10 March 2011

Memoir Dr Mahathir tidak lengkap

‘Memoir Dr Mahathir’ dengan ‘memoir orang ramai’ yang lain banyak bezanya jika dipandang dari sudut perjuangan sebenar seorang pemimpin. Dr Mahathir telah menerajui kepimpinan Negara dan kepimpinan BN begitu lama dan saya beranggapan memoir yang ditulis beliau itu sedikit sangat, kerana terlalu banyak perkara yang beliau tidak tuliskan.

Lagi pun kalau dilihat dari isi kandungan buku yang ditulis beliau itu ianya melambangkan beliau lebih fokus kepada perkara peribadi sahaja dan amat sedikit yang ditulis tentang perjuangan rakyat dan perjuangan Melayu melalui parti UMNO yang asal dan parti UMNO baru yang beliau tubuhkan sendiri itu.UMNO yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir ini tidak ada kena mengena dengan pencapaian kemerdekaan negara kerana usia UMNO ini adalah lebih muda dari umur anak bongsu saya.

Banyak perkara yang beliau terlupa untuk menulisnya atau sengaja beliau lupakan kerana beliau tidak mahu fakta itu diketahui umum terutamanya kepada generasi yang baru.

Beliau tidak mengakui yang beliau sengaja tidak mahu UMNO lama itu terus hidup kerana jika UMNO lama itu masih kekal hidup UMNO terpaksa mengadakan pemilihan lagi sekali. Itu perintah Hakim Harun Hashim. Mahathir takut untuk melalui pemilihan lagi sekali kerana khuatir akan menghadapi kekalahan.

Beliau tidak sebut yang mengikut Akta pertubuhan 1965 beliau selaku Menteri Dalam Negeri semasa itu, beliau boleh menghidupkan mana-mana pertubuhan yang telah diharamkan oleh mahkamah termasuk UMNO dengan menggunakan seksyen 70, iaitu seksyen yang akhir sekali di dalam akta tersebut. Tetapi jika beliau hidupkan UMNO itu beliau merasakan yang beliau terpaksa mengadakan pemilihan sekali lagi dan itulah yang amat ditakutnya. Bagi beliau, biar UMNO itu lebur, jangan kuasa beliau hilang.

Ramai di antara ahli UMNO semasa itu menyeru beliau untuk menggunakan seksyen itu untuk menghidupkan UMNO itu tetapi beliau enggan kerana sebab yang telah di sebutkan tadi. Semuanya kerana kepentingan peribadi beliau.

Beliau tidak mahu dan mengakui yang tindakan 38 Bahagian UMNO telah mencalunkan Tengku Razaleigh untuk menawarkan diri jawatan Presiden UMNO itu ialah kerana semasa itu sudah ada tanda-tanda apa yang sedang berlaku sekarang sudah mula berputik. Ahli-ahli UMNO telah meminta Tengku Razaleigh untuk menjadi pilihan kepada Dr Mahathir di dalam pemilihan parti 1987 dahulu. Semasa itu sudah mula nampak dengan jelas yang ada pihak yang sedang berkuasa sedang memperkayakan diri dan keluarga mereka.

Urusetia UMNO telah membiarkan beberapa cawangan yang tidak berdaftar dan ada beberapa orang yang tidak layak dan tidak dibenarkan menjadi perwakilan telah mewakili Bahagian-Bahagian dan tindakan itu menjadikan perwakilan UMNO itu tidak sah jika dipandang dari sudut undang-undang.

Hasilnya beberapa ahli-ahli UMNO telah berbincang untuk membawa keMahkamah untuk meminta mahkamah membetulkan keadaan itu dan mereka telah berunding dengan Abdullah Badawi di kediaman Pak Lah di Jalan Medang Kapas, Bukit Bandaraya semasa itu.

Menuduh Tengku Razaleigh yang membawa isu itu keMahkamah adalah tidak benar. Kepada sesiapa yang ingin tahu silalah bertanya kepada Pak Lah jika beliau mahu mengaku yang tindakan ke mahkamah itu adalah di atas galakan beliau.

Tengku Razaleigh hanya terlibat dengan kumpulan 11 orang ahli UMNO itu untuk menghidupkan UMNO melalui Mahkamah Agong dan usaha ini telah dihalang oleh Mahathir dengan menggunakan kuasa yang tidak betul dan tidak bermoral. Beliau telah membuang Ketua Hakim Negara itu dan empat Hakim Mahkamah Agong yang lain memlalui penubuhan Tribunal yang juga menjadi isu yang memalukan dan dari saat inilah institusi kehakiman negara punah ranah dan tidak kebah sehingga hari ini.

