29 March 2011

Jangan ambil alih tugas Tuhan

Berbagai-bagai cara masing-masing pihak untuk menegakan kebenaran masing-masing. Cara yang paling popular di kalangan pihak-pihak yang bertelagah ialah dengan membawa isu agama. Satu pihak mengatakan yang pihaknyalah yang paling benar dari sudut pandangan agama.

Ada pihak memberikan alasan yang mereka melambakan aib seseorang dengan isu seks kerana agama. Katanya nak jadi pemimpin tidak boleh terlibat dengan seks. Walaupun belum tentu seseorang yang dituduh itu benar melakukannya nampaknya kita sudah boleh mengaibkan orang itu dan tidak payah mencari saksi-saksi yang muktabar. Tetapi mereka tidak pula menyalahkan pihak yang melakukan iniaya dengan merakamkan orang lain yang sedang bersetubuh itu. Kerana apa? Kononnya kerana agama.

Ada pihak lain yang tidak percaya dengan isu itu menuduh pihak lain melakukan konspirasi politik yang menjijikan kerana ingin mempastikan kuasa yang enak dipegang itu tidak jatuh ketangan pihak lain. Masing-masing dengan alasan masing-masing dan semuanya mengaku kerana hendak menjaga kesucian agama.

Mengintai dan merakamkan orang lain sedang bersetubuh di dalam bilek yang berkunci itu apa hukumnya? Tidak pula diketengahkan persoalan ini. DAN yang paling hebat berbahas ini ialah orang-orang yang belum lagi melihat video yang menjadi isu itu tetapi bercakap dan bercerita seolah-olah orang yang dituduh berzina itu dilakukan depan mata mereka sendiri.

Berzina itu haram, tetapi kenapa tercari-cari dan terintai-intai orang yang sedang berzina itu. DAN kenapa pilih hanya orang yang tertentu sahaja? Kalau benar isu tegahan agama adakah mengintai dan memilih seseorang yang tertentu sahaja itu disuruh agama? Carilah jawapannya dengan jujur.

Yang di cegah agama bukan sahaja berzina tetapi ada yang lain yang lebih besar dosanya dari berzina. Kenapa tidak tekankan yang rasuah itu lebih besar dosanya. Maklumlah, agama kita mengkategorikan manusia yang rasuah itu sama seperti memakan daging saudaranya sendiri. Kenapa tidak intai dan videokan kegiatan rasuah di dalam jabatan-jabatan kerajaan, pejabat-pejabat MB-MB dan Menteri-Menteri?

Yang melakukan kerja-kerja ini kebanyakannya dari orang Islam. Saya ingin bertanya, bagaimana pula, bagaimana agaknya pendapat saudara/i sekelian tentang peperangan Shifin, iaitu peperangan di antara kumpulan Saidina Aisyah yang disokong oleh muawiyah dengan puak yang di ketuai oleh Saidina Ali? Ini merupakan peperangan di antara Islam dengan Islam yang pertama yang telah mengorbankan ribuan nyawa? Boleh sesiapa menentukan siapa yang bersalah?

Kita perlu diingatkan yang Saidina Aisyah merupakan janda Muhammad s.a.w. dan Ali pula adalah menantu dan sahabat Rasul? Adakah anda hairan perbezaan di antara Islam dengan Islam? Saya menekankan jika ilmu tentang Islam itu nipis seperti saya juga, elok kita jangan cuba merendahkan kedudukan seseorang di sisi tuhan, kerana itu adalah tanggungjawab yang Maha Esa sahaja.

Menuduh orang lain lalai dengan Tuhan seolah-oleh diri mereka lebih baik itu merupakan kerja yang tidak di tuntut Tuhan. Yang saya tahulah; jika seseorang itu hampir kepada Tuhan dirinya akan merasa lebih kotor lagi kerana Tuhan yang Maha Suci. Lagi hampir dengan Tuhan lagi terasa kecilnya kita dan kotornya diri kita yang berbentuk baharu ini.

