FINALIST "MALAYSIAN IDOL" ATAU "ONE IN A MILLION" DSB,KENAPA TAK ADAKAN "PERADUAN MEMILIH & MENCARI PEMIMPIN MUDA" DARI >3JUTA AHLI UMNO??? KENAPA ASYIK ORANG LAMA TU..AJE??? TAK ADA PEMIMPIN MUDA YG BERWIBAWA KE???MCM BARACK HUSSEIN OBAMA DI USA ATAU CAMERON MITCHELL DI UK??

IR. MALAYSIAN 2020 said...

HISTORY always teach us something,even though things had happened in the past.
MALAYSIA should make the subject of HISTORY or SEJARAH MANDATORY like in the USA,where even foreign students has to pass the suject in order to pass the exam, just like we impose a pass in BAHASA MALAYSIA and ENGLISH...!!!(DPM take note!!)


There is NO question of Malay "fear"with regards to protecting one's interest in the country that one loves!!!If you read back HISTORY,the start of the Malays presence in Peninsula Malaya(or the Golden Peninsula,term by the Hindu Kingdom and the Chinese China,1000AD),was after Parameswara the Prince from Majapahit,Java landed in Muar,Johor in 1399/1400 AD(or earlier 1250?) and later established the Malay Sultanate of Malacca from 1400 to 1511.
From 1511 to 1951,Malaysia evolved from being ruled by the Portugese(from Portugal),the Dutch(from Holland),the British(from UK).Between the rule of the Dutch and the British,Malaysia was nearly ruled by the French,if not for the deals between the Dutch/British that resulted in the British taking Malaysia and the Dutch taking Indonesia.Then there was a short stint by the Japanese(1942-1945) and the failed attempts by the Communist(1946-1989)....These are HISTORICAL facts,which have already HAPPENED..!

From 1946 to 1955,the Malays again,rose from their awareness that they have to determine their FUTURE DESTINY,in taking care of Malaya,FOUGHT for Malaya's independence from the British rule.

Finally between 1955 to 1957,the British agreed,but on condition that the other races,the Chinese and the Indians,BROUGHT in by the British in the late 1890s,(to work in the rubber plantations & tin mines )are to be included in the INDEPENDENCE of Malaya process,whereby there were a few conditions;

like CITIZENSHIPS of those who were already in Malaya by the year 1955;LANGUAGES;EDUCATION; RELIGIONS and the Malay's SPECIAL RIGHTS and the SULTAN SPECIAL POSITIONs.
THESE,again were and are HISTORICAL FACTS,some are written,some are mutual understanding at that
time,some are unwritten understandings...

So,the MALAYS have to always ASSERT themselves,time and time again to ensure that their INTERESTS
are ASSURED and PROTECTED,just like what the Chinese NGOs,(Hua Zong,Chinese Chambers of Commerces,etc),the Indian NGOs(Hindraf,Sangam,etc)are doing for their own race..!!!

WHY,IS IT EVERY TIME THE MALAYS WANT TO BRING UP CERTAIN ISSUES,THEY ARE CALLED RACIST...???
BEING FEARFUL..?? of WHAT..??? of WANTING to ASSERT their RIGHTS..?? WHAT ABOUT THEIR DEMOCRATIC RIGHTS???
or you would rather want to see the MALAYS be like the ABO in Australia??or the RED INDIANS in the US
or the South Americas..??or the Africans in the South Africa during the APARTHEID regime..???..Then you
DEFINITELY see another AWARENESS rise of the MALAYS,like you see in some parts of the world currently.......THINK DEEPLY AND SINCERELY ABOUT THE MALAY'S FUTURE DESTINY in our BELOVED MALAYSIA...!!!!for PEACE and HARMONY....!!!!!