Dr Mahathir juga patut memasukan juga di dalam memoir beliau bagaimana Tribunal pemecatan Tun Salleh dan hakim-hakim yang lain ditubuhkan. Tribunal itu ditubuhkan pada 1hb Mei 1988 dan ianya sangat memalukan kerana Tribunal ini ditubuhkan dengan seribu satu macam spekulasi yang buruk yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa yang masih mengingati peristiwa itu. Peristiwa itu amat menyayat hati bagi sesiapa yang sayangkan negara yang semasa itu mempunyai tahap demokrasi yang amat membanggakan.

Nasihat PM kepada Yang diPertuan Agong untuk menubuhkan Tribunal itu dibuat pada 1 hb Mei 1988. Persetujuan Yang di Pertuan Agong juga didapati pada 1hb Mei. Melantik hakim Mahkamah Tinggi dari luar negara untuk menganggotai Tribunal itu juga pada 1 hb Mei. Penerimaan oleh Hakim-Hakim tersebut pun pada 1 hb Mei.

Malahan ada satu surat yang sepatutnya ditanda tangani oleh PM kepada Yang diPertuan Agong ditandatangi oleh Tuanku Agong sendiri. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Yang lebih membingongkan ialah 1hb Mei itu adalah hari cuti umum kerana hari itu adalah hari buruh. Lagi pula 1hb Mei itu adalah hari Ahad.

Dr Mahathir sepatutnya memasukan isu ini di dalam memoir beliau kerana ini adalah satu kejadian yang sangat ganjil dan tidak pernah berlaku di mana-mana negara maju dan membangun.

Mungkin sejak saat inilah timbulnya slogan ‘Malaysia boleh’ diwujudkan kerana dibawah Dr Mahathir semuanya boleh dilakukan. Yang mustahil boleh berlaku di negara lain, di sini di bawah Dr Mahathir boleh berlaku. Patutlah beliau selalu berkata yang Malaysia mempunyai demokrasi acuan sendiri.

Semuanya ‘Malaysia boleh’ kecuali menyaingi kedudukan beliau walaupun usaha untuk menyaingi beliau itu adalah untuk mengelakan apa yang sedang kita alami pada hari ini berlaku.

Tetapi apakan daya ramai juga yang percaya dan menganggap beliau sebagai hero bagi rakyat kita yang sentiasa dikelirukan oleh juak-juak ini. Oleh kerana itu janganlah hendaknya sesiapa menyalahkan pihak lain kerana keadaan yang kita alami hari ini tidak kunyung padam.

Banyak lagi kejadian yang sepatutnya disebut di dalam memoir itu yang masih belum disentuh. Kalau begitu mungkin kita yang akan menyentuhnya satu persatu nanti. Buat setakat ini elok diteliti apa yang telah sikit-sikit disebut dalam tulisan saya ini.

Di dalam kabinet hari ini Rais Yatim dan Shabery Cheek tahu segala-galanya tetapi mereka ini tidak akan berkata apa-apa kerana mereka sedang berusaha untuk menyambung keseronokan menjadi Menteri dan berglemor setakat yang mereka mampu lakukan.

Mereka tidak akan menyebut perkara ini lagi kerana tidak mahu hilang kenikmatan yang sedang mereka alami sekarang. Mereka sudah menjadi orang lain.

49 comments:

Anonymous said...

Buku pun adalah memoirs oleh TDM, ianya mengenai dirinya, itu haknya untuk menulis apa yang dirasanya sesuai bagi dirinya, apa hak kita untuk mempertikaikan, suka dia la. Ko saja saja nak jadikan isu aje.

Anonymous said...

Anon 19;40,

Benar itu hak dia untuk menulis apa yg beliau nak tulis. Tetapi Aspan juga ada hak untuk memberikan pandangan nya kerana tulisannya di terbitkan untuk bacaan ramai.

Jangan emotional sdr. Bahaskanlah dengan baik. Jangan pulak dek tak dapat nak bahas sdr tulis macam itu. Malaulah saya.


ibrahim mahmud, kedah

ikmal hakimi said...

Aspan, ini topik hot. Banyak yg akan menyangkal. Tetapi pedulikan mereka.

Syabas sdr.

