23 August 2011

Hilangnya sesuatu bangsa itu bermula dengan kehilangan identitinya

Nampaknya cara untuk mengharapkan UMNO mendapat mandat seperti sediakala hanyalah dengan berdoa sahaja. Berdoa agar rakyat yang mengundi akan digerakan untuk memangkah simbol BN semasa berada di dalam peti undi di dalam piihanraya nanti. Kalau ditimbang dan di tara mengikut akal fikiran kita parti ini sudah terlalu payah untuk menambah keyakinan rakyat jika dibandingkan dengan keadaan dalam pilihanraya yang lalu.

Berdoa itu berdoalah. Tetapi selain dari berdoa untuk meringankan tangan rakyat untuk memangkah simbol BN itu usaha lain patut juga dilakukan dan di sertakan dengan doanya sekali. Usaha itu ialah untuk menurunkan tahap kesombongan pemimpin serta penyokong UMNO supaya tidak bertambah jauh lagi rakyat dari parti itu. Usaha ini adalah wajib supaya rakyat tidak menjauhi parti itu lebih jauh dari pilihanraya yang lalu.

Setiap di antara pemimpin dan ahli-ahlinya wajar berdoa untuk diri mereka sendiri supaya mereka tidak sombong lagi dan menambah tahap sahsiah yang lebih baik pada diri masing-masing. Jika UMNO masih berminat untuk mendapatkan sokongan rakyat ketinggian sahsiah diri mereka merupakan elemen yang terpenting kerana tanpa sahsiah yang tinggi rakyat tidak akan memberikan sokongan kepada parti itu lagi.

Penyokong-penyokongnya juga wajar bersahsiah yang baik. Jika tidak bersahsiah dan selalu mengecam orang yang tidak sehaluan dengan kata-kata kesat mereka akan dijauhi dan dibenci orang ramai. Sebagai parti yang memerintah sahsiah mestilah baik. Bagaimana UMNO hendak mendapatkan dukongan rakyat jika penyokong-penyokongnya sentiasa membabikan mereka yang tidak sehaluan.

Bagaimana pula orang ramai memandang ibu bapa kita jika kita hanya menggunakan mulut untuk memBABIkan serta mengANJINGkan manusia lain? Bukanlah sahsiah dan moral seseorang itu adalah datangnya dari didikan ibu bapa kita? Peradaban kita melambangkan keluarga dan tahap didikan ibu bapa kita. Kalau kita tidak pandai menjaga maruah kita setidak-tidaknya kita jagalah maruah ibu bapa kita yang telah membesarkan dan membela kita sejak lahirnya kita.

Mereka sanggup menganjingkan orang yang tidak sehaluan politik merupakan manusia yang tidak bersahsiah, jauh sekali untuk diletakan mereka kedalam gulungan yang punya temaddun. Jika kita hendak menjadi pihak yang memerintah kita perlu dihormati. Jika ada di kalangan kita yang memanggil seseorang sebagai BABI dan anjing semata-mata mereka bukan dari gulungan kita bagaimana hendak diterima oleh rakyat yang memerlukan kepimpinan? Orang yang berkepimpinan tidak akan memanggil manusia lain dengan nama-nama kotor.

Orang yang mempuyai kepimpinan sepatutnya tahu bahawa manusia itu adalah secantik-cantik kejadian Tuhan. Menyamakan manusia dengan binatang tidak lain dari penghinaan terhadap kejadian tuhan yang paling cantik tadi. Bagi yang sedar tentang seriusnya penyakit ini mereka tidak akan mahu menjadikan parti sokongan mereka menjadi kilang sumpah menyumpah orang lain. jangan jadikan parti yang anda anggotai sebagao agen pemusnah ketemadunan dan menghilangkan identiti Melayu itu sendiri. Perlu diingat hilangnya banyak bangsa di muka bumi ini bermula dengan kehilangan identitinya.

Jika kita tidak bersetuju dengan sesiapa memadailah dengan mengkritik sikapnya sahaja dengan hujjah yang berhemah, bukannya membabikan orang lain seolah-olah menyokong pihak atau parti lain itu suatu kesalahan di sisi agama dan Tuhan kita. Tidak payahlah membabikan dan menganjingkan sesiapa. Kalau kita tidak mampu untuk berhujjah secara baik, lebih baik duduk diam sahaja dan belajar dari kesilapan orang lain dari belajar dari kesilapan buruk kita.

