07 March 2011

Berilah tempat kepada Ibrahim Ali

Pilihanraya umum akan tiba tidak lama lagi. Tanda-tanda dan dalilnya sudah banyak kita lihat dan perhatikan. Piliharaya Sarawak akan sampai selewat-lewatnya pada bulan Julai ini tetapi tanda-tanda ia akan berlaku lebih awal memang jelas. Orang-orang politik yang bercita-cita tinggi sudah mula mundar mandir dari kawasan masing-masing ke Kuala lumpur untuk mencari jalan menjadi calun dan ada juga yang sedang mencari peluang untuk medapatkan peluang perniagaan semasa pilihanraya sudah hampir ini.

Di bahagian-bahagian UMNO sudah ramai yang sedang memasang badan dan mendekati rakyat untuk mendapat sokongan jika diberi peluang menjadi calun. Masalahnya setiap kawasan Parlimen atau DUN hanya seorang sahaja yang akan dicalunkan sedangkan yang memasang badan terlalu ramai. Ketua-ketua cawangan sudah mula mendapat ‘handouts’ mereka yang bercita-cita dan ketua-ketua cawangan ini sedang mendapat perhatian istimewa dari ‘bakal-bakal’ calun ini.

Itu cerita di peringkat kawasan. Di peringkat pusat pula ramai penggiat politik juga sedang memasang badan dan selalu sahaja muka-muka dan wajah mereka terpampang di dada-dada akhbar. Kali ini Ibrahim Ali misaknya dengan cekap mengucapkan tahniah kepada UMNO dan BN kerana berjaya di dalam PRK Kerdau dan Merlimau walaupun beliau melangkah ke Parlimen dengan sokongan PAS.

Ibrahim ini pandai orangnya. Beliau sentiasa berada dalam perhatian pimpinan dan orang ramai kerana beliau itu adalah Ibrahim Ali. Semasa beliau dipecat dari UMNO kerana bertanding sebagai calun bebas beliau adalah orang kuat Nik Aziz. Pada masa itu Nik Aziz adalah orang yang tersangat mulia dan dihormati oleh Ibrahim dan kebijaksanaan Ibrahim jugalah yang meyakinkan Nik Aziz untuk membenarkan Ibrahim bertanding menggunakan simbul PAS dan beliau telah mendapat majoriti melebihi tujuh ribu undi.

Sekarang Nik Aziz dan PAS dimusuhinya kerana ingin mendapat tempat di dalam parti yang memerintah. 'Habis madu sepah dibuang'; itulah ibaratnya perlakuan Ibrahim kepada PAS dan Nik Aziz yang dipujanya semasa kesaorangan dahulu. Sekarang Nik Aziz seolah-olah tidak ada langsung budinya kepada Ibrahim dan tidak bernilai walaupun se zahrah bagi beliau.

Semasa Ibrahim bertanding di dalam PRK di Pasir Mas beliau hanya mendapat 600 undi sahaja kalau tidak silap saya dan telah hilang wang pertaruhannya. Dengan menggunakan pengaruh PAS dan Nik Aziz, Ibrahim berjaya menjadi Ahli Parlimen yang lantang dan didengari oleh semua orang. Sekarang Ibrahim sudah berputus arang dengan Nik Aziz dan PAS seperti dia berputus arang dengan UMNO selepas beliau dipecat sehinggakan beliau sanggup bertanding di atas tiket bebas untuk menentang UMNO.

Ibrahim orang berani mengambil keputusan asalakan sahaja beliau berada di dalam arus politik tanahair.'He will always be at the buttered side of the bread' kata setengah yang memberikan pendapat tentang Ibrahim.

Itulah sebabnya saya selalu menasihati kawan-kawan yang sama-sama mengenali Ibrahim Ali ini supaya jangan diikutkan sangat gelagatnya semasa berbaik dengan dia sebab pada bila-bila masa beliau akan meninggalkan kita. Sebaliknya jika kita berada dalam situasi yang bertentangan dengan beliau jangan membenci beliau habis-habisan kerana pada bila-bila masa sahaja beliau akan datang bersama kita apabila beliau ditinggalkan oleh kawan-kawan dan kumpulannya. Di dalam politik Ibrahim mengikut resmi air; di mana lekok di situ dia berhenti.