Anonymous said...

Apa kata ko pun tulih memoir jugak dan cerita bab yang kat atas tu... nih cuma nak tunggu orang lain tulih dan sanggah sj...

cer citer...cer citer...

Anonymous said...

Aspan,

Bila pulak kau nak tulis memoir kau? Tulisla juga sebab apa yang kau ni sakit hati sangat dgn TDM? Apa dendam kau dgn TDM? Apa TDM dah buat kat kau masa dia memerintah?

Anonymous said...

Hello..Mahathir tulis memoir untuk bacaan orang ramai..siap dijual lagi. Melalui memoirnya, dia bagitahu seluruh dunia version2 dia akan peristiwa2 tertentu( selective incidents shj).

Olih yg demikian, orang2 awam seluruh dunia pun ada hak menyanggah bahawa version2 dia itu adalah putar belit dia. Semua orang diMalaysia tahu Mahathir kaki putar belit.

Yang kau nak marah orang komen memoir Mahathir ni sebab apa. Memoir Lee Kuan Yew, Mahathir dan orang ramai kat Malaysia komen pun orang Singapore tak melenting.

Banyak perkara yg Mahahtir tulis tipu. Ini perlu disanggah dan diperbetulkan kerana ia akan jadi bacaan untuk generasi akan datang.

ummiqistina said...

tulis jangan tak tulis, semua orang ada hak nak tulis, ikut sukahati kita lah...nak tulis apa pun Aspan pun ada hak dia ...salute u Aspan..

Anonymous said...

Salam Aspan,

Kalau benar apa yang tuan nyatakan ne. Ini satu pengkhianatan terhadap bangsa melayu dan Malaysia. Kes ne boleh dirujuk pada Ibrahim Ali untuk dilucut kerakyatannya.

Amransharip said...

Anon 21:14,

Sdr janganlah hendak samakan orang lain seperti sdr. Hanya memikirkan dendam peribadi.

Yang Sdr Aspan cakap itu ialah kerana Mahathir itu pemimpin yang dianggapnya telah menyeleweng dari moral demokrasi dan lain-lain.

Aspan kata, Mahathir sanggup bunuh partinya kerana hendak terus berkuasa.

Aspan bukan menulis kerana dendam peribadi. Dia menulis kerana pada pandangannya Dr M telah merosakan budaya politik negara kita.

Jangan awak nak memperbodohkan diri awak tu. Ini bukan masalah peribadi. Ini masalah negara.

Awak ini typical mentaliti UMNO. Tak tau nak bahas kata orang berdemdam.

Kepada Aspan saya harap jangan jawap komen yang bodoh ini.

Sekian.

Anonymous said...

Kata apa saja tapi TDM telah menjalankan tugasnya dan telah bersara. Kritikan atau pujian tidak mengubah landskap politik kontemporari.

Apa yang penting sekarang ini adalah penilaian ke atas pemimpin sedia ada: Najib, Hadi, LKS, Anwar Ibrahim, CSL, dll. Mereka inilah yang harus diperhatikan kerana masa depan politik ada dalam tangan mereka.

Pemerhati

Anonymous said...

TDM bukan Melayu.Dia adalah India Muslim..spesis ni susah nak dipercayai,lidah bercabang..

Bijan Hamsor

Anonymous said...

Memoirs putar alam penipu dan pembelit. Tak usah di baca!

airman_1 said...

fu....yoo...terror la..lu tapi gua pikir mahathir lagi terror bukunya banayk laris...kah...kah...kah

man dego said...

Bagi saya TDM telah membukti dia seorang yang bijak. Beliau mengaku dia ada darah India tetapi beliau lebih melayu daripada kebanyak melayu.
Adakah nama Bijan Hamsor nama melayu ? Tak pernak ku dengar. Macam nama Yahudi aja.

Anonymous said...

Kepada Pemerhati (11 March 2011 01:50:00) : Kita bukan shj perlu menilai pemimpinn semasa seperti Najib, Hadi, dll., tetapi juga sama penting utk menilai pemimpin2 lama, terutamanya Mahathir sebab dialah yang telah meninggalkan jentera dan corak pimpinannya kpd Najib dan Umno sekarang. Kalau kita tidak dpt menilai yang lama, kita akan mengulangi kesilapan2 dari dahulu. Kalau ada yg betul Mahathir buat, kita patut puji dan tiru.