Jika kita menggunakan kata-kata yang kesat dan hina itu ianya hanya akan menunjukan kepada masyarakat bagaimana kita dididik oleh ibu bapa kita. Tidak kah kita kasihan terhadap ibu bapa kita lebih-lebih lagi kepada ibu bapa kita yang telah meninggalkan kita. Bukankah bahasa yang kita keluarkan itu melambangkan budaya dan nilai kita di sisi masyarakat, lebih-lebih lagi di sisi Tuhan Maha Esa?

Kenapa perlu kita aibkan diri kita sendiri? Bukankah mengaibkan diri kita sendiri itu adalah orang yang tidak mahu menjaga kesucian dan kerahsiaan Tuhan?

Bagi orang yang mempunyai sahsiah yang tinggi mereka akan merasa malu untuk menggunakan perkataan yang tidak baik kepada orang lain walau macam mana sekali pun mereka tidak sehaluan dengan kita terutamanya dalam politik.

Kita dicegah oleh agama kita menghina sesama manusia dengan ‘name calling’ yang mengaibkan itu walaupun kepada mereka yang berlainan bangsa, agama dan politik mereka. Negara ini adalah negara demokratik dan sesiapa juga boleh menentukan pendirian mereka dalam politik tanpa halangan.

Jika penyokong-penyokong UMNO masih mahukan sokongan ramai, hentikanlah mengaibkan manusia lain dengan panggilan-panggilan kotor itu. Tingkatkanlah sahsiah masing-masing agar orang ramai merasa sejuk untuk mendengar hujjah yang baik dari penyokong-penyokong dan pemimpin UMNO.

Orang ramai sudah bosan dan jengkel dengan sifat perongos penyokong-penyokong UMNO sekarang ini. Setakat ini mereka yang di atas pagar sudah mula menjauhkan diri mereka dari parti pemerintah kerana sifat mereka yang menjemukan serta menakutkan mereka (orang ramai) untuk mendekati mereka.

Berilah kefahaman kepada diri masing-masing yang kita hendak minta sokongan ini adalah mereka yang bernama manusia, bukannya haiwan liar di hutan belantara. Mereka ini ada agamanya, ada budayanya, ada adabnya dan mempunyai otak anugerah tuhan.

Gunakanlah mulut itu dengan menyebut nama tuhan atau menyebut nama-nama sifatNya. Jika hendak mengkritik gunakanlah bahasa yang digunakan oleh manusia yang bersahsiah dan bertemaddun.. Bukan salah untuk berbeza tetapi berpada-padalah bila berkata-kata.

Kalau orang ramai tidak lagi mahu mengikuti kita, ianya tentu bersebab. Cari lah dan lakukanlah ‘soul-searching’ yang serius untuk mencari sebabnya. Walau apa pun kita mesti mencegah diri kita dari menjadi manusia yang suka menghina pihak lain kerana kehilangan sokongan tadi. Orang ramai sedang memerhatikan kita. Jangan buat malu bangsa kita.

UMNO jangan hilangkan identiti orang Melayu, kerana hilangnya sesuatu bangsa di dunia ini bermula dengan hilangnya identiti bangsa itu.

16 comments:

"Fikir-Fikirkanlah" said...

Salam Tn Aspan/semua,

Di surah Al-Anfal Ayat 179 Allah menyebut "Dan sungguh akan penuhkan Neraka Jahannam dari golongan Jin dan Manusia. Mereka telah diberi hati, penglihatan dan pendengaran, namun telah di salahgunakan. Demikian itu, mereka lebih SESAT DARI BINATANG dan mereka dari golongan yang lupa".

Ayat di atas megesahkan seberapa banyak BINATANG yang berkaki dua di muka bumi ini yang lebih hina dari Anjing dan Babi dari kelas binatang.

Inilah nasib segolongan manusia yang telah Allah butakan mata hati, penglihatan dan pendengaran. Di akhirat nanti, golongan ini juga akan menerima nasib yang sama. Mereka akan bangkit di dalam keadaaan buta dan tuli yang lebih menghimpit.

Ayat di atas tidak terkecuali pada sesiapa sahaja termasuk kita jika tersalah hitungan di dalam urusan dunia dan akhirat.

Kehidupan di dunia ini hanyalah sekadar 15 minit waktu akhirat dengan nisbah 1 hari akhirat=1,000 tahun dunia.