Berhati-hatilah kepada sesiapa yang merasakan dirinya sudah bersih di sisi Tuhan ini. Takut-takut sampai di Yaumil Mahsya nanti kita akan kecewa. Jangan kita ambil tugas Tuhan kerana tugas kita masih terlalu banyak belum selesai lagi sebelum kita kembali kepadaNya.

Kita pilihlah! Hendak mati dengan dicabut nyawa atau dengan dijemput untuk kembali kepadaNya. Kalau kita ikuti cara setengah pihak membelasah musuh seperti Anwar seolah-olah mereka sudah pasti masuk syurga dan Anwar sudah pasti masuk neraka.

Saya tidak pernah bersesuaian dengan Anwar tapi saya tidak akan bersekongkol untuk menghina beliau dan keluarga beliau. Nasib kita sendiri pun belum tentu lagi, tetapi ada pula yang sudah bersedia untuk bertemu Anwar di neraka.

Jangan ambil tugas Tuhan. Tuhan telah memberikan tugas sepanjang hayat kepada kita; iaitu untuk melawan diri kita sendiri…maksudnya melawan hawa nafsu kita sendiri.

31 comments:

abu said...

Aspan, well said. Cheers!

adie said...

Well put Saudara Aspan. I'm with you.

Anonymous said...

Ulamak pun jangan tumpang sekaki nak berfatwa pulak.. Tak tengok pun dah kata fitnah..

kluangman said...

Masing2 merancang..ketentuannya hanya pada Allah S.W.A...

Kita pun tak wajar memberi pendapat untuk memenangkan atau menyalahkan mana2 pihak.

Ada mata tengok, ada akai pakai..

Anonymous said...

Kalau A tak boleh intip si B makanya si B juga tak boleh intip si A.

Tetapi kalau si A mulakan intipan terhada si B makanya dalam konteks politik tidak hairan kalau si B akan mengintip si A.

Lorong Tengah.

Hahn said...

Ucapan yang tidak menyimpulkan sesuatu tidak kemana.

zain said...

Hahn...orang yg bodoh macam kamu memang tak terperanjat jika kamu tidak faham.

mo said...

asalam saudara aspan,,,tiada yg tidak baik dalam umno bn, segalanya baik, pemimpin baik, pm baik , tpm pun baik, menteri semua nya baik ? Itu yg kita dapat baca dan dengar dari media perdana,... jadi tak apalah biarlah mereka mendakwa mereka sendiri baik,alem,amanah, bersih,tidak rasuah....persoalan betulkah begitu ??????????

Anonymous said...

Saya ambik contoh seperti berikut:-

Katakan anak perempuan Aspan bertunang dengan seorang pemuda yang dicintainya. Aspan tak berapa kenal dengan pemuda tu dan tak tahu latar belakang pemuda tersebut.

Satu hari saya kerumah Aspan dan terjumpa dengan pemuda tersebut. Saya amat kenal pemuda tersebut dan saya tahu latar belakangnya bukan dari keluarga yang baik dan pemuda tersebut terkenal kerana kenakalannya.

Saya sahabat Aspan, saya tahu pemuda tersebut akan mengecewakan Aspan dan juga anak gadisnya.Perlukah saya beritahu Aspan, kalau ikut hukum ianya akan mengaibkan pemuda tersebut. Haram, ikut hukum dan pendapat sebahagian ulamak.Fikirlah.

Bagi pandangan saya, hukum haram/halal/harus terletak pada niat seseorang dan impak dari akibat pendedahan tersebut. Kalau fitnah, haram. Kalau niat mengaibkan ; haram. Kalau niat menyedarkan orang ramai tentang kelakuan sebenar seseorang tersebut dan menghalang bencana besar yang mungkin akan berlaku;hukumnya wajib.

Ustaz Moin al Deobandi

Anonymous said...

ALLAH maha perkasa dan berkuasa keatas segala gala nya.
Kita hanya lah seorang hamba yang akan menghadapi kematian dan ingat lah janji ALLAH pasti akan berlaku.
Yang berlaku sekarang amat memalukan bangsa Melayu yang berugama Islam.
Itu lah realiti nya kepimpinan dalam negara sekarang ini-blurrrrr!

