25 March 2011

Serupa dan seiras itu biasa - jadi jangan terburu-buru buat kesimpulan

Selagi pengesahan secara saintifik dilakukan terhadap video yang di katakan melibatkan Anwar dalam skandal seks yang dipaparkan oleh Dato Trio baru-baru ini tidak siapa yang boleh membuat pengesahan secara sendirian. Tuduhan ini merupakan tuduhan yang serius dan perkara ini merupakan perkara yang boleh memecah belahkan negara.

Di akhir zaman ini tidak boleh sesiapa menganggapkan apa yang kita nampak benar itu betul dan apa yang kita nampak salah itu fitnah dan tidak betul. Bayangkan jika kita hidup di zaman Nuh alaihissalam dahulu mungkin kita akan percaya yang nuh adalah seorang yang gila kerana semua manusia di zaman itu percaya persepsi semua dalam masyarakat nuh itu seorang yang gila kerana membina kapal yang begitu besar di padang pasir yang berbukit-bukit. Akhirnya apabila bah besar tiba barulah terbukti bahawa orang yang di katakan gila itu adalah manusia yang mempunyai mukjizat yang besar.

Tidak ada siapa yang percaya kepada Nuh kecuali beberapa orang yang telah dibuka hijabnya oleh Allah, tuhan semesta alam. Junjungan besar Muhammad saw sendiri dikatakan oleh setengah orang Islam di Kota Mekah sebagai berbohong dan kembali murtad. Ramai kembali murtad apabila Muhammad saw memberitahu yang baginda telah di israkkan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterusnya dimikrajkan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha bersama Jibril. Muhammad saw telah menghadap Allah bersendirian di Arash dan kembali ke Mekah dalam masa setengah malam sahaja.

Tetapi kepada siapa yang telah diangkat hijab mereka terutamanya di kalangan Yahudi semasa itu terus sahaja bermusyahadah dan berkeyakinan yang inilah sebenarnya Muhammad yang mereka di beritahu akan tiba suatu masa nanti. Mereka terus tanpa berlengah-lengah lagi dan bermusyahadah dan menjadi penganut Islam yang benar-benar mukmin.

Dalam isu video yang di katakan sebagai video seks Anwar ini, kita perlu berhati-hati membuat tuduhan yang sangat serius ini. ‘Pelakon’ yang di katakan itu mempunyai iras-iras Anwar dan ini sangat merbahaya untuk dibuat kesimpulan yang muktamad terutamanya kepada kita yang belum menyaksikan video ini.

Kita semua tahu ramai manusia yang seiras dengan manusia yang lain. Contohnya kalau kita kenal dengan Shuhaimi Ibrahim kita akan lihat yang beliau adalah seiras dengan Anwar Ibrahim. Percakapan dan suara beliau sekali pun serupa dengan Anwar Ibrahim. Eskay sendiri ada iras-iras Anwar. Kalau kita tengok gambar Ahmad Said, MB Terengganu, beliau ada iras Pol Pot dari Kamboja dahulu. Rais Yatim kalau kita tengok betul-betul ada rupa Dato Aziz Sattar, pelakon veteran era P Ramlee dahulu. Saya selalu keliru apabila melihat gambar Aziz Sattar dan Rais Yatim.

Oleh yang demikian elok kita tunggu sahaja penyiasatan secara saintifik dilakukan oleh pihak yang berwajib. Jangan terburu-buru dengan sentiment politik semata-mata kerana ianya mungkin membawa mudharat kepada politik, terutamanya kepada pihak yang berkuasa.

Oleh yang demikian fokuskan lah kepada isu-isu lain yang banyak boleh diperkatakan.

27 comments:

Orang Miskin Mersing said...

