UMNO sudah mula menampakan retak seribunya. Apa yang berlaku di dalam UMNO sudah beransur-ansur nampak jelas dan tidak mungkin dapat di sorokan lagi. Kata orang jika kita melakukan kesalahan di dalam batu pejal yang tidak dimasuki angin sekali pun akhirnya ia akan di ketahui umum juga.
Kalau kita pergi bermalam di padang pasir kita akan mendengar letupan di sana sini dan akan mudah di dengar lagi pada malam hari. Letupan itu ialah letupan batu-batu pejal. Ianya berlaku kerana perubahan suhu yang panas pada siang hari dan suhu yang terlalu sejuk di waktu malam. Pertukaran suhu yang extreme secara berterusan menyebabkan batu yang sepejal mana pun akhirnya akan meletup dan pecah berderai.
Anoloji ini sedang berlaku di dalam UMNO. Letupan kecil-kecilannya sudah pun kita dengari sedikit sebanyak selama ini. Tetapi oleh kerana suhu politik dalam UMNO itu begitu panas maka UMNO hanya menunggu masa untuk kita dengar letupan yang kuat yang akan menghancurkan UMO yang dulunya sangat kuat dan pejal seperti batu di padang pasir tadi.
Sudah pun berlaku gerakan untuk meminta Najib berhenti dan meletakan jawatan beliau. Sekumpulan bekas-bekas ahli-ahli Parlimen UMNO sedang berjumpa dan bertemu di antara mereka untuk meminta Najib agar melepaskan jawatan kerana beliau (Najib) sudah tidak lagi mampu meneruskan pimpinan negara dengan baik.
Najib memang telah menjadi sebutan ramai sejak beberapa tahun dahulu yang beliau tidak akan memimpin lama kerana beliau mempunyai ‘baggage’ peribadi yang terlalu besar. Tetapi oleh kerana permainan politik yang memerlukan Najib berada sementara bagi membina kepimpinan pimpinan orang lain untuk persediaan mengambil alih pimpinan negara ini.
Tetapi Najib mengambil kenaikan beliau ketangga yang tinggi ini kerana kecerdasan kepimpinan beliau sendiri dan beliau tidak mahu mempercayai yang beliau sentiasa di dalam pemerhatian pihak lain di dalam UMNO sendiri. Kumpulan ini hanya menunggu Najib menunjukan kesilapannya yang nyata sahaja untuk memberikan sebab untuk menurunkan beliau. Sebenarnya kepimpinan beliau ini merupakan kepimpinan ‘stop gap’ untuk membolehkan orang lain yang masih muda untuk naik mengambil alih kepimpinan negara.
Dalam percaturan ini Khairy menjadi mangsa kumpulan ini kerana jika Khairy menaiki tangga pimpinan yang tinggi Khairy akan menghalang untuk seorang muda yang lain untuk menaiki tangga kepimpinan negara. Konspirasi dalam UMNO ini amat licik. Konspirasi ini memang telah berlaku begitu lama.
Kalau kita ingat Khairy Jamaludin merupakan pemimpin muda yang pada anggapan kumpulan ini akan menghalang seseorang untuk menaikan anak serta ahli keluarga beliau ke takhta kekuasaan negara. Itu sebabnya kempen secara sistematik telah dilakukan untuk menahan kemaraan Khairy dalam politik negara. Berlakulah usaha memomokan benih muda ini dipandangan masyarakat dan ahli UMNO sendiri.Tindakan ini merupakan salah satu dari strategi pihak tertentu untuk menguasai politik UMNO dan negara untuk puak mereka sendiri.
Najib pula merupakan pemimpin yang begitu kontroversial dengan baggage besar yang dibawanya bersama beliau dan ini menjadi isu yang sangat ‘expedient’ bagi kumpulan ini untuk menyahkan Najib dari kepimpinan negara dan menggantikan dengan orang lain yang ada di dalam kepimpinan tertinggi parti. Tentulah pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Muhyiddin Yassin yang bagi kumpulan ini sangat sesuai bagi mencapai cita-cita menaikan ahli keluarganya dalam politik dan kepimpinan negara dalam jangka masa yang singkat ini.