Anonymous said...

Semua pihak baik kerajaan atau puak pakatan tak payah komen apa la kalau ikut cadangan aspan. Jadi serah sajalah kpd suruhanjaya diraja. Suruhanjaya ni panggil la jemput semua wakil2 spt yg didesak oleh Dato T.... Bukankah itu yg dato T mahukan? Kalau dari awal ikut mcm dato T cakap taadalah kecoh macam ni...
Selesai lah satu hal. Hal yg satu lg menyimpan dan menayang video lucah tu chargelah bwh akta 292 tu. Ini kesalahan yg lain.
Adilkan begitu? Sapa yg salah mesti diambil tindakan. Kalau aktor dlm video tu disahkan melalui suruhanjaya nanti bukan anwar kita harus terima. Kalau disahkan anwar, kita pun harus terima. Kan bagus gitu....

Anonymous said...

Ada kisah yg tak boleh aibkan org ni. Kisah huzaifah penyimpan rahsia nabi. Nabi dedahkan siapa 83 org kalangan munafik yg wujud dikalangan sahabat ketika itu. Bila nabi wafat saidina umar cuba korek siapakah kalangan 83 munafikun tsbt tp huzaifah tak dedahkan hingga dia mati. Apa yg saidina buat, jika ada kalangan sahabat yg mati umar akan tengok samada huzaifah hadir atau tidak. Jika huzaifah tak hadir maka umar pun tak akan hadir.

Ini kisah zaman keemasan islam. Sampaikan munafikunnyg boleh menjejaskan agama pun nabi tidak mahu dedahkan wpun mungkin ia boleh mendtgkan bahaya kpd umat islam.

Tp puak pencinta anwar tak bolehlah pakai hujah ini utk dijaja sbg bukti tak boleh aibkan sdr seislam. Sebab maksud menutp keaiban dan maksud mendedahkan keaiban zaman sahabat tidak sama dgn maksud menutup dan mendedah aib ketika ini. Sahabat buat atas semata2 maksud agama dan kemaslahatan umat tp hari ini atas maksud kuasa, politik dan kemasyoran dunia dan tiada kena mengena dgn iman dan takwa.....

Anti munafik

Aspan Alias said...

Uztaz Moin al Deobandi,

Benar yg sdr cakap, segala-galanya bergantung kepada niat seseorang itu.

Tetapi macam mana ramai di antara pengomen2 tahu niat saya? Saya sahaja yg tahu niat saya.

Macam mana ada yang sudah pandai menyelam air dalam tunggak?

sekian

Selumbar said...

Dalam Malaysia ketika ini ada pelbagai fahaman tentang islam termasuk agama yang diperkenalkan oleh pemimpin UMNO Baru iaitu Islam Hadhari.

Ahli UMNO Baru mengatakan bahawa mereka memperjuangkan nasib bangsa melayu. Bangsa Melayu itu beragama apa ? Kenapa hanya memperjuangkan pada bangsa saja tidak pada Hadhari nya sekali ?
Dalam Malaysia, siapa yang layak boleh kita rujuk bertanyakan sesuatu berkaitan dengan peraturan dan undang-undang agama islam ?

Tun Mahathir, Tun Daim, Datuk Seri Mohd. Najib Razak, Nik Aziz, Haji Hadi, Datuk Seri Anuar Ibrahim, Siapa ?

Kerosakan akidah rakyat Malaysia adalah berpunca dari kuasa politik yang mementingkan untung bukan rugi yang merungkai bahawa agama hanyalah kepercayaan tanpa makan sedangkan kebendaan yang halal dan haram adalah keperluan untuk hidup.

Itu sebabnya mengapa mereka tidak terima sebarang cadangan dan teguran dari orang yang memahami peraturan dan undang-undang islam. Mereka sangka buah fikiran mereka sendiri lebih baik dari ulamak. Sehingga wujud pelbagai tindakan mencari popularity tanpa mempedulikan tugas siapa yang telah mereka laksanakan.