Lim Goh Tong ada duit berbillion Ringgit yang dia tinggalkan kat dunia ini. Malangnya duit itu tidak memberi apa-apa manfaat untuk menolong dia di akhirat sejurus di masukkan ke alam kubur. Kekayaan Qarun, Menteri kewangan Fir'aun jauh lebih kaya dari manusia hari ini. Namun ianya tidak membawa apa-apa makna selain fatamorgana.

"Fikir-fikirlah"

Ibni Ismail said...

Salam Tuan Aspan,

Setuju benar dan inilah yang patut dilaksanakan oleh UMNO dan PAS. Jaga sahsiah diri. Jangan caci mencaci. Tunjukkan pekerti melayu untuk parti melayu dan tunjukkan pekerti islam untuk parti islam.

Jika tidak sanggup pikul beban melayu dan islam, ubahlah nama kepada parti lain. Jangan cemarkan nama melayu apatah lagi nama islam.

Anonymous said...

Memang betul, manusia yang gila kekayaan dengan menyalah gunakan kuasa yang diamanahkan, adalah lebih hina dari anjing dan babi.

Tidak hairanlah sekarang anjing dan babipun dah berkaki dua sebab dua kaki lagi dah tertinggal mengejar harta dan kuasa.

"Rasanya Dah Lengkap Kot" said...

Anjing dan babi yang kaki 4 pun tahu malu dan ada had sekadar cukup makan dan tak tamak.

Tapi Anjing dan babi yang kaki 2 ni, asyik... lapar tak habis. Tak cukup-cukup walaupun usia dah melangkau waktu. Pandai mengelat lak tu. Buruk? Apa yang takda pada yang kaki 2 ni? membodek, menganiaya, menzalimi, menipu, membunuh, bodoh sombong, serakah, rasanya dah lengkap kot sebagai pewaris binatang.

"Rasanya Dah Lengkap Kot"

Anonymous said...

AA,
UMNO has lost it..

TheSniper said...

Setiap kata-kata, perbuatan, pemikiran bukan kerana Allah S.W.T. akan menerima pembalasanNya. Tak kira apa parti.

Anonymous said...

Pada pandangan saya, Allah telah melaknatkan Umno kerana terlalu senang menaja sumpah laknat yang bukan-bukan. Wallahu a'lam

nick said...

Pak,

It is a curiosity that UMNO's cyber war or blog war is fought using mercenaries and the worse kind mercenaries at that (present company excluded!). UMNO with it's vast and some say "unlimited" resources (wealth), can't find some decent, intelligent and moral fighter among the 3 millions members (with untold millions of supporter, so they say) that they have to resort to using foul mouthed, gutter brained and disgusting personalities as their "KNIGHTS"? Must be true then that "corrupt money can ONLY buy corrupt person"!

But having said that, the top leadership is only compounding the mistake by uttering idiotic and ridiculous remarks, false and baseless accusation and the most damaging, the obsessive harping on sex and sexual acts! Which NOT only made it difficult for their "knights" to defend their leaders but it even backed them into a corner thus forced them to echo the same ugly thoughts, accusation and "lewd acts". And these "Knight" are not the brightest, to start with! They are doomed from the start and I do pity them, Sir!

It is said that the supporter merely mirrors the action and the thoughts' of their leaders. Looking at how the cyber war is being fought by most UMNO supporter, it's not a surprise that many Malaysian are disgusted with the current UMNO leadership and in that respect, UMNO has lost the support of MANY Malaysian, maybe for decades if not forever!

Nick.

Aspan Alias said...

nick,

UMNO has lost disgracefully in the cyber war. The supporter are resorting to disgraceful acts with badmouthing anyone who says out descent and honest views.

They have lost the total identity as a party for the Malays as they are very unMalay in their actions and deeds.

The gutter politics they play derives out of desperation to cling on to power, but they forget that Malaysia are already thinking society which they can't be toying with like how they habitually did all those years.

I look upon those 'generals' they front are all political novice who do not understand head or tail about UMNO.

They are the ones mirroring the top leaders of the party and that makes the ordinary folks feel disgusted with the ruling party.

Let me tell you that is one of the contributing factors to the current corrosion and decadence human and political values of UMNO.

