26 March 2011

PKR tamak - PR mungkin menggigit jari di Sarawak.

PKR jangan terlalu tamak. ‘Orang tamak selalu rugi’, kata perbidalan kita. Apa yang saya maksudkan ialah isu berkaitan dengan pembahagian kerusi bagi Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan tiba tidak beberapa lama lagi. Hari pencalunan hanya tinggal 10 hari lagi tetapi PKR masih bertelagah membuat tuntutan yang tidak berpatutan yang akan menjejaskan prestasi ‘coalition’ ini dalam pilihanraya itu nanti.

Setidak-tidaknya ada enam kerusi yang diperebutkan dengan DAP, iaitu Padungan, Senadin, Piasu, balai Ringin dan Dudong. PKR nampaknya tidak berkemampuan untuk menjadi ketua kepada PR di Sarawak dan kerakusan PKR untuk meletakan calun di banyak kerusi walaupun kebanyakan kerusi itu tidak boleh memberikan kemenangan kepada PKR. PKR lebih pentingkan jumlah kerusi untuk bertanding, bukannya jumlah kerusi yang boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Ketamakan PKR ini amat jelas dan yang tidak boleh diterima oleh akal ialah tuntutannya untuk bertanding di kawasan Padungan dan Batu Kawah yang mana sudah hampir pasti boleh memberikan kemangan yang agak besar jika kerusi itu diturunkan calun DAP. Kerusi-kerusi ini adalah kerusi-kerusi yang ditandingi oleh SUPP bagi pihak BN dan lebih dari 75 peratus adalah terdiri dari pengundi Cina. Pengundi-pengundi Cina Sarawak sedang bersemangat untuk memberikan sokongan kepada DAP untuk mengambil alih SUPP yang sudah tidak mendapat perhatian kaum Cina di sana lagi.

PKR tidak mempunyai semangat sebagai ahli kepada ‘coalition’ PR. PKR hanya hendak menggunakan pihak lain untuk kepentingan partinya sendiri. Azmin diktakan sebagai ketua ‘negotiator’ bagi pihak PKR dan sebagaimana yang diketahui ramai, Azmin adalah Azmin. Azmin tidak mempunyai ‘wisdom’ yang mencukupi untuk menjadi tulang belakang kepada urusan pembahagian kerusi di Sarawak. Azmin rela kecundang asalkan jumlah kerusi yang dipertandingkan itu diturunkan cakun dari PKR.

PKR begitu tamak sehinggakan parti itu bernafsu untuk menurunkan lebih banyak calunnya dari calun parti PBB, tunjang BN di Sarawak. Malahan UMNO sendiri tidak dapat meletakan walaupun satu calun di Sarawak tetapi pemimpin UMNO berpusu-pusu untuk memberikan sokongan kepada semua calun BN yang bertanding nanti.

Tetapi permainan bodoh PKR ini akan memberikan banyak kemenangan kepada BN dan jika PR tewas dengan teruk di Sarawak, tidak ada pihak lain yang bertanggungjawab selain dari PKR sendiri.

Anwar elok tumpukan kepada isu pertindihan pencalunan dari menumpukan kepada isu seks beliau. Adalah terlalu bodoh bagi Anwar untuk melayani opotunis seperti Eskay dari melayani keperluan kesatuan PR di Sarawak.

Jika BN menghadapi pertanding tiga atau lebih penjuru maka tidak payah kita membuat kira-kira lagi. “PR will crash before taking off” kata beberapa rakan saya di Kuching.

7 comments:

Teropong Ajaib said...

Salam Tn. Aspan/semua,

Dalam banyak parti di kolisi Pakatan Rakyat, PKR di ibaratkan adik bongsu berbanding PAS dan DAP yang jauh berpengalaman di dalam banyak siri pilihanraya.

Dengan itu, mesyuarah PKR selain menghormati Big Brothers adalah jalan terbaik. Mengalah yang kena pada tempatnya adalah terpuji. Kalau tempat yang majoriti Cina bagi saja pada DAP.