Apa guna diwujudkan menteri agama diJabatan Perdana Menteri sedangkan kehadirannya tidak lebih sebagai pengeluar fatwa demi melindungi orang yang zalim ketika menzalimi rakyat ?

Selagi UMNO Baru masih berkuasa semakin ramai yang cuba mengambil alih tugas Tuhan.

alip yip said...

Tujuan skandal Video ini diadakan amat jelas niatnyan apa nak di bahaskan lagi ???

d'enricher said...

Tuan,

Islam yang diamalkan hari ini, dah tak berpaksikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah lagi dah.

Ini dah jadi Islam berpuak, kalau yang aku sokong betul, yang aku tak sokong salah.

Apabila seseorang itu mengakui dirinya Islam adakah dia orang yang beriman? Mungkin tanpa dia sedari dia telah menjadi Munafiq atau Fasiq. Kalau dia sedar, dan tetap melanggar hukum ... kira dia rasa dia hebat la.

Di Malaysia dan seluruh dunia Islam hari ini, berapa ramai yang termasuk dalam golongan yang Nabi SAW sebut sebagai 1(syurga) dari 73golongan, 72 masuk neraka.

Bab komen sana, komen sini mudah, yang penting, kalau berani ambil risiko, bila sampai masa ajal nanti, sendiri tanggung la.

Kalau setiap hamba yang mengakui dirinya Islam yang beriman, maka pastikanlah Perintah kerja kan, larangan jauhi.

A.Alshukor

matalembu@gmail.com said...

"Nasib kita sendiri pun belum tentu lagi, tetapi ada pula yang sudah bersedia untuk bertemu Anwar di neraka..."

itulah antara point yang Tuan Aspan simpulkan. Kagumnya saya kerana tuan memberi fatwa/hukum semacam mengambil tugas tuhan walaupun itu sekadar andaian. Sebagai orang kampung biasa yang tidak melalui teori disiplin akedemik yang hebat saya masih menganggap FITNAH tetap FITNAH, siapa, kenapa punca berlakunya fitnah. Kalau pertelingkahan pada zaman sahabat yang hampir dengan RasuluLlah, ketika segala system didasari dengan Quraan/Sunnah masih ada ruang berlakunya fitnah, apa lagi kini?

Pemimpin2 politik negara kita amat busuk dan menjijikkan kalau nak dibandingkan dengan Sayidatina Aisyah R.A, Imam Ali KaramaLlah Wh, Sayidina Muawiyah RA. Pemerintah sewajibnya mendidik rakyat & rakyat wajib menegur pemimpin.

Benar atau tidak kata pepatah China .. "Ikan yang buruk dari kepala..." ...tolong sambung tuan

Aspan Alias said...

matalembu@gmail.co.'

Apa yang saya katakan ialah pihak yang membenci Anwar seolah-0lah sudah yakin Anwar akan masuk neraka . Bukan saya kata Anwar akan masuk neraka.

Saya mengkritik pihak yang membelasah Anwar seolah-oleh Anwar sudah pasti masuk neraka dan perbuatan mereka yang jahil itu juga akan bertemu dineraka. Itu maksud sindiran saya itu.

Mereka seolah-oleh tidak tahu yang menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka ialah Allah semata-mata.

Itulah sebabnya tajuk saya berbunyi, 'jangan ambil alih tugas Tuhan.

T kasih.

Anonymous said...

Pemblog,

Bukan senang buat orang percaya. Bagi yang percaya itu hak mereka tetapi bagi yang tidak percaya itu pun hak juga. Namun ada maklumat yang apabila didedahkan bersifat amaran agar orang yang mendapat maklumat berkenaan berwaspada.

Contohnya kalau ada pemimpin beritahu kat sekian-sekian lorong ada ponti-anak kaki rogol/liwat maka terpulanglah kepada awek-awek dan teruna-terunis Bn dan PR sama ada mahu terima atau sebaliknya.