En. Aspan,
Semua posting berkaitan isu video ni dalam mana-mana blog samada pro BN atau pro PR akan mengundang perbalahan sesama kita dan menjelaskan lagi tahap mentaliti serta kefahaman orang Melayu dan rakyat Malaysia.
Video ni, samada confirms Anwar atau bukan, will not justifies segala kepincangan dan kebobrokan dalam negara kita.
Salah laku seks in the video that try to implicate Anwar juga tidak akan menyelesaikan kes-kes buang bayi, zina dan maksiat.
Video ni juga takkan justifies masalah sebenar rakyat yang bergelut dengan harga ayam, petrol, belanja harian hingga ada kalangan kawan-kawan saya yang terpaksa bercatu nak bagi anak-anak makan.
Siapa juga yang terlibat dalam isu video ini dalam apa jua cara dan kaedah termasuk yang memanjang-manjangkan cerita tanpa mengetahui kebenarannya akan di pertanggungjawabkan kelak. Kami, rakyat biasa yang tidak berkepentingan dalam projek-projek ratusan juta atau jawatan-jawatan politik, will curse all those who have cause the damage in this country.
Semoga Allah melindungi kita dari kejahatan diri kita sendiri.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Pada saya dan juga kebanyakan ramai lagi ini adalah bukan issue tersalah cam muka-muka seperti sering terjadi bila tidak terancang atau pertemuan secara serempak.

Ini adalah jelas perbuatan dengan dirancangkan dan bermotifkan untuk memfitnah dan memperas ugut.

Dengan terang pula didakwakan pelakon seks itu adalah Anwar dan mencabar pula Anwar membuktikan adalah bukan dia yang dalam tayangan seks itu! Ada pula dia dikehendaki membuat sumpah melaknat diri!

Dalam perundangan Islam juga secular laws pendakwa dipertanggungjawabkan untuk memberi bukti tetapi mengapa TIDAK di Malaysia.

Tidak boleh/mahu kita menyokong mana-mana pihak yang berfikir dan bertindak memperlekehkan undang-undang terutama lagi yang menegakkan keadilan dan menjaga martabat seseorang.

OCPA said...

Memang ramai yg seiras dan hampir serupa..Zaid kata sesapa yg tengok Obama pasti kenal itu adalah Obama, tapi dia lupa semasa Obama menjadi Presiden, ada pulak klon Obama di Indon..
Dlm teknologi perfileman kini, tak perlu pun pelakun seiras, guna teknik komputer pun ok..
Pernah tengok filem "Jurassic Park" ? Ada tak sesapa yg berani kata dinasour dlm filem tu nampak tak real? Memang nampak cukup "hidup"..tapi semua org tau yg itu adalah mainan filem semata2.
Nampaknye tuduhan dgn jantan tak menjadi,so, tukar le pada tuduhan dgn betina pulak ye..gamaknye lepas ni nak tuduh dgn apa pulak? Dgn binatang kut..

cayrul.com said...

yang paling penting keyakinan kepada Allah swt akan membuka hati kita siapa yang betul dan salah. Kita hanya boleh minta pertolonganNYA untuk membezakan yang bathil dan yang benar. Semoga lanskap politik malaysia kembali kepada ajaran Islam dengan menegak syair Islam dan pemimpin yang bermaruah.

Selumbar said...

Setelah kita dihiborkan dengan liwat I di zaman Tun Mahathir dulu, kini disambong lagi dengan liwat II oleh Datuk Seri Mohd. Najib.

Mereka paksa kita tonton dan mereka paksa kita ujudkan persepsi bahawa Anuar Ibrahim manusia yang tidak bermoral.

Kini ditambahkan lagi episod tambahan video lucah. Mungkin pada pandangan mereka rakyat rakyat sudah hilang nafsu.

Mengharap sokongan rakyat secara paksa seperti ini samalah kita memaksa anak kecil kita makan ubat. Pada peringkat awal kerana dia tidak tahu rasanya dia terus muka mulut dan telah ubat yang kita bagi.