It's a sad story isn't it nick?

khushairy, seremban 2 said...

sdr nick,

saya sudah tidak ada lagi kesabaran menyaksikan tingkah laku pemimpin pemimpin umno dan penyokong mereka di alam cyber.

bencinya saya tidak tertera, menyampahnya say tidak terhingga. dalam pilihanraya yg lalu saya paksa diri saya untuk mengundi parti ini tetapi kali ini saya belum lagi tentu berjaya memaksa diri untuk mengundinya lagi.

letih dan penat menggu parti ini kembali pulih, tetapi tak puli pulih juga, malahan bertambah teruk lagi.

hiba juga hati untuk meninggalkan umno ini tetapi apakan daya. saya tidak mahu lagi diperbodohkan oleh mereka ini. jika saya sokong juga serupalah saya memperbodohkan diri saya sendiri.

nasiblah sdr nick.

nick said...

Pak Aspan and Khushairy,

It's not that we (myself and most Malaysian) hates UMNO from the moment of our birth BUT we can no longer tolerate the abuses, the corruption and most heartening, the neglect of the people and the destruction of this nation.

It's either Malaysia or UMNO, and I will choose Malaysia every time and all the time!!! We have no other choice but to save Malaysia from UMNO.

Nick.

Salam Ramadhan and Maaf Zahir dan Batin (ahead of time).

Aspan Alias said...

Fikir-Fikirkanlah,

Saya amat tertarik dengan apa yang saudara katakan itu.

seperkara yang saya teringat Karun mempunyai harta kekayaan yang amat besar, besar puluhan kali ganda dari orang kaya di dalam UMNO.

Akhirnya Karun harta kepunyaan Karun tidak kemana selepas dia mati.

Lagi satu Firaun adalah Raja yang paling perkasa sehingga dia mengaku dirinya sebagai Tuhan. Akhirnya dia mati juga ditangan Musa yang membesar dalam istananya.

Elemen dan budaya Karun sudah begitu bersemadi di dalam UMNO dan akhirnya nanti consequence yang menyamai Firaun dan Karun tidak menjadi perkara yang tidak mengejutkan jika berlaku.

T Kasih di atas nasihat dan pandangan sdr itu.

Anonymous said...

AA,

Elemen dan budaya Karun sudah begitu bersemadi di dalam UMNO

Elemen dan budaya Karun sudah begitu bersemadi di dalam UMNO

Elemen dan budaya Karun sudah begitu bersemadi di dalam UMNO

Dengar TV dia , amboi menyirap darah..

PRU nanti siap ko..

Orang Seremban said...

Tuan Aspan,

Setiap benda hidup harus ada tarikh luput.Mengikut sejarah banyak kerajaan besar telah jatuh setelah melalui zaman kegemilangannya.Tapi negara kita ni saya tak tahu adakah kita telah melalui zaman kegemilangan atau belum,dulu kita tak punya ramai cerdik pandai dan para ilmuan tapi tak mempunyai masalah seperti sekarang.Masa ini kita punya ramai pemegang Phd ramai ahli Ilmuan Islam termasuk para Hafiz,Mana kita diletakkan mereka,adakah sekadar menjadi pensyarah atau jadi imam bergaji sahaja.Sedihnya Ilmu dijadikan syarat untuk memohon pekerjaan saja.Orang politik seperti orang serba tahu,tak mahu dengar pendapat orang lain,Islam hanyalah untuk kegunaan sendiri sahaja tidak digunakan seperti yang di tunjukkan oleh Rasullah,akhirnya apa dah jadi tunggulah saat saat kehancuran

Zaidi said...

Pak Aspan,

Sebutan tuan.."Kita dicegah oleh agama kita menghina sesama manusia dengan ‘name calling’ yang mengaibkan itu.." sebenarnya cerminan ajaran Islam yang dinyatakan di dalam Surah Al Hujuraat.

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

UMNO bloggers?..ramainya tidak berbudi dan tidak reti bahasa.

Anonymous said...

Sebagai seorang yang kafir, pada pandangan saya, apa yang kita semai, maka itulah yang akan kita tuai kemudian tanpa mengira apa agama dan kepercayaan kita. Saya teringat akan ajaran seorang ustaz sewaktu saya masih seorang pelajar dulu. Katanya, semakin tinggi kedudukan, kuasa dan harta kita, maka semakin kuatlah cubaan dan dugaan bagi kita untuk kekal menjadi seperti orang biasa yang serba sederhana. Saya sentiasa ingat akan kata-kata ustaz ini walaupun saya berbeza agama darinya..