Tetapi masalah yang paling besar ialah UMNO sudah lumpuh dari segi pembinaan kepimpinan kerana parti ini sudah terlalu lama di abaikan tentang pembinaan kepimpinan. Pucuk pimpinan yang ingin berkuasa terlalu lama menyebabkan beliau bertindak untuk mengambil pemimpin secara tangkap muat asalkan sahaja memberikan ketaat setiaan mereka kepada pucuk pimpinan yang ingin berkuasa dengan lama.
Hasilnya sekarang sudah tidak ada lagi sesiapa di kalangan pimpinan atasan yang mungkin mampu untuk mengetuai kerajaan melalu parti UMNO ini. Setiap pengganti akan lebih lemah dari pimpinan yang di ambil alih itu. Ramai orang termasuk blog ini telah selalu mengatakan Abdullah akan lebih lemah kepimpinan dari Dr Mahathir dan sesiapa juga yang mengambil alih Abdullah sudah pasti akan lebih lemah dari beliau (Pak Lah).
Sekarang ini jika di alih kepimpinan secara lazim yang kita lakukan orangnya ialah Muhyiddin. Muhyiddin akan membuktikan yang beliau adalah lebih lemah dari Najib dalam masa hanya setahun sahaja. Ini bukan salah Muhyiddin tetapi beliau terpilih di kalangan pemimpin-pemimpin dalam parti yang sudah terlalu ketandusan kepimpinan. Segala ‘budding leaders’ telah di ketepikan di zaman Dr Mahathir dan tidak timbul-timbul lagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘viable’ kalau kita mencari bakat dari mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi UMNO.
Menyampahnya pihak-pihak yang tertentu dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, masa sudah tiada untuk menghiburkan sesiapa kerana negara kita sekarang di ambang kehancuran politiknya. Saya bersedia menerima apa-apa juga kritikan, namun kebenaran tentang apa yang saya telah tulis dalam blog ini sudah banyak menunjukan kebenarannya. Kita bukan memberikan pandangan berdasarkan kepandaian, hanya memberikan pandangan melalui pengalaman yang pernah kita lalui selama ini.
Blog ini sekarang ingin menelah. Jika Najib di ambil alih oleh Muhyiddin keadaan yang serupa akan berlaku kerana Muhyiddin dan Najib merupakan dua manusia pemimpin yang datang dari kumpulan yang mempunyai budaya politik dan pimpinan yang sama. Keadaan ini akan berulang dan kepentingan saya hanya satu; iaitu untuk membuktikan yang pandangan saya yang selalu mendapat kritikan yang hebat dari berbagai pihak akan membuahkan kebenarannya.
Saya selalu memberikan pandangan, yang kita terpaksa memulakan politik yang baru dan kita bermula dari garisan permulaan seperti yang di lakukan oleh YTM Tunku Abd Rahman dahulu. Untuk memulakannya ianya mesti di lakukan oleh pemimpin yang luar dari pimpinan Majlis Tertinggi yang ada pada hari ini kerana yang ada pada hari ini semuanya merupakan penyumbang besar kepada keadaan kucar kacir yang negara sedang hadapi sekarang.
Saya selalu memberikan pandangan yang menjadi kemarahan ramai. Salah satunya ialah pandangan saya yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi musuh yang paling besar ialah di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan yang paling hampir dengan diri beliau sendiri.
Oleh kerana negara kita memilih jawatan Perdana Menteri secara convention, iaitu Presiden UMNO secara automatic menjadi PM itu, maka masing-masing dalam UMNO terutamanya di keliling Najib yang terhampir itu secara licik melakukan permainan politik kotor terhadap beliau sendiri. Ada orang yang sekarang ini seperti anjing nampak tulang…..air lior meleleh melihat jawatan yang si Najib pegang sekarang.
Tetapi Najib seperti yang saya sebutkan selalu, Najib sendiri mempunyai kelemahan yang payah untuk diperbaiki. Nama Najib telah dipersoalkan oleh masyarakat antarabangsa. Ini juga adalah di atas galakan dan permainan politik manusia di sekeliling beliau (Najib) sendiri.
Bak kata seorang yang bergiat di dalam UMNO, ‘nasib lu lah Najib’.
21 comments:
DS Najib sebenarnya tidak pernah memahami erti kepimpinan, perjuangan serta halatuju bangsa,agama dan negara. Beliau hilang dalam kemelut menyelesaikan masaalah peribadi dan keluarga, yang tidak pernah selesai.