Kalau mereka yang enggan percaya cerita berkenaan dan masih juga mahu gunakan lorong berkenaan maka itu adalah hak mereka. Cumanya kalau bertembung dengan ponti-anak berkenaan, janganlah terpekik terlolong minta tolong dari pihak penyampai itu tadi.

Sudah tentu dalam keadaan itu pemimpin tadi akan gunakan kaedah yang klise iaitu: "kalau terjumpa penyokong Bn dan Pr meminta tolong, maka selamatkan penyokong Bn dari pontia-anak kaki lewat berkenaan sebaliknya sondol saja awek Pr yang degil tu agar mereka dapat semula akai yang telah hilang.

he he

Anonymous said...

RTC should be the last person to talk about moral

Bijan Hamsor

Anonymous said...

Agree with Bijan Hamsor. In actual, he shouldn't be the last but he is forever till the dooms day, a disqualified person to talk about the latter.

Most NEGATIVE commentaries up there are nuts, disturbance and truly supeficial non factual Malays.

Anonymous said...

Tuan Aspan, izinkan saya membetulkan satu perkataan. Isteri Nabi S.A.W. tidak boleh digelarkan sebagai "janda". harap maklum.

Aspan Alias said...

Anon 7:34

Terima kasih dan alhamdulillah dengan teguran sdr itu. Saya terima teguran itu dengan ikhlas.

Jazakallah.

Anonymous said...

Bijan hamsor,
Anwar too shud be forever not to question anybody's moral..

Anonymous said...

anon 1400...

why should anwar be forever not to question about moral? he was proved not involved in any sodomy case at a trial result in 2004.!!

RTC? no charge for him because the justice in malaysia is full or corruption, the person who fight for victim have been locked up!! (LGE).

Anonymous said...

Anon 12:19,

Im not the BN goon but in your comment i noted something:

1. you said he was proved not involved in sodomy. meaning he got treated fairly wasn't he?

2. then you said the justice full of corruption?

Are you implying the suspect corrupted the system so that he got the 'clearance'? And if not because of the shoddy system the suspect won't be cleared of the charges?

Anonymous said...

12.19
2004 appeal anwar menag teknikal 2-1 sb takdak tarikh yg tepat. Tp hakim akui wujudnya liwat. Tapi kamu tu mengidap sakit kronik denial syndrome sama mcm sakit anwar...

Anonymous said...

Anon 31 March 2011 21:28:00 GMT+08:00

Keputusan tu dah di jangka awal, Tu permainan politik, keputusan politik;

Awak pun sama mengarut, anuar dah kena hukum tapi awak asyik nak hukum dia lg. atau awak ada niat lain

Anonymous said...

00.30
Malas nak layan la...bangang keterlaluan

Anonymous said...

1 April 2011 17:51:00 GMT+08:00

Bapak banggang biasa kata orang banggang

Anonymous said...

isu aib-mengaib ni..perkara yang normal bagi yang bergelar manusia..terutamanya aib-mengaib ,khianat , fitnah dan hasad di antara sesama bangsa dan agama sudah menjadi darah daging..apa yang kita nak terlalu emotioanl bila ianya berlaku ke atas anwar..apa yang terkejutnya..apa yang sedihnya..adik beradik berugama islam pun bergaduh pasal harta , gerai ni bomohkan gerai sebelah..orang poltik ni bomohkan orang politik tu..dalam masjid pun bergaduh nak rebut ajk..apa yang kita malukan bila perkara aib yang kena anwar ni..itu perkara biasa terutamanya dalam tuntutan politik..si pemerintah nak terus berkuasa maka di buat apa saja sehingga si pembangkang kalah..itulah moral ceritanya sehingga hari ni..kita rakyat yang kais pagi dan petang ni ada akal fikirlah mana yang baik dan buruk..minyak tetap naik..pagi ni ikan kembong kat pasar mahal..ayam pun mahal..semuanya dh mahal..jadi undi kita sebagai rakyat pun kena mahalll..