Apapun perjuangan mereka baru bermula dan sama-samalah kita lihat kewarasan mereka.

Ws.

Anonymous said...

Bukan Tamak Tuan!!

ambitious !!

Teropong Ajaib said...

Salam Tn Aspan/semua,

Dalam zaman semasa ini, saya nak sentuh Teori Gelombang. Allah menciptakan gelombang relevan untuk semua. Contohnya dalam pasaran seperti pasaran bursa saham, pasaran matawang wang, pasaran stok, bond dan lain-lainnya. Tsunami ada gelombang. Semua ini ada gelombang turun naik. Baik kata Alam ini dan isinya termasuk manusia bergelombang. Dalam pasaran matawang, ketika ini Jepun yang dilanda Tsunami dan radiasi, matawang Yennya, tiba2 kuat dan terpaksa ada campurtangan untuk menstabilkan Yen. Jajaran matawang Yen akan menurun selepas ini. Inilah namanya gelombang turun/naik.

Salah satu Teori Gelombang yang popular digunakan sejak akhir kurun ke-18 sehingga kini, adalah gelombang Elliott atau "Elliot Waves" yang diasaskan seorang akauntan Yahudi bernama Ralph Nelson Elliott dari Texas, Amerika. Gelombang biasa Elliot ada 5 turun atau naik dan 3 tambahan kepada kekukuhan atau kelemahan 5 tadi yakni 5+3 sebelum membentuk gelombang baru.

Ada gelombang terkawal di gelar "Fibonacci" yang di asaskan oleh seorang pakar matematik bernama Leonardo Fibonacci kurun ke-11 dengan kemuncak atas biasanya berlaku pada tahap 61.8%. Dia juga seorang Yahudi dari Pisa, Itali.

Kebanyakan Yahudi2 ini menciplak dari konsep matematik Islam diceduk dari AL-Quran yang kemudian di asaskan oleh tokoh2 sarjana Islam seperti Umar Khayyam kurun-4, Al-Farabi kurun ke-8, Al-Khawarizmi kurun ke-10 dan kesimpulannya terlalu banyak sarjana Islam lain yang tidak dapat disentuh di sini kerana panjang sekali urutannya.

Dalam politik juga ada gelombang. Salah satu Asas kekukuhan gelombang ini adalah sentimen. Sentimen ini kemudiannya akan diterjemahkan dalam ukuran matematik.

Pemerintah Malaysia berada dalam Gelombang ke-13 dalam ukuran Elliott yakni 5+3+5 yakni hujung kemuncak Teratas dan Gelombangnya pula sudah lemah kepada jajaran Kejatuhan. Tambahan 3 lagi untuk memenuhi 5 itu, mungkin bonus untuk naik dalam jajaran sempit dan kemudian dari itu akan turun mendadak.

Apabila sentimen kuat ke arah mengganti pemerintah berlaku, maka akan berlakulah Arus Gelombang kuat yang tidak boleh ditahan lagi walau seberapa banyak modal, pemikiran dan tenaga dilengkapkan untuk melawan Sentimen Arus Gelombang ini. Ini namanya "Market Trending" atau dalam politiknya "Political Trending".

Hebatkan kebesaran Allah. Semua ini diciptakan Allah. Ini hukum alam yang telah ditentukan Allah sejak azali lagi. Baik intelektual ataupun tidak, semuannya ada kebaikan, hak Allah dan wajib dihormati kerana semuanya itu milik Allah, zat pada segala maha. Sebab itulah orang gilapun kita tidak boleh hina kerana disebalik gilanya dia, ada kelebihan.

Suduran saya, kalau hendak akal yang sehat, waras, bernas dan hati yang bersih supaya kita boleh terbuka seperti Sarjana2 Islam, tiada cara lain kecuali wajib banyak mengaji ilmu naqal dan membaca Al-Quran selain tuntutan asas Islam telah kita tunaikan. Ini maunnah atau kelebihan insan.