Kpd orang2 yang menyokong Mahathir, yg penting di sini bukanlah mengkritik org yg mengkritik Mahathir tetapi memberi hujah2 kenapa kritikan2 itu salah. Biarlah kita kritikkan fakta dan bukannya penulis.

Salam.

seorang pembaca dari kaum Cina

Anonymous said...

Kalau nak tulis memoir, tulis la benda yang ada nilai yang bolih bertahan sepanjang zaman. Ni tulis tentang keburukan orang, mana ada nilai. Dah tua2 ni patut berbaik2, kalau nak marah sesorang pun jgn emosional sgt. Aib orang ada tempatnya bolih dibuka, dimahkamah. Bukan dalam buku memoir. Kejam sungguh.

Anonymous said...

Semua pemimpin selalunya akan buat memoir sendiri.LKY,TARahman dan ramai lagi. Selain memoir mereka juga akan beri versi pandangan dia dlm pelbagai medium lg.
Sbgmana kita, begitulah mereka, semua ada hak utk melontar pandangan. Tidak ada yg lengkap melainkan alquran.
Tun M jg kata dia cuba utk tidak menyentuh atau menyakitkan org lain dlm penulisannya tp sudah pasti tak dpt dielakkan utk tidak menyentuh org lain. Ada perkara2 tertentu yg dia fikir penting utk diketahui oleh org lain yg tidak mengetahui mengikut versi dia, sbgmana juga sdr Aspan.
Jadi itu tidak ada masalah sepatutnya krn kita semua kata masing2 ada hak menyatakan pandangan. Kalau ikut sakit hati sudah tentu akan ada org sakit hati samada yg terkena batang hidung, yg menyokong org yg kena batang hidung dan juga org yg anti/ tak setuju dgn yg menyebabkan batang hidung terkena.
Jadi teruskanlah dgn kerja masing2 dgn niat masing2. Kebenaran tidak boleh dipaksa utk sentiasa menyebelahi kita. Kebenaran itu hak tuhan yg diberikan kpd manusia sbg satu ujian. Sejauh mana manusia boleh meletakkan kerja dan niatnya di atas landasan kebenaran sejauh itulah reward yg akan tuhan beri kpd si pengamal.

Mat sembahyang niat.

Anonymous said...

Dear Aspan,

I read his memoir and I endure his words as this is his personal writing. However, whatever people said abt Tun (esp whoever anti Tun) will always critise him whether he writes abt himself, abt his political journey or abt his failures or success. Malaysian is always biased when they hate a person and they can close one eye when they love them. We are immature society, we are emotional.. We always look at half empty of the glass. I have not read anything positive coming from Aspan abt Tun.. So this is not new to me coming from Aspan. To be fair, give your view both..

One good thing abt Tun is that he never questions abt people write abt him and never sue people abt it too..

Whatever it is, I am always greatful for what he did to my country. He is the one that make us proud to be Malaysian.

Aspan Alias said...

Dear Anon 09:45,

I beg to differ with you. You are looking at different angle tan i do.

i am too sad and shattered that all democratic institutions of this nation has been devastated by this man.

The damages done on the Judiciary is irretrievable, the royal institution has been degraded to the lowest level by this man and there were too many bad happenings that are indigestible for so-called democratic nation as we claim to be.

He inherits no good leadership for the people and the nation.

He took no accountability over the 30 billion odd loses by BNM on the money trading, MAMINCO and many long list of financial mismanagement during his reign.

You have the right to respect him and there is no qualm about it.

I tried many times to admire him but since he made use of the people's money in billion of ringgit to bail out Mirzan's business failure,that was the end of my attempt.

i feel all of us us have been deceived by this intelligent man.

Thnx bro.

Anonymous said...

A'kum.
Apa yang nak ditulis memang hak penulis. Tetapi sekiranya tulisan ada kena mengena dengan orang lain, banyak hukum2 yang harus duikuti.
Tulisan yang tidak betul apatah lagi mengaitkan orang lain dengan perkara2 yang tidak benar, itu fitnah namanya.
Sebaiknya, apa pun comment, landaskanlah dengan hukum agama (bagi yang bukan berugama Islam, landaskanlah dengan ajaran ugama masing2) - jangan sampai kita mendatangkan dosa pada diri sendiri dan orang lain.
Berikanlah sokongan kepada yang patut menerima, bukan kerana suka atau benci yang teramat sangat. Itu adalah tuntutan ugama Islam. Menyokong yang tak patut disokong berat hukumnya.
Wassalam

Anonymous said...