UMNO (Baru) hanyalah alat untuk menggapai dan mencapai keperluan nafsu serakah peribadi semata-mata. UMNO (Baru)tidak pernah berpegang kepada akta tubuh dan tatacara pertubuhan terhadap matlamat memperjuangkan kepentingan agama, ekonomi, bahasa dan budaya melayu.
DS Najib sewajarnyalah meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia. Namunpun begitu penggantinya bukanlah juga TS Muhyiddin mahupun Anwar Ibrahim. InsyALLAH
Pak Aspan,
Saya ni hanya pemerhati politik biasa dan bukanlah ahli mana-mana parti politik. Saya perhatikan, tiada sapa-sapa pun pemimpin atau tokoh dalam UMNO yang berkaliber yang bijak menerajui negara ini menerajui cabaran dalaman dan global....kecualilah Khairy, itupun jika dia diberi peluang.
DS Najib boleh bertahan jika dia membuang baggage utamanya yang menjadi duri dalam daging dan menjadi contoh pemborosdan dan menonjolkan kemewahan. Masalahnya, bolehkah DS Najib nak buang baggage tersebut sewenang-wenangnya?
Pasti boleh, berbanding mereka yang sekejap ke kiri sekejap ke kanan, kalau dapat habuan baru nak sokong, kalau x dpt mulalah mencerca orng lain. Kalau tajuk tersebut aku optimis Najib boleh bertahan dan menang besar... pasti
Anon 14:37,
Khairy memang boleh tapi terlalu muda.
Anon 15:56,
Khairy walaupun muda, tetapi mempunyai leadership quality yang lain tidak ada, termasuk anak seorang bekas menteri, yang ingin menjadi PM .
Tuan Aspan,
Menjawab persoalan tuan tentang boleh kah Najib bertahan?
Jawapan saya, Ya! Najib akan bertahan. Dia akan bertahan walaupun dengan harga yang mahal, semahal kemusnahan UMNO.
sapa2 pun yang memimpin umno selepas ni takkan boleh bertahan lama....., kerana sifat gelojoh ahlinya yang meluwap2..
Yakin and percaya Najib tetap bertahan.
Jika ada keretakan, sikit saja lebih kepada storm in a tea-cup.
Senang saja kita orang Melayu ini. Heboh-heboh, tikam belakang sikit.
Lepas tu tengok boss akan menang, pergi pada boss. Rally and unite around him.
Lepas tu lupa pulak kita tak suka boss.
AA
Najib tak boleh bertahan, kerana kalau dia bertahan UMNO akan berpecah kepada puak Najib (1Malaysia), puak Mahyuddin (3M)dan puak Tengku Razaleigh (AMANAH)yang orang UMNO pasti tak mahu lihat.
RDA
UMNO tidak terdesak dan tidak sangat banyak perbezaan samada Najib berundur atau tidak, penggantinya pun tidak mampu membuat lebih baik yang besar.
Walaupun Najib dilihat lemah, pengu ndurannya berisiko dan boleh mengundang kepada UMNO yang lebih lemah dan berpecah.
Biarlah UMNO dan Najib tewas di medan peperangan dari mendengar cakap enggang di tepi jalan.
Najib sekarang boleh bertahan.
Kalau dia tahu siapa musuh disekelilingnya.Kalau dia sedar dirinya.
Dirinya sekarang perlukan kekuatan luarbiasa.Hapuskan musuh politiknya.
Selagi kuasa ada di tangan. Najib boleh lakukan.Musuh politiknya ada di sekeliling beliau.
-sayangkan abang jib.
Anda menulis semua 'budding leaders' telah diketepikan.
Siapakah 'budding leaders' yang anda maksudkan?
Kalaulah mereka itu Musa Hitam atau TRH, ternyata anda tidak lebih daripada propagandist mereka. Kalaulah mereka begitu hebat dan mempunyai potensi besar sebagai pemimpin negara masakan mereka begitu mudah dinyahkan daripada merealisasikan apa jua cita-cita mereka. Seorang pemimpin yang hebat pasti mempunyai strateginya sendiri yang mampu menangkis setiap cabaran dan konspirasi terhadapnya.
Pada saya mereka akan terus dihantui kegagalan masa lepas kerana kelemahan mereka sendiri.