Petrol dan Air nampak serupa tetapi memiliki kuasa berbeza. Hebatkan....!

"Maka sama-sama fikirkanlah"

"Teropong Ajaib"

mo said...

Asalam saudara aspan,,,,Persoalan yg pasti sekarang bn dan pr akan berentab pada 16 april ini...Persoalan pemilihan calon bagi kersi yg bertindih ini , memang berlaku di antara pkr,pas dan dap ? Jadi persoalan apa ianya akan selesai, sudah tentu boleh, selagi masih ada lagi kerjasama yg jitu ? Namun kalau kita melihat dari sudut politik apa kah soalan calon ini akan meroboh kerjasama selama ini ? sudah tentu tidak mungkin, selagi masih ada ketelusan dalam perbincangan ? Dari aspek politik sudah tentu, tidak lari dari perancang yg mengeliru kan pihak lawan? Media masa bn dan blok pro bn sering mengunakan isu ini, sebagai modal ? PR di mana kaca rakyat di bawah sini masih kuat mendokong perubahan,,,mereka sedar selama ini kerajaan dan media elektronik mereka sering memperdaya kan rakyat ? Kini rakyat walaupun mungkin terdengar dan terbaca media bn, mereka tidak sebodoh dulu mempercayai sebulatnya2 ? Kalaulah negara kita ini mengamal politik yg betul2 bersih, saya jangka bn swak, telah kecundang melalui TKO ? BN dalam sendiri masih bercalaru mencari winable candidate ? Kali ini mungkin ramai kaki tangan kerajaan yg di tarik sebagai calon. Waalupun bn menawar calon yg di kata najib winable candidate,,,rakyat tidak mungkin mendokong kerajaan yg di bawah regime taib, yg telah terbokti sebagai cm yg terlama di malaysia ??? tq

nahraf said...

Sebenarnya isu ni taklah semudah "PKR tamak kerana mahu bolot banyak kerusi", jika tidak keberatan silalah saudara Aspan baca artikel dibawah untuk mendapatkan perspektif yang lebih jelas

http://www.barubian.net/2011/03/pakatan-swak-seat-spat-whos-greedy-pkr.html

Selumbar said...

Menyentuh tentang tajuk tamak, pada pandangan saya sikap tamak menunjukkan sikap yang tidak sopan dan hipokrit.

Sikap ini ada dalam setiap ahli politik yang aktif berpolitik. Masing-masing mahu lebih dan banyak dalam semua hal yang boleh menguntungkan mereka.

Tamak untuk menguasai kerusi dalam pilihanraya DUN Sarawak mungkin boleh menimbulkan perbalahan sesama rakan kongsi. Tapi mereka dalam kumpulan yang sedang berbincang. Setakat cadang, bantah dan tidak berpuas hati itu adalah pekara biasa.

Kita orang luar hanya boleh memberi cadangan dan pandangan saja. Bak kata pepatah melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Adalah lebih baik kita tunggu dan lihat kerja anak muda yang pertama kali diberi tugas berat menyusun strategi dalam pilihanraya negeri.

Kita percaya saudara Azmin Ali tahu apa yang sedang dia lakukan... kesannya nanti kalau berjaya dipuji, gagal pula pasti dikeji..!

Sama-sama lah kita memberi sokongan moral pada PAS, PKR, DAP dan SNAP dalam melaksanakan misi menawan kerajaan negeri Sarawak.

Anonymous said...

Teropang,
Betoi kah.....Yahudi menciplak ilmu hisab dari orang arab

Aspan,
I agree with you that PKR is getting out of hand on this. After brow beaten DAP into accepting only 15 seats. Even DAP accepted it, the whole episode has left a bad taste. Especially one nobody Tian Chua question LKS....
Let see how many PKR seats gonna win