Memoir boleh jg kita kata sesuatu penceritaan tentang perkara2 yg telah termaktub dan ditakdirkan berlaku sebegitu. Sbg muslim kita tak boleh ketepikan qada dan qadar tuhan krn itu sbhg dari iman. Jika tidak ada takdir buruk atau pun baik yg berlLaku, maka ini bukan dunia namanya, iaitu dunia ujian.
Adalah hak mutlak tuhan utk menghantar pemimpin kpd sesuatu kaum atau negara itu samada pemimpin yg baik atau pemimpin yg zalim. Jika tidak masakan tuhan turunkan ayat qulillahummamalikalmulk...... Dia yang menaik dan mencabut kekuasaan, dia yg memulia dan menghina pemimpin dan blablabla....
Maka jika kita beriman dgn qada dan qadar tuhan kenapa kita harus terus mengeluh berpuluh2 tahun memikirkan kerosakan yg dilakukan oleh pemimpin yg bernama Tun M(jika benar semua yg dibuatnya hanya mendtgkan kerosakan) jika menurut pandangan sdr aspan krn belum ada sepatah perkataan pun dlm posting aspan yg menyatakan ada sebesar zarah kebaikan yg dibuat oelh Tun M melainkan keburukan dan keburukan semata kpd seluruh sistem dan budaya buruk yg berlaku, melainkan ia adalah berpunca drpd Tun M.
Sdr aspan terus mengeluh tp hakikatnya negara dan pentadbiran terus berjalan mcm biasa walaupun byk negara dan kerajaan telah hancur. Tentu ada sesuatu yg tuhan pandang kpd tanah air ini dan kerajaannya spt mana ayat quran yg disebut tadi. Apa yg pasti ayat quran itu telah terbukti berlaku kpd anwar ibrahim.

Mat sembahyang niat.

Anonymous said...

Bro Aspan, maybe soon, Samy Vellu, Chua Soi Lek, LKS, LGE, Karpal, Anwar and etc, will write their own memoirs.
Can people criticise, mencaci and debunk what's written in their memoir ?

Can or not ?
People who say we MYOB (Mind Your Own Biz), no right to give our opinions and feedback, will need to remember today and not comment whatsoever in future at anyones' memoirs whatsoever.

Anonymous said...

Well this person has selective amnesia , just like he "forgot" when ask about Lingam case. Korek! Korek! Korek!


Kepada tuan Aspan, teruskan menulis. Selagi kita bercakap perkara yang benar dan berdasarkan fakta, tiada orang dapat menafikannya. Tuhan sentiasa bersama orang yang benar...


Dire straits.

Anonymous said...

Buku memoirs yang sarat fitnah itu nanti yg akan jadi bukti dan bekalan beliau di alam barzakh dan akhirat kelak..

Anonymous said...

Buku tu menunjukkan betapa buruk nya perangai orang tua kutuk ni.

Anonymous said...

Mahathir tak cerita kenapa dia tak mahu hadir mahkamah bila disapina untuk memberi keterangan dalam kes sodomi 1 dulu.

Kalau betullah Mahathir kata Anwar ini budak jahat itulah peluang terbaik untuk dedah semua dalam mahkamah,sekurang2nya orang umum boleh percaya.

Tapi bila Mahathir sendiri enggan berbuat demikian,andaian saya dan mungkin ramai orang lain bahawa Mahathir adalah PENIPU dan PUTAQ ALAM terbesaq di Malaysia!!!

Anonymous said...

Since Mahatir's memoir is in English, perhaps you could also have your article above in English too. Thanks.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Coretan sejarah TDM dalam bukunya akan memberi peluang/ruang untuk kita menilai semula "kehebatan" TDM.

Kita berterimakasih kepada saudara dan juga lebeh ramai lagi yang tentu akan membuat penjelasan selebihnya sepertimana dan apa yang saudara telah buat dengan memberikan penerangan dan penjelasan yang betul tentang perkara-perkara yang diceritakan TDM itu.

Doa ramai ketika itu insyaAllah akan adanya tindakan mahkamah yang tegas keatas TDM.

Anonymous said...

The man is trying to write his own history. He wants people to remember him based on what he said not on what he had done.


Bijak! Bijak!

Anonymous said...

Sdr. Aspan,

Tahniah, kerana mengingatkan Mamak Thir akan sikap burunya DULU, KINI dan SELAMAnya yang tidak diketahui oleh generasi baru.