Apabila dia sudah rasa ubat itu pahit dan tidak sedap pada lidahnya, kali kedua kita bagi ubat yang sama dia akan pura-pura buka mulut tapi tidak ditelannya cuma dia simpan dalam mulutnya saja. Tunggu kita berpaling dia akan terus meludahnya keluar.

Pekara yang sama akan berlaku dalam pilihanraya ke 13 nanti. Insyaallah !

Apa yang kita lihat pergolakan yang berlaku dalam negara ketika ini adalah krisis ketakutan kerajaan BN.

Jika tidak ada rasa takut, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib sudah mendabik dada bersikap angkoh sepertimana yang pernah berlaku dizaman Tun Mahathir.

Tanpa ketakutan kita tidak akan dihiburkan dengan cerita berahi yang melalaikan tapi kita akan diugut dengan kekasaran dan kezaliman polis.

Untuk melihat cerita yang lebih berahi maka kita perlu takutkan mereka lagi dengan meletakkan hantu Anuar Ibrahim menjadi perdana menteri Malaysia yang ke 7.

Setiap kali mereka menyebut nama Anuar Ibrahim maka kita perlu jawab perdana menteri yang ke 7.

Anuar Ibrahim..perdana menteri ke 7
Anuar Ibrahim..perdana menteri ke 7
Anuar Ibrahim..perdana menteri ke 7


Demi Adam, Demi Musa, Demi Muhamad..
Dengan kepercayaan aku kepada Zat Mu ya Allah, Lantiklah Anuar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 KUN FAYA KUN !

Anonymous said...

Sdra Aspan,

bila pencen nanti Rais Yatim boleh berlakon sebagai Aziz Satar atau Johari Salleh, Syed Hamid Albar sebagai HM Busra, Bik Mama sebagai Ani Jasmin, Pak Lah sebagai AR Tompel, Rahim Thamby Chik (kena pasang misai) sebagai Haji Arshad.

sri hartamas

Anonymous said...

Benci la kat UMNO

Anonymous said...

It's all in your mind. Just like watching David Copperfield illusion for the first time...looks like real, sounds like real, is it real?

"Saya selalu keliru apabila melihat gambar Aziz Sattar dan Rais Yatim"...Funny bro, this line is killing me. ROTFL, seriously.

Just read over here http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/two-nabbed-over-sex-tape/

that Mohd Mahti (former Megat Junid's bodyguard) said that Shazryl was likely motivated by his anger at the opposition leader for not wanting to testify in a suit for an alleged RM20 million in commission he claimed was owed to him for securing the deal to build the “crooked bridge” from Singapore to Johor.

mo said...

Asalam saudara aspan,,,,penglibatan rahim tambi cek dalam kes vedio ini. sudah secara moral, rakyat tak akan yakin dgn vedio ? Rahim tambi cek sendidiri adalah org kuat umno ? Persoalan terlalu banyak ? Rahim sendiri kejujuran dia sendiri menjadai tanya rakyat ? tq

ISHS said...

saya satu saja yang mengelirukan saya kena abang aspan samakan rais yatim dengan aziz satar...hehe sape lebih handsome? (mcm tak puas hati kat rais je).

Anonymous said...

Saya nak kongsi pengalaman saya dalam hal video ni. Dalam tahun 1965 (saya dlm tingkatan 1) di sebuah kampung di Bachok Kelantan ada seorang tukang gambar (kita namakan dia A) yg cari makan dgn mengambil gambar org kahwin, org khenduri dsb. Pada masa itu amat jarang org memiliki kamera sendiri walaupun di bandar. Jadi si A ini amat berjaya dlm profesionnya itu. Satu hari saya nampak sekeping gambar di atas meja di rumah si A ini. Gambar itu menunjukkan si A sendiri sedang bersilat dengan seorang yang amat menyerupai beliau. Mulanya saya sangka itu adiknya tetapi saya diberitahu bahawa kedua-dua org itu ialah org yg sama iaitu si A sendiri. Saya ada bertanya kpd beliau bagaimana beliau dapat lakukannya tetapi beliau tak jawab kerana itu periok nasi beliau. Kalau beliau bagi tau pun saya mungkin tak dapat faham. Itu dlm tahun 1965 di Bachok Kelantan. Kini tahun 2011 di KL. Ada sapa nak tengok org serupa Najib sedang beraksi dgn org serupa Altantuya? Saya boleh bawa anda berjumpa dgn si A di Bachok.

dpd: amateur photographer

Anonymous said...