Anon 2011 21:16
Mustahil Najib tak tahu Muhyiddin ketua musuh politiknya sekarang.
Persoalannya, beranikah Najib gugurkan Muhyiddin dalam senarai calon PRU 13?
Well said bro..... Muhyiddin? gosh not again... cukuplaa skandal2 dia semasa mb johor dulu...
As you said, UMNO dah ketandusan sbb terlalu ramai dah kena penyakit, you scratch my back, i scratch yours..!!!
Encik Aspan,
As I am writing, Dow Jones dropping 200 points. It appears US economy is declining at accelerating pace which certainly will create ripples throughout the world if it continues to do so . We have heard economic turbulence already hit many Europe countries with latest casualty is Italy.
What fascinate me the most, are how their leaders operate to tackle the problems. Even some say Obama has made so much compromise with Republican to have the Debt Ceiling agreement, it may cost his presidential reelection in 2012. That is what we call leadership in the face of adversity.
Unfortunately, in Malaysia the economic news are sugarcoated as if we are immune to the problem. Our leaders are splashing monies uncontrollably as if there is no tomorrow and jet setting all over the world promoting slogan that not many understood and transformation programs which are mainly superficial.
What perhaps many peoples are frustrated, issues such sex videos, scandals, murders and political infighting still dominate the main news that impact the mind of the people. Our economy seems to be outsource to consultants to handle even financial historians know these same consultants have even failed in their own country. Remember Enron scandal.
We would expect new leaders would have become better leaders because of the opportunities created by the founders of Malaysia. The founders created Felda, Risda, Mara and many other agencies and developed this country with their strong mind and full of commitments without the need of highly paid consultants. These are some of traits of foresight leaders have which undoubtedly missed among the present leaders.
Final check Dow Jones just dropped 300 points. For Malaysia, tomorrow main news remain the same.
to be a leader, one must have positive attitude, accountability, be truly color blind, and so on. i did not see any in him, and so as his deputy. hearing their speeches, comments and feedback, all i can say was, we indeed have clowns running the parliament.
salam...
Banyaknya anon yang minat Khairy...
Hehehe..
What's a joke.
Budak tu jaga Pemuda UMNO pun lintang pukang!
Selain Hishammuddin, inilah manusia paling teruk pernah teraju Pemuda.
Kalau bukan kerana budak ni belum tentu BN kalah kena tsunami dalam PRU ke-12 dulu.
A friend said the problem is
"Najib ta' tahan tetapi mak Ros memang boleh tahan".
I don't understand. ha! ha !
Pada pandangan saya untuk memulihkan kepimpinan umno dan umno, umno perlu dimatikan sekali lagi. Puak/gulungan muda perlu mengambil inisiatif untuk menubuhkan semula umno baru-baru. Proteam ini perlu di dokong oleh gulongan muda, dgn cara ini juga yang mana juak-juak tua yang berparasit ini perlu dihalang alam menduduki protean komiti ini.Odit baik-baik ahli yang masuk dan elakkan dari protean yang terdiri dari waris pusaka umno lama. InsyaAllah pemimpin muda dari umno baru-baru boleh berjaya jika nawaitu baik umtuk membengu rakyat dan negara....myi
Kepimpinan berpaksi pada sistem kufar(ism demokrasi)yang dilagangkan di negara kita akan turut berakhir sedikit masa lagi setelah berlaku krisis kepimpinan terhebat di dalam sejarah negara.Jatuhnya pemimpin-pemimpin dalam negara kita yang ikut acuan barat.BILA SAAT GETIR TERJADI, sekonyong2 pertolongan tuhan tiba bila dibukakan hijab untuk rakyat negara ini bahawa yang akan naik nanti adalah sepertimana di ramalkan oleh Nostradamus " the blue turban will rule and conquer the world in the 21st century". Perkara ini bila berlaku amat digeruni oleh dunia barat dan tahulah mereka bahawa sistem kapitalis yang mentadbir dunia akan berakhir jua sepertimana berakhirnya sistem komunis sedikit waktu dulu, ianya digantikan dengan sistem pemerintahan khalifah. Insyallah keadilan sejagat akan tertegak apabila manusia ikut minhaj kenabian.Sama2 kita tunggu dan lihat peristiwa besar yang di ramalkan oleh tabib besar dunia itu berlaku dinegara kita pewaris anbiya.
Post a Comment