Anonymous said...

saudara aspan tak nak menulis buku gak ker?? apa2 peristiwa yg pada pandangan saudara yang tidak betul, at least anak2 muda tahu cerita yang sebenarnya?

Anonymous said...

Orang Melayu memang terkenal dgn sikap sopan santun dan sabar,sehinggakan PMnya yg bukan dari keturunan Melayu,diberi peluang memerintah selama 22thn.

Saya berpeluang berurusan perniagaan dgn kaum ini selama lebih 15thn,dan cuba sebaik mungkin utk tidak mempercayai cakap2 yg mengatakan org ini tidak boleh dipercayai..

Malangnya saya silap.Berkali2 saya di 'kencing' bukan sekali dua..

Ibarat sesumapah,mereka akan berubah karektor dan sikap mengikut peluang dan kepentingan diri..

Mungkin dalam DNA mereka kot..

Di antara ke"Negarawan" beliau ialah meminda perlembagaan Raja2 Melayu,menghancurkan sistem perundangan (kes Salleh Abas),'bailout' syarikat anak2nya,operasi lalang (mengISAkan pengkritik2nya),melindungi salahlaku menteri2 kesayangannya,mengharamkan UMNO dan menubuhkan UMNO baru..etc

Saya juga seperti Aspan,cuba hendak menyukai beliau,tetapi malangnya gagal akibat sikap 'sesumpahnya'

Bijan Hamsor

Desa Mentari said...

Salam semua pengomen,

Sebelum berbahas lebih panjang, saya mengesyorkan supaya pendukung Madey senaraikan apa kebaikan2 selama 22 Madey memerintah...

Kita sama-sama bahas...

joeawk said...

His memoir is a collection of half truths he wants others to believe in, just like the history books our students are forced to study.

The school history books are not history at all, but lies to cover historical facts, which Mahatir is adept at. Such is also his memoir.

gemasindah said...

salam bro aspan..

takpalah hal mahathir tu ..tak kan tak habis habis lagi...kita pun sayang kat kuli jugak ..tapi dah kehendak Allah jadi gitu..kalau kuli jadi PM ..tulis memoirs mcm TDM pun akan ada juga kritikan ..very human about it..lebih lebih lagi dlm masyarakat melayu/ islam ni ..dah ramai yg cerdik pandai dan tak buta lagi..

apa pun banyak jasa TDM pada rakyat msia dan org myu termasuklah kita semua...kita syukur pada Allah dan kena juga kata thank you pada Tun

gemasindah.

Anonymous said...

His memoir is a collection of half truths he wants others to believe.?
R u telling dat wats aspan says is full truths? Who aspan was at dat time for u all to claim wat he says more credible rathaer than a man who was dirctly in charge of dis country?
Ridicule!!!

Anonymous said...

Bro Aspan

Sambungan...2/2

5. You see bro, TDM bukan sahaja con kita tetapi dengan memoir ini, dia juga ingin melakukan perkara yang sama dengan generasi-generasi masa hadapan.

so, someone has to start writing lots of thing to counter his lies. Else his lies will be the only truth in the eyes of future history.

6. saaya sandarkan pendapat saya ini kepada peristiwa pemecatan Tun salleh abas (TSA) pada tahun 1988.being helpless aagainst the might of the gomen machineries mobilised by TDM to crush him - TSA dgn kerjasama penulis K.Das telah menulis sebuah buku " MAY DAY FOR JUSTICE".

7. Tujuan TSA menulis buku tersebut adalah untuk mencatatkan versi peristiwa tersebutdari perspektifnya untuk ditinggalkan sebagai rekod kepada generasi dimasa hadapan untuk membanding dan menilai dengan versi kerajaan TDM apabila mereka mengkaji peristiwa ini.

Beliau menyerahkan kepada generasi masa depan dan kepada sejarah untuk menghukum siapakah yang bersalah dalam peristiwa ini.

8. Menyedari tujuan dan kesan buku TSA ini, kem TDM ( saya tidak pasti siapa dalangnya) telah mengupah seorang QC dari new Zealand, Peter Alderidge untuk menulis buku " JUDICIAL MISCONDUCT".

dari kandunganya, jelas buku ini cuba menjawab fakta-fakta yang dikemukakan oleh TSA dan menyokong versi kerajaan TDM.