Betul, saya sendiri selalu keliru diantara Rais Yatim dengan Aziz Sattar

Anonymous said...

"Serupa dan seiras itu biasa", betuke Aspan..selama saya mengenali Aspan tak pernah pulak saya terjumpa dengan orang-orang yang seiras dan serupa Aspan.

Hakikatnya, untuk berjumpa dengan orang yang seiras dan serupa adalah satu yang luarbiasa bukan biasa seperti dakwaan Aspan.

Tambah luarbiasa lagi kalau orang yang seiras dan serupa bersama pulak dengan kawan rapatnya bernama Eskay dan secara kebetulan orang yang seiras itu juga memakai jam emas berjenama Omega, kerana bukan calang-calang orang yang mampu memakai jam berjenama tersebut.Dan terlampau luarbiasa sangat pulak bila Eskay (kawan rapat Anuar) mengaku orang yang dikatakan seiras dan serupa tu adalan Anwar sendiri.

Kalaulah Rahim Tamby Chik ataupun orang UMNO yang cakap, mampus hidup balik pun saya susah nak percaya tapi bila Eskay, Zaid Ibrahim dan orang-orang neutral yang telah tengok berkata sedemikian, akal dan fikiran logik saya berkata "Betullah tu" walaupun hati saya berbisik halus "Mana mungkin orang sealim Anwar buat macam tu"

Aspan sebut kisah Nabi Nuh untuk menidakkan logik diatas. Tapi hakikatnya dalam kehidupan hari-hari, lazimnya kita hidup dalam peraturan alam, asbab yang telah ditentukan oleh Allah. Orang biasa tak boleh membelahi Laut Merah, hanya Nabi Musa aje yang boleh.

Tak bolehlah Aspan menggunakan contoh Nabi Nuh kerana Anwar Ibrahim bukan Nabi tapi hanya seorang manusia seperti kita semua.

Kita masih boleh berfikir, mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar. Sepatutnya gunakan panca indera anugerah Tuhan ini untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

Sampai bilakah kita dapat menolak fakta dan logik akal untuk mengatakan "orang tu bukan Anwar Ibrahim"

Anonymous said...

Layak ke contoh nabi2 dan kisah sirah nubuah ni utk dijadikan tamsil dlm kes kesahihan video sex ni? Jgn mengambil maksud disebalik kejadian perjuangan nabi2 yg jelas utk mengembangkan agama allah dan disamakan pula dgn kes perebutan kuasa dan nafsu serakah manusia.

Ini nasihat saya pd sdr aspan. Saya tak mahu nanti menambah kesesatan yg sedang berlaku.

Anonymous said...

anon 21:06:00 GMT+08:00

1. Nko percaya sebab nko kata Zaid Ibrahim tu neutral...kepala hotak hang! Bagitau semua orang kat sini alasan nko mengatakan Zaid tu neutral???? Awat hang tak tanya chua soi lek atau samy velu sebab kedua mereka ni lagi neutral sebab mereka berdua ini bukan ahli PKR atau UMNO. Mereka dari MCA dan MIC.

2. Apa yang hebat sangat pasal jam omega tu? Nko ingat syarikat omega tu buat sebijik tu je ke jam model tu dalam dunia ni dan dibuat hanya kepada Anwar sorang je dalam dunia ni. Bingai punya orang!

Orang lain tak ambik pot pasal jam ni sebab mereka faham pasai jam ni. Yang tak paham balaci-balaci UMNO macam hang je.