Kepada UMNO dan BN elok diterima Ibrahim ini sebagai calun dalam pilihanraya kali ini dan kawasannya tidak lain dan tidak bukan ialah Pasir Mas. Ibrahim telah dipecat seumur hidup dari UMNO dan tidak tahulah caranya UMNO untuk menerima Ibrahim sebagai ahli kepada parti itu. Tetapi rakan-rakan beliau yang masih berada bersama beliau hari ini mencadangkan supaya Ibrahim diberikan keistimewaan sekali lagi untuk bertanding sebagai calun bebas tetapi menggunakan simbul BN seperti yang beliau lakukan bersama PAS dalam pilihanraya UMUM yang lalu.

Saya mengenali Ibrahim dengan dekat. Saya tahu apa yang dimahukannya. Beliau mahukan tempat di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kata rakan-rakan yang rapat beliau mengharapkan akan mendapat sokongan Dr Mahathir untuk mempengaruhi UMNO atau bekerjasama dengan UMNO untuk bertanding di Pasir Mas. Pada hemat saya berikan sahajalah tempat kepada beliau supaya politik kita tidak bising sangat. Berilah tempat kepada beliau kerana beliau ialah Ibrahim Ali.

Beliau adalah seorang yang cekal. Bermacam-macam orang mengata beliau. Mohamad Sabu memberikan beliau gelaran ‘Datuk Kaya Parti’ kerana terlalu banyak parti yang beliau sertai bermula dari parti Berjasa sampailah tidak ada parti sekarang ini. Lim Kit Siang pula memanggil beliau sebagai katak dan banyak lagi gelaran yang didengari untuk Ibrahim ini.

Pengaruh beliau sebagai ketua kepada PERKASA mungkin boleh membawa sedikit sebanyak undi untuk UMNO dari kalangan orang Melayu walaupun MCA mungkin tidak bersetuju. Elok jika Ibrahim ini masih berada dalam politik negara kita walaupun beliau sentiasa berubah-berubah pendirian mengikut keadaan dan masa.

Ibrahim Ali ini penting untuk berada di dalam arena politik negara. Ibrahim ini penting ibarat pentingnya garam dalam masakan kita. Dalam masakan kita mesti ada garam, barulah masakan itu sedap dimakan.

Tetapi gunanya garam ini hanyalah setakat sesedap rasa sahaja. Kalau banyak sangat dibubuh garam di dalam masakan kita masakan itu akan terlalu masin untuk dijamah.

Tetapi yang pentingnya garam itu mesti ada untuk mengenakkan masakan.

21 comments:

Anonymous said...

He he he he!!!

Anonymous said...

Aspan,
Tidak ada tempat untuk Ibrahim Ali di Pasir Mas dimana-mana pihak sekalipun. Daftarlah Perkasa sebagai parti politik dan kita lihat Ibrahim Ali hilang deposit sekali lagi. Lepas PRU 13 akan tamatlah riwayat politik AI.

Pak Tua.

Fooart said...

Saudara Aspan,

Orang macam Ibrahim Ali ini tak layak dijadikan pemimpin. Pandai menggunakan orang lain untuk menaikkan diri dia. Bagi setengah orang akan memuji beliau sebagai "opportunist" tapi yang sebenarnya dia ni jenis manusia "selfish". Buang saja orang macam ni.

Anonymous said...

Aspan,

You ni serius ke promote Ibrahim Ali ni? Kau biar betul!!!

Bingong aku!!


ZM

Anonymous said...

Memberi tempat kepada Ibrahim Ali samalah seperti memberi tempat kepada Abdullah bin Ubay (bapak kepada segala Munafik)

Anonymous said...

Cubalah tulis tentang orang lain dari IA ini. Dia racist. Saya menolak BN kerana Ibrahim Ali.

Maaf saudara, bukan saya tidak suka semata-mata kerana tidak suka.

Ibrahim Ali terlalu racist buat rakyat Malaysia.

Lee Kuan

Anonymous said...

Aspan sahabat ku,

Saya pernah menyokong Ibrahim kerana saya orang Pasir Mas.

Kami yg kenal Ibrahim, bukan Aspan. Kalau Ibrahim nak bertanding juga di Pasir Mas, silakanlah.

Kita akan beritahu seluruh rakyat Malaysia yg Ibrahim bukanlah orang yg kami di Pasir Mas boleh terima.


KLM

Anonymous said...

Aspan Alias,

I hope you are not serious. Just that.