9. Menyedari pemutaran belit fakta dalam buku "JUDICIAL MISCONDUCT", K. Das telah menulis sebuah buku khusus untuk expose putar belit yang dikemukan oleh QC dari new zealand ini.

lastly, adakah sesiapa yang akan memikul K. Das ini untuk menyanggah fakta-fakta didalam memoir TDM ini?

Wak Jerman

Anonymous said...

salam..saya agak bersetuju dgn anon 12:15..

TDM dah nak mati..?

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Cybertrooper perlu menjalankan tugasnya apabila "tuannya" di jentik.

Mana lagi nak dicari rezeki 10k/15k sebulan senang-lenang?

Bersabar dan teruskan perjuangan murni mu.

Terima kasih.

Cawan Lama.

Anonymous said...

Memoirs sahaja... macam The Memoirs of An Invisible Man... Dongeng saja!
Is neither historical fact nor nothing. Gullible masses will take it like gospel. Just memoirs of selective memory. Kalau rakyat takde akal, bila Memoirs cakap monyet boleh mengaji pun diterima tanpa bantahan. 2021.. Memoirs jadi bahan bacaan utk SPM.. kah kah kah...Masih jahil tapi Islam,, susah lahhh!

drrita said...

lantaklah apa orang mau kata..
aku dah mula baca buku itu..and aku suka..!

Anonymous said...

Say a baru beli, belum sempat baca. Sdr Aspan, dah pun habis baca and buat komen......

Anonymous said...

Sebagai seorang negarawan .mahathir seharusnya membawa generasi baru ini menjadi lebih progresif dan berdaya saing serta mencorakkan budaya politik alaf baru , bukannya menyempitkan akal budi mereka ini..dengan dendam kesumat dan paranoidnya dengan anwar..biarlah anwar dengan mitosnya..kalau dia betul..betullah kalau dia pembohong beliau akan dapat balasannya..sudah bosan sungguh dengan kemelut sesama melayu ni.

Anonymous said...

Betul cakap anon 21:29,

Mahathir bekas PM yang busuk sampai ususnya

Ameen Hussaini said...

tak habis2 dendam TDM ni kat Anwar.sempat lagi serang Anwar dalam memoir dia.patutnya tajuk memoir ni doktor perut hijau.

Kah, Kah, Kah said...

Breaking news. Please read.

"DENGAN INI DIMAKLUMKAN - HASIL TINJAUAN UMUM, BOIKOT SAJA DAN JANGAN BELI BUKU FITNAH SI TURKAN NI.."

Baiklah duit tu disedekah kat anak yatim. Ada jugak pahala.

Kah, kah, kah.

ashintura said...

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Anonymous said...

Mahathir sebenarnya begitu takut nasib anak cucunya dan legasinya diludahkan oleh masyarakat di penghujung nyawanya sekiranya anwar berjaya melondehkan betapa busuknya dan hapraknya doktrin politiknya..dan pada yang sama anwar juga begitu takut sekiranya legasi reformasinya dan insan kamilnya di londehkan oleh mahathir dengan penyakitnya..justeru itu dari dulu hingga mahathir dan anwar masih hidup , maka pentas politik di malaysia hanya milik dua penyamun ni sahaja..yang lain-lain pemimpin ni hanya menjadi supporting actor dan actress je..kesian PM kita ni..bila buat tranformasi bangsa..mahathir pulak tak abis-abis mengheret rakyat ke kancah politik yang tidak bertamadun ni..bangkitlah anak bangsa jangan pedulikan manusia jenis macam ni..kita corakkan masa depan anak bangsa dengan ilmu yang nyata dan penuh berakhlak.

Farhi said...

Ini cadangan saya saja. Mana mana pemimpin sama ada dalam atau luar BN perlu menggembleng untuk menerbitkan meoir/buku lain yang membahas serta mencabar dakwaan dakwaan doktor dalam rumah dalam buku terbaru beliau. Lebih lebih lagi pemimpin yang veteran seperti Anwar, Ku Li, Musa Hitam, Pak Lah dan yang lain. Ini kerana memoir mereka berbeza dengan memoir Doktor Dlm Rumah. Barulah dinamakan equilibrium. Contohnya fakta 1 Mei tersebut, nampak kecil tapi pada pandangan saya dan mungkin ramai lagi, ia satu fakta yan ada membawa maksud yang besar. Ku Li dan Anwar tidak hanya boleh mengatakan doktor dl rumah bohong and that's it. Itu tak cukup.