Wak Jerman

Anonymous said...

Bro Aspan,

1. Amat bersetuju yang kita patut serah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan kerana itu tugas mereka. Bila depa umumkan hasilnya nanti baru kita nilai.

2. Pun begitu kita sebagai rakyat yang bayar gaji mereka berhak untuk mengagak berdasarkan rekod-rekod mereka yang lepas dalam kes-kes serupa pada masa lalu apabila melibatkan pembangkang dan UMNO.

3. Dalam kes video sex ini kita telah dihidang preview oleh IGP apabila ditanya mengapa RTC dan Eskay tidak terus ditahan, tetapi dibebaskan dgn jaminan polis.

IGP kata kalau tahan TANPA BUKTI, nanti orang akan gelakkan polis!!!.....nice one IGP.

5. Yang jelas, siap dengan mengaku menganjur tayangan video sex itu, yang sah pengakuan mereka dilapur oleh MSM kesokan harinya siap dengan gambar color lagi.Eskay siap mengaku hanya dia sorang je yang memiliki video tersebut....IGP kata tak ada bukti lagi untuk dakwa mereka sekurang2nya keranamemiliki video lucah tu dulu!!!!!!

Harapnya hasil siasatan nanti benar2 boleh membuatkan kita bangga dengan mereka.

Bat8

Anonymous said...

Peace Wak Jerman;

kalau tak reti nak berdebat tu, tutup mulut aje..

macam orang terencat akal aje..

Raden Mas Arjuna Sakti

Penditakainsingkat said...

Salam,

Apabila Allah buka pintu hijab Anwar Ibrahim untuk membuat aduan kepada Polis, tentulah dia mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mendapatkan keadilan dibawah payung Perlembagaan dan Undang-undang negara kita.

Marilah kita tanpa prejudis memberi ruang kerpa PDRM melaksanakan tigas mereka dengan sebaik2nya.

Sambil itu marilah kita teruskan tugas dan peranan kita memakmurkan rakyat dan negara yg sangat kjita cintai ini.

Tahniah kepada anak2 kita yang berjaya cemerlang dlm SPM yang baru diumumkan.

Anonymous said...

Salute Wak Jerman! Setidak2nya ada hujah bernas. Tapi 22:42 yang nak komen tu, langsung takde hujah. Kah...Kah....Kah...!

Chin Peng said...

I put my respect at Orang Miskin ersing, Red Alfa, Selumbar, Wak Jerman.

You all are educated people with sense of belongings.

Keep on your good and lengthly comments.

Rgds.
Chin Peng

Teropong Ajaib said...

Salam Tn Aspan/Semua,

Saya terpanggil untuk memberi sedikit hujah di dalam membuat penilaian peribadi :-

1) Eskay di dalam TV Selangor mengesahkan Saiful adalah Gay. Eskay kata dia tidak menipu kerana dia dah pergi Haji dan Umrah.
2) Jabatan Kimia katakan terdapat 5 DNA dalam Saiful.
3) RTC kata dia tidak mahu melibatkan polis yang akhirnya menjadi kes polis.
4) YB Katak katak katakan 110% itu Anwar dan dia melebihi keputusan Tuhan.
5) Anwar kata laporan polis dah dibuat.