THG

Teropong Ajaib said...

Salam Tn. Aspan/semua,

Pendapat saya :-

Dulu, IA memang lantang dan bernas di dalam membuahkan pendapat. Ucapan dia macam naga, berapi-api.

Kini IA, kalau garam ke...! ajinomoto ke...! takpe lagi....! Tapi IA dah jadi monsanto. Habis Berjasa, UMNO, Pas kena racun. Nak masuk Pas, Mat Sabu dah tunggu. Nak masuk UMNO, Kinabinatangan dah tunggu.

Lebih2 lagi lepas keluar ICU ni, dia dah hilang sengat.

Si Labi kata "Ini tidak adil..."

Satu solusi, Malaysia ni kan.. negara demokrasi. Kalau IA nak jugak jadi YB, standlah sendiri macam dia standkan Perkasa.

Heh. heh..!

"Teropong Ajaib"

Anonymous said...

Kepada semua,

jika kita bayangkan BN kalah kita boleh tengok macam mana beliau lompat lagi.

lagi satu kita bayangkan Dr Mahathir sudah tiada lagi; apalah tindakan Ibrahim pula.

Lompat lagi!! Kalau DAP menang beliau akan salin kulit dan lupakan perjuangan Melayunya.

Kita sudah boleh agak dan teka semua langkah beliau sebelum beliau melangkah.

shaun

Mangego said...

Hidup Perkasa Hidup IA. Tak suka la cien cien tu.

Anonymous said...

Pada awal tahun 70an, Ibrahim President Mitsu( student Union MIT) dan Anwar pula President Student Union UM. Dua2 kena tangkap ISA dan masuk Kemunting.

Dua minggu kemudian Ibrahim Ali dilepaskan. Dia bagi pc. nak concentrate study diMIT. Anwar dan beberapa student kena 2 th merengkok diKemunting.

Itulah kelebehan Ibrahim. Orang macam Nik Aziz pun bolih tertipu dan bagitu jugalah pemuda-mudi yg menganggotai Perkasa sekarang. ditipu hidup2 olih Brahim.

Anonymous said...

uncle Aspan...

bg dia bertanding kek Kolo Pilah....
mau ka?

Anonymous said...

Mat Sabun memang kreatif dalam hal name calling tetapi tidak tahu macam mana hendap mempatenkan sesuatu istilah yang diciptanya agar tidak diciplak oleh orang lain. Kalaulah istilah al-Juburi menjadi hak mutlak Mat Sabun, boleh buat duit tu!

kah kah kah

Anonymous said...

Jangan samakan IA dengan Zaid. Ia ibarat langit dan bumi.

Lebih tepat kalau dibandingkan IA dan Anwar kerana dua-dua adalah AP.

Dalam konteks dikelentongi, hanya masa yang akan menentukan perasaan sebenar tok guru.

Berdasarkan perkembangan terbaru, sudah tentu tok guru tidak mahu lagi dikelentong hidup-hidup oleh dap/pkr.

Cumanya siapakah (antara IA/Anwar) yang tok guru telah tobat tidak mahu ditipu sekali lagi?

ha ha TST.

ATAS PAGAR

Anonymous said...

LKS tu cakap tak serupa bikin. Katak yang tidak menguntungkan partinya akan di perlekehkan tetapi katak-katak yang diwar-warkan bakal menempatkan PR di Puduraya pada 16 September 2008 dia diamkan saja -- hipokrit tu.

Anonymous said...

Anoy ku di atas:

AI : anak jantan yang melawan

IA: anak jantan yg entah apa2.

dna said...

ha ha ha best ever comment/story about IA........... Kalau IA tak malu bertanding la lagi di mana2 termasuk Pasir Mas... kalu x malu la............. he he he

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Perbandingan seperti garam dalam masakan?

Kencing cencorot adalah lebeh tepat.

Sudah serik dengan gelagat IA menchampionkan hak-hak semasa.

ashintura said...

“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

Huraian :

Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Petikan Sumber : http://nurjeehan.wordpress.com/2007/01/19/sifat-sifat-munafik/

Adukajebat said...

btenang YB. org2 yg bg komen ni buknnye org pasir mas. ckp jer tp x tentu btul. iyerla.. geng PAS kn marah bila YB turn out 360 dgree. teruskn jela btnding kt situ. yg memilih adlah rakyat kebanykn. bukn suara2 sumbang dlm ni.