Pada saya :-
1) Kes-kes Anwar banyak berunsur fitnah dan prejudis kerana tidak ada bukti kukuh. Sering kali dilihat umum, bahawa Anwar teraniaya dan satu2nya mantan TPM dilayan seperti Penjenayah, ditogelkan maruah peribadi dia seolah2 dia tidak mempunyai anak/isteri, dianiaya dgn bukti dipukul seolah2 seperti lembu matador.
2) Saya tidak mengenali Anwar. Tapi dari pandangan umum, apabila tengok isteri dan anak2 dia,sejuk mata saya melihat mereka. Isteri dia adalah satu2nya isteri TPM yang bertudung.
3) Urusan Pemerintah sepatutnya wajib untuk kesejahteraan dan keharmonian Rakyat. Paling kritikal sekali adalah pembelaan Pemerintah menangani beban kehidupan Rakyat di sudut Kos yang ditanggung Rakyat.
4) Isu Rasuah, Kroni, Kolusi, Nepotisme jauh lebih serius melibatkan kesejahteraan dan keharmonian Rakyat daripada isu peribadi. Ini sering atau terus diabaikan seolah-olah tidak penting.
5) Cerita2 benar sering di terbalik dan diputar belitkan terutamanya ke atas Anwar, Nik Aziz, Anwar, Guan Eng, TS Khalid dan lain-lain walhal mereka ini kalau di mata umum, ratingnya tinggi kerana tidak ada isu ke atas penyalahgunaan kuasa dan menyelewengkan rakyat. Cerita mereka fakta.
6) Pendapat umum dan banyak Blog kata RTC sudah terpalit dengan isu2 tidak bermoral. Mana lebih adil, Guan Eng yang berbangsa Cina tu sanggup dipenjara kerana membela mangsa rogol Melayu atau Melayu orang serakah merogol gadis bawah umur yang juga anak bangsanya?

Hanya orang2 yang tidak bermoral dan berakal saya mengatakan yang buruk itu benar dan yang benar itu buruk seperti ayam memituk najis.

Samalah fikirkan...!

Teropong Ajaib.

Anonymous said...

Bukti :-

Lihatlah video ini, copy dan paste :-
http://www.youtube.com/watch?v=dDfJ7kyws2s&feature=player_embedded

Wassalam.

AtaihPagaq said...

Aspan ni tak abis-abis lagi dengan cerita celah kangkang.Aspan membuat andaian supaya orang jangan percaya itu Anwar,nampak sgt Aspan macam tak percaya yg semua yg lihat pasti itu Anwar...melainkan orang yang seangkatan dgn saudara.Lebih baik saudara post cerita yang tidak memihak kpd sesiapa.It takes a thief to catch a thief.

Pemerhati said...

Mudah je dalam hal ni.

Bodoh sangat ke... Anwar ni....!

Aku yakin Anwar 24 jam diperhatikan samada dalaman atau luaran.

Kalau 20:30 tu, taulah aku bodoh sangat. Ada otak, tak nak pakai.

Takkan dalam waktu2 kritis macam ni, Anwar nak buat kerja bodoh yang tak masuk akal ni.

Sampai dia nak bagi penerangan di kawasan persendirian pun boleh dihalang.

Mana ada undang2 kecuali disini, menuduh orang salah tapi orang salah tu tak dibenarkan bercakap.

Pemerhati

Anonymous said...

Zaahh...Jam tangan Omega aku kau taruh mana Zah....

Anonymous said...

Celaka punya Umno..ini sumer konspirasi! Anwar dizalimi..Batangnya telah dipasang remote control oleh Umno ketika didalam penjara dulu! Umno zalim! AnuWar tak bersalah!

Anonymous said...

salam semua..cukup berkesan propaganda TV3..hingga isu komen rosmah pasal gempa jepun yang memalukan sehinggakan Dato Najib terpaksa pergi parlimen ucap takziah di dalam dewan..isu gambar ranjang ketua bahagian umno gombak..isu krakusan Taib Mahmud dan keluarganya..isu trial n error prosiding kes liwat..isu harga ayam melambung dan macam-macam lagi yang lebih penting terus tenggelam bila video sek anwar tersiar..hubungan dengan obama, turki dan australia baru nak pulih..keluar cerita mcm ni buang masa PM kita buat kerja..tiba-tiba penyamun terhormat Daim muncul pulak nak bodek najib..ada udang balik mee je..tak tahu la apa nak jadi politik melayu ni..kita generasi muda ni ening lalat dan bosan..sungguhhhhh bosannnn.benciiiii.